Diya Sofea Yang Comel

2
Diya sofea yang comel Karakter Diya Sofea Eryna Herry Zul lincah dan comel gayanya. Walaupun baru berumur dua tahun, anak kedua kepadanpasangan Doktor Herry ZUl Abdul Hamid dan Doktor Sara Umar tidak kekok apabila aksinya dirakam lensa kamera. Sengaja WANITA memilih untuk melakukan sesi fotografi ini di padang permainan. Ada kalanya focus si kecil ini agak terganggu untuk bergambar kerana matanya tertambat kepada pelbagai benda menarik yang ada di padang permainan Sambil jurugambar Jeffri Iran merakamkan aksi comel Diya, sekumpulan burung gagak menarik pandangan anak comel ini berambut kerinting keperang-perangan anak comel ini. Puas mengejar burung gagak, lokasi kami seterusnya berpindah ke papan gelongsor. Terjerit kegembiraan apabila Diya melihat beberapa kanak-kanak sebayanya ralit bermain. Menurut Mama Diya, seawal umur Diya enam bulan lagi anak perempuannya didedahkan dengan dunia fotografi. Palbagai pertandingan bayi comel sama ada di dalam mahupun bakal di siarkan untuk tatapan negara asing Diya sertai.

description

bm

Transcript of Diya Sofea Yang Comel

Diya sofea yang comelKarakter Diya Sofea Eryna Herry Zul lincah dan comel gayanya. Walaupun baru berumur dua tahun, anak kedua kepadanpasangan Doktor Herry ZUl Abdul Hamid dan Doktor Sara Umar tidak kekok apabila aksinya dirakam lensa kamera.Sengaja WANITA memilih untuk melakukan sesi fotografi ini di padang permainan. Ada kalanya focus si kecil ini agak terganggu untuk bergambar kerana matanya tertambat kepada pelbagai benda menarik yang ada di padang permainan Sambil jurugambar Jeffri Iran merakamkan aksi comel Diya, sekumpulan burung gagak menarik pandangan anak comel ini berambut kerinting keperang-perangan anak comel ini. Puas mengejar burung gagak, lokasi kami seterusnya berpindah ke papan gelongsor. Terjerit kegembiraan apabila Diya melihat beberapa kanak-kanak sebayanya ralit bermain. Menurut Mama Diya, seawal umur Diya enam bulan lagi anak perempuannya didedahkan dengan dunia fotografi. Palbagai pertandingan bayi comel sama ada di dalam mahupun bakal di siarkan untuk tatapan negara asing Diya sertai. Syukur, rezeki kerap menyebelahi Diya. Darah kacukan Arab dan Pakistan yang diwaris Mama Diya rupanya turut diwarisi Diya. ada masanya agak susah juga nak mengikut mood Diya. Tapi selalunya Diya faham dan bole mengikut arahan terutamanya apabila bergambar. Di masa lapang selain suka bergambar Diya juga gemar menari. Siri kartun animasi yang paling digemari adalah Pororo.sebagai ibu secara tak langsung sesi penggambaran ini menggalakkan Diya dalam aktiviti sebegini. Walau bagaimanapun saya tidak mengharapkan bidang seni akan diteruskan sehingga Diya dewasa.sekiranya Diya berminat nak jadi model biarlah jadi model untuk busana Muslimah. Lebih sopan dan manis, kongsi Mama Diya yang mengharapkan Diya Berjaya di dunia dan akhirat kelak.Aksi lincah diya juga pernah mengisi ruang iklan untuk Anmum 2011, Minyak Yu Yee 2011, kempen Kementerian pelancongan Malaysia 2011 dan Astro TV Demo 2011. Selain itu Diya juga memperagakan koleksi pakaian dari butik Poppkins (Singapura) dan Tutuworkshop Malaysia.