Disleksia
-
Upload
mohamad-saad -
Category
Documents
-
view
232 -
download
3
description
Transcript of Disleksia
-
Apa itu Disleksia?
Disleksia
Apa itu Disleksia?
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak
Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah
berusaha bersungguh-sungguh
Mempunyai keupayaan intelek yang normal. Telah mendapat ransangan dan pembelajaran
yang mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol
visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran
membaca, menulis,memahami ,mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 8 % pelajar sekolah
yang bermasalah disleksia. Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding
perempuan.
Apakah ciri-ciri Disleksia?
Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
Lambat bertutur
Mengalami kesukaran sebutan atau rima
Sukar menulis nama sendiri
Sukar mengenal bentuk atau warna
Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau
mengira
Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
membezakan 15 dengan 51
was menjadi saw
b dengan d
Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
Keliru dengan konsep masa seperti semalam, hari ini , esok
Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
-
Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?
Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan
Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut /
dimensi
Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.
Masalah yang mungkin dialaminya
Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan Gangguan
emosi (seperti kemurungan)
Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)
Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)
Membantu anak-anak bermasalah Disleksia
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan
diri anak
Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya
Tumpuan
Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
Terapi pertuturan
Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
Merasa pergerakan bibir
Menulis huruf atau perkataan
Langkah-langkah pemulihan :
Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan)
Gunakan video atau kaset untuk belajar
Program pemulihan khusus :
Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia