Diserahkan kepada Iblis?

download Diserahkan kepada Iblis?

of 2

Transcript of Diserahkan kepada Iblis?

  • 7/29/2019 Diserahkan kepada Iblis?

    1/2

    Diserahkan kepada Iblis?

    . . . orang itu harus kita serahkan dalam nama Tuhan Yesus kepada Iblis, sehingga binasa tubuhnya,

    agar rohnya diselamatkan pada hari Tuhan. 1 Korintus 5:5

    Satu daripada prinsip pentafsiran ayat penting ialah konteks ayat yang mahu dijelaskan mestidiketahui dan untuk ayat ini konteks dekatnya ialah 1 Korintus 5:1-4 dan konteks penuhnya adalah 1

    Korintus 5 (semua ayat). Jelas orang yang disebut di sini ialah seorang Kristian yang sedang

    mempunyai perhubungan seks dengan emak tirinya dan tidak ada niat mahu bertaubat. Juga

    didapati komuniti Kristian tidak mengambil tindakan disiplin ke atas orang ini (sesuai dengan ajaran

    lain dalam Alkitab).

    Oleh itu rasul Paulus menerangkan apa yang harus dibuat dengan orang Kristian yang berdosa secara

    terbuka dan tidak mahu bertaubat dia mesti diserahkan kepada Iblis. Apakah maksud ini? Untuk

    mengetahui maksud sebuah frasa seperti ini biasanya seorang pentafsir mesti cari sama ada ayat-

    ayat seterusnya dalam konteks ada memberi apa-apa petanda atau penjelasan. Kedua, dia mestimencari sama ada frasa sama ada dipakai di tempat lain dalam Alkitab.

    Serahkan kepada Iblis ialah satu peribahasa Kristian yang bermaksud memutuskan/meniadakan

    persekutuan Kristian dengan orang itu. Dalam 1 Korintus 5:13 idea yang sama diungkapkan dengan

    Usirlah orang yang melakukan kejahatan dari tengah-tengah kamu dan dalam ayat 9 frasa ini

    dipakai: kamu jangan bergaul dengan orang-orang cabul. Penjelasan spesifik bagaimana ini boleh

    dibuat diberi dalam ayat 11: dengan orang yang demikian janganlah kamu sekali-kali makan

    bersama-sama. Lihat idea sama dalam 2 Tesalonika 3:6.

    Tujuannya dia disingkirkan daripada persekutuan dengan komuniti Kristian ialah supaya 1) tubuhnya

    binasa dan 2)rohnya selamat. Hakikatnya, orang Kristian dalam komuniti Kristian menikmati

    perlindungan Tuhan (Ayub 1:10; Lukas 22:31-32). Apabila penyingkiran ini dibuat dalam nama Yesus,

    orang Kristian yang berdosa itu dikeluarkan daripada perlindungan Tuhan dan komuniti Kristian dan

    oleh itu terbuka/terdedah kepada kesan buruk daripada dunia dan Iblis. Penyingkiran ini juga

    bermaksud bahawa sekarang orang itu akan mengalami semua akibat/kesan perbuatan dosanya dan

    jika dia masih tidak bertaubat, akhirnya adalah kebinasaan tubuh badannya. Kebinasaan tidak

    diharapkan.

    Sebaliknya diharapkan apabila orang Kristian itu mengalami sakit susah akibat dosanya dan tidak ada

    sokongan dan kasih daripada komuniti Kristian, dia akhirnya akan terdorong untuk bertaubat dan

    dipulihkan. Penyingkiran ini buat dengan harapan pertaubatan dan pemulihan terjadi.

    Frasa ini juga dipakai dalam 1 Timotius 1:20 Di antaranya ialah Himeneus dan Aleksander. Kedua

    orang itu sudah saya hukum dengan menyerahkannya kepada Iblis, supaya mereka belajar untuk

    berhenti menghujat Allah. Penyerahan mereka ialah supaya mereka berhenti melakukan dosa

    mereka (menghujat Allah). Mereka tidak lagi diterima dalam komuniti Kristian dan persekutuan

    dengan mereka diputuskan.

    Jadi secara ringkas inilah maksud ayat ini: Serahkan manusia itu kepada Iblis (iaitu, kembali ke dalam

    masyarakat dunia yang penuh dengan perbuatan dosa), supaya dia boleh meraih akibat

    pemberontakannya (sama ada kesan fizikal dan / atau emosi yang mungkin melibatkan), bersama-

    sama dengan kerenggangan menyedihkan akibat terkeluar daripada persekutuan Kristian yang

  • 7/29/2019 Diserahkan kepada Iblis?

    2/2

    hangat dan penyayang. Dalam keadaan susah ini, jika terdapat sisa suara hati yang tinggal, saudara

    yang berdosa ini mungkin belajar untuk "memusnahkan" keinginan dagingnya, amalan dosanya, dan

    dengan itu diambil semula untuk tujuan Penyelamatnya.