Dlp

3
DUAL LANGUAGE PROGRAMS (DLP) Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Sri Dr. Khair Mohamad Yusof pada 28 Oktober yang lalu berjudul "Inisiatif Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris Murid di Bawah PPPM 2013-2025". Program Dwibahasa (Dual-Language Program) yang merupakan suatu program "pengukuhan Bahasa Inggeris" di mana sekolah diberikan peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Rekabentuk dan Teknologi dalam dua bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Program yang telah dinyatakan peruntukan sebanyak RM 38.5 juta dalam pembentangan BAJET 2016 yang lalu Tiga syarat ditetapkan untuk DLP boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah iaitu sumber yang mencukupi, kesediaan guru dan sokongan daripada ibu bapa. Menurut KPM, 300 buah sekolah rintis telah dikenalpasti untuk memulakan program ini 300 sekolah perintis laksana program perkukuh Bahasa Inggeris - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/300-sekolah-perintis- laksana-program-perkukuh-bahasa-inggeris#sthash.TM2MNIoT.dpuf Sebanyak 300 sekolah perintis akan melaksanakan Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program Dwibahasa (DLP) sejajar dengan usaha pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata inisiatif yang akan dilaksanakan menerusi Gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 itu melibatkan kos RM38.5 juta. Beliau berkata HIP akan dilaksanakan di semua sekolah secara berperingkat, manakala DLP akan dilakukan secara pilihan. "Pemilihan sekolah itu adalah berdasarkan kepada permintaan ibu bapa dan pengetua atau guru besar serta kesediaan sekolah berkenaan melaksanakannya. "Kementerian Pendidikan juga menetapkan di samping pelaksanaan bagi kedua- dua inisiatif ini, pihak sekolah juga memastikan tahap Bahasa Malaysia di sekolah berkenaan juga berada pada tahap yang baik dari segi pelaksanaan dan pencapaiannya," katanya dalam kenyataan hari ini. Ketika membentangkan Bajet 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan memberi komitmen tinggi terhadap pelaksanaan insiaitif

description

DLP

Transcript of Dlp

Page 1: Dlp

DUAL LANGUAGE PROGRAMS (DLP)

Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Sri Dr. Khair Mohamad Yusof pada 28 Oktober yang lalu berjudul "Inisiatif Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris Murid di Bawah PPPM 2013-2025".

 Program Dwibahasa (Dual-Language Program) yang merupakan suatu program "pengukuhan Bahasa Inggeris" di mana sekolah diberikan peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Rekabentuk dan Teknologi dalam dua bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Program yang telah dinyatakan peruntukan sebanyak RM 38.5 juta dalam pembentangan BAJET 2016 yang lalu

Tiga syarat ditetapkan untuk DLP boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah iaitu sumber yang mencukupi, kesediaan guru dan sokongan daripada ibu bapa.

Menurut KPM, 300 buah sekolah rintis telah dikenalpasti untuk memulakan program ini

300 sekolah perintis laksana program perkukuh Bahasa Inggeris - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/300-sekolah-perintis-laksana-program-perkukuh-bahasa-inggeris#sthash.TM2MNIoT.dpuf

Sebanyak 300 sekolah perintis akan melaksanakan Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program

Dwibahasa (DLP) sejajar dengan usaha pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar

Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata inisiatif yang akan

dilaksanakan menerusi Gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

itu melibatkan kos RM38.5 juta.

Beliau berkata HIP akan dilaksanakan di semua sekolah secara berperingkat, manakala DLP akan

dilakukan secara pilihan.

"Pemilihan sekolah itu adalah berdasarkan kepada permintaan ibu bapa dan pengetua atau guru besar serta kesediaan sekolah berkenaan melaksanakannya.

"Kementerian Pendidikan juga menetapkan di samping pelaksanaan bagi kedua-dua inisiatif ini, pihak

sekolah juga memastikan tahap Bahasa Malaysia di sekolah berkenaan juga berada pada tahap yang

baik dari segi pelaksanaan dan pencapaiannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketika membentangkan Bajet 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan

kerajaan memberi komitmen tinggi terhadap pelaksanaan insiaitif di bawah dasar MBMMBI dengan

memperuntukkan RM135 juta bagi pelaksanaan program itu.

Mengenai HIP, Khair berkata ia satu program meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris murid

melalui peningkatan penggunaan dan penguasaan bahasa itu dalam komuniti sekolah dengan

menanamkan sikap positif kepada murid terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris.

Beliau berkata HIP yang mengambil pendekatan dengan memberi fokus kepada pengupayaan

sekolah, oleh sekolah, dan untuk sekolah.

Page 2: Dlp

Sekolah akan dibekalkan dengan saranan pelaksanaan supaya aktiviti yang dirancang berdasarkan

konteks dan kemampuan sekolah dan komuniti, katanya.

Bagi DLP, Khair berkata ia merupakan program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi

peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat

dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa, sama ada Bahasa Malaysia

atau Bahasa Inggeris.

Beliau berkata program itu selaras dengan objektif kerajaan meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan juga memberi

peluang kepada pihak sekolah dan ibu bapa bersama-sama membuat keputusan secara kolektif.

"Sekolah yang memilih melaksanakan program ini perlu memenuhi kriteria seperti mempunyai

sumber mencukupi; kesediaan guru-guru mengajar dalam dwibahasa dan sokongan daripada ibu

bapa.

"Sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria ditetapkan boleh menawarkan DLP untuk murid Tahun 1,

Tahun 4 dan Tingkatan 1 bermula tahun depan. Sebagai permulaan, program ini ditawarkan kepada

sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK)," katanya.

Dalam Gelombang 1 PPPM 2013-2015, Khair berkata Kementerian Pendidikan melaksanakan

program Literasi Bahasa Inggeris di bawah LINUS 2.0, 'Oral Proficiency for Secondary Schools (OPS

English)', Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah (PPPISM) dan

Program Penutur Jati.

Beliau berkata program-program berkenaan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan

dalam kalangan murid.

Selain itu, beliau berkata kementerian juga melaksanakan inisiatif  meningkatkan profesion guru

Bahasa Inggeris selaras dengan 'Common European Framework of References for Languages

(CEFR)' bagi memastikan kualiti Bahasa Inggeris setaraf dengan peringkat antarabangsa. –

Bernama, 28 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/300-sekolah-perintis-laksana-program-perkukuh-bahasa-inggeris#sthash.TM2MNIoT.dpuf