Doa Banjir

download Doa Banjir

of 2

description

doa

Transcript of Doa Banjir

Doa Awal Tahun Persekolahan Tahun baru 2015

Kami berhimpun di surau yang mulia ini pada hari pertama persekolahan bagi tahun ini, menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami diberi limpahan kurnia, inayah dan riayah, taufik dan hidayah agar kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan, tekad dan azam yang tinggi untuk berjaya serta dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.Sesungguhnya, ya Allah melangkaj saja kami ke tahun baru bererti usia kami semakin meningkat. Jadikan kelanjutan usia ini satu rahmat kepada kami, untuk terus mendekatkn diri kepadaMu, jauh sekali daripada menderhakai segala perintahMu. Jadikanlah hari2 yg berlalu sebagai renungan. Yang baik dan manis menjadi ingatan. Yang pahit menjadi pengajaran. Itulah sebaik-baik muhasabah, sebagai panduan untuk menjejaki hari-hari mendatang. Mudah-mudahan, kehidupan pada hari ini dan pada masa-masa akan datang, akan lebih cemerlang dan lebih terarah daripada kehidupan masa silam.Ya Allah, perbaikilah hubungan antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan petunjuk kepada yang terang benderang , jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi. Ya Allah, limpahkanlah keberkatan kepada kami, isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami dan seluruh muslim dan muslimat.Bantulah kami bagi melaksanakan amanahbelajar dan mengajari, pimpinlah kami ke arah kebaikan, hindarkan kami daripada melakukan amal perbuatan pimpinan syaitan. Berikanlah kekuatan kepada kami agar memperoleh ilmu dan dapat memanfaatkan ilmu untuk meraih keredhaanMu Ya Allah.Ya Allah, Engkau tingkatkanlah keilmuan, keazaman dan komitmen kami, untuk terus menjalankan segala tanggungjawab. Justeru itu Ya Allah, tingkatkanlah semangat dan hasil kerja kami untuk terus menghambat kejayaan demi kejayaan, dengan penuh dedikasi, cekal dan proaktif, selaras dengan sabda rasulMu yang bermaksud : Sesungguhnya Allah amat mengasihi seseorang daripada kamu, yang apabila melakukan sesuatu pekerjaan, akan dilakukannya dengan penuh kesungguhan.Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua-dua ibu bapa kami dan dosa mukminin dan dan mukminat seluruhnya sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggalkan kamAllohumma ya Qowiyyu ya matinSesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,Di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,Berikan kekuatan dalalm segenap aspek kepada sahabat2 kami yg diuji denga bencna banjir utuk menghadapi keidupan mereka selepas ini . gantikan harta benda mereka yang hila g dan musnah ya allah dengan harta benda yang lebih bernilai . manalaka yang terkorban kami ykin mendapat aitel syahid akirat sebagaimna yg dijanjikan.