Disiplin dan kerohanian (nyanyian)

6
KADET REMAJA SEKOLAH MODUL DISIPLIN DAN KEROHANIAN (NYANYIAN) ________________________________________________________ ELEMEN : DISIPLIN & KEROHANIAN TAJUK : KETATANEGARAAN SPESIFIKASI : NYANYIAN LAGU-LAGU RASMI (T4) 1. TUJUAN Melahirkan ahli kadet yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi negara dan negeri mengikut protokol yang betul Menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara semasa menyanyikan lagu patriotik Memastikan ahli kadet tahu menyanyikan dan menghayati senikata lagu KRS dengan baik. 2. PELAKSANAAN AKTIVITI 2.1 Panduan Mengajar Nyanyian. 1. Lagu yang baik mempunyai ciri-ciri seperti, frasa dan ayat lagu yang pendek dan mudah difahami, lagu yang berulang perkataan dan melodinya. Melodi, irama dan lirik lagu yang menarik dan senang diingati. 2. Para jurulatih perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik lagu yang dipilih sebelum mengajar kepada para kadet. Nyanyikan berulang kali untuk para kadet mendengarkannya. Jangan asingkan seni kata dengan muzik. Kaset muzik hanya digunakan apabila memperkenalkan lagu ataupun selepas para kadet mengetahui lagu itu untuk dinyanyikan bersama mengikut iringan muzik. 3. Nyanyikan lagu dengan pic yang sederhana tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Julat suara para kadet terutamanya anggota TKRS

Transcript of Disiplin dan kerohanian (nyanyian)

Page 1: Disiplin dan kerohanian (nyanyian)

KADET REMAJA SEKOLAH

MODUL DISIPLIN DAN KEROHANIAN (NYANYIAN)

________________________________________________________

ELEMEN : DISIPLIN & KEROHANIAN

TAJUK : KETATANEGARAAN

SPESIFIKASI : NYANYIAN LAGU-LAGU RASMI (T4)

1. TUJUAN

Melahirkan ahli kadet yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi negara

dan negeri mengikut protokol yang betul

Menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara semasa

menyanyikan lagu patriotik

Memastikan ahli kadet tahu menyanyikan dan menghayati senikata

lagu KRS dengan baik.

2. PELAKSANAAN AKTIVITI

2.1 Panduan Mengajar Nyanyian.

1. Lagu yang baik mempunyai ciri-ciri seperti, frasa dan ayat lagu yang

pendek dan mudah difahami, lagu yang berulang perkataan dan

melodinya. Melodi, irama dan lirik lagu yang menarik dan senang

diingati.

2. Para jurulatih perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik lagu yang dipilih

sebelum mengajar kepada para kadet. Nyanyikan berulang kali untuk

para kadet mendengarkannya. Jangan asingkan seni kata dengan

muzik. Kaset muzik hanya digunakan apabila memperkenalkan lagu

ataupun selepas para kadet mengetahui lagu itu untuk dinyanyikan

bersama mengikut iringan muzik.

3. Nyanyikan lagu dengan pic yang sederhana tidak terlalu tinggi atau

terlalu rendah. Julat suara para kadet terutamanya anggota TKRS

Page 2: Disiplin dan kerohanian (nyanyian)

adalah dalam lingkungan not C tengah hingga not A. Oleh kerana

nada para jurulatih biasanya rendah, maka para jurulatih cuba

dapatkan nada permulaan sebelum bernyanyi.

4. Para jurulatih perlu bernyanyi dalam keadaan menghadap para

kadet, supaya mereka dapat memperhatikan cara jurulatih bernyanyi.

Nyanyian jurulatih dan para kadet perlu jelas dan tepat nada serta

sebutannya walaupun menggunakan bahasa lain atau dialek daerah.

5. Nyanyian untuk tahap TKRS tidak memerlukan simbol not muzik.

Mereka perlu belajar lagu dengan cara mengikut nanyian jurulatih.

Jangan memaksa para kadet terutamanya TKRS bernyanyi bersama

ataupun mempelajari lagu dalam tempoh yang ditetapkan.

Sebaliknya sentiasa diulang lagu setiap masa / hari sehingga mereka

dapat menghafal lagu itu.

6. Aktiviti nyanyian boleh dilanjutkan kepada aktiviti lain seperti nyanyian

berdrama, berkawat, berlari , pergerakan dengan iringan alat perkusi

(gendering) dan lain-lain.

2.2 LAGU –LAGU DAN NYANYIAN KRS DAN TKRS

I. LAGU-LAGU RASMI NEGARA

Lagu-lagu rasmi Negara merupakan lagu-lagu yang wajib dihafal dan

dihormati oleh setiap rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Para Jurulatih harus memastikan para kadet mampu menyanyikan lagu rasmi

Negara ini. Para Jurulatih juga harus memberi penjelasan tentang protokol

lagu-lagu rasmi negara ini.

Page 3: Disiplin dan kerohanian (nyanyian)

1. LAGU KEBANGSAAN.

Negara Ku.

Negara ku tanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup bersatu dan maju,

Rahmat bahagia tuhan kurniakan,

Raja kita selamat bertahta,

Rahmat bahagia tuhan kurniakan,

Raja kita selamat bertahta.

2. LAGU NEGERI JOHOR

Bangsa Johor.

Allah

Peliharakan Sultan

‘Nugrahkan Dia Segala Kehormatan

Sihat Dan Ria Kekal Dan Makmur

Luaskan Kuasa Menaungkan Kami

Rakyat Dipimpini Berzaman Lagi

Dengan Merdeka Bersatu Hati

Allah Berkati Johor

Allah Selamatkan Sultan

Page 4: Disiplin dan kerohanian (nyanyian)

II. LAGU-LAGU KADET REMAJA SEKOLAH.

Lagu-lagu Kadet Remaja Sekolah juga merupakan lagu wajib yang harus

dihafal dan dinyanyikan oleh para kadet ( KRS & TKRS ). Lagu ini sama seperti

lagu rasmi Negara yang mempunyai protokol yang harus diketahui oleh para

kedet.

Lagu Kadet Remaja Sekolah.

Kadet Remaja Sekolah.

Kadet Remaja Sekolah

Menuju satu ikatan bersaudara

Bersatu menjulang keamanan Negara

Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal.

Marilah kita membina peribadi

Membentuk insan yang kreatif

Ke arah kecemerlangan diri

Sepanjang masa yang berterusan.

Remaja, sambutlah cabaran

Menjadi bangsa Malaysia

Maju dan cemerlang

Remaja berwawasan

Jangan kita lupa kepada pencipta.

Remaja, hayati budaya

Ilmu, Iman dan Amal

Kekalkan di hati dan jiwamu

Wawasan Kadet Remaja Sekolah.

Lagu-lagu Larian KRS.

Gempur KRS.

Kadet Remaja Sekolah

Semangat waja kita melangkah

Cekal hati dan juga tabah

Satu ikatan kita berukhwah.

Ayuh remaja sambut cabaran

Jadi remaja yang berwawasan

Hati dan jiwa kita kekalkan

Ilmu, Iman dan juga Amal.

Page 5: Disiplin dan kerohanian (nyanyian)

Langkah KRS.

Mula langkah………………………Kanan

Menuju……………………………..Wawasan

Ayuh kita…………………………...Maju

Jadi insan..………………………….Berilmu

Janji kita…………………………...Kekalkan

Jadi insan…………………………..Beriman

Hati mesti…………………………...Cekal

Jadi insan…………………………..Beramal.

2.3 Aplikasi

2.3.1 Lagu Rasmi

i. Dinyanyikan di majlis rasmi ( majlis pembukaan dan penutup )

ii. Arahan akan diberi dan hadirian perlu berada dalam keadaan

berdiri dan sedia

2.3.2 Lagu KRS

Dinyanyikan dalam Majlis Rasmi iaitu Majlis Pembukaan serta dalam

aktiviti perkhemahan seperti senaman pagi.

2.3.3 Lagu Patriotik

Dinyanyikan dalam aktiviti perkhemahan seperti malam kebudayaan,

senaman pagi dan latihan berkumpulan. Ia bertujuan menanamkan

semangat patriotik dan cintakan negara

2.3.4 Lagu Sukaramai, Tradisional, Lagu Rakyat, Serantau, Daerah

Dinyanyikan dalam aktiviti perkhemahan seperti malam kebudayaan

dan aktiviti kumpulan.

2.3.5 Lagu Tema Alam Sekitar

Dinyanyikan sewaktu aktiviti alam sekitar secara berkumpulan

2.3.6 Lagu Beraksi/Permainan

Dinyanyikan oleh ahli TKRS dalam aktiviti kumpulan sambil melakukan

aksi yang bersesuaian dengan senikata lagu berserta alat muzik yang

sesuai

2.3.7 Lagu Nasihat/Ucapan

Page 6: Disiplin dan kerohanian (nyanyian)

Dinyanyikan sewaktu majlis pembukaan ( Sesi Suai kenal ) dan penutup

secara tidak rasmi untuk mengucapkan selamat tinggal dan selamat

berpisah

2.3.8 Lagu Nasyid Kanak-kanak

Dinyanyikan oleh ahli TKRS sewaktu aktiviti kerohanian dan tazkirah

secara berkumpulan dan beramai-ramai.

2.4 Penutup

Lagu dan nyanyian merupakan salah satu komponen dalam kurikulum KRS

dan TKRS. Pada umumnya lagu-lagu tersebut terbahagi kepada dua iaitu

lagu-lagu rasmi – lagu ‘Negaraku’, Lagu Negeri dan lagu KRS yang wajib

diketahui, dihafal liriknya dan dapat dinyanyikan. Manakala yang lainnya

boleh dibahagikan kepada beberapa katogeri dan perlu bijak memilihnya

untuk disesuaikan dalam pengajaran mengikut tahap dan jenis aktiviti.