dibina turun temurun - jmm.gov.my JMM_SalasiahCheLah.pdf · penerima ilmu kearifan tempatan serta...

15

Transcript of dibina turun temurun - jmm.gov.my JMM_SalasiahCheLah.pdf · penerima ilmu kearifan tempatan serta...

•  Ilmu yang dibina turun temurun oleh sesebuah komuniti dan dikembangkan melalui pengalaman yang dimiliki oleh individu atau komuniti tersebut dalam persekitaran yang didiami mereka.

•  Ilmu kearifan tempatan termasuklah pengetahuan, amalan yang masih kekal diamalkan oleh sesebuah komuniti atau individu tersebut termasuklah bahasa, tempat, kerohanian dan pandangan dunia.

• Ilmu ini diuruskan dan dipindahkan sekiranya seseorang individu atau kominiti tersebut saling percaya antara satu sama lain dan mendapat manafaat daripada proses pemindahan tersebut.

‘Tacit knowledge’  merupakan antithesis kepada ilmu yang ketara, ia tidak mudah direkodkan dan dipindahkan menggunakan mekanisma dokumen dan prosedur. Diperolehi melalui pengalaman seseorang dan sangat subjektif serta sukar di –’formalize’.

• Dipelajari dan dikongsi melalui pengalaman yang terkumpul yang memerlukan seseorang untuk turut terlibat sama dan melakukan sendiri ilmu yang hendak diperolehi.

•  Kepercayaan seseorang terhadap individu atau komuniti yang hendak dipindahkan ilmu tersebut merupakan faktor utama. . Hubungan rapat antara individu yang arif dalam sesuatu ilmu akan mengurangkan risiko dan keraguan untuk seseorang itu berkongsi ilmu.  Rothenberg (2006)

Penerima Ilmu Generasi Kedua

(Cucu @ Cicit)

Penerima Ilmu (Ibu @ Bapa)

Sumber ilmu

(Datuk @ Nenek)

Orang Luar

Rajah 1: Pemindahan ilmu kearifan tempatan

• Pemindahan ilmu kearifan tempatan ini hanya berlaku apabila sumber ilmu merasakan bahawa ilmu yang hendak dipindahkan kepada penerima ilmu akan memberi manfaat kepada sumber ilmu dan penerima ilmu tersebut.

• Oleh itu, ilmu kearifan tempatan biasanya dipindahkan apabila sumber ilmu merasakan bahawa ilmu yang bakal dipindahkan ini akan memberi faedah kepada ahli keluarganya untuk mengekalkan dan meneruskan ilmu kearifan tempatan yang dimilikinya.

•  Ilmu ini kemudiannya disimpan dalam komuniti keluarga sumber ilmu tersebut dan tidak akan dikongsi kepada orang yang luar dari lingkungan keluarga mereka. Hanya ahli keluarganya sahaja yang dibenarkan meneruskan ilmu yang diperturunkan.

• Sumber ilmu akan memilih penerima ilmu yang sesuai dan berkebolehan untuk meneruskan ilmu dan kemahiran yang mereka miliki.

Kejayaan memindahkan ilmu kearifan tempatan dipengaruhi apabila sumber ilmu dan penerima ilmu tersebut mendapat pendedahan awal antara satu sama lain (Rothernberg, 2006).

•  Datuk •  Nenek

Sumber Ilmu

•  Ibu •  Bapa

Penerima Ilmu

•  Anak •  (Cucu)

Penerima Ilmu

Internalization

Socialization

Rajah 2: Pengurusan ilmu kearifan tempatan

Internalisation:

•  Proses yang ketara terdapat dalam ilmu tacit yang berkaitan dengan pembelajaran dengan terlibat sama dengan ilmu kearifan tempatan tersebut.

•  Walaupun seseorang penerima ilmu tersebut mungkin berkebolehan, penerima ilmu tetap perlu berlatih di bawah sumber ilmu yang mengajarnya

• Socialisation: •  Proses berkongsi pengalaman dan seterusnya membolehkan ilmu tacit tersebut dikongsi meggunakan model minda dan kemahiran teknikal. Kebiasaanya, ia dipindahkan melalui proses yang tidak formal iaitu ilmu kearifan tempatan dipindahkan boleh berlaku walaupun seseorang individu tidak berniat untuk mengajar atau belajar sesuatu ilmu itu (Abrams, 2015)

METODOLOGI

�  Responden - Pemuzik Gamelan �  Belajar Gamelan dari pemuzik Gamelan, pindahkan muzik

Gamelan kepada note muzik dan menggunakannya sebagai bahan pengajaran di sebuah institut pendidikan tempatan

�  Instrumen – Kaedah temubual dan pemerhatian

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

• Gamelan pada mulanya dimainkan semenjak berlakunya perkahwinan antara raja- raja negeri Pahang dengan Riau sebelum tiba ke negeri Terengganu

• Di salah sebuah institusi pendidikan di Malaysia, ijazah Gamelan diwujudkan bagi menyediakan melahirkan graduan yang mahir dalam memainkan muzik Gamelan secara formal. Menurut responden, ijazah Gamelan yang diajarnya adalah berbentuk semester dan diajar secara bergilir.

•  Setiap pelajar akan mempelajari semua alat muzik Gamelan dan perlu mahir memainkan satu alat muzik dari tujuh atau lapan alat muzik. Mereka perlu mempelajari dua lagu, dan kebanyakan pelajar hanya dapat menguasai peralatan muzik Gamelan di akhir semester.

• Pelajar yang dirasakan berkebolehan dan cekap dalam mempelajari alat muzik Gamelan adakalanya diajar lebih dari dua lagu oleh responden. Pelajar turut didedahkan kepada teori muzik dan perlu tahu membaca nota muzik.

GAMELAN

• Sebelum wujudnya institusi pendidkan yang mengajar muzik Gamelan secara formal, respondent menyatakan bahawa terdapat sebanyak 100 manuskrip muzik Gamelan di Terengganu tetapi tidak ada manuskrip kerana tidak ditulis oleh pemuzik zaman dahulu.

• Namun, hanya 30 buah lagu yang berjaya diperturunkan sekitar tahun 1978 dan dibukukan. Semasa beliau mempelajari muzik Gamelan dari bekas pemuzik istana, Pak Mat, beliau memberitahu bahawa dia akan memerhatikan cikgunya mengajar dan kemudiannya memainkan muzik Gamelan mengikut rentak cikgunya.

• Apabila respondent mempelajari muzik Gamelan dari pemuzik Gamelan seterusnya, beliau akan menulis semula muzik Gamelan dalam bentuk nota muzik kerana gurunya hanya boleh memainkan alat muzik Gamelan tetapi tidak tahu membaca nota muzik

•  Ilmu kearifan tempatan iaitu muzik Gamelan melalui pelbagai proses penapisan bergantung kepada penglibatan penerima ilmu, tempoh masa belajar, keluasan ilmu mereka, dan cara ilmu tersebut disampaikan

GAMELAN

• Dalam kes ini, muzik Gamelan dirasakan oleh sumber ilmu sebagai suatu ilmu yang akan member manfaat untuk diperturunkan kepada generasi akan datang.

• Oleh itu, pewaris yang memperturunkan ilmu ini kepada pewaris seterusnya turut beranggapan yang sama dengan sumber ilmu sebelum menerima ilmu tersebut iaitu muzik Gamelan.

• Apabila adanya matlamat dan visi yang sama akan memudahkan ilmu dan teknologi kearifan tempatan untuk dipindahkan kerana masing-masing akan mendapat manafaat bersama.

• Lebih tinggi kepercayaan seseorang terhadap individu atau komuniti yang hendak dikongsi ilmu kearifan tempatan maka lebih tinggi kejayaan seseorang untuk memperolehi sesuatu ilmu kearifan tempatan

• Oleh kerana tidak semua ilmu itu diperturunkan sepenuhnya, maka hanya 30 buah muzik Gamelan yang berjaya diperturunkan daripada 100 buah muzik Gamelan manakala bahagian lain mungkin tidak diperturunkan atas sebab tertentu

GAMELAN

KESIMPULAN

Kajian ini mendapati bahawa faktor saling percayai-mempercayai, penglibatan awal antara sumber ilmu dan penerima ilmu kearifan tempatan serta proses penapisan berlaku dalam pemindahan dan pengurusan ilmu kearifan tempatan di Malaysia

TERIMA KASIH [email protected]

Penghargaan: Universiti Sains Malaysia

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Geran LRGS 203/PTS/6727002