DIDIK HIBUR.ppt

8

Transcript of DIDIK HIBUR.ppt

  • LATAR BELAKANG YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Pelajaran telah mengumumkan mengenai pemansuhan PPSMI pada 8 Julai 2009.

    Mesyuarat Jawatankuasa Induk Memartabatkan BM dan Memperkukuh Bahasa Ingeris (MBMMBI) diadakan pada 14 Julai 2009 yang dipengerusikan oleh KSU dan KPPM

  • Diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Melayu.

    Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran BM menjadi seronok untuk diikuti murid-murid.

    Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas BM dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa.

    Pengenalan

  • APAKAH DIDIK HIBUR?Kamus Dewan (2000) mentakrifkan: - didik : pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar - hibur : menyenangkan atau menggirangkan hati.

    Rumusan:

    Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam prosespengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap:nyanyian,berceritalakonanpuisi

    Keseronokan murid secara total dalam mempelajari BMakan dapat direalisasikan secara terancang dan sistematik.

  • CIRI-CIRI DIDIK HIBUR

    Sesi pembelajaran yang menyeronokkan - unsur kecindan, estetik, permainan, muzik, lakonan dsb.

    Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan kepada guru. - berkonsepkan santai dan berhibur. - keadaan pembelajaran yang positif - tertunggu-tunggu untuk melalui sesi hari berikutnya. Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. - aktiviti nyanyian dan lakonan - main peranan - murid terlibat sepenuhnya - arahan guru jelas dan ringkas - penggunaan ICT dan BBM Objektif aktiviti - penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan - tiada unsur kalah atau menang, - tiada ganjaran atau dendaan - latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti BM.

  • Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.Aktiviti yang dipilih secara berkumpulan / berpasangan untuk wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama & toleransi.Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal.Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

    sambungan

  • a. Guru Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakutkan.Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.Guru tidak menjatuhkan air muka /memalukan murid di khalayak.Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.Guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.Guru boleh membuat pelbagai suara.Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.Guru berkebolehan menukar /melakukan penyesuaian mendadak.Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel.

    FAKTOR KEJAYAAN PELAKSANAAN DIDIK HIBUR

  • b. AKTIVITI

    Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.Aktiviti yang murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama.Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai.Aktiviti boleh diselesaikan tanpa ada banyak masalah dan halangan.Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik.Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti.Aktiviti yang dirancang memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

    FAKTOR KEJAYAAN PELAKSANAAN DIDIK HIBUR