DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja...

113
Bil. 7 Isnin 7 Mei 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA

Transcript of DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja...

Page 1: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

Bil. 7 Isnin 7 Mei 2012

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA

MESYUARAT PERTAMA

Page 2: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...
Page 3: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012

K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 (Halaman 20) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 (Halaman 92) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 (Halaman 97) Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Halaman 104) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 38)

Page 4: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...
Page 5: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Puan Doris Sophia ak Brodi

3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman (Dilantik)

4. “ Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik)

5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis)

6. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor)

7. “ Tuan Ahmad bin Hussin (Perlis)

8. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Luar Negeri I

9. “ Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Kewangan I

10. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak)

11. “ Tuan Baharudin bin Abu Bakar (Dilantik)

12. “ Dato’ Boon Som a/l Inong (Dilantik)

13. “ Puan Chew Lee Giok (Dilantik)

14. “ Tuan Chiew Lian Keng (Dilantik)

15. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik)

16. “ Datuk Chiw Tiang Chai (Dilantik)

17. “ Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak)

18. “ Dato’ Donald Lim Siang Chai (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Kewangan II

19. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik)

20. “ Tuan Gan Ping Sieu (Dilantik) - Senator – Timbalan Menteri Belia dan Sukan II

21. “ Datuk Heng Seai Kie (Perak) – Senator – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

22. “ Dato’ Sri Idris Jala (Dilantik) – Senator

– Menteri di Jabatan Perdana Menteri

23. “ Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (Dilantik) – Menteri di Jabatan Perdana Menter

24. “ Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh (Dilantik)

25. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat (Kelantan)

26. “ Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya (Sabah)

27. “ Tuan Khoo Soo Seang (Johor)

28. “ Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

29. “ Tuan Lee Cheam Choon (Melaka)

30. “ Tuan Lihan Jok (Sarawak)

31. ” Datuk Maglin a/l Dennis D’Cruz – Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II

32. “ Datuk Maijol Mahap (Sabah)

33. “ Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik)

34. “ Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Page 6: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

ii DN 7.5.2012

35. Yang Berhormat Dato’ Maznah binti Mazlan (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Sumber Manusia

36. “ Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor (Dilantik)

37. “ Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah (Negeri Sembilan)

38. “ Dato Sri Dr. Mohd. Effendi bin Norwawi (Dilantik)

39. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis)

40. “ Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin (Kedah)

41. “ Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik)

42. “ Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi (Kelantan)

43. “ Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff (Pulau Pinang)

44. “ Dato’ Nallakaruppan a/l Solaimalai (Dilantik)

45. “ Dato’ Ng Fook Heng (Pahang)

46. “ Puan Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik)

47. “ Puan Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik)

48. “ Datuk Seri G. Palanivel (Dilantik) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

49. “ Tuan Pau Chiong Ung (Dilantik)

50. “ Datuk Paul Kong Sing Chu (Dilantik)

51. “ Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin (Dilantik) – Senator – Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

52. “ Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah (Dilantik)

53. “ Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Selangor)

54. “ Puan Hajah Rohani binti Abdullah (Terengganu)

55. “ Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal (Dilantik)

56. “ Datuk Haji Saat bin Haji Abu (Melaka)

57. “ Tuan Saiful Izham bin Ramli (Kedah)

58. “ Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam (Dilantik)

59. ” Dato’ Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik)

60. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor)

61. “ Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim (Pulau Pinang)

62. ” Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam (Negeri Sembilan)

63. " Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Dilantik)

64. “ Dato’ Hajah Zaitun binti Mat (Pahang)

Page 7: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen

Dato’ Ngah Senik

Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani bin Haji Sulaiman

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)

Encik Che Seman bin Pa Chik

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd Hassan Rosna binti Bujairomi

Nurziana binti Ismail

Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki

Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mohd. Shahrul Hafiz bin Yahaya

Mulyati binti Kamarudin Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli

Saipul Rizal bin Wahid

Nor Hamizah binti Haji Hassan Azmir bin Mohd Salleh

Nur Nazihah binti Mohd. Nazir Noraidah binti Manaf

Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Siti Norlina binti Ahmad

Hazwani Zarifah binti Anas Mohd. Zaidi bin Mahmood

Page 8: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...
Page 9: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Isnin, 7 Mei 2012

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua (Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang)

mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

[Soalan No.1 – YB. Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam tidak hadir]

2. Datuk Haji Saat bin Haji Abu minta Menteri Kewangan menyatakan, pertimbangan semula kuasa PAAB berkaitan projek-projek Kelas ‘F’ hingga ‘C’, kuasa memutuskan tawaran sebut harga dan tender, diberi kuasa kepada negeri-negeri yang ada kaitan dengan PAAB, memutuskan tawaran tersebut.

Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator, mengikut pelaksanaan penstrukturan Perkhidmatan bekalan air negara, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bertanggungjawab untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja-kerja model atau ‘care pack’ projek bekalan air di negeri-negeri yang telah menyertai rejim pelesenan iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis dan Pulau Pinang. Bagaimanapun, dari segi pelaksanaan projek, kedua-dua pihak iaitu PAAB dan operator air negeri terlibat secara langsung dalam proses menentukan tawaran sebut harga dan tender kerja-kerja care pack yang melibatkan kontraktor kelas ‘F’ hingga ‘B’.

Sebagai contoh bagi pelaksanaan kerja-kerja mini care pack yang melibatkan kontraktor kelas ‘E’ dan ‘F’, PAAB memberikan kuasa sepenuhnya kepada operator air negeri untuk membuat pemilihan serta penawaran projek. Manakala untuk kerja-kerja minor care pack seperti projek penggantian paip yang melibatkan kontraktor kelas ‘F’ hingga ‘E’, PAAB juga telah melantik operator air negeri sebagai agen pelaksana memberikan kuasa kepada mereka untuk membuat penilaian serta pengakuan, penganugerahan tender mengikut kriteria penilaian yang telah dipersetujui bersama di antara PAAB dan Operator Air Negeri. Sekian.

Datuk Haji Saat bin Haji Abu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang jawab soalan tadi. Cuma saya ada beberapa persoalan yang hendak saya kemukakan. Pertama sekali ialah saya dimaklumkan bahawa pelantikan kontraktor yang dipilih untuk menyertai mana-mana tender di antara kelas ‘F’ dan kelas ‘C’ atau kelas-kelas yang lebih tinggi daripadanya mengambil masa yang begitu lama sehinggakan kadang-kadang walaupun penilaian tender telah dibuat di peringkat negeri, tetapi bagi memilih kontraktor-kontraktor memakan masa dua hingga tiga bulan. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Yang kedua tentang bayaran interim kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik juga agak lambat yang mengambil masa yang begitu lama. Saya difahamkan sehingga tiga bulan baru setiap kontraktor yang menjalankan kerja-kerjanya mendapat bayaran-bayaran interim setelah kerja-kerjanya dilaksanakan.

Perkara yang ketiga Tuan Yang di-Pertua ialah pihak Pengurusan Aset Air Berhad terpaksa menggunakan konsultan-konsultan dan QS dari luar untuk membuat perancangan dan menilai kos-kos sesuatu projek. Ini akan menambahkan lagi kos Pengurusan Aset Air Berhad.

Perkara yang ‘ketiga’ Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Ketiga atau yang keempat Yang Berhormat?

Page 10: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

2 DN 7.5.2012

Datuk Haji Saat bin Haji Abu: Keempat, keempat.

Tuan Yang di-Pertua: Keempat tidak boleh. Tiga cukup.

Datuk Haji Saat bin Haji Abu: Tiga. Okey terima kasih.

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Haji Saat Haji Abu telah mengemukakan soalan tambahan iaitu yang pertama memberi kontrak atau tawaran mengambil masa yang panjang. Untuk makluman Yang Berhormat, saya tidak ada angka untuk itu. Saya hendak beri sedikit maklumat untuk Yang Berhormat, untuk kelas ‘B’, ‘C’, ‘D’, minor care pack project di negeri Melaka untuk tahun 2010 kita memberi lapan kontrak berjumlah RM22.3 juta. Untuk tahun 2011 kita memberi 23 projek yang berjumlah RM25 juta. Untuk tahun 2012 sampai bulan April, kita memberi lapan projek dan jumlah yang kita tawaran membeli RM20 juta.

■1010

Soalan yang kedua, bayaran interim juga lambat tiga bulan. Isu ini saya juga akan berbincang dengan pihak PAB supaya kita pendekkan masa untuk memberi tawaran dan juga memberi bayaran interim.

Soalan ketiga, PAB memakai konsultan dan juga QS untuk merancang dan menilai projek-projek yang ada di negeri. Memang ini adalah amalan yang kita pakai buat masa ini sebab kalau di PAB, kita tidak ada pakar dalam bidang ini. Kita memang menggunakan konsultan atau QS tempatan supaya mereka pun boleh menyertai projek-projek di negeri masing-masing dan memang kita akan teruskan amalan ini. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua: Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus.

3. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, pencapaian impak program Pusat Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Center – RTC) terutamanya dalam usaha memberi lonjakan baru kepada pembangunan masyarakat luar bandar.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah l [Dato’ Haji Hasan bin Malek]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dengan kerjasama beberapa kementerian termasuklah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah terlibat dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti sama ada di Rural Transformation Centre (RTC) atau di kawasan sekitarnya bagi memastikan RTC ini menjadi catalyst untuk menggiatkan aktiviti ekonomi yang memberi manfaat kepada penduduk luar bandar seterusnya meningkatkan pendapatan mereka. Dalam RTC ini terdapat lapan inisiatif yang telah diperturunkan iaitu:

(i) latihan kemahiran;

(ii) kiosk informasi 1Malaysia;

(iii) pertanian bernilai tinggi;

(iv) pemprosesan produk agro makanan;

(v) pengurusan rantaian bekalan hasil pertanian;

(vi) kerjasama universiti-universiti;

(vii) perkhidmatan kesihatan 1Malaysia; dan

(viii) kemudahan pembiayaan kewangan.

Dari aspek latihan kemahiran kepada golongan penduduk luar bandar, kursus-kursus jangka pendek telah dianjurkan oleh pelbagai agensi seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, MARDI, MARA dan lain-lain bagi menambah pengetahuan, kemahiran dan keupayaan bagi meningkatkan pendapatan, peluang pekerjaan dan taraf hidup penduduk luar bandar. Pelbagai program latihan kemahiran telah dilaksanakan sejak September 2011 yang lalu dan sebanyak 29 kursus melibatkan seramai 784 peserta telah dilaksanakan bermula September 2011 hingga 18 April 2012. Antara jenis-jenis latihan yang telah dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

Page 11: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 3

(i) kursus waste to wealth;

(ii) kursus usahawan tanaman herba;

(iii) pertanian organik;

(iv) teknik landskap yang berkesan;

(v) pengendalian dan penyediaan makanan sejuk beku;

(vi) kursus kewangan dan kunci kira-kira;

(vii) kursus asas bakeri;

(viii) kursus kek dan pastri;

(ix) kursus pendaftaran syarikat dan entiti perniagaan;

(x) kursus pengendalian jentera berat; dan

(xi) latihan-latihan keusahawanan;

(xii) latihan pembungkusan dan penjenamaan;

(xiii) latihan persembahan produk;

(xiv) latihan pengurusan makanan ternakan;

(xv) latihan teknik fertigasi;

(xvi) latihan kemahiran baik pulih penghawa dingin; dan

(xvii) latihan kemahiran teknologi kimpalan.

Sebagaimana soalan Yang Berhormat Senator, impaknya kepada penduduk luar bandar di sekitar RTC telah dapat dilihat dari aspek pelaksanaan aktiviti ekonomi yang menjana pendapatan kepada penduduk. Contohnya di RTC Perak. Sehingga 19 April 2012, pihak FAMA telah berjaya menjalin usaha sama dengan 450 petani melalui program kontrak farming untuk memasarkan hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh penduduk yang melibatkan pengedaran hasil jualan sebanyak RM45 juta sebulan. Dari aspek inisiatif pemprosesan produk agro makanan pula, sebanyak 17 pengusaha telah disenaraikan di bawah produk Perak Best yang juga telah mendapat pensijilan halal dari JAKIM manakala enam pengusaha pengeluar makanan telah disenaraikan di bawah produk 1Malaysia Best.

Sehingga 18 April 2012 juga, 346 pengusaha makanan di Perak dan Kelantan juga telah diberi khidmat nasihat oleh Kementerian Kesihatan yang mana 220 daripadanya telah mendapat pengiktirafan SKIM. Ini membolehkan pengusaha-pengusaha produk ini memasarkan produk mereka ke pasaran yang lebih luas. Diharapkan melalui penglibatan penduduk luar bandar di kawasan liputan RTC dalam aktiviti ekonomi melalui inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan pendapatan seterusnya melonjakkan pembangunan di kawasan luar bandar. Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan tambahan. Silakan Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus.

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah kriteria yang diguna pakai untuk menentukan sesuatu premis itu dipilih sebagai pusat transformasi luar bandar? Adakah pihak kementerian bercadang untuk membina pusat seperti ini di Wilayah Persekutuan Labuan yang bertaraf negeri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Haji Hasan bin Malek: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkanlah bahawa kriteria kita ini banyak berdasarkan kepada faedah yang boleh diperoleh oleh masyarakat luar bandar. Ini masyarakat kita. Apa sahaja ruang-ruang kriteria yang membolehkan rakyat dapat faedahnya, ini kita bawa mereka ke dalam RTC ini sebab dalam RTC ini nanti kita lihat ada lapan inisiatif. Beberapa kementerian ada di situ. Misalnya yang mula-mula sekali dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu di RTC Gopeng, Perak. Hari ini disebut RTC Perak. Di situ kementerian-kementerian seperti Kementerian Pertanian, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Dalam Negeri. Beberapa kementerian di situ ada kursus-kursusnya.

Page 12: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

4 DN 7.5.2012

So, semuanya ini kriterianya ada atau tidak faedah dalam program-program ini rakyat dapat faedah? Kalau ada, kita bawa ke situ dan faedahnya pun bukan sahaja setakat di situ. Kalau di RTC Perak ini, dia membolehkan kepada 100 kilometer di sekelilingnya. Radiusnya. Akan tetapi yang satu lagi pula yang kedua dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu di RTC Kelantan.

Satu liputan akhbar begitu meluas berkenaan dengan waktu perasmian Pusat Transformasi Luar Bandar Kelantan baru-baru ini... [Menunjukkan surat khabar berkaitan] Ini adalah merupakan apa sahaja yang dapat di situ, rakyat memang ada faedahnya. Jadi oleh kerana itu, hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak menjadikan RTC ini dapat diwujudkan di semua negeri. Jadi, selepas daripada Perak, di Kelantan begitu dan yang paling terdekatnya ialah kita sedang berunding dengan pihak Kerajaan Negeri Melaka pula. Selepas satu, satu. Selepas Melaka, kita akan pergi ke Kedah dan yang lain-lain ini insya-Allah kita akan pergilah termasuklah dalam Labuan. Sebab yang pentingnya ada perancangan itu. Cuma kita minta rakyat kena bersabarlah. Kita hendak rancang elok-elok, satu demi satu. Di Kelantan tadi saya lihat dari segi impak, dari segi kriterianya merangkumi semua apa yang telah dihasratkan oleh pihak kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

■1020

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya pendek sahaja. Pertama, saya mengucapkan tahniah atas pelbagai program yang telah diadakan terutama program latihan kemahiran yang saya rasa sangat penting. Cuma apa yang ingin saya tahu, apakah langkah-langkah pemantauan yang dilakukan untuk memastikan keberkesanan latihan kemahiran itu? Kemudian, langkah-langkah susulan atau pun follow-up program yang dibuat untuk memastikan supaya kemahiran yang telah diperoleh bukan sahaja dapat kekal, tetapi dapat dipertingkatkan.

Dato’ Haji Hasan bin Malek: Tuan Yang di-Pertua dan kepada Yang Berhormat Senator, saya ucap terima kasihlah kepada soalan tadi. Dari segi pemantauan, sebenarnya seperti yang saya sebut tadi, RTC ini adalah satu pusat transformasi luar bandar yang mana di situ satu hentian tetapi terdapat pelbagai perkhidmatan, one service center tetapi dengan perkhidmatannya pelbagai. Jadi oleh sebab itu, selain daripada kita hendak membeli sayur, kita hendak membeli barang, di situ juga ada pusat-pusat perkhidmatan seperti imigresen, semuanya di situ termasuklah program-program latihan sebagaimana saya sebutkan secara panjang lebar tadi.

Jadi dalam soal keberkesanannya dari segi pemantau dibuat ini, kita serahkan kepada kementerian-kementerian yang berkenaan. Misalnya kalau MARA, pihak MARAlah yang akan bertanggungjawab untuk melihat kursus yang diadakan itu dapat dimanfaatkan oleh rakyat. Kemudian MARA pula setelah kursus latihan selesai, dicari jalan pula bagaimana mereka ini dapat dibantu sama ada hendak dinaiktarafkan atau pun hendak diberikan peruntukan atau pun sokongan-sokongan dari segi kewangan. Kalau misalnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, ada TEKUN, ada lain-lain tadi kursus yang dijalankan. Kemudian selepas daripada itu pula, ada peluang-peluang dari segi peluang-peluang mendapatkan pinjaman, mendapatkan modal dan sebagainya.

Jadi pemantauan itu terpulanglah kepada kementerian masing-masing. Akan tetapi pusat ini adalah merangkumi seperti saya sebut tadi, satu hentian, satu perkhidmatan. Untuk pemantauan, terpulanglah kepada kementerian masing-masing. Akan tetapi kalau ada masalahnya, itu bolehlah kita bincangkan secara bersama.

4. Datuk Chiw Tiang Chai minta Perdana Menteri menyatakan, bagaimana kerajaan melihat Dasar Transformasi Nasional mampu memastikan pertumbuhan negara terus mampan dan projek pembangunan bakal memberi manfaat kepada rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator kerana mengajukan soalan yang begitu relevan sekali. Akan tetapi banyak daripadanya telah pun diketengahkan ketika dalam penggulungan perbahasan Titah Tuanku.

Page 13: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 5

Tuan Yang di-Pertua, Dasar Transformasi Negara (DTN) yang merangkumi

Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Luar Bandar telah mengambil kira pendapat dan cadangan pelbagai pihak, antaranya dari sektor kerajaan, sektor swasta, ahli akademik dan politik serta NGO untuk mengetahui keperluan dan kehendak rakyat serta hala tuju negara bagi tempoh jangka sederhana dan jangka panjang. Fokus utama adalah untuk meningkatkan pendapatan negara serta kualiti hidup rakyat yang setanding dengan negara maju.

Program di bawah DTN telah dirancang dengan rapi dan sistematik untuk memastikan pertumbuhan negara yang terus mampan dengan izin, sustainable termasuklah mengambil kira isu-isu inclusive dan alam sekitar. Program tersebut juga adalah mudah difahami dan boleh terus di laksana. Oleh itu, bagi mencapai sasaran ke arah menjadikan sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju, kerajaan telah menetapkan indikator petunjuk prestasi utama (KPI) tahunan bagi Yang Berhormat Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) yang perlu dicapai.

Kesungguhan kerajaan dalam memastikan pencapaian KPI tersebut telah membuahkan hasil iaitu kesemua KPI bagi GTP, ETP serta pelaksanaan inisiatif dan projek Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi tahun 2011 telah dipenuhi. Contohnya, kadar jenayah keseluruhan dapat dikurangkan sebanyak 11 peratus semenjak tahun 2009. Kita juga telah berjaya membasmi kemiskinan tegar apabila kita telah mengeluarkan lebih 44,000 isi rumah daripada kategori tersebut. Kejayaan ini sebenarnya adalah berkat sokongan dan kerjasama padu daripada semua pihak.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memastikan projek pembangunan memberikan manfaat kepada semua rakyat di negara ini. Setiap program dan projek pembangunan yang dipilih adalah bergantung pada beberapa kriteria. Antaranya dengan izin, people centric, factor inclusive, kesan pengganda, dengan izin, multiplier effect, dan limpahan dengan izin, spill over kepada keadaan ekonomi seperti perwujudan peluang pekerjaan di samping mengelakkan ketirisan, seepage, dengan izin. Tumpuan pemilihan projek juga telah diubah daripada mengurangkan kemiskinan kepada meningkatkan pendapatan golongan 40 peratus terendah.

Dengan sokongan dan kerjasama semua, kerajaan yakin Dasar Transformasi Negara mampu memastikan pertumbuhan negara terus mampan dan projek pembangunan yang bakal dilaksanakan memberi manfaat kepada semua rakyat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Chiw Tiang Chai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab.

Soalan tambahan saya, bagaimana kementerian melihat jangkaan pertumbuhan positif ekonomi negara pada tahun 2012 di sebalik beberapa fakta seperti pertumbuhan ekonomi dunia yang sederhana? Kedua, pemulihan eksport elektrik dan elektronik yang harga komoditi yang teguh mampu mempengaruhi perkembangan ekonomi negara. Akhir sekali, apakah perancangan kementerian dalam mengukuhkan DDI, permintaan domestik, terutamanya perbelanjaan swasta yang dijangka memainkan peranan yang penting dalam memacu perkembangan ekonomi pada tahun 2012? Bagaimana pengumuman gaji minimum RM900 baru-baru ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mampu menjana ekonomi negara ke arah nilai positif termasuk kemampuan mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020? Sekian, terima kasih.

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Tuan Yang di-Pertua, cukup luas indicators yang telah disajikan tadi, ada empat, senario global, keadaan eksport swasta menjadi penjana utama dalam Economic Transformation Plan dan gaji minimum impaknya kepada pertumbuhan sektor swasta.

Tuan Yang di-Pertua, seluruh dunia telah mengakui bahawa program transformasi Malaysia adalah sesuatu yang begitu baru. Transformasi ini telah dimulakan di peringkat kerajaan pada tahun 2002 oleh Tony Blair di Britain, tetapi ia fokus kepada memperkasakan delivery kerajaan. Akan tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah membawa satu konsep baru di mana orang Timur Tengah datang sini untuk dapatkan taklimat, orang Afrika datang sekarang untuk mendapatkan bagaimana kita gunakan konsep ini, orang Asia datang untuk mencari apakah caranya.

Page 14: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

6 DN 7.5.2012

Maka ini adalah cubaan yang begitu berani sekali, melibatkan 137 pegawai yang telah diambil dari seluruh dunia. Cendekiawan daripada Harvard, daripada Cambridge, Oxford dan mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar dunia seperti Edward Prescott, Vikram Nehru, Andrew Sheng, dan pada mulanya pada tahun 2009, semua orang ini terlibat. Kalau kita masih ingat lagi di Putra World Trade Centre, kita melibatkan 3,000 orang dalam proses untuk memberikan pandangan. Orang biasa, orang yang kerja sebagai kerani, sebagai pion, sebagai taxi driver, semua dijemput untuk memberi pandangan. Maka tidak pernah dalam sejarah Malaysia, begitu luas sekali penglibatan orang dalam merangka satu agenda pembangunan. Maka asasnya kukuh, nombor satu.

Kedua, dalam senarai global ini kita lihat pencapaian quarter tahun 2012 Yang Berhormat ya, iaitu September hingga Disember kita mencatat pertumbuhan GDP sebanyak 5.2 peratus.

■1030

Dalam senario global di mana Eropah dapat pertumbuhan minus, ada pertumbuhan-pertumbuhan di bawah paras kosong. Dalam keadaan begini kita telah mencapai pertumbuhan kerana pembangunan kita begitu kukuh, very solid development plan. Kemudian kalau kita tengok inisiatif yang telah diumumkan mulai daripada 25 Oktober 2010, sembilan inisiatif daripada 131 EPP iaitu Entry Point Projects dengan mempunyai penjanaan pekerja sebagai 3.3 juta. Kita dapati daripada investment RM5.3 bilion, sekarang kita tengok satu persatu, sudah tujuh kali pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri pada 30 November, selepas itu 11 Januari 2011, 8 Mac, 19 April tahun lalu, 13 Jun tahun lalu dan 8 September. Baru-baru ini pun dilancarkan program ini. Maka jumlah investment yang kita ada telah meletakkan Malaysia di dalam keadaan yang begitu baik sekali. Maka tidak payah kita cerita, saya habiskan sedikit sahaja. Adakah kita berani mengatakan bahawa kita dalam keadaan yang safe sailing boat. Memanglah kerana kita tengok indicator daripada dunia ini, tidak payah kita cerita, mendabik dada sendiri kita kata, “We are doing very well.’” Syok sendiri, orang kata...

Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat, cukup.

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Saya habiskan, just a little bit Tuan Yang di-Pertua. World bank ranking kita daripada 183, kita dah ke tempat 18. WEF Global Competitive Report daripada 142 kita dah 21. EIU, E-readiness 2010 kita daripada 70 ke 36. Akhir sekali, AT Kelly Global Services London from 50, kita dah ke-3. So, ini yang menunjukkan indicator kita yang begitu baik sekali. Jadi, saya mohon supaya semua bekerjasama. Tuan Yang di-Pertua, pada hari Khamis lalu ada seorang Ahli Yang Berhormat telah meminta untuk saya beri laporan GTP dan ETP, saya telah memohon kepada PEMANDU. Cuma percetakan mereka sudah habis, saya minta mereka beri CD dan kalau CD itu sudah sampai, saya akan sampaikan kepada Ahli Yang Berhormat. Itu yang kami janjikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Soalan No. 5 – YB. Dato’ Dr. Johari bin Mat tidak hadir]

6. Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, peratus pengambilan pekerja tempatan di dalam bidang restoran serta apakah langkah-langkah kementerian untuk menggalakkan warga tempatan terutamanya wanita untuk bekerja di restoran dan berapakah jumlah keseluruhan warga tempatan berbanding dengan warga asing yang bekerja sebagai pembantu restoran mengikut jantina.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Maznah Mazlan]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam. Mengikut statistik kajian yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Laporan Penyata Guna Tenaga Kebangsaan tahun 2009, jumlah pekerja tempatan yang bekerja di subsektor perkhidmatan hotel dan restoran ialah seramai 150,043 orang dengan jumlah pekerja lelaki tempatan ialah seramai 75,483 orang dan pekerja wanita tempatan berjumlah seramai 74,560 orang. Manakala jumlah pekerja asing yang bekerja di sektor ini ialah seramai 25,287 orang dengan jumlah pekerja asing lelaki seramai 18,511 orang dan pekerja asing wanita seramai 6,776 orang.

Page 15: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 7

Bagi penggajian pekerja asing di subsektor restoran, hanya tukang masak sahaja

dibenarkan manakala bagi jawatan pembantu restoran, ianya telah dibekukan berkuat kuasa pada 17 Julai 2009 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin, kali yang pertama, Bil.1/2009. Antara langkah-langkah menggalakkan warga tempatan terutamanya wanita untuk bekerja di restoran ialah melaksanakan gaji minimum yang baru diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini bagi menarik minat mereka. Ini adalah satu yang kita yakin dapat menarik sebahagian mereka untuk bekerja.

Kedua, pengusaha restoran juga digalakkan menyediakan tempat pekerjaan yang kondusif di samping memperkenalkan jadual waktu kerja anjal. Ketiga, meningkatkan bilangan kemudahan-kemudahan sokongan supaya lebih ramai wanita dapat bekerja seperti mengadakan pusat asuhan kanak-kanak dan juga melaksanakan peraturan separa waktu yang mana wanita boleh bekerja di antara 30 peratus hingga 70 peratus daripada waktu kerja biasa. Terima kasih.

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cukuplah apa yang saya tanya sudah dijawab. Terima kasih.

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tertarik dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan yang menggalakkan supaya pekerja tempatan terutamanya wanita bekerja di restoran-restoran yang mana menetapkan supaya gaji minimum, tempat tinggal pekerja, kemudahan sokongan dan juga jadual kerja yang anjal. Pertanyaan tambahan saya, apakah yang akan dilakukan atau diambil tindakan oleh kerajaan jika terdapat majikan-majikan yang tidak mematuhi arahan ini terutamanya empat kemudahan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi? Terima kasih.

Dato’ Maznah Mazlan: Terima kasih Yang Berhormat. Saya menjawab soalan ini dengan memaklumkan bahawa pada masa ini kalau kita bercakap tentang gaji minimum, memang sudah ada undang-undang untuk menguatkuasakannya. Akan tetapi oleh kerana gaji minimum ini satu perkara yang baru dilaksanakan, kita pada masa ini bekerjasama dengan pihak majikan dan pekerja supaya kita lebih menekankan kepada kaedah pelaksanaan, memudahkan pelaksanaan daripada penguatkuasaan kerana ia merupakan satu perkara yang baru.

Berkenaan dengan lain-lain perkara itu, sekiranya terdapat perkara yang patut dilaksanakan tetapi tidak dilaksanakan, kita meminta supaya pekerja-pekerja ini memaklumkan kepada Jabatan Tenaga Kerja supaya siasatan boleh dibuat. Seperti biasa, biasanya kita buat perundingan supaya kita dapat tingkatkan pelaksanaan ini dan kita juga membantu dengan bimbingan dan lain-lainnya kerana kita tahu bahawa perkara-perkara ini tidak semudah yang kita kata untuk melaksanakan. Contohnya di dalam melaksanakan taska. Walaupun kita ada peraturan yang meminta supaya majikan menyediakan tempat asuhan kanak-kanak di tempat kerja tetapi ada masanya kita dapati persekitaran pekerjaan itu tidak mengizinkan majikan membina di tempat kerja. Oleh itu kita berunding supaya kemudahan ini diadakan di tempat komuniti dan lain-lain. Ini contohnya Yang Berhormat. Terima kasih.

7. Tuan Chiew Lian Keng minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan, mengapa pusat-pusat perjudian siber dan rumah pelacuran di Kuala Lumpur masih boleh meneruskan aktiviti perniagaan haram selepas penyerbuan pihak berkuasa dibuat.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar [Datuk Saravanan a/l Murugan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab pertanyaan ini, izinkan saya menjawab isu yang dibangkitkan bersekali dengan pertanyaan jawapan lisan Yang Berhormat Senator Tuan Chiew Lian Keng pada 8 Mei 2012.

Pertanyaan tersebut adalah sama dengan isu yang dibangkitkan pada hari ini iaitu mengenai pusat perjudian siber, pusat urut haram dan rumah pelacuran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kuasa kawalan terhadap pusat-pusat perjudian siber dan rumah pelacuran adalah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia.

Page 16: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

8 DN 7.5.2012 ■1040

Namun dalam usaha-usaha untuk memastikan imej Bandaraya Kuala Lumpur, bersih dari kegiatan negatif seperti pelacuran dan pusat perjudian siber, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sering menyertai operasi-operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang lain. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga turut mengambil inisiatif dengan mengaturkan operasi bersepadu bersama agensi-agensi kerajaan yang terlibat di dalam menangani masalah pelacuran dan pusat perjudian siber di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, RELA, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Kementerian ini yakin bahawa kerjasama pelbagai agensi yang menjalankan operasi bersepadu secara berterusan dapat membendung pelbagai gejala negatif di kawasan-kawasan yang dimaksudkan. Sehingga kini gejala negatif berkenaan adalah masih terkawal. Sementara itu melalui pemantauan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur aktiviti perjudian ini pula dikesan dan dijalankan di sebalik perkhidmatan internet yang disediakan kepada orang awam. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap kafe internet yang menjalankan aktiviti perjudian di bawah Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992 dan Kaedah-kaedah Hiburan Wilayah Persekutuan 1993. Antara tindakan yang diambil ialah menyita peralatan yang berkaitan dengan aktiviti tersebut.

Sepanjang tahun 2011, sebanyak 42 kali operasi sitaan telah diadakan yang membabitkan 123 premis. Dalam operasi ini sebanyak 628 monitor dan 2,950 CPU telah berjaya disita. Tindakan yang sama masih diteruskan pada tahun 201. Sehingga Mac 2012 sebanyak enam premis telah disita membabitkan 105 monitor dan 106 CPU.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan lagi kekerapan tindakan berkenaan bagi membendung masalah ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, selain daripada aduan dan maklumat orang ramai, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa membanteras pusat perjudian siber dan pusat urut haram melalui risikan dan pemantauan. Hasil tindakan tersebut beberapa kawasan telah dikenal pasti sering menjadi tumpuan penguat kuasa aktiviti haram ini. Untuk itu tindakan penguatkuasaan yang lebih kerap dan berterusan akan ditumpu di kawasan-kawasan tersebut. Terima kasih.

Tuan Chiew Lian Keng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana telah membersihkan Dataran Merdeka, Jalan Bukit Bintang dan juga Jalan Ipoh di mana pada masa dahulu memang ramai pelacur yang berdiri di jalan untuk menarik pelanggan.

Soalan saya apakah tindakan selanjutnya pihak DBKL di mana di Jalan Gelang, di Jalan Tun Razak, Jalan P. Ramlee, di Jalan Sultan Ismail di mana pelacur berkeliaran di jalan-jalan untuk menarik pelanggan dan ini akan menjejaskan imej Kuala Lumpur ini. Tambahan pula, pusat-pusat perjudian siber telah merebak ke kawasan-kawasan perumahan. Apakah tindakan selanjutnya pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan agensi-agensi untuk bersama-sama membasmi masalah tersebut. Sekian, terima kasih.

Datuk Saravanan a/l Murugan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan dipilih oleh rakyat kami sentiasa bersihkan Kuala Lumpur termasuk Dataran Merdeka dengan undang-undang dan akta-akta sedia ada tanpa melanggar undang-undang. Seperti mana isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa meneruskan operasi-operasi dan tindakan-tindakan terhadap gejala-gejala sosial ini khususnya masalah-masalah siber kafe dan juga pelacuran di seluruh Wilayah Persekutuan.

Walau bagaimanapun, undang-undang sedia ada tidak memberi kuasa kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk membuat sebarang tangkapan terhadap pelacur-pelacur. Walau bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak lari daripada tanggungjawab dengan alasan akta-akta ataupun undang-undang tidak membenarkan kami. Sebagai agensi PBT yang prihatin dan bertanggungjawab, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa mengambil perhatian, walaupun bidang kuasa tidak membenarkan kami untuk mengambil ataupun membuat penangkapan.

Page 17: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 9

Akan tetapi sebagai agensi yang bertanggungjawab, Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur sentiasa menggunakan akta-akta yang sedia ada seperti Akta Bangunan dan Akta Perancang untuk mengambil tindakan merobohkan rumah-rumah ataupun dent-dent pelacuran dan juga siber kafe yang sedia ada di seluruh Wilayah Persekutuan.

Walau bagaimanapun, saya bagi jaminan kepada Ahli Yang Berhormat sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk melahirkan satu ibu kota bertaraf antarabangsa kami sentiasa peka dan sensitif supaya memastikan Kuala Lumpur menjadi satu ibu kota bukan sahaja bertaraf antarabangsa tetapi lebih sesuai untuk mendiami. Sekian, terima kasih.

8. Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah langkah-langkah kementerian bagi membanteras kegiatan belia-belia merempit di jalan raya serta nyatakan adakah Kerajaan bercadang menyediakan kemudahan litar motocross bagi setiap daerah untuk mengelakkan kegiatan belia merempit.

Menteri Belia dan Sukan [Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek]: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya mengucapkan terima kasih di atas soalan yang dikemukakan. Sebelum saya teruskan jawapan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada seorang pelumba motosikal Malaysia yang bernama Zulfahmi Khairuddin yang semalam telah mencatatkan tempat yang keempat di Litar Testerio, Portugal... [Tepuk]

Di kalangan pelumba-pelumba di seluruh dunia yang bertanding dan dia telah membawa nama Malaysia ke tahap yang terbaik dalam bidang motorsport dalam kategori motosikal yang dia sertai. Sebenarnya Zulfahmi Khairuddin ini adalah merupakan salah seorang daripada anak muda yang dahulu dipanggil mat rempit yang telah diberikan kesempatan untuk dibina kemampuannya dan ada penaja-penaja yang membantu untuk memberikan kesempatan bagi beliau untuk bertanding di peringkat yang lebih besar dan sekarang beliau sudah pun diiktiraf sebagai salah seorang daripada pelumba terbaik dunia dalam bidang yang berkenaan. Ada banyak lagi nama-nama seperti Azlan Shah, Zakwan, Fazrul dan lebih kurang sepuluh orang nama-nama anak muda sekitar umur 18, 19, 20 yang sekarang ini sudah pun dikembangkan untuk menjadi pelumba terbaik dunia.

Sebab itu apabila soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rohani binti Abdullah, apakah kerajaan bercadang untuk menyediakan kemudahan litar motocross bagi setiap daerah. Bagi saya ini adalah satu cadangan yang baik tetapi buat masa ini kita tidak ada kemampuan untuk membinanya di setiap daerah lagi. Akan tetapi pihak kementerian sentiasa bekerjasama dengan banyak pihak termasuk swasta dan NGO bagi mengadakan program yang disebutkan menang-menang (win-win situation) yang menggunakan litar-litar motocross yang ada. Ini termasuk litar motocross di Bandar Puncak Alam, Sungai Dusun, Kuala Ketil, Kedah; Sungai Panching, Selatan Pahang; di Juru, Pulau Pinang dan sebagainya.

Namun kita kena tahu bahawa dalam bidang motorsports ini, motocross hanyalah satu bidang yang tersendiri. Motocross memerlukan motosikal yang special iaitu yang menggunakan apa yang disebutkan scrambler untuk menggunakan kawasan yang berbukit-bukit yang tidak perlu di tar dan sebagainya. Akan tetapi dalam bidang motorsports yang kejayaan yang dicapai oleh Zulfahmi dan sebagainya ia bukannya motocross tetapi bidang yang bermula dengan perlumbaan kapcai misalnya. Kapcai ialah motor yang paling kecil yang disebutkan street off (ditelanjangkan) semua badannya dan ada pelbagai kategori lagi termasuk drag sprint test, siapa yang paling laju dalam jarak lebih kurang 400 hingga 500 meter ataupun bidang-bidang lain seperti motad, drift untuk motorsports, speedway yang menggunakan trek yang bersifat oval ataupun bujur dan pelbagai lagi. Sebab itulah untuk disebutkan membina golongan-golongan mat rempit ini untuk menjadi seorang pelumba yang handal dan sebagainya, ia memerlukan pendekatan yang pelbagai.

Namun begitu kita juga mengkaji dari segi sosiologi di kalangan apa yang disebutkan mat rempit. Apakah semua mereka ini terdiri daripada mereka yang berminat dalam bidang motorsports ataupun ia adalah sebahagian daripada cara luahan perasaan mereka tidak senang dengan apa yang disebutkan mainstream culture, dengan izin, hendak menunjukkan kebebasan, hendak menunjukkan kelain dan sebagainya ataupun sekadar untuk menarik perhatian orang ramai.

Page 18: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

10 DN 7.5.2012 ■1050

Oleh sebab itulah kementerian juga akan mengadakan pelbagai program. Misalnya mengadakan gelanggang-gelanggang futsal di seluruh negara. Sekarang ini hampir dua ribu gelanggang futsal disediakan. Di dapati di negeri-negeri yang tertentu misalnya di Negeri Sembilan. Apabila siapnya gelanggang futsal yang begitu banyak di sana, gejala mat rempit terus turun dengan begitu banyak sekali kerana sebahagian daripada mat rempit ini apabila mereka berlumba, menunjukkan kebolehan, buat willy, buat superman kerana orang tengok. Akan tetapi apabila semua orang sudah pergi dekat futsal, orang sudah tidak tengok dia, dia pun sudah tidak merempit lagi. Dia pergi pula ke futsal dan sebagainya.

Jadi ini juga perkara yang perlu kita lihat apakah punca mereka merempit. Apakah sociological background ataupun perbezaan latar belakang sosial mereka sebab berkawan dan sebagainya yang kita rasakan ini sebahagian daripada apa yang disebutkan sub-culture yang ada di negara lain. Di Amerika pun ada, di Jepun pun ada dan sebagainya perkara yang sama. Kita menganggap bahawa sebahagian daripada anak muda ini perlukan tempat untuk mereka meluahkan perasaan, menunjukkan kreativiti mereka. Misalnya Program Sambutan Hari Belia, himpunan jutaan belia yang diadakan di Putrajaya ini ialah untuk menghimpunkan belia.

Sekarang ini lebih daripada 500 aktiviti untuk membenarkan anak muda gunalah Putrajaya itu untuk tunjukkan pelbagai kebolehan mereka. Bukan sahaja dalam bidang sukan malah seni, budaya dan pelbagai lagi untuk mereka tunjukkan di sana. Ini ialah sebahagian daripada manifestasi kementerian untuk memberikan ruang yang besar kepada anak-anak muda ini untuk menunjukkan apa yang mereka rasakan perlu ditunjukkan dengan satu suasana yang dapat dikawal. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ya dipersilakan Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi

Puan Hajah Rohani binti Abdullah: Soalan tambahan saya.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, minta maaf. Selepas ini baru Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi. Sila Yang Berhormat Puan Hajah Rohani binti Abdullah.

Puan Hajah Rohani binti Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan yang begitu terperinci.

Soalan saya, apakah program sukan pemotoran lain yang telah diadakan di peringkat negeri, dan juga adakah program ini melibatkan Kerajaan Tempatan iaitu Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah, juga PDRM, JPJ dan sebagainya? Apakah program tersebut mendapat publisiti yang meluas dari pihak media dan sejauh mana keberkesanan program-program ini? Maksud saya yang boleh menarik minat belia-belia atau remaja khususnya mat rempit. Terima kasih.

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan tambahan lagi. Terima kasih kerana menimbulkan tentang soal program sukan pemotoran.

Sukan pemotoran adalah merupakan satu sukan yang berbeza, yang perlu dilihat secara holistik, secara yang lebih luas lagi yang tidak boleh dilihat hanya dari segi aspek pemandu itu sahaja. Akan tetapi ia memerlukan satu pendekatan yang menyeluruh dari segi bagaimana membina team untuk menjawab pelbagai cabaran kejuruteraan. Misalnya untuk berlumba esok, kita hari ini yang menjadi kelemahannya kerana suspensionnya, kerana breknya, kerana aerodinamik kepada kenderaan yang mereka gunakan. Itu bukan sahaja pelumba yang baik dan berani tetapi juga kumpulan yang dikaitkan dengan soal mekanik dan sebagainya.

Oleh sebab itu kita lihat potensi sebahagian daripada mat rempit ini ada kelebihannya. Dia tahu macam mana hendak buat apa yang disebutkan ‘modification’ ataupun macam mana hendak tambah itu, tambah ini, buang itu dan buang ini yang akhirnya menjadikan kenderaan mereka bertambah dari segi kuasa break horsepower ataupun kuasa kelajuan, top pecutan kepada kenderaan mereka dan sebagainya.

Page 19: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 11

Oleh sebab itu haruslah dilihat dari aspek yang lebih luas, bukan sekadar ada

lumba, siapa berani di situ. Jadi program ini kalau dilihat bagaimana budaya motorsports ini begitu berkembang di Eropah, Britain, Jepun dan sebagainya, ia melangkaui dari soal pengetahuan mengenai automobil ataupun berkaitan dengan motor, kereta dan sebagainya. Ianya diajar dari sekolah lagi. Pada umur lapan tahun dia sudah diajar tentang aerodinamik berlumba menggunakan model. Kemudiannya di peringkat umur 12 tahun apa dia, umur 18 tahun apa dia. Di peringkat universiti apa dia dan sebagainya. Jadi tidak sekadar kita mengadakan penganjuran-penganjuran sebagaimana yang disebutkan tadi.

Walau bagaimanapun, memang ada terdapat berbagai-bagai program penganjuran misalnya program penganjuran KBS-MAM - Kapcai Endurance. Mereka berlumba selama dua jam. Ia ada beberapa peringkat kemudian sampai ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Kita akan bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan sebagainya. Ada kerajaan tempatan cukup memainkan peranan sebab di kalangan peminat-peminat motor sports ini kalau diadakan semua, kita ajak mereka pergi ke SIC di Sepang misalnya, yang berlumba mungkin ramai tetapi yang menontonnya tidak ramai. Akan tetapi kalau perlumbaannya dibuat menggunakan jalan yang sedia ada. Misalnya di Cyberjaya ada satu tempat yang jalannya tidak siap lagi, ditutup sekejap kawasan tersebut, ada tempat berpuluh ribu orang datang. Misalnya di Muar baru-baru ini dalam 20,000 ke 30,000 orang datang. Ini kerana menggunakan jalan yang sedia ada itu dianggap berkesan daripada menggunakan tempat yang betul-betul direka semata-mata untuk perlumbaan.

Jadi ini juga perkara yang perlu kita lihat. Namun begitu untuk membuat tempat-tempat yang jalan sedia ada ini kita memerlukan kerjasama kerajaan tempatan, misalnya satu tempat yang popular di Cyberjaya. Kemudiannya kerajaan tempatan, Majlis Perbandaran Sepang menganggap ini satu perkara yang dirasakan dia hendak mendapat untung dia kenakan pelbagai bayaran. Akhirnya orang tidak boleh buat. Sepang, kerajaan Selangorlah. Dia buat. Jadi tidak boleh hendak buat perkara tersebut. Kita juga memerlukan satu sikap dan pandangan yang positif di kalangan kerajaan-kerajaan tempatan supaya mencari jalan untuk memudahkan program-program seperti ini.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan tahniah kepada kejayaan pihak kerajaan melahirkan seseorang seperti Zulfahmi Khairuddin tadi.

Walau bagaimana, semalam kita lihat dalam akhbar Kosmo yang menyebutkan bahawa kalau dahulu kita ada budaya minah rempit yang menjadi peneman kepada mat-mat rempit ini tetapi sekarang kita ada budaya baru yang dipanggil ‘cikaro’. Gadis yang terlibat ketika berumur 11 tahun, gedik, berani dan seksi yang menemani mat-mat rempit ini di tempat-tempat mereka merempit. Jadi dalam konteks ini saya hendak tanya pendekatan bersepadu yang dibuat oleh pihak kementerian khususnya untuk mengatasi masalah ini kepada anak gadis. Apakah pendekatan juga secara spiritual kepada mat-mat rempit ini? Adakah mereka ini dikesan di tempat-tempat yang telah ditempatkan oleh kementerian. Terima kasih.

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Susah kalau hendak suruh kementerian buat semua, hendak jaga. Ini sebab pertamanya, kita tanya bagaimana mat rempit ini umur kecil lagi sudah ada motosikal. Sesetengah itu tidak mampu kecuali ibu bapa mereka yang membelikan motosikal. Akan tetapi kalau ibu bapa mereka tidak membantu untuk mempengaruhi, mengawal anak-anak mereka supaya menggunakan motosikalnya dengan baik hanya untuk ke sekolah dan sebagainya, susah kementerian hendak jaga mereka setiap seorang itu.

Jadi ia banyak melibatkan aspek, kementerian ada dari segi penganjuran untuk menjuruskan kepada yang sihat. Ibu bapa ada peranannya. Pendidikan ada peranannya. Suasana yang ada, ada peranannya. Oleh sebab itu kita katakan bahawa kita berhadapan dengan arus yang sentiasa datang, gelombang-gelombang baru apa yang disebutkan sub-culture. Macam dahulu ada punk culture, dahulu sekali kita risau dengan break-dance group. Sampai kecoh tentang orang bawa satu mini-compo, pergi tepi-tepi jalan dan dia berpusing di situ. Sekarang sudah tidak ada. Satu ketika dahulu orang semua ghairah dengan roller skating. Buat di PBT, gelanggang roller skating tetapi sekarang sudah tutup. Sekarang ini kita hendak selesaikan soal rempit. Ada yang energy atau pun tenaga mereka, tenaga positif yang kita boleh halakan kepada sesuatu yang baik tetapi ada yang hanya untuk menunjukkan perbezaan sahaja – non-conforming dengan apa yang ada.

Page 20: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

12 DN 7.5.2012

Ini yang kadang-kadang kalau dia ajak pergi berarak di Dataran Mereka, dia pergi sebab dia tidak faham pun. Dia disuruh tendang orang, tendanglah.

Jadi kita berhadapan dengan perkara begini yang saya rasakan tidak ada satu penyelesaian jangka pendek. Ini peranan satu kementerian tetapi peranan semua termasuk Ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, termasuk pemimpin masyarakat dan yang paling penting sekali ialah ibu bapa mereka untuk membantu dan mengawal keadaan ini. Ini pandangan saya.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Soalan dan jawapan yang begitu bernas dan meluas.

■1100

9. Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, status terkini bagi memupuk budaya inovasi dan kreativiti dan penyertaan Yayasan Inovasi Malaysia untuk mencapai objektif yang telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri dengan peruntukan dana sebanyak RM100 juta. Berapa banyakkah NGO-NGO yang menyertai dalam skim ini untuk melaksanakan program inovasi di sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dan kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Haji Fadillah bin Yusof]: Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Senator. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat berhubung dengan Tahun Sains Gerakan Inovasi Nasional 2012 atau lebih dikenali sebagai SGI-2012. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi diamanahkan untuk menjadi peneraju utama di peringkat nasional bersama dengan pelbagai kementerian, kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan individu. Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) yang telah ditubuhkan khusus untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti khususnya di peringkat akar umbi merupakan salah satu agensi pelaksana SGI-2012.

Bagi memupuk budaya inovasi dan kreativiti, MOSTI telah dan akan melaksanakan program induk SGI-2012 iaitu siri jelajah karnival sains dan inovasi ke seluruh negara melalui penganjuran di enam zon iaitu Timur, Sabah, Selatan, Utara, Sarawak dan Tengah. Majlis pelancaran logo dan lagu SGI-2012 telah dirasmikan atau dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 11 Februari 2012 di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur. Manakala majlis perasmian SGI-2012 telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 9 April 2012 di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan Selangor.

Karnival ini merangkumi pelbagai aktiviti berteraskan kreativiti dan inovasi untuk peserta dan pengunjung seperti kem sains, angkasawan space camp, pertandingan sains dan matematik, robotik, kenderaan elektrik, amfibia, layang-layang 3D, pameran produk inovasi pendidik golongan akar umbi serta ceramah dan bengkel berteraskan kreativiti.

Di bawah Program SGI-2012 sebanyak 397 program diadakan sepanjang tahun 2012. Aktiviti ini dilaksanakan di seluruh Malaysia untuk mendekati rakyat daripada segenap lapisan masyarakat bagi menghayati dan membudayakan sains dan inovasi melalui suntikan pemikiran, pengetahuan dan aplikasi. Bilangan program dan aktiviti ini dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa dan diharap akan memberi impak positif kepada seluruh rakyat Malaysia.

Daripada RM100 juta yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sebanyak RM13 juta telah diluluskan pada YIM. Bagi melaksanakan program-program di bawah SGI-2012 iaitu RM6.1 juta bagi Program Jejak Inovasi, RM2.3 juta bagi Program Kids Invent dan RM4.6 juta bagi Program World Innovation Forum Kuala Lumpur.

Program Jejak Inovasi telah dan akan diadakan juga di enam zon iaitu Timur, Sabah, Selatan, Utara, Sarawak dan Tengah. Program ini bermula pada 3 Mac hingga 5 Mac 2012 di Pahang dan diteruskan di Kelantan pada 13 April hingga 15 April 2012. Ia akan berakhir di Selangor pada 20 Oktober hingga 22 Oktober 2012. YIM menganggarkan sebanyak 300 produk inovasi akan dijejaki sepanjang tahun 2012.

Program Kids Invent telah diadakan di Temerloh Pahang pada bulan Mac 2012 dan akan diperluaskan ke setiap negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Page 21: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 13

Bengkel kursus untuk mendidik golongan kanak-kanak mengenai pemikiran kreatif

dan inovatif melalui sesi pembelajaran dan permainan secara hands on dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dan Pusat Anak Permata. Program ini akan memberi manfaat kepada 5,000 orang pelajar.

Seterusnya MOSTI dan YIM juga sedang merancang penganjuran World Innovation Forum Kuala Lumpur pada 4 November hingga 27 November 2012. Forum ini menyediakan platform antarabangsa bagi perkongsian pengalaman dan strategi pembangunan inovasi ke arah peningkatan daya saing secara lestari. Ia bagi mempertingkatkan kreativiti dan inovasi serta mencari kaedah amalan terbaik ke arah mencapai ekonomi negara yang berpendapatan tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, KakiSeni adalah pertubuhan bukan kerajaan yang bertindak sebagai agensi pelaksana bagi menjalankan aktiviti di bawah SGI-2012 dan diselia oleh MOSTI. Sebanyak RM5.98 juta diperuntukkan kepada KakiSeni bagi melaksanakan program inovasi di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi serta komuniti melalui program ‘inno-edu’, ‘Max with M’, ‘inno-bridge’, Anugerah Cipta dan juga DIY atau Do-it-Yourself Malaysia. Terima kasih.

Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh: Terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri kerana telah memberi jawapan bagi soalan saya. Soalan tambahan saya ialah memang daripada jawapan Yang Berhormat Menteri, kita mempunyai karnival sains di enam zon. Akan tetapi saya hendak tahu penglibatan NGO-NGO yang dinyatakan tadi adalah hanya ‘KakiSeni’. Akan tetapi bagaimanakah program ini akan turun terus ke akar umbi di mana semua murid-murid di sekolah boleh mengambil bahagian? Selalunya program-program seperti ini guru-guru akan pilih dua, tiga budak-budakkah dari satu kelas, dua, tiga budak-budak daripada kelas itu dia sahaja yang akan benefit. Akan tetapi bagaimanakah program ini akan boleh diterima oleh semua budak-budak sekolah tidak kira dua tiga yang pandai itu tetapi kepada semua budak-budak sekolah?

Kedua, adakah kerajaan bercadang membuat satu syllabus, syllabus yang sama rata yang boleh disampaikan kepada semua sekolah. Sama ada sekolah-sekolah di bandar, luar bandar, sekolah-sekolah vernakular dan NGO-NGO lain selain daripada KakiSeni akan terlibat untuk menyampaikan syllabus-syllabus ini kepada pelajar-pelajar. Terima kasih.

Datuk Haji Fadillah bin Yusof: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh. Untuk makluman program yang dilakukan oleh KakiSeni saya akan panjangkan keseluruhan butiran kepada Yang Berhormat. Program ini dilakukan di setiap misal kata ‘Max with M’ ialah untuk program mereka cipta melibatkan pengumpulan idea-idea pelajar universiti di mana mereka akan bentangkan di setiap universiti. Apa yang dilaksanakan ialah di setiap negeri di mana di USM, UTM Johor, MMU Melaka, UUM Kedah, UMP Pahang, INTI Universiti Negeri Sembilan, UMT Terengganu, UTP Perak, UMS Sabah, UNIMAS Kuching dan juga di Klang Valley di Kuala Lumpur, UMK Kelantan, Unimap Perlis. Semua negeri di mana mereka memperuntukkan untuk 100 orang di setiap universiti untuk mereka kemukakan idea di mana idea itu nanti dikembangkan. Seolah-olah satu pertandingan untuk mengumpulkan idea. Daripada itu nanti akan diadakan pula pelbagai program untuk menggalakkan di peringkat universiti.

Di peringkat sekolah mereka melibatkan setiap negeri yang mereka pergi sekurang-kurangnya enam buah sekolah di mana melibatkan 100 orang setiap sekolah. Untuk melakukan program bengkel berkaitan dengan apa-apa yang berkaitan dengan kreativiti sama ada di bidang seni, persembahan muzik, mencetuskan idea melalui sains dan teknologi. Ini semua dilakukan. Apa yang dikatakan karnival tadi ialah untuk dibukakan pada umum. Di peringkat karnival sebab itu sekolah mengadakan di peringkat Kementerian Pelajaran mereka ada mengadakan pertandingan sama ada dalam konteks sains dan teknologi, reka cipta dan sebagainya. Kita mengumpulkan keseluruhan mereka di peringkat karnival di peringkat zon-zon yang kita lakukan.

Sebab kalau kita untuk pergi ke setiap negeri memang tidak akan tercapai dari segi kosnya dan sebagainya. Sebab itu di peringkat negeri ada program-program dilakukan dan ada NGO, ada persatuan, pertubuhan dan sekolah-sekolah yang terlibat di peringkat zon untuk pergi berkumpul pada tarikh tersebut. Di samping program-program kecilan yang lain mereka lakukan di peringkat sekolah, di peringkat daerah dan juga di peringkat bahagian-bahagian masing-masing. Ini sedang kita jalankan.

Page 22: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

14 DN 7.5.2012

Saya tahu di peringkat kementerian sedang juga mengkaji dari segi syllabus ataupun kurikulum berkaitan dengan untuk mencernakan ataupun mempelbagaikan program supaya dapat kita membangkitkan kreativiti dan inovasi di kalangan masyarakat kita. Ini sedang bersama kita lakukan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

10. Dr. S. Ramakrishnan minta Menteri Pelajaran menyatakan, mengapa kementerian tidak boleh mewujudkan sekolah aliran Inggeris jika sekolah Cina, Tamil dan agama boleh diwujudkan bersama sekolah kebangsaan.

� 1110

Timbalan Menteri Pelajaran l [Datuk Dr. Wee Ka Siong]: Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, bahasa penghantar utama di semua institusi pendidikan ialah bahasa kebangsaan kecuali SJK(C) dan SJK(T) yang ditubuhkan di bawah seksyen 28, Akta Pendidikan 1996. Namun, bahasa Inggeris tidak pernah dipinggirkan malah mata pelajaran tersebut merupakan salah satu mata pelajaran teras yang diajar di sekolah.

Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid dengan memperkenalkan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia - Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBM-MBI). Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) bertujuan memantapkan penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat antarabangsa. Bahasa Inggeris membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan untuk keperluan kerjaya. Di samping itu, penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar membolehkan maklumat melalui internet dicapai serta boleh membuat jaringan dengan pelajar dalam dan luar negara bagi mendapatkan pembelajaran secara authentic.

Bagi mencapai hasrat tersebut, Kementerian Pelajaran melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bahasa Inggeris di setiap peringkat persekolahan. Walau bagaimanapun, cadangan memperkenalkan sekolah aliran Inggeris akan diteliti dan dibincangkan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk implikasi perundangan sebelum sebarang keputusan boleh dibuat. Terima kasih.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada ramai murid Malaysia yang belajar di sekolah antarabangsa. Ada juga murid-murid yang duduk di luar negara begitu lama yang balik ada masalah menyesuaikan diri mereka di sekolah tempatan. Ada keperluan untuk..., permintaan untuk sekolah aliran bahasa Inggeris. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Soalan Yang Berhormat. Soalan, soalan.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Soalannya ialah, ada juga satu kumpulan penuntut di UPM yang minta soalan yang sama kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengenai keperluan sekolah aliran Inggeris yang sama-sama exist dengan sekolah kebangsaan. Jadi ada banyak permintaan dan...

Tuan Yang di-Pertua: Cukup, Yang Berhormat. Cukup, sudah clear sudah.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Jadi macam mana kementerian akan mengimbangkan keperluan ini dengan falsafah dan polisi kerajaan? Terima kasih.

Datuk Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di dalam soalan tambahan tadi terdapat dua soalan. Pertama, mengenai sekolah antarabangsa. Apa yang Yang Berhormat katakan tadi mungkin ada yang belajar di sekolah-sekolah yang terletak di luar negara. Akan tetapi ingin saya maklumkan kepada Yang Berhormat, Kementerian Pelajaran kita cukup mengadakan satu perancangan yang rapi di mana kita ada 100 buah sekolah antarabangsa. Kalau seseorang itu hendak meneruskan pelajaran sampai ke Tahun 4 dan Tahun 5, mereka boleh meneruskan program IB atau apa-apa program yang diiktiraf oleh antarabangsa.

Page 23: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 15

Jadi soal mereka masuk ke sekolah kebangsaan kita atau sekolah bahasa Inggeris

kita tidak wujud kerana kita kena lihat kesinambungan syllabus itu sendiri. Jadi apa yang dilakukan di Malaysia baru-baru ini, Kementerian Pelajaran, kita benarkan kalau dahulunya nampaknya ada sedikit masalah hendak masuk sekolah antarabangsa kerana tidak ada kekosongan tetapi oleh kerana ada galakan dan kita hendak menubuhkan dan hampir 100 buah sekolah antarabangsa, maka soal tempat untuk melanjutkan pelajaran tidak menjadi masalah termasuk juga warganegara. Kini kita telah melonggarkan syarat. Dulu 40 peratus sekarang tidak ada sekatan lagi. Jadi itu yang pertama.

Kedua, Yang Berhormat tanya tentang keperluan ataupun ada desakan untuk menubuhkan sekolah aliran Inggeris. Saya ingin memaklumkan bahawa baru-baru ini apabila kita mengadakan National Dialogue pada 29 April, kami juga menerima pandangan-pandangan daripada golongan tertentu tentang ini. Sebab itulah dalam jawapan saya kata, perkara ini patut diteliti dan kita kena berbincang dengan pihak berkepentingan kerana ini melibatkan perundangan. Kalau dahulunya, national school ataupun sekolah kebangsaan itu, kita menganggap kalau tahun 60-an ada yang bahasa Inggeris dan setelah itu kita telah mengubah bahasa penghantarnya menjadi bahasa Malaysia. Jadi kian lama kita telah memantapkan sistem kita. Jadi sebab itulah saya kata dalam jawapan saya tadi, bahasa Inggeris tidak pernah dipinggirkan tetapi pada waktu yang sama kita juga peka dengan pandangan yang berlainan tetapi kita tidak boleh memuktamadkan apa yang telah diutarakan oleh mana-mana pihak dan biarlah keputusan dibuat secara bijak dan mengambil kira pandangan kesemua. Bukan sahaja segelintir orang. Terima kasih.

Tuan Khoo Soo Seang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada pandangan saya, kita tidak akan berjaya tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid kecuali kalau kita boleh meningkatkan mutu guru bahasa Inggeris. Saya sendiri pernah dengar seorang guru Bahasa Inggeris yang ajar muridnya sebut perkataan “D-A-W-N”, sebagai ”down”. Jadi soalan saya ialah, apakah langkah-langkah konkrit yang kementerian akan ambil untuk tingkatkan kualiti guru dan juga apakah kesannya?

Datuk Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih Yang Berhormat. Ini satu soalan yang sangat relevan di mana memang kita prihatin tentang kualiti guru bahasa Inggeris kita. Sebab itu semasa kita melaksanakan PPSMI, ada ramai pihak, ramai orang yang mengatakan nampaknya kualiti guru yang mengajar dalam mata pelajaran tertentu itu tidak memenuhi kehendak masyarakat. Jadi dalam soal ini kita kena lihat. Kita hendak menguasai bahasa Inggeris itu melalui subjek itu dan bukan dengan pengajaran subjek yang satu lagi. Jadi saya rasa kita memang berpandukan kepada objektif yang pertama.

Kedua Yang Berhormat, memang benar kualiti guru ini merupakan faktor yang mendorong kejayaan murid. Sebab itulah sejak diperkenalkan MBM-MBI, pelbagai usaha kita ambil. Kita telah membelanjakan beratus juta ringgit untuk kita mempelawa 375 orang penutur jati. Native speakers untuk mereka mengajar di enam zon dan mereka ini melatih guru-guru kita sebagai jurulatih utama dan kita menggunakan kepakaran ini. Ada yang kita hantar ke kawasan pedalaman untuk mereka membolehkan guru-guru kita menguasai dan seterusnya dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru kita.

Begitu juga di IPGM di mana pelatih ini kita juga melatih dan kita mempunyai satu perancangan yang cukup rapi. Kalau dahulunya kita lihat penguasaan bahasa Inggeris. Kita telah memperkenalkan TESL dengan kerjasama universiti dalam dan luar negeri dan nampaknya penerimaan masyarakat terhadap graduan TESL ini cukup baik. Jadi saya rasa dengan cara ini, kita dapat meningkatkan kualiti lagi.

Kita sedar bahawa oleh kerana waktu pembelajaran telah dipertingkatkan 30 minit hingga 90 minit untuk KSSR, jadi kita kena membekalkan guru yang lebih. Seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2009, kita perlukan 10,000 orang guru bahasa Inggeris yang cukup layak. Di samping itu juga, guru-guru dalam sistem kita, kita mempunyai satu centre atau satu pusat ELTC yang melatih secara kursus pendek. Mungkin tiga bulan lebih untuk mereka mengusai bahasa Inggeris secara intensif. Inilah antara perkara yang dilakukan oleh kementerian untuk menjamin kualiti guru kita. Terima kasih.

Page 24: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

16 DN 7.5.2012 11. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta Menteri Luar Negeri menyatakan, pandangan kementerian berkaitan sokongan padu Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dan impak kepada Malaysia kesan daripada sokongan sesetengah pihak di negara ini yang membuat kenyataan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel.

Timbalan Menteri Luar Negeri ll [Datuk Richard Riot anak Jaem]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menjawab pertanyaan dari Yang Berhormat Tuan Haji Ahamat secara bersekali dengan pertanyaan dari Yang Berhormat Dato’ Mustafa Kamal yang bertarikh 10 Mei kerana ia menyentuh mengenai isu-isu yang sama.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat.

Datuk Richard Riot anak Jaem: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedua-dua Ahli Yang Berhormat Senator di atas pertanyaan-pertanyaan yang telah dikemukakan. Malaysia sentiasa memainkan peranan yang aktif dalam usaha mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan dalam konflik Palestin-Israel khususnya ke arah mewujudkan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah secara terbuka dan lantang memperjuangkan hak asasi rakyat Palestin bagi memastikan negara tersebut dapat mencapai status negara berdaulat dan merdeka dengan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negaranya. Sokongan sesetengah pihak yang membuat kenyataan yang menyokong usaha menjaga keselamatan Israel merupakan satu kenyataan yang sangat menyedihkan dan memalukan yang harus dikutuk oleh seluruh rakyat Malaysia.

■1120

Tuan Yang di-Pertua, dasar Kerajaan Malaysia selama ini adalah mengutamakan keselamatan Palestin memandangkan Palestin merupakan pihak yang tertindas dan bukannya Israel. Kenyataan tersebut jelas bertentangan dengan Dasar Kerajaan Malaysia terhadap Palestin dan boleh disalahtafsirkan oleh segelintir masyarakat Malaysia yang mungkin kurang memahami latar belakang mengenai konflik Palestin-Israel. Kenyataan tersebut juga telah secara langsung menjejaskan imej Malaysia yang telah selama ini memberikan pelbagai sokongan terbuka dalam bidang politik dan ekonomi kepada Palestin.

Sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, Malaysia tidak ada dan tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. Dasar ini adalah amat jelas dan ianya tidak pernah berubah sejak dahulu lagi. Malah, Malaysia secara konsisten menyuarakan kebimbangan serta mengutuk keras dan mengecam tindakan-tindakan Israel ke atas pencerobohan yang berterusan di wilayah yang diduduki rakyat Palestin dan aktiviti penempatan haram di Tebing Barat.

Kerajaan Malaysia telah dan akan terus mengutuk tindakan ganas Israel ke atas Palestin kerana ia hanya akan menggagalkan proses damai dan pembentukan negara Palestin yang berdaulat dan merdeka. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan saya dengan cukup baik dan amat menyeluruh. Sebelum saya bertanya satu soalan, saya ingin menyatakan di sini bahawa bagi saya, sesiapa juga yang menyokong Israel, lebih-lebih lagi mereka yang bergelar pemimpin, adalah pengkhianat kepada negara... [Tepuk] Dan mereka ini patut dikecam dan dikutuk hebat oleh seluruh rakyat Malaysia sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.

Soalan saya yang seterusnya ialah apakah akhir-akhir ini Kerajaan Malaysia ada membenarkan atas sebab-sebab tertentu rakyat di negara ini menziarahi atau melawat Baitulmuqaddis di Israel? Terima kasih.

Datuk Richard Riot anak Jaem: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Sebelum saya menjawab soalan yang telah dikemukakan, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana Yang Berhormat Senator telah bersetuju dengan kita bahawa sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang menyokong tindakan Israel harus dikutuk adalah satu kenyataan yang amat diterima oleh kementerian.

Page 25: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 17

Mengenai lawatan yang telah dilakukan oleh beberapa pihak, sebenarnya lawatan-

lawatan tersebut telah diadakan secara sukarela. Pada satu ketika, satu lawatan telah dibuat dalam mana mereka telah pergi ke Palestin sendiri dan dalam perjalanan mereka ke Palestin, memang mereka perlu merentangi beberapa halangan atau sekatan yang telah dibuat oleh Israel. Maka, pergi ke jawapan kepada itu, pemergian mereka untuk melawat Palestin itu adalah di atas apa yang kita panggil sebagai sukarela. Terima kasih.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin bertanya sama ada Menteri telah membaca akhbar berkenaan di mana seorang pemimpin telah mengatakan keselamatan Israel akan diakui, “contingent upon”, dengan syarat dihormati keselamatan dan kebebasan Palestin. Itu yang pertama.

Keduanya, apakah komen Menteri tentang pertemuan-pertemuan yang telah diadakan di antara Perdana Menteri Israel dengan bekas Perdana Menteri Malaysia dan juga di antara Menteri Pertahanan Malaysia dengan Menteri Pertahanan Israel? Terima kasih.

Datuk Richard Riot anak Jaem: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tentang sama ada saya telah membaca kenyataan yang ada menyebutkan tentang perkataan ‘contingent’, sebenarnya sama ada saya pernah mendengar atau membaca, sebenarnya saya sendiri telah menjawab di Dewan Rakyat tidak kurang dari tiga kali mengenai perkara yang sama. Dalam mesyuarat ASEAN-European Unions yang telah diadakan di negara Brunei Darussalam baru-baru ini iaitu pada hari Jumaat yang lepas, perkara ini juga telah berbangkit dan saya telah menjawab. Maka oleh yang demikian, jawapannya, perkara ini sebenarnya sudah serasi dengan saya.

Tuan Yang di-Pertua, jadi kalau pada 14 Mac 2011, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri dalam jawapannya telah menyatakan, saya petik, iaitu beliau menyatakan Ketua Pembangkang telah sengaja memutarbelitkan kerana ia tidak dibaca sepenuhnya iaitu saya sebut dalam bahasa Inggeris “I support all efforts to protect the security of the state of Israel…”. Itu pada mulanya.

Bab yang kedua, yang seterusnya ditambah, “Said Mr Anwar...” Ini penting. “...Although he stopped sort of saying that he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said, remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians". Bagi kita Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua kenyataan ini kalau kita satukan, ia akan tetap membawa dua maksud yang berbeza iaitu seperti berikut.

Pertama, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel…" Bagi kita itu adalah tidak bersyarat. Kedua, “...he (Mr Anwar) stopped sort of saying that he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step, which remains contingent on Israel respecting the aspiration of Palestinian” adalah bersyarat. Jadi, ini dua maksud.

Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, jawapan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri yang hanya menyebut sebahagian daripada kenyataan Ketua Pembangkang iaitu, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel” adalah jelas dan benar kerana kenyataan tersebut merupakan kenyataan pertama mengenai pendirian Ketua Pembangkang yang tidak bersyarat.

Adalah jelas bahawa tohmahan pihak pembangkang bahawa Yang Berhormat Menteri Luar Negeri berniat untuk memutarbelitkan kenyataan Ketua Pembangkang adalah tidak benar sama sekali.

■1130

Malah adalah jelas pihak pembangkang secara terang-terangan yang telah memutar-belitkan kenyataan tersebut kerana ingin menyatukan kedua-dua bahagian kenyataan berkenaan dengan syarat walaupun pada hakikatnya kenyataan tersebut membawa dua maksud yang berbeza.

Dr. Syed Husin Ali: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah berdasarkan kepada ...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, biar dijawab dahulu. Selepas itu Yang Berhormat.

Datuk Richard Riot anak Jaem: Yang Berhormat, I give the floor to him.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, silakan.

Page 26: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

18 DN 7.5.2012

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibaca oleh Menteri tadi bukannya kenyataan asal tetapi laporan daripada kenyataan asal yang dibuat dalam akhbar yang disebutkan dalam kenyataan beliau ....

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh saya mencelah sedikit?

Dr. Syed Husin Ali: Biar, biar...

Tuan Yang di-Pertua: Nanti dahulu Yang Berhormat. Biar dia habis dahulu Yang Berhormat. Habiskan soalan dahulu dan selepas itu ...

Dr. Syed Husin Ali: ...Apa yang disebutkan dalam kenyataan ialah bersyarat iaitu menghormati keselamatan, “...contingent upon”. Itu syaratnya. Jadi bukan ertinya carte blanche, dengan izin, dan oleh kerana ia bukan tidak bersyarat maka tidak ada sebab kutukan dilakukan atau pun ...

Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat. Ini sudah ditanya. Okey, Yang Berhormat Menteri benarkan?

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua ...

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Begini sahaja, laporan itu tidak tepat. Kalau laporan tidak tepat, kenapa tidak dinafikan dan sudah ada seruan supaya dibuat penafian tetapi itu pun ketua pembangkang tidak mahu menafikannya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat. Ini bukan medan berdebat, cukuplah setakat itu dan biar orang jawab dan fikirkan dan kalau dibiarkan agaknya akan panjang lebar nanti.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Doris Sophia ak Brodi) mempengerusikan Mesyuarat]

12. Tuan Lee Cheam Choon minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, program penswastaan beberapa agensi kerajaan seperti Pos Malaysia yang telah menaikkan harga setem dan mengenakan bayaran perkhidmatan yang lebih mahal telah membebankan rakyat. Bukankah segala program yang dijalankan sepatutnya membantu rakyat. Apakah tindakan kementerian untuk mengatasi masalah ini.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I [Dato' Joseph Salang anak Gandum]: Terima kasih Yang Berhormat Senator Lee atas pertanyaan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, Pos Malaysia Berhad telah diswastakan sepenuhnya pada 4 Julai 2011 dengan pengambilalihan aset pegangan saham Khazanah Nasional oleh DRB Hicom. Kenaikan harga setem dari 30 sen ke 60 sen pula telah dilaksanakan oleh kerajaan pada 1 Julai 2010.

Oleh yang demikian, tiada sebarang kaitan dari segi kenaikan harga setem dengan program penswastaan Pos Malaysia Berhad. Selaras dengan kenaikan harga setem ini juga, Pos Malaysia Berhad telah melaksanakan penstrukturan semula gaji posmen dan kerani pos di mana seramai 15 ribu kakitangan yang menyara kehidupan lebih 90 ribu tanggungan telah berjaya menikmati taraf hidup yang lebih tinggi.

Justeru, gaji posmen dan kerani pos tidak lagi di bawah paras kemiskinan. Kenaikan harga setem juga tidak membebankan rakyat secara keseluruhannya memandangkan pada masa ini pelanggan korporat adalah pengguna utama perkhidmatan pos dan melibatkan lebih 90 peratus dari sejumlah 1.2 bilion item mails setahun.

Kadar lama sebanyak 30 sen telah digunakan sejak tahun 1992 dan tidak pernah mengalami kenaikan. Walaupun diswastakan, Pos Malaysia Berhad di bawah peruntukkan Akta Perkhidmatan Pos 2011 dikehendaki menjalankan tanggungjawab sosialnya dalam menyediakan perkhidmatan pos percuma kepada golongan tertentu. Antara yang terlibat adalah Persatuan Orang Buta Malaysia, Pertubuhan Orang Cacat Anggota Malaysia, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, Yayasan Basmi Kemiskinan dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

Page 27: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 19

Bagi memastikan pencapaian akses penduduk kepada perkhidmatan pos di

bandar dan di luar bandar terus terpelihara, Pos Malaysia Berhad juga telah melaksanakan Program Transformasi Pos di Sabah dan Sarawak di mana 450 posmen komuniti dan 600 wakil pos telah dilantik. Kini seramai 2 juta penduduk telah mendapat faedah penghantaran surat ke rumah berbanding dahulu di mana penduduk berkenaan terpaksa ke pusat pungutan surat. Terima kasih.

Tuan Lee Cheam Choon: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang jawapannya begitu teliti. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua: Bagus Yang Berhormat.

13. Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta Menteri Kewangan menyatakan, sejauh manakah kebenaran dan kesahihan dakwaan yang dibuat dalam Global Financial Integrity Report yang menyatakan sebanyak RM1 bilion lesap dari negara ini kerana gejala rasuah dari tahun 2000 hingga 2009.

Timbalan Menteri Kewangan II [Dato' Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat jumlah aliran keluar dana secara haram yang dilaporkan oleh Global Financial Integrity atau GFI berkemungkinan terlebih anggar kerana disebabkan oleh dua faktor iaitu:

(i) anggaran tersebut tidak mengambil kira pelaburan port folio serta pelaburan lain yang merupakan komponen aliran kewangan yang penting bagi statistik balance of payment atau BOP Malaysia pada dekad terkini dan

(ii) anggaran aliran kewangan haram melalui trade mispricing mungkin disebabkan oleh ralat sistematik dalam penyusunan data oleh Malaysia dan rakan dagangan Malaysia. Ada kemungkinan jumlah ralat tersebut adalah besar disebabkan pendedahan perdagangan kerana Malaysia merupakan sebuah ekonomi terbuka.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melaksanakan usaha-usaha bersepadu dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa pelbagai agensi yang bekerjasama untuk mengurangkan dan mencegah aliran dana keluar secara haram daripada Malaysia. Langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia dan agensi yang lain adalah seperti berikut:

(i) menguatkuasakan Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 dan mempertingkatkan rangka kerja penyeliaan di bawah akta tersebut;

(ii) menjalinkan kerjasama antarabangsa dan perkongsian maklumat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang asing untuk tujuan perkongsian hasil risikan dan bukti bagi transaksi merentasi sempadan juga telah dipertingkatkan; dan

(iii) agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri juga mengesan dan membendung aktiviti peralihan cukai yang lazimnya dikaitkan dengan ekonomi bawah tanah dan penyumbang utama kepada wang haram.

Sekian, terima kasih.

Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri Kewangan. Apakah ada kemungkinan laporan yang jauh salah anggar ini merupakan satu usaha sabotaj ekonomi negara kerana ianya merupakan satu laporan anggaran yang jauh berbeza, memberi gambaran yang buruk kepada ekonomi negara.

■1140

Dan dalam suasana hari ini kita punya banyak anasir jahat dalam dan luar negara yang sengaja mahu mensabotaj ekonomi negara kerana masalah terdesak dan desperado tidak mungkin menang pilihan raya ada usaha cara demonstrasi jalanan, ada juga cara sabotaj ekonomi dengan laporan yang salah dan manipulatif.

Page 28: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

20 DN 7.5.2012

Soalan saya apakah langkah-langkah tegas atau siasatan diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan sekiranya benar ini laporan yang berniat jahat tindakan dan hukuman diambil untuk memastikan mereka yang khianat ini dihukum dengan berat.

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor yang telah membangkitkan soalan mengenai isu ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kiraan kesalahan dan ketinggalan atau errors and omissions dalam balance of payment adalah petunjuk yang lebih baik berhubung aliran kewangan yang tidak direkodkan di Malaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat, E&O Malaysia merekodkan aliran keluar bagi tempoh tahun 2000 hingga 2011 jauh lebih rendah daripada anggaran yang sering diuar-uarkan oleh sebuah institusi asing.

Untuk makluman Yang Berhormat, memang isu ini dibangkitkan oleh institusi dari luar. Memang kita memandang serius atas isu ini dan Bank Negara Malaysia telah ada buat siasatan. Kita memang anggap ini adalah sabotaj ekonomi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Anasir jahat di luar negara dan memang ada segelintir kecil di negara kita memang mereka hendak ambil peluang ini untuk menjatuhkan kerajaan. Kita menasihatkan institusi asing, kalau mereka begitu pandai boleh ajar negara sendiri sebab saya tahu dia pun hutang yang begitu banyak, hutang yang terbesar di dunia. Kita harap mereka tahu jaga sendiri, tidak perlu datang sini, cakap sini cakap sana. Kita tahu jaga negara kita dan kita tengok negara kita pun mencapai pertubuhan ekonomi yang baik pada masa ini. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Maka dengan itu setakat ini sahajalah sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan kita pada pagi ini.

[Masa bagi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2011) 2012

Bacaan Kali Yang Kedua

11.43 pg.

Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2011 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan tambahan perbelanjaan mengurus kedua tahun 2011 ini dibentangkan menurut Perkara 100, dan Perkara 101, Perlembagaan Persekutuan iaitu bagi memperoleh kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak diperuntukkan atau terkurang diperuntukkan dalam Bajet 2011 yang telah diluluskan terdahulu oleh Dewan yang mulia ini. Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2011 yang dibentangkan adalah berjumlah RM10,951.2 juta iaitu:

(i) sebanyak RM660.9 juta adalah tambahan perbelanjaan tanggungan; dan

(ii) sebanyak RM10,290.2 juta adalah untuk membiayai perbelanjaan bekalan.

Tuan Yang di-Pertua, anggaran tambahan perbelanjaan bekalan yang dimohon untuk diluluskan di bawah fasal 2, Rang Undang-undang yang dibentangkan adalah sebanyak RM10,290.2 juta yang boleh diringkaskan seperti berikut:

Page 29: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 21

Pertama, sebanyak RM6,082.3 juta adalah tambahan secara langsung untuk

menampung lebihan perbelanjaan kementerian-kementerian yang mana sebahagian besarnya adalah untuk subsidi barangan petroleum serta emolumen termasuk bonus dan bayaran bantuan khas kepada pesara.

Kedua, sebanyak RM2,825.1 juta adalah untuk pindahan lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan 2011 ke Kumpulan Wang Pembangunan. Pindaan ini dicaj sebahagian daripada perbelanjaan di bawah maksud B.12 iaitu peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pindaan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 10(1) Akta Prosedur Kewangan 1957 dan bukan satu perbelanjaan baru tetapi merupakan sebahagian daripada keperluan kewangan untuk perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2011 berjumlah RM46,416.4 juta. Bakinya adalah dibiayai melalui pinjaman.

Ketiga, sebanyak RM1,382.8 juta adalah bagi melengkapkan semula jumlah yang telah didahulukan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka untuk menampung Perbelanjaan-Perbelanjaan Luar Jangka, tahun 2011 seperti yang terkandung dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3, Tahun 2012.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian-kementerian yang terlibat dalam perbelanjaan ini adalah seperti berikut:

(i) Perkhidmatan Am Perbendaharaan sebanyak RM4,045 juta;

(ii) Jabatan Perkhidmatan Awam sebanyak RM782.5 juta;

(iii) Kementerian Kesihatan sebanyak RM621.9 juta;

(iv) Kementerian Dalam Negeri sebanyak RM545.6 juta;

(v) Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM353.8 juta;

(vi) Kementerian Pelajaran sebanyak RM279.7 juta;

(vii) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebanyak RM275 juta;

(viii) Perbendaharaan sebanyak RM204.5 juta;

(ix) Kementerian Kerja Raya sebanyak RM152 juta;

(x) Kementerian Pengangkutan sebanyak RM80.3 juta;

(xi) Kementerian Pertahanan sebanyak RM54.3 juta;

(xii) Suruhanjaya Pilihan Raya sebanyak RM48.8 juta;

(xiii) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sebanyak RM13.2 juta;

(xiv) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak RM5 juta;

(xv) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak RM2.2 juta; dan

(xvi) Kementerian Sumber Manusia sebanyak RM1.3 juta.

Tuan Yang di-Pertua, butiran dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2011 adalah seperti dalam penyata anggaran tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1, Tahun 2012 dan Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1A Tahun 2012.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Maznah binti Mazlan]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Page 30: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

22 DN 7.5.2012 ■1150

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2011 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Yang Berhormat-Yang Berhormat saya ingin menarik perhatian Dewan ini mana-mana Ahli Yang Berhormat ingin membahaskan Rang undang-undang Perbekalan (2011) 2012 ini dan rang undang-undang seterusnya dipersilakan untuk menghantar nama kepada saya sekarang supaya senang kita merancang masa kita pada hari ini.

Terima kasih Yang Berhormat, saya mohon kerjasama Yang Berhormat. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Khoo Soo Seang. Silakan Yang Berhormat.

11.51 pg.

Tuan Khoo Soo Seang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang dan ruang ini untuk turut membahas Rang undang-undang Perbekalan Tambahan. Tuan Yang di-Pertua, kepuasan hati rakyat terhadap kerajaan sebenarnya bergantung kepada beberapa perkara. Yang pertama ialah prestasi dan tahap kecekapan jentera kerajaan iaitu kakitangan dan pegawai-pegawai kerajaan.

Yang kedua kepuasan hati dan imej jentera kerajaan di mata rakyat dan juga pengundi. Saya perhatikan bahawa sebaik sahaja sesuatu imej dan impression dibentuk oleh rakyat jelata ia memang sukar diubah kecuali ada peningkatan yang amat ketara.

Jadi walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sudah ada banyak usaha, termasuk banyak program transformasi, saya dapati bahawa pada keseluruhannya imej di mata rakyat jelata masih tidak banyak berubah. Masih ada gambaran bahawa kakitangan kerajaan memang rasuah, tidak cekap dan sebagainya. Walaupun pada hakikatnya kita sudah banyak meningkat, misalnya kita punya pasport dalam sehari kita boleh dapat yang paling cekap seluruh dunia dan juga Kementerian Pengangkutan dan sebagai. Banyak perubahan tetapi rakyat seolah-olah tidak nampak.

Jadi saya rasa kalau kita hendak rakyat nampak kita punya perubahan dan juga kemajuan saya cadangkan bahawa kita jalankan rating sikap kakitangan oleh orang awam. Mungkin kerajaan boleh upah syarikat yang tertentu untuk menjalankan rating supaya kita tahu sama ada imej ini sudah meningkat ataupun tidak dan apa yang mereka puas hati, apa yang mereka tidak puas hati supaya kita boleh hit the nail on the head. Mungkin kita juga boleh di samping buat rating kita boleh jalankan secara pertandingan dan berikan hadiah kepada individu ataupun kumpulan yang menang. Kita juga boleh adakan mungkin dalam kementerian kita boleh adakan pertandingan di antara jabatan, di antara peringkat negeri.

Dari segi aduan awam saya ingat kita juga setiap kali kita atas terima aduan awam kita seharusnya dapatkan rating kepuasan pelanggan. Sama ada pelanggan puas hati dengan tindakan yang diambil. Saya sendiri ada pengalaman bahawa apabila saya buat aduan yang tertentu kepada pihak berkuasa yang tertentu selepas mungkin satu dua minggu dia jawab sudah di atasi. Akan tetapi apabila saya pergi ke tempat itu saya tengok masih sama- ataupun kadang-kadang dalam proses. Kita pun tidak tahu dalam proses itu berapa lama. Jadi kalau kita buat rating tentang kepuasan hati pelanggan kita mungkin boleh tahu adakah tindakan yang diambil oleh jabatan tertentu memuaskan hati pelanggan.

Sudah lama jabatan kerajaan, pejabat kerajaan kita ada piagam pelanggan. Akan tetapi sekarang piagam pelanggan itu seolah-olah sudah dilupakan dan masih ada di dinding banyak jabatan kerajaan sebagai hiasan sahaja. Kadang-kadang rakyat jelata tengok piagam pelanggan itu mereka juga ketawa seolah-olah kita janji sesuatu tetapi kita tidak boleh mencapai.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Saya dapati bahawa kalau kita buat seruan tentang cintai alam sekitar dan sebagainya, seolah-olah respons sangat-sangat baik.

Page 31: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 23

Akan tetapi saya juga dapati bahawa mungkin di kalangan rakyat jelata Malaysia,

cinta alam sekitar cuma satu lip service, mereka akan kata mereka memang mengalu-alukan usaha kita tetapi ini bukan way of life bagi ramai rakyat jelata Malaysia. Kita tidak pasti sebenarnya selepas mereka ambil bahagian dalam mungkin kegiatan ataupun majlis tertentu mereka balik mereka sudah lupa tentang ini. Masih membazir air, membazir tenaga api dan sebagainya.

Tambahan lagi sekarang saya dapati bahawa pekerja asing yang bekerja di Malaysia juga menambah masalah kepada negara kita, dari segi kebersihan, dari segi kawalan kesihatan dan sebagainya. Kita selalunya ada masalah tentang masalah yang didatangkan oleh pekerja asing itu. Sekarang kita tidak tahu hendak jumpa siapa. Kalau kita tahu pekerja ini datang daripada kilang yang tertentu kita jumpa tuan punya kilang, dia kata saya bukan bos. Bos ialah mereka punya agen. Kadang-kadang satu kilang dia ada beberapa agen dan kita tidak tahu hendak jumpa siapa. Jadi saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri apakah tindakan yang kita boleh ambil kalau kita boleh kurangkan masalah yang didatangkan oleh pekerja asing, saya percaya kita boleh kurangkan mungkin separuh daripada masalah yang kita hadapi khususnya di pusat bandar.

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah lama meminta bahawa Parlimen kita menjadi teladan dari segi menjaga alam sekitar. Sejak penggal yang pertama saya sudah banyak kali menyeru bahawa bahan-bahan yang kita terima ini dengan begitu banyak, saya ingat kita 80 peratus kita tidak bawa balik rumah. Bagi diri saya mungkin 20 peratus sahaja yang saya rasa saya memang amat perlukan. Jadi ini menjadikan satu pembaziran. Kita bayangkan bilangan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara begitu ramai. Buku begitu banyak dan saya sudah minta bahawa ini dibekalkan secara softcopy. Ini bukan sahaja kita tidak payah cetak begitu banyak, bahkan tidak kita juga boleh jimatkan banyak kerja. Saya lebih suka hendak semak satu softcopy daripada buku. Buku saya hendak cari sesuatu, saya kena baca daripada halaman pertama sampai halaman terakhir.

Akan tetapi kalau softcopy sekiranya dalam bentuk PDF dan sebagainya kita boleh gunakan keyword dan search dan mungkin dalam satu dua saat saya sudah jumpa apa yang saya perlukan. Sekarang sudah masuk separuh daripada penggal saya yang kedua, ini masih belum dijalankan. Saya pernah juga bangkitkan apabila berjumpa dengan pihak-pihak tertentu dan dia janji bahawa ini akan dilaksanakan dengan secepat mungkin tetapi malangnya sampai sekarang belum ada. Hanya pagi ini saya memang amat suka cita bahawa terima notis ini, sekurang-kurangnya warta kerajaan sekarang kita boleh dapat dalam bentuk softcopy. Saya juga sudah minta banyak kali bahawa jawapan kepada pertanyaan lisan yang tidak jawab dapat dijawab dalam Dewan itu diberikan kepada kita secara softcopy. Sekarang kita dapat cuma hardcopy sahaja. Kalau saya hendak tampalkan jawapan ini ke dalam Facebook saya, saya mungkin kena taip semula. Oleh kerana Facebook tidak boleh terima PDF dan sebagainya. Kalau kita gunakan gambar, Jpeg tidak begitu terang.

■1200

Ini saya sudah minta banyak kali tetapi sampai sekarang tidak dapat dilaksanakan. Saya pun pelik. Ini kerana saya percaya, setiap jawapan itu, sebelum dicetak dia mesti ada softopy. Jadi, apa masalahnya diberikan softcopy kepada kita. Juga segala taklimat dan sebagainya, banyak bahan taklimat yang kita terima saya berharap bahawa apabila Dewan ini bersidang mungkin pada bulan Jun atau bulan Julai, kita sudah ada softcopy. Mereka yang tidak perlukan hardcopy, boleh kata saya tidak perlu hardcopy, saya cuma minta softcopy. Sekarang bank dan sebagainya sampai bil telefon pun sudah bekalkan dalam bentuk softcopy.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Saya memang agak risau bahawa masalah perniagaan gores dan menang sampai sekarang sudah bertahun-tahun masih tidak dapat diatasi. Peniaga itu, mereka merupakan satu perniagaan yang didaftarkan dan cara mereka berniaga begitu inovatif. Begitu inovatif. Kadang-kadang saya fikir, kalau semua rakyat jelata begitu inovatif, sepatutnya perniagaan kita di peringkat antarabangsa sepatutnya meningkat.

Page 32: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

24 DN 7.5.2012

Kalau kita ambil tindakan terhadap satu cara, ia ada cara yang kedua, daripada gores dan menang menjadi cabutan melalui komputer dan sebagainya dan sampai sekarang kadang-kadang di supermarket dan di kawasan letak kereta, kita dapat nampak anggota-anggota gores dan menang ini berkeliaran. Akan tetapi kita tidak boleh buat apa-apa. Pihak polis kata selagi dia tidak buat sesuatu, kita tidak boleh ambil tindakan. Saya minta bahawa di dalam kementerian kita begitu ramai yang bijak pandai, fikirkan satu cara yang kita boleh ambil tindakan terhadap mereka. Jangan mereka ketawa kepada kerajaan. Tengok saya boleh buat macam-macam, kerajaan tidak boleh buat apa-apa pun. Tidak ada tindakan.

Beralih kepada Kementerian Kerja Raya. Kita dapati bahawa sekarang salah satu tugas penting wakil rakyat, walaupun kami sebenarnya hanya Ahli Dewan Negara yang tidak ada kawasan tetapi tiap-tiap hari pun kita terima aduan tentang kerosakan jalan ini jalan itu yang sepatutnya bukan bidang kerja kita. Akan tetapi kalau kita tidak ambil tindakan, rakyat akan marah. Mereka tidak dapat bezakan apakah kerja ahli majlis, Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara. Pada mereka, kalau wakil rakyat, ini kerja yang perlu dibuat. Tengok longkang, tengok jalan, tengok lampu dan sebagainya walhal ia sebenarnya bukan tugas kita. Ini adalah tugas mungkin pihak-pihak berkuasa dan juga JKR.

Saya tahu bahawa di Johor Bahru sudah ada pihak berkuasa yang tertentu yang ada tubuhkan taskforce, ada lori ronda dengan pegawainya tiap-tiap hari untuk tengok mana jalan yang rosak, lampu yang rosak dan sebagainya dan ambil inisiatif. JKR sampai sekarang tidak ada. Tidak ada tidak mengapa. Kalau kita buat kompelin pun, dia punya tindakan begitu lama sehingga pelanggan yang mengadu itu sudah begitu marah dengan kita. Dia sudah jumpa ahli politik daripada parti yang lain ataupun parti pembangkang, barulah mereka ambil tindakan. Jadi, seolah-olah kita di Barisan Nasional, mereka kata tidak buat kerja. Tidak kuat, tidak ada pengaruh. Saya harap bahawa JKR juga boleh ambil contoh daripada pihak berkuasa tempatan yang tertentu, tubuhkan taskforce dan adakan rondaan. Ini adalah tugas kita. Jangan serahkan ini kepada wakil rakyat dan apabila aduan oleh wakil rakyat juga lambat diambil tindakan.

Saya ada satu soalan hendak tanya Kementerian Pengangkutan. Ini yang ada orang tanya saya, saya pun tidak pasti. Dia kata dahulu kalau kereta tukar warna, cuma pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan dan isi borang. Itu sahaja. Sekarang mereka perlu hantar kereta ini ke Puspakom untuk diperiksa, untuk ditentukan. Jadi kepada ramai pelanggan, mereka rasa tukar warna sahaja, suruh pegawai pergi tengok sama ada betul atau tidak. Ini five minutes untuk tengok kereta saya. Kenapa hendak saya belanjakan wang hantar ke Puspakom dan sebagainya. Ini bukan satu perkara yang susah hendak sahkan sama ada kereta ini berwarna merah atau hitam atau putih. Jadi, saya hendak minta bahawa Kementerian Pengangkutan mengambil perhatian tentang perkara itu.

Sampai ke Kementerian Pelajaran. Saya memang banyak kali tanya apakah sebabnya kita tukar nama dari Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran. Ini kerana sebagai seorang pendidik, saya rasa pendidikan adalah lebih lengkap daripada pelajaran. Pelajaran kita cuma ajar dan belajar sahaja. Manakala di sekolah, tugas kita bukan hanya ajar dan belajar. We are not a shop to sell knowledge and skills. Kita perlu didik generasi muda kita. Jadi pada saya kalau nama Kementerian Pendidikan ini, ia lebih tepat dan lebih sesuai dengan peranan yang diambil, yang dimainkan oleh kementerian dan semua sekolah.

Satu lagi yang saya hendak sentuh ialah tabiat membaca di kalangan rakyat jelata kita. Umum kita tahu bahawa tabiat membaca Malaysian itu tidak banyak...

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh saya mencelah?

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Perkara soal kecil sahaja sebenarnya. Soal perubahan nama dari Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran itu. Saya juga pernah timbulkan tetapi di dalam forum yang lain. Jadi saya ingin tahu sekiranya Yang Berhormat Senator pernah mendapat jawapan yang rasmi dari pihak berkenaan mengenai saranan Yang Berhormat Senator itu? Saya sendiri juga sependapat dengan Yang Berhormat dalam hal ini sebenarnya. Terima kasih.

Page 33: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 25

Tuan Khoo Soo Seang: Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’. Saya

banyak kali timbulkan tetapi selalunya soalan ini tidak dijawab walaupun di Parlimen ini pun saya pernah sebut. Ini bukan kali yang pertama. Jadi saya harap bahawa kali ini soalan ini dapat jawapan dan dapat perhatian yang serius daripada kementerian.

Berkenaan dengan tabiat membaca. Sejak saya menjadi guru, kita memang ada bulan membaca di mana kita galakkan murid-murid membaca. Selama ini kita banyak adakan program untuk menggalakkan murid membaca tetapi nampaknya kesannya tidak ketara, tidak ketara. Apabila saya masih mengajar di sekolah, saya banyak kali tanya ibu bapa semasa Mesyuarat Agong PIBG. Saya tanya ibu bapa, berapa kali sebulan anda bawa anak-anak ke supermarket dan berapa kali ibu bapa bawa anaknya ke library, ke perpustakaan. Saya cakap terus terang, ada ibu bapa bukan hanya dalam sebulan tidak pernah, setahun pun tidak pernah dan selama ini tidak pernah sekali pun bawa anak mereka ke perpustakaan. Ini kita perlu ubah sikap. Sekarang perpustakaan kita sudah ada banyak cara untuk menarik orang datang ke perpustakaan. Sekarang perpustakaan bukan satu tempat yang cuma bekalkan buku secara pasif. Kita jalankan aktivitinya dan sebagainya tetapi nampaknya kejayaan juga tidak ketara.

Baru-baru ini saya dengar bahawa ada graduan universiti yang jualkan kupon-kupon buku mereka. Alasannya ialah kupon ini datang lambat. Mereka sudah habis belajar. Ini yang saya rasa tidak masuk akal.

■1210

Takkan keluar daripada universiti, tidak perlu baca lagi? Apa jenis graduan yang kita dapat? Sepatutnya, sampai sekarang kalau berikan pun kepada saya, saya masih rasa ia masih berguna. Bagaimana kita boleh lahirkan kita punya generasi muda yang rasa bahawa hari ini mereka keluar daripada universiti, mereka tidak perlu baca lagi. Jadi yang lima tahun engineer tidak jadi engineer, tidak layak. Doktor pun tidak layak. Semua pun tidak layak. Ini kerana kita punya pengetahuan berubah. Hampir kata setiap saat. Bagaimana generasi kita boleh bersikap begini? Apa kesalahan kita, dan apakah tindakan yang boleh kita ubah sikap dan juga pandangan mereka?

Saya percaya salah satu masalah dengan sistem pendidikan di negara kita ialah kita punya spoon feeding dan kita punya exam oriented system. Ini adalah masalah yang besar. Saya dapati bahawa sekarang pun bukan sahaja di peringkat sekolah, bahkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri pun mereka suka membanding ini sekolah top five, bottom five dan sebagainya. Pada saya, sistem ini tidak adil. Ini kerana sekolah top five ini sentiasa terima budak yang paling baik.

Jadi kalau saya sekolah tahap kedua, budak yang bijak-bijak daripada sekolah saya semua dihantar ke sekolah lain. Cikgu pun risau. Kita berusaha, kita lahirkan anak sekolah yang baik-baik, tetapi apabila budak itu berjaya, dia pergi ke sekolah lain. Ada ramai juga ibu bapa berjumpa saya selepas SRP dan sebagainya, hendak pergi ke sekolah lain. Saya tidak setuju. Guru besar pun bising. Dia mendapat keputusan baik di sekolah saya, selepas dia dapat prestasi yang baik, dia kata sekolah saya tidak cukup baik untuk dia.

Kalau anak saya, selepas dia dapat 11A dia kata saya bukan ibu bapa yang baik untuk dia, dia hendak cari ibu bapa lain yang lebih baik. Biasanya saya tidak bantu. Saya kata kalau sekolah ini tidak cukup baik, mengapa awak dapat 11A, mengapa awak dapat 9A. Saya pun banyak kali sebut di sini bahawa saya tidak setuju dengan sistem ini. Kita gredkan sekolah ini dan kemudian sekolah tertentu dapat anak sekolah yang lebih baik...

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Saya kebetulan menjadi Pengerusi di salah satu sekolah menengah di Kelantan. Ini saya telah bangkit banyak kali sudah, perkara ini iaitu hendak jadi sekolah cemerlang. Salah satu daripada kriteria yang diutamakan ialah keputusan peperiksaan. Kalau sekolah yang dikawal, yang hanya menerima murid-murid yang mendapat 5A sahaja sekolah itu, memanglah keputusannya sepatutnya dan akan menjadi brilliantlah, mendapat 8A dan sebagainya dalam SRP.

Page 34: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

26 DN 7.5.2012

Akan tetapi kalau sekolah yang terpaksa menerima murid-murid daripada mana-mana sekolah sekali pun, istimewa pula sekolah apa yang dikatakan feed school, maka keputusan sekolah menengah yang berkenaan tidak akan menjadi seperti yang di sekolah yang dikawal.

Oleh sebab itu, saya mintalah Kementerian Pelajaran menimbang kembali bagaimana kita hendak menjadikan satu-satu sekolah menengah sekolah berprestasi tinggi kalaulah setengah sekolah dikawal, setengah sekolah tidak dikawal. Jadi saya fikir, asas untuk menentukan sama ada sekolah itu mempunyai ciri-ciri berprestij tinggi ialah keputusan terpulang kepada the type of peoples that we received from the primarily school, dengan izin. Terima kasih.

Tuan Khoo Soo Seang: Terima kasih kepada Yang Berhormat kerana bersetuju dengan pandangan saya. Ini sekali lagi membuktikan kita bahawa kita terlalu pentingkan pelajaran sahaja. Kita sudah lupa bahawa sekolah juga tempat untuk kita membentuk sahsiah murid, bernilai murni dan sebagainya. Tempat kita juga hendak mengajar murid kita dari segi kokurikulum, dari segi bagaimana bercampur gaul dengan kawan-kawannya. Ini kita sudah lupa peranan sekolah yang holistik. Kita tiap-tiap hari lihat pelajaran, buku-buku sahaja sampai kita lahirkan murid terpaksa baca buku. Habis universiti, tidak mahu lihat lagilah buku. Sudah bosan lihat buku.

Saya baru-baru ini pernah berbahas dalam perbahasan Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Mulia Yang di-Pertuan Agong, sebut bahawa kualiti guru adalah sangat penting kalau kita hendak mempertingkatkan prestasi sekolah. Jadi, saya pun kata guru dan doktor perubatan tidak bergantung kepada prestasi akademik yang tinggi sahaja. Memang kalau dia boleh dapat 9A, 8A, 11A, kalau dia jadi guru memang bagus. Akan tetapi sekiranya dia tidak ada hatinya, hati keguruan, hati untuk hendak tingkatkan generasi muda kita, dia tidak boleh jadi guru yang baik, dia tidak boleh jadi seorang doktor perubatan yang baik.

Sekarang kita sudah nampak, ada doktor perubatan jadi doktor, dia anggap dia orang yang paling bijak di dunia ini. Di matanya pesakit-pesakit ini semua bodoh. Jangan tanya saya. Saya explain pun, you tidak faham. Kalau orang begini, bagaimana menjadi seorang doktor perubatan yang baik? Kalau orang yang sombong, orang yang selain daripada dapat 11A tidak tahu bagaimana hendak bercampur gaul dengan orang lain, bagaimana hendak menjadi guru yang baik. Itu juga sebab-sebabnya ada orang yang jumpa saya, apabila mereka dapat latihan perguruan. Kalau dia orang Johor, dia hendak masuk ke maktab perguruan Johor. Dia tidak mahu pergi ke Kelantan, dia tidak mahu pergi ke Perak. Ini saya tidak setuju.

Saya kata saya tidak mahu maktab perguruan di Johor Bahru semua orang Johor sahaja. Sepatutnya maktab perguruan ini ada orang daripada Johor, daripada Kelantan, daripada Sabah dan daripada mana-mana tempat supaya apabila kita berada di maktab perguruan, kita sudah ada peluang untuk faham serba sedikit tentang cara hidup orang lain. Kalau semua orang Johor sahaja, semua seperti katak di bawah tempurung. Itu maktab perguruan pun sama dengan masyarakat yang hidup tiap-tiap hari.

Juga saya tidak setuju dengan pelatih yang tidak mahu tinggalkan rumah. Kalau dia disuruh pergi ke Kelantan, ke Sabah, dia tidak mahu. Saya kata kalau cikgu pada peringkat ini tidak belajar untuk berdikari, apa jenis generasi muda yang dia akan bentuk. Oleh itu, itu yang saya tidak pernah bantu. Kalau jumpa saya, saya pun nasihatkan dia. Tiga, empat tahun sahaja, pergi ke tempat yang lain buka mata sedikit. Lihat dunia, jangan tiap-tiap hari lihat halaman rumah sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, ada satu lagi soalan yang saya minta bahawa Kementerian Pelajaran berikan jawapan ialah baru-baru ini, saya dapati bahawa ada guru yang sedang mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC) mempunyai masalah disiplin. Guru KDC ini, dia bukan guru terlatih dan dia bukan guru sementara sampai guru besar dan juga pihak jabatan tidak tahu apa tindakan yang boleh diambil terhadap dia. Jadi saya minta pandangan daripada kementerian, kalau jenis KDC ini, kata dia guru terlatih bukan, kata guru sementara dia bukan, jadi apakah saluran yang kita boleh ambil tindakan. Saya selalu kata kalau kita menerima seseorang yang tidak sesuai untuk menjadi cikgu, di dalam hayat perguruannya 30 tahun lebih, dia boleh rosakkan tidak tahu berapa orang generasi muda kita.

Page 35: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 27

■1220

Ini yang saya tegaskan, biar kita ambil guru yang ada kualiti. Jangan kita, sekarang ada pihak yang tertentu yang tiap-tiap hari sebut tentang kuantiti sahaja. Saya dah banyak kali kata, kalau tidak cukup cikgu, biarlah gunakan guru sementara. Guru sementara ini kalau saya dapati tidak sesuai, boleh dibuang kerja serta-merta, boleh diberhentikan tetapi kalau guru terlatih, memang sukar. Kita tahu dia tidak baik, kita tahu dia rosakkan minat anak murid untuk membaca, kita semua ada pengalaman. Kadang-kadang ada cikgu yang boleh merangsang kita sehingga kita begitu minat dalam mata pelajaran Sejarah. Ada cikgu yang boleh jadikan mata pelajaran Geografi begitu bosan sampai kita benci hendak tengok buku. Inilah peranan cikgu yang saya selalu tegaskan...

Timbalan Yang di-Pertua: Masih lama lagi Yang Berhormat?

Tuan Khoo Soo Seang: Saya sebenarnya ada beberapa perkara lagi tetapi kalau sekiranya masa tidak mengizinkan, saya sedia untuk berhenti di sini.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah Yang Berhormat, saya beri Yang Berhormat satu minit lagi untuk menggulung. Terima kasih.

Tuan Khoo Soo Seang: Saya hendak sebut sedikit tentang Kementerian Kesihatan terutamanya saya hendak puji perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan dan juga caj yang begitu murah. Baru-baru ini ada seorang kawan, dia tercedera di Singapura, cuma untuk basuh luka sahaja di Singapura dicaj SD35. Dia balik ke sini untuk jahit termasuk ubat dia bayar RM1 sahaja. Jadi selalunya rakyat jelata tidak nampak apa yang kita berikan kepada mereka... [Tepuk]

Kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sekali lagi saya hendak minta bahawa kita adakan kursus pra perkahwinan. Pada saya sangat penting dan bukan kursus satu hari tetapi satu kursus yang lebih lengkap lagi yang kita ajar mereka perhubungan di antara suami isteri, bagaimana hendak mengurus ekonomi keluarga, bagaimana hendak jaga anak, bagaimana hendak berikan pendidikan pra sekolah sebelum anak kita masuk ke pra sekolah, pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa adalah amat penting.

Jadi dengan kata-kata yang sedemikian, Tuan Yang di-Pertua sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin mempersilakan Dr. Syed Husin Ali.

12.23 tgh.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membincangkan Akta Perbekalan Tambahan ini secara khusus dengan menumpukan terutama sekali angka-angka peruntukan bagi kebanyakan kementerian yang berkenaan. Sebelum itu saya ingin mengetahui sama ada peruntukan ini sudah dijelaskan ataupun belum. Jikalau ada yang belum, saya ingin tahu berapa peratuskah yang belum dijelaskan dan berapa peratus yang sudah dijelaskan.

Seterusnya saya melihat bahawa dari peruntukan lebih daripada RM10 bilion ini, kira-kira 20 peratus adalah untuk pembangunan, hampir 20 peratus untuk pembangunan dan selebihnya untuk pengurusan. Dalam pengurusan ini, yang menarik perhatian saya tiap-tiap kali ialah emolumen dan bonus merupakan jumlah yang besar. Kalau kita lihat di sini kita dapati bahawa emolumen dan bonus tambahan diperlukan untuk pendidikan, kesihatan, pertahanan dan dalam negeri. Jadi saya ingin tahu, mengapakah tidak dapat dijangka lebih awal bonus dan emolumen ini kerana tentunya kita ketahui berapa ramai pegawai-pegawai yang hendak diambil dan berapa banyak bonus yang hendak diberikan. Kalau dapat dijangka, tentulah semua ini dapat dimasukkan ke dalam belanjawan dan tidak memerlukan bekalan tambahan.

Tentang pembangunan pula, ada beberapa kementerian yang terlibat tetapi saya ingin menumpukan hanya kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Pertanian. Saya menganggap bahawa kedua-dua kementerian ini merupakan kementerian yang penting terutama sekali untuk membantu masyarakat luar bandar.

Page 36: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

28 DN 7.5.2012

Saya berharap bahawa pada masa-masa akan datang bahawa tambahan berlipat kali ganda akan dapat diberikan kepada kementerian ini dan tidak kita menambahkan bekalan hanya selepas sekali atau dua kali belanjawan. Ini berkaitan dengan beberapa perkara yang disebut terutama sekali dalam Kertas Perintah 1, tahun 2012.

Pertama sekali di halaman 11, di situ kita melihat bahawa ada peruntukan ‘0’ yang diluluskan bagi Anggaran Asal 2011 dan bagi tambahan kedua kita lihat RM623.5 juta. Ini bukan berkaitan dengan pertanian tetapi kementerian yang lain iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam. Keduanya, misalan peruntukan kepada Kumpulan Wang Kecil Berkanun RM10 juta yang anggaran asas pada tahun 2011 tetapi kemudiannya bertambah menjadi RM2.8 bilion. Seterusnya di muka 13, Kementerian Pelajaran kita lihat tambahan agak besar untuk emolumen dan juga Kementerian Kesihatan naik lima kali ganda daripada RM13 juta kepada RM536 juta.

Jadi yang menjadi soal kepada saya ialah mengapakah dalam dua kes tidak ada sama sekali peruntukan dalam belanjawan dan alih-alih ia meningkat beratus-ratus juta. Dalam kes yang lain yang saya sebutkan tadi, peruntukan tambahannya sampai naik lima kali ganda ataupun tujuh kali ganda. Tentu sekali ini boleh menimbulkan dua persoalan. Pertama ialah adakah kita kurang pakar untuk menjangka berapa banyakkah perbelanjaan bagi kementerian-kementerian atau jabatan-jabatan tersebut. Ataupun adakah tambahan ini alih-alih meningkat untuk kali keduanya semata-mata kerana ada kaitan dengan pilihan raya akan datang dan sesetengah perbelanjaan itu dikaitkan mungkin dengan pilihan raya tersebut.

Sekarang saya ingin berpindah kepada Kertas Perintah 1A iaitu lampiran. Di sini juga saya mengemukakan lebih banyak soalan dan meminta penjelasan kerana ada hal-hal yang tidak terang bagi saya. Pada muka 2, Maksud B.4 Suruhanjaya Pilihan Raya, disebut di situ bahawa kira-kira RM48.7 juta dibelanjakan untuk Suruhanjaya Pilihanraya bagi Pilihanraya Kecil Tenang, Merlimau dan Kerdau. Kedua bagi Pilihanraya Umum, Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ketiga bagi persediaan awal Pilihanraya Umum Ke-13.

■1230

Saya ingin mengetahui, berapakah pecahan peruntukan bagi tiap-tiap satu itu? Berapakah perbelanjaan bagi tiap-tiap pilihan raya kecil, berapakah perbelanjaan untuk pilihan raya Sarawak dan berapakah perbelanjaan untuk persediaan awal pilihan raya umum ketiga belas dan apakah yang dimaksudkan dengan persediaan awal itu?

Keduanya Maksud B.6 - Jabatan Perdana Menteri. Ini saya masih merujuk kepada Lampiran ‘A’, Kertas Perintah 1A. Ada disebut di situ (i) sebanyak RM266.7 juta untuk membiayai pelaksanaan projek touch point. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua saya kurang mengetahui apakah dia maksud touch point itu dan saya minta kalau boleh dijelaskan.

Tentang (iii) pula sebanyak RM30 juta dibiayai untuk kos operasi TV Alhijrah. Kami selalu diberitahu bahawa Alhijrah ini adalah satu usaha yang dimiliki dan dilaksanakan oleh al Syed-Bukhari. Jadi bagaimanakah timbulnya komitmen kerajaan kepada perbelanjaan ini dan saya ingin mengetahui juga berapakah jumlah yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan berapa pula jumlah yang dikeluarkan oleh kerajaan dan atas asas apa perbelanjaan kerajaan itu dikeluarkan?

Ketiga, maksud B.7 – Jabatan Perkhidmatan Awam (ii) sebanyak RM111 juta digunakan untuk membiayai rawatan perubatan pesara. Saya tidak persoalkan itu tetapi yang saya persoalkan ialah bayaran bantuan mengurus jenazah tahun 2011 adalah RM111 juta. Ini bayaran bantuan dan jumlahnya bagi saya nampak besar dan bagaimanakah timbulnya soal ini? Saya ingin mengetahui berapakah yang dibelanjakan bagi tiap-tiap orang dan berapa ramaikah jenazah yang terlibat dalam hal ini?

Keempat, maksud B.10 – Perbendaharaan. Tambahan sebanyak RM204.4 juta dikehendaki untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi menampung kekurangan kos operasi BR1M. Saya kurang faham Tuan Yang di-Pertua bagaimana pula Lembaga Hasil Dalam Negeri dikehendaki membayar untuk menampung kekurangan kos operasi BR1M. Siapakah sebenarnya ataupun daripada sumber apakah BR1M ini dibayar? Berapakah jumlahnya dan mengapakah Lembaga Hasil Dalam Negeri terpaksa memberikan tampungan dalam hal ini?

Keenam, Maksud B.22 tambahan sebanyak RM2.2 juta dibayar sebagai bonus kepada kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Page 37: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 29

Saya kira ini adalah bayaran yang dibayar sebanyak RM2,000 sekepala bagi Ahli-

ahli KEMAS dan saya ingin mengetahui adakah ini kali pertamanya kakitangan KEMAS dibayar sebanyak itu dan mengapakah bayaran itu dibuat pada masa ini? Pada muka surat lima, nombor sembilan Maksud B.27 sebanyak RM100 juta dibayar bagi pampasan tol. Saya ingin tahu Tuan Yang di-Pertua pampasan ini untuk apa dan dibayarkan kepada siapa? Ini kerana tiada penjelasan di mana-mana tentang hal ini.

Kesebelas, Maksud B.41. perkara ini telah saya sentuhkan lebih awal iaitu sebanyak kira-kira RM279.6 juta dikehendaki bagi menampung bayaran bonus kakitangan awam Kementerian Pelajaran. Saya ingin ketahui ialah berapa ramaikah kakitangan yang terlibat dan berapakah bonus yang dibayar bagi seorang? Saya kira ini bukannya untuk pesara-pesara Tuan Pengerusi untuk kakitangan yang sedang berkhidmat dan ini tidak diterangkan.

Begitu juga dengan Kementerian Kesihatan iaitu nombor 12, Maksud B.42 sebanyak RM536.5 juta ialah untuk menampung pembayaran emolumen, bayaran bonus, penambahan perjawatan, insentif pakar dan sebagainya. Saya ingin mendapatkan butiran-butiran tentang tiap-tiap bayaran itu. Berapa untuk bonus, berapa untuk penambahan jawatan dan berapa untuk pakar dan berapa untuk kesihatan awam, pegawai pergigian dan sebagainya sebab ini tidak dijelaskan.

Pada muka 8, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sebanyak RM230 juta untuk membiayai penyaluran bantuan kebajikan bagi bulan Jun hingga Disember 2011. Dalam hal ini saya nampak bahawa bukan sahaja soal kebajikan diperlukan tambahan kewangan tetapi juga ada bangunan baru yang hendak didirikan bagi kementerian ini. Mengapakah perlunya bangunan tersebut bahkan ada kementerian yang lain yang saya tidak sebutkan tadi, yang saya terlupa apa kementeriannya, juga akan buat bangunan baru.

Saya lihat bahawa Putrajaya itu sudah besar dan banyak pejabatnya, banyak kementeriannya. Tidak cukupkah ruang bagi kementerian-kementerian tersebut dan apa perlunya mendirikan pejabat yang baru. Akan tetapi yang lebih penting bagi saya ialah berapakah jumlah ini yang sebenarnya telah digunakan untuk tujuan lain daripada kebajikan. Saya merujuk di sini tentang tuduhan yang telah dilaporkan dalam media dan sebagainya terhadap kementerian ini berhubung dengan MPWK. MPWK ialah Majlis Pimpinan Wanita dan Keluarga. Majlis ini tidak didaftarkan. Majlis ini telah didirikan sejak kementerian tersebut diambil alih oleh Menteri yang ada sekarang. Dalam tuduhan itu disebutkan bahawa wang yang banyak disalurkan terutama sekali kepada ketua-ketua wanita negeri dan juga ketua wanita bahagian bukan untuk kebajikan khususnya dengan jelas tetapi disalurkan terutama sekali untuk kegunaan politik Wanita UMNO. Ini tuduhan yang sangat serius dan saya harap dapat penjelasan yang terang daripada kementerian sama ada benar atau tidak dan dengan bukti-buktinya sekali.

Puan Hajah Noriah binti Mahat: Tuan Yang di-Pertua, saya harap jangan buat tuduh melulu. Saya Ketua Wanita UMNO Bahagian tidak menerima sebarang duit pun daripada kementerian ini. Terima kasih. Tarik balik.

Dr. Syed Husin Ali: Akan tetapi ada...

Puan Hajah Noriah binti Mahat: Jangan menuduh sembarangan. Terima kasih.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tarik balik.

Dr. Syed Husin Ali: Minta maaf, saya tidak tarik balik kerana kami ada bukti tentang adanya...

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Apa bukti..., apa bukti?

Dr. Syed Husin Ali: ...Bahagian, ada bahagian...

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Sila terangkan apa bukti.

Dr. Syed Husin Ali: ...Satu bahagian di Kuala Lumpur ini yang ketua cawangan...

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Mana bukti?

Dr. Syed Husin Ali: Akan dikemukakan.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Sekarang?

Page 38: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

30 DN 7.5.2012 ■1240

Dr. Syed Husin Ali: Sekarang tidak ada.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tidak perlu cakaplah.

Dr. Syed Husin Ali: Sekarang tidak ada pada saya.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Kelentong sahaja.

Dr. Syed Husin Ali: Saya menyampaikan tuduhan ini dan tuduhan itu berdasarkan bukti yang jelas.

Puan Hajah Noriah binti Mahat: Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah.

Puan Hajah Noriah binti Mahat: Kalau bolehlah minta cuba cerita yang baik, jangan terlalu hendak mencari silap. Terima kasih.

Dr. Syed Husin Ali: Kalau silap ada, kita perlu terangkan, kita perlu jelaskan. Tidak kita sembunyikan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya fikir tidak perlulah disebut nama parti-parti yang mana.

Dr. Syed Husin Ali: Saya rasa bertentangan dengan buku ini untuk menyebut apa-apa nama.

Timbalan Yang di-Pertua: Jangan disebut nama UMNO atau pun apa-apa.

Dr. Syed Husin Ali: Nama pertubuhan boleh disebut. Nama orang tidak boleh disebut kalau mengikut buku ini. Terima kasih.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tarik baliklah. Tarik balik. Tadi you sebut UMNO. Tarik balik!

Dr. Syed Husin Ali: Akhirnya...

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tarik balik!

Dr. Syed Husin Ali: Hendak tarik balik apa?

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: You sebut UMNO tadi.

Dr. Syed Husin Ali: Di dalam ini tidak disebut mengatakan bahawa tidak boleh sebut UMNO.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tadi you sebut wanita UMNO.

Timbalan Yang di-Pertua: Cukuplah itu Yang Berhormat. Cukuplah itu.

Dr. Syed Husin Ali: Di dalam ini mengatakan tidak boleh sebut nama orang. Saya tidak sebut nama orang. Apa hendak tarik balik?

Timbalan Yang di-Pertua: Cukuplah itu. Tidak payahlah sebut parti yang mana. Teruskan sahaja.

Dr. Syed Husin Ali: Akhirnya sekali Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan – 15, B.60, sebanyak RM49.3 juta untuk membiayai bonus dan juga Kementerian Dalam Negeri 16(1) - bayaran bonus sebanyak RM328 juta.

Saya ingin mengetahui secara terperinci bonus ini kepada berapa ramaikah dan berapa banyakkah yang dibayar oleh tiap-tiap golongan? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar.

12.42 tgh.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Page 39: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 31

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya

sebab banyak perubahan sudah dilakukan daripada tuntutan Bersih sebanyak sembilan, lapan sudah berubah. Cuma Bersih minta untuk 30 hari berkempen. Itu sahaja yang tidak rasional. Jadi SPR tidak layan.

Jadi apa pun SPR sudah membuat pembaharuan, yang pekak dan buta sahaja yang tidak melihat pembaharuan yang dibuat oleh SPR. Apa pun saya hendak ucapkan syabas dan biarlah SPR diberi lagi tambahan peruntukan sebab SPR menjalankan tugas yang baik dan berkesan. Kalaulah SPR tidak baik masakan pembangkang boleh tawan 82 Kerusi Parlimen, satu negeri Kelantan sudah 22 tahun. Yang mutakhir Selangor, Kedah dan Pulau Pinang menunjukkan sistem pilihan raya yang dibuat oleh SPR telus dan jelas.

Apa pun saya hendak syorkan di sini ialah bahawa persempadanan pilihan raya kena buat dan ubah. Ada negeri-negeri yang sudah lama tidak membuat persempadanan baru. Contohnya Terengganu. Seingat saya dahulu saya committee di Terengganu untuk pecah sempadan. Sudah 30 tahun. Sempadan di Terengganu yang mutakhir dipecahkan pada tahun 1985. Selepas itu sehingga sekarang pun tidak dipecahkan baru. Jadi ada lapan dan saya harap bertambahnya pengundi. Macam Parlimen saya dahulu, saya bertanding 33,000 orang pada tahun 1986. Sekarang pengundi saya di Parlimen saya ada 86,000 lebih orang. Jadi sudah sampai masanya untuk pecah sempadan. Bukan sahaja di Marang malahan di semua Terengganu. Kelapan-lapan itu kena pecah. Pada pemikiran saya at least sekurang-kurangnya 12 kena pecah sempadan di Terengganu. Begitu juga di tempat-tempat lain di Malaysia.

Keduanya, saya hendak sentuh...

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Mohon penjelasan.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Sila.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekarang ini nampaknya ada usaha-usaha untuk menghakis kredibiliti SPRM seolah-olah SPRM ini satu badan yang tidak lagi adil, tidak lagi telus. Contohnya ialah apabila Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dikaitkan dengan sebuah parti politik. Walaupun telah ada satu usaha yang dilakukan untuk menidakkan fakta-fakta tersebut tetapi ini jelas menunjukkan bahawa parti-parti ataupun pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Apa pandangan Yang Berhormat?

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, kerajaan ikut peraturan. Tidak ada dalam perlembagaan atau undang-undang bahawa seseorang yang memegang jawatan pegawai di SPR tidak boleh pegang parti. Mana-mana parti mereka boleh pegang hatta UMNO, PAS, DAP pun boleh pegang. Jadi yang ditimbulkan oleh pembangkang itu ialah omong politik sahaja. Mencari publisiti murahan sahaja. Tidak ada modal. Dia tidak ada modal jadi dia kaitkan semua. Pegawai salah, ini salah. Itu bankrap idea namanya. Puas hati? Kalau puas, saya pergi. Kalau tidak puas, tanya lagilah... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Teruskan. Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Perdana Menteri, dalam ini ada peruntukan untuk buat kem latihan. Saya fikir kem latihan yang ada sekarang tidak cukup. Jadi saya syorkan kem-kem latihan kena banyak, kena besar, tidak boleh ambil pelatih hanya sekitar 10 peratus sahaja.

PLKN, peserta hanya 10 peratus sahaja sebab ternyata peserta yang keluar daripada Pusat Latihan PLKN bersemangat, faham undang-undang negara, bukan macam Bersih. Bukan macam Pakatan, tidak reti bahasa tetapi budak-budak di kem latihan itu faham undang-undang negara, faham apa itu tugas menjadi rakyat. Faham tugas sebagai rakyat yang bertanggungjawab. Jadi kesimpulannya, kesannya sangat besar. Saya syorkan tingkatkan lagi, bukan 10 peratus tetapi sekurang-kurangnya 30 peratus membolehkan rakyat khususnya budak-budak muda, belia, beliawanis menjadi peserta PLKN.

■1250

Saya juga minta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kaji balik rancangan projek yang dibuat sebab sudah lama sangat. Macam-macam projek dibuat tetapi sehingga sekarang sudah saya katakan tidak cukup makan, kelapa tidak cukup, ayam tidak cukup, ikan tidak cukup, kambing tidak cukup, lembu tidak cukup, kerbau tidak cukup. Jadi apa yang cukup? Semua tidak cukup.

Page 40: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

32 DN 7.5.2012

Jadi kita kena buat besar-besaran berkesan. Malulah kita bila kelapa, sayur-sayur masih diambil, diminta daripada negara luar. Sedangkan tanah kita subur, tenaga kerja kita banyak, wang curah-curah datang beri, beri, beri tetapi tidak cukup, tidak cukup. Kita Dasar Pertanian Negara ada bajet ada wang tetapi masih lagi bergantung kepada makanan dari luar. Jadi tidak rasional. Bumi subur, tenaga banyak tetapi tidak cukup makan, tidak cukup makanan. Jadi kena kaji balik.

Saya juga hendak sentuh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dahulu saya jaga MARA. Saya ingat masalah bas MARA sudah okey tetapi bas MARA nampaknya luar bandar bas masuk kampung tidak boleh jalan. Rugi, rugi, rugi. Berpuluh tahun sudah rugi. Bas besar pun rugi, kalau untung sedikit sahaja. Lori Malaysia dahulu punya MARA rugi, sekarang sudah jual. Saya hendak tanya, berapa jumlah kerugian bas-bas luar bandar di MARA? Betulkah satu syarikat daripada Singapura membeli semua aset bas MARA di luar bandar? Kalau betul, nyatakan kepada Dewan kenapa beri kepada Singapura? Bas MARA pun tidak boleh jaga macam mana hendak jaga MARA? Jadi saya tertanya-tanya, kenapa sampai begini sekali?

Kedua, saya hendak tanya juga tidak ada syarikat-syarikat yang besar-besar yang dibuat oleh MARA untung. Semua rugi. Kalau sepuluh syarikat dibantu, hendak cari lima pun susah. Tujuh, lapan rugi. Rugi, rugi, rugi. Pelajaran okey untung tetapi sebut keusahawanan MARA lebih daripada 80 peratus rugi. Saya harap MARA tengok ini pastikan IKS made in MARA untung. Sudah lama sangat. Bukan 10 tahun, bukan 20 tahun, bukan 25 tahun, bahkan lebih daripada 30 tahun sudah rugi. Jadi saya rasa nasib malang.

Saya juga hendak sentuh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Saya tabik usaha-usaha yang dibuat. Dalam buku ini kalau kita baca macam-macam rancangan. Pameran antarabangsalah, itu inilah. Akan tetapi saya hendak tanya, berapa percentkah, peratuskah bumiputera yang terlibat? Hatta di Burma, hatta di tempat-tempat baru? Jawapannya bumiputera Melayu atau kaum-kaum lain bumiputera tidak sampai pun 20 peratus yang terlibat di peringkat antarabangsa. Jadi kita tidak usah bangga banyak rancangan, banyak acara antarabangsa dibuat tetapi bumiputera yang terlibat sedikit sahaja. Itu pun untuk yang biasa-biasa sahaja. Untuk minyak, gas atau yang berat-berat bumiputera kurang.

Kedua saya juga hendak tanya, berapa berkesankah peranan yang dimainkan oleh kementerian untuk produk halal? Nampaknya Singapura walaupun dia baru lagi ke depan daripada Malaysia untuk mengantarabangsakan produk halal di persada dunia. Jadi saya minta MITI mainkan peranan yang lebih cekap, lebih berkesan untuk tujuan menjadikan Malaysia sebagai negara terkemuka dunia untuk mengeluarkan produk-produk halal yang diakui. Singapura ke depan daripada Malaysia. Bukan kita hendak lawan Singapura tetapi kita kesal bila kita, idea kita tetapi orang lain ke depan daripada kita.

Satu lagi Kementerian Kerja Raya. Dalam ini saya lihat Jalan Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang-Kuala Berang yang mendapat peruntukan sebanyak RM14 juta. Saya ingin mendapatkan penjelasan kemajuan projek jalan ini dan bilakah ianya boleh digunakan oleh orang ramai sebab projek ini sudah lama sangat? Zaman Dato’ Seri Samy Vellu boleh sebut nama, jadi Menteri Kerja Raya lagi tidak siap-siap. Kedua, saya ingin bangkitkan Projek Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dari Cherating ke Hulu Terengganu. Sepanjang 190 kilometer yang mengambil masa begitu lama untuk disiapkan. Projek ini mula bulan September 2006 tetapi sudah enam tahun belum siap-siap lagi, apa masalah, tidak ada wangkah, kontraktor tidak baguskah, atau, atau, atau, atau, atau...?

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, waktu kita sekarang tepat pukul 1 petang...

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Sambung.

Timbalan Yang di-Pertua: Jadi Yang Berhormat kena sambung petang nanti ya.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Terima kasih saya akan sambung. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya kena tangguhkan Dewan ini sekarang hingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Page 41: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 33

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

■1430

Tuan Yang di-Pertua: Ya, saya mulakan dengan menjemput Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar untuk meneruskan ucapan. Kemudian sebelum Yang Berhormat mulakan itu, saya ingin memberi pandangan sedikit kepada semua Ahli Yang Berhormat yang berminat hendak berbahas dalam ucapan ini, saya mohon kemukakan nama-nama kerana senang saya hendak buat perangkaan dan program-program yang tertentu.

Saya juga memohon kalau boleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di kawasan luar untuk masuk ke dalam. Duduk di luar sana pun tidak berfaedah juga. Duduk dan dengar kawan-kawan berucap itu memberi satu pemahaman dan juga menghayati apa yang diucapkan. Silakan, Yang Berhormat.

2.34 ptg.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Betul Tuan Yang di-Pertua, duduk di kantin buat apa? Makan, makan. Saya hendak sambung tentang Lebuhraya Pantai Timur 2. Saya telah membangkitkan tentang kelewatan projek LPT 2 banyak kali di sini. Hari ini pun bangkit juga. Saya hendak minta penjelasan daripada kementerian, sebab apa lewat sangat? Sudah enam tahun. Adakah sebab kontraktor atau lain-lain sebab? Alasan yang diberikan oleh kementerian dua atau tiga tahun dahulu termasuklah last session ialah bahan binaan naik harga, bahan binaan naik harga. Akan tetapi, projek baru tumbuh macam cendawan. Tidak guna kita buat baru tetapi yang lama tidak siap-siap. Malu. Sebab itu saya minta kementerian fokus dan tumpukan pada projek ini supaya siap. Jadi kita semua, bukan saya sahaja, malah rakyat Pantai Timur sudah muak dengan alasan demi alasan kata bahan binaan naik, bahan binaan naik dan kontraktor tidak mampu. Itu alasan lapuk, alasan lama. Kita perlu cari jalan. Buatlah, siapkanlah.

Kedua, saya juga ingin sentuh Kementerian Sumber Manusia. Duit tambang banyak dapat, kira-kira RM32.6 juta. Akan tetapi saya hendak tanya macam mana NIOSH di Kerteh lama sangat hendak buat? Hendak buat, hendak buat, kemudian tidak siap-siap. Fasa 1 saya tidak tahu siap atau tidak. Fasa 2 macam mana? Itu pertama.

Kedua, macam mana ILP daripada ratus juta, sekarang dengar khabar turun RM20 juta atau RM30 juta. Kalau RM20 juta atau RM30 juta, macam mana hendak capai piawai? Itu pertama. Kedua, banyak ILP sudah siap tetapi alatan tidak masuk lagi. Contohnya ILP Parlimen saya, Marang, Terengganu, tidak masuk-masuk alat-alat. Sudah dua tahun lebih siap. Taiping juga tidak masuk. Sabah juga tidak masuk.

Jadi sebab itu saya cadangkan, bila boleh memperoleh bajet tambahan ini, siapkanlah. Tidak guna bangunan sudah siap tetapi jadi ‘gajah putih’. Alat-alat tidak masuk. Saya minta Menteri Sumber Manusia jangan tumpu sangat pendatang asing. Pun tidak siap-siap. Tumpu kepada anak Malaysia hendak belajar. ILP dan juga ADTEC. Di Shah Alam kena naik taraf. Di Kuala Lumpur kena naik taraf. Semua ADTEC kena naik taraf.

Seterusnya saya hendak sentuh juga tentang kerajaan bagi macam-macam subsidi. Macam-macam subsidi. Pada tahun 2012, subsidi makanan kerajaan bagi sebanyak RM17 bilion seperti gula, padi, tepung dan minyak masak. Tepung, kerajaan bagi subsidi RM1.7 bilion. Minyak masak, kerajaan bagi RM1.5 bilion. Benih ikan, kerajaan bagi RM6.6 bilion. Kebajikan, kerajaan bagi subsidi RM3.2 bilion. Kadar faedah elektrik perbezaan, kerajaan bagi RM1.8 bilion. Jumlah semua sekali RM33.2 bilion. Baik itu, baik sangat. Tidak ada kerajaan baik macam ini. Akan tetapi ada orang tidak syukur. Hendak jatuhkan kerajaan melalui cara yang tidak betul melalui BERSIH. BERSIH 1.0 gagal, BERSIH 2.0 gagal, BERSIH 3.0 pun gagal. Sebab apa gagal? Sebab niat dia jahat. Niat dia hendak rampas kuasa kerajaan melalui kekerasan.

■1440

Kita bagi stadium empat, semua tolak. Kalau hendak bantai SPR pun boleh Melawati kah, Bukit Jalilkah, Stadium Merdeka pun boleh. Mengapa dipilih Dataran Merdeka? Tidak lain, tidak bukan, hendak buat huru-hara. Jadi, niat itu terserlah. Begitu senang.

Page 42: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

34 DN 7.5.2012

Orang kata tidak boleh buat jahat, dia pun buat jahat juga. Pukul polis, pukul anggota keselamatan, melingkupkan kereta polis, pijak polis sampai masuk wad, sakit-sakit, serupa maki hamun polis. Ini apa benda? Tidak lebih untuk timbulkan kekacauan, kerisauan.

Jadi, nasib baik polis baik matang. Pun begitu, saya hendak tanya supaya dia boleh jawab. Apa tujuan sebenar Ambiga? Tidak cukup di Malaysia, sampai konco-konconya berarak sampai Saudi Arabia. Bila sampai di luar negara, bukan sahaja imej tercemar, kotor tetapi kerajaan sudi sudah buat perkiraan supaya jumlah akan datang ditapis, dikurangkan, mungkin disekat untuk umrah, untuk naik haji. Ini semua akibat BERSIH yang kotor. Jadi, dia tidak fikir revolusi Arab berlaku di Tunisia, Mesir, Yaman, Syria, Libya tetapi mereka tidak gunakan Kaabah, tidak gunakan Masjidilharam, tidak gunakan Makkah untuk tunjuk perasaan kecuali Bersih sahaja yang kurang ajar. Jadi, kita kesal sebab tidak cukup di sini, buat di sana.

Kesannya ialah umat Islam di Malaysia. Kesannya pada negara, pada bangsa Malaysia. Ambiga tepuk tangan. Ambiga salahkan polis, salahkan penyokong dia. Dia kata dia buat, dia tanggunglah. Dia cuci tangan macam ini sahaja... [Menunjukkan aksi berkaitan] Itu Ambiga puaka.

Yang Berhormat Mulia Tengku Aziz sudah warning, jangan buat. Kalau buat juga, kesan huru-hara, rugi. Bila Tengku Aziz kata, “...Jangan buat”, dia tidak pakai. Mereka kata Tengku Aziz tidak betul. Mereka hendak pecat Tengku Aziz. Yang hendak pecat itu nama dia ‘Ketua Publisiti’. Dia kata Tengku Aziz memalukan parti, kena ambil tindakan kepada dia. Yang kata itu, Chairman Discipline Board DAP, Tan Kok Wai.

Saya hendak tanya Tengku, kalau Tan Kok Wai atau DAP ambil tindakan pada you, you buat apa? Pecatkah, buang negerikah, buang DAPkah? Apa you hendak kata, jawablah. Dia kata you kena ambil tindakan, you tidak ikut parti, you memalukan parti DAP. Sedangkan you pejuang bela bangsa, bela tanah air, bela Malaysia. Tahniah kepada you. Akan tetapi DAP kata, you memalukan parti, kena ambil tindakan. Mereka sedang cari you di mana you berada kini. Jadi, tindakan orang baik macam Tengku Aziz, di mata DAP dia orang tidak baik dan orang yang memalukan parti. Mungkin ‘penjahat’..., saya tambahlah. Jadi, orang macam ini bagi DAP, dia tidak kira. Asalkan rugi parti, dia hendak singkirkan. Tunggu masa dia singkirkan you. Be careful, dengan izin.

Kita buat baik dia kata jahat. Isu BERSIH bagi saya, kerajaan kena keras, tidak boleh beri amaran, amaran, amaran. Cakap, cakap, cakap sahaja. Lembut sangat, macam pondan. Tidak ada tindakan dibuat. Cakap amaran, amaran. Sebab itu BERSIH 1.0, 2.0, 3.0 naik tocang. Hendak angin, mungkin dia hendak buat BERSIH 4.0 sebab kita lembut sangat.

Tiga Ketua Polis IGP dahulu Datuk Rahim Noor, Norian Mai dan lagi satu, Datuk apa...? Semua lupa, saya lupa... [Disampuk] Ya, Datuk Musa..., kata PDRM lembut sangat kini, saya setuju. Saya tuntut keras sedikit, ambil tindakan tegas. Yang salah kena dakwa, kena heret ke muka pengadilan. Bagi saya Ambiga kena seret, Anwar kena seret termasuk yang rasuah, kena seret. Tidak mungkin mereka datang begitu sahaja, mereka diupah, dirasuah dengan wang ringgit bukan tohmahan sahaja yang tidak berasas.

Nik Aziz Nik Mat orang kuat Mumtaz... [Menoleh kepada Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi] Senyum, senyumlah. Dia kata dia akui bagi duit. Pada Kelantan ke sini, sekarang makan, hotel, kenderaan tidak cukup RM100. Sekurang-kurangnya RM300. Kalau 300 orang, kalau 30 ribu orang, berapa..., RM90 juta! Di mana Nik Aziz, atau Anwar, atau Ambiga, atau DAP dapat wang? Saya tuntut supaya kerajaan, supaya KDN siasat sampai ke akar umbi. Tidak boleh amaran, amaran, amaran. Cakap, cakap sahaja.

■1450

Kena ajar mereka ini supaya mereka tidak ‘beraja di mata, bersultan di hati’. Kita negara yang mempunyai undang-undang-undang, perlembagaan, peraturan. Kalau hendak rampas kuasa boleh, tetapi dengan cara demokrasi, bukan dengan cara anarki. Anarki itu huru-hara. Tunggu pilihan raya. Mungkin dia tahu kita punya pilihan raya sudah dua belas kali semenjak tahun 1955 sampai sekarang semua menang, menang. Dia takut pilihan raya nanti dia kalah lagi.

Page 43: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 35

Oleh sebab itu dia hendak cari cara lain, hendak rampas kuasa dengan cara yang

haram, dengan cara yang tidak halal, itu pondan. Dia boleh tunjuk 30,000, 50,000 okey, fair enough. Katakan 50,000, okey, tetapi adakah dia tahu rakyat berkali-kali lebih ramai daripada 50,000. Berjuta-juta rakyat support Kerajaan Barisan Nasional sekarang. Bukan 50,000, bukan 500,000 tetapi berjuta-juta rakyat Malaysia sokong BN, insya-Allah BN akan menang dalam Pilihan Raya Ke-13... [Tepuk]

Jadi kita hendak negara yang baik, negara yang makmur, negara yang aman tetapi modelnya macam syaitan. Tidak hormat raja, tidak hormat perlembagaan, tidak hormat undang-undang. Dia ikut suka dia sahaja hatta polis yang jaga keamanan digelar anjing, dimaki, dicarut. Tidak ada akhlak, tidak ada budi, tidak ada pekerti. Kalaulah negara ini salah daripada cara sistem pilihan raya, masakan Kelantan boleh menang 22 tahun. Empat negeri jatuh ke tangan mereka, 82 Ahli Parlimen berdiri dalam Dewan Rakyat ini.

Jadi kena fikir rakyat Malaysia. Itu tujuan untuk semata-mata menjalankan huru-hara. Kita tahu sejarah Anwar apabila dia menjadi penuntut di UM dahulu, tahun 1970-an dia telah buat demo, demo di Baling. Kata rakyat mati kebuluran di Kedah, di Baling padahal tidak ada seekor haram pun yang mati kebuluran. Semua agenda propaganda, pelawak semua. Jadi tidak ada cara lain, dia pun demo dan demo.

Negara ini sebenarnya aman makmur. Dalam Asia Tenggara nombor satu aman, dalam Asian, nombor dua, dalam dunia nombor 19. Tidak ada apa-apa kecuali yang huru-harakan ialah BERSIH - Pakatan Rakyat termasuk PAS, termasuk DAP, termasuk PKR. Dia ingat hendak cucuk kerajaan. Dari segi ekonomi - baik, dari segi pelajaran - baik, dari segi produktiviti - baik, dari segi sosial - baik, dari segi kebajikan pun baik, dari segi sukan pun baik. Semua sekali baik. Dia cari, cari jumpa satu SPR. Berbeza dengan Mesir, berbeza dengan Libya, Tunisia, Syria, Yaman, Iran, Iraq, beza. Dia kacau dari segi banyak perkara dan yang Malaysia, yang kacaunya cuma dari satu segi sahaja, SPR pun diubah, disesuaikan dengan tuntutan semasa.

Jadi kesimpulannya, yang buat huru-hara itu bukan rakyat terbanyak tetapi yang buat huru-hara itu Ambiga dengan Pakatan Rakyat. Jadi saya minta supaya disiasat sampai akar umbi...

Dr. Syed Husin Ali: Minta laluan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang bangun.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Sila.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kepada Perkara 35(1) pada muka 45, Peraturan Mesyuarat yang mengatakan seseorang Ahli hendaklah mengehadkan percakapannya kepada perkara yang dibincangkan dan tidak boleh mengeluarkan apa-apa perkara yang tidak berkait dengan perkara yang dibincangkan itu. Adakah perkara ini berkaitan dengan perbincangan kita mengenai Perbekalan Tambahan? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, apabila dalam usul Perkara 35(1) ini, kita sekarang dalam membahaskan Perbekalan Tambahan belanjawan.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Saya baru hendak masuk sekarang.

Tuan Yang di-Pertua: Jadi ada berkaitan dengan kedudukan keselamatan. Jadi saya agak Yang Berhormat boleh sebut hanya kepada cukup setakat itu dan Yang Berhormat teruskan kepada mana satu dari segi belanjawan.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Saya sebenarnya masuk tadi saya bincang B.62 KDN, pengurusan keselamatan, masuk tajuk dan yang tidak masuk tajuk dia, bukan saya.

Tuan Yang di-Pertua: Okey Yang Berhormat, sudah panjang itu.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Dia tidak faham, hendak celah pun tidak faham.

Tuan Yang di-Pertua: Okey Yang Berhormat, teruskan Yang Berhormat.

Page 44: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

36 DN 7.5.2012

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Kementerian Pengangkutan. Saya rasa bidang ini kena beri tumpuan juga sebab saya lihat di Malaysia bidang pengangkutan bagus, rancak tumbuh terutama SPAD berjalan lancar. Tinggal lagi saya hendak minta satu perkara iaitu kesesakan di Kuala Lumpur dapat diatasi dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua: Ada dua minit lagi Yang Berhormat.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Saya juga hendak sentuh tentang Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Kampung Baru sudah sebut, diperbadankan. Tinggal lagi saya hendak tanya bila untuk diperbadankan, akan diumumkan dan apakah faedah kepada rakyat Kampung Baru dengan projek-projek yang baru, sila nyatakan.

Kementerian Pelajaran, saya juga hendak sentuh tentang saya minta seorang pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Marang kena tambah juga.

Kementerian Kesihatan, saya juga hendak minta tambah lagi satu Pejabat Kesihatan Daerah Marang.

■1500

Kementerian Belia dan Sukan, saya sukalah untuk beri perhatian agar belia ini tumpu sedikit kepada generasi sekarang, generasi yang disebut sebagai generasi Y yang lahir antara tahun 1979-1995. Mereka adalah hampir-hampir 47 peratus pengundi muda, pertama kali mengundi, jadi mereka perlu diberi perhatian, sebab mereka:

(i) demanding;

(ii) mereka suka berita atau perkara baru;

(iii) suka IT;

(iv) suka alat-alat telekomunikasi, gadget Twitter, Facebook, chatting;

(v) fashionable;

(vi) semua maklumat di hujung jari, celik IT;

(vii) pilih kerja, mereka akan tanya mereka akan dapat apa?;

(viii) tidak boleh buat keputusan sendiri;

(ix) mesti cepat dalam apa juga keputusan;

(x) suka recognition;

(xi) faham sejarah tetapi hanya isu ‘9 September’ di Amerika;

(xii) tidak tahu apa itu Hiroshima-Nagasaki; dan

(xiii) over-confident dalam serba serbi.

Jadi mereka kena didekati Kementerian Belia. Saya minta dekati mereka. Jangan BERSIH dekati mereka. Jangan Pakatan dekati mereka, nanti punah-ranah. Jadi saya syorkan belia didekati oleh Kementerian Belia dan Sukan. Itu sahaja sudah cukup dua minit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Saya persilakan Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah. Selepas ini dalam senarai ini ada Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi, Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah, Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman. Saya mohon juga ahli-ahli Yang Berhormat lain siapa yang berhajat hendak berbahas petang ini sila kemukakan nama-nama. Sekarang silakan Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah.

Page 45: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 37

3.02 ptg

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi keizinan kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan bagi tahun 2011.

Seperti mana yang biasa dibangkitkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat, nampaknya kali ini kita masih lagi membahaskan sesuatu yang telah dibelanjakan iaitu sesuatu yang telah dibelanjakan pada tahun 2011. Ini nampaknya menjadi satu kelaziman apabila sesuatu yang menjadi yang boleh diterima pakai dalam sistem kewangan kerajaan. Walaupun kita telah beberapa kali di dalam Dewan yang mulia ini telah bertanya dan ada juga ada Ahli-ahli Yang Berhormat saya dengar pagi tadi ada bertanya juga kenapa kita berhujah tentang sesuatu yang telah kita selesai belanjakan? Jadi untuk belanjawan kali ini ataupun Perbekalan Tambahan kali ini diperlukan sebanyak RM10.9 bilion dan daripada itu RM660 juta telah diguna pakai daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan dan hari ini kita diperlukan untuk meluluskan RM10.2 bilion.

Perkara pertama yang ingin saya sentuh Tuan Yang di-Pertua ialah berhubung dengan B.4 iaitu SPR yang memerlukan RM48 juta untuk digunakan semasa pilihan raya kecil iaitu di Tenang, Merlimau dan Kerdau di samping di Sarawak yang lepas dan juga persediaan awal untuk PRU Ke-13. sebagaimana yang disebutkan selalu bahawa belanja untuk mengurus pilihan raya ini mahal, tinggi belanjanya. Ini yang digunakan oleh SPR sahaja, tidak termasuk agensi-agensi yang lain yang mungkin akan kita sentuh dalam kementerian-kementerian yang terlibat secara langsung nanti. Jadi saya minta penjelasan secara lebih detail terutamanya dalam persediaan awal PRU-13 iaitu berapa banyakkah sebenarnya angka-angka yang kita perlukan untuk satu PRU secara keseluruhannya?

Yang kedua yang ingin saya sentuh ialah berhubung dengan B.6 - Jabatan Perdana Menteri. Berhubung dengan dua perkara. Pertama, RM266.6 juta untuk touch point di seluruh negara. Touch point ini seperti yang saya boleh faham ialah peruntukan-peruntukan yang diberi khas kepada Ahli-ahli Parlimen untuk diagihkan semata-mata untuk tujuan membantu mereka-mereka yang perlu dengan kadar yang segera. Sebagai Ahli Dewan Negara sudah tentu kita pun rasa tertinggal, rasa tidak diberi peluang untuk sama-sama membantu mengagihkan sistem touch point ini dan mungkin ini sesuatu yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kementerian pada masa-masa yang akan datang. Akan tetapi apa yang penting bagi saya ialah pengagihan itu telah benar-benar sampai ke matlamatnya iaitu membantu kumpulan sasar yang perlukan bantuan segera tanpa ada apa-apa birokrasi. Itu sebabnya diagihkan melalui Ahli-ahli Parlimen.

Yang kedua berhubung dengan dalam kementerian yang sama Jabatan Perdana Menteri ialah peruntukan untuk TV Alhijrah sebagai RM30 juta. Saya ucapkan tahniah kepada Jabatan Perdana Menteri yang telah memberikan peruntukan untuk memulakan operasi TV Alhijrah yang hari ini telah mendapat sambutan agak baik di kalangan masyarakat. Kita lihat Alhijrah telah berjaya menjadi satu saluran yang boleh memikat sebahagian daripada segmen masyarakat apabila mereka mengetengahkan beberapa personaliti dalam bidang keagamaan. Contohnya Program Bersama Ustaz Don yang hari ini menjadi satu fenomena dalam masyarakat Muslimah terutamanya mengikuti perkembangan melalui saluran tersebut. Saya mencadangkan supaya TV ini dipertingkatkan lagi mutu pengeluarannya dengan kandungan-kandungan yang lebih baik sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menusuk ke segala lapisan rakyat terutamanya kumpulan sasar yang ditujukan dan beri sama peluang kepada mereka yang tidak mampu. Mungkin TV Alhijrah boleh dimasukkan dalam saluran serpihan daripada Astro iaitu NJOI. Masukkan dalam saluran, rangkaian NJOI itu supaya lebih ramai dapat menikmatinya yang akan dimulakan siarannya pertengahan tahun ini.

B.10 berhubung dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia berjumlah RM204.45 juta. Ini adalah merupakan tambahan untuk kos operasi. Jadi saya pun hairan juga untuk kos operasi dalam program pelaksanaan BR1M ini nampaknya tinggi juga. Ini tambahan sahaja. Tinggi juga. Sebab kalau ikutkan modus operandi yang saya boleh faham, dalam pengagihan BR1M ini kita menggunakan dua agensi yang penting. Pertama Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga pejabat daerah untuk membuat pengagihan. Jadi mungkin pihak Menteri boleh beri sedikit penjelasan tentang ini.

Page 46: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

38 DN 7.5.2012 ■1510

Berkata tentang BR1M, saya ingin menyentuh betapa BR1M telah berjaya dalam banyak aspek bagi membantu kumpulan sasar iaitu mereka-mereka yang berada di luar bandar, di pinggiran bandar mahupun di dalam bandar yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Banyak telah kita perkatakan tetapi sekadar hendak mengulang bahawa keyakinan rakyat, kesungguhan rakyat dan rakyat begitu terharu sebenarnya dengan bantuan BR1M yang hari ini – sebenarnya dua hari lepas saya masih lagi membuat penyampaian BR1M fasa yang keenam dan mesej yang saya dapat daripada rakyat yang menerima, tidak lain tidak bukan, mereka terharu, berterima kasih dan juga mereka yakin bahawa kerajaan akan meneruskan usaha ini kerana kerajaan mampu untuk memberinya pada masa-masa yang akan datang.

Jadi saya juga mencadangkan baru-baru ini supaya kita review balik, kita lihat semula sistem pengagihan subsidi kita, bagaimana subsidi kita kalau kita boleh agihkan RM2.2 bilion daripada apa juga bentuk subsidi yang ada untuk satu exercise BR1M. Kita tahu BR1M yang melibatkan 4.3 juta penerima setakat ini memerlukan RM2.12 bilion dan setiap kali pemberian BR1M, RM2.2 bilion itu bagi saya tidak menjadi masalah kalau kita boleh struktur pengagihan bantuan-bantuan yang lain. Tadi kita sudah dengar Datuk Rahman membacakan subsidi-subsidi yang lain yang mana subsidi-subsidi tersebut tidak benar-benar mencecah kepada sasarannya. Jadi kalau kita boleh ubah sistem subsidi, yang pertama petroleum, bahan bakar umpamanya, sudah tentu RM2.2 bilion daripada RM25 bilion bahan bakar ataupun subsidi bahan bakar tidak menjadi masalah. Ini harapan orang-orang yang layak Yang Berhormat Menteri.

Satu perkara lagi yang mungkin saya hendak sentuh berhubung dengan BR1M ialah pangkalan data yang sudah kita ada iaitu database seramai lebih lima juta orang, saya difahamkan setakat ini yang mana database ini merupakan satu data yang penting bagi kerajaan menyalurkan apa juga bantuan selepas ini, tidak semestinya dalam bentuk BR1M. Data-data ini harus diperkemaskinikan walaupun sikit sebanyak kita dengar di sana-sini bahawa ada kalanya penerima-penerima BR1M ini bukan mereka yang benar-bena layak, ada kadang-kadang kita terdengar duplication, ada yang juga satu keluarga dua orang dapat, isteri dapat, suami dapat, ada. Hanya kita harus tidy-up, dengan izin, supaya ia benar-benar lengkap dan boleh diguna pakai apabila kita ingin menyalurkan bantuan-bantuan pada masa-masa akan datang dengan lebih efisien dan cepat.

Berhubung dengan B.11 iaitu Perkhidmatan Am Perbendaharaan, tambahan sebanyak RM4.045 bilion diperlukan untuk membayar tuntutan subsidi bahan petroleum pada tahun 2011.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, boleh berhenti sekejap, saya hendak persilakan salah seorang Menteri membuat satu usul, persilakan Yang Berhormat.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN ESYUARAT

3.14 ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan I [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 8 Mei 2012.”

Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Page 47: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 39

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya persilakan sambung Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam perkara B11, tambahan sebanyak RM4.045 bilion diperlukan untuk tuntutan subsidi barangan petroleum pada tahun 2011. Angka ini merupakan satu angka yang selalu berubah-ubah. Jadi kadang-kadang kita dengar pihak kementerian, pihak pemimpin sendiri memberi angka-angka yang kadang-kadang tidak tepat ataupun bukan secara terperinci. Jadi saya pohon pihak kementerian supaya mengumumkan dengan lebih detil, dengan pecahannya, mengikut harga pasaran minyak pada satu-satu ketika.

Ertinya, di ketika ini katakan USD120 satu tong, berapakah subsidi yang kita kena keluarkan dan buat satu perkiraan untuk satu jangka masa sepanjang tahun 2011 supaya rakyat boleh menilai sebanyak manakah sebenarnya subsidi oleh pihak kerajaan pada satu-satu ketika. Walaupun kita tahu ada mekanisme, tetapi mekanisme yang diguna pakai itu tidak berapa transparent atau telus, jadi itu sebabnya rakyat tidak menghargai subsidi yang mereka terima sebenarnya.

Dalam B.62 yang melibatkan Kementerian Dalam Negeri Tuan Yang di-Pertua, RM167.4 juta tambahan diperlukan untuk antaranya ialah perbelanjaan perjalanan udara, bayaran sewaan projek baru siap, dan juga belanja Pilihanraya Kecil Kerdau, Tenang, Merlimau serta Ops BERSIH 1.0 dan Ops BERSIH 2.0. Ini yang saya katakan tadi, di samping belanjawan ataupun belanja yang diperlukan oleh SPR, ada lagi agensi-agensi lain yang memerlukan belanja untuk menghadapi sesuatu pilihan raya kecil itu. Di sini jumlahnya RM167. Mohon beri penjelasan secara lebih detail untuk setiap pilihan raya kecil itu dan juga untuk Ops BERSIH dan Ops BERSIH 2.0 sebagaimana yang diliputkan dalam angka-angka yang saya sebutkan tadi.

Jadi nampaknya Tuan Yang di-Pertua, belanja untuk mengurus Ops BERSIH 1.0 dan 2.0 adalah satu angka yang besar juga, yang merugikan wang pembayar cukai. Ini tidak termasuk Ops BERSIH 3.0. Jadi saya pun ingin tahu apakah angkanya untuk Ops BERSIH 3.0 ini dari kaca mata setiap agensi kerajaan, kementerian kerajaan yang terlibat secara langsung, dan yang lebih penting lagi Tuan Yang di-Pertua, ialah apakah impak kewangan, the financial impact dengan izin, kepada ekonomi Malaysia berikutan dengan Ops BERSIH 3.0 yang baru lalu.

Di bawah kementerian yang sama, RM50 juta diperuntukkan untuk membayar syarikat Nexbis Sdn. Bhd. bagi Sistem Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti National Nexcode. Ini satu pelaburan yang besar. Membeli satu sistem adalah satu pelaburan yang besar yang mana saya kurang pasti sama ada pelaburan yang sebegini besar, adakah berbaloi? Ia berbaloi kalau sistem itu benar-benar full proof system, sistem itu benar-benar boleh memudahkan cara, boleh benar-benar membantu Jabatan Imigresen Malaysia dalam mengawal kemasukan setiap warga asing tanpa ada ruang-ruang kecil yang membolehkan ada manipulasi. Saya pernah terdengar pada satu ketika di Jabatan Imigresen Malaysia sendiri...

■1520

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah?

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Sila.

Tuan Yang di-Pertua: Ya. Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Cuma perkara kecil, tadi saya dengar Yang Berhormat menyebut perkataan OPS BERSIH 3.0, rasanya tidakkah agak mencemarkan dokumen ini dengan mengiktiraf BERSIH itu di sini? Bukankah lebih baik dikatakan ‘Rusuhan 28 April’, daripada digunakan perkataan BERSIH 3.0.

Page 48: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

40 DN 7.5.2012

Saya rasa lebih afdal kita gunakan itu, sebab kalau kita gunakan BERSIH 3.0, sedangkan perkataan ”bersih” itu sendiri telah dicemarkan, dinodai. Kalau kita memberi pengiktirafan terhadap perkataan Bersih itu, seakan-akan kita membenarkan perkara itu berlaku...

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Saya sokong, saya sokong.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Lebih bijak dipanggil sahaja ‘Rusuhan 28 April’, terima kasih.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih di atas pandangan itu, saya tidak ada masalah hendak setuju, yang penting dalam rekod ini tulis sebegitu, jadi kalau itu yang diterima, boleh kita ubah, tidak ada masalah, janji yang penting kita mendapat jawapan apakah sebenarnya kerugian yang kita tanggung yang diakibatkan oleh insiden 28 April lepas.

Izinkan saya berbalik kepada soalan yang RM50 juta ini, satu pelaburan untuk membeli sistem biometrik warga asing, jadi ini satu pelaburan besar dan saya minta penjelasan bagi memuaskan hati saya menjamin bahawa sistem ini benar-benar berkesan, benar-benar boleh mengatasi masalah yang dihadapi oleh KDN dan juga JIM dalam mengurus masalah pendatang asing. Pernah satu ketika saya terdengar bahawa di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sendiri Tuan Yang di-Pertua, dia ada dua sistem rupanya, satu sistem untuk merekodkan kita keluar negara dan satu sistem lagi merekodkan kedatangan sama ada pelancong atau kemasukan semula rakyat Malaysia ke dalam negara. Soalannya ataupun isunya, adakah dua sistem ini bercakap antara satu sama lain?

Whether the two systems is compatible dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak, ini adalah satu yang sedih dan tragedi bagi kita terutamanya kepada sistem mengawal keluar dan masuk pendatang dan juga rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, perkara B.28, Kementerian Pengangkutan menyebut RM80.3 juta untuk Airline Incentive Support Enterprise (ARISE), hendak menyebut pun susah, hendak faham lagi susah. Ini pun kita tidak tahu RM77.3 juta untuk ARISE, apa benda ini pun saya tidak faham, jadi tidak payah tanya banyak-banyak, minta penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan dan juga Sistem Automated Enforcement System (AES) sebanyak RM3 juta.

Berhubung dengan Kementerian Pengangkutan, saya hendak tahu, apa status Airport KLIA2, tadi kita dah mendengar rintihan berhubung dengan kesesakan Terminal Tambang Murah, LCCT. Nampaknya kita akan beralih tidak lama lagi kepada satu terminal baru KLIA2 yang hari ini dilaporkan akan mencecah RM3.9 bilion. Jadi kita berharap dan kita mahu supaya accountability dalam menguruskan kos pengendalian dan juga kos pembinaan terlebih dahulu KLIA2 ini benar-benar mencapai matlamat supaya selaras dengan kemasukan bilangan penumpang industri penerbangan itu sendiri. Antara isu pokok selalu dibincangkan ialah masalah penggunaan aerobridge yang hari ini pihak MAB masih lagi tidak ada jawapan tentang aerobridge sama ada siapnya airport baru ini esok, kita akan berjalan kaki daripada terminal ke kapal terbang, ataupun kita akan menggunakan jambatan aerobridge ini bagi memudahkan dan juga mengelak kita daripada kena hujan dan ribut panas dan sebagainya.

Berhubung dengan Kementerian Pengangkutan, saya terpanggil juga untuk membincangkan urusan public transport dengan izin, iaitu bas Cityliner, tadi Datuk Rahman menyebut tentang bas MARA yang dalam anggaran perbelanjaan tambahan ini menyebut RM25 juta diberi kepada bas MARA. Dalam isu Cityliner, hari ini Cityliner telah gagal memberi perkhidmatan sebagaimana yang diharapkan kerana alasan yang diberikan adalah kos operasi melebihi daripada kadar revenue mereka. Di beberapa negeri, perkhidmatan Cityliner telah diberhentikan, di Negeri Sembilan sendiri tempat saya, perkhidmatan itu disambung semula tetapi dengan ihsan di subsidi oleh kerajaan negeri hingga hampir RM600 juta bagi memastikan Cityliner terus beroperasi. Akan tetapi rakyat di luar sana, setiap hari saya mendapat maklum balas bahawa perkhidmatan mereka tidak memuaskan, tidak menyeluruh, tidak tepat pada waktunya dan menyulitkan kadang-kadang.

Jadi ini menunjukkan bahawa kementerian perlu review the whole system, dengan izin, supaya ada situasi menang-menang di antara pemilik atau tuan punya syarikat bas, operator syarikat bas dengan kerajaan dan juga dengan para pengguna.

Page 49: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 41

Sampai bila isu ini hendak didiamkan kerana yang akhirnya terjejas dan susah

ialah para pengguna yang mana mereka tidak mempunyai cukup pendapatan untuk menggunakan kereta persendirian.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Kementerian Kesihatan, satu angka yang tinggi juga kedapatan dalam Perbekalan Tambahan ini, dan kita seharusnya bangga dan bersyukur dengan tahap yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan. Akan tetapi yang merunsingkan saya ialah perkhidmatan yang diberi oleh syarikat-syarikat ataupun hospital-hospital swasta yang mana hari ini kalau kita sama-sama lihat, terdapat satu jurang yang sungguh besar dalam segi kos yang dikenakan kepada kita setiap kali kita menggunakan perkhidmatan hospital swasta.

Dalam satu contoh, saya berani menyebut apabila saya pergi ke hospital swasta baru-baru ini, semata-mata ingin mendapat sedikit konsultasi berhubung tangan saya yang bengkak di tapak tangan saya dan menggelembung, saya pergi hospital swasta minta khidmat nasihat, diberi sedikit ubat, saya kena bayar lebih daripada RM100, bayangkan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ini bagi saya satu contoh yang mudah tetapi inilah yang terjadi sekiranya kita alami sendiri di hospital-hospital swasta, hospital-hospital pakar yang mana jurang dalam skala costing mereka adalah jauh terlalu tinggi yang pernah dijawab di dalam Dewan yang mulia ini bahawa kementerian cuba mengawal, kementerian ada skalanya tetapi realitinya masih tidak menggambarkan satu keadilan.

■1530

Jadi kita memohon supaya Kementerian Kesihatan lebih proaktif lagi agar hospital-hospital tidak mengenakan caj yang terlampau tinggi. Dalam usaha meningkatkan sistem kerajaan di negara kita, kita selalu mendengar pihak atasan mengesyorkan supaya delivery system, dengan izin, di negara kita ini di semua kementerian ditingkatkan. Dalam pengalaman saya sendiri sebagai seorang Ahli Dewan Negara kadang-kadang saya lihat apa yang di cakap tidak serupa dengan apa yang kita alami. Apabila kita berurusan dengan separuh ataupun sebahagian daripada kementerian dengan pihak atasan dalam kementerian ataupun jabatan kita berhubung ataupun menulis surat, saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat kadang-kadang boleh merasa kecewa.

Dalam pengalaman saya sendiri saya telah menulis sebuah surat kepada sebuah ketua pengarah sebuah agensi yang dinamakan Tekun Nasional pada 16 Januari yang lalu tahun ini dan hari ini sudah 7 Mei saya masih belum mendapat jawapan sehingga ke hari ini. Saya bukannya bertanyakan tentang soalan dasar, saya bukan bertanya tentang strategic direction dia, saya hanya bertanya tentang apakah pencapaian, apakah yang telah dilakukan di dalam kawasan saya sendiri, di dalam ruang tadbir saya sendiri tetapi pun tidak melayan.

Jadi ini satu perkara yang kecil tetapi inilah realitinya sebagaimana yang saya sebutkan tadi, kalau kita tidak bendung perkara-perkara sebegini nampaknya fungsi kita sebagai seorang Ahli Dewan Negara di perkecilkan oleh sesetengah pihak. Jadi saya berharap perkara sebegini mendapat pandangan daripada KSN sendiri kerana Ahli-ahli Dewan Negara sebagai mereka-mereka ataupun individu-individu yang sama-sama mempunyai peranan bagi meningkatkan dan memajukan negara dan membantu meningkatkan prestasi perkhidmatan awam itu, ada tanggungjawabnya untuk menjawab surat-surat daripada kami...

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Minta izin menyentuh sedikit.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat, silakan.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik kepada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb tadi berhubung surat yang tidak dijawab. Saya suka menyentuh bukan sahaja surat tidak terjawab tetapi kadangkala kita Ahli-ahli Dewan Negara ini yang sebenarnya embarrasse. Apabila kita hendak berjumpa Perdana Menteri misalannya, terpulanglah ini kepada mustahak ke tidaknya, kita mesti mendapatkan appointment. Dalam pengalaman saya dalam masa dua atau tiga minggu mendapat. Akan tetapi setengah-setengah agensi kerajaan ataupun jabatan kerajaan sendiri pun, kita hendak membuat appointment kadangkala dua bulan tidak dapat, kononnya sibuk sangat.

Page 50: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

42 DN 7.5.2012

Saya fikir kalaulah perkara ini berlaku, ini bukan kerana kita hendak fikir untuk personel dan sebagainya, kerana kerja kita kadangkala dua bulan tidak dilayan, ini hanya untuk membuat appointment sahaja. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Rahim yang sama-sama berkongsi pengalaman tentang apa yang kita hadapi ketika berurusan dengan public sector di negara kita dan banyak lagi sebenarnya. Apa yang saya sendiri beritahu sebagai satu contoh kecil yang saya rasa dilaung-laungkan sebagai sesuatu yang besar tetapi tidak mampu untuk deliver, kalau itulah yang masih lagi terjadi sudah tentu kita lahirkan kekesalan dan kita meminta perkara seumpama ini tidak lagi berlaku di dalam sistem pentadbiran kerajaan kita.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian tentang pembinaan sekolah-sekolah yang di bawah RMKe-8 dahulu, di bawah sistem apa yang kita namakan PMC. Di mana pada ketika itu sekolah-sekolah telah dibina segera bagi mengisi keperluan. Apa yang menjadi sedikit kekeliruan dan juga untuk saya menarik perhatian ialah kebanyakan sekolah-sekolah ini termasuk yang ada di dalam kawasan saya, prestasi ataupun mutu bangunan sekolah ini tidak seperti yang dijangkakan, dengan kata lebih ringkas is below par. Jadi di separuh sekolah itu walaupun telah diguna pakai hampir sepuluh tahun sehingga hari ini tidak ada CF dikeluarkan. Daripada laporan sekolah yang saya lihat terdapat sekolah-sekolah yang mana sebahagian daripada bangunan sekolah itu telah runtuh, ada.

Soalannya, apakah tindakan kita terhadap sekolah-sekolah yang dibina di bawah skim PMC ini. Adakah kita akan melihat semula tentang kualiti-kualiti yang telah siap itu, adakah kita akan membaik pulih dan adakah kita akan mengusahakan supaya bangunan-bangunan sekolah tersebut akan diiktiraf oleh pihak-pihak PBT masing-masing. Jadi itulah sahaja yang sempat saya hujahkan kali ini, saya mengucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi.

3.38 ptg.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk turut sama membahaskan Bajet Tambahan 2012. Pertama berkenaan dengan Kementerian Kewangan iaitu pada B.10 berkenaan dengan saya hendak bertanya kepada kerajaan, bilamana kerajaan telah pun melancarkan baru-baru ini lebih kurang 16 Januari 2012, wang-wang siling baru yang berjumlah 50 sen dan 20 sen, kerana kita lihat setakat ini banyak lagi vendor-vendor dan pengguna-pengguna yang mengguna pakai wang siling untuk membayar parking sebagai contohnya masih lagi belum memenuhi piawaian dan membenarkan penggunaan wang siling baru.

Jadi saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan, berapa lama masa yang diberikan kepada mereka untuk menukar mesin-mesin ini dan adakah kerajaan mengkaji bilamana dibuat perubahan kepada wang-wang siling ini kesan yang berlaku terutamanya kepada seluruh PBT-PBT di seluruh negara yang sebelum ini menggunakan wang-wang siling biasa tetapi terpaksa menukar mesin-mesin baru kerana pertukaran wang siling ini. Saya juga ingin tahu berapakah jumlah duit ringgit yang rosak, yang telah pun dilaporkan sebelum ini dan juga bagaimana penggunaan wang kertas RM5 wang plastik itu. Kerana banyak juga tempat-tempat yang tidak menerima sehingga ke hari ini.

Jadi di dalam konteks ini, kadang-kadang apabila kita ada RM5 dan 50 sen seperti ini seolah-olah kita tidak membawa duit sebab ia tidak ada nilai. Jadi saya memohon kalau perkara ini sudah dibuat, jadi apa benda yang telah pun dibuat jadi apa benda yang telah pun dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan perkara ini tidak berlarutan, kalau masa itu enam bulan adakah penguatkuasaan akan dibuat selepas ini untuk memastikan wang-wang ini dapat digunakan sepenuhnya oleh rakyat.

Antara perkara-perkara yang diberitahu kepada kita ialah kos untuk membuat wang siling ini terlalu mahal dan saya hendak tanya juga berapakah jumlah yang telah pun dibelanjakan dan penjimatan yang dapat kita capai akibat daripada pembuatan wang siling baru 50 sen dan 20 sen ini.

Page 51: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 43

■1540

Kedua, berkaitan dengan budaya ilmu dan penterjemahan. Saya rasa ada kaitan dengan Kementerian Pelajaran iaitu negara kita ini adalah sebuah negara yang pelbagai bangsa yang pada hari ini pejuang bahasa kita pun ada dalam Dewan Negara. Akan tetapi kita lihat budaya ilmu masih belum lagi menjadi perkara yang meluas dalam negara kita dan kita lihat bagaimana kekesalan ini ditunjukkan oleh ramai penerbit dan juga penterjemah. Negara Taiwan sebagai contohnya mempunyai 20 juta orang penduduk dan mereka mengeluarkan 38,000 judul buku setiap tahun dan 8,000 buah buku ini adalah buku-buku yang diterjemahkan. Begitu juga negara Jepun, daripada 100 buku yang paling popular, 50 peratus buku ini adalah buku-buku yang diterjemahkan.

Dalam konteks ini, saya memohon kepada pihak kerajaan untuk memberitahu kepada Dewan berapakah kadar subsidi yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada institut penterjemahan dalam negara kita dan juga kepada persatuan penterjemah sama ada yang swasta ataupun yang korporat? Ini kerana kita melihat di negara-negara yang maju, mereka banyak beri dan tentukan kadar-kadar yang tinggi untuk bayaran penterjemahan. Saya tidak mahu kita meninggikan kadar penterjemahan yang mengakibatkan harga buku-buku jadi naik tetapi kalau kita boleh kontrol, kerajaan boleh memberikan subsidi kepada penterjemah-penterjemah kerana saya faham berdasarkan kepada rekod yang kita semak dalam institut terjemahan ini kita ada lebih kurang 1,000 lebih penterjemah yang aktif. Kalau setiap penterjemah ini memang aktif menulis buku ataupun menterjemah buku, kita akan dapat lihat banyak berlaku pertambahan buku dalam negara kita.

Kita difahamkan juga bahawa kos untuk mengimport buku-buku bahasa Malaysia dari negara Indonesia adalah amat tinggi, 99 peratus buku-buku agama kita datang daripada buku-buku yang diimport. Jadi saya hendak bertanya juga apakah implikasi kepada sektor kita serta buku kita kerana ini sebenarnya akan mencorakkan pada industri buku itu sendiri. Juga kaitan antara pesta buku yang telah pun dilaksanakan...

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh mencelah?...

Saya dapat mengesan sama ada kesan yang betul atau tidak betul, saya tidak tahulah, seakan-akan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi menyalahkan kerajaan juga kerana buku-buku ilmiah tidak mencukupi. Bukankah ini kesalahan individu-individu, cerdik-pandai macam Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi sendiri atau katalah rakan-rakan saya yang lain. Jadi kalau segala-galanya dipulangkan kepada tanggungjawab kerajaan, seakan-akan inisiatif pihak lain kita abaikan sahaja. Sedangkan saya rasa kelembapan penerbitan buku-buku ilmiah ini banyak bergantung kepada kurang kreatifnya, kurang aktifnya golongan cendekiawan kita. Akan tetapi cara Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi menyebut itu seakan-akan ini tanggungjawab kerajaan. Terima kasih.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Saya rasa kalau didengari dengan cara baik... Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cara yang saya sebutkan tadi ialah hendak tanya pada sumbangan oleh pihak kerajaan dalam memberikan subsidi kepada penterjemah-penterjemah ini kerana kita difahamkan negara-negara maju, kadar bayaran untuk harga penterjemahannya tinggi. Mengapa saya kemukakan isu ini? Ini kerana dalam negara kita, yang terlibat ataupun yang belajar di universiti, 70 peratus adalah kaum wanita yang kemudiannya akan turun kepada masyarakat, sebahagian akan bekerja, sebahagian lagi akan menjadi profesional ataupun yang akan berada di rumah. Kalau kita memberikan pulangan yang besar pada kos-kos untuk penterjemahan, boleh menjadi satu-satu sektor kepada mereka untuk wanita-wanita ini kemudiannya menulis dan menterjemah segala buku-buku yang baik untuk kemudiannya dibaca oleh rakyat.

So dalam konteks ini kita tidak mahu sebarang kenaikan ini akan mengakibatkan kenaikan kos tetapi kita mahu agar dibantu sektor ini supaya menggalakkan industri buku menjadi lebih baik. Ini kerana kita difahamkan, kalau seorang penterjemah dapat menterjemahkan lapan judul buku setahun, kalau kita ada 1,000 orang penterjemah, kita akan dapat menerbitkan 8,000 buku setahun. Kalau juga mereka ini ada editor yang boleh mengedit 20 judul setahun, 400 orang editor diperlukan. Kalau kita hendak membuat buku, kita perlu ada artis kulit buku. Jadi kita mungkin memerlukan 266 artis kulit buku. Begitu juga dengan artis layout, kerja-kerja profesional pracetak. Jadi sebenarnya ini akan menerbitkan lagi kerja-kerja baru kepada masyarakat yang saya rasa tidak boleh perkara ini hanya dibuat oleh pihak biasa tetapi harus di dokong dengan sesungguhnya oleh kerajaan. Saya bukan menyalahkan kerajaan. Dalam konteks ini, saya juga rakyat Malaysia.

Page 52: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

44 DN 7.5.2012

Saya kira perkara ini akan menjadi sebab beberapa percubaan dibuat oleh rakan-rakan saya yang menterjemah buku daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu ataupun daripada bahasa Inggeris pada bahasa Melayu. Akan tetapi kebanyakan mereka ini terutama sebab di universiti-universiti di peringkat tahun satu, tahun dua, tahun tiga, kadang-kadang ditipu. Terjemah, terjemah, terjemah, diambil oleh orang lain, kemudian dia kata tidak bayar, tidak dapat terbit, kemudian akhirnya dapat diterbitkan. Jadi dalam konteks ini, kita mahu agar satu polisi dan sistem sokongan yang lebih baik dibuat oleh pihak kerajaan untuk menjana dan memastikan semua orang dapat manfaat sebab kita rasa begitu sekali kita lihat sambutan yang diberikan kepada pesta buku.

Banyak buku dan saya cukup kecil hati apabila saya pergi ke Indonesia, saya boleh membeli buku dengan harga RM3,000 dan saya dapat membawa balik, beratus-ratus buah buku bawa balik ke Malaysia. Akan tetapi kalau dengan RM3,000 saya pergi ke pesta buku, saya dapat bawa balik buku tidak sampai dalam 50 buah buku sebab harga buku dalam negara kita cukup mahal. Jadi dalam konteks ini rugilah. Rugilah kepada rakyat yang hendak membaca buku, kalau harga buku tinggi. Akan tetapi kalau kita dapat membantu daripada segi bantuan-bantuan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan, saya rasa dalam konteks ini, kita mohon juga agar bajet pada masa hadapan, diberikan lebih banyak kepada industri penterjemahan ini agar orang boleh nampak bahawa tidak semestinya kita menjadi pandai bahasa Inggeris baru negara kita akan menjadi maju.

Ini kerana kita lihat kes yang berlaku pada negara jiran kita iaitu Filipina yang mementingkan bahasa Inggeris menjadi pengimport buku-buku dalam bahasa Inggeris dalam kes ini, import kertas dikenakan cukai oleh Kerajaan Filipina. Untuk buku-buku import, tidak kena cukai. Jadi dalam konteks ini, kita lihat kos-kos menerbitkan buku terbitan tempatan menjadi mahal. Kita akan lebih rugi kalau kita ambil buku orang lain yang sudah berbahasa Inggeris seperti negara mereka sebagai buku import. Akan tetapi kalau kita terjemahkan dalam bahasa kita, kita dapat banyak perkara yang boleh sebenarnya kita berikan kepada rakyat. Saya juga hendak bertanya tentang kaitan antara pertunjukan fesyen yang telah pun dibuat semalam dalam pameran buku dengan pameran buku itu sendiri. Jadi kalau kita lihat dalam konteks ini, yang pergi ke pameran buku hendak lihat pameran buku, tiba-tiba ada pertunjukan fesyen yang saya rasa mungkin tidak sesuai dalam majlis itu dibuat.

Begitu juga saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan pameran. Saya pergi ke program perasmian Rural Transformation Centres yang dibuat di Tunjong, Kelantan pada tempoh hari oleh Perdana Menteri. Saya benar-benar mengharapkan apabila saya sampai di sana, saya akan melihat pameran-pameran yang berkaitan dengan agro makanan. Tiba-tiba saya sampai di sana, saya masuk, berjalan, penuh dan saya lihat ada pameran kenderaan tentera, pameran polis, penjara dan saya melihat ramai pelatih PLKN yang ada di sana. Jadi, saya tidak tahu apa kaitan perkara ini dengan agro business ataupun agro makanan dan saya ingin juga bertanya, berapakah kos yang telah dihabiskan untuk perasmian program ini dan juga mengapakah pemilihan dibuat dalam kiraan saya tempat-tempat sebagai contohnya Tunjong itu bukanlah luar bandar tetapi terletak hampir dengan bandar? Ini kerana kalau kita betul-betul hendak memajukan luar bandar sepatutnya kita pilih tempat yang lebih ke dalam sedikit supaya kita dapat memajukan tempat tersebut dan saya pohon diberikan perincian mengapa perkara ini berlaku.

Juga saya hendak bertanya berapakah kos yang telah dihabiskan untuk pengangkutan pelatih-pelatih PLKN dari Kuala Lumpur, dari Setiu ke Kelantan semata-mata untuk program perasmian ini yang saya rasa lebih afdal kalau kita dapat bawa orang-orang yang berkaitan dengan penanaman dan makanan, bukan pelatih-pelatih dalam kursus PLKN.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Saya mohon mencelah sedikit boleh?

Tuan Yang di-Pertua: Ya. Silakan Yang Berhormat Senator.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Ya sebab saya rasa daripada segi pendekatan ataupun apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi dengan pelatih PLKN itu saya rasa tidak menjadi masalah. Ini kerana modal insan yang akan datang. Jadi saya melihat kalau daripada segi konteks untuk mengatakan ada perancangan di sebalik itu, saya tidak nampak sebab ini perlu juga.

Page 53: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 45

Kalau kita lihat daripada segi pendedahan mereka, bukan sahaja daripada segi

agro pertanian tetapi daripada segi skil pertahanan mungkin perniagaan perlu didedahkan mereka ini. Jadi, waima di mana pun mereka ini diangkat, saya rasa itu bukan persoalan.

Kita tidak perlu menyalahkan atau mencari jalan bagaimana mengatakan adalah unsur-unsur lain yang cuba didedahkan kepada mereka. Jadi saya tidak melihat keadaan itu. Cuma kerajaan ingin memberikan pendedahan kepada mereka ini untuk memastikan apa yang perlu mereka lihat untuk masa depan mereka. Jadi saya rasa pandangan yang diberikan tadi itu kalau boleh kita elakkan daripada persepsi yang agak tidak baik seperti mana yang disarankan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah tadi dan kita melihat pada persepsi pembangunan modal insan itu sendiri. Terima kasih.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya nampak dalam Dewan kita pada hari ini sudah menjadi lain daripada biasa sebab kalau kritikan yang diberikan oleh pihak daripada Barisan Nasional, tidak ada perasaan lain. Kalau saya cakap sikit, ada masalah lain. Saya sebutkan perkara ini kerana minggu lepas saya nyatakan kepada Kementerian Pertahanan, dalam Defense Services Asia (DSA) yang sepatutnya kita bawa pelajar-pelajar PLKN...

■1550

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh tanya sikit?

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: ...Kita tidak bawa. Saya minta maaf, saya minta maaf. Ini kali terakhir saya bercakap dalam bajet. Jadi saya pohon kalau – perkara ini direkod.

Ya, dalam DSA kita tidak bawa pelajar PLKN. Sedangkan DSA itu berkaitan terus dengan pelajar-pelajar dalam PLKN. Tiba-tiba RTC yang berkaitan dengan Agrobusiness kita bawa pelajar PLKN. Saya hendak tanya sekarang ini dalam bajet, berapa perincian? Bukan saya pertikaikan. Kita sepatutnya kalau boleh dalam Dewan Negara ini daripada kosong macam ini, panggil pelajar PLKN duduk di sini. Tengok apa yang kita bahaskan. Itu lagi baik untuk pembangunan insan bukan hanya kita hendak bawa kepada RTC.

Jadi sekarang dalam konteks ini, saya hendak minta pihak kerajaan jelaskan berapa bayaran, berapa kos yang dihabiskan untuk pengangkutan dan rasional. Sebab mungkin mereka ada rasional tersendiri kenapa tidak bagi DSA, kenapa bawa RTC. Kenapa pergi ke konsert, tidak bawa ke Parlimen. Mereka ada alasan dan saya hendak dengar alasan itu dalam jawapan yang diberikan oleh kerajaan kerana ini duit rakyat. Lima sen kah, sepuluh sen kah ini perlu untuk kita tahu.

Saya juga hendak bertanya kepada pihak Parlimen sendiri berkaitan dengan perbelanjaan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Berapakah jumlah private bill, hybrid bill dan private member bills yang telah pun diterima dalam perbahasan di dalam negara kita. Sebab sepanjang saya berada di dalam Parlimen, saya belum pernah lihat lagi sebarang undang-undang sama ada persendirian, undang-undang Ahli Parlimen secara persendirian atau undang-undang campuran yang dikemukakan dan dapat dibahaskan melainkan hanyalah undang-undang awam. Kita juga hendak lihat sebab perkara ini penting untuk kebaikan Parlimen sendiri.

Banyak hal yang kita bincangkan tentang orang lain dapat impact, dapat input tetapi apabila kita bahaskan perkara yang berkaitan dengan Parlimen orang pandang kita kecil. Saya tanya tentang Pegawai Penyelidik, jawapan dia umum. Saya tanya tentang bas Parlimen, jawapan dia umum. Kita sekarang pindah daripada sana ke sini, bangunan ini dapat dibuat dengan cantik sebab kemungkinan boleh digunakan untuk Parlimen Belia tiba-tiba kantin kita betul-betul macam dalam keadaan boleh dicabut pada bila-bila masa sahaja. Jadi kita hendak duduk di sini lima tahun, tidakkan siap dalam masa setahun.

Kalau dekat sana kantin untuk umum, tidak bolehkah buat kantin dengan lebih proper untuk Ahli Parlimen. Saya rasa saya tengok macam itu – saya tidak apa saya hendak habis sudah tetapi tengok kalau hujan lebat-lebat tengok macam mana kalau tercabut semua benda ini macam mana? Jadi kalau tempat kita boleh buat tandas yang baik, bilik sembahyang yang baik, tempat persidangan yang baik, kenapa untuk makan Ahli-ahli Parlimen hendak makan sampai basah-basah. Jadi dalam konteks ini, saya pohonlah bercakap dalam soal Parlimen ini orang lain tidak akan bercakap dan tidak akan bela Ahli Parlimen.

Page 54: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

46 DN 7.5.2012

Jadi tolonglah untuk kita bahaskan bajet untuk orang lain, tolong tengok juga kepentingan Ahli Parlimen. Jangan sampai berlaku kerana sudah Ahli Parlimen yang tergelincir, patah baru hendak buat tindakan. Sebab tempat hendak naik pergi tempat makan pun macam dalam keadaan yang begitu bahaya Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya mintaklah kalau boleh tolonglah, berilah kalau bajet itu RM50,000 tolonglah buat satu tempat yang lebih proper sikit...

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Saya sokong.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Sokong.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Saya pun sokong. Yang ini memang saya sokong.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Berhubung dengan tempat makan itu saya 100 peratus setuju...

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Ini tidak ada masalah ya... [Ketawa] Okey, kemudian.

Seorang Ahli: Saya tidak ada masalah.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat, sila Yang Berhormat.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Kemudian berkaitan dengan...

Puan Hajah Noriah binti Mahat: Tambah satu Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Puan Hajah Noriah binti Mahat: Kalau boleh makan pun free lagi baik.

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan – saya tidak tahu hendak bawah kementerian mana. Mungkin yang sesuai Jabatan Perdana Menteri berkaitan dengan sistem perkuburan. Kita lihat, kita banyak bincang pasal benda lain dalam negara kita. Kita jarang bincang pasal sistem perkuburan. Kita bincang tentang masjid, kita bincang tentang sekolah. Jadi saya mohon kepada pihak yang berkenaan untuk memberikan kepada kita bagaimanakah perancangan untuk sistem perkuburan moden membabitkan orang Islam dan contoh kubur-kubur yang telah pun dipantau oleh JAKIM secara proper kemungkinan di Wilayah Persekutuan yang boleh dijadikan contoh untuk kerajaan-kerajaan negeri ataupun PBT-PBT menjadikan sistem ini satu sistem yang lebih baik.

Ini kerana kalau kita lihat kalau untuk orang Kristian, orang Cina mungkin dapat lebih proper tetapi apabila sistem perkuburan orang Islam dia akan hanya dibersihkan apabila tunggu time hari raya. Bagi saya kita juga akan pulang di situ juga. Kalau dekat sini kita dapat duduk kerusi yang empuk, saya pun hendak balik dalam keadaan masuk kubur dalam keadaan yang sempurna. Anak-anak saya datang melawat sebab kubur kita proper dan saya rasa ini pun perlukan perancangan. Saya juga hendak tahu tentang status terbaru berkaitan dengan projek Makam Negara kah, Pusara Negara yang telah pun disebut sebelum ini.

Begitu juga saya hendak tanya kepada pihak yang berkenaan. Berkenaan dengan ASTRO dan tadi telah disebut tentang TV Alhijrah. Saya difahamkan untuk ASTRO, bayaran bulan untuk bersendirian dikenakan mungkin agak reasonable walaupun agak berat bagi sesetengah orang. Akan tetapi, kalau untuk komersial kita difahamkan satu saluran mereka kena tambah RM100. Jadi bayaran komersil ini ditetapkan kepada semua syarikat komersial tanpa membezakan antara restoran KFC dan juga restoran-restoran di kampung. Jadi kalau asal sahaja yang melibatkan perniagaan satu saluran kena RM100.

Saya minta kalau boleh dalam konteks sini, kerajaan boleh mengawal dan memberikan sedikit panduan kepada pihak ASTRO agar boleh membezakan antara tempat-tempat komersial yang berprestasi tinggi dengan tempat-tempat komersial yang berstatus rendah. Sebagai contohnya, sekarang ini musim bola. Banyak kedai di kampung yang hendak tunjuk ASTRO. Hendak tengok bola tetapi mereka terpaksa habiskan empat, lima ratus semata-mata hendak dapat satu siaran begitu.

Page 55: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 47

Jadi saya pohon - ya lah kita faham ini tempat komersial, kedai makan. Akan

tetapi, kedai makan ini kerusi pun ada tidak sampai 50. Jadi tidak munasabah benda ini dibuat begini. Saya pohon dikaji balik.

Saya juga hendak tahu perkembangan berkenaan dengan e-sedekah. Kita lihat dalam sistem perbankan Bank Islam khususnya adalah mudah untuk mana-mana orang yang menjadi ahli ataupun pengguna kepada sistem Bank Islam untuk memberikan sedekah kerana mereka boleh click terus keluar dan mereka dapat sumbangkan secara bulanan atau harian kepada mana-mana masjid yang mereka inginkan. Saya hendak tahu adakah kerajaan berminat untuk menjadikan sistem ini sistem yang diguna pakai untuk semua masjid di seluruh negara khususnya yang berada di bawah pemantauan JAKIM dan menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri juga untuk membuat perkara sedemikian. Sekiranya perkara ini diterima pakai, saya pohon dibuat garis panduan untuk pemantauan agihan wang-wang ini dan penggunaan wang-wang ini.

Saya juga hendak tahu tentang perkembangan wakaf dalam JPM setelah kita mempunyai Jabatan Wakaf yang telah ditawar oleh Jabatan Perdana Menteri. Bagaimana sistem dan keadaan sehingga sekarang.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak mungkin Bank Negara berkenaan dengan sistem e-Banking. Kalau untuk sistem Maybank apabila kita hendak bank in duit pada sesiapa, mereka akan paparkan kembali nama-nama. Akan tetapi, ada sesetengah bank-bank yang mengenakan electronic banking, apabila dimasukkan nama dan masukkan nombor akaun dan dimasukkan dalam laman favorite, bank terus tukar bagi duit masuk tanpa keluarkan balik nama-nama penerima akaun dan nombor. Saya rasa ini adalah satu perkara yang menyebabkan banyak berlaku kesilapan pembayaran dan masuk akaun orang lain. Jadi kalau boleh saya pohon agar dibuat satu polisi untuk mengelakkan perkara ini sebagai ciri keselamatan tambahan. Jadi kalau yang Maybank itu sudah bagus saya harap ini dapat digunakan oleh semua bank lain yang terlibat dalam sistem e-Banking kerana dapat banyak juga kes-kes yang melibatkan pengguna yang tersilap masuk.

Sebab kadang-kadang nombor satu digit silap, nama tidak keluar untuk semakan semula sudah masuk akaun orang lain. Dalam konteks ini, saya mintalah pihak yang berkenaan untuk memastikan perkara ini tidak berlaku.

Saya juga hendak tanya kepada pihak kerajaan berkaitan dengan Kementerian Kesihatan. Kes-kes bersalin secara biasa dan kes caesarean yang membabitkan rakyat seluruh negara kerana kita lihat kalau dulu kes bersalin ini biasanya beranak tidak pakai pembedahan. Akan tetapi, sekarang ini dalam satu kes setiap hari mesti ada kes pembedahan dan kosnya sebenarnya amat tinggi kepada pihak kerajaan mahupun pihak swasta. Jadi saya hendak tanya nisbah sekarang ini nisbah antara kes-kes bersalin biasa dengan kes-kes caesarean kepada wanita rakyat Malaysia.

Saya juga hendak bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan kenaikan mendadak insurans kenderaan pihak ketiga khususnya motosikal. Adakah pihak kerajaan mengkaji dan melihat impak ini kerana sekarang ini untuk memperbaharui insurans pihak ketiga ada yang kena bayar sehingga hampir RM200 sedangkan harga motornya pun RM600. Jadi dalam konteks ini, saya minta pihak yang berkenaan tolong kemukakan dia punya nisbah dan kajian ini supaya kita dapat tengok, kita hendak bantu rakyat. Sebab mereka ini kalau sudah terlalu mahal, mereka mungkin tidak akan bayar. Tidak akan bayar langsung dan ini akan menyebabkan masalah lain pula sekiranya berlaku kemalangan sama ada pada diri ataupun kepada orang lain yang mereka langgar.

Saya juga hendak bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan tindakan yang dibuat oleh pihak PDRM khususnya untuk mengatasi kes-kes penculikan kanak-kanak yang kian meningkat. Jadi kalau dulu kita rasa selamat tetapi setelah berlaku kes seperti Dirang, kes yang terbaru kanak-kanak antarabangsa yang hilang. Banyak kes-kes penculikan yang berlaku dan saya rasa ini menyebabkan kita rasa hendak hantar anak ke mana-mana pun susah hati.

■1600

Jadi ada tidak pendekatan baru yang dibuat oleh pihak polis sebagai contohnya untuk memastikan kes-kes sebegini tidak meningkat. Kalau boleh perkara pendidikan ini harus dibuat mungkin di peringkat sekolah lagi untuk memberikan penerangan-penerangan secara lebih intensif. Oleh kerana perkara ini amat sebenarnya menjadi satu budaya yang menakutkan kepada ibu bapa.

Page 56: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

48 DN 7.5.2012

Pagi tadi kita dengar tentang soalan berkaitan dengan bagaimana operasi untuk membasmi pelacuran. Saya ingat pada tahun lepas saya tanya kepada pihak kerajaan dan kita dimaklumkan bahawa pihak PDRM telah membuat 89,857 serbuan untuk kes-kes Ops Maksiat. Akan tetapi walaupun 89,857 serbuan di antara tahun 2003 hingga tahun 2010, kita masih belum dapat nyahkan atau membasmi pelacuran dan menyelamatkan anak-anak gadis kita ataupun pendatang-pendatang yang...

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk membasmi kegiatan pelacuran ini dan kita lihat mungkin antara sebabnya kerana kebanyakan pertuduhan yang dibuat mereka akan dibuat di bawah Undang-Undang Kesalahan Kecil Rumah Urut dan Spa. Saya pohon kepada pihak kerajaan untuk kita mengatasi masalah ini untuk meningkatkan daripada undang-undang kesalahan kecil ini diangkat terus kepada akta yang lebih berkuasa supaya kita dapat mengawal dengan lebih efektif kerana tidak guna kalau kita buat 89,000 serbuan, merugikan tenaga anggota polis untuk membuat serbuan tetapi kes tidak dapat dibasmi kerana mereka dapat bayar kerana ini hanya berada di bawah undang-undang kesalahan kecil.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Yang Berhormat saya minta masuk sikit boleh tidak? Tumpang mencelah sikit. Oleh sebab saya hendak sambung Yang Berhormat cakap tadi itu. Terima kasih sebab saya cuma hendak ulas serba sedikit sahaja Yang Berhormat mungkin saya boleh tambah dari segi saranan Yang Berhormat tadi. Jadi mungkin kita boleh minta juga pihak berkuasa terutamanya polis untuk mengeluarkan dari segi purata ataupun indeks yang berkaitan masalah-masalah yang disebutkan tadi mengikut negeri-negeri. Kita lihat negeri mana yang mempunyai permasalahan yang sebegini banyak dan kita lihat bagaimana dari segi sistem pentadbiran itu berlaku di dalam negeri tersebut. Ini cuma sebagai cadangan tambahan dari apa Yang Berhormat kata tadi.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Saya tidak ada masalah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkara tersebut boleh kita dapatkan secara rasmi supaya kita dapat selesaikan isu ini kerana isu ini berlaku kadang-kadang secara terlalu berleluasa. Saya rasa perkara ini tidak baik untuk masa depan negara kita. Berkaitan dengan TV Hijrah, saya mengucapkan terima kasih kerana TV Hijrah ini telah pun dibuat. Cuma dalam konteks ini kita juga, saya menyokong cadangan yang dibuat tadi, Datuk Najib. Kalau boleh kita jadikan TV Hijrah ini TV yang alternatif secara percuma juga kepada rakyat. Bukan yang berbayar supaya mereka boleh dapat siaran ini secara meluas.

Saya hendak rakamkan tahniah kepada rakan-rakan artis terutamanya wanita yang telah pun tampil menutup aurat. Saya rasa dengan adanya TV Hijrah ini memberikan peluang kepada mereka untuk lebih aktif dan memberikan masa depan yang lebih cerah kerana mereka adalah ikon kepada masyarakat. Oleh kerana dalam konteks untuk kita berdakwah, tidak ada sekatan kepada mana-mana profesion sebenarnya.

Saya hendak tanya kepada pihak kerajaan berkaitan dengan sumber asli dan alam sekitar. Saya difahamkan bahawa gas-gas salur, kos untuk penggunaan gas-gas salur ini berbeza antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Kita difahamkan bahawa untuk penggunaan gas-gas tong yang sekarang ini dijangka dalam harga RM26 untuk satu tong, harga ini mungkin tidak jauh beza tetapi untuk gas-gas salur saya difahamkan kalau di Miri, Sarawak harganya lebih rendah. Di Semenanjung Malaysia harganya lebih mahal.

Jadi saya hendak tanya di sini berapa banyakkah pengguna-pengguna yang menggunakan gas salur ini? Berapa bilangan dia? Berapa kos? Benar kah ada beza di antara pengguna ini di Sabah dan Sarawak dan juga di Semenanjung Malaysia? Berapa negerikah di dalam Malaysia yang mempunyai kemudahan untuk mendapatkan gas-gas salur untuk mendapatkan gas bagi kegunaan untuk mereka memasak di rumah?

Pagi tadi kita ada dua soalan. Soalan pertama dan soalan kelima yang tidak dapat ditanya kerana kebetulannya kedua-dua Ahli Parlimen yang berkenaan tidak dapat hadir. Saya hendak tanya kepada pihak Parlimen di bawah seksyen 23(2) di manakah dan bila masakah perkara ini boleh digunakan?

Page 57: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 49

Oleh kerana di bawah Peraturan Mesyuarat-mesyuarat Parlimen dalam buku

merah menyebut bahawa sekiranya ketiadaan Ahli-ahli Parlimen hendak bertanya soalan, rakan-rakan Ahli Parlimen boleh bangun bertanya. Setelah habis masa soal jawab.

Jadi bila habis soalan, jawab, memang akan bangun terus bagi isu-isu lain pula. Jadi bila masa kita hendak mencelah. Oleh sebab kalau ada peruntukan sebegini ertinya ada peluang untuk kita guna. Jadi dalam konteks ini saya hendak tahu secara teknikalnya masa dan kaedah penggunaan seksyen 23(2) kepada Ahli-ahli Parlimen sebab kadang-kadang rugilah soalan telah pun ada. Akan tetapi kebetulan ada kes-kes yang tidak dapat dielakkan, Ahli Parlimen tidak dapat hadir dan soalan mereka tidak ditanyakan.

Saya juga hendak tanya kepada pihak kerajaan, saya difahamkan semalam Timbalan Menteri Pendidikan telah pun mengisytiharkan bahawa kerajaan akan menangguhkan pelaksanaan j-QAF di peringkat sekolah menengah kerana ketiadaan guru-guru agama yang akan mengisi jawatan-jawatan j-QAF di peringkat sekolah menengah. Saya teringat kata-kata yang disebut oleh Senator Ahmad Yusuf mengatakan bahawa kalau kita tanam lalang, jangan harap kita akan dapat padi. Kalau hendak makan padi, hendak makan beras, kena tanam padi.

So dalam konteks ini, apakah strategi yang akan dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan khususnya untuk menambahkan guru-guru j-QAF kerana pada hari ini kita tidak mendengar bahawa kerajaan akan menambahkan lagi sekolah-sekolah agama kebangsaan ataupun sekolah agama bantuan yang lebih besar diberikan kepada semua Parlimen bagi kita melahirkan guru-guru agama yang akan mengajar j-QAF di sekolah menengah. Sekiranya kita cuma diberitahu bahawa ini ada masalah dengan tidak cukup guru tetapi tidak dibuat penyelesaian di peringkat pembinaan ataupun perubahan sekolah-sekolah ini menjadi sekolah-sekolah agama kebangsaan, saya rasa perkara ini akan menjadi masalah yang berpanjangan.

Kita sudah lihat j-QAF sudah dibuat di sekolah rendah sudah hampir 10 tahun. Jadi rugilah kalau tidak dapat diteruskan ke sekolah menengah kerana pendidikan dalam Islam itu... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ...Daripada dalam buaian sampai ke liang lahad. Jadi kalau untuk sekolah rendah sahaja, diberikan Jawi, Al-Quran, Fardu Ain tetapi di sekolah menengah tidak ada, perkara ini rugi.

Saya juga hendak tanya di samping tindakan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan tulisan jawi, kita tidak nampak kementerian-kementerian lain turut sama memeriahkan dan memartabatkan tulisan jawi dalam negara kita. Jadi apakah tindakan yang akan dibuat oleh pihak kerajaan khususnya untuk memartabatkan tulisan jawi? Oleh kerana dengan pandainya tulisan jawi ini sebenarnya akan menyebabkan pelajar-pelajar kita lebih mahir Al-Quran.

Saya juga hendak tanya kepada pihak kerajaan berkaitan dengan harga untuk bingkai cermin mata dan cukai yang dikenakan. Oleh kerana kita difahamkan bagi orang yang menggunakan cermin mata biasanya dia akan tukar cermin mata setiap dua ataupun tiga tahun. Kos untuk cermin mata ini dan juga kanta ini sebenarnya agak mahal. Jadi benarkah cukai ini tinggi? Kalau cukai ini tinggi saya pohon pihak kerajaan untuk mengkaji dan menyemak semula agar kalau kita boleh kecualikan cukai kepada kerana ini merupakan sebahagian daripada keperluan asas rakyat dan akan menjadi satu ketidakadilan kepada mereka yang menggunakan kaca mata ini untuk masalah kesihatan bukan masalah hendak berhias ya? Jadi di dalam konteks ini pihak kerajaan kalau boleh kaji perkara ini.

Terakhir saya hendak tanya tentang penggunaan. Saya difahamkan untuk kes-kes keadaan kesakitan dalam negara kita ada kes rawatan yang dinamakan rawatan radio frekuensi untuk kesakitan yang berkaitan dengan penyakit saraf. Hari ini orang-orang yang menghidap penyakit saraf ini banyak. Saya hendak tanya berapakah hospital yang menyediakan perkhidmatan radio frekuensi ini? Adakah kosnya mahal, berapakah kos yang telah dilibatkan dalam konteks ini?

Saya juga hendak bertanya berkaitan sedikit dengan BERSIH. Kita difahamkan tadi banyak perbahasan yang ditimbulkan berkaitan dengan BERSIH. Kenapakah polis-polis yang bertugas ketika BERSIH kita dimaklumkan bahawa mereka tidak memakai nama, pengenalan diri, dan juga nombor?

Page 58: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

50 DN 7.5.2012

Jadi dalam konteks ini adakah SOP baru ini diperkenalkan untuk Akta Perhimpunan Aman di mana polis-polis yang bertugas ataupun penguat kuasa yang bertugas mereka tidak dikenakan untuk memakai sebarang alat pengenalan diri kerana ini memungkinkan ada penyamaran berlaku di kalangan penguat kuasa ataupun bukan penguat kuasa? Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Hajah Rohani Abdullah.

4.07 ptg.

Puan Hajah Rohani binti Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sekali lagi kerana diberi peluang untuk turut berbahas di peringkat Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan 2011.

Pertama saya ingin menyentuh berhubung dengan Butiran P.6 Jabatan Perdana Menteri khususnya yang berhubung dengan Butiran 11900 - Bangunan Mahkamah Syariah yang mendapat peruntukan RM118 juta. Bagaimanapun sekiranya merujuk kepada Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, peruntukan untuk Pembangunan Mahkamah Syariah adalah sebanyak RM33.5 juta bagi tahun 2011.

■1610

Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, peruntukan yang disediakan ini adakah untuk Mahkamah Syariah tertentu? Saya juga ingin mendapat penjelasan kerajaan, sejauh manakah kerajaan telah mengambil langkah yang wajar bagi memastikan pembinaan Mahkamah Syariah ini benar-benar menepati standard pembinaan? Ini kerana kita bimbang akan berlaku lagi kerosakan mahkamah yang seperti tidak lama dahulu akan berulang lagi, kerosakan yang berlaku baru-baru ini.

Berhubung dengan hal ehwal Islam, saya ingin turut menyentuh berhubung dengan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji yang telah menerima peruntukan sebanyak RM11.97 juta bagi tahun lepas. Kita dapati sejak beberapa tahun ini saya menjangkakan jumlah kutipan zakat terus meningkat setiap tahun. Begitu juga wakaf yang terus meningkat kerana kesedaran umat Islam memberi wakaf. Saya ingin mendapat kepastian ataupun penjelasan mengenai jumlah kutipan zakat mengikut negeri dan jumlah pengagihan mengikut asnaf.

Berhubung dengan wakaf dan zakat, saya difahamkan setiap negeri mempunyai undang-undang yang berbeza. Oleh itu, apakah langkah kerajaan bagi menyeragamkan undang-undang wakaf dan zakat bagi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak? Selain itu, apakah langkah kerajaan bagi memastikan pembahagian zakat yang lebih cekap bagi memastikan setiap asnaf mendapat bahagian masing-masing dan seterusnya mengelak sebahagian fakir atau miskin atau asnaf berkaitan yang terperangkap dalam usaha memurtadkan mereka.

Seterusnya saya ingin menyentuh butiran P.21, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani khususnya Butiran 12800 – National Security Team, dengan izin, Pembangunan Infrastruktur Pengairan dan Saliran. Objektif peruntukan ini antaranya adalah untuk memastikan program pertanian dirancang oleh Kementerian Pertanian tidak tergendala dan menambah baik prestasi pengurusan pengairan melalui penggunaan teknologi baru dan pengurusan moden serta dapat menghasilkan satu sistem saliran pertanian bersepadu yang efektif untuk mengoptimumkan produktiviti tanaman. Bagi tahun 2011 sahaja, pengairan dan saliran pertanian mendapat peruntukan sebanyak RM3.6 juta berbanding RM3.2 juta bagi 2010 manakala bagi peruntukan national security, pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran adalah sebanyak RM206.4 juta.

Saya ingin mendapat penjelasan kementerian berhubung perbelanjaan peruntukan ini khususnya bagi kawasan-kawasan pertanian termasuk memastikan pembekalan makanan yang mencukupi untuk negara. Apakah program-program pertanian yang telah dirancang bagi memastikan bukan sahaja negara mampu menghasilkan produk pertanian yang mencukupi kepada negara tetapi juga mampu mengeksport keluar negara seperti Thailand dan Indonesia?

Page 59: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 51

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah,

saya ingin menyentuh butiran P.22, Kementerian Kemajuan Luar Bandar khususnya Butiran 03200 – Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat, yang diberikan anggaran sebanyak peruntukan RM603.8 juta dan tambahan sebanyak RM200 juta lagi. Saya ingin mendapat penjelasan kementerian mengenai program-program yang telah dijalankan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat bagi tahun lepas dan sejauh manakah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat telah dilaksanakan bagi mencapai Gagasan 1Malaysia di mana kita mendahulukan rakyat?

Tuan Yang di-Pertua, bagi Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga saya ingin menyentuh tentang peranan untuk memperkukuhkan dan mempertingkatkan aspek pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dalam bidang sosial, ekonomi dan politik dengan adil dan saksama tanpa diskriminasi melalui sistem penyampaian dan sokongan yang cekap dan berkesan. Secara khususnya saya ingin menyentuh berhubung dengan Butiran 00300 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang berperanan menyediakan perkhidmatan berkaitan kesihatan reproduktif, program pembangunan keluarga dan kajian kependudukan yang berkualiti dengan cekap dan berkesan. Menurut anggaran perbelanjaan tahun lepas untuk LPPKN, peruntukan sebanyak RM46.2 juta disediakan. Sementara itu, LPPKN mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM20.5 juta lagi. Saya ingin mendapat penjelasan berhubung dengan tambahan peruntukan ini.

Saya juga ingin mendapat penjelasan bilangan pasangan yang terlibat dengan perancang keluarga yang didaftarkan dan bilangan pasangan yang mendapat rawatan infertility pada tahun lepas. Apakah dasar kerajaan berhubung dengan bilangan anak bagi setiap pasangan? Saya juga ingin dapatkan penjelasan kementerian mengenai bilangan pasangan yang sukar mendapat anak dan langkah kerajaan bagi membantu pasangan ini mendapat zuriat.

Berhubung dengan kementerian ini, saya ingin menyentuh Butiran 01700 – Kompleks Perlindungan Sementara yang mendapat peruntukan RM5.5 juta bagi tahun lepas. Sebelum ini, peruntukan yang disediakan adalah berjumlah RM31.1 juta. Saya ingin mendapat penjelasan mengenai fungsi dan tujuan pembinaan Kompleks Perlindungan Sementara.

Saya juga ingin mendapat penjelasan kementerian khususnya berhubung perlindungan yang diberikan kepada wanita yang hamil di luar nikah dan seterusnya perlindungan dan kebajikan yang diberikan kepada bayi yang tidak sah taraf ini. Sesungguhnya perbuatan wanita berkenaan atau remaja berkenaan dari segi Islam memanglah satu perkara yang haram, namun mereka ini perlu juga kepada pembelaan dan sokongan untuk meneruskan kehidupan dan membaiki kesilapan yang telah dilakukan. Dalam pada masa yang sama, kes pembuangan bayi terus berlaku. Apakah langkah kerajaan bagi mengatasi masalah pembuangan bayi ini bagi menyelamatkan bayi yang tidak berdosa?

Tuan Yang di-Pertua, untuk Kementerian Pelajaran, saya dimaklumkan peruntukan asal seperti yang tercatat ialah sebanyak RM29.3 bilion pada tahun lepas dan telah mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 bilion, manakala peruntukan tambahan bagi jadual ini adalah sebanyak RM279.66 juta khusus tujuan menampung bayaran bonus kakitangan kementerian bagi tahun lepas.

Berhubung dengan Kementerian Pelajaran lagi iaitu pertama berkaitan dengan inisiatif kementerian memperkenalkan sekolah berprestasi tinggi (SBT) bertujuan mengangkat mutu sekolah terbaik menerusi peningkatan pencapaian institusi pendidikan dengan memberikan lebih autonomi dan bertanggungjawab serta membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dan pengurusan sendiri.

■1620

Baru-baru ini kementerian mengumumkan sebanyak 24 SBT lagi iaitu 14 sekolah rendah dan sepuluh buah sekolah menengah. Ini menjadikan jumlah SBT ketika ini berjumlah 66 buah di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapat penjelasan kementerian apakah kriteria atau pengukur bagi sesebuah sekolah rendah atau menengah untuk mendapat pengiktirafan sebagai sekolah berprestasi tinggi?

Page 60: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

52 DN 7.5.2012

Saya ingin juga mendapat penjelasan sejauh manakah kemajuan dan prestasi sekolah-sekolah yang telah mendapat penarafan ini dari segi akademiknya, dari segi sukan ko-kurikulum dan sebagainya? Mengenai SBT ini juga apakah perancangan SBT di masa hadapan dan sasaran di tahun ini dan seterusnya?

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Kementerian Pelajaran berkaitan dengan pendidikan khas di mana pendidikan khas telah diperuntukkan sebanyak RM13 juta dan kemudahan-kemudahan bagi murid berkeperluan khas ini saya dapati kita juga menjaga mereka, mendidik mereka menjadi warga negara selain mampu berdikari kita harap mereka dapat menyumbang khidmat juga kepada masyarakat sekeliling.

Pendidikan khas yang saya sebutkan tadi mendapat RM13 juta tetapi saya mohon penjelasan kementerian bilangan sekolah yang menyediakan pendidikan khas, jumlah murid yang terlibat serta bilangan guru yang terlatih dalam pendidikan khas. Saya difahamkan prasarana yang disediakan untuk pendidikan khas ini amatlah terhad. Oleh itu saya ingin mendapat penjelasan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran setakat manakah prasarana dan kemudahan yang terdapat di sekolah-sekolah yang menyediakan pendidikan khas.

Saya juga difahamkan guru-guru pendidikan khas telah mengambil daya inisiatif sendiri untuk mendapat dana, sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat dan GLC yang berkaitan dan juga individu-individu untuk menyediakan bangunan dan kemudahan bagi keperluan pendidikan khas. Saya amat mengalu-alukan langkah positif dan proaktif guru-guru pendidikan khas ini. Walau bagaimanapun, saya ingin mendapat penjelasan kerajaan sejauh manakah langkah kerajaan bagi menggalakkan dan meningkatkan penyertaan individu, syarikat korporat dan GLC supaya lebih lagi turut menyumbang bagi pendidikan khas ini? Saya ingin mencadangkan agar kerajaan memberikan insentif kepada individu-individu dan syarikat-syarikat yang terlibat memberi sumbangan ini supaya ia menjadi satu galakan dan saya cadangkan supaya kementerian memberi sumbangan kepada pendidikan khas ini seperti memberi insentif cukai kepada penderma-penderma ini. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan. Silakan Yang Berhormat.

4.25 ptg.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bajet 2012 memperuntukkan RM233 bilion untuk perbelanjaan tetapi pendapatannya ialah RM183 bilion. Memang satu defisit. Sekarang kita tambah perbekalan. Ertinya defisit akan tambah. Ini tidak sama dengan niat Perdana Menteri yang mahu mengurangkan defisit. Di sini apa yang membimbangkan ialah kenaikan perbelanjaan operasi dan saya cadangkan di sini bahawa kerajaan perlu kurangkan perbelanjaan dan tambahkan pendapatan. Saya ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk Kementerian Kewangan untuk menambahkan pendapatan.

Pertama, mansuhkan insentif cukai syarikat-syarikat asing dan tempatan yang mendapat faedah dari kos operasi kita yang rendah dan tidak bayar cukai. Iaitu syarikat-syarikat yang dapat manfaat daripada pekerja-pekerja kos rendah. Jadi syarikat-syarikat begini mesti kita kawalkan manfaat-manfaat cukai yang diberi. Mesti lebih ketat dalam penawaran manfaat cukai.

Kedua, penswastaan mestilah lebih telus. Saya cadangkan mengadakan lelongkan supaya syarikat-syarikat terpilih yang menawarkan harga yang lebih tinggi mendapat projek tersebut. Jadi mana-mana projek kerajaan hendak diswastakan beri kepada penawar yang memberi sumbangan yang lebih tinggi. Di sini juga kerajaan mesti lebih telus.

Ketiga, pengendali tol dan IPP, mereka membuat keuntungan yang besar tanpa memberi apa-apa kembali kepada kerajaan. Mereka juga dapat cukai konsesi bagi perbelanjaan care packs mereka. Jadi kerajaan mesti lebih ketatkan pemberian manfaat masa ini dan juga memberhentikan pemberian geran kepada syarikat-syarikat begini.

Keempat, menangani dan membanteras penyeludupan khususnya rokok, arak yang banyak diseludupkan sekarang. Macam rokok, separuh rokok yang dijual di pasaran ialah rokok yang di seludup. Ia sama besar seperti rokok yang dibuat di Malaysia.

Page 61: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 53

Jadi di sini kerajaan hilang hasil yang berbilion-bilion. Jadi saya cadangkan

kerajaan lebih ketat dan kawalkan keadaan begini bahawa kita tidak rugi dari segi hasil kerajaan.

Kelima Kerajaan mesti kurangkan kos perolehan. Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan piawai perolehan kita adalah rendah dan perlu diketatkan...

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh saya mencelah sedikit.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Sila.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Saya mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan tentang peri perlunya kita mengawal penyeludupan di negara ini terutama penyeludupan rokok. Cara Yang Berhormat bercakap itu seakan-akan Yang Berhormat usaha-usaha tidak dibuat untuk mengawal penyeludupan rokok. Kalau sekadar mengatakan ketatkan, ketatkan dan ketatkan tanpa memberikan satu cadangan yang konkrit saya rasa tidak ada ke mana-mananya. Jadi dalam hal ini apakah Yang Berhormat berpendapat bahawa langkah-langkah itu bahawa tidak ada kesedaran di pihak kerajaan untuk mengawal penyeludupan itu. Kesedaran ada dan langkah-langkah telah dibuat dan kalau ingin diperketatkan, kalau ingin dipertingkatkan keberkesanannya bolehkah agaknya Yang Berhormat memberikan cadangan yang lebih konkrit? Terima kasih.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, penyeludupan rokok ini telah menjadi begitu besar sehingga pengedar-pengedar rokok buatan Malaysia sekarang mengedar rokok-rokok penyeludupan. Begitu besarlah masalah. Jadi apakah yang kekurangan di sini? Saya berpendapat bahawa enforcement, tidak ada enforcement. Enforcement ini sangat-sangat longgar dan perlu diketatkan.

■1630

Kelima, kurangkan kos perolehan. Laporan AG pun menyatakan bahawa menunjukkan piawaian perolehan kita adalah rendah dan perlu diperketat dan ada juga beberapa para economist yang menyatakan bahawa kalau kita mengetatkan proses ini, kita boleh jimatkan RM30 bilion hingga RM40 bilion setiap tahun.

Keenam, menghentikan subsidi perniagaan yang besar misalnya rakyat Malaysia bayar 40 sen satu kilowatt setiap jam tetapi syarikat besar seperti Aluminium di Sarawak bayar hanya 10 sen untuk yang sama. Tambahan pula syarikat ini adalah satu syarikat yang menyumbang kepada pencemaran. Jadi, apakah sumbangan syarikat ini kepada ekonomi kita. Akan tetapi mereka dapat lebih manfaat kepada rakyat Malaysia. Jadi, perkara-perkara ini harap pihak Kementerian Kewangan ambil perhatian.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan Suruhanjaya Pilihan Raya, RM48 million. Itu perbelanjaan di pilihan raya-pilihan raya kecil. Di sini saya pun nampak peranan pihak polis. Saya nampak peranan pihak polis is over bearing and disproportionate. Tidak payah dalam pilihan raya kecil bagi kita ada satu police present yang begitu banyak. Ini juga satu kerugian wang. Saya harap kerajaan akan memerhatikan perkara-perkara begini.

Tuan Yang di-Pertua, Maksud B.27 - Kementerian Kerja Raya minta membelanjakan RM100 juta untuk kos pampasan tol. Pada 28 Januari 2011, kerajaan mengumumkan pembekuan kenaikan tol untuk tempoh lima tahun di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur. Manakala tol konsesi Lebuhraya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan persimpangan Salak dan persimpangan Taman Connoght ditamatkan. Pada masa itu ialah satu khabar yang baik kepada rakyat tetapi sekarang kita tengok kerajaan yang membayar pampasan. Walaupun kita jimatkan wang rakyat tetapi wang kerajaan pun wang rakyat juga. Akhirnya kita kena bayar juga. Jadi, pemegang konsesi yang mendapat manfaatnya. Perkara seperti ini diharap Kementerian Kewangan menjadi lebih telus dan terangkan perkara yang lebih dalam.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Perdana Menteri menjelaskan kepada rakyat berhubung projek Lebuhraya Banting-Taiping yang bernilai RM7.07 bilion yang dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus Berhad. Apakah rasional untuk penganugerahan pinjaman mudah sebanyak RM2.24 bilion dari tahun 2013 pada kadar faedah 4 peratus serta subsidi faedah 3 peratus untuk pinjaman komersial selama 22 tahun?

Page 62: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

54 DN 7.5.2012

Perdana Menteri juga perlu menjelaskan kenapa Europlus dipilih sedangkan mereka tidak mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam bina-kendali-pindah (BOT) sektor lebuh raya dan pemilik utamanya mempunyai sejarah permasalahan dalam projek perumahan. Terdapat dakwaan bahawa bank hanya akan memberi pinjaman kepada syarikat ini selepas syarikat besar yang lain turut terbabit dalam aktiviti pembinaan. Ini menunjukkan bahawa bank pun tidak ada kepercayaan kepada syarikat ini tetapi sebaliknya kerajaan memberi satu konsesi yang begitu besar kepada syarikat ini.

Tuan Yang di-Pertua, sama juga dengan penjualan konsesi Lebuhraya Maju Express. Kos keseluruhan lebuh raya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh kerajaan melalui geran RM976.7 juta yang diberi oleh kerajaan kepada syarikat ini, Maju Holdings Sdn. Bhd. Syarikat ini dijual dengan harga RM1.7 bilion dan ini akan memberi durian runtuh kepada pemilik syarikat ini. Sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.7 juta tidak dikembalikan, Maju Holdings Sdn. Bhd. bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja. Saya minta Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn. Bhd. akan mengembalikan dana rakyat sejumlah RM976.7 juta itu kerana jika tidak, ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan turut menaikkan kemarahan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, maksud B.28 iaitu bayaran geran bantuan kepada NGO untuk melaksanakan Automated Enforcement System (AES) dalam tahun 2011 sebanyak RM3 juta. Wang ini adalah untuk bayaran geran bantuan kepada NGO untuk melaksanakan sistem penguatkuasaan automatik AES. Mustahilnya bukan AES telah diswastakan kepada dua syarikat swasta, mengapa kerajaan meminta peruntukan kepada perkara yang sama ini.

Tuan Yang di-Pertua, maksud B.62 sebanyak RM50 juta diminta oleh Kementerian Dalam Negeri untuk membayar kepada syarikat ‘Netservice’ iaitu pemilik 6B. Sebanyak RM50 juta adalah bayaran balik kepada syarikat Netservice Sdn. Bhd. Bagi pembekalan Sistem Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional (Natcode). Adakah projek ini diberi melalui tender terbuka?

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan akan memindahkan..., ini cadangan. Ia akan memindahkan pangkalan udara TUDM Sungai Besi dan pemindahan dianggarkan kos RM2.7 bilion. Wang ini adalah lebih besar daripada harga tanah iaitu RM1.1 bilion. Soalannya mengapa 1MDB diberikan dana yang sebegitu besar sedangkan syarikat berkenaan mempunyai kemampuan dari segi kewangan. Adakah syarikat ini mempunyai kemampuan? 1MDB tidak perlu untuk mengeluarkan walaupun satu sen malah kerajaan akan terpaksa membelanjakan sebanyak RM1.1 bilion untuk kos pemindahan pangkalan udara. Akan tetapi kenapa syarikat ini diberi satu layanan begitu istimewa dan menggunakan wang rakyat untuk tujuan ini.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya membaca mengenai Petronas akan mengurangkan bayaran dividen tahunan. Syarikat minyak nasional telah membayar sebanyak RM431 bilion kepada kerajaan sejak tahun 1974 tetapi malangnya kerajaan gagal untuk mewujudkan sumber pendapatan baru daripada dana tersebut. Business Times baru-baru ini melaporkan bahawa CEO Petronas merancang untuk mengurangkan dividen tahunan kepada RM28 bilion daripada RM30 bilion. Mengapa Petronas hanya memperuntukkan 21 peratus daripada pendapatannya bagi pelaburan semula ketika pesaing minyak dan gas yang lain seperti Shell dan lain-lain memperuntukkan di antara 52 peratus hingga 77 peratus.

■1640

Adakah generasi masa hadapan kita akan dapat nikmati hasil daripada sektor minyak dan gas jika melihat kadar pengurangan kita ketika ini? Saya mempersoalkan rasional syarikat minyak nasional itu memberi tumpuan 1/3 daripada hasil di Sudan. Negara tersebut telah dipecah kepada dua dan keadaan politik yang tidak stabil. Adakah pelaburan kita ini selamat? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman. Silakan.

Page 63: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 55

4.41 ptg.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas kesempatan untuk memberi peluang kepada saya membahaskan Bajet Tambahan Tahun 2012. Saya hanya hendak menyampaikan beberapa pandangan sahaja kerana banyak di antara kita telah pun membahaskan perkara-perkara yang lain.

Pertama ialah berhubung dengan P.22 iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar. Ini pun saya hendak bahaskan kerana Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar telah membawa perkara ini iaitu berhubung dengan MARA. Kata beliau, 80 peratus daripada perniagaan MARA adalah rugi. Sekarang MARA mohon RM26 juta untuk membeli bas baru. Sebelum saya kemukakan pandangan saya berhubung dengan peruntukan ini, sukalah saya terlebih dahulu menyatakan bahawa semenjak tertubuhnya MARA iaitu sebelum kemerdekaan lagi, kalau Yang Berhormat ingat ia dinamakan ‘REDA’. Saya yang sebenarnya cukup bangga dengan pencapaian MARA. Istimewa pula dalam kemajuan pelajaran sehinggakan melalui MARAlah kita sekarang mempunyai Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang telah banyak memberi jasa untuk mengeluarkan profesional-profesional bumiputera hari ini. Ini adalah satu kebanggaan yang kita patut iktiraf.

Nampaknya, pada mulanya MARA ditubuhkan untuk kemajuan kemasyarakatan atau pun sosial seperti menubuhkan maktab-maktab MARA dan sebagainya. Akan tetapi, dari semasa ke semasa MARA juga menceburkan diri dalam perniagaan. Inilah Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar kata 80 peratus daripada perniagaan MARA rugi. Saya hendak beritahu mengapa rugi ini. Pertama, kadangkala kita tidak boleh blame MARA pun. Ini kerana kalau kita ingat, apabila satu-satu perniagaan yang MARA buat yang mendapat keuntungan, kita swastakan melalui Dasar Penswastaan atau pun kita berikan management buyout. Satu per satunya dibuat management buyout, yang untung kita berikan kepada orang. Maka kayalah...

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Yang Berhormat, boleh celah sedikit?

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Sila. Akan tetapi Yang Berhormat hendak...

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Kena cepat. Kalau tidak, tertinggal bas. Saya lihat you kata swasta boleh – tetapi saya kesal sebab dua perkara yang MARA buat bercanggah dengan Dasar Ekonomi Baru. Pertama Transnasional dia swasta, lepas itu bukan Melayu beli, bukan bumiputera beli. Itu satu. Transnasional ada lebih daripada 2,000 bas. Kedua, bagaimana Bengkel MARA di Keramat juga dijual kepada syarikat bukan bumiputera. Jadi swasta itu boleh, tetapi dia bunuh, cincang dasar ekonomi bumiputera. Jadi, bagaimana pandangan Yang Berhormat?

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Itulah Yang Berhormat, saya kata cepat sangat.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tidak boleh hendak sabar.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Cepat sangat sebab saya belum habis lagi. Saya setuju apa Yang Berhormat katakan tadi. Apa yang saya hendak katakan bahawa apabila MARA menceburkan diri dalam perniagaan, mana-mana perniagaan yang mendapat keuntungan, maka diswastakan. Maka kayalah beberapa orang bumiputera yang mengambil alih, menswastakan. Akan tetapi dasar asalnya tidak tercapai kerana surely kalau MARA dibenarkan untuk berniaga, biarlah meneruskan perniagaan-perniagaan yang mendapat keuntungan supaya once keuntungan itu dapat subsidize kerja-kerja sosial atau pun kebajikan, istimewa pula kepada kaum bumiputera iaitu dasar kita ialah menubuhkan MARA untuk kepentingan rakyat di luar bandar termasuk kaum bumiputera yang mesti diberi pertolongan.

Oleh sebab itu, kita mesti melihat dasar utama yang kita buatkan. Samalah juga seperti yang saya sebutkan dahulu, UDA pun dibuat begitu juga. Mana yang mendapat keuntungan, diswastakan hingga dilistkan di dalam KLSE. Maka tidak dapatlah keuntungan UDA untuk menggunakan wang keuntungan itu untuk membuat kerja-kerja sosial untuk kepentingan bumiputera.

Page 64: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

56 DN 7.5.2012

Oleh sebab itu, saya mintalah kerajaan supaya melihat kembali dasar awal mengapa MARA ditubuhkan supaya kita tidak lagi minta duit kerajaan dari setahun ke setahun ke setahun ke setahun untuk belanja perbelanjaan MARA? Sehinggakan apabila kerajaan tidak memberi peruntukan, maka kita tidaklah boleh memberi pertolongan kepada kaum yang sepatutnya kita memberi pertolongan apabila MARA ditubuhkan dahulu.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, mencelah sedikit. Dasar satu hal. Akan tetapi saya ingat perlu susun balik, perlu lihat balik Lembaga Pengarah MARA terutamanya Lembaga MARA Holdings. Perlu susun balik. Sudah lama rugi, rugi, rugi, rugi. Kebanyakan orang politik masuk, buanglah? Apa yang penting bukan politik, yang penting orang yang benar-benar mampu boleh buat kerja business. Bukan politik. Jadi, bagaimana pendapat Yang Berhormat?

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Itu pun poin saya yang kedua Yang Berhormat. Setiap kali saya hendak bercakap, beliau tidak sabar. Ini kerana tadi ketika beliau bercakap, beliau suruh saya interrupt tetapi saya...

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Bukan tidak sabar... [Ketawa] Sudah lama rugi.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Tidak mengapa Yang Berhormat. Terima kasih. Ini saya hendak mengulas balik kepada Ahli Lembaga. Bukan sahaja MARA, agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk GLC. Kebanyakan – saya minta maaflah sebab ini akan menyentuh kepada prestasi badan-badan yang berkenaan dan juga kerajaan kita.

■1650

Banyak di antara ahli-ahli lembaga pengarah ataupun pegawai-pegawai kanan yang dilantik hanya untuk membina an empire of their own iaitu membesarkan tempatnya supaya gajinya naik, membuat laporan keuntungan supaya kerajaan kata, “Oh, this is a good boy” tetapi mereka lupa dasar-dasar yang dibuat. Kalau tiap-tiap –termasuklah MARA Holdings misalannya, termasuklah ahli lembaga. Macam mana kita hendak maju jika ahli-ahli lembaga yang melibatkan dalam perniagaan ialah misalannya retired teachers with due respect kepada Senator Khoo. Kalau cikgu, masuklah dia dalam Lembaga Yayasan Pelajaran misalannya... [Disampuk] Okeylah sikit kata Yang Berhormat Datuk Rahman. Oleh sebab itu, ahli-ahli lembaga dan pengurusan yang tertinggi mestilah dipilih dengan betul-betul supaya mereka ini dapat function, dapat memberi tenaga untuk menyampaikan hasrat mengapa satu-satu agensi itu ditubuhkan. Itu berhubung dengan MARA lah tetapi...

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Mohon mencelah. Saya cuma hendak menambah sedikit dan saya setuju apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Rahim. Cuma, apa pandangan Yang Berhormat, setuju tidak kalau diwujudkan satu panel khas untuk mengkaji ahli-ahli lembaga pengarah yang akan dilantik? Ini kerana saya rasa sekarang ini masalah kita, kalau kita hendak berniaga, kita kena mencari orang yang mempunyai backgroundnya business oriented, baru dia tahu meniaga. Kalau pendidikan, orang yang berlatarbelakangkan pendidikan. Jadi saya rasa, dalam kerajaan harus ada satu panel untuk mengkaji calon-calon yang layak ditempatkan sebagai ahli lembaga pengarah. Sekiranya boleh, dalam calon-calon itu, 30 peratus mesti ada calon-calon wanita. Setuju atau tidak?

Timbalan Yang di-Pertua: Betul itu Yang Berhormat, saya setuju.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Inilah kalau hendak buat on gender basis, macam mana kita hendak pilih orang yang betul-betul pengalaman. Nanti kita hendak buat sesuatu perkara yang ini, kalau terpaksa ambil 30 peratus...

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Mencelah Yang Berhormat.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Yang kalau tidak sesuai...

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah lagi, boleh Yang Berhormat?

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Boleh, sila.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Saya rasa Yang Berhormat Senator, wanita telah ramai yang mempunyai latar belakang akademik dan berkebolehan serta berpengalaman yang boleh kita ketengahkan, insya-Allah.

Page 65: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 57

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Itu saya setuju. Ada syarikat

saya sendirilah, di tiga pejabat, semua kakitangan daripada office girl kepada manager, semua perempuan... [Tepuk] Sebab sesuai... [Disampuk] Ya, itu bias against the male pula. Saya setuju itu Yang Berhormat tetapi asasnya ialah kita mesti memilih orang yang sesuai.

Berhubung dengan panel ini Yang Berhormat, kalau kita tanya mana kementerian pun, semua kementerian akan mengatakan ya mereka ada panel, tetapi sama ada efektif atau tidak ataupun orang yang diberi kuasa untuk memilih secara muktamad adalah terpulang kepada kementerian yang berkenaan tetapi ini adalah dasar. Oleh sebab itu, saya minta supaya kita melihat kembali kepada dasar ini dan supaya orang yang kita pilih itu mestilah yang sesuai.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan P.32 iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar iaitu my favorite topic, Kampong Bharu. Saya nampak peruntukannya ialah peruntukan tanda dalam bajet ini iaitu RM10. Kita telah meluluskan akta untuk menubuhkan Perbadanan Kampong Bharu dan kalau tidak salah saya, ia pun telah digazetkan, perbadanan ini telah pun digazetkan. Akan tetapi setelah kita membahas secara aktif semasa bajet dulu, saya sendiri juga membahas, betapa Kampong Bharu sepatutnya dibangunkan tetapi nampaknya, saya hendak tanyalah kementerian berkenaan, apakah statusnya berhubung dengan pembangunan Kampong Bharu ini sebab, oleh sebab perbahasan saya dalam Dewan yang mulia ini banyak yang telah menanya saya sendiri. “Apa jadi Dato’ dengan Kampong Bharu ini? Tidak ada apa-apakah?” Jadi apabila saya tengok ada peruntukan tanda RM10 dan tidak ada bajet tambahan untuk memulakan pembinaan Kampong Bharu ini, saya hendak mintalah pertanyaan kepada kementerian berkenaan, apakah statusnya berhubung dengan pembangunan Kampong Bharu ini?

Terakhir ialah berhubung dengan P.24, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Ini pun yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman bin Bakar. Akan tetapi Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman bin Bakar menyebut berhubung dengan apakah kemajuan menolong kaum bumiputera oleh kementerian ini. Persoalan saya ialah kita ada dalam bajet tambahan ini, peruntukan untuk meningkatkan sistem SME Competitive Rating for Enhancement ataupun SCORE. Ini saya bercakap dengan pengalaman sebab setahu saya SCORE ini ialah ditubuhkan oleh SME untuk mendapat status syarikat-syarikat bumiputera yang dikatakan ada sekarang 800 supaya ianya menjadi bahan untuk kerajaan memberi pertolongan kepada syarikat-syarikat bumiputera yang berdaya usaha, yang boleh ditolongkan sehinggakan syarikat-syarikat ini dapat disenaraikan di KLSE.

Saya bersetuju bahawa peningkatan sistem SME ini mesti diberi pertolongan sebab dalam pengalaman saya, apabila kita berhubung dengan SCORE, SCORE kata dia tidak boleh hendak buat kerja dengan secepat mungkin sebab tidak cukup staf. Sehinggakan apabila kita hendak mengetahui status satu-satu syarikat yang mereka membuat anggaran, sehinggakan mendapat jawapan, “Don’t call us, we call you”. Maknanya, tunggu seminggu tidak ada balasan, tunggu dua minggu tidak ada balasan, tunggu tiga minggu bolehkah kita cakap dengan the senior officer, “she is busy”.

Oleh sebab itu, kalaulah kerajaan betul-betul hendak memberi pertolongan kepada syarikat-syarikat bumiputera untuk membesarkan syarikat-syarikat ini sehinggakan ianya boleh disenaraikan di KLSE, dan kalaulah SCORE ini ialah bahan untuk kerajaan mendapat tahu syarikat manakah yang sepatutnya diberi pertolongan, maka peruntukan seumpama inilah yang kita kehendaki supaya kerja-kerja yang dibuat oleh agensi seumpama ini akan dapat dipercepatkan kerana salah satu daripada sebab mengapa kita tidak mencapai 30 peratus kepunyaan bumiputera di negara ini selepas 50 tahun lebih kemerdekaan, ini ialah salah satu sebabnya.

■1700

Kita bangga bahawa kita mencapai sekarang kononnya 28 peratus tetapi 28 peratus is still short by 2 peratus. Apa yang kita rancangkan 50 tahun dahulu. Jadi campur dengan masalah yang kita ada di MARA dengan ahli lembaganya, dengan attitude pegawai-pegawai kanannya dan dengan tiadanya peruntukan yang bukannya banyak untuk mempercepatkan proses ini tidak dibuat. Maka kita tunggu 50 tahun lagi pun mungkin 30 peratus itu tidak tercapai sungguhpun kita tahu bahawa Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak sedang berikhtiar untuk mencapai semua ini tetapi beliau sendiri on his own tidak boleh buat.

Page 66: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

58 DN 7.5.2012

Kita mesti mendapat sokongan secara tulus daripada agensi-agensi yang telah ditubuh dan pegawai-pegawai serat ahli lembaga yang telah dilantik. Sekian, Tuan Yang di-Pertua terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Rahim. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Puan Hajah Noriah binti Mahat. Silakan Yang Berhormat.

5.02 ptg.

Puan Hajah Noriah binti Mahat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012.

Saya cuma ingin menyentuh beberapa perkara sahaja Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya dalam ucapan membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 pada April 2012, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan bahawa kejayaan negara adalah hasil sumbangan usahawan kecil, sederhana dan besar yang berani mengambil risiko. Ia hasil sumbangan petani, pesawah, pekebun, peladang, penternak dan nelayan yang gigih menggunakan kudrat. Ia hasil sumbangan guru, pensyarah, wartawan, karyawan dan cendekiawan yang mendidik serta memberi kesedaran. Ia hasil pengorbanan anggota tentera dan polis yang setia mempertaruhkan jiwa dan raga demi keselamatan negara tercinta. Ia juga hasil sumbangan penjawat awam, pekerja swasta, pekerja kolar putih, biru dan buruh yang merupakan roda yang menggerakkan pembangunan negara. Pendek kata kejayaan nasional adalah kejayaan yang dibina semua warga Malaysia. Justeru jelas sekali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berterima kasih dan menghargai seluruh rakyat Malaysia meliputi bangsa, agama, kaum pelbagai umur semuanya dihargai.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan perbahasan ini, di sini saya ingin menyatakan rasa amat dukacita di atas perkara yang berlaku pada 28 April yang lalu iaitu peristiwa BERSIH kerana anggota polis dicederakan, dipijak dan tidak diumpamakan seperti manusia. Kepada mereka ini saya mohon kalau di tempat negara lain mereka sudah lama disimpan. Jadi saya minta kepada kerajaan supaya mengambil tindakan yang tegas kepada kumpulan-kumpulan yang tidak bertanggungjawab yang sengaja mengadakan huru-hara untuk menghadapi pilihan raya, PRU-13 ini.

Maka perbekalan tambahan yang dibahaskan ini adalah kesinambungan daripada peruntukan perbelanjaan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan dalam memastikan GTP dan ETP yang dirancang oleh kerajaan adalah kemakmuran dan kemajuan negara dalam menuju negara maju berpendapatan tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menyentuh berkenaan Kementerian Belia dan Sukan. Peruntukan bagi kementerian yang ditambah untuk pembangunan adalah lebih RM44 juta bagi tujuan gelanggang sukan iaitu pembinaan gelanggang futsal 1Malaysia. Di sini ingin saya bertanya, berapa buah gelanggang futsal yang telah dibina pada tahun 2011 dan apakah mekanisme yang dirancang oleh kerajaan untuk memastikan proper maintenance atau penjagaan yang sewajarnya diadakan bagi memastikan gelanggang sukan yang dibina dapat dimanfaatkan oleh golongan sasar?

Seterusnya saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan mengkaji agar gelanggang sukan yang dibina bersifat multipurpose dengan izin, boleh digunakan untuk aktiviti lain bila perlu untuk manfaat secara maksimum bagi memperkasa golongan belia dan meningkatkan perpaduan di kalangan masyarakat setempat.

Menyentuh saya mengenai dengan Kementerian Pelajaran. Dalam Kementerian Pelajaran kali ini bajet tambahan yang diminta adalah sebanyak lebih kurang RM280 juta untuk emolumen. Jadi di sini saya ingin menyentuh berkenaan gaji guru yang mengambil Program Khas Pendidikan Guru (PKPG) yang ketinggalan dari segi kenaikan gaji. Tuan Yang di-Pertua, pada akhir tahun 1990an kerajaan telah membuat dasar menggalakkan guru-guru menyambung pengajian ke peringkat ijazah.

Page 67: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 59

Program ini telah berlanjutan sehingga batch akhir selesai pada 2006. Kalau tidak

silap saya guru yang disambung buat ijazah sarjana buat pinjaman untuk sambung pelajaran atas perbelanjaan sendiri dan sepanjang tempoh belajar dipotong separuh gaji dan dalam masa yang sama gred skim gaji dibekukan atau statik.

Justeru selama tempoh lebih kurang empat tahun mereka belajar, guru-guru ini tidak menerima kenaikan dalam skim gaji dan mereka agak ketinggalan dibandingkan dengan kawan yang satu batch dan tidak sambung belajar yang menerima kenaikan skim gaji seperti biasa. Setelah diteliti pada masa ini, guru yang mengambil cuti sambung belajar ini ketinggalan dalam kenaikan skim gaji. Perbezaannya lebih kurang RM1,000 dan lebih malang lagi setelah kerajaan mengadakan dasar baru seawal tahun 2005 di bawah Bahagian Pendidikan Guru dengan menggalakkan guru mengambil ijazah melalui PJJ (Pengajian Jarak Jauh) dari segi skim gaji tidak memberi kesan langsung.

Justeru, apakah tindakan yang diambil oleh kementerian bagi membantu golongan yang ketinggalan skim gaji akibat sambung belajar? Berapakah semua yang terlibat di bawah Program PKPD ini? Mereka perlukan pembelaan dan skim gaji mereka sewajarnya dan sepatutnya dinaikkan sebagaimana batch mereka. Tindakan dan motivasi guru-guru ini menyambung pelajaran adalah atas dasar untuk menyumbang bakti pada bangsa dan negara dan kebanyakan mereka mengambil bidang keperluan semasa seperti informasi teknologi, matematik, sains dan sebagainya. Jadi usaha mereka perlulah dihargai. Masalah mereka perlu ditangani kerana gurulah pembimbing generasi masa depan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Saya ingin sentuh program penyelidikan dan pembangunan dan saya merujuk kepada renewal energy, dengan izin tenaga baru sentuh berkenaan tenaga solar. Sebagai sebuah negara khatulistiwa dan mendapat pancaran cahaya matahari sepanjang tahun justeru kita patut menggalakkan penggunaan tenaga solar secara meluas. Kementerian wajar mengadakan penyelidikan yang lebih holistik dan komprehensif dan mekanisme yang lebih efektif dalam menggalakkan penggunaan tenaga solar oleh rakyat.

■1710

Kita sedar bahawa terdapat dasar pengecualian cukai dan sebagainya bagi menggalakkan rakyat menggunakan tenaga diperbaharui tetapi kita dapati masih gagal tarik minat rakyat dalam hal ini. Saya hendak mencadangkan kerajaan supaya dapat bekerjasama dengan agensi lain dengan menggalakkan pembinaan perumahan baru atau rumah-rumah baru dipasang dengan solar panel. Selain daripada itu kita patut bina stesen tenaga solar yang boleh membekal dan menjana kuasa untuk dibekalkan ke seluruh negara sebagaimana ada negara Eropah mengadakan stesen menjana tenaga angin untuk bekal tenaga.

Akhir sekali saya ingin menyentuh berkenaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kini menerajui sebuah kementerian yang amat penting dalam melahirkan masyarakat dan rakyat yang menjadi tulang belakang untuk mencapai matlamat ke arah negara maju berpendapatan tinggi. Rang undang-undang kali ini menyentuh berkenaan dengan peruntukan sebanyak lebih RM3 juta bagi membiayai projek di bawah RMKe-9, Pusat Kesejahteraan Keluarga.

Jadi di sini saya ingin bertanya berapakah jumlah keseluruhan Pusat Kesejahteraan Keluarga di negara ini dan apakah program dan aktiviti yang dilaksanakan? Sejauh manakah program yang dilaksanakan telah menepati dan memberi kesan kepada golongan sasar. Di sini saya juga ingin mencadangkan selaras dengan kementerian ini diterajui oleh golongan bapa, jadi apakah tindakan kementerian dalam memperkasakan golongan bapa. Satu paparan di laman Facebook atau muka buku yang menyebut bahawa kajian menunjukkan kalau seorang anak rapat dengan bapanya, mereka akan menjadi lebih cerdik. Ini katanyalah ya tetapi sebenarnya mak lebih pandai menjaga anak. Kesian bapanya.

Jadi apa yang ingin kita kaitkan di sini adalah peranan bapa itu sebagai ketua keluarga dan kedudukan yang menanggung dosa ahli keluarganya dalam keadaan tertentu menunjukkan betapa beratnya peranan dan tanggungjawab bapa dalam kehidupan.

Page 68: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

60 DN 7.5.2012

Selain itu mencadangkan sasaran kita 50 peratus wanita terlibat dalam pasaran kerja pada tahun 2012, jadi wajar sekalilah kaum bapa membantu merealisasikan usaha kerajaan ini. Justeru adalah tepat dan wajar sekali peranan bapa diperkasakan.

Dicadangkan agar kerajaan mengadakan program-program yang membangun dan sebagainya yang membantu golongan ibu bapa terutamanya bapa dalam memahami hak dan tanggungjawab dalam sesuatu rumah tangga. Tugas bapa bukan sahaja mencari wang rezeki untuk keluarga. Kita mahu bapa juga terlibat secara langsung dalam membesarkan anak dan membangunkan keluarga serta masyarakat. Kita hendak juga bapa mengajar anak mengaji Al-Quran, mengajar anak membaca, buat kerja sekolah dan sebagainya yang selama ini dibuat oleh ibu di rumah.

Kementerian juga dicadangkan agar mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi lain seperti JAKIM dan sebagainya dalam melaksanakan program-program yang dirancang oleh kementerian. Dengan adanya program-program diharapkan dapat melahirkan bapa-bapa yang lebih komited dan bertanggungjawab bagi melahirkan masyarakat yang berjaya dari segi pembangunan mental dan fizikal.

Tuan Yang di-Pertua, dengan hasrat dan tujuan untuk memberi laluan rakan-rakan lain untuk dapat membahaskan rang undang-undang ini, jadi setakat itu sahaja yang dapat saya bahaskan. Dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, terima kasih. Sekarang saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Puan Norliza binti Abdul Rahim.

5.14 ptg.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya ingin mengambil kesempatan ini sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang kepada saya untuk turut berbahas dalam Rang Undang-undang Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2011.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum saya hanya ingin menyentuh beberapa perkara. Salah satunya adalah mengenai sistem pengangkutan di negara kita. Jadi kalau kita semua sedar untuk negara kita menjadi sebuah negara yang membangun kita haruslah mempunyai sistem pengangkutan yang efisien. Pada masa yang sama ianya amatlah penting agar di dunia luar mereka dapat melihat bahawa sistem pengangkutan negara kita amat baik sekali dan kurang masalah. Pada masa ini alhamdulillah saya rasa sistem pengangkutan kita begitu baik cuma perlu diperbaiki lebih lagi.

Jadi sebagaimana yang termaktub dalam Anggaran Perbelanjaan ini iaitu di Maksud B.6 – Jabatan Perdana Menteri, sebanyak RM30 juta untuk menampung kos operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Saya ingin bertanya kepada Jabatan Perdana Menteri yang mana sebanyak RM30 bilion yang diberikan untuk kos operasi ini bolehkah diberi perincian subsidi kerajaan untuk sistem kenderaan awam dan bagaimanakah SPAD menyelesaikan masalah pemilik-pemilik syarikat bas henti-henti yang mengalami kerugian disebabkan laluan bas yang ditetapkan ada kalanya laluan yang tidak ramai penumpang. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memastikan masalah kesesakan lalu lintas pada kawasan tertentu pada waktu yang tertentu dapat diatasi.

Ini saya bangkitkan sebab ianya keluar dalam salah satu majalah baru-baru ini yang menyatakan banyak syarikat bas yang mengalami kerugian disebabkan laluan yang ditetapkan oleh SPAD ini tidak bersesuaian. Ada tempat yang tidak ramai penumpang, dia terpaksa pergi manakala ada bas yang mendapat tempat yang laluannya ramai penumpang. Jadi kita ingin bertanya kepada kerajaan bagaimanakah penetapan laluan-laluan ini dibuat oleh pihak SPAD.

Keduanya, saya juga ingin menarik perhatian sebagaimana yang disebut oleh rakan senator yang lain mengenai TV Alhijrah yang saya rasa amat baik dan begitu masyhur buat masa ini. Ramai yang suka menonton. Jadi persoalan saya apakah ranking rangkaian TV Alhijrah berbanding dengan rangkaian TV lain.

Page 69: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 61

Ketiga di bawah B.7 – Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya ingin mengambil

kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang begitu prihatin kepada kumpulan pesara kerajaan di mana kerajaan telah memperuntukkan RM612 juta lebih bagi mengenang jasa-jasa pesara yang telah berkhidmat dengan kerajaan sebegitu lama.

Dalam B.7(2) kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM111 juta untuk rawatan perubatan pesara. Soalan saya dalam statistik yang dipaparkan dalam Malaysian Business keluaran Februari 16, 2012 ada menyatakan populasi rakyat Malaysia akan memuncak kepada 57 million pada tahun 2090 dan Malaysia mempunyai kumpulan warga emas yang tinggi menjelang tahun 2024. Oleh itu saya ingin bertanya kepada kementerian apakah tindakan ataupun langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mempersiapkan negara kita untuk menghadapi situasi ini. Jadi apakah kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang tertentu bagi memastikan pada masa itu subsidi terhadap perubatan tidak akan meningkat dengan begitu tinggi dan pada yang sama warga emas ini juga boleh mendapatkan rawatan kesihatan tanpa membebankan pihak mereka.

Seterusnya saya ingin bertanya dalam B.7 juga mengenai pinjaman PTPTN yang hangat diperkatakan. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang begitu prihatin kepada pelajar-pelajar sebab dengan adanya pinjaman PTPTN ini maka membolehkan pelajar-pelajar miskin walaupun dia tidak berkemampuan tetapi asalkan kebolehan akademiknya mencapai dan melayakkan dirinya, beliau masih boleh melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi dengan bantuan PTPTN. Oleh yang demikian soalan saya bolehkah pihak kementerian menyatakan berapakah jumlah pelajar yang telah mendapat PTPTN sehingga kini dan berapa ramaikah daripada mereka yang telah disenaraihitamkan. Adakah PTPTN dapat diberi pertimbangan kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat masters. Sebagaimana yang saya dimaklumkan buat masa ini pelajar-pelajar peringkat masters mempunyai banyak masalah kerana menghadapi masalah kewangan. Jadi sama ada adakah PTPTN akan melebarkan pinjaman mereka untuk pelajar-pelajar masters di masa yang akan datang.

Dalam B.7(4) sebanyak RM5 juta telah dibelanjakan untuk perbelanjaan penghantaran pulang pelajar tajaan JPA di bawah Ops Piramid 2.

■1720

Jadi soalan saya, berapakah kos kerajaan menanggung untuk membawa pulang seorang pelajar dan menghantar balik pelajar itu kemudiannya untuk menyambungkan pelajaran dalam Ops Piramid 2? Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi pelajar-pelajar yang bukan di bawah tajaan JPA?

Saya juga ingin menarik perhatian dalam Maksud B.42 iaitu di bawah Kementerian Kesihatan. Di bawah B.42 Kementerian Kesihatan kerajaan telah memberi RM536,522,700 untuk emolumen dan juga insentif bonus kepada perjawatan serta bayaran insentif kepada pakar kesihatan awam pegawai pergigian dan lain-lain. Jadi soalan saya kepada kerajaan, kita banyak memberi insentif kepada doktor-doktor pakar. Akan tetapi pada masa ini kita tengok makin ramai pakar ini keluar dan bekerja di swasta. Jadi apakah langkah-langkah kerajaan bagi memastikan atau mengurangkan, cuba mengurangkan kadar pakar-pakar ini yang keluar ke swasta? Jadi apabila kita memberi insentif ini adakah kita membuat satu kontrakkah sebagaimana agar mereka ini tidak ramai yang keluar kepada swasta dan hospital kekurangan pakar-pakar untuk mengubati pesakit-pesakit kita.

Seterusnya di bawah B.48 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebanyak RM230 juta dibiayai penyaluran bantuan kebajikan dari bulan Jun hingga Disember 2011. Jadi saya ingin mengucapkan tahniah juga kerana kementerian ini banyak membantu golongan-golongan yang kurang upaya dan kurang berkemampuan. Cuma soalan saya pada kementerian bolehkah kementerian memberi perincian, pembahagian peruntukan ini mengikut kumpulan dan golongan-golongan yang tertentu?

Akhir sekali di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mana Kementerian Dalam Negeri telah membelanjakan RM167,409,500 untuk membiayai perbelanjaan pukal bagi waran perjalanan udara, utiliti minyak kenderaan serta lain-lain dan juga untuk Ops Bersih dan Ops Bersih 2. Persoalan saya, berapakah dari jumlah tersebut yang digunakan untuk Ops Bersih 2? Ini kerana saya merasakan apabila berlaku ini petugas-petugas kita kena bertugas dan polis-polis harus diberi pembayaran untuk bertugas jadi ia melibatkan wang rakyat.

Page 70: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

62 DN 7.5.2012

Jadi kita hendak tahu berapakah kos yang terpaksa kita belanjakan apabila berlakunya Ops Bersih dan lain-lain. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya juga ingin mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Syed Ibrahim bin Kader.

5.23 ptg.

Dato’ Syed Ibrahim bin Kader: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua terima kasih atas kesempatan untuk saya mengambil bahagian pada perbahasan Belanjawan Tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bajet asal tahun 2011 kita ada RM214 bilion. Daripada tersebut Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM163 bilion ataupun 76 peratus sementara Bajet Pembangunan ialah RM51.1 bilion yang menyerupai sebanyak 24 peratus. Anggaran defisit kita sebanyak 5.4 peratus daripada GTP. Kalau kita lihat daripada bajet tambahan yang pertama sebanyak RM13.1 bilion, tambahan kedua sebanyak RM10.9 bilion, ini berjumlah sebanyak RM24 bilion bajet tambahan kita untuk tahun 2011. Daripada RM24 bilion kita mempunyai sebanyak RM3 bilion daripada lebihan semasa bajet asal. Jadi maknanya kita tinggal RM21 bilion. Kita tolakkan dengan lebihan daripada hasil daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri sebanyak RM13 bilion jadi makna kita ada RM8 bilion lagi kita berkurangan.

Jadi saya hendak tanya pihak kerajaan, daripada punca hasil manakah kita dapat untuk menampung tentang perbezaan sebanyak RM8 bilion ini? Sebanyak RM4.2 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kewangan untuk menampung pembayaran tuntutan subsidi barangan petroleum 2011 berikutan kenaikan harga purata harga minyak mentah global. Saya berpendapat bahawa ini adalah satu tindakan yang paling bijak sekali dari segi untuk meringankan beban dan sara hidup dan kos sara hidup rakyat. Terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah yang terdiri daripada 40 peratus golongan yang di bawah.

Apakah kerajaan bersiap sedia dalam menangani masalah kenaikan harga minyak yang dilihat tidak menentu serta apakah alternatif kerajaan agar rakyat tidak akan terjejas akibat ketidakstabilan harga minyak di persada global? Seterusnya, apakah sebenarnya senario ekonomi negara kita khususnya daripada segi pertumbuhan GDP? Daripada segi kadar inflasi dan juga pendapatan rakyat, jika harga minyak mentah dunia sekarang akan terus kekal pada tahap USD125 satu tong, setakat manakah sebenarnya tanggungan kerajaan untuk mengekalkan dengan penambahan sebanyak 10 sen seliter RON95 pada ketika ini?

Seterusnya saya ingin menyentuh sedikit tentang SPR. Apakah isu yang sering dibangkitkan oleh pihak pembangkang tentang senarai pengundi yang telah dikemas kini? Apakah kerajaan dapat memperjelaskan kedudukan sebenar senarai pengundi ini yang sering kali dimanipulasikan oleh pihak pembangkang setibanya musim pilihan raya? Tidakkah kerajaan mempunyai satu sistem yang komprehensif dalam mengemas kini senarai mengundi yang selaras dengan sistem pendaftaran negara yang bertanggungjawab dalam menyenaraikan senarai orang yang sudah meninggal dunia? Saya percaya isu undi hantu ini berpunca daripada nama-nama yang telah meninggal dunia yang masih belum dikeluarkan. Saya harap kerajaan dapat menyegerakan atau mewujudkan satu sistem yang lebih cekap apabila suatu pendaftaran orang yang meninggal ini dapat diperkemaskan dengan cara automatik, agar isu ini tidak lagi dipermainkan oleh pihak pembangkang yang kini dilihat sudah kekeringan bahan dan fakta untuk berpolitik.

Tuan Yang di-Pertua seterusnya saya ingin menyentuh tentang isu perhimpunan BERSIH. Apakah tindakan kerajaan dalam mengalami masalah perhimpunan BERSIH ini? Saya mohon penjelasan agar perhimpunan haram seperti BERSIH ini tidak berulang lagi. Apakah kemungkinan BERSIH 4.0, BERSIH 5.0 dan BERSIH 6.0 dan seterusnya tidak diadakan? Tidakkah kerajaan dapat perjelaskan kedudukan serta isu-isu yang dibangkitkan oleh BERSIH ini dapat diterangkan agar rakyat sedar bahawa perbuatan perhimpunan haram sedemikian tidak berlaku lagi, sambil memastikan keamanan negara sentiasa dijaga dan rakyat tidak terpedaya dengan hasutan-hasutan pihak pembangkang demi kepentingan politik mereka.

Page 71: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 63

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua saya ingin menarik perhatian pihak kementerian

yang menyampaikan jawapan-jawapan kepada setiap persoalan yang dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini. Saya dapati banyak soalan yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tidak dijawab dengan sempurna atau tepat. Untuk makluman saya, saya telah berucap dalam titah ucapan saya menyentuh beberapa perkara khasnya berhubung dengan kepentingan masyarakat India Muslim tetapi jawapan yang disampaikan tidak merangkumi keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya dilantik ke Dewan yang mulia ini bagi mewakili dan menyuarakan pandangan, rintihan serta keperluan masyarakat India Muslim di negara ini agar kerajaan dapat mempertimbangkan kehendak mereka.

Akan tetapi setelah saya membuat homework dengan izin, penyelidikan, perbincangan dan sebagainya dan menyampaikan ucapan saya serta persoalan yang memerlukan satu jawapan yang konkrit daripada pihak kerajaan, saya dapati semua jawapan yang disampaikan itu tidak menepati kehendak soalan yang ditujukan. Saya melihat kementerian menjawab dengan jawapan yang tidak menunjukkan kewibawaan serta komitmen dalam memperkasakan Dewan yang mulia ini. Saya menyarankan agar Tuan Yang di-Pertua dapat menegur semua kementerian agar dapat menyediakan satu jawapan yang lebih komprehensif dan komited apabila menjawab semua isu yang diutarakan di Dewan yang mulia ini.

Saya percaya jika konsep ini tidak dibetulkan saya percaya kualiti ucapan juga akan terjejas pada masa-masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua dengan ini saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah Yang Berhormat terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah.

■1730

5.30 ptg.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk turut berucap menyokong rang undang-undang ini iaitu yang menetap kelulusan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan 2012. Saya akan menyentuh beberapa isu dalam sokongan ini.

Pertama sekali ialah tentang Kementerian Dalam Negeri. Kementerian ini adalah satu kementerian yang cukup berat tanggungjawabnya. Macam-macam masalah negara, bukan bermakna kementerian-kementerian lain tidak mempunyai tanggungjawab yang berat tetapi secara perbandingan, saya rasa Kementerian Dalam Negerilah yang paling berat tanggungjawabnya. Kementerian ini bertanggungjawab dalam meluluskan taraf kewarganegaraan yang tidak ada yang betul apa yang dibuat. Dibuat begini salah, begitu pun salah. Kementerian ini juga bertanggungjawab terhadap kemasukan pendatang-pendatang tanpa izin dari tempat lain. Kementerian ini bertanggungjawab tentang penyeludupan. Kementerian ini juga bertanggungjawab tentang masalah dadah dan seumpamanya. Begitu berat tanggungjawab yang dipikul oleh kementerian ini.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Sudahlah dengan tanggungjawab yang berat itu, maka tanggungjawab yang berat itu ditambah lagi dengan tanggungjawab yang saya rasa tidak perlu dibuat sebenarnya. Boleh dielakkan berlakunya. Saya Tuan Yang di-Pertua, merujuk secara khusus kepada apa yang berlaku pada 28 April yang lalu. Peristiwa yang berlaku pada 28 April yang lalu itu disebut oleh kita dan media massa dan secara rasmi oleh kita sendiri, oleh kerajaan sendiri sebagai BERSIH 0.3. Saya rasa ini adalah penamaan yang salah sama sekali.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: BERSIH 3.0.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Oh BERSIH 3.0. Akan tetapi saya rasa kita patut memanggil peristiwa itu sebagai peristiwa rusuhan 28 April atau hendak lebih tegas lagi gerombolan atau kumpulan perusuh 28 April 2012. Ini kerana apa yang mereka lakukan sebenarnya jauh daripada bersih. Niat tidak bersih, amalan tidak bersih dan akibat tidak bersih.

Page 72: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

64 DN 7.5.2012

Sebaliknya yang mereka lakukan ialah penodaan, penyistaan dan pencemaran terhadap istilah bersih itu. Kenapa saya katakan niat tidak bersih? Niat mereka sebenarnya bukanlah untuk memperbaiki proses pilihan raya di negara ini. Niat mereka sebenarnya ialah untuk merampas kuasa secara kekerasan dengan kononnya dengan meniru peristiwa-peristiwa yang berlaku di sesetengah negara Arab tanpa menyedari bahawa kejadian seperti itu, perbuatan seperti itu akan mendatangkan penyeksaan, akan mendatangkan kesulitan terhadap orang ramai. Akan tetapi kerana hasrat, keinginan dan nafsu besar untuk merebut kuasa, itu yang mereka lakukan. Bagaimana ini hendak disebut bersih? Ini adalah niat yang paling tidak bersih...

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Kotor!

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Kotor. Paling kotor. Betul. Oleh kerana itu, mereka adalah perusuh, perosak, perusuh perosak gerombolan atau kumpulan perusuh 28 April. Itulah patut nama yang wajar patut kita beri kepada mereka. Saya telah mengatakan niat mereka tidak bersih. Niat tidak bersih dan dengan sendirinya amalan pun tidak bersih. Bagaimana kita hendak mengatakan amalan mereka ini bersih? Mereka telah menutup pintu rezeki pedagang-pedagang di sekitar Dataran Merdeka sehingga pedagang-pedagang, pekedai-pekedai, pemilik-pemilik kedai-kedai, hotel, kenderaan, teksi sehingga malah Yang Amat Mulia Tunku Aziz sendiri setuju supaya mereka yang merasakan dirugikan oleh tindakan ini patutlah menuntut ganti rugi.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Mencelah sikit boleh?

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Sila, sila.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Betulkah Tunku, betulkah? Bangunlah sayang.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Tunku mengangguk, Tunku mengangguk. Saya nampak Tengku mengangguk.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Betulkah? Hendak dengar suara sahaja. Betulkah? Angguk tidak cukup.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: [Ketawa] Jadi niat tidak bersih, amalan tidak bersih. Bukan sahaja merugikan pemilik-pemilik kedai tetapi merugikan pemilik-pemilik teksi dan merugikan kerajaan yang terpaksa membelanjakan belanja tambahan untuk operasi mengawal kelakuan liar mereka itu. Bagaimana hendak kata bersih? Oleh kerana itu saya cadangkan supaya mulai sekarang, kita rujuk kepada mereka sebagai Perusuh 28 April. Itulah nama yang lebih tepat untuk mereka. Setuju, Dato’ Rahim?

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, saya tuntut kerajaan beri anggaran kerugian. Sokongkah? Anggaran kerugian berapa banyak? Pekedai, hotel, peniaga, peruncit dan lain-lain. Kena beri anggaran rugi berapa.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Bukan itu sahaja. Bukan sahaja sedang bersih malah mendatangkan nama yang kotor kepada negara kita. Mereka bukan melakukan ini dalam negeri sahaja malah dibawa ke Tanah Suci. Dibawa ke Mekah dan dibawa ke Madinah. Apa ini? Satu perbuatan yang jauh daripada bersih. Oleh kerana itu, sekali lagi saya mengatakan yang mereka lakukan sebenarnya adalah menodai, menyista dan mencemarkan istilah perkataan bersih itu. Oleh kerana itu, marilah kita panggil mereka sebagai Perusuh 28 April.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, saya syorkan mereka yang buat demo di Mekah atau Madinah tidak dibenarkan lagi ke Mekah atau Madinah. Bagaimana Yang Berhormat punya pendapat?

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Barangkali pandangan Yang Berhormat Datuk Rahman itu patut juga kita beri pertimbangan. Sebelum saya menyentuh perkara...

Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya: Boleh mencelah sekejap?

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Sila.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat.

Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya: Salah satu tuduhan terhadap ISA ini adalah bahawa itu adalah salah satu undang-undang yang archaic atau tidak bertamadun. Apa pandangan Yang Berhormat dengan tindakan-tindakan perusuh pada 28 April. Adakah berbeza dengan tuduhan yang dilemparkan kepada penggunaan ISA?

Page 73: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 65

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Saya tidak berniat untuk mempersoalkan

kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Akan tetapi kalau saya ditanya, saya rasa kita terpaksa berfikir dua kali kembali tentang pemansuhan atau peringanan peruntukan-peruntukan dalam ISA itu. Ini kerana kita memberikan barang yang berharga kepada orang yang tidak tahu menghargai barang yang kita berikan. Inilah yang berlaku sebenarnya pada pandangan saya... [Tepuk]

Sebelum saya meneruskan pandangan saya tentang perkara-perkara yang lain, Tuan Yang di-Pertua, saya juga sebagai mana Dato’ Rahim tadi, hendak bertanyakan status pembangunan dua projek yang telah diberi perakuan dalam Dewan ini. Saya menyokong pertanyaan Yang Berhormat Dato’ Rahim tentang status pembangunan kembali Kampung Baru sekarang. Selain dari itu juga saya ingin tahu tentang status pembangunan masjid di Brickfields yang sudah diberi pengakuan kira-kira dua tahun yang lalu. Saya tidak dengar dan tidak nampak atau barangkali saya terlepas pandang, tidak ada peruntukan dalam peruntukkan tambahan ini. Jadi saya juga ingin berkongsi pandangan dan berkongsi pertanyaan dengan Yang Berhormat Dato’ Rahim tadi.

Perkara kedua yang saya ingin sentuh sedikit secara berlompat-lompat Tuan Yang di-Pertua ialah tentang pengajian tinggi. Saya mencadangkan supaya kerajaan atau khususnya Kementerian Pengajian Tinggi mengadakan review, mengadakan tinjauan kembali tentang program penswastaan IPT kita. Apa rugi dan apa untungnya sebenarnya? Setelah sekian lama program ini dijalankan, yang kita selalu dengar ialah tentang mereka yang mengaku pelajar dari negara-negara tertentu datang ke sini melakukan kerja-kerja jenayah. Datang ke sini melakukan kerja-kerja maksiat sedangkan antara hasrat dan harapan kita untuk melancarkan program pengantarabangsaan kampus atau pengantarabangsaan IPT ini ialah supaya pelajar-pelajar kita dapat bergaul dengan pelajar-pelajar di luar negeri supaya pelajar-pelajar luar negeri itu dapat memahami budaya kita.

■1740

Akan tetapi, ini diakui sendiri secara tidak langsung oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam jawapannya di Dewan ini kira-kira empat hari yang lalu. Katanya jangan kan hendak mendapatkan berinteraksi secara produktif, hendak bertegur sapa pun dengan pelajar-pelajar di luar negeri itu kita tidak nampak kesannya terhadap pelajar-pelajar kita.

Jadi, rasanya sekarang kata orang itu besar beban daripada... lupa saya. Satu pepatah Minangkabau yang mengatakan besar ini...

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Ubun.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: ‘Besar ubun daripada beban’. Jadi, okeylah Yang Berhormat Dato’ Maznah kata, besar pengayuh daripada perahu. Jadi, okeylah tidak usahlah kita berperi bahasa tentang itu. Dengan ikhlas sahaja, dengan bahasa yang lurus, straight forward, dengan izin saya mencadangkan supaya program pengantarabangsaan IPT itu ditinjau kembali dengan jujur, dengan penuh tanggungjawab dengan memastikan bahawa matlamat utama pendidikan negara untuk mencerdaskan rakyat kita. Kalau hendak mengharapkan tukaran asing, foreign exchange, dengan izin, apa benarlah yang kita dapat? Jadi, itu.

Kemudian saya juga merujuk kepada Kementerian Pengajian Tinggi ini tentang keperluan memperkasa budaya ilmu dalam bahasa Melayu seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Hajah Mumtaz tadi. Saya rasa antara satu perkara yang patut diselamatkan sekarang ada satu jurnal secara spesifik Tuan Yang di-Pertua iaitu sebuah jurnal yang telah wujud selama 15 tahun iaitu Journal Pemikir yang membuatkan kertas-kertas akademik daripada pensyarah-pensyarah, daripada anggota-anggota akademik, daripada pelajar-pelajar siswazah khabarnya sekarang saya dapat tahu sudah berada dalam keadaan yang nazak kerana masalah ekonomi.

Saya telah merujukkan perkara ini kepada Majlis Profesor Negara yang berjanji juga akan mengambil tindakan. Walau bagaimanapun, saya ingin menimbulkan dan direkodkan di dalam Dewan ini supaya Kementerian Pelajaran Tinggi pun patut memastikan supaya majalah Pemikir yang selama ini memang mengalami kerugian oleh penerbitnya tetapi masih lagi dilakukan sebagai satu khidmat kemasyarakatan. Barangkali sekarang syarikat berkenaan sudah merasakan bahawa khidmat kemasyarakatannya patut diambil alih oleh pihak lain.

Page 74: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

66 DN 7.5.2012

Maka, saya rasa perlulah Kementerian Pengajian Tinggi demi memperkasakan bahasa Melayu itu memerhatikan supaya Journal Pemikir itu dapat hidup kekal.

Selain dari itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada Kementerian Sumber Manusia. Saya rasa semenjak lebih setahun Kementerian Sumber Manusia berjanji bahawa bulan Mei tahun depan, ini dibuat dalam tahun 2011. Bukan Mei tahun depan insya-Allah kita akan mendapat bekalan pekerja-pekerja rumah dari Indonesia. Saya ingat betul-betul, bukan Timbalan Menteri, Menteri penuh yang bercakap begitu. Ini tahun lalu. Sampai sekarang tidak ada apa-apa pun. Di mana silapnya? Barangkali kita memberi jaminan di Dewan ini tanpa memastikan apa sebenarnya yang berlaku di Indonesia? Atau adakah barangkali keupayaan perundingan kita, our negotiation ability, dengan izin, dengan pihak Indonesia kita berada dalam keadaan yang merugikan. Jadi, itulah saya rasa pertama saya minta supaya kementerian jangan berjanji di Dewan ini sesuatu yang rasa tidak dapat ditunaikan. Kalau janji itu mengenai pembekalan pekerja-pekerja pembantu rumah dari Indonesia ini.

Untuk itu barangkali di samping meneruskan usaha-usaha dengan Indonesia, usaha-usaha melihat dari sumber-sumber lain juga patut diteruskan. Umpamanya bukan sahaja dari negara-negara lain, saya pernah timbulkan di Dewan ini umpamanya kalau kita mengadakan, menukar mindset pekerja-pekerja kita untuk mengatakan bahawa kerja sebagai pembantu rumah itu bukanlah satu kerja yang hina. Kerja yang barangkali boleh dianggap mulia mengikut keupayaan dan kelayakan masing-masing. Oleh kerana itu saya rasa dalam..., ada diperlukan Program Perubahan Sikap yang berkali-kali saya telah menyebut, saya mengatakan perli perlunya kita mengadakan attitude transformation program, dengan izin.

Oleh kerana itu saya rasa Kementerian Sumber Manusia di samping mengharapkan sumber tenaga dari negara lain mestilah juga mengadakan persiapan tempatan dengan mengadakan program-program pembinaan kemahiran, di samping perubahan sikap untuk memastikan supaya kita jangan terlalu banyak dan jangan terlalu lama bergantung kepada sumber tenaga dari tempat lain.

Selanjutnya saya ingin merujuk kepada Kementerian Kebudayaan, Penerangan dan Komunikasi. Saya mencadangkan satu perkara yang agak pelik sedikit saya rasa tetapi pernah saya sarankan kira-kira 30 tahun lalu dalam satu seminar bahasa. Bagaimana umpamanya kalau sekiranya RTM mempelopori suatu program Berita Perdana Negara di mana pada suatu masa tertentu di dalam prime hour, dengan izin, tidak ada warta berita dalam bahasa lain yang disiarkan dalam mana-mana saluran pun. Ertinya untuk satu jam, RTM dan direlay atau dengan kerjasama stesen-stesen lain mengadakan Berita Perdana Negara bersama. Dengan demikian, berita itu tidak akan mendapat gangguan atau distraction, dengan izin daripada berita-berita lain baik dalam bahasa Cina, bahasa India, bahasa Tamil, bahasa Inggeris atau bahasa apa-apa juga. Ertinya untuk satu jam masa prime hour kita adakan Berita Perdana Negara. Kalau sekiranya ini terlalu dengan izin, far-fetched untuk diadakan setiap hari, saya cadangkan adakan umpamanya sekali seminggu atau dua kali seminggu sebagai cadangan untuk pertama sekali untuk memastikan keperkasaan Bahasa Kebangsaan kita.

Untuk memastikan bahawa telinga warganegara kita dilatih mendengar berita dalam bahasa yang baik, dalam bahasa kita. Kalau tidak sekarang kecenderungan ialah orang Melayu akan mendengar berita dalam Bahasa Melayu, orang Cina akan mendengar warta berita dalam bahasa Cina dan begitulah seterusnya. Yang kita harapkan ialah semua warga negara pada satu masa yang tertentu mendengar warta berita dalam satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan kita. Ini saya rasa adalah satu usaha untuk memastikan, memperkasakan dan menghargai bahasa kebangsaan kita itu.

Ini perkara yang tidak terlalu penting tetapi saya rasa patut juga disentuh. Ada seorang yang sudah amat berjasa kepada kehidupan ekonomi di negara ini. Saya agak berat menyebut namanya. Sebelum dia meninggal dunia Tuan Yang di-Pertua, dia diwarded, dengan izin, di General Hospital pada kelas tiga. Saya tanya kenapa seorang yang begini besar jasanya kepada kehidupan ekonomi dan perindustrian diri kita menghabisi nyawanya di wad kelas tiga General Hospital. Mungkin saya rasa bukan kerana dia tidak mempunyai keupayaan untuk duduk di kelas dia malah patut diberikan keistimewaan duduk di kelas pertama. Akan tetapi rupanya ternyata bahawa penyakit yang beliau tanggung itu, yang beliau hidapi itu tidak menyediakan bilik kelas pertama untuk penghidap penyakit itu.

Page 75: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 67

Saya melawat beliau dan saya dapati di wad tempat dia tinggal itu, di ruang tempat

dia terbaring beberapa hari sebelum dia meninggal dunia itu tidak kurang 20 orang. Jadi, saya hendak tanya kepada Kementerian Kesihatan adakah tidak wad-wad di hospital kita yang tidak mempunyai wad kelas satu untuk individu-individu yang berjasa seperti ini?

■1750

Selain itu, saya juga ingin menyentuh sedikit, barangkali ini untuk rujukan Kementerian Pengangkutan iaitu perkhidmatan AirAsia yang kita dapat kesan, kita diberi kesan adalah satu perkhidmatan tambang murah tetapi saya rasa terlalu banyak sungutan di belakang, sungutan tentang apa yang dipanggil sebagai kalau boleh saya gunakan istilah Inggeris dengan izin, hidden cost dalam tambang yang dikatakan tambang murah itu. Sehingga untuk kita sendiri, kita walaupun Ahli-ahli Parlimen diberi keistimewaan untuk dapat separuh tambang tetapi ternyata apabila dibandingkan tambang yang dikatakan istimewa untuk Ahli Parlimen itu dibandingkan dengan KLM untuk terbang ke Jakarta, KLM jauh lebih baik dengan harga tiket yang sama dapat diberi makan dan diberi luggage percuma.

Jadi saya rasa budaya yang kurang telus, budaya yang kurang transparent dalam perniagaan jangan sampai jadi amalan perniagaan kita. Gejala-gejala ini sudah ada pada AirAsia dan saya rasa kita harus sebagai dengan ikhlas mengemukakan teguran ini kepada AirAsia.

Berhubungan juga dengan perkhidmatan AirAsia ini, saya rasa di Lapangan Terbang LCCT di Sepang sekarang, AirAsia patut mengadakan shuttle bus, bas ulang-alik antara bangunan terminal dengan kapal terbang kerana ada pada masa-masa tertentu, ada penumpang yang sampai kena berjalan 20 minit daripada kapal terbang ke terminal sedangkan di Jakarta sendiri hal ini tidak berlaku tetapi kenapa pula di tempat di mana AirAsia itu lahir, penumpang-penumpangnya terpaksa menderita seperti itu. Jadi inilah perkara-perkara yang saya harap akan mendapat perhatian supaya perkhidmatan AirAsia ini benar-benar menepati slogannya, tambang murah, tetapi dengan perkhidmatan yang tidak dikompromikan.

Selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang Kementerian Belia dan Sukan yang memohon RM44.1 juta dalam peruntukan tambahan ini. Sebahagian besar daripada biayai ini adalah untuk gelanggang futsal. Saya tidak ada halangan apa-apa mengenai itu tetapi saya rasa kepopularan futsal sebenarnya adalah kepopularan yang seasonal. Dua tiga tahun yang lalu popular, mungkin akan kekal popular untuk lima tahun yang akan datang tetapi selepas itu kita tidak pasti apa yang akan berlaku. Akan tetapi tidak mengapa, tidak ada masalah. Cuma yang saya harapkan supaya pelbagai sumber yang kita berikan untuk melengkapkan sukan futsal ini jangan sampai mengabaikan sukan-sukan lain yang patut kita beri keutamaan.

Saya merujuk secara khusus kepada sepak raga. Sepak raga di suatu masa dahulu, sepak takraw sekarang, seakan-akan tidak diberi kepopularan, diberi keutamaan seperti sukan futsal dan sukan yang lain padahal dari segi keseniannya saya rasa bukan sahaja dari segi nilai budayanya itu adalah satu sukan tradisional tetapi dari segi kehalusan kita lihat di sana langkah-langkah silat, langkah-langkah tari, seni dan langkah-langkah sukan yang bergabung semuanya itu..., kalau kibas apa itu, macam-macam istilah yang timbul itu. Jadi saya harap supaya keutamaan yang diberikan kepada gelanggang futsal ini jangan sampai mengabaikan pembangunan sukan-sukan tradisi seperti sepak takraw yang menggunakan net. Di samping itu juga kita harus mengembalikan kembali sepak raga bulat yang juga ada mempunyai seni yang tersendiri.

Akan tetapi kalau umpamanya hal-hal seperti ini diabaikan oleh Kementerian Belia dan Sukan yang bertanggungjawab, ini saya rasa benda ini akan pupus begitu sahaja. Jadi ertinya walaupun sesuatu yang popular itu tidak ada salahnya untuk kita menggarapinya tetapi janganlah itu sampai mengabaikan dan melalaikan kita terhadap perkara-perkara yang lain.

Satu lagi perkara yang hendak saya sentuh mengenai Kementerian Belia ini Tuan Yang di-Pertua ialah peri perlunya kementerian ini menyelaraskan pelbagai program-program belia di kementerian-kementerian lain.

Page 76: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

68 DN 7.5.2012

Sudah dua kali iaitu pertama sekali Menteri, dan kedua Timbalan Menteri menyatakan bahawa di samping program-program berorientasikan belia yang dilakukan oleh Kementerian Belia, katanya banyak juga program yang berorientasikan belia dilaksanakan oleh kementerian-kementerian lain. Maka disebutkanlah contoh-contoh seperti PLKN, Kementerian Pelajaran dan seumpamanya.

Akan tetapi dalam hal ini saya rasa memerlukan satu falsafah pembangunan belia yang menyeluruh dan dipusatkan, centralize yang memerlukan satu penyelarasan dan koordinasi yang teratur dan produktif. Tidak boleh kita mengatakan ini sudah dibuat PLKN, ini sudah dibuat oleh Kementerian Pelajaran, kami hendak buat ini sahaja. Oleh kerana itu saya berseru supaya Kementerian Belia dan Sukan menyelaraskan pelbagai program-program pembangunan belia di kementerian-kementerian lain ini.

Selanjutnya berkenaan juga latihan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menimbulkan barangkali dalam bentuk soalan, peranan Institut Tadbiran Awam Negara atau INTAN sekarang yang di suatu masa dahulu saya rasa kehadirannya sebagai satu institut pendidikan di negara ini cukup diberi pengiktirafan tetapi tidak tahu saya sejak akhir-akhir ini entah kerana kurang publisiti atau memang kurang program yang dilaksanakan, kita tidak nampak INTAN itu terserlah sebagaimana terserlahnya institut ini kira-kira sepuluh atau tahun 15 tahun yang lalu.

Sepuluh atau 15 tahun yang lalu kalau tidak salah saya – sekarang masih dilakukan tetapi cuma tidak begitu prominent rasanya. INTAN mengadakan program-program untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam dalam negara dan di samping itu juga mengadakan kursus-kursus untuk pelatih-pelatih atau pegawai-pegawai kerajaan dari luar negara. Dalam negara sudah tentu sahaja ini akan menolong meningkatkan mutu perkhidmatan kita apatah lagi dalam keadaan kita dalam hasrat kerajaan untuk mengutamakan rakyat, mengutamakan sistem delivery kita. Saya rasa peranan INTAN haruslah ditingkatkan, diperkasakan kembali untuk kepentingan dalam negeri dan juga untuk kepentingan untuk peningkatan imej kita di kalangan dunia antarabangsa.

Mengenai Kementerian Pendidikan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan rasa terkilan kerana dalam sidang Dewan yang lalu atau sebelumnya, Timbalan Menteri menjawab bahawa kurikulum baru Sejarah Malaysia yang hendak disemak kembali itu memerlukan masa hampir dua tahun. Ini sesuatu yang saya rasa agak memalukan. Sekadar untuk menyemak kurikulum memerlukan masa yang begitu lama, belum lagi masa pelaksanaannya. Jadi saya rayulah supaya dipercepatkan usaha-usaha menyemak kembali dan melaksanakan semakan terhadap kurikulum sejarah yang kita akui sendiri akan menolong usaha kita membentuk sebuah negara bangsa.

Begitu juga umpamanya mengenai Program MBMMBI. Dikatakan dahulu bahawa MBMMBI kalau ada pegawai-pegawai tinggi dari kementerian lain tidak tahu tentang MBMMBI, kata jawapan yang pernah diberikan oleh Menteri tadi dari Menteri Pendidikan, itu katanya kerana ini adalah program kementerian dan bukan program kementerian mereka. Saya ingin mencadangkan supaya MBMMBI ini dianggap sebagai suatu program nasional, program kebangsaan yang bukan semata-mata menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran tetapi tanggungjawab seluruh negara dan kementerian kita.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai langkah-langkah konkrit yang telah diambil untuk menolong pembeli-pembeli rumah yang teraniaya akibat projek-projek rumah yang terbengkalai.

■1800

Saya pernah bertemu dengan seorang dua yang menjadi mangsa langsung daripada program ini. Katanya pinjaman yang diberikan oleh kerajaan telah diberikan seluruhnya. Kenapa tidak diberikan secara ‘staggering’ umpamanya dahulu? Apabila diberikan seluruhnya maka pinjaman telah diberikan tetapi rumah tidak siap. Sudahlah rumah tidak siap, pemaju-pemajunya pula hilang tidak jumpa-jumpa. Inilah perkara-perkara yang saya harap akan dapat perhatian daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Atas kesempatan yang diberikan ini saya mengucapkan bebanyak terima kasih. Saya menyokong Rang Undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Page 77: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 69

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya

mempersilakan Yang Berhormat senator Tuan Lihan Jok dan seterusnya bersedia Yang Berhormat senator Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg. Silakan Yang Berhormat.

6.01 ptg.

Tuan Lihan Jok: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahas iaitu akta yang amat penting yang perlu kita bincang bersama iaitu Akta Perbekalan Tambahan (2011) 2012.

Saya pertama kali Tuan Yang di-Pertua mengucapkan terima kasih syabas kepada kerajaan kerana telah dapat mengujudkan satu akta yang penting untuk sama-sama membantu dalam kerajaan mengurus dan membelanjakan wang pada tahun 2012. Saya akan sentuh dua perkara yang penting yang kebetulan juga perkara ini telah saya bawa dalam waktu saya berbahas Titah Baginda Tuanku tetapi belum dijawab. Saya minta supaya kerajaan ambil perhatian rayuan saya ini kerana inilah perkara yang amat penting dan sangat diperlukan di kawasan kita di Sarawak. Pertama saya hendak sentuh perkara berhubung dengan P.22 iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Di sini saya hendak sentuh perbekalan tambahan ini disebutkan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. Sehubungan dengan ini Tuan Yang di-Pertua, elok saya ceritakan kembali bahawa rintihan rakyat di kawasan kita di Sarawak khususnya di luar bandar di mana lebih 5,000 buah kampung, kebanyakan 60 peratus daripada kampung ini tidaklah dapat dihubungi dengan jalan yang baik. Malah hanya dengan sungai ataupun dengan jalan kaki tetapi baru-baru ini dihubungi dengan jalan kayu balak. Namun kebanyakan kampung ini setelah operasi pembalakan itu sudah selesai siap dan company tersebut sudah cabut ke tempat lain, maka jalan raya jalan tanah yang telah dibina atas program CSR dengan izin, company-company tersebut telah tinggal terbengkalai.

Jadi masyarakat tempatan khususnya di dalam kawasan Kapit, kawasan Baram dan kawasan Limbang-Lawas telah mengalami kesulitan berhubung dengan cara mana mereka hendak berhubung ke bandar raya kerana jalan yang telah dibina oleh kem kayu balak itu telah tidak dapat diguna kerana orang kampung tidak mempunyai jentolak ataupun kenderaan yang sesuai untuk terus memperbaiki jalan tanah tersebut.

Oleh sebab yang demikian, perkara ini telah dibawa kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita dalam tahun 2010 sewaktu beliau datang ke kawasan Baram dan beliau setelah dicadangkan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri supaya satu skuad Jabatan Kerja Raya (JKR) khas untuk memulihkan jalan-jalan ini diberi atau disediakan oleh kerajaan. Pada masa tersebut Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri meluluskan program tersebut. Baru-baru ini iaitu penghujung tahun yang lepas kita ada dengar khabar angin bawah satu peruntukan besar iaitu lebih RM100 juta telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Yakni untuk mewujudkan skuad pemulihan jalan raya ini daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Namun perkara ini belum nampak lagi. Oleh sebab yang demikian saya sekali lagi merayu sangat supaya apa yang telah diluluskan ini diteruskan dengan segera ataupun dalam persidangan kita ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua agar pihak ataupun agensi kerajaan yang berkenaan tolong ceritakan sejauh manakah perkembangan peruntukan ini. Adakah ianya disalurkan ke Sarawak ataupun masih dalam meja perundingan ataupun dalam planning stage, dengan izin.

Jumlah jalan raya ini memang banyak. Jadi minta supaya agensi berkenaan ataupun pihak JKR ataupun pihak JKR jika JKR terlibat ambil perhatian perkara ini dengan segera. Memang tanpa jalan raya ini ataupun jalan raya yang sudah rosak ini kebanyakan orang-orang kampung khususnya dalam tiga bahagian di Sarawak ini tadi sedang dan sudah dalam masa empat dan tiga tahun lalu sudah mulai menghadapi keperitan hidup kerana tidak dapat berhubung dengan tempat-tempat seperti bandar raya di Sarawak.

Perkara yang kedua yang saya hendak sentuh ialah dalam perbekalan tambahan ini ada menyentuh berhubung dengan Kementerian Pelajaran. Ini saya hendak sentuh berhubung dengan pendidikan awal. Persekolahan prasekolah atau pendidikan awal yang menyebabkan kelemahan ataupun prestasi pendidikan kurang di kawasan pedalaman Sarawak adalah bermulanya dari pra sekolah yang tidak begitu hebat di Sarawak.

Page 78: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

70 DN 7.5.2012

Jadi oleh sebab yang demikian, kita lihat drop–out, dengan izin, sangat berleluasa di kawasan ataupun di kalangan penduduk di luar bandar. Yang saya maksudkan berhubung dengan pra sekolah ini ialah di antara banyak kampung ataupun rumah-rumah panjang, memang ada dua jenis pendidikan awal. Satu adalah yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran dan kedua adalah tabika dan tadika yang dikendalikan oleh KEMAS iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat.

Akan tetapi malangnya kemudahan pra sekolah tabika dan tadika ini tidak ada di semua kampung yang saya sebutkan di Sarawak ini. Jadi kebanyakan kampung masyarakat orang ulu, masyarakat Iban, Bidayuh tidak memiliki kemudahan sosial ini. Jadi apabila kita memperkatakan pendidikan di Sarawak, di sinilah ketidakadilan sosial berlaku. Di mana khidmat daripada kerajaan untuk memberi pendidikan yang sama rata itu tidak dapat dinikmati oleh semua penduduk kita di Sarawak khasnya di luar bandar.

Jadi oleh sebab yang demikian ada sesetengah rumah panjang kampung-kampung yang ada kemudahan pendidikan awal tetapi ada juga tidak ada kemudahan. Jadi kanak-kanak yang datang dari dua kategori rumah panjang ini tadi apabila anak-anak ini masuk ke Darjah 1 atau ke Tahun 1, maka wujudlah dua komponen anak sekolah kita iaitu yang sudah melalui kemudahan prasekolah dan ada satu lagi yang belum langsung atau langsung tidak pernah menikmati kemudahan prasekolah.

■1810

Perbezaan yang begitu ketara ini bila mana datang duduk di dalam sebuah kelas akan menimbulkan masalah pertama kepada cikgu yang mengajar dan yang kedua adalah kepada anak-anak yang belum pernah menikmati kemudahan prasekolah ini tadi. Di sinilah dilemanya kepada anak-anak dan cikgu tadi. Cikgu ini hendak mengajar yang sudah pandai membaca ini sambil yang belum pandai mengira dan membaca ini, jadi tekanan ini timbul kepada cikgu. Oleh sebab yang demikian kebanyakan cikgu mengajar Tahun 1 ini tadi mengambil cara yang mudah, mengambil jalan yang mudah untuk hanya menekankan pengajaran P&P itu tadi khusus kepada yang sudah memahami dan sudah pandai membaca, sudah pandai mengira dan meninggalkan selalunya anak-anak yang belum pergi ke tadika ini tadi.

Jadi kelemahan ini akan berterusan bila meningkat ke tahap dua. Oleh yang sebab demikian itulah sebab di Sarawak kadang-kadang kita lihat ada kanak-kanak yang sehingga Tingkatan 1 tidak pandai membaca. Walaupun jumlah itu tidak banyak sekarang, tetapi ini gejala yang perlu kita tangani dengan segera. Ketidakadilan sosial dari segi pendidikan yang masih berlaku di luar bandar negeri Sarawak. Namun apabila NKRA itu timbul, telah diwujudkan dan diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, kita lihat dalam pendidikan NKRA itu satu tumpuannya adalah untuk memperkasakan pendidikan awal.

Jadi oleh sebab yang demikian, pada suatu ketika dua tahun yang lalu, kita dengar Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran bila beliau berjalan membuat pengumuman berhubung dengan NKRA memperkasakan pendidikan awal ini, beliau menyarankan di mana-mana penempatan, kampung-kampung yang belum ada kemudahan pra sekolah, kemudahan tadika belum ada, bangunan untuk tadikakah? Beliau menyarankan supaya gereja ataupun masjid-masjid digunakan ataupun ruai-ruai di rumah panjang itu digunakan sebagai tempat untuk mengajar prasekolah ini.

Baru-baru ini juga kita lihat dalam usaha menyahut cabaran NKRA pendidikan awal ini, kita lihat Kementerian Pelajaran telah membuat satu breakthrough, dengan izin, yang baru yakni bangunan pra sekolah ini adalah sangat hebat sekali kerana telah berlaku di penempatan berdekatan rumah panjang saya. Yakni apabila satu kontena dimuatkan dengan semua barang yang di dalam kontena tersebut Tuan Yang di-Pertua, adalah penuh dengan bahan-bahan untuk bangunan dan kemudahan prasekolah ini. Semua barang itu adalah di dalam bentuk pasang siap. Jadi oleh sebab yang demikian datanglah satu kontena tersebut di satu-satu tempat dan terus memasang dan kontraktor yang diberi tanggungjawab itu akan terus memuatkan semua barang yang di dalam kontena tersebut dan terus memasang barang tersebut.

Perkara ini saya telah menyaksikan dalam masa tiga minggu satu bangunan yang lengkap untuk kemudahan pendidikan awal ini dapat siap dan boleh digunakan setelah satu bulan.

Page 79: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 71

Ini pun kalau dapat diperbanyakkan di kawasan luar bandar sangat-sangat penting

dalam menyahut kehendak NKRA untuk menyampaikan pendidikan awal kepada anak-anak kita yang belum mempunyai kemudahan sekolah seperti di kampung-kampung yang lain.

Perkara yang kedua yang saya hendak utarakan dalam hal pendidikan awal ini ialah berhubung dengan tenaga pekerja, cikgu-cikgunya. Memang salah satu cabarannya ialah tenaga pengajar. Kita memerlukan guru yang khusus, pandai kerana guru-guru yang ingin mengajar yang perlu mengajar dalam sekolah pendidikan awal ini memang memerlukan kemahiran yang tertentu. Akan tetapi yang anehnya ini dalam waktu kita hendak memperkasakan pendidikan awal ini, pertama kemudahan itu sangat lambat kita buat. Contohnya bangunan sekolah tidak ada. Usaha yang hendak menggunakan ruai, gereja dan dewan masyarakat ini sebagai ganti bangunan pendidikan awal ini tadi belum dapat diperkasakan kerana tenaga pengajar tidak ada.

Memang ada sesetengah kampung yang pernah saya lihat iaitu mereka JKKK sendiri yang membayar dan membeli bahan. Akan tetapi pada hemat saya, sebagai kita memiliki sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, janganlah biar masyarakat kita bertanggungjawab sepanjang nanti terhadap semua keperluan untuk mendidik anak mereka di pendidikan awal ini. Jadi saya merayu supaya kerajaan menyediakan cikgu-cikgu. Apa salahnya selama ini kita dengar dua tahun ini yakni ada lepasan graduate, dengan izin, yang masih menganggur termasuk saudara saya sendiri seorang wanita dengan kawan-kawan sudah tamat pengajian dalam pengkhususan pendidikan awal masih menganggur.

Kenapa kerajaan tidak peduli melihat keperluan bukan sahaja melihat keperluan mendidik anak kita tetapi memberi peluang kepada anak-anak kita yang sudah graduate, dengan izin, ini supaya mereka tidak terus menganggur. Jadi saya mencadangkan supaya dua perkara ini dilakukan iaitu membekalkan cikgu-cikgu dan terus membukakan kemudahan seperti bangunan-bangunan untuk prasekolah kita supaya jurang ataupun gejala ketidakadilan sosial yang telah berlaku dan sedang berlaku di kawasan kita luar bandar Sarawak ini makin lama akan terus hilang kerana kerajaan mengambil tindakan positif dan terus menerus dalam hal yang demikian. Oleh sebab yang demikian, Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Akhir sekali saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Dayang Madinah.

6.18 ptg.

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam 1Malaysia, salam perpaduan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kebenaran di beri kepada saya untuk berbahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan. Saya ingin menyentuh beberapa perkara. Mula-mula saya ingin menyentuh tentang pembinaan jalan.

Pada muka surat 9, iaitu perkara 7.6 dan 7.7 di bawah Kementerian Kerja Raya. Kedua-dua perkara ini mengenai peruntukan tambahan untuk membiayai pelaksanaan projek menaik taraf jalan-jalan dan membina jalan-jalan baru di Sarawak. Saya mohon jasa baik pihak Kementerian Kerja Raya supaya menyenaraikan jalan-jalan manakah yang dinaik taraf dan di kawasan manakah jalan-jalan baru dibina seperti yang dimaksudkan itu.

■1810

Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini juga tentang, jalan-jalan di Sarawak yang sering kali mendapat kerosakan walaupun yang baru dibina terutamanya jalan-jalan di kawasan-kawasan luar bandar. Jadi ramai yang berpendapat kerosakan tersebut bukannya disebabkan oleh kenderaan-kenderaan kecil yang lalu lalang tetapi disebabkan oleh trak-trak ataupun lori-lori besar yang membawa muatan berat kayu balak yang selalu berulang alik menggunakan jalan-jalan di kawasan luar bandar.

Jadi untuk membaik pulih jalan-jalan ini, ramai berpendapat bahawa tidak adillah kalau hanya pihak kerajaan yang kerap menanggung perbelanjaannya.

Page 80: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

72 DN 7.5.2012

Jadi kita rasa memandangkan kerosakan tersebut kebanyakannya disebabkan oleh trak-trak dan lori-lori yang dipunyai syarikat-syarikat kayu balak yang mempunyai banyak konsesi kayu balak dan juga yang sudah kaya raya, apa salahnya kalau kos perbelanjaan itu ditanggung bersama oleh syarikat-syarikat berkenaan dengan pihak kerajaan. Ini kerana kerosakan itu memang berterusan berlaku dari semasa ke semasa. Sememangnya membebankan kerajaan kalau hendak membaikpulih kekerapan kerosakan jalan-jalan tersebut.

Perkara berikutnya saya ingin sentuh ialah mengenai bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Seperti yang telah diluahkan oleh rakan-rakan Senator lain, memanglah rakyat di Sarawak juga berasa bertuah dan menyambut baik bantuan Rakyat 1Malaysia ini dan dari wajah semua penerima bantuan tersebut telah menunjukkan betapa terharu dan disulami dengan kegembiraan mereka apabila menerima bantuan RM500 yang begitu bernilai kepada, mereka khususnya golongan yang disasarkan.

Walaupun ada subsidi diberi oleh kerajaan untuk barang-barang keperluan lain seperti petrol, tetapi dinikmati oleh semua golongan masyarakat termasuklah orang yang berada malah yang mempunyai kereta Mercedes pun. Sekurang-kurangnya dengan bantuan khas RM500 ini dikira jumlah berasingan dapat membantu perbelanjaan golongan yang berpendapatan kurang RM3,000. Jadi rata-rata mereka berharap agar bantuan seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Seterusnya saya ingin menyentuh tentang sistem biometrik. Baru-baru ini saya kira dalam masa sebulan dua yang lepas, kita telah didedahkan menerusi media massa berkenaan dengan sebuah pusat spa di KL yang sudah empat kali diarah tutup tetapi berjaya beroperasi lagi dengan menggunakan khidmat warga asing yang tinggal lama di Malaysia dengan menyalahgunakan visa. Jadi kita ingin hendak tahu sama ada sistem biometrik yang sudah digunapakai betul-betul berkesan dalam membantu mengesan mereka ini. Saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri macam mana pusat spa yang tersebut sudah empat kali diarah tutup masih beroperasi?

Seterusnya saya ingin menyentuh tentang TV Alhijrah. Sebenarnya liputan penyiaran TV Alhijrah ini belum lagi begitu jelas penerimaannya di Bandaraya Kuching apatah lagi di kawasan-kawasan luar bandar. Walau apapun kita rata-rata masyarakat Islam di Sarawak menyambut baik TV Alhijrah kerana ia menekankan program pendidikan agama Islam.

Seterusnya saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan Yang Berhormat sekalian mengenai perhimpunan BERSIH baru-baru ini. Sebenarnya ada rancangan perhimpunan Bersih diadakan juga di Kuching pada tarikh yang sama iaitu 28 April lepas. Akan tetapi alhamdulillah kita difahamkan kurang sambutan daripada kalangan masyarakat di Kuching. Apa yang menggembirakan kita ialah pada pagi hari tersebut iaitu pada 28 April 2012 telah berlangsung perlancaran Jelajah Janji Ditepati yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Saya ingin berkongsi dengan Tan Sri Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan di Bandaraya Kuching meriah! Senator sekalian bahawa sambutan yang telah diberikan oleh rakyat di Sarawak khususnya masyarakat di sekitar Bandaraya Kuching untuk hadir bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merupakan sokongan kuat ke Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Boleh dikatakan puluhan ribu hari itu, lebih daripada 30 ribu orang di Majlis Jelajah Janji Ditepati itu. Jadi dari situ kita lihat sokongan padu rakyat Sarawak. Itu baru di bandar raya Kuching belum lagi di seluruh Sarawak. Di Kuching sudah memberi sokongan padu yang begitu kukuh dan erat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku pemimpin utama Kerajaan Barisan Nasional kita.

Jadi tidak payahlah hendak adakan BERSIH di Kuching, kurang sambutan! Itu sahaja perbahasan saya dan saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat minta maaf, ada seorang lagi yang terakhir sekali baru dihantar ini. Ini yang terakhir sekali selepas ini tidak ada lagi, saya minta Menteri menjawab. Saya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya.

Page 81: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 73

6.28 ptg.

Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya untuk turut serta dalam perbahasan untuk Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011/2012. Saya tidak bermaksud untuk berbahas panjang lebar sebab banyak perkara telah dibahaskan oleh kawan-kawan yang lain. Saya hanya ingin menyentuh satu dua perkara sahaja.

Saya tertarik melihat di sini di bawah B.6 sebanyak RM30 juta untuk menampung kos operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). SPAD ini yang kita tahu adalah satu suruhanjaya yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan lesen kenderaan perdagangan seperti teksi dan sebagainya. Untuk itu saya ingin bertanya kepada SPAD apakah penekanan SPAD dalam operasi mereka ke atas penguatkuasaan peraturan-peraturan kepada pemegang lesen-lesen kenderaan perdagangan seperti teksi.

Ini kerana, ini pengalaman yang saya alami sendiri tiga hari lepas. Daripada PWTC saya menahan teksi. Bukan tahan, teksi itu berhenti di taxi stand, ia parking di taxi stand. Saya tanya teksi ini jalan kah? ”Hendak pergi mana encik?”, dia kata. Saya kata KL Sentral. “Ah, KL Sentral RM20”, dia kata. RM20 sedangkan terpampang di teksi itu, “Teksi ini teksi bermeter, tawar menawar adalah dilarang”...

■1830

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat.

Datuk Haji Kadzim bin Haji M. Yahya: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terpampang kata “Teksi bermeter, tawar menawar adalah dilarang” tetapi pemandu itu tanpa segan silu menetapkan harga RM20 dari PWTC ke KL Sentral dan saya pun tidak mengendahkannya, saya tahan teksi lain yang lalu, teksi pun berhenti dan saya masuk. Teksi yang parking di tempat taxi stand ini dia tidak mahu berganjak, dia tidak mahu lari, dia parking juga di sana dan teksi yang saya ikut ini terpaksa reverse keluar dan jalan. Saya pun bertanya kepada teksi yang membawa saya, kenapa dengan itu orang tadi ya, ceritalah, dia pun kesal dan memberitahu bahawa inilah masalahnya, kadang-kadang ada segelintir yang membuat perkara sebegini, kami semua pemandu teksi dipandang serong.

Jadi saya hendak bertanyakan kepada SPAD, adakah SPAD menyimpan semua rekod pemandu teksi yang diambil oleh syarikat-syarikat pemegang permit teksi ini di dalam rekod mereka? Ini kerana kalau kita membuat aduan kepada SPAD tentang apa yang berlaku, paling tidak syarikat yang menyewa permit itu hanya akan dipanggil dan setelah disiasat dan didapati bersalah, kemudian permitnya ditarik balik oleh syarikat. Keesokan harinya dia menyewa lagi syarikat yang lain, dia masih membawa teksi tetapi perangai yang sama juga. Jadi apakah rekod yang ada pada SPAD untuk memastikan orang yang melanggar peraturan sebegini tidak lagi dapat membawa kenderaan berlesen lagi?

Begitu juga kalau kita tengok yang berlaku kepada pemandu-pemandu bas semasa musim perayaan yang tidak tidur, tidak apa, tidak mengikut jadual yang sepatutnya, adakah rekod-rekodnya disimpan? Seharusnya kalau disimpan rekod-rekod mereka ini, kalau mereka telah melakukan satu kesalahan kepada peraturan dan mereka tidak lagi boleh diemploy, dengan izin, oleh syarikat pemegang permit yang lain dan ini tidak akan menjejaskan nama-nama pemandu teksi yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam membawa teksi.

Satu perkara lagi yang menarik perhatian saya ialah P.29. Peruntukan tambahan sebanyak RM156 juta adalah dikehendaki untuk membiayai pelaksanaan projek System Average Interruption Duration Index (SAIDI) di Sabah. Ini baru membiayai pelaksanaan berharga RM156 juta, apakah penyelenggaraan yang telah dibuat oleh SESB dalam sistem-sistem ini? Ini kerana pada 28 April yang lalu, daripada jam 12.30 tengah hari hingga jam 4 petang, bekalan gangguan elektrik di sekitar Kota Kinabalu terputus. Pada 30 April 2012, daripada pukul 3 pagi sehingga pukul 10 pagi bekalan elektrik sekitar Kota Kinabalu terputus. Pada 1 Mei 2012 daripada 12.30 tengah hari hingga pukul 6 petang bekalan elektrik di sekitar Kota Kinabalu terputus dan pada 2 Mei dari 7 pagi sehingga jam 9 pagi bekalan elektrik terputus. Apakah penyelenggaraan SESB terhadap bekalan elektrik di Sabah?

Page 82: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

74 DN 7.5.2012

Gangguan bekalan elektrik yang sebegini impaknya bukan sahaja kepada pengguna-pengguna biasa tetapi ini juga boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada pertumbuhan ekonomi yang sedang rancak berjalan di Sabah kerana ini boleh menjejaskan memangkinkan pertumbuhan industri pembuatan dan sebagainya. Bayangkan, bajet hotel 20 bilik kena outlay, dengan izin, genset untuk back-up kepada bekalan elektrik terputus, berapa sangat outlay cost untuk bajet hotel yang 20 bilik kena belanja membeli genset. Kemudian selepas itu adakah ia boleh mampu untuk mengenakan sewa yang dikira bajet kalau dia punya outlay cost sudah tinggi? Ini saya meminta penjelasan daripada kementerian, selepas membelanjakan sebanyak RM156 juta, apakah kerja-kerja penyelenggaraan dibuat dengan teliti?

Sekian, terima kasih. Saya memohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, saya baru sahaja menerima satu permintaan daripada Yang Berhormat Datuk Maijol Mahap yang mahu diberikan laluan untuk berucap. Saya akan bagi lima minit Yang Berhormat Datuk Maijol sebelum saya meminta Yang Berhormat Menteri menjawab. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Maijol Mahap: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan izin kepada saya untuk sama-sama berbahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012.

Saya mendengar dengan teliti hujah sahabat saya Yang Berhormat Senator Datuk Haji Kadzim mengenai dengan beberapa masalah yang kami hadapi di Sabah khususnya apa yang beliau bangkitkan iaitu mengenai dengan masalah bekalan elektrik di mana saya menyokong dan memang betul apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Senator tadi. Akan tetapi ada satu lagi masalah yang saya ingin bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua iaitu mengenai dengan masalah tanah yang saya rasa di mana saya berdiri di sini meminta supaya Kerajaan Persekutuan sama-sama membantu Kerajaan Negeri Sabah bagaimana cara untuk menangani masalah tersebut.

Di negara kita ini Tuan Yang di-Pertua, kita telah pun melihat tentang bagaimana kerajaan sekarang ini sudah memulakan program NKRA yang meliputi banyak aspek dan segala kehidupan manusia serta segala pembangunan di negara kita termasuklah pengurangan jenayah, memperkasakan infrastruktur luar bandar, menaikkan taraf hidup di luar bandar dan sebagainya. Akan tetapi saya merasakan ada satu lagi perkara yang saya rasa harus dimasukkan di dalam NKRA kita ini iaitu mengenai dengan usaha kerajaan di Sabah yang menginginkan supaya masalah tanah di Sabah ini boleh dikurangkan khususnya saya ingin mengatakan di sini tentang pemilikan tanah NCR.

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, kita di Sabah mempunyai satu undang-undang tanah yang mirip dengan undang-undang National Land Code dengan izin, di Semenanjung Malaysia ini iaitu The Malay Reserve Land di mana tanah-tanah ini hanya dimiliki oleh orang native iaitu orang anak negeri. Mengikut perundangan Ordinan Tanah kita, jelas sekali dalam seksyen 13, 14, 15 dan 16 Ordinan Tanah tersebut, ternyata bahawa native ini mempunyai hak untuk mendapatkan hak milik tanah. Akan tetapi tidak semudah itu Tuan Yang di-Pertua kerana ada beberapa procedure yang kita harus lalui dan apa yang saya nampak di sini ialah perkara ini boleh diselesaikan, masalah pemilikan NCR ini boleh diselesaikan kerana saya mendapat tahu daripada kerajaan negeri bahawa kerajaan begitu prihatin dan mahu menyelesaikannya dengan menubuhkan satu unit dipanggil Unit Bergerak NCR ataupun NCR Mobile Unit.

Masalah di sini Tuan Yang di-Pertua, yang saya difahamkan bahawa tentang mewujudkan unit tersebut, ia perlu menggunakan wang yang tinggi, jumlah yang besar kerana ia melibatkan seperti juga mobile unit Jabatan Pendaftaran Negara yang masuk ke kampung-kampung untuk mendaftarkan pendaftaran lewat kad pengenalan, surat beranak dan sebagainya, menggunakan tenaga pekerja dan juga menggunakan wang. Jadi saya rasa kalau kita mempunyai wang untuk menubuhkan Unit Bergerak NCR ini, maka saya rasa lebih memudahkan orang-orang memiliki tanah-tanah NCR.

■1840

Jadi saya mohon kepada kementerian, kepada Kerajaan Malaysia ini supaya memberikan peruntukan membantu kami di Sabah ini, memberikan peruntukan untuk menubuhkan unit tersebut - NCR Mobile Unit dan juga memberikan wang yang secukupnya untuk melaksanakan kerja tersebut.

Page 83: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 75

Kedua Tuan Yang di-Pertua, yang saya ingin sentuh dalam masa yang ringkas ini,

yang mana dengan saya sudah sentuh dalam hujah Titah Diraja saya iaitu perlunya kerajaan atau khasnya Kementerian Pelajaran untuk mengaudit sekolah di daerah saya Kota Marudu. Saya juga baru mendapat makluman apabila saya balik ke Sabah pada hujung minggu ini Tuan Yang di-Pertua iaitu sebenarnya masalah sekarang ini ialah mencari tapak untuk SMK Marak Parak di Kota Marudu. Saya sebut lagi ini kerana ini disebabkan adalah tuntutan orang ramai. Saya mendapat tahu bahawa masalah yang dihadapi oleh Kementerian Pelajaran – saya harap Kementerian Pelajaran mempunyai wakil di sini, bahawa tidak ada tapak untuk sekolah tersebut.

Akan tetapi saya difahamkan baru-baru ini bahawa ketua kampung, ketua-ketua masyarakat sudah bermuafakat dan mengenal pasti bahawa ada satu tapak untuk SMK Marak Parak iaitu satu kawasan yang dipanggil grazing reserve yang mempunyai 1,000 ekar dan mereka bersetuju supaya 20 ekar daripada 1,000 ekar itu, hanya 20 ekar saya rasa mencukupi untuk pembinaan sekolah tersebut. Jadi saya harap Kementerian Pelajaran akan bekerjasama dengan Kerajaan Sabah dan juga pemegang trust holders, the trustees, dengan izin, grazing reserve itu, dengan izin, supaya masalah mencari tapak ini akan diselesaikan.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan MAS ini. Saya terkilan sebab kita mempunyai sejarah MAS yang tidak berapa baik dalam segi kewangan walaupun saya amat bangga pada hari ini dengan MAS ini. It is a national carrier. Apabila saya nampak MAS, saya rasa bangga sebab ini adalah carrier negara saya. Apa yang membimbangkan Tuan Yang di-Pertua ialah akhir-akhir ini saya nampak bahawa tambang kapal MAS ini dan saya percaya Kementerian Pengangkutan mempunyai wakil di sini, tambang kapal MAS ini semakin lama semakin meningkat. Saya rasa semua tahu ini... [Disampuk] Pesawat, ya. Tambang pesawat MAS.

Dahulu kalau kita travel, dengan izin dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur contohnya, kurang daripada RM1,000 business class. Sekarang ini hampir RM2,000 Tuan Yang di-Pertua. Pergi balik sudah RM3,000 lebih. Siapa yang mampu. Dalam negara, domestic flight. Kalau international mungkin lebih tinggi lagi. Jadi, adakah adil consumer yang dipersalahkan? Adakah adil consumers yang diberi bebanan yang begitu tinggi? Sepatutnya pengurusan, kerajaan, MAS yang patut mengambil inisiatif yang lain atau alternatif dan jangan alihkan beban itu kepada consumers, dengan izin.

Saya rasa kita harus letakkan noktah ini. Janganlah berterusan naik. Apatah lagi kita ini, kita mahu supaya ada integrasi yang kita mahu menggalakkan mobility of human beings or citizen, dengan izin, antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah Sarawak ini tetapi dengan tambang yang begitu tinggi...

Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya: Boleh mencelah?

Datuk Maijol Mahap: Siapa boleh mampu, Tuan Yang di-Pertua? Tidak mampu.

Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya: Boleh mencelah?

Datuk Maijol Mahap: Ya. Silakan.

Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya: Jadi mengenai tambang yang mahal oleh MAS Yang Berhormat Senator sebutkan tadi. Adakah Yang Berhormat Senator bersetuju kalau saya katakan MAS juga harus menjalankan atau mengambil kira social obligation mereka dalam menetapkan harga-harga tambang? Terima kasih.

Datuk Maijol Mahap: CSR, saya bersetuju. CSR memang satu daripada piagam mana-mana syarikat besar dalam bentuk sosial, membantu society atau masyarakat. Akan tetapi, ia harus dibalancekan, dengan izin, dengan kos yang tinggi. Saya tidaklah mengharapkan mereka menggunakan kes CSR ini dengan cara menurunkan kadar itu tetapi sekurang-kurangnya menggunakan consideration Tuan Yang di-Pertua, economic consideration mereka untuk menurunkan harga itu kerana saya rasa ada aspek lain lagi. Mengapa mesti membebankan pelanggan, consumers? Akhirnya kita yang susah. Inilah saya harap supaya ini diberi penekanan kerana bagi kami dan bagi kita semualah, ini amat penting supaya kita tidak rasa terbeban apabila kita menggunakan pesawat MAS ini. Dengan kata sedemikian, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Page 84: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

76 DN 7.5.2012

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Maijol. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, seramai 16 orang daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian yang telah turut serta membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012, jadi sekarang sampailah masanya untuk saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menjawab. Silakan Yang Berhormat Menteri.

6.46 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Donald Lim Siang Chai]: Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Kedua 2012 di Dewan yang mulia ini. Kerajaan sangat menghargai akan cadangan, pandangan dan teguran yang telah diberikan terhadap beberapa perkara yang dibentangkan dalam rang undang-undang tersebut.

Antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan ini ialah Yang Berhormat Senator Tuan Khoo Soo Seang, Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar, Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rohani binti Abdullah, Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah, Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat, Yang Berhormat Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim, Yang Berhormat Senator Dato’ Syed Ibrahim bin Kader, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah, Yang Berhormat Senator Tuan Lihan Jok, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya dan Yang Berhormat Senator Datuk Maijol Mahap.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Khoo Soo Seang bertanya tindakan terhadap guru-guru yang mengikuti KDC. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, guru-guru yang sedang berkursus KDC juga tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuat kuasa sekarang. Tindakan tatatertib diambil ke atas guru-guru di seluruh negara adalah berdasarkan peruntukan Peraturan-Peraturan Penjawat Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Bentuk tindakan yang diambil adalah berdasarkan jenis-jenis tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam 1993 iaitu amaran, melucut hak emolumen, denda, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat dan buang kerja iaitu sekiranya terdapat aduan, kerajaan akan menyiasat dan jika terdapat bukti, maka tindakan tatatertib akan diambil.

Yang Berhormat juga bertanya nama Kementerian Pendidikan lebih tepat. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan pada perundangan penggunaan istilah pendidikan masih digunakan dan dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara. Maka istilah pelajaran juga diguna pakai dan dikekalkan di dalam undang-undang negara seperti Akta Tugas-tugas Menteri 1969, Menteri Pelajaran dan Kementerian Pelajaran (2004) dan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran.

■1850

Untuk makluman Yang Berhormat, nama kementerian akan diputuskan pada akhir tahun 90-an semasa kerajaan memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Namun demikian, pertukaran semasa istilah pendidikan kepada pelajaran dibuat selepas pilihan raya tahun 2004 setelah diambil kira aspek sejarah. Nama Kementerian Pelajaran bukanlah satu nama baru tetapi nama asas yang digunakan setelah negara mencapai kemerdekaan. Nama ini juga adalah satu nama sejarah yang kerajaan abadikan sebagai penghargaan kepada pemimpin yang lalu setelah kerajaan menerima Penyata Razak, Penyata Rahman Talib dan sebagai kesinambungan daripada sistem pendidikan kebangsaan. Selain itu, istilah pelajaran juga digunakan setelah mengambil kira aspek-aspek persekolahan iaitu dari tahap pra sekolah sehingga persekolahan menengah.

Page 85: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 77

Yang Berhormat Senator Tuan Khoo Soo Seang hendak tanya tabiat membaca

kurang. Untuk makluman Yang Berhormat, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka antara meningkatkan minat membaca adalah secara langsung melalui kegiatan yang dilaksanakan sendiri atau dengan memberikan kerjasama kepada pihak lain. Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan produk penerbitannya iaitu buku dan majalah dalam kegiatan perkembangan dan pemasyarakatan bahasa dan sastera yang sekali gus yang menanamkan tabiat suka membaca.

Kegiatan yang dianjurkan secara berterusan ialah Majalah Dalam Kelas (MDK) untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan guru. Melalui kegiatan pusat pengembangan sastera, kanak-kanak, Dewan Bahasa dan Pustaka kegiatan bagi memupuk minat membaca dikenakan pada peringkat kanak-kanak melalui sesi bercerita, penghayatan sastera untuk pelajar sekolah menengah di samping menerapkan kepentingan pembacaan melalui kegiatan tahunan. Seperti Minggu Penulis Remaja dan Program Tunas Remaja yang berusaha melahirkan masyarakat berilmu yang diperoleh melalui pembacaan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ini menunjukkan beberapa siri wacana seperti majlis astaka minda, bacaan naskhah klasik dan siri wacana intelektual. Sanggar pejabat secara bulanan dan bersama mewujudkan masyarakat e-Knowledge teras dengan pembangunan pesat teknologi maklumat, komunikasi atau PMK. Dewan Bahasa dan Pustaka telah mewujudkan pusat rujukan dan persuratan Melayu yang boleh diakses oleh masyarakat seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahasa sastera dan penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang meliputi kamus, istilah, panduan dan kegiatan yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Majalah dan jurnal dalam talian secara meluas akan diperkenalkan dalam separuh kedua tahun ini. Antara program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM), Kem Membaca 1Malaysia, Anugerah NILAM Kebangsaan, Khemah Membaca Kebangsaan dan Rakan NILAM. Program-program ini bertujuan untuk menarik minat tabiat membaca dan seterusnya menjaga kreatif dan inovatif di kalangan murid. Pihak sekolah juga membuat jadual secara terancang untuk membolehkan murid menjalankan aktiviti membaca di sekolah pada masa pengajaran dan pembelajaran atau masa senggang.

Yang Berhormat Senator Tuan Khoo Soo Seang ada tanya apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Untuk makluman Yang Berhormat, langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan pekerja asing:

(i) kerajaan telah menetapkan kadar gaji minimum RM900 sebulan yang terpakai kepada semua pekerja sektor swasta sama ada pekerja tempatan atau asing kecuali sektor domestik iaitu pembantu rumah dan tukang kebun. Dengan memperkenalkan peraturan gaji minimum ini akan menolong majikan mengambil pekerja tempatan memandangkan tiada diskriminasi gaji antara pekerja tempatan dan pekerja asing. Majikan juga tidak perlu menanggung kos pengajian pekerja asing seperti menyediakan tempat tinggal dan bayaran levi;

(ii) kerajaan juga telah memperkenalkan peraturan kerja separa masa atau part time regulation yang menyasarkan sekurang-kurangnya suri rumah, ibu tunggal, pesara, OKU dan penuntut IPT di mana mereka boleh bekerja tetapi tidak berbuat demikian atas halangan-halangan tertentu seperti berkahwin atau mencapai umur persaraan. Dengan adanya peraturan ini mereka boleh memperoleh pendapatan dengan melakukan kerja dari rumah atau dari pusat komuniti berhampiran dengan tempat tinggal. Sejak dikuatkuasakan pada 1 Oktober 2010, peraturan ini memberi jaminan faedah tertentu kepada orang ramai yang bekerja separuh masa di mana dia dapat menentukan formula pembayaran gaji, caruman kepada PERKESO dan KWSP kepada para pekerja terbabit.

Page 86: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

78 DN 7.5.2012

Dengan penyertaan golongan ini dalam sektor pekerjaan, pergantungan kepada pekerja asing dapat dikurangkan melalui penawaran tenaga kerja yang lebih besar;

(iii) berkuat kuasa 1 September 2011, kerajaan telah menaikkan kadar levi sebanyak RM50 bertujuan khusus untuk mengurangkan kebergantungan kepada permintaan tenaga kerja asing bagi sektor perkilangan, pembuatan atau pembinaan. Kadar levi kenaikan RM1,200 kepada RM1,250 manakala sektor perladangan dinaikkan daripada RM540 kepada RM590. Di sektor pertanian juga dinaikkan daripada RM360 kepada RM410; dan

(iv) akhir sekali di sektor perkhidmatan terdapat dua subsektor yang dinaikkan levi iaitu subsektor tukang masak RM1,800 kepada RM1,850 dan subsektor pembantu rumah bayaran levi untuk tahun pertama dinaikkan daripada RM360 kepada RM410. Untuk tahun kedua dan seterusnya daripada RM540 kepada RM590.

Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang ada meminta mengapa tukar warna perlu pergi ke PUSPAKOM. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan peraturan semasa sebarang pertukaran warna bagi sesebuah kenderaan motor tidak memerlukan pemeriksaan di PUSPAKOM. Walau bagaimanapun, pemilik kereta perlu memaklumkan kepada JPJ penukaran warna baru tanpa dikenakan sebarang bayaran atau fee.

Yang Berhormat Senator Tuan Khoo Soo Seang ada tanya kursus pra perkahwinan untuk isu-isu kekeluargaan. Untuk makluman Yang Berhormat, selain kursus pra perkahwinan yang diwajibkan kepada pasangan Islam, kementerian melalui LPPKN telah melaksanakan Program SmartStart dengan pasangan yang akan dan baru berkahwin iaitu kurang daripada lima tahun sejak tahun 2006 sebagai inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengukuhkan hubungan suami isteri. Sehingga bulan Disember tahun 2011, sejumlah 415 program telah dilaksanakan melibatkan penyertaan seramai 7,135 orang pasangan.

Yang Berhormat Senator Tuan Khoo Soo Seang ada tanya isu dengan KPDNKK iaitu masalah dan isu peraduan gores dan menang secara bagaimana tindakan yang diambil kepada peniaga yang menjalankan perniagaan ini.

■1900

Untuk makluman Yang Berhormat gores dan menang boleh dilakukan oleh mana-mana orang sekiranya peraduan adalah tepat seperti yang dijanjikan tidak palsu dan tidak mengelirukan. Walau bagaimanapun sekiranya dia mengelirukan atau palsu, tindakan boleh diambil di bawah Akta Perihal Perdagangan 2011 yang memperuntukkan denda sebanyak tidak lebih RM250,000 atau penjara tiga tahun bagi individual. Manakala bagi perbadanan denda tidak lebih RM500.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri ada yang ingin mencelah.

Tuan Khoo Soo Seang: Tuan Yang di-Pertua, saya tadi pagi ini saya ada sebut bahawa cara perniagaan gores dan menang sudah semakin canggih ada guna komputer dan sebagainya. Akan tetapi selalunya mereka gunakan sampai alamat yang palsu, bil yang palsu sehingga kita langsung tidak ada bukti. Walaupun sudah ditipu, kita bawa bil itu, tidak ada syarikat ini. Alamat pun palsu, semua pun palsu. Ini yang jadikan masalah kepada kita sekarang. Walaupun ada mangsa pun kita tidak boleh bantu.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Terima kasih Yang Berhormat Senator Khoo Soo Seang. Memang isu ini kita akan semak. Saya akan memberitahu kepada kementerian yang berkenaan supaya kita akan buat, pandang secara serius isu ini. Oleh sebab ini kita hendak jaga rakyat supaya mereka tidak boleh ditipu oleh sesiapa yang tidak bertanggungjawab.

Yang Berhormat Senator Khoo Soo Seang ada tanya aduan kerosakan jalan yang terlalu lama untuk diambil tindakan oleh JKR.

Page 87: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 79

Untuk makluman Yang Berhormat Kementerian Kerja Raya sentiasa memantau

dan mengambil tindakan terhadap semua aduan yang telah diterima dengan mengambil kira keutamaan bagi setiap aduan contohnya bagi aduan jalan berlubang. Syarikat konsesi perlu dilaksanakan dalam tempoh 24 jam setelah aduan dan penyiasatan tapak dilaksanakan.

Setiap tahun JKR telah memperuntukkan RM1,550 per kilometer per bulan bagi kerja-kerja penyelenggaraan rutin jalan persekutuan. Memang saya setujulah dengan apa yang dikata oleh Yang Berhormat. Memang saya harap Kementerian Kerja Raya boleh mengadakan hotline seperti bekalan elektrik. Kalau ada gangguan boleh telefon 15454.

Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali ada bangkit emolumen yang bonus merupakan jumlah yang besar. Ingin tahu mengapakah tidak dapat dijangka lebih awal bonus? Untuk makluman Yang Berhormat peruntukan untuk membuat pembayaran bonus biasanya tidak disediakan di dalam bajet tahunan. Pembayaran bonus adalah tertakluk kepada keputusan kerajaan berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan. Oleh sebab itu pembayaran bonus biasanya diselaraskan di bawah peruntukan tahun semasa. Sekiranya peruntukan tidak mencukupi barulah memohon peruntukan tambahan.

Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali juga bertanya sama ada peruntukan tambahan ini sudah dijelaskan atau belum? Kalau belum, berapa peratus yang sudah dijelaskan? Untuk makluman Yang Berhormat, semua peruntukan tambahan yang dibentangkan di dalam Rang Undang-undang Pembekalan ini telah selesai dijelaskan.

Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali ada bertanya berapa ramaikah, dan berapa bonus yang dibayar pada tahun 2011 secara terperinci bagi Kementerian Pelajaran? Untuk makluman Yang Berhormat Kementerian Pelajaran telah membayar bonus tahun 2011 kepada semua guru dan bukan guru. Sama seperti penjawat awam lain mengikut kadar yang diluluskan oleh agensi pusat. Bilangan pegawai dan kakitangan di Kementerian Pelajaran guru dan bukan guru adalah lebih kurang 500,000 orang. Oleh kerana pengumuman pemberian bonus hanya dibuat semasa pembentangan bajet 2012, maka peruntukan berkenaan tidak disediakan semasa penyediaan awal bajet tahun semasa, tahun 2012. Justeru itu bayaran tambahan ini diperlukan bagi melangsaikan bayaran bonus tersebut.

Yang Berhormat juga ada tanya pecahan bonus Kementerian Pertahanan mengikut perjawatan. Jumlah perbelanjaan bonus tahun 2011 adalah sebanyak RM274.3 juta untuk semua anggota awam dan tentera. Sebahagian daripada jumlah tersebut sebanyak RM225.3 juta telah ditampung oleh Penjimatan Kementerian. Sehubungan itu, kementerian memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM49 juta untuk menampung baiki pembayaran bonus tersebut.

Yang Berhormat juga ada tanya memerlukan terperinci peruntukan tambahan untuk bayaran bonus oleh Kementerian Dalam Negeri. Untuk makluman Yang Berhormat peruntukan tambahan yang diperuntukkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bagi menampung keperluan bayaran bonus berjumlah RM328.2 juta. Ini merangkumi bayaran bonus untuk penjawat awam iaitu PDRM, RM249.3 juta iaitu seramai 126,618 orang, RM45.6 juta iaitu untuk 14,897 orang untuk Jabatan Penjara dan RM30.1 juta iaitu 11,880 orang untuk Jabatan Imigresen dan RM12.3 juta iaitu untuk 4,400 orang untuk Jabatan Pendaftaran Negara.

Yang Berhormat ada tanya juga beberapa Yang Berhormat tanya dengan Yayasan Al-Bukhari adalah pemilik TV Alhijrah. Beberapa jumlah perbelanjaan yang disumbangkan oleh Yayasan Al-Bukhari dan yang disumbangkan oleh kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat TV Alhijrah ditubuhkan sebagai sebuah syarikat jaminan terhad kerajaan ataupun company limited by guarantee. Pertubuhan TV Alhijrah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan tanpa ada pemilik oleh mana-mana pihak lain.

TV Alhijrah yang merupakan sebuah stesen yang berkonsepkan Islam sepenuhnya bertujuan untuk menyampaikan kefahaman dan dakwah Islam. Tujuan pertubuhan juga adalah untuk menanam nilai-nilai murni dalam masyarakat khususnya untuk membentuk persefahaman dan perpaduan melalui ilmu pengetahuan yang disampaikan secara kreatif khususnya untuk menarik pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan muda untuk menonton TV tersebut.

Page 88: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

80 DN 7.5.2012

Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali dan juga ada beberapa yang ada tanya apakah peruntukan touch point. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan touch point diperuntukkan khas untuk rakyat iaitu meliputi antaranya:

(i) pembelian kepada mangsa bencana alam dan sebagainya;

(ii) bantuan kepada keluarga yang ditimpa penyakit kronik;

(iii) pembelian kepada ketua isi rumah atau miskin;

(iv) pembelian kepada warga emas atau OKU yang memerlukan;

(v) bantuan alat sokongan perubatan;

(vi) bantuan bahan dan peralatan pembinaan;

(vii) sumbangan peralatan kewangan kepada persatuan pertubuhan;

(viii) program khas kemasyarakatan dengan anak yatim;

(ix) projek kecil infrastruktur awam dan asas seperti baik pulih, naik taraf dewan, jalan, barangan sukan, parit, longkang, lampu, bekalan air, elektrik dan sebagainya.

Yang Berhormat ada tanya berapakah pecahan peruntukan untuk SPR mengikut butiran di dalam Kertas Perintah ‘A’. Ini memang ada tanya oleh Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah dan juga Yang Berhormat yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat, maklumat pembekalan tambahan bagi SPR adalah seperti yang berikut:

■1910

(i) Pilihan Raya Kecil N.05 Tenang, Johor – RM1,249,200;

(ii) Pilihan Raya Kecil N.27 Merlimau, Melaka – RM941,000;

(iii) Pilihan Raya Kecil N.28 Kerdau, Pahang – RM915,000;

(iv) Pilihan Raya Umum DUN Sarawak ke-10 – RM15,665,000; dan

(v) Peruntukan awal bagi persediaan Pilihanraya Umum Ke-13 – RM30 juta.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, maksud persediaan PRU-13 meliputi sesi taklimat dan latihan pegawai bertugas pilihan raya, perolehan peralatan dan barang-barang pilihan raya serta urusan pencetakan buku-buku taklimat dan borang-borang keperluan pilihan raya.

Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali ada bertanya tujuan tambahan peruntukan sebanyak RM204,000,450 di bawah Maksud B.10 - Perbendaharaan. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah tambahan peruntukan Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi tahun 2011 iaitu sebanyak RM204,450,000 iaitu meliputi tambahan peruntukan ini adalah untuk menampung kos operasi biasa Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti berikut:

(i) bayaran emolumen pegawai-pegawai baru yang tetap dilantik seramai 600 orang;

(ii) bayaran emolumen pegawai-pegawai sambilan LHDN;

(iii) bil-bil utiliti bagi bangunan-bangunan baru dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan;

(iv) sewaan komputer dan bangunan pejabat;

(v) bayaran lesen dan penyelenggaraan sistem pengkomputeran Lembaga Hasil Dalam Negeri yang dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan;

(vi) penyelenggaraan bangunan-bangunan baru yang dibina; dan

(vii) insurans kesihatan dan insurans bangunan pejabat serta bayaran cukai taksiran bangunan-bangunan milik Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Page 89: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 81

Yang Berhormat ada bertanya mengapa Lembaga Hasil dalam Negeri dikehendaki

membiayai pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah bertanggungjawab untuk mendaftar dan menyemak permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia daripada orang ramai atau orang awam. Kos operasi bagi pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah seperti berikut:

(i) bayaran emolumen pegawai-pegawai sambilan di seluruh negara;

(ii) bayaran sewaan komputer;

(iii) bil-bil utiliti dan tuntutan perjalanan.

Yang Berhormat ada bertanya mengenai isu bayaran bonus kepada kakitangan kontrak KEMAS iaitu adakah ini kali pertama kakitangan KEMAS dibayar dan kenapa bayaran ini dibuat pada masa ini? Untuk makluman Yang Berhormat, Bekalan Tambahan Tahun 2011 sebanyak RM2,239,300 adalah untuk membayar bonus sebulan gaji kepada 16,835 orang kakitangan kontrak yang sedang berkhidmat dengan KEMAS. Kakitangan kontrak KEMAS merupakan penjawat awam yang layak menerima bayaran bonus. Sekiranya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan bayaran bonus atau bayaran khas kepada penjawat awam, maka mereka juga layak menerimanya.

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar ada bertanya dan mohon penjelasan kemajuan projek di Jalan Simpang Pulai di Perak ke Kuala Berang di Terengganu dan bila akan siap sepenuhnya. Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Jalan Raya Persekutuan dari Simpang Pulai di Perak ke Lojing, Gua Musang, Kelantan dan seterusnya berakhir di Kuala Berang, Terengganu merupakan projek yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menghubungkan kawasan Pantai Timur dan Barat Semenanjung Malaysia. Laluan tersebut yang juga dikenali sebagai Lebuhraya Timur Barat 2 telah mula dibina sejak dari tahun 90-an melibatkan pembinaan jalan sepanjang lebih 300 kilometer dan merentasi empat buah negeri iaitu Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Pembinaan projek ini telah dibahagikan oleh Jabatan Kerja Raya kepada sepuluh pakej dengan kos keseluruhan projek dianggarkan melebihi RM2 bilion.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa kini laluan jalan dari Simpang Pulai ke Kuala Betis, Gua Musang sepanjang lebih kurang 155 kilometer telah siap dibina kecuali pakej 9 - naik taraf jalan dari Kuala Betis ke Gua Musang. Walau bagaimanapun, bagi laluan dari Gua Musang ke Kuala Berang, masih terdapat satu pakej yang sedang dalam peringkat pembinaan dan tiga pakej lagi dalam peringkat perancangan. Pakej yang sedang dalam peringkat pembinaan iaitu pakej 6A - Baling ke sempadan negeri Terengganu, dijangka siap pada tahun 2012, manakala pakej-pakej yang sedang dalam peringkat perancangan pula ialah melibatkan pakej 8 - Kampung Teris ke Kuala Telumong, fasa dua dan tiga, pakej 7C - Kuala Jenanis ke Tasik Kenyir, dan pakej 9 - naik taraf Kuala Betis ke Gua Musang. Kesemua cadangan projek ini telah dipohon kepada agensi pusat untuk dilaksanakan oleh JKR dalam Rolling Plan Kesepuluh.

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar juga bertanya persempadanan pilihan raya di Terengganu sudah lama tidak dibuat pecah sempadan dari tahun 1985 dan mohon dibuat pecah sempadan di kawasan negeri dan juga negeri lain yang terlibat. Untuk makluman Yang Berhormat, SPR mengambil maklum berhubung dengan cadangan Yang Berhormat supaya dijalankan urusan persempadanan semula bagi negeri Terengganu. Namun begitu, untuk makluman Yang Berhormat, walaupun proses ulang kaji persempadanan semula bahagian pilihan raya boleh dimulakan oleh SPR pada 21 Mac 2011 yang lalu, namun SPR telah memutuskan supaya ia dilaksanakan hanya selepas Pilihanraya Umum Ke-13 diselesaikan bagi membolehkan penumpuan yang sepenuhnya kepada PRU Ke-13 yang akan datang.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, kenapa sebelum itu tidak ada kajian sebelum pilihan raya ke-13? Kenapa? Sedangkan lima tahun sekali sepatutnya ada kajian balik sempadan pilihan raya. Kenapa tidak ada?

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar. Memang isu yang diambil kira oleh SPR adalah jumlah rakyat yang berada di tempat itu atau jumlah pengundi yang ada di tempat itu. Memang jumlah pengundi di tempat itu tidak bertambah begitu ketara. Saya akan panggil SPR memberi jawapan kepada Yang Berhormat secara bertulis.

Page 90: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

82 DN 7.5.2012 ■1920

Yang Berhormat ada tanya berapakah butiran perbelanjaan terperinci bagi bonus, pertambahan jawatan serta insentif kepada pakar kesihatan awam, pegawai pergigian dan pegawai kesihatan daerah. Untuk makluman Yang Berhormat butiran perbelanjaan ada seperti berikut, bayaran imbuhan tahunan RM409.06 juta, pengisian 9,255 jawatan iaitu RM124.27 juta, bayaran kenaikan insentif, bayaran insentif kesihatan awam pegawai pergigian dan bayaran insentif pegawai kesihatan daerah iaitu RM3.19 juta.

Yang Berhormat Senator juga ada tanya dengan memohon menyatakan butiran terperinci iaitu pampasan tol. Untuk makluman Yang Berhormat, mengenai pertanyaan tentang butiran terperinci peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta yang diperlukan oleh kementerian untuk bayaran pampasan tol. Di sini suka saya menjelaskan bahawa pecahan terperinci keperluan peruntukan tersebut ialah untuk tujuan pembayaran kepada syarikat-syarikat konsesi iaitu seperti yang berikut:

(i) peruntukan sebanyak RM69,487,556.93 diperlukan bagi tujuan bayaran bagi pampasan tol kepada Syarikat PLUS Berhad berikutan daripada penangguhan kenaikan kadar tol untuk lebuh raya di bawah kendalian syarikat berkenaan pada tahun 2010;

(ii) peruntukan sebanyak RM271,944 diperlukan bagi tujuan bayaran bagi pampasan berikutan daripada pengurangan kadar tol BSS (Kelas 5) kepada Syarikat Konsesi Lebuhraya Damansara-Puchong bagi tempoh antara 1 Januari 2010 sehingga 14 Januari 2011;

(iii) peruntukan sebanyak RM49,625.80 diperlukan bagi tujuan bayaran bagi pampasan berikutan daripada pengurangan kadar tol BSS (Kelas 5) kepada Syarikat Konsesi Lebuhraya Senai-Desaru bagi tempoh antara 1 Januari 2010 hingga 14 Januari 2011;

(iv) peruntukan sebanyak RM7,423,358.06 diperlukan bagi tujuan bayaran pampasan tol berikutan daripada penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2010 untuk Jambatan Pulau Pinang dan bagi pampasan berikutan pengurangan kadar tol kepada Syarikat Konsesi Jambatan Pulau Pinang bagi tempoh 1 Januari 2010 hingga 14 Januari 2011;

(v) peruntukan keseluruhan sebanyak RM213,061.40 diperlukan bagi tujuan bayaran bagi pampasan berikutan daripada pengurangan kadar tol BSS (Kelas 5) kepada Syarikat Konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) bagi tempoh antara 1 Januari 2010 hingga 14 Januari 2011;

(vi) peruntukan keseluruhan sebanyak RM9,637,085.86 diperlukan untuk bayaran Lebuhraya Sistem Penguraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRING) ;

(vii) peruntukan keseluruhan sebanyak RM4,512,334.87 dibayar kepada Konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, dan;

(viii) peruntukan sebanyak RM11,391,489.19 dibayar kepada Syarikat Touch‘n Go.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini jumlah keseluruhan yang akan dibelanjakan bagi pecahan terperinci seperti yang telah saya nyatakan tadi ialah sebanyak RM102,986,456.11. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM2,986,456.11 akan digunakan daripada peruntukan sedia ada tahun 2011 yang telah diluluskan oleh Parlimen sebelum ini.

Yang Berhormat Senator Abdul Rahman bin Bakar juga tanya isu kelewatan pelaksanaan projek Lebuhraya Pantai Timur, Fasa 2, Terengganu (LPT II). Untuk makluman Yang Berhormat sehingga 30 April 2012 kemajuan fizikal keseluruhan projek LPT II ialah 80 peratus.

Page 91: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 83

Projek ini telah mengalami kelewatan disebabkan terdapat sepuluh pakej di bawah

pengawasan Jabatan Kerja Raya yang terpaksa di tender semula setelah kontraktor asal menarik diri berikutan kesan dari kenaikan harga bahan binaan pada tahun 2007 dan tahun 2008.

Pada masa ini kontraktor penyiap telah dilantik untuk meneruskan pakej-pakej yang di tender semula kecuali untuk pakej 4 iaitu melibatkan jalan dari Stesen MARDI ke Ladang Cheru Kemaman sepanjang tujuh kilometer dan pakej 7 iaitu laluan jalanan yang menghubungi Bukit menembusi ke Felda ke Kerteh 6 Kemaman sepanjang 13.5 kilometer. Buat masa kini JKR sedang dalam peringkat akhir untuk melantik kontraktor penyiap di mana kontraktor yang baru untuk kedua-dua pakej itu dijangka dan dipilih selewat-lewatnya pada bulan hadapan dan projek dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

Sehubungan itu Kementerian Kerja Raya akan menyiapkan lagi pemantauan untuk memastikan kemajuan pelaksanaan projek ini berjalan lancar dan tidak lagi berlaku sebarang kelewatan...

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, pohon penjelasan. Maksud Yang Berhormat dalam masa dua tahun lagi projek LPT II akan siap sepenuhnya kah atau macam mana?

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Jawapan yang saya dapat ialah kita akan siap sepenuhnya dalam tempoh 24 bulan kemudian. Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Rahman bin Bakar juga ada tanya agar tindakan tegas diambil terhadap penganjur Bersih 3.0 dan bukan sekadar memberi amaran. Mohon KDN menyiasat sehingga ke akar umbi. Memang isu ini telah dibangkit oleh beberapa Ahli Senator.

Untuk makluman Yang Berhormat dalam hal ini Kementerian Dalam Negeri khasnya PDRM ambil serius berkenaan perancangan untuk menganjurkan perhimpunan tersebut. Pihak polis berdasarkan maklumat semasa telah mengambil tindakan mengikut lunas-lunas undang-undang negara untuk mencegah daripada berlakunya perhimpunan pada 28 April 2012 sehingga kini 512 orang telah ditangkap untuk siasatan dan kesemuanya telah dibebaskan. Ini semua bagi tujuan penyiasatan dan pencegahan yang mempunyai hubung kait dengan perhimpunan BERSIH 3.0 yang dibuat pada 28 April 2012...

■1930

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Yang Berhormat, boleh saya tanya lagi. Berapa orangkah yang telah dan sedang didakwa di mahkamah, berapa orang?

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Untuk makluman Yang Berhormat, saya telah jawab iaitu buat masa ini 512 telah ditangkap dan disiasat dan kita sudah tunggu pihak polis...

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Itu ditangkap, didakwa berapa?

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Ini adalah kuasa AG. Kita tunggu...

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Berapa orang?

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Itu kuasa AG. Kita akan tunggulah. Kalau sekiranya Yang Berhormat Senator hendak, memang mereka akan umumkan angka itu di surat khabar kemudian.

Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Rahman bin Bakar memohon untuk tubuhkan Pejabat Pelajaran Marang. Untuk makluman Yang Berhormat, Pejabat Pelajaran Daerah Marang telah beroperasi mulai tahun 2006. Yang Berhormat Senator juga tanya cadangan kem latihan ‘kenali’ di kebanyakan dan kena ambil pelatih yang banyak sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding dengan 10 peratus pada masa kini.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kerajaan sentiasa prihatin terhadap keinginan rakyatnya bagi mendapatkan latihan yang berguna melalui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Untuk itu, kerajaan telah meningkatkan panggilan pelatih sejak PLKN dilaksanakan bermula tahun 2004. Panggilan pelatih telah ditingkatkan daripada 85,000 setahun pada 2004 kepada 140,000 setahun pada tahun ini iaitu lebih kurang 28 peratus berbanding jumlah keseluruhan remaja Malaysia mengikut tahun kelahiran. Jumlah panggilan ini adalah memadai dengan peruntukan kewangan dan kapasiti penempatan di kem-kem sedia ada bagi mencapai latihan yang ditetapkan.

Page 92: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

84 DN 7.5.2012

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah ada tanya berapakah jumlah kos operasi polis bagi menangani perhimpunan BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi menangani perhimpunan haram Bersih iaitu 2.0 pada 9 Julai 2011 adalah sebanyak RM2.56 juta manakala bagi BERSIH 3.0 adalah sebanyak RM1.82 juta.

Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah juga tanya mohon wujudkan pangkalan data penerima yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia bagi membolehkan agihan dapat dibuat dengan adil. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pada masa ini pangkalan data penerima yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia telah wujud dan diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah juga tanya apakah tindakan kementerian terhadap sekolah-sekolah yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kelapan yang telah usang dan rosak. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi keutamaan dan memandang serius aspek-aspek yang menyentuh pembangunan infrastruktur di institusi pendidikan seperti sekolah-sekolah di seluruh negara.

Ini adalah untuk memastikan semua pelajar di negara ini tanpa mengira kaum, agama dan lokasi diberi hak yang sepatutnya untuk mereka. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah pun selesai menjalankan audit terhadap semua sekolah untuk menentukan status fizikal infrastrukturnya dan mendapati bahawa terdapat 3 peratus daripada 55,000 bangunan yang diaudit mengalami kerosakan teruk dan memerlukan perhatian segera. Sebagai langkah memperbaiki bangunan usang, KPM telah mengenal pasti status fizikal sekolah usang yang perlu dibaiki dan sedang mengambil tindakan selanjutnya.

Yang Berhormat Senator ada minta penjelasan berhubung peruntukan RM3 juta untuk AES. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, peruntukan geran bantuan sebanyak RM3 juta yang telah diluluskan oleh kerajaan adalah untuk menjalankan aktiviti dan kempen advokasi bagi pelaksanaan AES bagi tahun 2011 dan 2012. Aktiviti-aktiviti tersebut dianjurkan oleh MKJR negeri dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO). Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

(i) mengadakan forum awam atau ceramah atau sesi jawab soalan;

(ii) mengadakan pameran; dan

(iii) mengadakan roadshow ke kawasan luar bandar.

Di samping itu, terdapat juga kempen kesedaran awam mengenai keselamatan jalan raya di kalangan kanak-kanak melalui aktiviti yang dilaksanakan seperti pendedahan maklumat bertemakan keselamatan jalan raya.

Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah minta penjelasan adakah pelaburan sistem biometrik NERS ini berbaloi dan adakah ianya benar-benar membantu Jabatan Imigresen Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, skop pembangunan dan pembekalan sistem National Enforcement and Registration System (NERS) adalah meliputi Sistem Pendaftaran Biometrik, Sistem Sekuriti Dua Dimensi, Nexcode, sistem pendaftaran pengenalan atau ID keselamatan di pintu masuk, serta sistem penguatkuasaan NERS di lapangan. Kesemua skop sistem NERS tersebut adalah bertujuan untuk menyokong aktiviti kawalan dan pengurusan warga asing secara menyeluruh di negara ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, melalui sistem NERS ini, cap jari juga serta biometrik setiap warga asing akan di simpan secara elektronik. Hasilnya kerajaan mempunyai profil setiap warga asing yang memasuki dan berada di dalam negara kita ini. Profil tersebut akan dimuatkan di dalam pangkalan data yang boleh diguna pakai secara holistik oleh agensi-agensi selain Jabatan Imigresen Malaysia. di mana rujukan silang sentiasa dapat dilakukan dengan pangkalan data agensi masing-masing bagi pelbagai tujuan. Data-data ini tidak boleh diubah dan maklumat identiti seorang warga asing itu akan disimpan kekal. Ini secara langsung akan dapat mengekang penggunaan dokumen perjalanan berdasarkan kepada identiti palsu.

Page 93: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 85

Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah juga ada tanya

mengenai projek Airlines Incentive Support Enterprise (AISE). Untuk makluman Yang Berhormat Senator, projek AISE adalah merupakan peruntukan geran yang disediakan oleh kerajaan kepada Senai Airport Terminal Services (SATS) bagi meningkatkan prestasi kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Johor Bahru di mana peruntukan tersebut digunakan sebagai insentif kepada syarikat-syarikat penerbangan untuk membangunkan perkhidmatan kargo. Perkara ini telah dilaksanakan mulai tahun 2009. Pada tahun 2011, Kementerian Pengangkutan telah sediakan peruntukan sebanyak RM77,302,680 bagi membolehkan peruntukan tersebut disalurkan kepada SATS. Walau bagaimanapun peruntukan tersebut tidak dibelanjakan memandangkan SATS tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah juga tanya status projek KLIA ll. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, status terkini kemajuan projek sebenar ialah 50.08 peratus, jadual 43.5 peratus mendahului jadual 6.73 peratus bersamaan 94 hari. Projek ini dijangka siap pada Mei tahun 2013.

■1940

Yang Berhormat juga ada tanya adakah pelaksanaan projek tersebut benar-benar mencapai matlamat selaras dengan bilangan kemasukan penumpang. Untuk makluman Yang Berhormat, Terminal Tambang Murah (LCCT) KLIA yang ada sekarang hanya mampu menarik sejumlah 15 juta penumpang setahun. Walau bagaimanapun, jumlah penumpang yang dikendalikan di terminal tersebut didapati melebihi daripada kapasiti seperti yang dinyatakan di atas. Trend pertambahan penumpang tambang murah sejak tahun 2006 di mana LCCT tersebut beroperasi telah menunjukkan pertambahan yang amat memberangsangkan melebihi jangkaan yang dibuat.

Oleh yang demikian, dengan adanya sebuah terminal yang lebih besar dan berupaya menarik penumpang dan pesawat yang lebih efisien, maka keputusan kerajaan untuk membina KLIA2 adalah merupakan satu keputusan yang wajar demi memastikan industri penerbangan awam berdaya maju.

Yang Berhormat juga bertanya isu mengenai aerobridge di KLIA2. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti mana yang telah dimaklumkan oleh pihak Malaysia Airport Berhad (MAHB) bahawa kemudahan aerobridge sebanyak 80 buah akan disediakan di KLIA2.

Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi ada bertanya subsidi petroleum ini sentiasa berubah-ubah. Mohon kementerian mengumumkan dengan lebih terperinci dengan pecahan mengikut harga pasaran di sesuatu ketika supaya rakyat dapat menilai berapakah subsidi oleh kerajaan. Mohon lebih transparent supaya rakyat boleh lebih menghargai. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada masa ini telah pun mengambil pendekatan untuk memaklumkan kepada rakyat berhubung tanggungan subsidi petroleum kerajaan, makluman mengenai harga pasaran sebenar petrol dan diesel serta nilai subsidi dan pengecualian cukai jalan yang diberikan olah kerajaan. Ini dipaparkan di stesen-stesen minyak pada setiap bulan.

Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi juga ada tanya mengapa anggota polis bertugas semasa BERSIH 3.0 tidak memakai nama pengenalan diri dan nombor pengenalan. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pihak PDRM menafikan dakwaan ini kerana semua anggota PDRM yang bertugas pada hari tersebut memakai nama pengenalan diri dan nombor pengenalan mereka.

Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi juga bertanya adakah kaitan antara pertunjukan fesyen dengan KLIBF. Untuk makluman Yang Berhormat, pertunjukan fesyen adalah salah satu aktiviti sempena dengan pelancaran buku fesyen Muslimah yang dijalankan oleh penerbit berkenaan. Yang Berhormat juga tanya kos bagi perasmian KLIBF. Untuk makluman Yang Berhormat, kos perasmian KLIBF ialah sebanyak lebih kurang RM10,000.

Yang Berhormat juga tanya apakah perancangan tentang kes culik murid sekolah. Kementerian Pelajaran telah menubuhkan Jawatankuasa 3K iaitu keselamatan, kesihatan dan keceriaan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga JPN, PPD. Di sekolah, jabatan tersebut turut memberi perhatian khusus kepada aspek keselamatan sekolah dan murid. KPM juga menjalin kerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan PIBG bagi memantapkan keselamatan murid.

Page 94: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

86 DN 7.5.2012

Pada masa yang sama, pihak mempunyai prosedur yang ketat dari segi pergerakan keluar masuk murid sekolah.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi ada juga bertanya kerajaan melihat semula sekiranya benar cukai bagi bingkai dan kanta cermin mata adalah tinggi dengan cermin mata perlu ditukar setiap tiga tahun sekali. Untuk makluman Yang Berhormat, duti import dan cukai jualan tidak dikenakan bagi bingkai dan kaca cermin mata.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rohani binti Abdullah ada bertanya apakah bentuk perlindungan yang diberi kepada wanita hamil luar nikah. Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan tempat perlindungan bagi kanak-kanak atau wanita yang hamil luar nikah agar mereka dapat melahirkan anak dengan selamat. Institusi-institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan perlindungan untuk golongan tersebut ialah Taman Seri Puteri sebanyak empat buah dan sebuah pusat jagaan Sinar Kasih. Taman Seri Puteri menyediakan kemudahan perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak perempuan berumur di bawah 18 tahun yang hamil atau melahirkan bayi luar nikah. Pusat Jagaan Sinar Kasih pula diwujudkan bagi wanita hamil di luar nikah berusia 18 tahun ke atas yang memerlukan perlindungan dan penjagaan segera. Inisiatif ini juga bertujuan mencegah daripada berlakunya kes buang bayi terutamanya wanita berumur 18 tahun ke atas.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rohani binti Abdullah ada bertanya apakah bentuk perlindungan yang diberi kepada bayi tidak sah taraf. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi kes bayi tidak sah taraf, sekiranya berlaku penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau penderaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyediakan 55 institusi kebajikan, 104 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan 50 buah Klinik Nur Sejahtera yang bersedia menerima bayi-bayi yang memerlukan pelindungan.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rohani binti Abdullah ada bertanya apakah kriteria sesebuah sekolah diiktiraf sebagai SBT. Untuk makluman Yang Berhormat, kriteria untuk pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) adalah sekolah yang berada dalam Band 1 berdasarkan skor komposit yang mengambil kira Gred Purata Sekolah (GPS) dan keputusan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Syarat generik untuk pengiktirafan sebagai SBT adalah seperti berikut:

(i) SKPM sekurang-kurangnya 90 peratus dalam tahun semasa;

(ii) pencapaian akademik menunjukkan trend menarik bermula dengan take-off value (TOV) sekurang-kurangnya 80 peratus murid lulus dalam setiap peperiksaan awam, manakala GPS murid dalam peperiksaan awam meningkat atau kekal dalam tahap cemerlang;

(iii) pernah menerima anugerah kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam tempoh tiga tahun yang terakhir;

(iv) tiada audit berteguran dalam tempoh tiga tahun terakhir;

(v) sekolah mempunyai jaringan (networking) dan jalinan (linkages) pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa; dan

(vi) tiada tindakan tatatertib dan pelanggaran punca kuasa atau Perintah Am Bab ‘D’ dalam kalangan warga sekolah dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Kementerian telah melaksanakan inisiatif program Hand Holding Program iaitu memberi bimbingan secara holistik berdasarkan kepada instrument annex untuk membantu sekolah Band 1 yang berpotensi untuk menjadi SBT sasaran untuk mencapai seratus SBT pada tahun berakhir 2012 tercapai.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rohani binti Abdullah ada minta penjelasan tentang peruntukan RM13 juta untuk pendidikan khas dan berapakah bilangan sekolah pendidikan khas. Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan sekolah pendidikan khas ialah sebanyak 34 buah di seluruh negara dengan enrolmen murid seramai 2,179 dan guru terlatih seramai 1,050 orang.

Page 95: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 87

■1950

Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah ada bertanya mengapa kerajaan menyalurkan peruntukan RM3 juta sedangkan projek NEIS telah diswastakan. Untuk makluman Yang Berhormat, aktiviti-aktiviti dan kempen advocacy sewajarnya dijalankan sebelum projek NEIS dilaksanakan. Ini adalah untuk memastikan rakyat memahami objektif projek tersebut dan memastikan tahap kesedaran mengenai projek ini khususnya dan keselamatan amnya dapat dipertingkatkan. Dengan bantuan RM3 juta dimohon daripada kerajaan tersebut adalah perlu untuk aktiviti kempen advocacy dengan dimulakan sementara tindakan diambil oleh pihak kerajaan untuk memuktamadkan perjanjian konsesi dengan syarikat pelaksanaan berkenaan.

Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan bertanya berapa kos pengangkutan membawa pelatih PLKN ke RTC Tunjung, Kelantan. Untuk makluman Yang Berhormat, tiada kos tambahan yang telah dibuat untuk membawa pelatih PLKN ke RTC Tunjung, Kelantan kerana menggunakan kontrak sedia ada. Yang Berhormat juga bertanya mengenai sistem NEIS di mana saya telah jawab tadi.

Yang Berhormat Senator Hajah Noriah binti Mahat ada bertanya tentang gaji guru yang mengambil PKPG tiada menerima kenaikan gaji di sepanjang tempoh cuti belajar sama ada cuti sepenuh masa atau separa gaji. Untuk makluman Yang Berhormat, Program Khas Pensiswazahan Guru atau PKPG yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf profesionalisme guru. Program ini adalah salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan semua guru sebagai guru siswazah. Mana-mana guru yang mengikuti program khas ini adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil.4 /2009 iaitu kesan ke atas peningkatan bagi pegawai yang meluluskan cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Untuk makluman Yang Berhormat, setelah guru bergraduasi, mereka akan mendapat manfaat dalam Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah atau PPPS mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Yang Berhormat juga ada bertanya mengenai pemerkasaan peranan bapa dalam keluarga. Untuk isu ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara telah membangunkan pelbagai modul dan latihan keibubapaan bagi membantu golongan ibu bapa menangani cabaran dan mendidik anak-anak secara berkesan.

Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan ada bertanya mengenai projek pemindahan tanah di Sungai Besi di mana 1MDB diberi dana yang begitu besar sedangkan syarikat ini adalah berkemampuan dari segi kewangan dan 1MDB tidak perlu keluarkan wang malah pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.1 bilion bagi membiayai projek ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, transaksi tanah Sungai Besi perlu dilihat dengan menyeluruh, bukan hanya memfokuskan kepada pembelian dan penjualan tanah sahaja. Ini adalah kerana ianya adalah satu projek kerajaan yang ditanggung oleh sebuah syarikat milik penuh kerajaan. Bagi pengetahuan semua, transaksi tanah di Sungai Besi melibatkan bukan sahaja pemindahan milik tanah tetapi ia juga melibatkan pemindahan pembinaan kem-kem baru di lapan lokasi dan penempatan semula Kem Sungai Besi di kesemua lokasi tersebut. Kos untuk perkara-perkara yang disebutkan tadi sebanyak RM2.718 bilion dikongsi bersama di antara 1MDB dan kerajaan. Kenyataan yang 1MDB tidak perlu mengeluarkan wang bagi projek Sungai Besi adalah tidak benar sama sekali.

Yang Berhormat Senator Dayang Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg ada bertanya mengenai isu menaik taraf jalan di Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat, memang Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kerja Raya memang kita selalu ada projek untuk menaik taraf jalan-jalan di Sarawak. Saya akan beri secara bertulis kerana agak panjang.

Yang Berhormat Datuk Maijol Mahap ada meminta pihak kerajaan untuk mengadakan peruntukan bagi menubuhkan unit khas NCR. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan memang sentiasa membantu dan menyokong usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi menangani isu tanah NCR.

Page 96: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

88 DN 7.5.2012

Daripada RM13,220,000 Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua tahun 2011 yang diberikan kepada NRE, sebanyak RM5.72 juta telah diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri Sabah bagi tujuan melaksanakan kerja-kerja pengukuran tanah untuk pengeluaran geran-geran tanah komunal.

Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah bertanya Menteri Sumber Manusia telah berjanji bahawa pembantu rumah Indonesia akan tiba pada bulan Mei 2012 namun masih tidak ada lagi sehingga sekarang. Untuk makluman Yang Berhormat, urusan membawa masuk pembantu rumah dari Indonesia dilaksanakan seperti mana yang telah dirancang dan dipersetujui antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia. Pihak kementerian masih komited dengan tarikh kemasukan pembantu rumah Indonesia yang akan tiba selewat-lewatnya penghujung Mei 2012.

Yang Berhormat Senator Datuk Maijol Mahap ada bertanya isu tambang MAS yang tinggi. Cadangan Yang Berhormat tersebut akan diambil maklum oleh Kementerian Pengangkutan. Kita akan memanjangkan isu ini kepada pihak MAS untuk tindakan yang sewajarnya.

Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah bertanya isu mengenai Kementerian Belia dan Sukan iaitu kepopularan futsal ini adalah berbentuk seasonal dan diharapkan pelbagai sumber diguna untuk melengkapkan sukan futsal ini dan diharapkan KBS tidak mengabaikan sukan-sukan yang lain seperti contohnya sepak takraw yang seolah-olah tidak diberi perhatian dan juga pembinaan gelanggang futsal ini diharapkan tidak mengabaikan pembangunan sukan-sukan yang lain.

Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kementerian Belia dan Sukan sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan sukan negara secara menyeluruh. Pembinaan sesuatu kemudahan sukan juga mengambil kira minat dan kesukaan golongan muda masa ini. Kementerian menyambut baik saranan Yang Berhormat Senator dan akan memastikan sukan-sukan lain seperti sepak takraw tidak akan terabai.

Yang Berhormat Puan Hajah Noriah ada bertanya berapakah gelanggang yang telah dibina pada tahun 2011 untuk futsal ini. Di sini saya hendak beritahu Rancangan Malaysia Kesembilan kita telah siap bina sebanyak 1,224 dan Rancangan Malaysia Kesepuluh ada sebanyak 527.

■2000

Tuan Yang di-Pertua: Panjang lagi Yang Berhormat?

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, lagi 15 minit. Yang Berhormat Puan Hajah Dayang Madinah ada bertanyakan mengenai soalan iaitu isu penjelasan berkenaan pusat spa yang diarah tutup tetapi masih beroperasi. Untuk makluman Yang Berhormat, pemberian lesen untuk beroperasi adalah tertakluk di bawah pihak berkuasa tempatan. Pihak PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk menutup mahupun menyita premis-premis yang diserbu.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah juga ada membangkitkan isu sasaran 55 peratus golongan wanita dalam pasaran kerja menjelang tahun 2015. untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan komited dalam usaha meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran wanita dalam tenaga kerja. Antara langkah yang diambil menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu menggalakkan penyertaan wanita dalam bidang perniagaan dan keusahawanan seperti digariskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Langkah tersebut di bawah inisiatif bidang keberhasilan utama negara meningkat pendapatan golongan berpendapatan rendah (NKRA-LIH) ke menyasarkan untuk melantik dan melahirkan 4,000 orang usahawan wanita menjelang 31 Disember tahun 2012. Sehingga 29 Februari 2012 seramai 3,180 orang usahawan wanita yang terlatih berjaya dilahirkan dengan pendapatan minimum RM3,500 sebulan bagi tempoh tiga bulan berturut-turut.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah ada bertanya persediaan menghadapi negara tua untuk negara kita. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semula Dasar Warga Tua negara yang diubah pada tahun 1995 dan Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara yang diguna pakai pada tahun 1998 susulan kajian semula ini Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara yang baru dirangka telah diluluskan oleh kerajaan pada 5 Januari 2011.

Page 97: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 89

Dasar ini diasaskan kepada pendekatan pembangunan modal insan sepanjang

hayat dengan tumpuan kepada aspek persediaan pencegahan dan pengukuhan selain mengambil kira keperluan mendaya-upayakan golongan warga emas.

Yang Berhormat Puan Hajah Rohani binti Abdullah ada bertanya pecahan peruntukan LPPKN sebanyak RM46.2 juta bagi tahun 2011. Untuk makluman Yang Berhormat, pecahan peruntukan belanja mengurus LPPKN adalah seperti berikut:

Emolumen RM38.8 juta

Belanja Operasi dan Program RM 7.4 juta

Yang Berhormat juga bertanya pecahan peruntukan tambahan LPPKN sebanyak RM20.5 juta bagi tahun 2011. Peruntukan tambahan sebanyak RM20.5 juta tidak dipohon oleh LPPKN bagi tahun 2011.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rohani binti Abdullah juga bertanya berapakah bilangan pasangan yang sukar dapat anak dan langkah kerajaan dalam membantu pasangan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, purata kadar global subfertility adalah sekitar 15 peratus begitu juga di Malaysia iaitu pada kadar antara 10 peratus hingga 15 peratus. LPPKN telah menyediakan perkhidmatan subfertility sejak tahun 1979 dan seramai 24,909 orang pasangan suami isteri telah mendapat rawatan hasil daripada rawatan yang disampaikan. Seramai 3,190 orang bayi telah dilahirkan melalui program rawatan yang dijalani.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat bertanya berapakah bilangan Pusat Kesejahteraan Keluarga LPPKN. Adakah program yang dilaksanakan di pusat tersebut dan keberkesanan program yang dijalankan. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat sebanyak 58 buah pusat kesejahteraan keluarga LPPKN di seluruh negeri termasuk tiga buah pusat keluarga di Bertam Pulau Pinang, Shah Alam, Selangor dan Selaman 2. Antara perkhidmatan yang disediakan meliputi perkhidmatan kesihatan, reproduktif keluarga dan perkhidmatan kaunseling.

Yang Berhormat Senator Tuan Lihan Jok ada bertanya beberapa isu iaitu persekolahan tadika di Sarawak yang kurang menyebabkan keciciran murid. Usaha-usaha pembukaan dan meluaskan kelas-kelas di bawah NKRA pendidikan merupakan usaha yang telah, sedang dan akan terus dilaksanakan terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman oleh semua pihak terlibat sama ada oleh agensi kerajaan atau pihak swasta. Dalam hal ini Kementerian Pelajaran Malaysia akan terus berbincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak untuk menangani isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi ada membangkitkan apakah rasional kenaikan premium insurans pihak ketiga kenderaan bermotor. Untuk makluman Yang Berhormat, memang isu ini kita telah bincang banyak kali dan kenaikannya hanya minimum. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi melindungi pihak ketiga atau third party insurance penunggang motosikal 110cc akan dikenakan premium tambahan antara RM1 hingga RM3.50 setahun. Bagi kereta persendirian 1400cc kenaikan premium adalah antara RM6 hingga RM34 setahun. Maksimum RM2.80 sebulan dalam tempoh masa yang sama iaitu apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz tidak benar.

Yang Berhormat juga bertanya isu penggunaan wang kertas ringgit pada ketika ini ada masalah. Untuk makluman Yang Berhormat semua mesin boleh di kolaborasi untuk menerima wang polimer atau wang kertas biasa. Kolaborasi didominasi untuk tujuan transaksi di mesin layan diri adalah bergantung kepada keperluan perniagaan untuk mencapai kecekapan operasi. Yang Berhormat ada cadangkan agar Bank Negara Malaysia membuat dasar menggalakkan penggunaan sistem e-banking dalam urus niaga direct debit.

■2010

Untuk makluman Yang Berhormat, Bank Negara Malaysia menggalakkan semua institusi perbankan untuk mengeluarkan kad debit sebagai salah satu dari produk perbankan mereka. Setakat ini terdapat 22 institusi perbankan yang telah menawarkan kemudahan tersebut.

Page 98: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

90 DN 7.5.2012

Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi ada bertanya berapakah tempoh masa yang diberikan untuk menukar penggunaan wang syiling 20 sen dan 50 sen. Untuk makluman Yang Berhormat, wang-wang syiling siri ketiga telah berada di dalam edaran bersama-sama wang syiling terdahulu. Bank Negara Malaysia tidak menetapkan tarikh untuk menarik balik wang syiling siri kedua dari edaran ketiga ini. Oleh itu kedua-dua wang syiling tersebut adalah sah digunakan.

Yang Berhormat juga bertanya berapakah jumlah duit kertas yang rosak telah dilaporkan. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tempoh Januari hingga April 2012 nilai wang kertas rosak dari pelbagai dominasi telah ditukarkan di semua cawangan Bank Negara Malaysia adalah berjumlah RM4.3 juta. Yang Berhormat juga bertanya kerajaan mengkaji kesan pertukaran wang syiling tersebut daripada pelbagai sudut. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam melakukan proses kajian semula, Bank Negara Malaysia telah mempertimbangkan pelbagai sudut berkenaan pengeluaran syiling baru iaitu dalam aspek antaranya:

(i) mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan berasaskan teknologi terkini;

(ii) maklum balas dari orang ramai dan industri melalui kaji selidik dan sesi maklum balas yang dijalankan; dan

(iii) mempertimbangkan kos.

Yang Berhormat Senator Norliza binti Abdul Rahim ada bertanya mengenai Ops Piramid. Apakah kos membawa balik seorang pelajar dan berapakah kos menghantar pelajar. Untuk makluman Yang Berhormat, kos Operasi Piramid yang ditanggung oleh JPA adalah sejumlah RM5 juta untuk menguruskan sejumlah 981 orang pelajar.

Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah bertanya mengenai isu dengan hidden cost oleh AirAsia. Untuk makluman Yang Berhormat, selepas rasionalisasi domestik yang dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun 2006, semua syarikat penerbangan di negara adalah bebas untuk menentukan harga tiket penerbangan masing-masing dan ini termasuk caj-caj sampingan untuk perkhidmatan tambahan yang dikenakan oleh syarikat-syarikat penerbangan tersebut termasuk syarikat penerbangan tambang murah. Walau bagaimanapun, kerajaan akan campur tangan sekiranya terdapat harga tambang yang predatory dikenakan kepada penumpang-penumpang. Sehubungan itu kerajaan akan menggesa AirAsia mengkaji semula pelbagai caj tambahan yang dikenakan ke atas penumpang sekiranya caj tersebut adalah predatory.

Yang Berhormat juga ada bertanya mencadangkan untuk menyediakan satu bas dari LCCT ke Terminal Utama KLIA. Cadangan Yang Berhormat tersebut akan diambil maklum oleh Kementerian Pengangkutan dan memanjangkan kepada pihak AirAsia untuk pertimbangan selanjutnya.

Yang Berhormat Senator Norliza binti Abdul Rahim bertanya sistem perkhidmatan awam. Yang Berhormat ingin mengetahui perincian perbelanjaan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta dan juga bagaimana SPAD mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengusaha perkhidmatan bas berhenti-henti yang mengalami kerugian. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan melalui Mesyuarat Ekonomi (EC) bertarikh 19 Disember 2011 telah menguruskan peruntukan interim berjumlah RM800 juta bagi membantu pengusaha untuk meneruskan perkhidmatan bas berhenti-henti bukan sahaja di bandar malah di luar bandar. Peruntukan bermula berjumlah RM100 juta akan digunakan pada fasa pertama dan yang bermula pada suku pertama tahun 2012. Fasa pertama dana yang digunakan untuk membantu syarikat-syarikat yang bermasalah di negeri Selangor dan akan disusuli dengan negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan dan Pahang. Pembayaran pertama ini dibuat kepada pengusaha bas berhenti-henti iaitu Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan berjumlah RM1.3 juta pada 23 Februari 2012.

Walau bagaimanapun, adalah dimaklumkan bahawa peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan ini adalah bersifat jangka pendek. Namun melalui perbincangan dengan pengendali bas berhenti-henti ini SPAD sedang merangka satu cadangan jangka panjang sebagai membantu industri ini secara menyeluruh dalam menangani permasalahan yang dihadapi.

Page 99: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 91

Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah ada bertanya

mengenai isu hospital swasta iaitu kos yang tinggi. Isu ini Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan supaya caj-cajnya tidak begitu tinggi. Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman bertanya apakah status pembangunan semula Kampung Bharu. Untuk makluman Yang Berhormat, penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu yang berkuat kuasa mulai 1 April 2012 telah mula mengorak langkah seperti berikut iaitu program mentransformasikan Kampung Bharu adalah satu lagi inisiatif kerajaan untuk memastikan pembangunan yang bersifat holistik. Justeru itu kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar berjumlah RM250 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi memajukan prasarana dan kemudahan di Kampung Bharu.

Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman bin Bakar bertanya Kementerian Kesihatan dan ada meminta satu Pejabat Kesihatan Daerah Marang. Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya Kementerian Kesihatan Malaysia mengehadkan satu pejabat...

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Boleh minta laluan Yang Berhormat?

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Ya.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya soalan saya berhubung dengan Kampung Bharu bukan setakat berapa peruntukan. Saya hendak bertanya apakah progress berhubung dengan perancangan ini. Hanya peruntukan dan bulan April kita telah luluskan perundangan. Jadi hendak tanya progress yang dibuat selain daripada peruntukan itu. Terima kasih.

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman. Yang Berhormat hendak tanya mengenai status. Buat masa ini seperti yang saya telah jawab baru berkuat kuasa pada 1 April iaitu satu bulan lebih dan dengan schedule Yang Berhormat hendak tahu saya akan memberi secara bertulis kepada Yang Berhormat mengenai isu ini.

Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Rahman bin Bakar minta satu Pejabat Kesihatan Daerah Marang. Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya Kementerian Kesihatan Malaysia mengadakan satu pejabat kesihatan daerah untuk satu daerah sahaja mengikut daerah pentadbiran sesebuah negeri. Bagi sesebuah daerah yang baru diwujudkan dan diwartakan oleh kerajaan negeri iaitu Kementerian Kesihatan akan mempertimbangkan untuk mewujudkan PKD baru dalam mengambil kira antaranya analisa situasi kesihatan, kepadatan penduduk dan wujudnya keperluan perkhidmatan kesihatan awam yang mendesak di daerah baru tersebut.

Kementerian Kesihatan Malaysia akan menimbangkan keperluan untuk mewujudkan pejabat kesihatan daerah besar jika ada keperluan dan langkah ini diyakini dapat memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan awam yang lebih berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja jawapan saya ada pada masa ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kalau isu yang saya tidak dapat jawab pegawai akan catat dan kita akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat. Dengan itu sekianlah Tuan Yang di-Pertua.

■2020

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang sukacita saya beritahu semua Ahli Yang Berhormat saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua]

Page 100: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

92 DN 7.5.2012

Bacaan Kali Yang Ketiga

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk tahun 2011 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu dipersetujukan tanpa pindaan.

Saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 53(2) Mesyuarat Majlis Dewan Negara, bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato' Yong Khoon Seng]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

[Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

RANG UNDANG-UNDANG PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2011

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

8.23 mlm.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato' Yong Khoon Seng]: Tuan Yang di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang yang bernama Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011, dibacakan kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, masalah pembayaran dalam sektor pembinaan yang dihadapi oleh mana-mana pihak dalam rantaian pembinaan termasuk kontraktor utama, sub kontraktor, sub-sub kontraktor, para perunding dan pembekal-pembekal bahan binaan boleh menyebabkan aliran tunai terjejas. Aliran tunai yang terjejas akan menyebabkan kelewatan menyiapkan projek kemerosotan kualiti kerja, meningkatkan kos dan dalam kes-kes kritikal kontrak akan ditamatkan. Ini akan memberikan imej negatif kepada industri pembinaan. Melalui Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 satu mekanisme bagi menyelesaikan pertikaian secara mudah, cepat dan murah melalui proses adjudikasi telah diwujudkan.

Buat masa ini mekanisme yang diguna pakai bagi menyelesaikan pertikaian pembayaran adalah melalui tindakan mahkamah dan prosiding timbang tara. Walau bagaimanapun, proses perbicaraan kes di mahkamah lazimnya mengambil masa yang lama manakala prosiding timbang tara melibatkan kos yang tinggi. Prosiding timbang tara hanya boleh dimulakan dengan persetujuan pihak-pihak terlibat. Pada lazimnya perjanjian bertulis akan memperuntukkan bahawa timbang tara boleh dimulakan selepas kerja pembinaan siap atau kontrak ditamatkan. Tempoh masa yang lama dan kos prosiding yang tinggi adalah faktor utama yang mengekang kepada pihak-pihak terlibat untuk merujuk pertikaian kepada mahkamah dan timbang tara.

Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 memberi satu opsyen kepada pihak-pihak terlibat menyelesaikan pertikaian dengan kos yang rendah dan cepat. Oleh yang demikian Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 15 Julai 2009 telah bersetuju agar suatu akta khusus digubal bagi menangani isu pembayaran dan membantu pihak-pihak dalam industri pembinaan untuk menyelesaikan pertikaian pembayaran. Susulan daripada itu Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 telah diwujudkan oleh Kementerian Kerja Raya selepas mengadakan beberapa siri perbincangan dan dialog bersama agensi pekerjaan, penggiat industri, pihak-pihak berkepentingan, stakeholders dan badan profesional yang berkaitan.

Page 101: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 93

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri

Pembinaan 2011 terdiri daripada tujuh bahagian dan mengandungi 41 fasal. Ia merangkumi peruntukkan-peruntukkan bagi perkara- perkara yang berikut:

(i) tafsiran pemakaian dan ketidakpakaian Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011;

(ii) mekanisme tuntutan dan respons pembayaran;

(iii) hak rujuk pertikaian kepada adjudikasi;

(iv) proses dan prosiding adjudikasi;

(v) lantikan kuasa tanggungjawab dan bidang kuasa adjudicator;

(vi) penguatkuasaan keputusan adjudikasi;

(vii) pihak berkuasa adjudikasi, kekebalan adjudicator;

(viii) hubung kait adjudikasi dan proses penyelesaian pertikaian yang lain;

(ix) kuasa Menteri Kerja Raya untuk membuat peraturan dan mengecualikan mana-mana pihak dan jenis kontrak tertakluk di bawah Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Peminaan 2011 terpakai kepada semua kontrak kerja pembinaan dan kontrak rundingan pembinaan yang dibuat secara bertulis berhubungan dengan kerja pembinaan yang dijalankan sepenuhnya atau sebahagiannya di Malaysia. Ini termasuklah kontrak pembinaan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, ia tidak terpakai kepada kerja pembinaan yang melibatkan bangunan kurang daripada empat tingkat yang dibina bagi tujuan kediaman. Supaya kerja-kerja pembinaan atau ubahsuai bangunan kediaman terkecuali daripada peruntukan Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011.

Pertikaian yang boleh dirujuk kepada adjudikasi adalah berkaitan dengan pembayaran bagi kerja siap atau perkhidmatan yang dibekalkan yang sepatutnya dibayar di bawah terma-termanya atau kontrak dalam kontrak pembinaan. Ia termasuklah bayaran interim mengikut kemajuan kerja. Prosiding adjudikasi boleh dimulakan sebaik sahaja timbul pertikaian pembayaran sama ada semasa projek pembinaan sedang dijalankan atau selepas projek disiapkan. Melalui peruntukan Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 proses adjudikasi mengambil masa tidak melebihi 75 hari iaitu mulai dari tarikh notis adjudikasi diserahkan oleh pihak yang menuntut kepada pihak yang dituntut sehingganya keputusan adjudicator.

■2030

Tempoh ini adalah lebih singkat berbanding tempoh prosiding timbang tara dalam mahkamah. Berdasarkan perbandingan yang telah dibuat di atas undang-undang adjudikasi di negara-negara lain seperti Singapura, Australia dan New Zealand, tempoh yang telah ditetapkan ini adalah munasabah.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, adjudikasi tidak menafikan hak pihak-pihak yang terlibat untuk merujuk pertikaian kepada timbang tara atau mahkamah. Pertikaian berhubung pembayaran boleh dirujuk secara serentak kepada adjudikasi timbang tara dan mahkamah. Walau bagaimanapun, keputusan yang diperoleh dalam prosiding adjudikasi akan mengikut pihak-pihak yang terlibat melainkan pertikaian tersebut dimuktamadkan oleh prosiding timbang tara atau mahkamah.

Page 102: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

94 DN 7.5.2012

Pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian adalah bebas untuk melantik mana-mana adjudikator. Adjudikator boleh dilantik dari kalangan pihak-pihak dalam industri pembinaan. Mereka juga boleh terdiri daripada peguam dan yang berpengetahuan mengenai bidang pembinaan. Walau bagaimanapun, sekiranya adjudikator tidak dipersetujui, maka pelantikan adjudikator hendaklah dibuat oleh Kuala Lumpur Regional Center of Arbitration (KLRCA) yang merupakan sebuah institusi sedia wujud dan dikawal selia oleh Menteri dan yang bertanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang.

Bagi memastikan pengendalian dan pelaksanaan adjudikasi yang berkesan, Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 memperuntukkan bahawa KLRCA dilantik sebagai pihak berkuasa adjudikasi. KLRCA bertanggungjawab untuk meletakkan piawaian, kewibawaan, kriteria adjudikator, terma dan syarat lantikan serta fi perkhidmatan adjudikator. Melalui Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011, KLRCA dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai pihak berkuasa adjudikasi hendaklah mendapatkan arahan dasar daripada Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal undang-undang yang akan berunding terlebih dahulu dengan Menteri Kerja Raya.

Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 memperuntukkan berapa remedi bagi mendapatkan bayaran selaras dengan keputusan adjudikator. Antara remedi yang diperuntukkan adalah hak menggantung pelaksanaan atau mengurangkan kadar pemajuan pelaksanaan mana-mana kerja pembinaan atau perkhidmatan perundingan pembinaan jika amaun mengikut keputusan adjudikasi tidak dibayar sepenuhnya mengikut masa yang ditetapkan oleh adjudikator.

Di bawah Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011, pihak yang menjalankan hak menggantung pelaksanaan atau mengurangkan kadar kemajuan pelaksanaan tidak boleh disifatkan sebagai melanggar kontrak malah berhak untuk mendapat lanjutan masa yang munasabah untuk menyiapkan kerjanya. Keputusan adjudikasi juga boleh dikuatkuasakan seolah-olah keputusan adjudikasi ini adalah penghakiman atau perintah mahkamah tinggi. Di bawah Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011, Menteri Kerja Raya boleh melalui perintah dalam warta mengecualikan mana-mana pihak atau mana-mana kontrak daripada kesemua atau mana-mana peruntukkan akta.

Tuan Yang di-Pertua, industri pembinaan menyumbang kira-kira RM7 bilion setahun atau antara 3 peratus hingga 4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menyediakan hampir 800,000 peluang pekerjaan. Ia juga menyokong sektor ekonomi lain seperti pengangkutan, pembuatan, kewangan, kesihatan dan pendidikan dengan menyediakan bangunan-bangunan dan infrastruktur fizikal. Industri pembinaan turut menjana kesan berganda melalui penglibatan pelbagai pihak dalam rantaian pelaksanaan projek-projek pembinaan seperti perkhidmatan perundingan, pembuatan dan pembekalan bahan binaan, sewaan peralatan dan jentera, penawaran buruh dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Kementerian Kewangan mengunjurkan bahawa sektor pembinaan dijangka berkembang sebanyak 7 peratus pada tahun 2012.

Justeru, inisiatif pelaksanaan undang-undang berkaitan dengan pembayaran adjudikasi ini merupakan satu daripada agenda transformasi kerajaan bagi merealisasikan aspirasi tersebut. Dengan adanya Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011, masalah pembayaran dalam sektor pembinaan yang meliputi masalah ketidakbayaran, kelewatan pembayaran dan ketidakcukupan pembayaran dapat ditangani. Tidak dapat dinafikan juga bahawa ia menyediakan ruang bagi menyelesaikan masalah berkaitan pembayaran di pihak kontraktor khususnya kontraktor-kontraktor kecil.

Usaha-usaha proaktif kerajaan ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi imej serta kredibiliti industri pembinaan negara di peringkat global. Untuk makluman Dewan yang mulia, kementerian ini yakin bahawa Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 akan membawa kebaikan kepada semua pihak dalam rantaian pembinaan atau dengan izin, construction chain selaras dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Page 103: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 95

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di

hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk memudahkan pembayaran yang tetap dan tepat pada masanya untuk mengadakan peruntukan bagi suatu mekanisme bagi penyelesaian pertikaian yang cepat melalui adjudikasi untuk mengadakan peruntukan bagi remedi untuk mendapatkan bayaran dalam industri pembinaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya ingin tahu, berapa orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin membahaskan rang undang-undang ini. Sila berdiri kalau ada.

Datuk Chin Su Phin: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Kita cuma ada seorang. Teruskan, Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Chin Su Phin.

8.39 mlm.

Datuk Chin Su Phin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut berbahas dalam rang undang-undang ini. Saya tidak berniat untuk berbahas panjang mengenai rang undang-undang ini kerana banyak perkara yang ingin saya ketengahkan telah pun dijawab ketika sidang Dewan Rakyat yang lalu. Secara dasarnya, saya sangat bersetuju dengan rang undang-undang ini yang mana ia sedikit sebanyak menjadi titik tolak usaha pihak kementerian dalam mentransformasikan sektor pembinaan di negara kita.

Pertamanya, kita maklum bahawa industri pembinaan memberikan sumbangan yang besar dalam pertumbuhan KDNK. Sekiranya masalah ini tidak diberikan penekanan, maka ia akan memberikan masalah yang besar kepada negara kita.

■2040

Saya ingin mengetengahkan isu sub kontraktor dahulu. Kita sedar bahawa sub kontraktor ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan sesebuah projek. Cabaran yang paling utama dihadapi mereka ialah aliran tunai dan kelewatan mendapat bayaran daripada main contractor. Kita semua sedar bahawa tiada alasan untuk main con lambat membuat pembayaran kerana salah satu pemilihan kontraktor untuk sesebuah projek adalah kekuatan kewangan kontraktor.

Masalah lewat pembayaran ini menjadi faktor yang akan mempengaruhi perjalanan dan kemajuan keseluruhan kerja-kerja pembinaan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, adakah dengan wujudnya akta ini akan memberi lebih banyak kelebihan kepada sub-sub kontraktor ini yang kita semua maklum mereka bukanlah memiliki modal yang besar dan tidaklah memiliki kewangan yang kukuh. Salah satu perkara ini tidak dibawa ke muka pengadilan adalah kerana ketidakmampuan mereka untuk melantik peguam dan oleh itu mereka terpaksa bail kan sahaja kes ini.

Adakah dengan wujudnya akta ini akan menyenangkan sub-sub ini untuk membawa masalah ini ke muka pengadilan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri adakah akta ini hanya terpakai kepada projek-projek melibatkan agensi kerajaan oleh kerana kita maklum projek-projek swasta juga banyak di negara kita? Keduanya, saya ingin bertanyakan kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian telah memberikan penerangan yang secukupnya kepada pihak sub-sub kontraktor ini mengenai kewujudan pusat timbang tara serantau Kuala Lumpur atau PTSKL atau dengan izin, Kuala Lumpur Regional Center for Arbitration (KLRCA).

Ini kerana ada juga sesetengah dari sub-sub kontraktor ini yang tidak mengetahui tentang adjudicator yang dilantik oleh KLRCA ini dan lebih teruk mereka tidak mengetahui kepada siapa mereka ingin mengadu masalah mereka. Saya juga ingin mengatakan bahawa memang benar ada banyak sub kontraktor yang tidak membuat kontrak dengan main contractor berkaitan projek yang dijalankan. Apabila masalah pembayaran timbul, mereka terkapai-kapai.

Page 104: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

96 DN 7.5.2012

Salah satu sebab mereka tiada ikatan kontrak. Ianya kerana mereka tidak mampu untuk mengupah peguam dan sebagainya. Oleh itu, saya ingin meminta penjelasan Yang Berhormat Menteri adakah road show yang akan dijalankan nanti pihak kementerian ada langkah untuk mengatasi masalah ini?

Ketiga dan yang terakhir dalam perbahasan saya, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri bilakah kali terakhir sistem perolehan di struktur semula dan sekiranya telah dibuat apakah penambahbaikan yang dibuat dan apakah hasilnya? Perkara ini penting memberikan gambaran positif dan kalangan kontraktor-kontraktor tempatan dan luar negara secara spesifiknya dan rakyat secara umumnya. Sekian, terima kasih dan saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Memandangkan kita tidak ada lagi Ahli-ahli.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Ada lagi? Satu lagi Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Hendak mengemukakan soalan yang pendek sangat.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

8.44 mlm.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Saya mengaku tidak begitu mahir tentang masalah ini tetapi saya hendak tahu sekiranya bill ini sudah menjadi akta nanti adakah juga akan melindungi pembeli-pembeli rumah yang diabaikan oleh kontraktor-kontraktor? Apa yang terfikir di dalam fikiran saya ialah sedikit masa dahulu kita membincangkan dalam Dewan ini tentang projek-projek rumah terbengkalai. Sejauh manakah agaknya undang-undang ini, akta ini akan juga melindungi pembeli-pembeli rumah yang dianiaya oleh kontraktor-kontraktor? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Memandangkan tidak ada lagi Yang Berhormat-Yang Berhormat yang mahu membahaskan rang undang-undang ini, maka saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Silakan Yang Berhormat Menteri.

8.45 mlm.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato’ Yong Khoon Seng]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya di Dewan Rakyat juga semua sudah setuju tidak bincangkan banyak. Ini adalah satu akta yang baik untuk semua. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Datuk Chin Su Phin mengetengahkan beberapa isu. Saya akan jawab soalan Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus dahulu.

Ini berkaitan dengan di antara main contractor dengan subcontractor, pembayaran. Kalau ada pertikaian kita bawa mereka di judi kasi yang mudah, cepat dan murah. Buat masa sekarang ada dua cara kita boleh gunakan iaitu tambang tara atau arbitration dan mahkamah. Ia mengambil masa yang lama dan juga pihak subcontractor mungkin tidak mampu membayar kalau mengupah pihak kerana fi yang tinggi juga.

Pasal pembeli rumah, sebab ini tidak ada dalam akta. Yang Berhormat Datuk Chin Su Phin, memang betul subkontraktor memang tidak mampu mengadakan cukup modal untuk membawa isu ini ke arbitration atau timbang tara atau dalam mahkamah. Akan tetapi kita berikan satu alternatif yang mudah, murah dan cepat dan akan selesaikan masalah dalam tempoh kurang dari 75 hari.

Yang sangat penting juga kita sudah ada roadshow dari pihak CIDB dengan JKR di mana telah pun ada dijalankan tiga roadshow. Selepas akta ini diluluskan kita akan mengadakan lebih banyak roadshow menyedarkan pihak sub kontraktor khususnya mesti hendak masuk dalam kontrak, sign agreement dengan pihak main contractor. Kalau tidak ada perjanjian, agreement dalam kontrak kita pun tidak dapat buat apa-apa sebenarnya. Ini yang kita hendak menyedarkan pihak subkontraktor supaya masuk dalam contract agreement dengan pihak main or subcontractor. Kalau subkontraktor mungkin dengan subkontraktor. Subkontraktor dengan kontraktor utama.

Page 105: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 97

Saya harap juga penerangan ini akan membawa..., saya juga dapat terlibat di

dalam roadshow. Saya telah pun beritahu pegawai saya kalau saya masih ada di kementerian, saya akan ikut mereka pergi ke beberapa tempat, roadshow ini memberitahu ini adalah satu cara di mana kita boleh menyelesaikan pertikaian untuk sub-subcontractor. Memang ada peluang untuk mereka tetapi mereka perlu juga masuk kontrak sebelum ini. Kalau tidak masuk perjanjian kita pun tidak boleh buat apa-apa, betulkan. Saya harap dengan roadshow, kita akan menyediakan pihak sub-subkontraktor supaya kita dapat membantu mereka dalam kalau kita ada format untuk mengadakan kontrak di antara main contractor, subcontractor dengan subcontractor dengan sub-subcontractor. Kita akan juga akan bantu mereka mencapai satu tahap di mana mereka boleh dibantu dengan cara akta ini.

■2050

Ini satu lagi industri pembinaan, kita bukan sahaja pada bangunan kerajaan tetapi bangunan yang dibina pihak swasta pun dalam akta ini, pihak swasta dan kedua-dua kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan juta tetapi ada satu subseksyen sahaja yang satu ini adalah bangunan sendiri di bawah empat tingkat di mana ianya untuk pembinaan rumah kediaman. Ini tidak masuk dalam ini. Selainnya adalah termasuk dalam akta ini. Sekian Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

[Fasal-fasal 1 hingga 41 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

[Rang undang-undang dibacakan kali ketiga; dan diluluskan sekarang]

RANG UNDANG-UNDANG PENGANTARAAN 2012

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

8.55 mlm.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bersama suatu akta untuk menggalakkan dan mempertingkatkan pengantaraan sebagai suatu kaedah penyelesaian pertikaian alternatif dengan mengadakan peruntukan bagi proses penghantaran dan dengan demikian itu memudahkan pihak-pihak dalam pertikaian untuk menyelesaikan pertikaian secara adil, cepat dan berkesan dari segi kos dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, inisiatif untuk mewujudkan suatu alternatif kepada proses litigasi di mahkamah didorong kepada kebenaran amalan pengantaraan atau turut dikenali sebagai mediasi sebagai suatu mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif ataupun dengan izin, alternative dispute resolution. Sistem penyelesaian pertikaian alternatif ini semakin menjadi pilihan di kalangan pihak-pihak yang mempertikai kerana ia terbukti berkesan membantu mempercepatkan penyelesaian sesuatu kes, menjimatkan masa dan kos serta dapat mengekalkan hubungan antara pihak yang terlibat.

Page 106: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

98 DN 7.5.2012

Pelaksanaan penyelesaian pertikaian secara pengantaraan secara tidak langsung berjaya mengurangkan kes-kes tertunggak di mahkamah.

Pada masa sekarang, pengantaraan yang diamalkan di Malaysia tidak diperuntukkan dalam mana-mana undang-undang secara khusus seiring dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, kerajaan telah mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan pengamal undang-undang membuat keputusan bahawa suatu undang-undang pengantaraan perlu diwujudkan.

Tuan Yang di-Pertua, undang-undang ini bertujuan untuk menggalakkan dan mempertingkatkan penggunaan pengantaraan sebagai suatu kaedah penyelesaian pertikaian alternatif dengan mengadakan peruntukan mengenai proses pengantaraan dan seterusnya dapat memudahkan pihak-pihak dalam pertikaian untuk memutuskan pertikaian secara adil, cepat dan kos efektif.

Oleh yang demikian, Rang Undang-undang Pengantaraan ini bercadang untuk memperuntukkan dan menstrukturkan suatu kerangka yang tetap berhubung dengan amalan pengantaraan. Walau bagaimanapun, kerajaan mengambil maklum bahawa amalan pengantaraan ini telah sedia dipraktikkan di beberapa institusi seperti di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, Bank Negara, Jabatan Bantuan Guaman dan juga Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur serta badan kehakiman.

Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada kajian dan maklum balas yang diterima kerajaan mendapati undang-undang-undang pengantaraan wajar diwujudkan berdasarkan justifikasi berikut:

(i) belum ada lagi undang-undang khusus mengenai pengantaraan yang dilaksanakan di negara ini;

(ii) undang-undang pengantaraan ini boleh membantu dalam mengamalkan proses pengantaraan yang seragam bagi tujuan membantu pihak-pihak yang mempertikai mencapai penyelesaian;

(iii) dengan wujudnya undang-undang ini, pengantaraan diiktiraf oleh undang-undang dan keputusan yang dicapai melalui pengantaraan boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang yang sedia ada;

(iv) mewujudkan satu keadaan yang kondusif bagi menggalakkan pengantaraan sebagai suatu alternatif untuk menyelesaikan pertikaian dan secara langsung membantu mengurangkan masalah kes-kes tertunggak di mahkamah;

(v) tempoh masa tertentu yang didapatkan untuk menyelesaikan sesuatu pertikaian melalui pengantaraan akan dapat dipendekkan;

(vi) pengantaraan boleh dikawal selia dan hanya pengantara yang layak sahaja boleh akreditasikan; dan

(vii) penyelesaian melalui pengantaraan akan mencapai suatu keadaan yang win-win antara dua pihak berbanding dengan satu penghakiman yang diperintahkan oleh mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada justifikasi yang dinyatakan sebelum ini yang menyokong keperluan mengadakan Undang-undang Pengantaraan, kerajaan juga berpandangan alasan berikut juga relevan untuk dipertimbangkan:

(i) walaupun pengantaraan diamalkan di negara ini tetapi ia tidak dibuat secara meluas dan tidak popular. Hanya terdapat pengantaraan oleh pihak mahkamah dan pengantaraan yang melibatkan sektor tertentu sahaja;

(ii) selaras dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, orang ramai yang terlibat dalam pertikaian perlu diberikan alternatif lain selain daripada membuat tuntutan di mahkamah atau melalui timbang tara. Untuk menyelesaikan pertikaian mereka dengan lebih cepat, mudah dan murah;

Page 107: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 99

■1900

(iii) pengantaraan tidak bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian dengan memutuskan pihak mana yang kalah atau pihak mana yang menang seperti mana yang terdapat dalam sistem mahkamah. Konsep pengantaraan bertujuan mewujudkan suasana yang kondusif bagi membantu ataupun dengan izin, facilitate pihak-pihak yang pertikai untuk menyelesaikan pertikaian. Oleh itu, pihak yang pertikai akan dapat berbincang isu-isu yang dipertikaikan dengan terbuka dan memutuskan sendiri secara penyelesaian yang sesuai; dan

(iv) wujudnya undang-undang pengantaraan yang mengawal selia proses pengantaraan yang dapat mengurangkan kos untuk menjalankan perniagaan dan juga perdagangan. Selain daripada itu, penyelesaian pertikaian akan memberi kepuasan kepada orang ramai kerana tidak perlu lagi menunggu lama untuk mendapatkan tuntutan dan hak mereka. Selanjutnya, penyelesaian pertikaian akan menarik pelabur asing untuk menjalankan perniagaan di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum rang undang-undang ini dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini izinkan saya untuk menjelaskan berkenaan dengan Rang Undang-undang Pengantaraan yang terpakai yang terbahagi kepada tujuh bahagian yang mengandungi 20 fasal seperti yang berikut:

Bahagian I akta ini memperkatakan perkara permulaan yang mengandungi perkara yang seperti berikut:

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta dan memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh bagi permulaan kuat kuasa akta.

Fasal 2 pula bertujuan untuk memperuntukkan bahawa akta yang dicadangkan tidak terpakai bagi perkara yang dinyatakan dalam jadual. Pengantaraan yang dijalankan oleh mahkamah menurut apa-apa tindakan sivil yang difailkan di mahkamah dan apa-apa pengantaraan yang dijalankan oleh Jabatan Bantuan Guaman. Akta ini tidak terpakai bagi apa-apa pertikaian berkenaan dengan perkara berikut yang dinyatakan dalam jadual iaitu:

(i) prosiding yang melibatkan persoalan yang membangkit tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan;

(ii) guaman yang melibatkan writ prerogative sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual kepada Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91];

(iii) prosiding yang melibatkan remedi injunksi sementara atau injunksi kekal;

(iv) petisyen pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5];

(v) prosiding di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486];

(vi) prosiding yang melibatkan perjalanan bidang kuasa asal mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 128, Perlembagaan Persekutuan;

(vii) semakan kehakiman;

(viii) rayuan;

(ix) semakan;

(x) apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Anak Negeri; dan

(xi) apa-apa perkara jenayah.

Oleh itu, akta yang dicadangkan ini bertujuan untuk mencakupi pengantaraan yang dijalankan oleh orang atau entiti persendirian.

Page 108: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

100 DN 7.5.2012

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya fasal 3 mengandungi takrif perkataan tertentu yang digunakan dalam akta.

Fasal 4 pula memperuntukkan bahawa mana-mana pihak kepada suatu pertikaian boleh mencadangkan pengantaraan sebelum memulakan apa-apa tindakan sivil di mahkamah dan pengantaraan tidak bertindak sebagai suatu pergantungan atau perlanjutan mana-mana prosiding sivil jika prosiding itu telah dimulakan.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian II akta yang dicadangkan ini memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan permulaan pengantaraan.

Fasal 5 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi cadangan pengantaraan melalui pengantaraan pelawaan bertulis berkenaan dengan pengantaraan itu oleh orang yang mencadangkan pengantaraan kepada orang yang dengannya dia mempunyai pertikaian. Pengantaraan hendaklah disifatkan telah bermula jika orang yang mencadangkan pengantaraan menerima penyetuju terimaan terhadap pelawaan bertulis daripada orang yang dengannya yang mempunyai pertikaian. Fasal ini memastikan bahawa pengantaraan yang dijalankan di bawah Akta yang dicadangkan adalah secara sukarela.

Fasal 6 pula bertujuan untuk memformalkan pengantaraan di bawah akta yang dicadangkan dengan mengehendaki pihak-pihak untuk membuat perjanjian pengantaraan apabila bermulanya pengantaraan. Perjanjian pengantaraan hendaklah secara bertulis dan ditandatangani oleh pihak-pihak dan hendaklah mengandungi perkara yang dipersetujui oleh pihak-pihak berkenaan dengan pengantaraan itu yang termasuklah pelantikan pengantara.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian III akta yang dicadangkan ini pula memperkatakan perhatikan dan penambahan pelantikan pengantara.

Fasal 7 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan pengantara oleh pihak-pihak bilangan pengantara yang hendak dilantik dan kehendak lain berkenaan dengan pelantikan pengantara. Pengantara yang dilantik di bawah fasal ini hendaklah memiliki kelayakan, pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan atau memenuhi kehendak sesuatu institusi berhubung dengan seseorang pengantara supaya dapat menjamin pelantikan pengantara yang bebas dan saksama oleh pihak-pihak. Fasal ini juga bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran fi atau apa-apa balasan kepada pengantara,

Fasal 8 bertujuan untuk memperuntukkan bagi hal keadaan yang dalamnya pelantikan pengantara di bawah akta yang dicadangkan boleh ditamatkan oleh pihak-pihak.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian IV akta yang dicadangkan memperkatakan proses pengantaraan.

Fasal 9 bertujuan untuk memperuntukkan bagi peranan pengantara yang hendaklah memudahkan pengantaraan dan menentukan cara pengantaraan akan dijalankan. Pengantara juga berperanan membantu pihak-pihak bertikai untuk mencapai penyelesaian yang memuaskan dan mencadangkan opsyen bagi memutuskan pertikaian itu. Dalam hal ini pengantara hendaklah bertindak secara bebas dan saksama.

Fasal 10 pula bertujuan untuk membolehkan pengantara meminta pihak-pihak supaya mengemukakan pernyataan yang menghuraikan fakta ringkas mengenai pertikaian disertai dengan apa-apa dokumen yang disifatkan sesuai oleh pihak itu untuk dikemukakan.

Fasal 11 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa pengantaraan hendaklah dijalankan secara tertutup yang melibatkan perjumpaan pihak-pihak bersama-sama atau secara berasingan.

Seterusnya fasal ini memperuntukkan bahawa bukan pihak yang dipilih oleh pihak-pihak atau pengantara boleh menyertai pengantaraan untuk membantu pihak-pihak atau pengantara masing-masing walaupun pengantaraan dijalankan secara tertutup. Sebagaimana yang ditakrifkan dalam fasal 3 bukan pihak termasuklah peguam setiap pihak pakar dalam hal perkara pertikaian dan juga saksi.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian V adalah berhubungan dengan berakhirnya pengantaraan.

Page 109: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 101

Fasal 12 menyatakan hal keadaan pengantaraan akan berakhir. Antara hal

keadaan itu ialah penandatangan perjanjian penyelesaian oleh pihak-pihak, penarikan diri oleh suatu pihak daripada pengantaraan dan juga kematian atau ketidakupayaan mana-mana pihak.

Fasal 13 pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perjanjian penyelesaian merupakan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak apabila pengantaraan berakhir dan pencapaian persetujuan oleh pihak-pihak berkenaan dengan pertikaian itu.

Fasal 14 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai kesan perjanjian penyelesaian. Perjanjian itu boleh direkodkan di hadapan mahkamah sebagai penghakiman persetujuan atau penghakiman jika prosiding telah dimulakan.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian IV akta yang dicadangkan ini memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan kerahsiaan dan juga perlindungan.

Fasal 15 memperkatakan kerahsiaan komunikasi pengantaraan dan juga memperuntukkan bagi hal keadaan yang dalamnya komunikasi pengantaraan boleh dizahirkan.

■2110

Fasal 16 memperkatakan perlindungan komunikasi, pengantaraan dan juga menyatakan hal keadaan yang dalamnya perlindungan tidak terpakai.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali Bahagian VII memperkatakan peruntukan pelbagai.

Fasal 17 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa kos pengantaraan hendaklah ditanggung secara sama rata antara pihak-pihak tetapi pihak-pihak adalah bebas untuk bersetuju tentang kos yang akan ditanggung oleh setiap pihak.

Fasal 18 memberi Menteri kuasa untuk meminda Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam warta.

Fasal 19 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa seseorang pengantara tidaklah bertanggungan bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dalam menunaikan fungsinya sebagai pengantara melainkan jika perbuatan atau peninggalan itu dibuktikan sebagai fraud atau melibatkan salah laku secara sengaja.

Fasal 20 pula memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi perjalanan yang lebih baik tujuan dan maksud akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya Akta Pengantaraan melalui rang undang-undang yang dicadangkan ini, kerajaan mempunyai keyakinan penuh ia dapat memberi kesedaran serta menggalakkan masyarakat menggunakan pengantaraan sebagai salah satu kaedah untuk menyelesaikan pertikaian selain daripada melalui proses biasa mahkamah. Ia juga dapat membantu semua pihak yang terlibat mencari penyelesaian dengan lebih cepat, mudah dan lebih murah. Di samping itu, suatu kerangka undang-undang khusus yang mengawal selia proses pengantaraan dapat mengelakkan pihak-pihak tertentu daripada mengambil kesempatan untuk kepentingan sendiri ke atas sistem pengantaraan yang tidak dikawal selia.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Pengangkutan I [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk menggalakkan dan mempertingkatkan pengantaraan sebagai suatu kaedah penyelesaian, pertikaian alternatif dengan mengadakan peruntukan bagi proses pengantaraan dan dengan demikian itu memudahkan pihak-pihak dalam pertikaian untuk menyelesaikan pertikaian secara adil, cepat dan berkesan dari segi kos dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Page 110: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

102 DN 7.5.2012

Sebelum kita meneruskan perbahasan kita, saya hanya menerima satu nama iaitu daripada Yang Berhormat Puan Mariany. Jadi ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat ingin mengambil bahagian?

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: [Mengangkat tangan]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato’ Rahim...., ada lagi? Cuma dua orang ya. Yang Berhormat Puan Mariany, teruskan Yang Berhormat.

9.13 mlm.

Puan Mariany binti Mohammad Yit: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana akhirnya dapat memperkenalkan Rang Undang-undang Pengantaraan. Namun begitu, saya ada tiga perkara yang ingin saya bentangkan untuk perhatian Dewan yang mulia ini.

Pertama, dalam rang undang-undang ini kerajaan kelihatan tidak jelas dalam menyatakan akta-akta yang lain yang berkaitan yang dibolehkan untuk mengguna khidmat pengantara agar ianya jelas kepada pengguna dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain yang boleh memanfaatkan Akta Pengantaraan ini dalam merungkai atau memuktamadkan pertikaian perundangan.

Kedua ialah kerajaan juga hendaklah menggariskan kadar tertinggi iaitu siling bagi fi atau kenaan atau bayaran untuk khidmat tersebut agar ianya selaras, standard dan tidak boleh dieksploitasi oleh pengantara-pengantara ini. Fasal 7(8) hendaklah dikembangkan supaya dapat menjelaskan kadar bayaran untuk khidmat mereka seperti yang diamalkan oleh Majlis Peguam. Contohnya the scale of fees, dengan izin.

Ketiga dari segi akreditasi dan pendaftaran bagi individu yang layak menjadi pengantara. Saya ingin mencadangkan kerajaan perlu membuat dasar yang lebih jelas dan transparent agar hanya individu yang kompeten dan berpengetahuan sahaja yang didaftarkan dan disenaraikan mengikut bidang kepakaran mereka.

Seterusnya fasal 7(2) hendaklah dilengkapi dengan syarat-syarat kelayakan yang lebih lengkap.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

9.15 mlm.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bukanlah bercadang untuk membahas rang undang-undang ini, cuma meminta ataupun memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seperti yang diketahui umum, kita memang mempunyai peruntukan untuk rundingan melalui Arbitration Act, dengan izin. Pada kasarnya, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi penerangan apakah bezanya di antara rang undang-undang ini dengan Arbitration Act yang memang sedia ada. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila menjawab.

9.16 mlm.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Dewan yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini.

Terlebih dahulu saya ingin menjelaskan di sini bahawa rang undang-undang ini digubal untuk menggalakkan dan juga mendedahkan kepada orang ramai mengenai pengantaraan yang lebih informal dan lebih cepat dilaksanakan apabila mereka tidak perlu pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian mereka. Jadi ini adalah satu proses di mana kerajaan menggalakkan mereka untuk mencari seorang mediator untuk menyelesaikan pertikaian mereka secara lebih informal.

Page 111: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 103

Jadi di sinilah di mana dengan persetujuan mereka melantik pengantara dan

persetujuan itu perlu dicatatkan dalam satu perjanjian. Di situ juga mereka akan bersetuju dengan kos pembayaran kepada pengantara dan ini mesti dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Jadi dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua, fi itu diserahkan kepada pihak dua individu itu untuk bersetuju. Di dalam perkara ini, akta ini tidak bersedia untuk memberikan scale of fees kepada mereka kerana ini terpulang kepada pihak individu yang terlibat dalam pertikaian tersebut untuk bersetuju untuk membayar pengantara apabila pengantara dilantik.

Jadi mengenai kelayakan yang telah pun disentuh oleh Yang Berhormat tadi, kelayakan ini akan terpulang kepada institusi-institusi yang memberikan kursus kepada mereka dan selepas menjalankan kursus, mereka akan menerima certificate daripada institusi tersebut untuk mengatakan mereka telah pun layak menjalankan tugas mereka sebagai pengantara.

Jadi selain daripada itu, mengenai akreditasi yang telah pun dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Senator. Memandangkan pengantaraan ini yang saya katakan tadi adalah secara private, private mediation di antara dua individu ataupun lebih, jadi buat masa sekarang kerajaan berpandangan bahawa kuasa kelayakan yang telah pun saya katakan tadi diberikan kepada institusi yang lebih tahu dan lebih arif mengenai kursus yang telah pun dibangkitkan. Sebagai contoh, Malaysia Mediation Centre (MMC) di bawah Majlis Peguam Malaysia mempunyai senarai pengantara yang telah dilantik dan juga berkelayakan dan mereka menepati syarat-syarat yang tertentu yang juga direcognize dengan izin, oleh Malaysia Mediation Centre tersebut.

■2120

Yang Berhormat Senator juga bertanya mengenai perkara sama ada apakah perbezaan pengantaraan dengan proses penyelesaian pertikaian lain seperti timbang tara dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, di dalam Dewan yang mulia ini perbezaannya ialah di bawah proses pengantaraan yang merupakan proses tidak formal secara sukarela oleh pihak-pihak yang bersetuju untuk menyertai pengantaraan. Di bawah pengantaraan juga tidak memutuskan pertikaian atau memutuskan bagi pihak-pihak yang bertikai. Akan tetapi pengantara hanya membantu pihak-pihak mencapai penyelesaian yang memuaskan.

Di sini saya ingin menegaskan sekiranya pihak individu telah pun memulakan proses di mahkamah, tetapi dalam proses itu terdapat pula di mana mereka ingin menyelesaikan pertikaian mereka. Mereka boleh juga mendapatkan keselesaian melalui pengantara di mana peguam boleh menjadi pengantara atau hakim-hakim tertentu. Jadi sekiranya pencapaian telah pun disetujui oleh kedua-dua pihak, pada masa itu mahkamah akan merekodkan consent judgment di antara mereka sekiranya ada persetujuan. Akan tetapi kalau kita ada persetujuan, perbicaraan telah pun ditangguhkan sedang menunggu penyelesaian itu sedang disambungkan semula.

Selain daripada itu, Yang Berhormat senator Puan Hajah Mariany juga bertanya mengenai database ataupun pangkalan maklumat bagi orang ramai mengetahui atau mencari senarai pengantara yang diberi berdasarkan kelayakan dan juga kepakaran. Saya juga telah menjawab di mana nama-nama itu boleh didapati melalui Malaysian Mediation Center di bawah Majlis Peguam Malaysia dan juga pusat Serantau Timbang Tara ataupun dikenali sebagai Kuala Lumpur Regional for Arbitration (KLRCA)

Selain daripada itu juga dibangkitkan mengenai kos. Kenapa tidak dinyatakan akta-akta yang dirujuk. Untuk makluman Yang Berhormat senator, tidak ada keperluan untuk menyatakan akta-akta yang boleh dirujuk kerana Rang Undang-undang ini jelas menunjukkan bahawa semua perkara boleh dirujuk kepada perantaraan kecuali perkara dalam jadual yang saya telah pun nyatakan tadi.

Jadi dengan itu, saya rasa itu sahaja yang saya dapat menjawab. Sekiranya ada perkara yang saya tidak dapat jawab, saya akan memberi jawapan secara bertulis. Dengan itu saya ingin merakamkan sekali lagi Tuan Yang di-Pertua jutaan terima kasih kepada pihak Yang Berhormat senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang ini. Sekian terima kasih.

Page 112: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

104 DN 7.5.2012

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

[Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

[Fasal-fasal 1 hingga 20 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang]

[Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang]

[Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

[Majlis Mesyuarat bersidang semula]

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

[Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

RANG UNDANG-UNDANG INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA 2012

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

9.27 mlm.

Timbalan Menteri Pengangkutan I [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah ditubuhkan pada 3 Januari 2007. Penubuhannya adalah bertujuan untuk membantu kerajaan merangka dasar-dasar dan program-program keselamatan jalan raya dan menangani isu keselamatan jalan raya berasaskan kepada hasil kajian dan penyelidikan saintifik. Langkah ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan yang komited dalam usahanya membendung masalah atau faktor-faktor yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya di samping menyokong visi kerajaan untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam bidang penyelidikan keselamatan jalan raya di persada antarabangsa.

Pada peringkat awal penubuhannya, MIROS hanya dianggotai oleh lapan orang kakitangan sahaja dan pada masa ini MIROS mempunyai 186 kakitangan yang mana 116 anggotanya terlibat dalam menjalankan penyelidikan keselamatan jalan raya. Pada masa yang sama, sejak lima tahun kebelakangan ini MIROS telah mengukuhkan kedudukannya selaras dengan amanat kerajaan sebagai Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya dengan mendapatkan pengiktirafan antarabangsa.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan MIROS menjadi agensi peneraju dalam mengurangkan kemalangan jalan raya di negara kita. Dalam hubungan ini fokus JKJR adalah bagi pelaksanaan program-program advokasi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek-aspek keselamatan jalan raya. MIROS pula melengkapi dan menyokong peranan JKJR dengan menjalankan penyelidikan keselamatan jalan raya yang merangkumi aspek-aspek kejuruteraan dan reka bentuk jalan raya, teknikal kenderaan, sikap pengguna jalan raya dan keberkesanan aspek penguatkuasaan.

Page 113: DN-07052012 sdg semak - parlimen.gov.my · untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan kerja -kerja ... berbincang dengan pihak PAB supaya kita ... pencapaian impak program Pusat ...

DN 7.5.2012 105

Sejak penubuhannya, MIROS telah berjaya menjalankan sebanyak 186

penyelidikan di mana dapatan kajian telah digunakan oleh stakeholders yang terdiri daripada penggubal dasar, institut penyelidikan dan industri automotif dalam merangka dan melaksanakan program-program keselamatan jalan raya. Hasil kajian MIROS ini dan perinciannya...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, waktu telah menunjukkan tepat pukul 9.30 malam. Jadi kenalah sambung esok 8 Mei, hari Selasa ya.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa 8 Mei 2012.

Dewan ditangguhkan pada pukul 9.30 malam.