DIMENSIKOOP Zakat Perniagaan dan Kewajipan … dan haram, maka zakat dikeluarkan untuk bahagian yang...

6
Zakat Perniagaan dan Kewajipan kepada Pengenalan Manusia haruslah bersyukur atas nikmat rezeki dan harta yang diberikan oleh Allah SWT untuk menjalani kehidupan harian. Oleh itu, harta kekayaan merupakan amanah dan ujian kepada seluruh umat manusia. Umat Islam perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan segala yang difardukan oleh Allah SWT seperti kewajipan berzakat terhadap harta kekayaan yang telah dikurniakan. Zakat merupakan salah satu dari lima rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam. Menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS), dari sudut bahasa zakat bermaksud bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Ia memberi maksud zakat dapat membersihkan harta dan diri dari sifat kedekut dan bakhil yang seterusnya dapat bersama-sama membantu golongan Koperasi Mohd Shahron Anuar Said Sektor Perladangan dan Asas Tani yang kurang berkemampuan dari segi ekonomi dan sosial. Manakala dari segi syarak pula, zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak (LZS, 2015). Allah SWT berfirman yang bermaksud “Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat; dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan” – Surah Al-Baqarah (ayat 110). Maka jelaslah bahawa setiap umat Islam perlu mengetahui kepentingan menunaikan zakat dan melaksanakan kewajipannya. BIL. 49 • 2016 DIMENSIKOOP 4

Transcript of DIMENSIKOOP Zakat Perniagaan dan Kewajipan … dan haram, maka zakat dikeluarkan untuk bahagian yang...

Page 1: DIMENSIKOOP Zakat Perniagaan dan Kewajipan … dan haram, maka zakat dikeluarkan untuk bahagian yang halal sahaja. iii. Cukup nisab Nisab pada tarikh akhir haul bersamaan atau melebihi

Zakat Perniagaandan Kewajipan kepada

PengenalanManusia haruslah bersyukur atas nikmat rezeki dan harta yang diberikan oleh Allah SWT untuk menjalani kehidupan harian. Oleh itu, harta kekayaan merupakan amanah dan ujian kepada seluruh umat manusia. Umat Islam perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan segala yang difardukan oleh Allah SWT seperti kewajipan berzakat terhadap harta kekayaan yang telah dikurniakan.

Zakat merupakan salah satu dari lima rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam. Menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS), dari sudut bahasa zakat bermaksud bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Ia memberi maksud zakat dapat membersihkan harta dan diri dari sifat kedekut dan bakhil yang seterusnya dapat bersama-sama membantu golongan

Koperasi Mohd Shahron Anuar SaidSektor Perladangan dan Asas Tani

yang kurang berkemampuan dari segi ekonomi dan sosial. Manakala dari segi syarak pula, zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak (LZS, 2015).

Allah SW T ber firman yang bermaksud “Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat; dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan” – Surah Al-Baqarah (ayat 110).

Maka jelaslah bahawa setiap umat Islam perlu mengetahui kepentingan menunaikan zakat dan melaksanakan kewajipannya.

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

4

Page 2: DIMENSIKOOP Zakat Perniagaan dan Kewajipan … dan haram, maka zakat dikeluarkan untuk bahagian yang halal sahaja. iii. Cukup nisab Nisab pada tarikh akhir haul bersamaan atau melebihi

Terdapat banyak kelebihan disyariatkan untuk mengeluarkan zakat antaranya ialah: • M e m b a n t u g o l o n g a n y a n g k u r a n g

berkemampuan apabila sebahagian kecil kekayaan diagihkan kepada mereka,

• Mewujudkan kesatuan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat Islam dalam hal urusan ekonomi dan kewangan,

• Membersihkan diri pembayar zakat dapat membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat dan;

• Melahirkan sifat bersyukur ke atas nikmat dan harta yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Selain itu, zakat dapat mengurangkan perasaan iri hati dalam kalangan yang kurang bernasib baik, dapat mendekatkan hubungan antara manusia dengan Allah SWT dan juga perhubungan antara sesama manusia serta dapat melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat (LZS, 2015).

Jenis-jenis ZakatZakat boleh dikategorikan kepada zakat fi trah dan zakat harta (Pusat Zakat Melaka (PZM), 2015) seperti berikut:1. Zakat Fitrah

umat Islam yang berkemampuan wajib m e n g e l u a r k a n z a k a t f i t r a h d e n g a n syarat-syarat tertentu dan tempoh masa menunaikannya adalah pada sepanjang bulan Ramadhan sehingga sebelum solat hari raya Aidilfi tri.

2. Zakat Harta umat Islam yang berkemampuan wajib mengeluarkan zakat harta dengan kadar 2.5 peratus dari jumlah harta dan ia boleh dibayar pada bila-bila masa. Zakat harta boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti:

i. Zakat Pendapatanzakat yang dikenakan ke atas imbuhan atau perolehan yang diperoleh disebabkan khidmat kerja atau perkhidmatan yang dilakukan oleh individu dalam tempoh harian, bulanan atau tahunan.

ii. Zakat Perniagaanzakat yang dikeluarkan oleh perniagaan persendirian, perkongsian, syarikat berhad, syarikat sendirian berhad, koperasi dan persatuan yang genap setahun operasi perniagaan dan cukup haulnya.

iii. Zakat Wang Simpanan zakat yang dikeluarkan oleh pendeposit daripada pendeposit daripada simpanan yang telah genap setahun dan cukup nisabnya.

iv. Zakat Emas dan Perakzakat yang dikenakan ke atas emas dan perak yang dimiliki.

v. Zakat Sahamzakat yang dikenakan ke atas pelaburan saham yang cukup haul dan nisabnya.

vi. Zakat KWSPzakat yang dikenakan atas caruman wang simpanan pekerja kerana konsepnya hampir sama seperti wang simpanan.

vii. Zakat Pertanianzakat yang dikenakan atas makanan asasi yang mengenyangkan ke atas sesebuah negeri yang telah cukup 363 gantang atau 1300kg seperti padi, gandum, biji-bijian dan sebagainya.

viii. Zakat Penternakan zakat yang dikenakan atas haiwan ternakan seperti kambing, biri-biri, kerbau, lembu dan unta yang sempurna syarat-syaratnya.

Umat Islam perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan segala yang difardhukan oleh Allah S.W.T seperti kewajipan berzakat terhadap harta kekayaan yang telah dikurniakan.

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

5

Page 3: DIMENSIKOOP Zakat Perniagaan dan Kewajipan … dan haram, maka zakat dikeluarkan untuk bahagian yang halal sahaja. iii. Cukup nisab Nisab pada tarikh akhir haul bersamaan atau melebihi

Jika diperhalusi jenis-jenis zakat yang wajib dikeluarkan, maka setiap individu atau organisasi perlu mengambil berat ke atas sebarang perolehan atau harta yang diperoleh untuk memastikan setiap satunya tidak tertinggal dari kewajipan berzakat. Perkara ini mungkin berlaku iaitu apabila terdapat satu jenis zakat telah dikeluarkan oleh pembayar zakat, mereka mungkin mengabaikan jenis-jenis zakat lain yang perlu juga dikeluarkan.

Zakat PerniagaanSeperti yang dibincangkan sebelum ini, zakat perniagaan merupakan zakat yang wajib dikeluarkan ke atas hasil daripada harta perniagaan yang melibatkan barangan atau perkhidmatan (Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), 2008). Allah SWT mensyariatkan zakat perniagaan melalui fi rmanNya yang bermaksud “Wahai orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa Terpuji” – Surah Al-Baqarah (ayat 267). Daripada Abu Daud meriwayatkan bahawa: “Adapun k emudian dar ipada i tu mak a sesungguhnya Rasulullah SAW menyuruh kami mengeluarkan zakat bagi harta benda yang kami sediakan untuk dijual”.

Oleh itu, jelaslah bahawa setiap perniagaan perlu mengeluarkan zakat atas hasil daripada perniagaan yang dijalankan.

Syarat-syarat wajib untuk zakat perniagaan (JAWHAR, 2008) adalah seperti berikut:

i. Muslim Menjadi kewajipan ke atas setiap Muslim

menunaikan zakat yang merupakan salah

satu rukun Islam. Jika sesuatu perniagaan yang pemilikan modalnya bercampur antara Muslim dengan yang bukan Muslim, zakat ke atas harta perniagaan dikira mengikut nisbah modal milikan peniaga muslim sahaja)

ii. Harta dan perkhidmatan yang halal Harta perniagaan yang halal sahaja yang

diwajibkan kena zakat. Jika ada pencampuran halal dan haram, maka zakat dikeluarkan untuk bahagian yang halal sahaja.

iii. Cukup nisab Nisab pada tarikh akhir haul bersamaan atau

melebihi nilai semasa 85 gram emas.iv. Cukup haul Zakat dikira ke atas harta perniagaan yang

cukup satu tahun hijrah dari tarikh dimulakan perniagaan.

v. Harta yang produktif Zakat diwajibkan ke atas harta yang boleh

berkembang atau berpotensi untuk berkembang bagi menjana pendapatan dan keuntungan seperti tunai, saham, bon, pegangan sekuriti, inventori barang siap dan penghutang bersih perdagangan.

vi. Milik sempurna Zakat dikenakan ke atas harta perniagaan

yang sempurna milik dari segi pemilikan fi zikal dan berkeupayaan mengurus tadbir sepenuhnya harta perniagaan berkenaan.

vii. Sumber harta perniagaan Zakat dikenakan ke atas harta yang diperoleh

dengan cara tukaran seperti jual beli dan sewaan. Jika diperoleh melalui pusaka, hibah atau sedekah, ia tidak diwajibkan zakat sehingga barangan itu diniagakan.

viii. Niat untuk diniagakan Zakat dikenakan ke atas harta perniagaan

yang diperoleh dengan niat dan bertujuan untuk diperniagakan untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan.

Item dalam Penyata Kewangan dan Taksiran ZakatI tem-item dalam penyata kewangan akan menjadi perkara asas kepada taksiran zakat. Item

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

6

Page 4: DIMENSIKOOP Zakat Perniagaan dan Kewajipan … dan haram, maka zakat dikeluarkan untuk bahagian yang halal sahaja. iii. Cukup nisab Nisab pada tarikh akhir haul bersamaan atau melebihi

atau kelas akaun dalam penyata kewangan yang tertakluk atau tidak tertakluk kepada taksiran zakat (JAWHAR, 2008) adalah seperti berikut:i. Aset tetap/harta tetap

Aset tetap yang tidak diniatkan untuk diniagakan dikecualikan daripada zakat. Walau bagaimanapun, hasil yang diperoleh dari aset tetap yang produktif hendaklah tertakluk kepada taksiran zakat.

ii. Aset bukan semasaAset bukan semasa seperti pelaburan saham dan bon yang tidak diniatkan untuk diniagakan dikecualikan daripada zakat. Walau bagaimanapun, hasil pelaburan seperti dividen hendaklah diambil kira dalam pengiraan zakat.

iii. Aset semasaAset semasa seperti tunai, inventori barangan siap, dan penghutang bersih yang diyakini dapat dikutip hutangnya hendaklah diambil kira dalam pengiraan zakat.

iv. PelaburanPelaburan dalam tempoh jangka pendek sahaja yang diwajibkan kena zakat.

v. Liabiliti semasaLiabiliti semasa terbahagi kepada liabiliti operasi dan liabiliti kewangan. Hanya liabiliti semasa operasi yang dibenarkan ditolak daripada aset semasa bagi pengiraan zakat. Manakala, liabiliti kewangan seperti pajakan modal, pinjaman kewangan, cadangan dividen dan overdraf tidak dibenarkan ditolak

kerana merupakan sumber yang dikenakan zakat.

vi. Liabiliti jangka panjangLiabiliti jangka panjang tidak dibenarkan ditolak kerana merupakan sebahagian sumber modal yang dikenakan zakat dan kebiasaannya digunakan sebagai pembiayaan untuk memperoleh aset tetap.

vii. Modal dan dana pemegang sahamModal dan dana ini merangkumi modal berbayar dan keuntungan atau kerugian terkumpul. Modal dan dana ini diambil kira dalam pembayaran zakat.

Kewajipan dan Pengiraan Zakat Perniagaan KoperasiDari perspektif Islam, prinsip-prinsip koperasi memenuhi konsep At-Ta’awun iaitu tolong-menolong (Iswaridin, 2015).

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan to long-menolonglah k amu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan (kejahatan)”. Koperasi sebagai sebuah entiti perniagaan diwajibkan mengeluarkan zakat perniagaan ke atas perolehan dan harta perniagaan yang diperoleh. Merujuk laman web portal rasmi Fatwa Malaysia (e-fatwa, 2015), terdapat beberapa fatwa

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

7

Page 5: DIMENSIKOOP Zakat Perniagaan dan Kewajipan … dan haram, maka zakat dikeluarkan untuk bahagian yang halal sahaja. iii. Cukup nisab Nisab pada tarikh akhir haul bersamaan atau melebihi

telah dikeluarkan berkaitan zakat perniagaan koperasi, antaranya seperti berikut:

1. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 13 yang bersidang pada 1-2 Februari 1985 telah membincangkan berkaitan zakat Koperasi Shamelin dan seumpamanya, dan telah memutuskan bahawa koperasi wajib mengeluarkan zakat bagi pihak ahli-ahlinya.

2. Pada 18 Oktober 1986, Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor) telah mengambil keputusan bahawa jika koperasi mempunyai harta tetap (yang tidak diniagakan) dan tidak berniat untuk dijual maka tidak wajib dikenakan zakat, tetapi sekiranya harta tersebut mengeluarkan hasil dan cukup nisab dan haulnya maka wajib dikeluarkan zakat.

3. Pa d a 2 3 N o v e m b e r 1 9 9 6 , a h l i - a h l i Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak telah sebulat suara mengambil keputusan bahawa Koperasi Anib Bhd. adalah diwajibkan untuk mengeluarkan zakat.

4. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 60 yang bersidang pada 23 Oktober 2003 telah membincangkan berkaitan zakat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), dan telah memutuskan bahawa ANGKASA wajib mengeluarkan zakat setelah ditolak semua perbelanjaan perkhidmatan, pengurusan dan cukai pendapatan sekiranya cukup haul dan nisab dengan kadar 2.5 peratus.

Oleh itu, koperasi yang menjalankan sesuatu aktiviti perniagaan barangan atau perkhidmatan perlulah mengeluarkan zakat ke atas harta perniagaan yang diperoleh sekiranya cukup haul dan nisabnya. Adakah zakat perniagaan dikira atas keuntungan yang diperoleh koperasi? Pengiraan

zakat tidak tertakluk kepada keuntungan tetapi dikenakan berasaskan nisab dan haul. Zakat dikira ke atas baki setiap item modal kerja yang dibenarkan di akhir tempoh haul, termasuk sebarang keuntungan yang didapati daripada menggunakan modal kerja seperti keuntungan perniagaan atau peningkatan dalam jumlah binatang ternakan yang tertakluk kepada syarat nisab dan haul (Iswaridin, 2015).

Terdapat dua kaedah pengiraan zakat (SKM, 2012) yang boleh dipilih oleh koperasi iaitu:

a. Kaedah Model Berkembang (Growth Model)

Aset yang dikenakan zakat = Ekuiti pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Separa Tetap – Aset Semasa +/- Pelarasan* x % pemilikan syer dan yuran Muslim x 2.5%.

b. Kaedah Model Modal Kerja (Working Capital)

Aset yang dikenakan zakat = Aset Semasa – Liabiliti Semasa +/- Pelarasan* x % pemilikan syer dan yuran Muslim x 2.5%.

Bagi item pelarasan yang bertanda *, ia berdasarkan syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak berkuasa zakat negeri masing-masing. Oleh itu, koperasi dicadangkan supaya merujuk terus kepada pusat zakat negeri masing-masing untuk memastikan pengiraan zakat yang betul dan tepat (SKM, 2015). Koperasi perlulah menyatakan kaedah pengiraan zakat yang diguna pakai dalam menentukan amaun zakat dalam Nota kepada Akaunnya.

Berdasarkan Garis Panduan (GP) 23: Garis Panduan Pelaporan Penyata Kewangan Koperasi, peruntukan zakat perniagaan boleh dibuat dalam Akaun Pembahagian Keuntungan apabila tahun kewangan berakhir. Peruntukan zakat perniagaan ini boleh dibuat daripada keuntungan selepas pembahagian berkanun dan sebelum

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

8

Page 6: DIMENSIKOOP Zakat Perniagaan dan Kewajipan … dan haram, maka zakat dikeluarkan untuk bahagian yang halal sahaja. iii. Cukup nisab Nisab pada tarikh akhir haul bersamaan atau melebihi

Rujukan

Fatwa Malaysia.(2015). Dicapai daripada http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan.

Fatwa Malaysia.(2015). Dicapai daripada http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri.

Iswaridin. (2015). Fiqh zakat perniagaan koperasi (Power Point slides). Unpublished manuscript. Lembaga Zakat Selangor.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri.(2008). Manual pengurusan pengiraan zakat Selangor: Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB).

Lembaga Zakat Selangor.(2015). Dicapai daripada http://www.zakatselangor.com.my.

Pusat Zakat Melaka.(2015). Dicapai daripada http://www.izakat.com.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia.(2012). GP23: Garis panduan pelaporan penyata kewangan koperasi. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

lain-lain pembahagian. Contoh item yang perlu diagihkan dalam pembahagian berkanun adalah seperti Kumpulan Wang Rizab Statutori, Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi. Manakala, bagi lain-lain pembahagian adalah seperti potongan langganan, dividen atas syer, dividen atas yuran, honorarium Lembaga dan lain-lain kumpulan wang dan tabung.

Walau bagaimanapun, GP23 ini juga membenarkan pihak koperasi memilih untuk mengakaunkan zakat yang dibayar dalam Akaun Untung Rugi, iaitu sebelum membuat pengagihan keuntungan di dalam Akaun Pembahagian Keuntungan.

KesimpulanZakat disyariatkan bagi menggalakkan umat Islam saling membantu antara satu sama lain dan dapat meningkatkan hubungan ukhuwah antara sesama Muslim. Zakat juga dapat memberi masyarakat tentang satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredai oleh Allah SWT. Zakat berfungsi untuk menyuburkan harta manusia

yang mungkin tidak nampak dari lahiriahnya, namun ditandai dan dirasai dengan pelbagai perkara.

Dari sudut perniagaan, seperti yang sedia mak lum cabang perniagaan merupak an 90 peratus sumber rezeki di dunia. Harta perniagaan yang diperoleh wajib dikenakan zakat bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan. Pengiraan zakat perniagaan tidak tertakluk kepada keuntungan yang diperoleh tetapi dikenakan berasaskan nisab dan haul. Zakat perniagaan dikira ke atas baki setiap item modal kerja yang dibenarkan di akhir tempoh haul.

Dari sudut pelaksanaan zakat di koperasi, koperasi boleh membuat peruntukan zakat perniagaan selepas pembahagian berkanun dalam Akaun Pembahagian Keuntungan atau mengakaunkan zakat yang dibayar dalam Akaun Untung Rugi. Oleh itu seperti yang dibincangkan sebelum ini, koperasi sebagai sebuah entiti perniagaan perlu sentiasa peka dan mengambil berat kewajipan untuk mengeluarkan zakat perniagaan dalam memakmurkan lagi ekonomi dan kewangan ummah di Malaysia.

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

9