Disediakan olehmakmalberpusat.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/28/2018/01/Pelan... · 8.0...

15
1

Transcript of Disediakan olehmakmalberpusat.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/28/2018/01/Pelan... · 8.0...

Page 1: Disediakan olehmakmalberpusat.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/28/2018/01/Pelan... · 8.0 Prosedur Tindakan Kebakaran / Banjir / Bencana Alam 10 ... berlaku di Makmal Berpusat

1

Page 2: Disediakan olehmakmalberpusat.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/28/2018/01/Pelan... · 8.0 Prosedur Tindakan Kebakaran / Banjir / Bencana Alam 10 ... berlaku di Makmal Berpusat

i

Disediakan oleh :

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Makmal

Berpusat

Penyelaras :

Asrul Azani bin Mahmood

Editor :

Ahmad Fakhrurrazi bin Mokhtar

Anggota Redaksi :

Nik Mohd Hafiz bin Abdullah

Muhammad Zulhilmi bin Ramlee

Nor Atiyyah binti Mohamed

Mohd Hafiz bin Ismail

Mohd Azlien bin A. Jalil

Nor Ziana binti Husin

Fatimah binti Abdullah @ Ali

Page 3: Disediakan olehmakmalberpusat.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/28/2018/01/Pelan... · 8.0 Prosedur Tindakan Kebakaran / Banjir / Bencana Alam 10 ... berlaku di Makmal Berpusat

ii

ISI KANDUNGAN

- Prakata iii

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Skop 1

3.0 Objektif 1

4.0 Jenis-jenis Kecemasan 2

4.1 Fasa Kecemasan 2

4.2 Tahap Kecemasan 2-3

5.0 Organisasi Kecemasan 4

6.0 Tanggungjawab Umum Semasa, Sebelum & Selepas Kecemasan 5

6.1 Komander & Timbalan Komander 5

6.2 Penyelaras Keselamatan / Ketua ERT 5

6.3 Pegawai Perhubungan / Liaison Officer 5

6.4 Fire Fighter / Pasukan Pemadam 6

6.5 Pegawai Insiden 6

6.6 First Aider / Pasukan Bantuan Rawatan Awal 6

6.7 Ketua Logistik Bot 7

6.8 Pegawai Operasi Laut 7

6.9 Pengendali Bot 7

7.0 Prosedur Pengosongan Bangunan Dan Menyelamatkan Diri 8

7.1 Tindakan Penghuni Apabila Menghadapi Kebakaran / Kecemasan di

Bangunan

8

7.2 Tindakan Penghuni Apabila Mendengar Amaran Mengosongkan

Bangunan

9

8.0 Prosedur Tindakan Kebakaran / Banjir / Bencana Alam 10

8.1 Sebelum Kejadian 10

8.2 Semasa Kejadian 10

8.3 Selepas Kejadian 10

9.0 Pemberitahuan Kecemasan 11

10.0 Penutup 11

Page 4: Disediakan olehmakmalberpusat.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/28/2018/01/Pelan... · 8.0 Prosedur Tindakan Kebakaran / Banjir / Bencana Alam 10 ... berlaku di Makmal Berpusat
Page 5: Disediakan olehmakmalberpusat.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/28/2018/01/Pelan... · 8.0 Prosedur Tindakan Kebakaran / Banjir / Bencana Alam 10 ... berlaku di Makmal Berpusat

1

PELAN PERSEDIAAN DAN TINDAKAN KECEMASAN

1.0 PENDAHULUAN

Bersesuaian dengan Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (Arahan 20 MKN) bagi menghadapi atau mengawal kecemasan atau krisis berlaku, Makmal Berpusat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membangunkan Pelan Persediaan dan Tindakan Kecemasan (PPTK) ini supaya sedia digunakan semasa menghadapi kecemasan di peringkat Makmal Berpusat. Penyediakan PPTK adalah penting supaya situasi kecemasan di bangunan makmal, stesen penyelidikan serta bot dan kapal dapat dikawal dan dikendali dengan sebaik mungkin dan teratur oleh penghuni setempat sebelum bantuan agensi luar sampai. Manual PPTK yang disediakan ini akan menjadi rujukan dalam persediaan dan merancang langkah pengawalan semua jenis kecemasan yang berpotensi dihadapi. Perlu difahami bahawa, tindakan awal ini adalah untuk menyelamat nyawa dan harta benda. Jika tidak dapat dikawal dengan berkesan, maka agensi luar yang mempunyai kepakaran dan keupayaan masing-masing akan dilibatkan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis, Pertahanan Awam dan sebagainya. 2.0 SKOP PPTK ini diterima pakai kepada semua pekerja, pelajar, pelawat, individu, bangunan, premis yang berada di bawah pengurusan atau kawalan Makmal Berpusat. Sekiranya PPTK ini tidak merangkumi mana-mana aspek kecemasan, maka prinsip-prinsip umum tindakan sewaktu kecemasan boleh diterima pakai atau diikuti untuk mengawal aspek-aspek kecemasan yang tidak diliputinya. Tahap kecemasan yang diurusakan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Makmal Berpusat ialah pada Tahap I dan II sahaja. 3.0 OBJEKTIF

(a) Mewujudkan struktur organisasi tindakan kecemasan yang berkesan bagi

mengawal dan mengekang situasi kecemasan yang berlaku. (b) Menyediakan prosedur sewaktu kecemasan bagi mengurangkan kesan

kecederaan, kerosakan harta benda dan alam sekitar. (c) Memastikan mangsa yang terancam diselamatkan dan tercedera dirawati

secepat mungkin. (d) Mewujudkan sistem perhubungan sewaktu kecemasan yang berkesan dengan

pihak yang terlibat dan agensi kecemasan luar (e) Memastikan ada perancangan dan persediaan awal menghadapi kecemasan

dan krisis. (f) Memulihkan dan mengembalikan situasi kecemasan kepada sediakala bagi

membolehkan operasi berjalan seperti biasa. (g) Memelihara maklumat-maklumat dan rekod untuk penyiasatan.

Page 6: Disediakan olehmakmalberpusat.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/28/2018/01/Pelan... · 8.0 Prosedur Tindakan Kebakaran / Banjir / Bencana Alam 10 ... berlaku di Makmal Berpusat

2

4.0 JENIS - JENIS KECEMASAN

Dengan mengambil kira risiko dan penilaian risiko umum, kecemasan yang mungkin berlaku di Makmal Berpusat boleh dikelaskan seperti berikut;

(a) Kebakaran (b) Kegagalan struktur seperti runtuhan bangunan runtuhan bumbung, dan lain-

lain. (c) Bencana alam seperti banjir. (d) Letupan kimia atau gas.

4.1 FASA KECEMASAN

(a) Fasa Pertama: perancangan dan persediaan yang perlu diambil sebelum

kecemasan berlaku (b) Fasa Kedua: tindakan yang perlu dijalankankan semasa kecemasan untuk

mengekang kecemasan dan mengambil tindakan menyelamat (c) Fasa Ketiga: kerja-kerja pemulihan dan pengawalan selepas kemalangan

berlaku, termasuklah proses penyiasatan

Gambar rajah 1 : Fasa kecemasan

4.2 TAHAP KECEMASAN

Tahap kecemasan dikelaskan mengikut keterukannya dan keupayaan untuk mengawalnya.

Page 7: Disediakan olehmakmalberpusat.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/28/2018/01/Pelan... · 8.0 Prosedur Tindakan Kebakaran / Banjir / Bencana Alam 10 ... berlaku di Makmal Berpusat

3

4.2.1 Tahap I Kecemasan yang tidak berupaya untuk merebak ke kawasan yang lebih luas dan tidak mengancam keselamatan pekerja-pekerja. Perkara ini boleh diatasi dengan segera oleh penghuni tempat kerja, ERT Makmal Berpusat atau ERT UMT atau Bahagian Keselamatan UMT. Contohnya tumpahan bahan kimia cecair kurang daripada 5 liter. 4.2.2 Tahap II Kecemasan yang berupaya untuk merebak ke kawasan yang lebih luas dan mengancam keselamatan penghuni-penghuninya yang lain serta memerlukan bantuan tindakan kecemasan dari ERT yang berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Hospital, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP Malaysia), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan jabatan kerajaan yang berkaitan. Tindakan awal akan diambil oleh ERT Makmal Berpusat atau ERT UMT (jika ada keupayaan melakukannya) sebelum agensi berkaitan tiba. 4.2.3 Tahap III Kecemasan yang berupaya merebak ke kawasan yang lebih luas, mendatangkan kemusnahan yang besar dan mengancam keselamatan penghuni tempat kerja yang lain atau penduduk di sekitar UMT dan memerlukan pelaksanaan Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN). 4.2.4 Tahap IV Pengistiharan darurat atau bencana alam pada peringkat Daerah, Negeri atau Negara. Arahan 20 MKN dilaksanakan.

Gambar rajah 2 : Tahap kecemasan

Tahap I

Tahap II

Tahap III

Tahap IV

ERT Makmal

Berpusat

Kecemasan tidak berupaya merebak ke kawasan lebih luas dan tidak

mengancam keselamatan

Kecemasan berupaya merebak ke kawasan lebih luas dan

mengancam keselamatan

Kecemasan berupaya merebak ke kawasan lebih luas dan mendatangkan kemusahan besar

Pengisytiharan darurat atau bencana alam

Page 8: Disediakan olehmakmalberpusat.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/28/2018/01/Pelan... · 8.0 Prosedur Tindakan Kebakaran / Banjir / Bencana Alam 10 ... berlaku di Makmal Berpusat

4

5.0 ORGANISASI KECEMASAN Berikut adalah carta organisasi Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Makmal

Berpusat :

Gambar rajah 3: Carta Organisasi ERT Makmal Berpusat

Pengarah

KOMANDER

TIMBALAN KOMANDER

Unit Tindakan Banjir

Timbalan Pengarah

KETUA ERT

Pegawai (Lantikan)

PEGAWAI PERHUBUNGAN

Ketua Makmal

FIRE FIGHTER

Staf Kelayakan

PEGAWAI INSIDEN

Staf Aras (Lantikan)

FIRST AIDER

Staf Kelayakan

KETUA LOGISTIK BOT

Pegawai Laut

PEGAWAI OPERASI BOT

Penolong Pegawai Laut

PENGENDALI BOT

Pembantu Laut

Unit Tindakan Kebakaran

Unit Perhubungan

Unit Keselamatan Unit Pertolongan Cemas

Page 9: Disediakan olehmakmalberpusat.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/28/2018/01/Pelan... · 8.0 Prosedur Tindakan Kebakaran / Banjir / Bencana Alam 10 ... berlaku di Makmal Berpusat

5

6.0 TANGGUNGJAWAB UMUM SEMASA, SEBELUM & SELEPAS KECEMASAN

6.1 Komander & Timbalan Komander Ketua PTj atau Pengarah Makmal Berpusat adalah Komander dalam organisasi kecemasan di Makmal Berpusat. Semasa ketiadaan Pengarah, tugas ini diambil-alih oleh Timbalan Pengarah yang bertindak sebagai Timbalan Komander. Tugas & Tanggungjawab Komander & Timbalan Komander;

i) Menyediakan latihan kepada ERT Makmal Berpusat dan perlu menghadirkan diri untuk latihan Komander / Timbalan Komander.

ii) Mengumumkan situasi kecemasan kepada warga atau penghuni bangunan Makmal.

iii) Memastikan Ketua ERT telah maklum situasi kecemasan dan mengaktifkan pasukan.

iv) Melaporkan perihal kejadian kepada pengurusan tertinggi UMT, jiika diminta.

v) Mengumumkan kepada warga dan penghuni Makmal Berpusat bahawa premis selamat digunakan selepas tindakan selesai.

6.2 Penyelaras Keselamatan / Ketua ERT

Penyelaras Keselamatan / Ketua ERT yang dilantik akan membantu dan bekerjasama dengan Komander / Timbalan Komander semasa kecemasan untuk melancarkan tindakan-tindakan PPTK di Makmal Berpusat. Tugas & Tanggungjawab Penyelaras Keselamatan / Ketua ERT;

i) Melaporkan insiden kecemasan dan tindakan yang diambil kepada Komander / Timbalan Komander.

ii) Mengkoordinasi persiapan, pelaksanaan dan penilaian kesediaan PPTK yang dibangunkan, termasuk latihan, peralatan, prosedur dan seumpamanya bagi memastikan PPTK dilaksanakan dengan berkesan semasa kecemasan.

iii) Mengaktifkan pasukan ERT semasa situasi kecemasan dengan arahan Komander / Timbalan Komander.

iv) Perlu menghadiri latihan berkaitan persediaan dan tindakan kecemasan di peringkat PTj dan universiti.

6.3 Pegawai Perhubungan / Liaison Officer

Pegawai Perhubungan ditugaskan kepada Ketua Makmal dalam membantu Ketua ERT menyampaikan maklumat insiden kecemasan kepada pihak berkaitan. Tugas & Tanggungjawab Pegawai Perhubungan / Liason Officer;

i) Menyampaikan maklumat insiden kecemasan kepada ERT UMT / Bahagian Keselamatan UMT dan juga ERT luar.

ii) Melaporkan insiden kepada Pejabat Komunikasi Korporat (PKK) untuk penghebahan insiden.

iii) Pemudahcara ketika tindakan ERT diaktifkan. iv) Perlu menghadiri latihan berkaitan persediaan dan tindakan

kecemasan di peringkat PTj dan universiti.

Page 10: Disediakan olehmakmalberpusat.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/28/2018/01/Pelan... · 8.0 Prosedur Tindakan Kebakaran / Banjir / Bencana Alam 10 ... berlaku di Makmal Berpusat

6

6.4 Fire Fighter / Pasukan Pemadam Fire Fighter ditugaskan membantu memadam kebakaran setakat yang berupaya bergantung tahap kebakaran. Tugas & Tanggungjawab Fire Fighter / Pasukan Pemadam;

i) Memiliki kelayakan untuk mengendalikan alat pemadam api. ii) Memadam kebakaran setakat yang berupaya bergantung tahap

kebakaran dan sekiranya situasi kebakaran bertambah besar, keluar dari tempat kejadian dengan kadar segera.

iii) Memaklumkan kepada Ketua ERT atau Pegawai Perhubungan untuk menghubungi bomba / JPAM dan yang berkaitan.

iv) Perlu menghadiri latihan berkaitan persediaan dan tindakan kecemasan serta kursus Fire Fighting.

6.5 Pegawai Insiden

Pegawai Insiden ditugaskan membantu dan berkerjasama dengan Ketua ERT untuk mengarahkan penghuni mengosongkan bangunan ketika kebakaran / kecemasan serta melicinkan prosedur PPTK di setiap aras dan bangunan. Tugas & Tanggungjawab Pegawai Insiden;

i) Menjaga senarai nama penghuni tingkat masing-masing dan membawa senarai tersebut bersama-sama semasa pengosongan bangunan.

ii) Memastikan semua penghuni aras dan bangunan masing-masing telah keluar dari bangunan, termasuk yang berada dalam tandas, bilik rehat dan seumpamanya semasa pengosongan.

iii) Meninjau kawasan tingkat / aras masing-masing bagi menentukan penghuni yang malang, hilang keupayaan, sakit dan seumpamanya. Seterusnya melaporkan kepada Ketua ERT bagi tindakan selanjutnya.

iv) Memastikan penghuni-penghuni yang mengosongkan bangunan menggunakan jalan keluar yang sesuai.

v) Perlu menghadiri latihan berkaitan persediaan dan tindakan kecemasan di peringkat PTj dan universiti.

6.6 First Aider / Pasukan Bantuan Rawatan Awal

First Aider memastikan bantuan pertolongan cemas pertama diberikan sebelum ketibaan unit paramedik dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Tugas & Tanggungjawab First Aider / Pasukan Bantuan Rawatan Awal;

i) Melaksanakan prosedur rawatan kecemasan awal kepada mangsa kebakaran / kecemasan serta melaporkan situasi mangsa kepada unit paramedik dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU).

ii) Menghubungi segera pihak PKU apabila melibatkan kecemasan / kecedaraan serius dan turut melaporkan kepada Ketua ERT / Komander & Timbalan Komander.

iii) Perlu menghadiri latihan berkaitan persediaan dan tindakan kecemasan serta memiliki kelayakan sijil pertolongan cemas.

Page 11: Disediakan olehmakmalberpusat.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/28/2018/01/Pelan... · 8.0 Prosedur Tindakan Kebakaran / Banjir / Bencana Alam 10 ... berlaku di Makmal Berpusat

7

6.7 Ketua Logistik Bot Pegawai Laut adalah Ketua Logistik Bot yang membantu dan berkerjasama dengan Ketua ERT / Komander / Timbalan Komander semasa tindakan banjir serta mengesahkan pergerakan bot ketika banjir apabila diperlukan. Tugas & Tanggungjawab Ketua Logistik Bot;

i) Melaporkan insiden dan status banjir kepada Ketua ERT / Komander / Timbalan Komander.

ii) Mengkoordinasi persiapan, pelaksanaan dan penilaian persediaan bot bagi memastikan PPTK dilaksanakan dengan berkesan semasa banjir.

iii) Mengaktifkan pasukan tindakan banjir dan pergerakan bot. iv) Perlu menghadiri latihan berkaitan persediaan dan tindakan

kecemasan serta tindakan banjir di peringkat PTj dan universiti. 6.8 Pegawai Operasi Laut Pegawai Operasi Laut adalah Penolong Pegawai Laut yang membantu dan berkerjasama dengan Ketua Logistik Bot semasa tindakan banjir serta melancarkan pergerakan bot apabila diperlukan. Tugas & Tanggungjawab Pegawai Operasi Laut;

i) Melaporkan keadaan dan pergerakan bot kepada Ketua Logistik Bot. ii) Menyediakan jadual operasi dan pengendali bot semasa tindakan

banjir diaktifkan. iii) Membantu operasi dan pergerakan bot ketika banjir. iv) Perlu menghadiri latihan berkaitan persediaan dan tindakan

kecemasan serta tindakan banjir di peringkat PTj dan universiti. 6.9 Pengendali Bot

Pengedali Bot dari kalangan Pembantu Laut ditugaskan memandu dan mengendali bot semasa tindakan banjir serta memastikan bot dalam keadaan baik apabila diperlukan. Tugas & Tanggungjawab Pengendali Bot;

i) Melaporkan keadaan bot dan sebarang maklumat berkaitan keadaan banjir kepada Pegawai Operasi Laut dan Ketua Logistik Bot.

ii) Memastikan bot dalam keadaan baik ketika tindakan banjir diaktifkan. iii) Mengambil mangsa yang terperangkap dalam banjir dan menghantar

mangsa ke tempat pusat pemindahan atau tempat yang lebih selamat. iv) Perlu menghadiri latihan berkaitan persediaan dan tindakan

kecemasan serta tindakan banjir di peringkat PTj dan universiti.

Page 12: Disediakan olehmakmalberpusat.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/28/2018/01/Pelan... · 8.0 Prosedur Tindakan Kebakaran / Banjir / Bencana Alam 10 ... berlaku di Makmal Berpusat

8

7.0 PROSEDUR PENGOSONGAN BANGUNAN DAN MENYELAMATKAN DIRI Setiap kecemasan yang berupaya untuk merebak dan mengancam keselamatan penghuni bangunan terutamanya kebakaran perlu diambil tindakan pengosongan bangunan. Pengosongan bangunan hendaklah dijalankan dengan segera mengikut Prosedur Kawal Kebakaran dan Kecemasan Di Bangunan-Bangunan UMT seperti yang dirancang dan ditetapkan. Menyelamat nyawa adalah lebih diutamakan dari menyelamat harta benda. 7.1 Tindakan Penghuni Apabila Menghadapi Kebakaran / Kecemasan di

Bangunan

Gambar rajah 4: Carta Alir Tindakan Apabila Kebakaran / Kecemasan

1

Pecahkan kotak kaca yang berdekatan untuk membunyikan loceng kecemasan dan berteriak “Api!” / “Kecemasan!”

3

Maklumkan Penyelia, Komander / Timbalan Komander, petugas, rakan berdekatan dan seumpamanya serta ERT Makmal Berpusat (jika berkenaan) untuk tindakan menyelamat awal

5

Jika ternampak mangsa kecemasan, selamatkannya jika tidak membahayakan diri anda

Jika kecemasan masih terhad, cuba bendungkan kecemasan tersebut dengan menggunakan segala sumber dan peralatan sedia ada yang bersesuaian. Bilang jumlah penghuni yang berjaya keluar dari bangunan

4

Hubungi ERT Makmal Berpusat dan ERT UMT / Bahagian Keselamatan UMT

2

6

Keluarkan dari bangunan dan laporkan diri di tempat berhimpun (Assembly Area)

Page 13: Disediakan olehmakmalberpusat.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/28/2018/01/Pelan... · 8.0 Prosedur Tindakan Kebakaran / Banjir / Bencana Alam 10 ... berlaku di Makmal Berpusat

9

7.2 Tindakan Penghuni Apabila Mendengar Amaran Mengosongkan Bangunan

Gambar rajah 5: Carta Alir Tindakan Mengosongkan Bangunan

Maklumkan rakan yang sedang bertugas dan kepada ERT Makmal Berpusat

Keluar dari bangunan mengikut pintu yang paling dekat dan selamatkan diri dengan seberapa cepat yang boleh

Laporkan diri di tempat berhimpun dan pastikan nama anda dipanggil semasa pembarisan

Semasa mengosongkan bangunan, tidak dibenarkan: a) Menggunakan lif b) Berhenti / berpatah balik untuk mengambil barang-barang c) Pintas memintas atau tolak menolak d) Bergurau senda

Jika terdapat penghuni yang sakit, cedera atau cacat, bantu mereka untuk keluar dari bangunan

Hanya selepas bangunan disahkan selamat, barulah dibenarkan masuk semula ke dalam bangunan dengan teratur.

Page 14: Disediakan olehmakmalberpusat.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/28/2018/01/Pelan... · 8.0 Prosedur Tindakan Kebakaran / Banjir / Bencana Alam 10 ... berlaku di Makmal Berpusat

10

8.0 PROSEDUR TINDAKAN KEBAKARAN / BANJIR / BENCANA ALAM

8.1 Sebelum Kejadian Kebakaran, banjir atau bencana alam sememangnya sukar dijangkakan. Namun begitu penggunaan/penyimpanan peralatan, terutamanya bahan-bahan kimia berbahaya hendaklah di kawasan/tempat yang mempunyai pengawasan berikut: (a) Peralatan pencegahan kebakaran dan kecemasan yang mencukupi dan

mendapat kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat, termasuk rekabentuk bangunan.

(b) Bebas dari punca-punca nyalaan dan bahan-bahan yang mudah terbakar (c) Bebas dari punca-punca air dan banjir. (d) Latihan / kawad kebakaran dan kecemasan/menyelamat diadakan bagi

menghadapi kemungkinan-kemungkinan tersebut yang mungkin berlaku.

8.2 Semasa Kejadian

(a) Pihak berikut akan dihubungi:

ERT Makmal Berpusat dan ERT UMT

JK Induk KKP UMT

Pasukan Penyelamat - Pasukan Bomba dan Penyelamat, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Rescue 911, Pasukan Perubatan, Polis, Angkatan Pertahanan Awam dan seumpamanya yang mana dirasakan perlu.

(b) Peralatan dan bahan kimia berbahaya diubah lokasi dari kawasan kebakaran/banjir, sekiranya boleh.

(c) Pastikan tiada orang awam menghampiri kawasan itu. (d) Jika peralatan atau bahan kimia berbahaya terbakar/terlibat dengan banjir,

ERT Makmal Berpusat dan ERT UMT akan memastikan tidak ada berlaku pencemaran. Jika ada, ERT Makmal Berpusat dan ERT UMT akan merancang dengan teliti bagaimana hendak melakukan kerja-kerja nyahcemar.

8.3 Selepas Kejadian

(a) Anggota penyelamat/mereka yang terlibat dengan operasi menyelamat akan dipantau bagi memastikan dan menentukan tahap kesihatan serta melaporkan punca insiden.

(b) Penyiasatan akan dijalankan bagi mengelakkan kemalangan/kejadian yang serupa tidak berulang lagi.

Page 15: Disediakan olehmakmalberpusat.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/28/2018/01/Pelan... · 8.0 Prosedur Tindakan Kebakaran / Banjir / Bencana Alam 10 ... berlaku di Makmal Berpusat

11

9.0 PEMBERITAHUAN KECEMASAN Sebarang kecemasan yang berlaku di Makmal Berpusat hendaklah dilaporkan secara terus ke ERT Makmal Berpusat. ERT UMT / Bahagian Keselamatan UMT juga boleh dihubungi kerana bahagian ini beroperasi selama 24 Jam dan berfungsi untuk mengkoordiasai dan menyelaras ERT termasuk menghubungi pasukan tindakan kecemasan agensi luar. Nombor telefon kecemasan adalah seperti berikut:

PTj / Bahagian

No. Telefon

Waktu Pejabat

Selepas Waktu

Pejabat

Bahagian Keselamatan (Kaunter 24 Jam)

09-668 4118 09-668 4118

Pusat Kesihatan Universiti 09-668 4595 019-939 3261

Bilik Gerakan Bencana / Banjir 09-668 4255 09-668 4255

ERT Makmal Berpusat 09-668 3362 09-668 3559

017-939 5352 011-2920 3697

Urusetia JK Induk Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Makmal Berpusat)

09-668 3362 09-668 3375

019-951 7101

10.0 PENUTUP

Diharapkan PPTK ini dapat menyedia bantuan kecemasan awal yang sebaik mungkin sebelum bantuan selanjutnya diperolehi daripada ERT UMT dan pasukan kecemasan agensi luar bagi menangani kecemasan yang berlaku khususnya di Makmal Berpusat.