Doa and Wirid for Students

20
KUMPULAN DOA DAN ZIKIR UNTUK PELAJAR Segala puji bagi Allah yang memerintahkan kita supaya berzikir dan berdoa. Dan dijanjikanNya kepada orang yang berzikir akan mendapat ketenangan dan kelapangan. Selawat dan salam diucapkan ke atas junjugan kita Nabi Muhammad s.a.w. seafdhal rasul dan penghulu para nabi. Dan ke atas keluarga dan sahabatnya serta pengikut mereka sekelian dengan kebaikan hingga ke hari pembalasan. Waba’du. Maka inilah sebuah risalah kecil dan ringkas berhubung dengan doa dan zikir khusus bagi para pelajar untuk dijadikan wirid yang mana kandungannya saya telah petik dari ilmu-limu yang disampaikan oleh beberapa orang ulama’ dan orang salihin dan yang saya petik dari beberapa buah kitab yang mashyur. Di antara mereka yang telah mengajar dan menasihati saya secara langsung mengenai wirid-wirid yang dicatitkan adalah: Al Marhum Al Habib Harun Bin Abdullah Bin Shahab (Imam Masjid Wak Tanjong), Al Marhum Al Habib Abdullah Bin Sheikh As-Sagoff (Innallaaha ma’asabirin), Al Marhum Al-‘Allaamah Al Ustaz Syed Abdillah Bin Ahmad Al-Jufri, Al-‘Allamah Al Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad, Al-‘Allaamah Al Habib Salim Bin Abdullah Asy-Syathiri (Pemimpin Rubath Tarim, Hadramaut, Yaman), Al-‘Allaamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz, (Mudir Darul Mustafa, Hadramaut, Yaman), Al Habib Zain Al Habsyi (Imam Masjid Wadi Hassan, Johor), Al Habib Thohir Al Hamid (Indonesia), Al Habib Hud Bin Muhammad Al Bagir Al Attas (Jakarta Timur), Prof. Ustaz Hashim Yahya (Mufti Selangor), Al Ustaz Tengku Muhammad Fouzy dan Al Ustaz Hanafi Rasul (Imam Masjid Darul Aman). Saya juga telah petik nasihat-nasihat yang diwasiatkan oleh beberapa tokoh ulama. Di antara mereka adalah: Al Habib Muhammad Bin Salem Al-Attas (Pengasas Masjid Ba’alwi), Al-‘Allaamah As-Syeikh Omar Bin Abdullah Al-Khatib dan Al 1

description

Highly recommended not only for students, but everyone! Improve your memory and academics with supplication.

Transcript of Doa and Wirid for Students

Page 1: Doa and Wirid for Students

KUMPULAN DOA DAN ZIKIR UNTUK PELAJAR

Segala puji bagi Allah yang memerintahkan kita supaya berzikir dan berdoa. Dan dijanjikanNya kepada orang yang berzikir akan mendapat ketenangan dan kelapangan. Selawat dan salam diucapkan ke atas junjugan kita Nabi Muhammad s.a.w. seafdhal rasul dan penghulu para nabi. Dan ke atas keluarga dan sahabatnya serta pengikut mereka sekelian dengan kebaikan hingga ke hari pembalasan.

Waba’du.

Maka inilah sebuah risalah kecil dan ringkas berhubung dengan doa dan zikir khusus bagi para pelajar untuk dijadikan wirid yang mana kandungannya saya telah petik dari ilmu-limu yang disampaikan oleh beberapa orang ulama’ dan orang salihin dan yang saya petik dari beberapa buah kitab yang mashyur.

Di antara mereka yang telah mengajar dan menasihati saya secara langsung mengenai wirid-wirid yang dicatitkan adalah: Al Marhum Al Habib Harun Bin Abdullah Bin Shahab (Imam Masjid Wak Tanjong), Al Marhum Al Habib Abdullah Bin Sheikh As-Sagoff (Innallaaha ma’asabirin), Al Marhum Al-‘Allaamah Al Ustaz Syed Abdillah Bin Ahmad Al-Jufri, Al-‘Allamah Al Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad, Al-‘Allaamah Al Habib Salim Bin Abdullah Asy-Syathiri (Pemimpin Rubath Tarim, Hadramaut, Yaman), Al-‘Allaamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz, (Mudir Darul Mustafa, Hadramaut, Yaman), Al Habib Zain Al Habsyi (Imam Masjid Wadi Hassan, Johor), Al Habib Thohir Al Hamid (Indonesia), Al Habib Hud Bin Muhammad Al Bagir Al Attas (Jakarta Timur), Prof. Ustaz Hashim Yahya (Mufti Selangor), Al Ustaz Tengku Muhammad Fouzy dan Al Ustaz Hanafi Rasul (Imam Masjid Darul Aman).

Saya juga telah petik nasihat-nasihat yang diwasiatkan oleh beberapa tokoh ulama. Di antara mereka adalah: Al Habib Muhammad Bin Salem Al-Attas (Pengasas Masjid Ba’alwi), Al-‘Allaamah As-Syeikh Omar Bin Abdullah Al-Khatib dan Al Imam Al-‘Allaamah Al Habib Abdullah Bin Alawi Al-Hadad (Pengasas Ratib Al Hadad).

Mudah-mudahan Allah merahmati dan meninggikan lagi darjat mereka semua dan memberi kami barakah, cahaya, rahsia dan ilmu mereka dalam urusan agama, dunia dan akhirat, Amin!

Semoga dengan usaha yang sedikit ini dapat kiranya dimenafaatkan oleh saudara-saudara yang ingin beramal dengannya semoga saya

1

Page 2: Doa and Wirid for Students

mendapat pahala mengumpul dan mengusahakannya. Saya bermohon kepada Allah agar menerimanya sebagai satu amal yang ikhlas keranaNya dan mendapat sambutan daripada saudara-saudara sekelian. Semoga Allah mengampuni saya dan kedua ibu-bapa saya, guru kesayangan kami Al Marhum Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan kaum Muslimin Muslimat Mu’minin Mu’minat sekelian. Aaameen Yarabbal-a’alameen.

Sekian, wabillahil hidayah wat-taufiq

Najib Bin Abdul Wahab Khan Surattee27 Ramadhan 1428H

KUMPULAN DOA DAN ZIKIR UNTUK PELAJAR

1. SURAH AL FATEHAH – Doa pembuka kepada segala urusan

“Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekelian alam. Yang maha pengasih lagi penyayang. Yang memerintah pada hari kemudian. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau kurniakan atas mereka yang mendapat nikmat dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.” (Amin)

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri dan Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad)

Sebaik-baiknya dibaca setiap kali ketika hendak memulakan sesuatu perkara (belajar dan memulakan kertas peperiksaan)

2. SURAH AL BAQARAH, Ayat 164 – Kekuatan Hafalan

2

Page 3: Doa and Wirid for Students

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah matinya (kering) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi: sesungguhnya terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.”

Jika diamalkan pada setiap malam, insyaAllah akan mendapat ingatan yang kuat atas ilmu yang dipelajari dan hafalan yang sangat baik.

(Ijaza dari Habib Salim Bin Abdullah Asy-Syathiri, Mudir – Rubat, Tarim, Hadhramout, Yemen. Ayahanda beliau adalah seorang ulama yang pernah menjadi guru kepada Habib Muhammad Bin Salem Al-Attas dan Habib As-Syeikh Omar Al-Khatib)

3. DUA AYAT AKHIR SURAH AL BAQARAH – Penutup Urusan

3

Page 4: Doa and Wirid for Students

“Rasul ini telah beriman dengan apa yang diturunkan kepadanya. Dan orang yang mukminin juga beriman. Setiap orang dari mereka beriman dengan Allah, MalaikatNya, kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. “Kami tidak memperbezakan antara seorang dengan seorang dari Rasul-rasulNya,“ mereka berkata: “Kami dengar dan kami taati pengampunanMu (yang kami harapkan) ya Tuhan kami, dan kepadaMulah tempat kembali.“ Allah tidak memberati manusia melainkan sekadar kemampuannya. Baginya pahala dari kebaikan yang diusahakannya dan atasnya juga dosa dari kejahatan yang dilakukannya. “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau kira dosa atas kami sekiranya kami terlupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan atas kami beban seperti yang telah Engkau pikulkan atas mereka yang terdahalu dari kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan atas kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan kasihani kami.Engkaulah pelindung kami. Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.“

Sabda Nabi s.a.w. : Barangsiapa membaca dua ayat yang akhir dari Surah Al-Baqarah pada malam hari, cukuplah keduanya itu baginya. (Riwayat Al Bukhari)

“Cukuplah” disini bermaksud cukup sebagai ganti membaca Al Quran, bangun solat malam, membaca Surah Al-Kahfi dan Ayatul-Kursi dan pelindung segala gangguan.

4

Page 5: Doa and Wirid for Students

(Nasihat oleh Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri)

Digalakkan setiap pelajar membaca ayat-ayat ini setiap malam sebelum tidur atau selepas solat Isyak. InsyaAllah, jika diamalkan dengan yakin dan istiqamah akan dicukupkan pelajaran kita walaupun kita dalam keadaan kekurangan masa untuk menyelesaikan segala mata pelajaran yang akan diuji.

4. SURAH AL-INSYIRAH – Untuk melapangkan dan melegakan hati

“Bukankah kami telah melapangkan dadamu (Ya Muhammad). Dan kami buangkan beban daripadamu. Baban yang memberatkan badanmu. Dan kami tinggikan sebutanmu. Demi sesungguh di samping ada kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya di samping kesusahan itu ada kesenangan. Maka apabila engkau telah lapang maka bekerja keraslah. Dan kepada Tuhanmu hendaklah engkau tujukan permohonan.”

InsyaAllah jika diamalkan setiap hari, akan mendapat ketenangan, kelapangan, dan keteguhan hati. Segala beban yang memberatkan hati dan perasaan akan diringankan oleh Allah.

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri dan Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

Sebaik-baiknya dibaca pada rakaat pertama dalam solat sunat Subuh setiap hari. Pada rakaat kedua, dibaca Surah Al Fiil. Ini adalah nasihat dari Habib Syeik Omar Al-Khatib yang dipetik dari Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Barang siapa yang bersembahyang dua rakaat sunnat Subuh dan membaca Surah Al-Insyirah pada rakaat pertama dan Surah Al Fiil pada rakaat kedua, maka ia tidak akan kena penyakit pada hari itu.”

5

Page 6: Doa and Wirid for Students

5. SURAH AL ‘ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Dia menjadikan manusia daripada segumpal darah. Bacalah! Tuhanmu amat Pemurah. Yang mengajar menulis dengan qalam (pena). Dia mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya.”

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri)

5. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati

Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.

(Nasihat dari Habib Muhammad Bin Saleem Al Attas, Habib Abdullah As-sogoff dan Habib Thohir Al Hamid)

7. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati

“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya.”

(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

6

Page 7: Doa and Wirid for Students

8. SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati

“Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.”

(Nasihat oleh Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

9. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA

Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor)

Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu ‘alaihi wasallaam nabiyan wa rasulla.

Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, dan Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w bahawa barangsiapa yang membaca kalimah tersebut ketika pagi dan petang Allah tetap meredhakannya (Riwayat Tarmizi)

Wirid tersebut adalah di antara Wirid Al-Lathif susunan Al-Habib Abdullah Al-Haddad yang dipetik dari kitab, “Jalan Yang Dekat”, susunan Habib Tahir Bin Husain Al-Tahir yang diterjemahkan oleh Syed Abdillah Ahmad Al Jufri.

7

Page 8: Doa and Wirid for Students

10. DO’A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL

Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal- mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya arhamar-rahimin.

“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri dan Habib Hud Bin Muhammad Al Bagir Al Attas)

11. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU

PERKARA

Allahummaftah ‘alaya futuuhal ‘arifiin. Wa faqqihni fiiddiin.

“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”

InsyaAllah jika diamalkan selepas solat akan menjadi pakar dan arif dalam setiap bidang yang anda tuntuti. Ramai orang yang akan merujuk kepada kamu dalam sesuatu bidang itu.

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri)

12. DO’A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK

Allahumma alhimni rusydii wa a’idznii min syarri nafsi.

8

Page 9: Doa and Wirid for Students

“Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”

Doa ini diajarkan oleh Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri dalam kelas beliau. Doa ini dipetik dari kitab “Nasihat Agama dan Wasiat Iman” susunan Imam Habib Abdullah Al Hadad dalam Bab Zikir dan Doa.

13. DO’A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS

Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli.

“Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.”

Allah telah mengajarkan doa ini kepada Nabi Musa a.s. ketika beliau hendak berhujjah kepada Firaun. Ini juga merupakan satu amalan yang sering dibaca oleh Al ‘Alim Sheikh Ahmad Hoosen Deedat ketika beliau hendak berhujjah dengan kaum kafirin. Beliau juga selalu terjemahkan maksud doa ini kepada mereka supaya mereka faham.

Doa ini telah diijazahkan oleh Al Habib Syed Zain Al Habsyi (Imam Masjid Wadi Hassan, Johor) dan Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz (Mudir Darul Mustafa, Hadramaut, Yaman) dan Al Habib Hud Bin Muhammad Al Bagir Al Attas sebagai satu wirid untuk pelajar dan kalimah ini juga sering dinasihatkan oleh Ustaz Syed Abdillah Al Jufri kepada kami untuk diamalkan.

14. DO’A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN

Rabbi zidnii ‘ilman warzuqni fahman

“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).

9

Page 10: Doa and Wirid for Students

15. MUNAJAT UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH

Ya ‘Aliimu Ilman Hikmah

“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah” (dibaca 100 X)

(Nasihat dari seorang Habib kepada bapa saya, Abdul Wahab Bin Abdul Hamid Khan Surattee. Juga telah ijazahkan kepada kami oleh Ustaz T. M. Fouzy dan Habib Idros Al Jufri, Jakarta)

16. WIRID UNTUK PELAJAR

Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.

Ya Haadii Ya “Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.

“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata”

Zikir ini adalah sebahagian dari wirid susunan Al ‘Alim Syeikh Ahmad Asrory Al Ishaqy.

17. DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH

10

Page 11: Doa and Wirid for Students

Ya ‘Aliimu Allimni Hikmah

“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah”.

(Ijazah oleh Ustaz T. M.. Fouzy Jumat. Ustaz Syed Abdillah Al Jufri galakkan kami meminta ilham dan hikmah dari Allah setiap kali kita membaca Al Qur’an)

18. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (“Mental block“)

Ya Haadi, ihdinii.

“Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku”

Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika tersesat jalan.

(Dipetik dari kitab, “99 Nama Allah Yang Termashur” oleh Talib Samat)

19. WIRID UNTOK PELAJAR

Yaa Aliyu Yaa Kabeer, Yaa Aleemu Yaa Qadeer, Yaa Sami-u Yaa Basheer, Yaa Latheefu Yaa Khabeer

11

Page 12: Doa and Wirid for Students

Wahai Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa, Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Yang Maha Pelembut lagi Maha Mengetahui

(Dipetik dari Ratib Al Hadad, susunan Imam Habib Abdullah Al Hadad)

20. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI

Ya Rasyidu – “Wahai Tuhan Yang Maha Pandai”

Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.

(Dipetik dari kitab, “99 Nama Allah Yang Termashur” oleh Talib Samat)

21. WIRID UNTUK PENERANG HATI

Ya Maajidu – Wahai Tuhan Yang Maha Luas Kemuliaan

Barangsiapa yang membaca ‘Ya Maajidu’ 400 kali pada setiap hari terutama para pelajar, insyaAllah dia akan memperoleh kurnia terang hati, tajam ingatan, cerdas dan otaknya tidak mudah lupa. Di samping itu si pelajar tersebut perlu belajar dengan setekun dan bersungguh-sungguh sambil berdoa untuk mendapatkan kejayaan.

(Dipetik dari kitab, “99 Nama Allah Yang Termashur” oleh Talib Samat)

22. WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN

12

Page 13: Doa and Wirid for Students

Alaa Ya’lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir

“Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”.

Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya.

Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri menasihatkan kami untuk membacanya jika ditimpa kesusahan dan apabila dalam keadaan risau.

23. WIRID UNTUK MEMBUAT PILIHAN YANG BAIK

Subhanaka laa ilma lana illa maa ‘alamtana innaka antal ‘alimul hakiim

“Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Wirid ini sebaik-baiknya dibaca ketika sujud akhir dalam solat sunat Istikharah sebanyak 40 kali (atau sekurang-kurangnya 3 kali). Setelah selesai solat itu sangatlah baik jika disusuli dengan bacaan doa Istikharah.

Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri telah menasihatkan supaya diamalkanlah solat Istikharah pada setiap hari supaya kita dipimpin Allah ketika kita buat pilihan pada bila-bila masa sahaja.

Kalimah ini juga adalah ijazah yang diberikan oleh Habib Hud Bin Muhammad Al Bagir Al Attas.

24. WIRID UNTUK MENGHIDUPKAN HATI

13

Page 14: Doa and Wirid for Students

Ya Hayyu Ya Qayyuum, Ahyil Qulub Tahya, Wahslih Lanal A’mal Fiddiini Waddunya.

Ya Tuhan Yang Maha Hidup, Ya Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri, hidupkanlah hati-hati yang Engkau hidupkan dan perbaikilah kami dalam urusan agama dan dunia.

Wirid ini dibaca selepas solat sunnat Subuh (sebelum solat fardhu Subuh) sebanyak 18 kali (atau sekurang-kurangnya 3 kali). Ia dibaca disamping wirid-wirid lain pada waktu ini. Dengan mengamalkan wirid tersebut, insyaAllah kamu akan dikurniakan kecergasan otak dan terang hati, dapat semangat untuk belajar, tidak menjadi malas atau putus harapan bagi pelajar yang lemah.

Wirid ini adalah di antara amalan Habib Haroon Bin Shahaab (yang diamalkan di Masjid Wak Tanjong dahulu) dan Habib Muhammad Bin Salem Al-Attas (di Masjid Ba’ Alwi). Saya juga telah merujuk kepada Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri untuk mendapat nasihat darinya mengenai wirid ini. Alhamdulillah, beliau telah menasihati saya untuk mengamalkannya.

25. DOA SEBELUM BELAJAR

Allaahummanfa’nii bimaa ‘allamtanii wa’allimnii maa yanfa’uuni warzuqnii ‘ilman yan fa’unii.

Ya Tuhan kami jadikanlah aku berguna bagi masyarakat dengan ilmu yang Engkau berikan kepadaku, dan ajari aku ilmu pengetahuan yang berguna untuk diriku.

14

Page 15: Doa and Wirid for Students

26. DOA SESUDAH BELAJAR

Rabbanan fa’na bima ‘allamtana rabbi ‘alimnalladzii yanfa’uuna.

Ya Tuhan kami berikanlah kami manfa’at daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Ya Tuhan ajarkanlah kami apa yang berguna untok kami.

Doa ini adalah sebahagian dari doa (yang panjang) yang dibaca oleh Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri setiap kali beliau tamat menyampaikan kuliahnya Imam Hanafi Rasul (Masjid Darul Aman) juga menasihatkan supaya diamalkan walaupun hanya sebahagian dari yang panjang itu.

27. PANDUAN UNTUK BERJAYA

Telah dinasihati kepada saya oleh Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad dengan katanya:

“Selama dalam hati itu ada Allah, maka kita sentiasa akan berjaya. Memperbanyakkanlah membaca surah Al Fatehah dan Doa Penghulu Segala Istighfar” iaitu:

Allahumma anta rabbi la ilaha illa anta khalaqtani wa ana ’abduka wa ana ’ala ’ahdika wa wa’dika mastatha’tu a’udzu bika min syarri ma shana’tu abu’u laka bini’matika ‘alayya wa abu’u bidzanbi faghfirli fa’innahu la yaghfirudz-dzunuba illa anta.

15

Page 16: Doa and Wirid for Students

Ya Allah, Engkau Tuhan ku tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau yang menjadikan aku dan aku hamba Mud an tetap atas janji terhadap Mu. Aku berlindung dengan Mu dari kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui nikmat Mu atas ku. Dan aku mengaku dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau.

(Bacaan ini dinamakan Penghulu segala Istighfar. Barangsiapa yang membacanya ketika pagi atau petang , lalu ia mati pada hari itu, jadilah dia ahli syurga – dipetik dari kitab “Doa dan Wirid” karya Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

28. WIRID HARIAN BAGI PELAJAR (DAN BAGI SETIAP MUSLIM)

Istighfar 100 kali

Astaugfirullah Aku minta ampun kepada Allah

Kalimah Tauhid 100 kali

Laa illa ha illaahTiada tuhan melainkan Allah

Selawat kepada Nabi 100 kali

Allahumma shalli ‘ala muhammadin wa ‘ala alii muhammadYa Allah sampaikan shalawat atas Muhammad dan atas keluarga Muhammad

(Nasihat dari Ustaz Hanafi Rasul, Imam Masjid Darul Aman)

16

Page 17: Doa and Wirid for Students

29. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU

“Ya Mubdi’u Ya Khaliq” (100 kali setiap hari)

Ijazah oleh Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz (Mudir Darul Mustafa, Hadramaut, Yaman)

Wabillahil hidayah wat-taufiq

Disusun oleh Najib Khan Surattee27 Ramadhan 1428H

17