Diet Rendah Natrium (Sodium - nkfs.org · PDF fileUntuk mengelakkan masalah-masalah ini, ......

2
DTD Low Sodium Diet (V.1) Created: July 2015 Diet Rendah Natrium (Sodium) Apa itu Natrium? Natrium adalah sejenis mineral yang penting untuk mengekalkan keseimbangan cecair di dalam dan di sekitar sel-sel tubuh badan kita. Garam mengandungi 40% natrium dan ia adalah salah satu sumber utama natrium dalam pemakanan kita. Sos, perasa, pengawet makanan, makanan diawet dan makanan dalam tin mengandungi natrium yang tinggi. Natrium & Kesihatan Natrium meningkatkan tekanan darah sesetengah orang kerana ia memegang cecair berlebihan dalam badan dan ini memberikan bebanan tambahan pada jantung kita. Tekanan darah meningkat dengan perlanjutan usia kita, dan pemakanan yang kurang natrium akan dapat mencegah kenaikan itu dan mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan natrium terlalu tinggi dalam darah seperti strok, penyakit jantung, osteoporosis, kanser perut dan penyakit buah pinggang. Untuk mengelakkan masalah-masalah ini, anda perlu mengehadkan jumlah pengambilan natrium dalam pemakanan anda. Berapakah had pengambilan harian? Hadkan pengambilan garam kurang daripada 1 sudu teh (5g) sehari kerana ia mengandungi kira-kira 2000 mg Natrium. Kandungan Natrium dalam perasa yang biasa digunakan Sos/ perasa Sukatan Natrium (mg) Garam 1 Sudu Teh 2000 Kiub stok 1 Sudu Teh 920 Gantian Garam (Garam Kalium) 1 Sudu Teh 865 MSG 1 Sudu Teh 620 Sos Tiram 1 Sudu Teh 345 Sos Soya Cair 1 Sudu Teh 365 Sos Soya Pekat 1 Sudu Teh 203 Sos Tomato 1 Sudu Teh 114 Sos Cili 1 Sudu Teh 57 Natrium yang tersembunyi dalam makanan Natrium terdapat dalam banyak makanan proses dengan nama yang berlainan. Jika tiga bahan utama dalam senarai kandungan produk makanan yang anda beli mempunyai bentuk natrium seperti yang disenarai di bawah, makanan tersebut berkemungkinan besar mengandungi natrium yang tinggi. Contoh bentuk natrium adalah: Garam batu/ garam laut/ Garam beriodin Air garam Mono-sodium glutamat (MSG) (E621) Natrium Klorida (NaCl)/ Garam Sodium Bikarbonat (Soda Penaik) Serbuk Penaik Natrium Nitrit Natrium Benzoat

Transcript of Diet Rendah Natrium (Sodium - nkfs.org · PDF fileUntuk mengelakkan masalah-masalah ini, ......

Page 1: Diet Rendah Natrium (Sodium - nkfs.org · PDF fileUntuk mengelakkan masalah-masalah ini, ... Contoh bentuk natrium adalah: ... Choice Symbol”)

DTD Low Sodium Diet (V.1) Created: July 2015

Diet Rendah Natrium (Sodium) Apa itu Natrium? Natrium adalah sejenis mineral yang penting untuk mengekalkan keseimbangan cecair di dalam dan di sekitar sel-sel tubuh badan kita. Garam mengandungi 40% natrium dan ia adalah salah satu sumber utama natrium dalam pemakanan kita. Sos, perasa, pengawet makanan, makanan diawet dan makanan dalam tin mengandungi natrium yang tinggi.

Natrium & Kesihatan Natrium meningkatkan tekanan darah sesetengah orang kerana ia memegang cecair berlebihan dalam badan dan ini memberikan bebanan tambahan pada jantung kita. Tekanan darah meningkat dengan perlanjutan usia kita, dan pemakanan yang kurang natrium akan dapat mencegah kenaikan itu dan mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan natrium terlalu tinggi dalam darah seperti strok, penyakit jantung, osteoporosis, kanser perut dan penyakit buah pinggang.

Untuk mengelakkan masalah-masalah ini, anda perlu mengehadkan jumlah pengambilan natrium dalam

pemakanan anda.

Berapakah had pengambilan harian? Hadkan pengambilan garam kurang daripada 1 sudu teh (5g) sehari kerana ia mengandungi kira-kira 2000 mg Natrium.

Kandungan Natrium dalam perasa yang biasa digunakan

Sos/ perasa Sukatan Natrium (mg)

Garam 1 Sudu Teh 2000

Kiub stok 1 Sudu Teh 920

Gantian Garam (Garam Kalium) 1 Sudu Teh 865

MSG 1 Sudu Teh 620

Sos Tiram 1 Sudu Teh 345

Sos Soya Cair 1 Sudu Teh 365

Sos Soya Pekat 1 Sudu Teh 203

Sos Tomato 1 Sudu Teh 114

Sos Cili 1 Sudu Teh 57

Natrium yang tersembunyi dalam makanan

Natrium terdapat dalam banyak makanan proses dengan nama yang berlainan. Jika tiga bahan utama dalam senarai kandungan produk makanan yang anda beli mempunyai bentuk natrium seperti yang disenarai di bawah, makanan tersebut berkemungkinan besar mengandungi natrium yang tinggi. Contoh bentuk natrium adalah:

Garam batu/ garam laut/ Garam beriodin

Air garam

Mono-sodium glutamat (MSG) (E621)

Natrium Klorida (NaCl)/ Garam

Sodium Bikarbonat (Soda Penaik)

Serbuk Penaik

Natrium Nitrit

Natrium Benzoat

Page 2: Diet Rendah Natrium (Sodium - nkfs.org · PDF fileUntuk mengelakkan masalah-masalah ini, ... Contoh bentuk natrium adalah: ... Choice Symbol”)

DTD Low Sodium Diet (V.1) Created: July 2015

Bagaimana jika saya makan di luar?

Kebanyakan makanan penjaja mengandungi jumlah natrium yang tinggi. Anda boleh memilih makanan yang lebih sihat dengan pilihan yang bijak.

Makanan Tinggi Kandungan Natrium

Natrium (mg) Makanana Rendah Kandungan Natrium) Natrium (mg)

1 Pinggan Nasi Ayam 1049 1 Pinggan Nasi Putih dengan Ayam Panggang

80

1 Hidangan Kentang Goreng Kecil 190 1 Hidangan Kentang Panggang tanpa Keju 17

1 Mangkuk Mee Siam dengan Kuah 2659 1 Mangkuk Mee Siam (Tanpa Kuah) 1008

Bagaimana pula dengan snek?

Makanan ringan biasanya mangandungi natrium yang tinggi. Tetapi, anda boleh memilih makanan ringan yang mengandungi natrium yang lebih rendah.

Makanan Tinggi Kandungan Natrium Natrium (mg) Makanana Rendah Kandungan Natrium) Natrium (mg)

Karipap/Epok-epok (71g) 183 Tart Telur (64g) 75

Kek Kukus (60g) 160 Kuih Lapis (69g) 72

Bubur Cha Cha 128 Chin Chau 53

Biskut dengan Isi Krim (3 Keping) 171 Biskut Mentega (3 Keping) 36

Bun Serunding Ayam (1 biji) 1328 Bun Manis (1 biji) 57

Senarai pantri saya

Makanan Tinggi Kandungan Natrium Natrium (mg) Makanana Rendah Kandungan Natrium) Natrium (mg)

Daging Proses/ Ham (1 keping) 320 Daging/ Ayam yang Segar 18

Kobis Masin (100g) 1860 Kobis Segar (100g) 34

Asam boi (50g) 990 1 plum kecil yang Segar 1

Mi Segera berperisa Kari (83g) 1498 Mi Segera (tanpa perisa), masak dengan rempah semulajadi (Pasli, Bawang Putih & Pepper) (83g)

234

Mentega(50g) 357 Mentega tanpa Garam (50g) 18

Tuna dalam Air Garam (100g) 298 Tuna dalam Air Tawar(100g) 152

Cara-cara mengurangkan pengambilan Natrium

Hadkan makanan yang tinggi kandungan natrium seperti makanan dalam tin dan makanan proses. Pilih makanan segar seperti sayur-sayuran, daging dan ayam.

Apabila memasak di rumah, gunakan rempah, jus lemon atau perisa semula jadi seperti bawang merah, bawang putih dan pasli untuk meningkatkan rasa pada makanan tanpa menambah garam.

Hanya tambah garam atau sedikit sos selepas masak. Jika perlu, rasakan makanan yang telah dimasak sebelum menambah garam.

Elakkan makanan jeruk, sambal belacan, papadum atau chutney.

Kurangkan makan di luar kerana kebanyakan makanan yang dijual di luar mengandungi garam yang tinggi.

Apabila makan di luar, minta kurang kuah, elakkan minum sup dan hadkan makanan diawet seperti ikan masin dan telur masin. Selain itu, minta makanan dimasak tanpa menambah garam, MSG atau kicap.

Apabila membeli makanan, pilihlah makanan yang ada simbol pilihan sihat (“Healthier Choice Symbol”) atau cap rendah kandungan Natrium (“Low in Sodium”) dan tiada tambahan garam (“No added salt”).

Bacakan label makanan dan bandingkan makanan yang serupa setiap 100g. Pilihlah makanan yang mengandungi Natrium yang lebih rendah.