Dias Megellan Columbus (1)
-
Upload
hanis-izzatie-jafar -
Category
Documents
-
view
90 -
download
1
description
Transcript of Dias Megellan Columbus (1)
1. Pelayaran Vasco Da Gamma
Peta Pelayaran Vasco Da Gama
Vasco Da Gama merupakan seorang pelaut Portugis yang telah berjaya
menemukan jalan laut secara langsung yang bermula dari Eropah ke India
dengan melakukan pelayaran mengelilingi Afrika. Pelayaran Vasco Da Gama
dilakukan atas arahan Raja Portugis iaitu Raja Manual I untuk mencari jalan
maritim ke Timur dengan meneruskan penjelajah laut yang telah dilakukan oleh
Bortolomeu Dias. Dalam pelayaran ini, Vasco Da Gama telah melalui tiga tahap
pelayarannya.
Pelayaran pertama Vacso Da Gama telah bermula pada 18 Julai 1497 di
Libson. Pada pelayaran ini, Vasco Da Gama telah berlayar dengan 170 orang
kelasi termasuk penterjemah bahasa arab dan empat buah kapal. Dalam
pelayaran pertamanya, rombongannya telah berlayar menuju Kepulauan
Tanjung Verde. Kemudiannya, pelayaran tersebut tidak menelusuri Pantai Afrika
seperti yang telah dilakukan oleh Bortolomeus Dias. Sebaliknya Vasco Da Gama
terus berlayar jauh ke luar lautan Atlantik iaitu menuju ke selatan. Kemudiannya
dari selatan Vasco Da Gama telah membelok ke Timur menuju ke Tanjung
Harapan. Pelayaran ini adalah sukar kerana ia memerlukan keberanian untuk
berhadapan dengan masalah cuaca yang tidak menentu. Hal ini kerana,
keputusan ini telah menyebabkan kapal-kapalnya tidak kelihatan selama 93 hari
disebabkan kabut yang melanda.
Pada 22 November 1497, Vasco Da Gama meneruskan pelayarannya
mengelilingi Tanjung Harapan lalu berlayar semula ke Utara menyelusuri pantai
Timur Afrika. Pada ketika ini, Vasco telah berlabuh di beberapa tempat (kota)
yang kebanyakannya dikuasai oleh orang muslim. Kota-kota yang pernah
disinggahi termasuklah Mambasa dan Malinda yang kini dikenali sebagai Kenya.
Ketika tiba di Malinda, Vasco Da Gama telah mengambil seorang berbangsa India
untuk dijadikan sebagai penunjuk jalan selama 23 hari bagi memudahkan
rombongannya melintasi laut Arab menuju India.
Kemudiannya, setelah selama 10 bulan mereka berlayar akhirnya pada 20
Mei 1498 rombongannya telah berjaya sampai di Calicut, iaitu merupakan pusat
perdagangan yag terpenting di Selantan India. Pada mulanya, kedatangan
mereka disenangi oleh penguasa Hindu di Calicut iaitu dikenali sebagai Zamorin.
Tetapi hadiah persembahan yang diberikan oleh Vasco Da Gama bersama
rombongannya begitu mengecewakan Zamorin kerana nilainya yang begitu
murah. Keadaan ini diburukkan lagi, apabila Vasco Da Gama terpaksa
berhadapan dengan kekejaman yang dilakukan oleh pedagang Muslim yang
sememangnya menguasai jalan perdagangan lautan Hindi. Keadaan ini
menghalang Vasco Da Gama untuk mengadakan perjanjian perdagangan dengan
Zamorin. Walaupun begitu, pada bulan Ogos ketika Vasco Da Gama ingin
meninggalkan Calicut, Vasco Da Gama telah diberikan barangan berupa rempah
ratus dan sejumlah orang India untuk dipersembahkan kepada Raja Portugis.
Dalam perjalanan pulang, ia merupakan satu ekspedisi yang begitu sukar.
Hal ini kerana, perjalanan pulang tersebut terpaksa mengambil masa selama 3
bulan melintasi laut Arab. Disamping itu, terdapat banyak anak buahnya (anak
kelasi kapal) yang mati akibat kekurangan buah-buahan dan tumbuhan-
tumbuhan (sayuran). Sebaliknya mereka berlebihan mengambil makanan
daging. Akhirnya dalam pelayaran pulang ini hanya terdapat dua buah kapal
yang selamat sampai. Kapal pertama telah tiba di Portugis pada 10 Julai 1499
dan kemudiannya diikuti kapal yang dibawa sendiri oleh Vasco Da Gama dua
bulan berikutnya. Selain itu, hanya 55 anak buahnya yang berjaya meneruskan
hidup iaitu kurang daripada 1/3 daripada jumlah permulaaan pelayaran mereka.
Setelah tiba di Libson pada 9 september 1499, Raja Portugis telah
menganggapnya sebagai satu pelayaran yang berjaya membuka jalan bagi
Eropah mendominasi bidang maritm dan kolonalisme di India.
Pada tahap pelayaran kedua yang dilakukan oleh Vasco Da Gama adalah
lebih bersifat balas dendam. Hal ini berikutan daripada rombongan yang diutus
selepas enam bulan pelayaran Vasco Da Gama tiba oleh Raja Portugis iaitu di
bawah pimipinan Pedro Alvres Cabral telah tiba India. Rombongan Cabral ini
telah berjaya menemukan jalur perjalanan ke Brazil dan telah kembali portugis
dengan membawa kepelbagaian rempah-ratus. Namun, beberapa anak buah
Cabral telah terbunuh di Calicut. Akhirnya pada tahun 1502 Vasco Da Gama
dihantar semula ke India dengan misi balas dendam.
Pelayaran kedua ini, Vasco Da Gama telah membawa 20 buah kapal.
Setelah tiba di India, tingkah laku Vasco Da Gama diluar jangkaan kerana
tindakannya begitu ganas. Hal ini kerana, di luar perairan pantai India Vasco Da
Gama telah bertindak merampas sebuah kapal arab yang sedang memindahkan
muatannya lalu dibakarnya ditengah laut tersebut bersama penumpangnya.
Kesemua penumpang dalam beberapa ratus orang, kapal, termasuk wanita dan
kanak-kanak terbunuh.
Kemudiannya setibanya di Calicut, Vasco Da Gama dengan sombongya
telah meminta agar Zamorin menghalau kesemua pedagang Muslim di
pelabuhan tersebut. Namun, setelah Zamorin enggan melakukannya Vasco Da
Gama telah bertindak menangkap, membunuh dan memenggal 83 orang
nelayan Hindu lalu dibomnya di pelabuhan tersebut. Akibat rasa takut dibunuh
dan ditangkap, Zamorin terpaksa akur dengan permintaan Vasco Da Gama.
Disamping itu, dalam perjalanan pulang semula ke portugis Vasco Da Gama
telah berjaya mendirikan beberapa tanah jajahan Portugis di Afrika Timur.
Pelayaran kedua ini sememangnya berjaya dalam misinya untuk membalas
dendam. Hanya 13 buah kapal yang bertahan dan berjaya kembali ke Portugal
pada 28 Disember 1502. Kemudianya tiba di Libson pada 1 September 1503.
Oleh itu, melalui pelayaran kedua ini Vasco Da Gama telah diberikan gelaran
sebagai kebangsawanan (Laksamana Laut India) dan ganjaran daripada Raja
Portugis berupa tanah, wang dan sebagainya.
Seterusnya Vasco Da Gama telah melakukan pelayaran yang terakhir
pada 1524. Hal ini disebabkan Raja Jaoa III telah memanggil Vasco Da Gama
untuk menggantikan Eduardo de Manezes sebagai Raja Muda India. Pada waktu
ini, Vasco Da Gama telah berlayar dengan diiringi oleh 14 buah kapal.
Armadanya telah meninggalkan pelabuhan pada 9 April 1524 dan tiba di
pelabuhan India, Chaul pada 5 September 1524. Penghujung bulan tersebut,
Vasco Da Gama telah berjaya sampai di Goa. Namun, pelayaran ketiga ini adalah
pelayaran yang terakhir bagi Vasco Da Gama kerana jatuh sakit lalu telah
meninggal pada malam Natal iaitu Disember 1524.
Sememangnya pelayaran Vasco Da Gama membawa perubahan yang
begitu besar dalam peradapan dunia. Dalam jangka masa yang singkat,
pelayaran Vasco Da Gama telah membawa kemajuan kepada kerajaaan Portugis
itu sendiri. Hal ini dapat dilihat, Portugis yang pada mulanya hanya sebuah
kerajaan kecil dan miskin telah menjadi salah satu negara yang terkenal di
Eropah. Portugis cepat membangun terutamanya di sekitar lautan India. Oleh itu,
Portugis telah berjaya mempertahankan kolonialnya sehingga separuh abad ke-
20.
SUMBANGAN VASCO DA GAMA
Menemukan Jalan Laut Dari Eropah Ke India Tanpa Menggunakan Jalan
Kafilah Jalur Sutera Antara Timur Tengah Dan Asia Tengah.
Pelayaran yang dilaksanakan oleh Vasco Da Gama ini sememangnya
memberikan sebuah sumbangan yang besar sehingga ke hari ini. Pelayarannya
yang dikatakan menyambung pelayaran yang di telah dilaksanakan oleh
Bartolomeu Dias ini telah mebawanya menemukan Tanjung Harapan (Cape Of
Good Hope) yang sudah di temui oleh Dias namun beliau telah membangun lagi
jalan laut dari Eropah ke India tanpa menggunakan jalan kafilah Jalur Sutera
antara Timur Tengah dan Asia Tengah. Jalan laut ini sememangnya telah lama di
cari oleh orang-orang Portugis atas urusan perdagangan yang sememangnya
merupakan antara misi utama mereka ketika melakukan sesebuah pelayaran
dan penjelajahan. Hal ini demikian kerana, jalan laut ini adalah lebih mudah dan
selesa serta memiliki lebih banyak keistimewaan jika dibandingkan dengan jalan
sutera yang dikatakan tidak aman kerana sering terjadinya rompakan di laut dan
lain-lain perkara buruk serta memiliki kos yang agak mahal jika di gunakan.
Maka oleh sebab hal itu, pelayaran Vasco da Gama yang menemukan jalur
pelayaran laut dari Eropah ke India tanpa menggunakan jalan kafilah jalur sutera
itu merupakan sebuah sumbangan yang amat bermakna dan berharga sehingga
kini.
Merupakan Pelayaran Pertama Yang Menghasilkan Era Dominasi Eropah
Selama Ratusan Tahun Melalui Kekuatan Laut Dan Perdagangan.
Pelayaran Vasco da Gama juga secara langsung telah membawa kepada era
dominasi Eropah. Hal ini demikian kerana melalui pelayaran yang dilaksanakan
oleh Vasco Da Gama yang telah menemukan jalan laut dari Eropah ke India
tanpa menggunakan jalan kafilah Jalur Sutera antara Timur Tengah dan Asia
Tengah. Hal ini demikian telah membawa kepada permulaan pertapakan
kepentingan ekonomi kuasa-kuasa barat ke dunia lain yang mana Eropah mula
menghasilkan era dominasi selama ratusan tahun melalui kekuatan laut dan
perdagangan. Pertemuan secara langsung telah menjadi titik permulaan proses
pemindahan kekayaan dari Amerika dan Asia ke benua Eropah. Antara contoh
yang dapat diketengahkan ialah ketika kepulangan Vasco Da Gama ke Portugal
dengan membawa sebanyak 1 kargo rempah yang kemudiannya dijual dan
seterusnya mendapat keuntungan lebih 60 kali ganda daripada kos penjelajahan
yang dilakukannya. Selain itu juga, sebagai contoh lain, pada tahun 1505, secara
puratanya 12 buah kapal dalam setahun telah bertolak dari Lisbon ke Timur Jauh
dan hal ini sekaligus menyebabkan Portugis telah menjadi pengasas kepada
kewujudan jaringan perdagangan di Eropah. Hal ini menunjukkan bahawa
pemindahan kekayaan sememangnya berlaku secara besar-besaran hingga
membawa era dominasi Eropah selama ratusan tahun.
Penemuan Vasco Da Gama Menyebabkan Kemajuan Perdagangan Yang
Membawa Kepada Kemunculan Revolusi Industri.
Penemuan Vasco da Gama jalan laut dari Eropah ke India tanpa menggunakan
jalan kafilah Jalur Sutera antara Timur Tengah dan Asia Tengah secara langsung
telah menyebabkan kemajuan perdagangan yang membawa kepada
kemunculan Revolusi Industri. Hal ini demikian kerana, penemuan ini sekaligus
membawa kepada kemunculan golongan pemodal dan membawa kepada
pertapakan golongan pemodal dan bertapaknya sistem ekonomi kapitalisme di
Eropah. Selain itu, Raja-Raja Eropah turut dapat mengukuhkan lagi Sistem
Negara Bangsa. Hal ini sekaligus juga telah menyebabkan Barat mula mengatasi
Asia dari ssgi kemajuan dan penguasaan kekayaan dunia. Seterusnya, perkara
ini membuka laluan kepada kemunculan Barat sebagai negara kaya dan
bermulalah kemunduran Asia, Afrika dan Amerika Latin. Seterusnya, Eropah
turut menjadi semakin kuat dengan teknologi persenjataan dan perkapalan.
Kejayaan meningkatkan teknologi Eropah dengan memajukan kapal perang juga
telah menyebabkan Lautan Hindi dan Lautan Atlantik dimonopoli oleh kuasa
barat. Melalui hal ini, sememangnya dapat dilihat bahawa pelayaran Vasco da
Gama yang telah menemukan jalan laut dari Eropah ke India tanpa
menggunakan jalan kafilah Jalur Sutera antara Timur Tengah dan Asia Tengah
telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap perdagangan dan
kelautan Eropah sehingga ratusan tahun malah impaknya turut masih ada
sehingga kini.
2. Christopher Columbus
Christopher Colombus dilahirkan di antara 30-31 Oktober di Republik Genoa,
Itali. Beliau telah memulakan pelayaran pertama beliau ke Lautan Atlantik pada
tahun 1476 dimana dalam pelayaran pertama beliau hamper meragut nyawa
beliau. Beliau belayar setelah mendapat bantuan kewangan serta kemudahan
untuk melengkapkan empat siri pelayaran merentasi lautan Atlantik ketika
berada di bawah naungan kerajaan Monarki Katolik Sepanyol. Nama beliau mula
tersohor apabila beliau menjadi pencetus kepada kolonisasi pihak Eropah ke atas
benua Amerika setelah berjaya menemui benua tersebut yang digelar sebagai
“Dunia Baru”. Oleh itu terdapat empat siri ekspedisi pelayaran Christopher
Columbus yang akan di ceritakan.
Ekspedisi Christopher Columbus: Siri Pelayaran I
Dalam siri pelayaran yang pertama beliau, Colombus telah bertolak dari Palos de
la Frontera dengan tiga buah kapal iaitu dikenali sebagai Santa Maria ex-Gellega
(Galician) dan bersama dua buah kapal iaitu Pinta (Painted), serta Nina yang
bermaksud little girl . Ekspedisi beliau bermula pada petang 3 Ogos 1492. Dalam
pelayaran pertama beliau telah membawa kepada penemuan Kepulauan Canary
yang termasuk dalam Castle dimana beliau telah melakukan penambahbaikan
terhadap pulau tersebut. Pada 12 Oktober Rodrigo de Triana yang turut dikenali
sebagai Juan Rodriguez Bermeo yang berada di atas kapal Pinta telah mengesan
kawasan darat dan memberi petunjuk kepada Columbus dengan beberapa das
tembakan.
Seterusnya, daratan yang pertama ditemui itu dinamakan sebagai San
Salvador (kini dikenali sebagai Kepulauan Bahamas) manakala penduduk
tempatan memanggilnya sebagai Guanahani. Ketika berada di dataran tersebut,
beliau telah memerhatikan penduduk peribumi tersebut dimana mereka
memakai subang emas menyebabkan Columbus telah menangkap beberapa
orang Arawak untuk menjadi jurupandu kearah sumber emas tersebut. Selain itu,
penduduk peribumi yang dijumpai juga mempunyai parut dibadan mereka dan
Colombus membuat tafsiran bahawa kemungkinan wujud penduduk lain
daripada pulau berdekatan yang telah menangkap mereka untuk dijadikan
sebagai hamba.
Di samping itu, apabila Colombus melihat keadaan penduduk peribumi
tersebut berada dalam keadaan tertindas, Colombus telah mengambil langkah
untuk menyebarkan agama Kristian kepada golongna tersebut dan beliau juga
memasang niat untuk membawa pulang enam orang daripada penduduk
peribumi di situ untuk mempersembahkan kepada Raja Sepanyol. Seterusnya
pada 22 November, Martin Alonso Pinzon telah mengemudi kapal Pinta dan
mereka telah cuba untuk mencari pulau Babeque atau Baneque dimana menurut
lagenda penduduk peribumi tersebut kaya dengan emas. Pada 13 Januari 1943,
Colombus telah menamatkan pelayaran pertamanya dan mendarat di
semenanjung Samana. Akhirnya Columbus telah pulang ke Sepanyol setelah
pada 4 Mac 1493, iaitu menghabiskan selama seminggu di Portugal kerana di
sebabkan oleh ribut taufan setelah sampai di Sepanyol telah disambut oleh
Raja Ferdinand dan Ratu Isabella.
Ekspedisi Christopher Columbus: Siri Pelayaran II
Colombus sekali lagi belayar pada 24 September 1493 dengan misi ekspedisi kali
ini ialah untuk membuka koloni tetap Sepanyol di “Dunia Baru”. Dalam
pelayaran ini beliau telah menggunakan 17 buah kapal yang membawa bersama
1200 orang anak kapal dan barang-barang melalui pelabuhan Cadiz. Kerajaan
Sepanyol telah mengarahkan Columbus untuk membuka sahaja koloni agar
dapat dieksplotasi serta untuk mewujudkan koloni bagi penempatan baru serta
matlamat untuk mengkristiankan penduduk peribumi.
Pada 3 November, Columbus telah mengesan sebuah pulau yang di
gelarnya sebagai Dominica yang bermaksud Ahad dalam Bahasa Latin.
Seterusnya pada 22 November, Columbus telah kembali ke Hispaniola dimana
beliau telah melawat kubu La Navidad yang dibinanya semasa pelayaran
pertama di persisiran pantai utara Haiti. Ketika sampai di situ, beliau mendapati
kubu tersebut telah dimusnahkan oleh penduduk peribumi Taino serta
menjumpai 11 mayat orang Sepanyol di kubu tersebut. Oleh yang demikian,
Colombus telah mengarahkan setiap seorang Taino yang berusia 14 tahun ke
atas untuk menghantar perut helang yang penuh dengan serbuk emas setiap
tiga bulan dan 25 paun kapas.
Beliau meneruskan pelayaran dengan belayar 100 kilometer kearah timur
Hispaniola untuk menubuhkan kawasan penempatan baru yang dikenali sebagai
La Isabella yang merupakan Republik Dominican pada hari ini. Akhirnya beliau
telah sampai ke Jamica pada 5 Mei dan menjejak semula laluannya dari Jmaica
sehingga ke Hispaniola telah sampai di situ pada 20 Ogos sebelum kembali ke
Sepanyol.
3.1.3 Ekspedisi Christopher Columbus: Siri Pelayaran III
Ekspedisi pelayaran beliau yang ketiga ialah bermula pada 30 Mei 1498, dimana
beliau telah belayar dengan enam buah kapal beliau serta meninggalkan
Sepanyol melalui Sanlucar untuk menuju ke “ Dunia Baru”. Dalam ekspedisi ini
beliau membawa harapan yang tinggi untuk menemui laluan ke Benua Asia dan
beliau telah singgah di kepulauan Portugis di Porto Santo dan mengahwini
isterinya yang merupakan penduduk peribumi di situ.
Selain itu, semasa belayar di sepanjang Teluk Paria, beliau telah
memerhati corak binatang di langit yang pelbagai bergantung dengan kitaran
pelayaran yang dilakukanya dan perkara ini telah memberi idea kepada
Columbus bahawa bumi tidak sepenuhnya berbentuk sfera tetapi sebaliknya
berbentuk sebiji buah pear yang mana “Dunia Baru” yang ditemuinya itu
berkemungkinan merupakan lokasi “Garden of Eden” dalam Bible. Seterusnya
beliau telah kembali ke Hispaniola pada 19 Ogos dengan kesihatan yang teruk
dan mendapati bahawa ramai peneroka-peneroka berada tidak puas hati dengan
khabar palsu yang yang dimanipulasi oleh Columbus dimana beliau mengatakan
bahawa “ Dunia Baru” yang ditemui kaya dengan sumber.
Akhirnya Columbus diperintahkan untuk berdamai dengan kolonis-kolonis
yang memberontak dan Columbus terpaksa dilucutkan daripada jawatan
Gabenor Hispaniola. Beliau telah ditahan dipenjara dan dibuang dari Sepanyol
namun akhirnya beliau telah dibebaskan dan dibenarkan kembali ke “Dunia
Baru” tetapi bukan sebagai Gabenor.
3.1.4 Ekspedisi Christopher Columbus: Siri Pelayaran IV
Pelayaran Columbus yang keempat ini adalah bertujuan untuk Selat Melaka dan
Lautan Hindi, dimana dalam pelayaran beliau telah ditemani oleh adiknya
Bartolomeo dan anaknya Fernando yang berusia 13 tahun. Pelayaran ini bermula
pada 11 Mei 1502 dengan membawa kapal Santa Maria. Pada Disember 1502,
Columbus dan krew kapalnya terperangkap dalam ribuan taufan yang paling
dasyat dan beliau dikatakan telah sesat selama sembilan hari dan tidak
menyimpan harapan untuk meneruskan kehidupan. Seterusnya pada 6 April
sebuah kapal telah terkandas di sungai tersebut dan pada masa yang sama juga
pelabuhan tersebut telah diserang oleh Quibian. Selain itu, kapal-kapal yang lain
terdapat di pelabuhan tersebut juga mengalami kerosakan akibat serangan-
serangan tersebut serta terdapat ulat kapal yang biasa dijumpai dalam air
tropika.
Beliau yang terdesak pada masa itu terpaksa mengekalkan perhubungan
dengan penduduk peribumi Jamaica bagi bekalan makanan dan akhirnya beliau
berjaya menambat hati penduduk peribumi Jamaica apabila berjaya meramal
gerhana matahari pada 29 Februari 1504 dengan menggunakan kaedah
astronomi Abraham Zacuto. Columbus akhirnya telah meninggal dunia pada 20
Mei 1506 di Valladolid, Sepanyol.
3. Ferdinand Magellan
Latar Belakang Ferdinand Magellan
Ferdinand de Magellan merupakan seorang pelayar ulung Sepanyol yang
berbangsa Portugis. Antonio Pigafetta dalam penulisannya Primo Viaggio Intorno
al Mondo (First Voyage Around the World) dan De Molucis Insulis tulisan
Maximilian Transylvania merupakan sumber sezaman tentang ekspedisi ke Pulau
Maluku. Megellan telah menyertai pelayaran Portugis yang diketuai oleh Diego
Lopez de Sequeira ke Melaka pada September 1509 dengan lima buah kapal.
Pada tahun 1511, Magellan juga turut serta dalam misi penaklukan Melaka yang
diketuai Alfonso de Albuquerque. Tahun 1512 pula, Magellan diperintahkan
pulang setelah perkhidmatannya tidak diperlukan lagi kaitan mempertikaikan
strategi peperangan Albuquerque ketika perancangan menakluk Melaka sedang
dirangka semasa di Goa.
Pelayaran Magellan
Pelayaran Magellan bermula apabila beliau kembali semula ke Portugal. Di
Lisbon, Magellan mengalami nasib malang apabila pelaburan yang dibuat
bersama dengan Pedro Annes Abraldez iaitu seorang saudagar Portugis ketika
berada di India tidak membuahkan hasil kerana saudagar itu mati manakala
warisnya menghilangkan diri. Bagi mendapatkan semula wang pelaburannya,
Magellan menyaman Raja Portugal memandangkan raja itu berhutang dengan
Abraldez selain mendesak permintaan untuk kenaikan elaun (moradia) dan
peluang belayar ke Timur. Sementara menunggu tuntutan mahkamah selesai,
Magellan ke Azamor, Morocco pada 1513 apabila turut serta dalam kempen
mematahkan pemberontakan di tanah jajahan Portugis itu. Nasib malang
Magellan berterusan apabila kakinya tercedera dalam satu pertempuran lalu
tempang dan dituduh pula menggelapkan wang kaitan penjualan ternakan
rampasan kepada musuh. Setelah tuduhan itu terbukti meleset mereka pulang
semula ke Portugal pada pertengahan tahun 1515 tetapi dipinggirkan Raja
Portugal. Magellan yang kecewa kerana jasanya tidak dihargai ke Oporto
sebelum berhijrah ke Sepanyol, musuh tradisi Portugal yang sedia menanti
kehadiran pelayar berpengalaman sepertinya bagi menandingi kejayaan
pelayaran Portugis di Age of Discovery itu.
Oporto dipilih memandangkan lokasinya yang jauh dari istana bagi
mengelak rancangan dikesan kerana sebarang maklumat tentang pelayaran
adalah rahsia yang dilindungi kerajaan; tempat berkumpulnya para pelayar
terutama jurumudi dan juga wilayah kelahiran Magellan. Dari jurumudi yang
ditemui di sana seperti Joao de Lisboa dan Joao de Lopes Carvalho, pelbagai
maklumat dikumpul khususnya tentang pelayaran di kawasan barat Lautan
Atlantik serta di kawasan selatan lautan tersebut dan kawasan di bahagian timur
Melaka. Tidak ketinggalan daripada kalangan jurumudi ini Magellan mendalami
pengetahuannya tentang carta pelayaran dan pengiraan garisan lintang. Selain
jurumudi, beliau turut berkenalan dengan ahli buana (ahli kaji kosmologi) seperti
Ruy Faleiro dan adiknya Francisco Faleiro yang kemudiannya menjadi rakan
kongsi dalam projek tersebut serta ahli geografi dan pembuat peta seperti Pedro
Reinel dan Jorge Reinel.
Walaupun telah menetap di Oporto, Magellan kerap ke Lisbon untuk
mengunjungi Casa Da India e da Guinea (Indian House) yang merupakan tempat
pelbagai maklumat pelayaran Portugis disimpan. Ketika di Lisbon, Magellan juga
bertemu bakal penaja projek terutama kalangan mereka yang memusuhi Manuel
seperti Duarte Barbosa dan Christoper de Haro yang menyediakan tapak bagi
penghijrahan Magellan ke Sepanyol. Selain itu, mereka juga menguar-uarkan
secara terbuka akan kepentingan Serrao di Ternate dan aktiviti penjelajahan
Sepanyol sehingga menimbul rasa tidak senang di pihak istana. Desakan ini
membuka ruang kepada Magellan mengadap Manuel buat kali ketiga dan
terakhir sebelum berhijrah ke Sepanyol. Dalam pertemuan pada September
1517 itu, semua cadangan Magellan ditolak malah diperhina di hadapan
khalayak istana, peristiwa ini mempercepatkan penghijrahan tersebut. Menjelang
20 Oktober 1517, rombongan Magellan semuanya telah sedia berada di Seville.
Seville pada awal abad ke-16 merupakan sebuah bandaraya pelabuhan yang
terletak di tebing Sungai Quadalquivir yang memainkan peranannya sama
seperti Lisbon bagi Portugal. Kehadiran Magellan telah diatur lebih awal atas
usaha Diogo Barbosa melalui Juan de Aranda hasil restu Juan Rodriguez de
Fonseca. Usaha ini membolehkan Magellan bertemu Raja Sepanyol Charles V lalu
diberi peluang mengetuai ekspedisi mencari laluan ke Maluku. Menurut Rodrigue
Levesque, Magellan merancang untuk mencari laluan di bahagian hujung
terselatan benua Amerika Selatan yang baru ditemui sebelumnya oleh Columbus
bagi mengelak pertembungan dengan Portugis yang pada dasarnya ingin
memonopoli perdagangan rempah dan juga untuk menyelamatkan dirinya yang
dianggap penderhaka. Dengan sokongan Raja Sepanyol serta pembiayaan modal
Haro, Magellan dibekalkan lima buah kapal iaitu San Antonio, Trinidad,
Conception, Victoria dan Santiago yang membentuk armada yang dikenali
sebagai Armada Maluku.
Ekspedisi ke Maluku ini bermula pada hari Isnin 10 Ogos 1519 bersamaan
dengan perayaan Hari St. Lawrence dari pelabohan Seville menyusuri Sungai
Guadalquivir ke muara di San Lucar de Barrameda, sebuah pelabohan di selatan
Sepanyol. Dari Sanlucar de Barrameda armada belayar keluar ke Lautan Atlantik
pada hari Selasa 20 September 1519. Persediaan bagi ekspedisi pelayaran ini
mengambil masa selama satu tahun dengan kos perbelanjaan keseluruhannya
berjumlah 8,751,125 maravedis. Walaupun ekspedisi ini ditaja Sepanyol
tetapiramainya pelaut Portugis yang terlibat termasuk Kapten-Jeneralnya
Magellan menimbulkan pertentangan Sepanyol-Portugis dalam armada.
Sentimen bangsa ini dikeruhkan lagi oleh Foncesa sejak kerja-kerja persiapan
lagi dan memuncak semasa pelayaran menyebabkan berlakunya beberapa siri
pemberontakan. Bagi mengukuhkan kepentingannya, Foncesa meletakkan
beberapa orang kepercayaannya sebagai pegawai tertinggi armada bagi
menyaingi kuasa Magellan. Selain ancaman warga Sepanyol dalam armada,
Magellan juga menghadapi ancaman Portugis baik sebelum mahupun semasa
pelayaran yang cuba memintas dan memusnahkan armada. Keseluruhan ahli
ekspedisi ini merangkumi pegawai hingga kepada kelasi biasa berjumlah lebih
270 orang. Mereka terdiri daripada pelbagai warganegara dengan sebahagian
besarnya Sepanyol 165 orang khususnya Basques 29, Portugis 31, Itali 29,
Perancis 17, Jerman, Fleming, England, Greek, dan Negro (Afrika).
Pada 26 September 1519, Armada Maluku singgah berlabuh di Pulau
Tenerife, Kepulauan Canary. Di situ, Magellan menerima pesanan bapa
mertuanya mengingatkannya agar berhati-hati terhadap niat jahat Cartagena
untuk membunuhnya. Belayar sehingga ke pesisir pantai Liberia dan Sierra
Leone tanpa singgah di Cape Verde menimbulkan kemarahan Cartagena. Ketika
berada berhampiran pantai Sierra Leone, Cartagena cuba mencetuskan
pemberontakan tetapi dapat dipatahkan. Setelah Catagena ditahan armada mula
menyeberangi Lautan Atlantik. Pada 29 November 1519 lautan itu berjaya
diseberangi apabila sampai di Pernambuco, Brazil dan hanya berlabuh pada 13
Disember 1519 (Saint Lucia’s Day) di Teluk Guanabara, Rio de Janeiro. Setelah
berlabuh selama dua minggu untuk membaiki kapal, mengisi bekalan baru dan
menghukum pesalah, pada 26-27 Disember 1519 mereka bergerak menghala ke
selatan menyusur pantai timur benua Amerika Selatan sepanjang, ke kawasan
yang belum pernah diterokai dan dijelajahi oleh orang Eropah ketika itu dengan
harapan mencari laluan menghubungkan Lautan Atlantik ke Lautan Besar
Selatan (Lautan Pasifik kini). Oleh itu, setiap teluk dan muara sungai yang
ditemui sepanjang pelayaran diperiksa dengan harapan laluan yang dicari-cari
itu dapat ditemui. Sepanjang pelayaran ini mereka sering dilanda ribut dan
menghadapi musim sejuk yang melampau sehingga menimbulkan keresahan di
kalangan anak kapal dan juga kerosakan kepada armada. Bagi warga Sepanyol
terutamanya Luis de Mendozakapten bagi kapal Victoria (selepas Cartagena
ditahan) Magellan dipersalahkan kerana cuai sehingga menyebabkan mereka
berada dalam keadaan bahaya ini sebagai alasan untuk bangkit memberontak
pada masa yang sesuai.
Hampa dengan Rio de la Plata yang hanya merupakan sebuah muara
sungai bukannya laluan seperti yang diharapkan, armada itu belayar hingga tiba
ke San Julian pada 31 Mac 1520 yang terletak jauh di selatan Argentina
sekarang. San Julian merupakan sebuah teluk semulajadi yang membolehkan
armada berlabuh selama limabulan bagi berlindung menghadapi musim sejuk. Di
situ, pada 1 April 1520, Mendoza bangkit mengetuai satu pemberontakan
terbesar menentang Magellan dan berjaya menguasai tiga buah kapal yang
terdiri daripada San Antonio, Conception dan Victoria. Pemberontakan itu
akhirnya berjaya dipatahkan. Pemberontak yang terlibat ditahan dan diadili lalu
dihukum dengan kejam. Mayat Mendoza yang mati terbunuh dipotong empat
lalu dipakukan pada sebatang tiang. Turut dihukum ialah Quesada yang
dipancung dan tubuhnya juga dipotong empat. Carteagena dan seorang paderi
iaitu Pedro Sanchez Reina pula ditinggalkan di sebuah pulau kecil tanpa
penghuni apabila armada bergerak meninggalkan San Julian kemudiannya.
Pesalah lain dirantai dan dipaksa melakukan kerja berat termasuk membersih
dan membaiki kapal yang rosak. Peristiwa di San Julian ini merupakan kemuncak
kepada tentangan warga Sepanyol ke atas Magellan.
Pada 24 Ogos 1520 Armada Maluku belayar meninggalkan San Julian
menuju ke selatan. Pada 21 Oktober 1520 mereka menemui Cape of the Elevan
Thousand Virgins yang merupakan pintu masuk kepada laluan yang dicari dan
kini dikenali sebagai Selat Magellan. Sebelum sempat melepasi selat ini, kapal
San Antonio yang merupakan kapal simpanan bekalan makanan armada berjaya
memisahkan diri lalu belayar pulang ke Seville. Akhirnya, pelayaran
menyeberangi Lautan Pasifik hanya disertai tiga buah kapal sahaja iaitu Trinidad,
Conception dan Victoria. Pengalaman menyeberangi Lautan Pasifik amat
mengerikan. Setelah lebih kurang sebulan belayar secara berterusan semua
simpanan bekalan makanan rosak manakala air minuman menjadi bangar.
Bekalan makanan tidak dapat diganti memandangkan tiada terdapat dataran
tanah yang sesuai kecuali pulau-pulau kecil yang tidak berpenghuni. Bagi
mengelak kebuluran mereka terpaksa bertahan dengan biskut lama yang telah
rosak dan hancur, kulit pembalut tiang layar dan pelapik pelantar, serta tikus
yang berkeliaran dalam kapal. Keadaan tambah meruncing apabila kebuluran
berlaku hingga merebaknya penyakit skurvi (scurvy) di kalangan anak-anak
kapal. Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C dalam badan ini
adalah penyakit yang lazim berlaku ke atas para pelaut akibat berada terlalu
lama di laut tanpa mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Mangsa
kebiasaanya mengalami bintik kemerah-merahan gelap pada kulit terutamanya
pada betis dan kaki serta gusi membengkak lalu menyebabkan ketanggalan gigi.
Selain itu, terdapat juga mangsa yang mengalami hidung berdarah, parutan
lama terbuka semula, kehilangan kuku dan juga kerap membuang air besar
hingga menyebabkan muka pucat, mata cengkung, lemah tidak bermaya dan
merasai kemuraman. Serangan penyakit ini menghadkan pergerakan anak-anak
kapal bagi menguruskan armada. Keseluruhannya skurvi membunuh seramai 19
orang kelasi terutama di kapal Victoria daripada lebih kurang 25 ke 30 orang
yang menghidapinya ketika menyeberangi Lautan Pasifik.
Sungguhpun ramai yang mati akibat serangan penyakit skurvi tetapi
Pigafetta, Espinosa dan Magellan tidak menghadapi masalah kesihatan.
Hubungan rapat antara mereka berdua dengan Magellan memberi peluang
kepada mereka menerima resepi peribadi Kapten-Jeneral itu yang berupa jeruk
buah quince yang mengandungi vitamin C yang amat tinggi. Pengambilan jeruk
ini tentunya mengelakkan mereka dari diserang penyakit skurvi berbanding yang
lain. Jeruk buah ini merupakan antara barangan peribadi Magellan yang
dibungkus rapi ketika konsul Portugis di Seville mengunjunginya semasa cubaan
memujuk pelayar veteran itu membatalkan niatnya mengetuai armada Sepanyol
dan balik semula ke pangkuan Manuel. Walaupun diserang kebuluran dan
penyakit tetapi mereka bernasib baik kerana belayar dalam cuaca yang amat
baik. Kejayaan itu mencatatkan Magellan dan anak-anak buahnya sebagai
pelayar pertama melayari dan merentasi Lautan Pasifik itu pada abad ke-16.
Setelah belayar selama tiga bulan 20 hari, pada 7 Mac 1521 mereka sampai di
Guam dan seterusnya sampai di Pulau Samar, Filipina pada subuh hari Sabtu 16
Mac 1521 lebih kurang satu tahun setengah selepas meninggalkan Sanlucar de
Barrameda di Sepanyol. Keesokan harinya mereka berlabuh di Pulau Suluan
yang tidak berpenghuni yang terletak di selatan PulauSamar.
Pertembungan dengan penduduk peribumi itu kemudiannya
memungkinkan mereka menjalin hubungan persahabatan dengan Raja Humabon
dan membolehkan Magellan menyebarkan agama Kristian bagi menyediakan
tapak kukuh bagi dominasi Sepanyol dalam ekspedisi akan datang. Walaupun
agama ini mudah diterima oleh peribumi Cebu tetapi tidak bagi kepulauan lain
terutama di Mactan. Ini menyebabkan ketuanya, Si Lapu-Lapu bangkit
menentang sehingga terjadinya pertempuran di pantai Punto Engano yang
terletak di bahagian utara Pulau Mactan yang akhirnya membawa kepada
kematian Magellan pada pagi Sabtu 27 April 1521. Pigafetta (1969:46)
menggambarkan peristiwa kematian Magelan itu dengan penuh tragis sekali:
“Recognizing the captain, so many turned upon him that they knocked his
helmet off his head twice, but he always stood firmly like a good knight, together
with some others. Thus we fight for more than one hour, refusing to retirefurther.
An Indian hurled a bamboo spear into the captain’s face, but the latter
immediately killed him with his lance, which he left in the Indian’s body. Then,
trying to lay hand on sword, he could draw it out but halfway, because he had
been wounded in the arm with the bamboo spear. When the natives saw that,
they all hurled themselves upon him. One of them wounded him on the left leg
with a large cutlass, which resembles a scimitar, only being larger. That caused
the captain to fall face downward, when immediately they rushed upon him with
iron and bamboo spears and with their cutlasses, until they killed our mirror, our
light, our comfort, and our true guide. When they wounded him, he turned back
many times to see whether we were all in the boats. Thereupon, beholding him
dead, we, wounded, retreated as best we could to the boats, which were already
pulling off”.
Sumbangan Magellan
Salah seorang yang tokoh pelayaran Sepanyol yang terkenal adalah Magellan.
Beliau yang dilahirkan di Portugis telah belayar untuk Sepanyol pada abad ke 16
yan telah menukar kerakyatannya menjadi warganegara Sepanyol. Sebelum
belayar untuk Sepanyol, beliau telah memperoleh kemahiran pelayaran ketika
berkhidmat sebagai wizurai Portugis di India selama tujuh tahun. Megellan telah
menyertai pelayaran Portugis yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira ke
Melaka pada September 1509 dengan lima buah kapal. Pada tahun 1511,
Magellan juga turut serta dalam misi penaklukan Melaka yang diketuai Alfonso
de Albuquerque. Tahun 1512 pula, Magellan diperintahkan pulang setelah
perkhidmatannya tidak diperlukan lagi kaitan mempertikaikan strategi
peperangan Albuquerque ketika perancangan menakluk Melaka sedang dirangka
semasa di Goa lagi.
Hal ini menyebabkan Magellan pergi ke Sepanyol dan meminta
pembiayaan daripada Raja Sepanyol untuk belayar ke Asia untuk mendapatkan
rempah. Magellan percaya bahawa Sepanyol juga ingin menguasai Timur Jauh
sama seperti Portugis. Pada tahun 1517, beliau akhirnya mendapat pembiayaan
daripada Raja Sepanyol iaitu Raja Carlos selepas berjaya menyakinkan raja
tersebut tentang perjalanan ke Asia Jauh. Dengan beranggapan bahawa bentuk
bumi adalah bulat, Magellan yakin dapat mencapai ke Timur Jauh dengan
berlayar ke barat. Beliau meyakinkan Raja Charles I dari Sepanyol dalam
pencarian ke arah barat menuju "Kepulauan Rempah-rempah" (Kepulauan
Maluku). Oleh yang demikian pada tahun 1519, Magellan mulai berlayar bersama
268 anak kapal dengan menggunakan 5 kapal.
Selain itu, Magellan juga turut menyumbang kepada Sepanyol penemuan
tempat baru. Semasa pelayaran beliau, beliau banyak menemukan tempat-
tempat baru yang berpotensi untuk dijadikan wilayah jajahan Sepanyol. Tempat-
tempat baru yang Magellan temui telah dijadikan colonial oleh Sepanyol.
Kebiasaanya, tempat yang ditemui oleh Magellan merupakan kawasan-kawasan
yang kaya dengan hasil bumi seperti rempah ratus, hasil laut, tempat-tempat
yang strategik, kawasan laluan perdagangan dan lain-lain. Antara kawasan yang
ditemui oleh beliau adalah Aldrone, Cape Virgins, dan Filipina yang menjadi
destinasi terakhir pelayaran beliau.
Penemuan kawasan-kawasan baru seperti ini telah menggalakkan lagi
aktiviti perdagangan antara perniagaan seperti rempah ratus, perdagangan
hamba, dan lain-lain. Perdagangan ini dilakukan antara Negara-negara Eropah
serta dengan penduduk setempat. Dari segi perdagangan hamba, Sepanyol
mendapat hamba melalui tawanan perang khususnya perang Moro yang berlaku
di selatan Filipina. Hamba-hamba yang didapat biasanya dijual ke Negara lain
untuk dijadikan buruh. Dengan pelayarannya yang dilakukan oleh Magellan
khususnys ke Timur Jauh telah mengembangkan lagi ekonomi Sepanyol dan
menjadi salah sebuah Negara Kolonial yang Berjaya sewaktu ketika dahulu.
Di samping itu, Magellan turut menyumbang kepada penemuan jalan
kapal baru atau jalan perdagangan yang baharu. Sewaktu beliau belayar untuk
Negara Sepanyol, Magellan Berjaya menemui jalan baru menuju ke kepulauan
rempah ataupun dikenali sebagai Filipina. Hal ini berbeza dengan Negara-negara
Eropah lain yang berlumba-lumba untuk mencari tempat perdagangan d Asia
dengan mengikut jalan barat seperti yang dilakukan oleh pelayar-pelayar
Portugis. Magellan percaya bahawa bumi adalah bulat, dan beliau yakin akan
sampai ke Timur jauh melalui jalan yang bertentangan dengan pelayar lain.
Justeru itu, pada bulan November 1520, Magellan membawa anak
kapalnya untuk belayar ke Asia. Beliau menemui laluan laut yang terletak pada
bahagian Selatan tanah besar Amerika Selatan dan pada utara Tierra de Fuego.
Disebabkan Magellan adalah orang pertama yang belayar di laut tersebut, maka
beliau menamakan selat tersebut adalah selat Magellan sehinggalah sekarang.
Walaupun pelayaran mereka mendapat tentangan yang hebat khususnya dari
pelayar lain, cuaca, keadaan laut yang bergelora dan lain-lain, beliau ahirnya
sampai ke Timur. Hal ini dapat membuktikan bahawa teori Magellan bahawa ada
jalan ke Timur melalui Amerika Selatan. Selepas pelayaran beliau, terdapat
banyak pelayar-pelayar lain yang mengikuti laluan Magellan untuk belayar ke
Asia.
Sumbangan Magellan yang lain adalah seperti penyebaran agama kristian.
Salah satu sebab Eropah menjalankan aktiviti pelayaran ke Asia adalah untuk
menyebarkan agama Kristian. Eropah beranggapan bahawa mereka mempunyai
tanggungjawab untuk mengkristiankan penduduk-penduduk di Asia. Tidak
terlepas juga Magellan. Sewaktu beliau belayar ke Filipina, beliau telah
membawa sekali paderi-paderi untuk menjalankan Kristianisasi terhadap
penduduk di Filipina. Pada 16 Mac 1521, Ferdinand Magellan telah mendarat di
Cebu, Filipina. Sewaktu berada di Cebu, beliau berjaya mengkristiankan Raja
Cebu, Humabon bersama pengikutnya.
Walau bagaimanapun, Magellan tilah dibunuh sebulan kemudian dalam
satu pertempuran tepi pantai Maktan oleh seorang panglima Islam iaitu Lapu-
lapu kerana campur tangan Magellan dalam peperangan di Cebu sementara
orang-orang dalam angkatannya yang terselamat kembali semula ke Sepanyol.
Peristiwa pembunuhan Ferdinand Magellan ini adalah yang paling bersejarah di
Filipina sehingga ke hari ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan terdirinya tugu
perintangan si pembunuhnya iaitu Lapu-lapu di Bandar Maktan, Cebu.
Selepas beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 1564, Kerajaan
Sepanyol telah menghantar satu rombongan di bawah pimpinan Maguel Lopez
de Lagazpi dan mereka tiba di Cebu. Lagazpi membawa bersama-sama enam
orang Paderi untuk menjalankan kristianisasi di Filipina. Hal ini telah
membuktikan bahawa sumbangan pelayaran Magellan telah membawa Filipina
kepada salah sebuah Negara d Asia Tenggara yang mempunyai majoriti Kristian.
Sumbangan terakhir Magellan adalah peluasan tanah jajahan Sepanyol.
Sepanyol merupakan salah satu Negara Eropah yang menjalankan kolonialisasi
di Asia. Sepanyol telah menjalankan colonial di Filipina hasi daripada penemuan
Magellan sewaktu dalam usaha belayar mengelilingi dunia dan mencari hasil
rempah. Sepanyol menjajah Filipina lebih kurang tiga abad lebih sehingga
campur tangan Amerika Syarikat pada tahun 1898 yang membawa kepada
peperangan antara Sepanyol dengan Amerika berhampiran dengan Filipina.
Hal ini dapat dibuktikan dengan bermulanya nama Filipina iaitu (Philipines)
sempena nama Raja Philip II di Sepanyol. Sepanyol telah memerintah Filipina dar
tahun 1565 sehingga tahun 1898. Sepanyol juga turut menjalankan kristianisasi
di Filipina dan menjadikan Filipina sebagai salah sebuah Negara Kristian di Asia.