diesel

13
Pengenalan Enjin diesel telah dicipta pada tahun 1892 oleh seorang permuda berbangsa jerman, Rudolph Diesel. Enjin ini merupakan sejenis enjin pembakaran dalaman yang beroperasi melalui kitar diesel. Enjin diesel banyak digunakan pada kenderaan berat seperti lori, bas dan kenderaan industry. Enjin diesel lebih cekap berbanding enjin petrol. Ia menukarkan tenaga haba kepada tenaga mekanikal. Dalam enjin diesel, udara diambil masuk ke silinder dan dimampatkan. Udara yang dimampatkan menjadi panas dan apabila hampir pada takat terakhir atas( T.T.A.) di lejang mampatan, pemancit akan memancitkan bahan api ke dalam ruang pembakaran untuk proses pembakaran. Dalam sistem ini, bahan api perlu ditapis untuk mengelakkan pembakaran bahan api yang tidak sempurna semasa lejang kuasa. Sistem penghantaran minyak merupakan sistem yang amat penting dalam enjin pembakaran dalam kerana sistem ini yang menentukan pembakaran semasa lejang kuasa. Ciri utama enjin diesel adalah penggunaan udara termampat untuk membakar bahan api, yang disuntik ke dalam ruang pembakaran semasa penghujung lejang mampatan. Ia bertentangan dengan enjin petrol, di mana campuran udara-bahan api dinyalakan oleh palam pencucuh. Objektif 1) Dapat mengetahui komponen-komponen yang penting dalam enjin diesel. 2) Dapat mengetahui fungsi dan kendalian sistem bahan api diesel. 3) Dapat membezakan antara enjin petrol dengan enjin diesel.

Transcript of diesel

Page 1: diesel

Pengenalan

Enjin diesel telah dicipta pada tahun 1892 oleh seorang permuda berbangsa jerman,

Rudolph Diesel. Enjin ini merupakan sejenis enjin pembakaran dalaman yang beroperasi

melalui kitar diesel. Enjin diesel banyak digunakan pada kenderaan berat seperti lori, bas

dan kenderaan industry. Enjin diesel lebih cekap berbanding enjin petrol. Ia menukarkan

tenaga haba kepada tenaga mekanikal. Dalam enjin diesel, udara diambil masuk ke silinder

dan dimampatkan. Udara yang dimampatkan menjadi panas dan apabila hampir pada takat

terakhir atas( T.T.A.) di lejang mampatan, pemancit akan memancitkan bahan api ke dalam

ruang pembakaran untuk proses pembakaran. Dalam sistem ini, bahan api perlu ditapis

untuk mengelakkan pembakaran bahan api yang tidak sempurna semasa lejang kuasa.

Sistem penghantaran minyak merupakan sistem yang amat penting dalam enjin

pembakaran dalam kerana sistem ini yang menentukan pembakaran semasa lejang kuasa.

Ciri utama enjin diesel adalah penggunaan udara termampat untuk membakar bahan api,

yang disuntik ke dalam ruang pembakaran semasa penghujung lejang mampatan. Ia

bertentangan dengan enjin petrol, di mana campuran udara-bahan api dinyalakan

oleh palam pencucuh.

Objektif

1) Dapat mengetahui komponen-komponen yang penting dalam enjin diesel.2) Dapat mengetahui fungsi dan kendalian sistem bahan api diesel.3) Dapat membezakan antara enjin petrol dengan enjin diesel.4) Dapat mengetahui langkah-langkah kerja membuka, memasang dan

menservis komponen-komponen enjin diesel seperti pemancit dan pam pemancit.

Page 2: diesel

Komponen-Komponen Sistem Penghantaran Minyak Diesel

Bahan Api Diesel

- Pembakaran enjin petrol memerlukan tiga perkara iaitu bahan api, udara dan percikan bunga api. Manakala bahan api diesel ia berlainan dengan bahan api petrol. Ia memerlukan bahan api, udara dan haba untuk menghasilkan pembakaran.

Pam Pemancit

Jenis Pengagih Jenis Sebaris

- Pam pemancit terletak di bahagian tepi bongkah enjin. Ia berfungsi untuk mengagihkan bahan api bertekanan tinggi ke pemancit di setiap silinder berdasarkan aturan pembakaran. Selain itu, ia juga berfungsi mengawal dan menentukan kuantiti bahan api yang akan dipancit ke dalam silinder.

- Pam pemancit mempunyai dua jenis iaitu jenis sebaris dan jenis pengagih. Pam pemancit jenis sebaris dipacu oleh pusingan enjin yang disambung dengan mengunakan gear. Pada setiap pam pemancit terdapat beberapa unit pengepam. Bilangan unit pengepam ini bargantung pada bilangan silinder. Manakala pam pemancit jenis pengagih dipacu dengan menggunakan gear yang dihubungkan ke enjin.

Page 3: diesel

Penapis Bahan Api

- Penapis bahan api berfungsi untuk menapis bahan api yang mengalir melaluinya supaya bendasing tidak dialirkan ke pam pemancit. Bendasing ini boleh menyebabkan pam pemancit dan pemancit rosak atau tersumbat. Di dalam penapis bahan api terdapat elemen penapis. Bendasing di dalam bahan api akan melekat pada elemen penapis. Bahan api ditapis pada tiga peringkat penapisan untuk memastikan bahan api yang benar-benar bersih. Elemen penapis bahan api adalah jenis pakai buang dan perlu diganti pada masa tertentu.

Pemancit

- Suntikan bahan api atau pancitan bahan api adalah sistem kenderaan yang bertugas mengangkut bahan api ke kenderaan selain daripada penggunaan karburetor.Pemancit berfungsi untuk menyemburkan bahan api diesel dalam bentuk kabus ke dalam ruang pembakaran. Pemancit terdiri daripada beberapa bahagian, iaitu injap jarum, nat pemegang, pengumpar, muncung pemancit, pegas, kepipis, rod tolak dan penjarak.

Page 4: diesel

Tangki Bahan Api

- Terletak pada bahagian bawah kenderaan. Ia berfungsi untuk membekalkan bahan api diesel

Penutup Tangki

- Berfugsi untuk

Palam Pemanas

- Palam pemanas berfungsi untuk memanaskan udara di dalam ruang pembakaran supaya enjun mudah dihidupkan. Palam pemanas menjadi panas apabila arus elektrik dari bateri kenderaan mengalir melaluinya. Suis palam pemanas perlu diaktifkan selama sepuluh saat sebelum enjin dihidupkan supaya elemen pemanas pada palam pemanas menjadi pijar.

Page 5: diesel

Kendalian Sistem Bahan Api Diesel

1) Pam pindah menyedut bahan api dari tangki bahan api. Sebelum sampai ke pam pindah bahan api ditapis oleh penapis utama.

2) Kemudian, pam pindah mengepam bahan api ke pam pemancit. Sebelum sampai ke pam pemancit, bahan api tersebut ditapis secara dua peringkat iaitu ditapis oleh penapis sekunder dan kemudian ditapis oleh penapis akhir.

3) Seterusnya, pam pemancit akan mengepam bahan api yang bertekanan tinggi ke pemancit melalui paip tekanan tinggi.

4) Akhir sekali, bahan api akan disemburkan ke dalam ruang pembakaran oleh pemancit. Lebihan bahan api yang tidak dipancit akan dialirkan semula ke tangki bahan api melalui paip limpah.

Page 6: diesel

Langkah-Langkah Kerja

1. Menanggal, merombak dan menservis pemancit

- Menanggalkan pemancit

1. Sediakan peralatan menanggal dan memasang pemancit2. Buka kesemua nat pengikat paip tekanan tinggi pada pemancit dan pada pam

pemancit.3. Susun paip tekanan tinggi mengikut susunan silinder.4. Tanggalkan pemancit dari enjin.5. Susun pemancit mengikut susunan silinder.

- Merombak pemancit

1. Sediakan peralatan yang sesuai.2. Apitkan pemancit pada ragum yang dialas dengan kemas.3. Buka nat pemegang pemancit.4. Keluarkan kepipis.5. Keluarkan pegas tekanan.6. Keluarkan rod tolak dan penjarak.7. Keluarkan muncung pemancit.

- Menservis pemancit

1. Sediakan peralatan menservis.2. Letakkan bahagian-bahagian pemancit di dalam satu takungan yang berisi

minyak diesel.3. Bersihkan bahagian-bahagian pemancit menggunakan minyak diesel.4. Bersihkan kesan karbon pada muncung pemancit dan pada muncung injap

jarum dengan menggunakan berus.5. Bilas bahagian-bahagian pemancit dengan minyak diesel dan jemur sehingga

kering.

Page 7: diesel

2. Menanggal dan memasang pam pemancit pada enjin

- Menanggalkan pam pemancit

1. Buka kesemua paip tekanan tinggi dan hos yang bersangkutan dengan pam.2. Buka kesemua skru penutup gear pemasaan dan tanggalkan.3. Pusingkan aci engkol sehingga silinder nombor satu berada dalam keadaan

mampatan dan tanda Y/Y pada gear pemasaan sejajar dengan gear pepura.4. Buka nat pengikat gear pemasaan.5. Pasangkan puller pada gear pemasaan.6. Ikat skru puller untuk menanggalkan gear pemasaan.7. Tanggalkan gear pemasaan. Pastikan kekunci separa bulat tidak tercabut dari

kedudukannya.8. Buka nat pengikat pam pemancit.9. Tanggalkan pam pemancit dari enjin.

- Memasang pam pemancit

1. Pusingkan kapi sehingga tanda 8˚ - 10˚ setentang dengan tanda pada enjin(mengikut spesifikasi enjin) .

2. Buka skru penutup injap hantaran dan tanggalkan pegas dan injap hantaran pada pam pemancit di segmen nombor satu.

3. Pasang semula skru penutup injap hantaran.4. Pasangkan paip leher angsa pada penutup injap hantaran di segmen nombor satu.5. Longgarkan nat pengikat pam pemancit sehingga pam boleh ditolak.6. Tolak pemancit ke arah enjin.7. Dengan menggunakan pam pindah, pamkan bahan api sehingga keluar melalui paip

pada leher angsa. Pada masa yang sama tarik pam pemancit keluar sehingga bahan api berhenti menitis melalui paip pada leher angsa.

8. Ketatkan skru pengikat pam pemancit dengan kemas.9. Buka leher angsa danpenutup injap hantaran.10. Pasang semula bahagian-bahagian yang telah dibuka seperti injap hantaran, pegas,

penutup injap hantaran dan paip tekanan tinggi.11. Jujuh sistem bahan api pada saluran tekanan rendah.12. Jujuh sistem bahan api pada paip tekanan tinggi dan hidupkan enjin.

Page 8: diesel

Perbandingan Antara Diesel Dengan Petrol

Perbandingan Enjin diesel Enjin petrol

Bahan api Diesel Petrol

Cara pembakaranMampatan udara (tidak memerlukan sistem penyalaan)

Palam pencucuh (memerlukan sistem penyalaan)

Cara mematikan enjin Menyekat bekalan bahan api Mematikan sistem penyalaan

Sistem bahan api Suntikan bahan apiKarburetor atau suntikan bahan api

Kawalan kelajuanKawalan kualiti (bahan api sahaja)

Kawalan kuantiti (campuran udara dan bahan api)

Penghidupan semasa sejuk

Palam baraInjap pencekik (bagi karburetor sahaja)

Nisbah mampatan Tinggi (15:1 ke atas) Sederhana (6:1 ~ 14:1)

Nisbah campuran udara-bahan api

Udara berlebihanMenghampiri nisbah stoikiometrik (14.7:1)

Kelajuan enjin Rendah (4,500 rpm ke bawah) Tinggi (5,500 ~ 20,000 rpm)

Kilasan kemuncakKelajuan rendah (sekitar 1,600 ~ 2,000 rpm)

Kelajuan lebih tinggi (sekitar 2,500 rpm ke atas)

Kecekapan kemuncak 45% 30%

Page 9: diesel

Kelebihan dan kelemahan

Kelebihan

1. Lebih menjimatkan bahan api berbanding enjin petrol.

2. Mempunyai kecekapan pembakaran bahan api yang lebih tinggi daripada enjin

petrol. Nilai kecekapan pembakaran kemuncak sebenar bagi enjin diesel

pada lori, bas dan kereta adalah setinggi 45%, serta mungkin akan mencecah 55%

pada masa akan datang.

3. Menghasilkan kurang karbon monoksida kerana membakar bahan api dalam udara

berlebihan.

4. Menghasilkan kilasan kemuncak pada kelajuan enjin rendah, menjadikannya sesuai

digunakan pada kenderaan berat.

5. Lebih tahan lama serta lebih boleh diharap kerana selain ketiadaan sistem

penyalaan elektrik, enjin diesel sememangnya dibina bagi menahan tekanan yang

sangat tinggi.

6. Tidak memerlukan palam pencucuh sebagaimana enjin petrol.

Kelemahan

1. Enjin diesel lazimnya lebih berat daripada enjin petrol.

2. Kadar pecutan yang lebih lambat daripada enjin petrol. Walau bagaimanapun,

pemasangan pengecas turbo serta teknologi baru seperti sistem suntikan terus rel

sepunya membantu meningkatkan kadar pecutan enjin diesel.

3. Menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos. Masalah tersebut boleh

dikurangkan dengan kawalan diesel elektronik serta penggunaan bahan api diesel

yang lebih bersih (kurang kandungan sulfur).

4. Banjaran kuasa yang kecil disebabkan banjaran putaran enjin yang terhad. Ia

merupakan sebab utama mengapa kebanyakan loriberat mempunyai kotak gear

sehingga sebanyak 18 kelajuan. Pengecas turbo geometri boleh laras membolehkan

kilasan enjin disebarkan pada banjaran kelajuan yang lebih meluas.

5. Enjin diesel lebih bising daripada enjin petrol disebabkan ketukan

diesel. Penggunaan minyak diesel dengan nilai setana yang lebih tinggi boleh

mengurangkan bunyi bising ketukan diesel.

Page 10: diesel

Kesimpulan