doa-doa mustajab

58
Untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari: Baca doa berikut: “Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” 2. Ayatul Kursi 3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an- Naas) 4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah SWT hindarkan dari apa jua bahaya. Tinggalkan larangan-Nya dan ikut perintah-Nya. Mohon rezeki yang melimpah supaya dapat beribadat kepadanya. Bacalah selepas setiap kali selesai solat. Moga-moga Allah SWT memperkenankan doa anda. 1

description

boleh dijadikan amalan dan panduan

Transcript of doa-doa mustajab

Page 1: doa-doa mustajab

Untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari: 

Baca doa berikut:

“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

2. Ayatul Kursi

3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)

4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah SWT hindarkan dari apa jua bahaya.

Tinggalkan larangan-Nya dan ikut perintah-Nya. Mohon rezeki yang melimpah supaya dapat beribadat kepadanya. Bacalah selepas setiap kali selesai solat. Moga-moga Allah SWT memperkenankan doa anda.

1

Page 2: doa-doa mustajab

Maksudnya:(SURAH ATH-THALAQ: AYAT 7)

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

Doa ini boleh diamalkan oleh yang mereka yang belum berkahwin dan yang sudah berkahwin. Jadi berusahalah dan berikhtiar kerana masih belum terlambat sebelum menjadi luka menjadi kudis dan bernanah. 

Cara-cara memulihkan:

1. Solat hajat - minta dipermudahkan dan dimakbulkan (Baca doa ini selepas solat hajat) - Mohon pada Allah SWT kembalikan perasaan cinta dan kasih sayangnya terhadap anda

2. Boleh amalkan doa ini selepas setiap kali solat waktu. Baca doa ini dan ditiup pada tangan dan sapu pada wajah serta lurutkan keseluruh badan.

2

Page 3: doa-doa mustajab

3. Jika yang sudah berkahwin, baca pada air doa ini dan minum. Masukkan juga dalam minuman sidia. Mulakan selawat 3x, Al-Fatihah 7x dan Doa tsb sebanyak 11x. InsyaAllah dengan izin-Nya dapat diselamatkan rumahtangga anda. Pada Mu, Ya Allah aku berserah.....

Maksudnya:(SURAH AL AN'NAM: AYAT 122)

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat.

Kaedah rawatan.

3

Page 4: doa-doa mustajab

Jerawat/Jeragat/Blackhead/Whitehead

Didahulukan dengan shalawat Nabi 3x, Al-fatihah 1x dan baca doa ini sebanyak 7x. Baca pada ayer, boleh diminum bagi merawat bahagian dalaman kulit. 

1. Basuh muka dengan air suam dahulu supaya pori-pori dipermukaan kulit itu terbuka. 2. Kemudian gunakan cream pencuci muka yang biasa anda gunakan. Jenis pencuci muka itu terpulanglah. 3. Selepas muka disapukan dengan pencuci muka. Sebelum membersih cream yang melekit dimuka itu. 4. Cuci muka itu dengan ayer bacaan pada keseluruhan muka serta menggosok pada bahagian yang penuh jerawat.

Lakukan rawatan ini selepas bangun tidur dan sebelum hendak tidur. lakukan sehingga jerawat anda itu berkurangan. Cepat atau lambat itu bergantung atas usaha anda). Kurangkan makanan berminyak seperti kacang..Makan banyak sayuran. Selalu gunakan timun dan oleskan atas kulit yang masalah. Gunakan buah tomato, hiris nipis-nipis dan gosok pada bahagian masalah. InsyaAllah dengan izin-Nya.

Bisul

Ambil asam jawa secukupnya dalam satu sudu dan tuang sedikit air bacaaan dan gaul sehingga sebati dan tampalkan diatas bisul itu sehingga mata bisul pecah. Sebelum itu campur sedikit garam halus dalam asam jawa. Insyaallah bisul anda kan mengecut dan kering. 

4

Page 5: doa-doa mustajab

Maksudnya:(Surah Thaha: Ayat 105,106 & 107)

105. Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.

106. Lalu Dia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin.

107. Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi.

_____________________________________________________________________________________

DOA PENAWAR ZINA

Allah SWT berfirman maksudnya: 

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." (Surah Al-Israa': 32) 

5

Page 6: doa-doa mustajab

Maksudnya: (Surah An Nur: ayat 33 dan 34)

33. Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian) dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka

6

Page 7: doa-doa mustajab

sesungguhnya Allah sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

34. Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah) dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

Surah As-Saffat ( "Yang Bersaf-Saf") adalah surah ke-37 dalam al-Qur'an. Surah ini terdiri atas 182 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyah serta diturunkan sesudah surah Al-An'am. Dinamai dengan As-Saffat (Yang Bersaf-Saf) diambil dari kata serupa yang terletak pada ayat permulaan surah ini yang menceritakan bagaimana para malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhannya dimana mereka tidak dapat digoda oleh setan.

Maksudnya:

Dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka,

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

7

Page 8: doa-doa mustajab

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang

8

Page 9: doa-doa mustajab

memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.

RASUKAN

Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin2. As Syaitan - syaitan3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)5. Al A”wan - penolong-penolong (khadam)6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam7. Atthiaruun - penerbang-penerbang8. Attawabi” - pengikut-pengikut

9

Page 10: doa-doa mustajab

9. Al Qarna” - pengawan-pengawan10. Al “Ammar - pemaa”mur-pemaa”mur

Wasallam. Jazakallah khairan

DOA HILANGKAN MARAH

A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.

Maksudnya: 

“Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”

DOA JAUHKAN PERMUSUHAN

10

Page 11: doa-doa mustajab

Allahumma la tusymit bi ‘adwwi wa la tasu’ubi sadiqi wa la taj’al musibati fi dini wa la taj’alid dunya akbara hami wa la tusallit ‘alayya man la yarhamuni ya hayyu ya qayyumu.

Maksudnya: 

“Ya Allah, janganlah jadikan musuhku gembira karena kesusahanku, dan janganlah jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku dalam urusan agamaku dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat perhatianku dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan bermaharajalela atasku, wahai Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri.”

Bacalah doa ini sebelum turun ke laut.Moga-moga mendapat hasil tangkapan yang banyak.

11

Page 12: doa-doa mustajab

MaksudNya:(Surah AN Nahl: Ayat 14)

Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan supaya kamu bersyukur.

Jika anda hidup di kelilingi hutang, Nabi Muhammad saw mengajar kita untuk membaca doa   yang dibawah ini. kata seorang sahabat Nabi, Abu Umamah radhiyallahu ’anhu:

ن� ز� ال�ح� و� م ال�ه� م�ن� ب�ك� ع�وذ�أ� �ني إ م� الل�ه�

  ل� ال�ك�س� و� ز� ال�ع�ج� م�ن� ب�ك� ع�وذ�أ� و�

  ل� ال�ب�خ� و� ب�ن� ال�ج� م�ن� ب�ك� ع�وذ�أ� و�

ال� ج� الر ر� ه� و�ق� لد�ي�ن� غ�ل�ب�ة� م�ن� ب�ك� ع�وذ�أ� و�

12

Page 13: doa-doa mustajab

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia.”"Setelah membaca do’a tersebut, Allah berkenan menghilangkan kebingunganku dan membayarkan lunas hutangku.” (HR Abu Dawud 4/353)Islam mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berhadapan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang melibatkan masalah kewangan. Dalam masa yang sama, Islam menggalakkan umatnya memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi. Walaupun begitu, Islam begitu teliti dan amat memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar hutang kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia ketika di dunia hngga ke akhirat.

Doa tu merupakan doa untuk mengatasi masalah hutang kita yang berpanjangan. Di dalamnya, ada beberapa permohonan agar Allah SWT melindungi kita dari masalah-masalah dalam hidup yang berkait secara langsung atau tidak dengan masalah hutang. 

 "Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih.” 

Orang yang sedang berhutang biasanya mudah menjadi bingung dan tenggelam dalam kesedihan. 

"Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas.” 

Biasanya orang yang berhutang akan cenderung menjadi lemah. Dan biasanya orang yang malas dan tidak kreatif dalam menjalani perjuangan hidup cenderung mencari pinjaman/berhutang ketika sedikit saja menghadapi

13

Page 14: doa-doa mustajab

rintangan dalam hidup. Sedangkan orang yang rajin cenderung untuk mencari ruang dan peluang membina hidup. 

"Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kikir.” 

Biasanya orang yang berhutang menjadi orang yang diliputi rasa takut lalu cenderung menjadi pengecut. mentalnya jatuh. batin lemah juga. Jauh dari sifat pemberani. Mentalnya jatuh dan tidak mudah memiliki kemantapan batin. Dan orang yang berhutang mudah menjadi kedekut, jauh dari sifat demawan. kenapa? kerana dalam kepala otak dia cakap:

"Macam mana nak bersedekah, hutang aku pun banyak? tak bayar lagi?"

"Dan aku berlindung kepada Engkau dari dibelenggu hutang dan fitnah manusia."

Mengandungi inti permohonan seorang yang dibelenggu hutang. kita serahkan harapan kita, sepenuhnya, kepada Allah SWT, Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji agar meringankan masalah hutang yang berpanjangan membebani hidup kita. Di samping itu, kita  memohon agar dilindungi Allah SWT dari fitnah manusia. pihak pemberi hutang kan selalunya menzalimi orang yang berhutang kepada mereka?  setelah meminjamkan duit, si pemberi hutang merasa berhak ke atas yang berhutang, so dia buat sesuka hati asalkan hutang dilunasi segera. jadi, doa terakhir itu kita mintak supaya Allah lindungi kita dari kekejaman mereka. 

Sebab-Sebab Berhutang.

1. Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2. Pengaruh sahabat atau jiran yang sering menggalakkan berhutang walau hakikatnya dia tidak memerlukan tetapi hanya untuk berbangga.

14

Page 15: doa-doa mustajab

3. Sikap tidak merasa puas dan cukup dengan apa yang telah dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang akan datang.

4. Kemudahan pinjaman yang sediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakan lagi amalan berhutang.

5. Berkehendakkan sesuatu benda yang melibatkan material dan kebendaan dengan cepat dan pantas walaupun pada hakikatnya dia tidak mampu.

Kesan Berhutang.

1. Menjadi satu budaya yang boleh mendatangkan kesan negatif seperti muflis disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskannya.

2. Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya resah gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3. Seseorang yang dibebani hutang memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4. Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan tergantung amalan serta rohnya setelah meninggal dunia sehingga dilunaskan segala hutang piutangnya.

5. Bagi mereka yang berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan yang dilakukan, ia tdak akan selamat di dunia dan di akhirat, sekalipun dia mati syahid.

Tanggungjawab Membayar Hutang.

15

Page 16: doa-doa mustajab

1. Membayar hutang adalah menjadi syarat untuk mendapatkan keredhaan Allah.

2. Seseorang yang berhutang hendaklah berniat untuk menunaikan hutang tersebut mengikut tempoh masanya kerana Allah akan memudahkan baginya untuk membayar hutang.

3. Seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran jika berkemampuan membayarnya kerana perbuatan tersebut adalah perbuatan orang yang zalim.

4. Kita mesti bersyukur kepada Allah dengan apa yang telah kita miliki dan melaksanakan sifat amanah serta tanggungjawab agar kita dilindungi daripada bahaya dunia dan akhirat.

Wasallam.

16

Page 20: doa-doa mustajab

Ertinya:

“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. 

Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orangyang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s.,orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagiorang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”.Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha SuciAllah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”

BACA LAH DOA INI SELALU DAN POHONLAH HAJAT YANG DI KEHENDAKI SETIAP MASA TERUTAMA SELEPAS SOLAT FARDU.

20

Page 21: doa-doa mustajab

Dan Allah SWT berfirman:"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina"- surah al-Mu'min: 60"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul'" -surah al-Baqarah: 186.Di riwayatkan bahawa doa ini di sampaikan kepada Nabi oleh Malaikat Jibril pada suatu pagi ketika Nabi sedang duduk bersama para sahabat selepas solat subuh.

Di antara khasiat –khasiatnya adalah seperti berikut;

(1) Pelindung dari Sihir.Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuhketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tibadatanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, serayaberkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu WaTaala untuk menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah”. Selanjutnyabeliau bersabda :”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya biladi baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidakhafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau penyakit.

(2) Hajat Tercapai.

21

Page 22: doa-doa mustajab

Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allahapa pun hajatnya akan segera terlaksana.

(3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus.Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisantersebut di letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang ditempati syaitan atau iblis,jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktusingkat mereka akan bubar dan minggat tanpa kembali lagi.

(4) Dimuliakan orang.Rasulullah SAW bersabda , ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.”

(5) PengasihBilamana anda ingin mendekati raja / menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini padatiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang andadekati itu akan menaruh kasih sayang.

(6) Air masin menjadi tawarBilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh andaminum.

(7) Bertemu para nabi.Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali,kemudian tidur, Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, disamping itu siapa pun pun yang melihatnya akan menaruh kasih sayang,dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun Nubuwwah inihingga sampai anak cucu.

22

Page 23: doa-doa mustajab

(8 ) Penyembuh Kesakitan.Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyakkelapa / sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yang sakit, Insya’Allah akan lekas sembuh.

(9) Mengubat dari kerasukan.Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara mengubatinya adalah sebagaimana di atas.

(10) Kuat berjalanBilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daunsirih yang bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepalahingga kaki, Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh itu.

(11) Turun hujan.Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan, maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turunhujan.

(12) Pengaman bagi orang bertengkarBilamana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainyamaka bacalah doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling memaafkan.

(13) Musuh menjadi takutBilamana anda pergi berperang (fisabilillah), bacalah doa ini,Insya’ Allah tidak di kejar musuh, bahkan musuh akan lari tungganglanggang ketika bertemu dengan anda.

(14) Sulit bersalin.Bilamana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan,

23

Page 24: doa-doa mustajab

Insya’ Allah bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu.

(15) Sakit mataBilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu. Insya’Allah akan lekas sembuh.

(16) Penawar gigitan ularBilamana ada orang digigit ular, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu, Insya’Allah akan lekas sembuh.

(17) Raja Jin.Bilamana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik sucibadan dan tempat, kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat.Insya’ Allah anda akan dijumpai oleh si raja jin itu.

(18 ) Terhindar dari Kekufuran.Bilamana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluhkali, Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan buruk.

(19) Menjumpai Jin.Suatu keajaiban yang luar biasa bilamana ada jin yang ingin menyerupaimanusia, maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini, begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut.

(20) Penyelamat siksa neraka.Bilamana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan.

(21) Ingin mimpi yang indah.

24

Page 25: doa-doa mustajab

Bilamana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu, sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai.

(22) Awet MudaBilamana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia sudah lanjut.

(23) Memberi keselamatan.Bilamana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka.

(24) Menjadi kuatBilamana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(25) Gigitan yang kuatBilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(26) Penyeri wajah.Bilamana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok sehingga banyak wanita yang terpikat.

(27) Binatang menjadi patuh.Bilamana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhadap anda.

(28 ) Melamar wanita.Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah seharidan malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus ditempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima.

(29) Harta dunia.

25

Page 26: doa-doa mustajab

Bilamana anda ingin harta dunia, maka bacalah doa ini pada kunyit (kunyit putih / temu) kemudian tanamlah di tanah, Insya’Allah akan jadi emas, tapi jangan berbicara atau beritahu orang lain. Semua atas kehendakNya.

Wasallam.

Maksudnya:1. Taa. Haa.2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad)

supaya engkau menanggung kesusahan.3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang

melanggar perintah Allah.4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit

yang tinggi.5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.6.

26

Page 27: doa-doa mustajab

Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat

Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...

Wasallam

Sihir tafriq adalah sihir yang digunakan untuk memisah pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan ada juga kepada pasangan yang sudah lama berkahwin. Sebabnya kerana sakit hati atau hasad dengki (PHD) kepada pasangan ini yang hidup aman dan bahagia. 

Hati orang kita tak tahu. Dihadapan kita nampak baik sahaja tetapi dibelakang kita, niat jahat mereka setelah tengok suami-isteri ini dengan kehidupan yang bahgia dan diberi Allah rezeki yang melimpah. 

Doa ini jika diamalkan selain dapat mengelak sihir tafriq, sebagai doa mengekalkan kebahagiaan rumahtangga sehingga akhir hayatnya kecuali berpisah kerana kematian.

Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: RasululluLLAH SAW bersabda:"Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis

27

Page 28: doa-doa mustajab

“kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)Amalkan ketiga-tiga ayat ini setiap kali selepas solat wajib. Mohon padaNya supaya dipelihara dan dilindung oleh niat jahat orang.

Ayat Doa 1.

Maksudnya:  

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: "Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir sesungguh Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (Surah Yunus ayat: 81)

AyatDoa2.

28

Page 29: doa-doa mustajab

Maksudnya:  

Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu. (Surah Najm: ayat: 58) AyatDoa3.

Maksudnya: 

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah Al-Hadid: ayat: 3).

Yakinlah segala yang berlaku adalah atas izin Allah SWT. Bukan bomoh atau syaitan yang berkuasa menentukan sihir ini. Perbuatan yang baik diminta, syurga balasannya. Perbuatan yang jahat dipohon, neraka tempatnya.

Wasallam.

29

Page 30: doa-doa mustajab

Klik untuk baca..

Hasrat kita untuk berjumpa Rasulullah SAW di dalam mimpi adalah sungguh murni. Tidak wajar sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW yang tidak mempunyai angan-angan untuk berjumpa dengan nabi di dalam mimpinya ketika tidur.

Penyembuh Sakit Jantung Dan Sakit Dalam Badan.

Dibaca sebagai doa penyembuh penyakit jantung yang lemah dan masalah penyakit dalam badan - dibaca 25 kali pada segelas air dan diminum oleh orang yang sakit. InsyaAllah. Lakukan selepas setiap kali solat wajib. 

Surah dan amalan ini, diamalkan oleh ibu saudara penulis yang kembali kerahmatullah 4 tahun yang lepas pada usia 125 tahun. Walaupun arwah berusia 125 tahun. Arwah tidak nyanyuk dan kuat beribadat. Khatam Al-

30

Page 31: doa-doa mustajab

Quran sebulan sekali. Sepanjang masa arwah berpuasa melainkan hari-hari yang tidak dibenarkan dalam Islam. Hebat sungguh arwah ini. 

Ini kali pertama penulis mendedahkan kisah arwah ibu saudara penulis yang bernama Allahyarhamah Siti Aminah Bt Hj Din iaitu kakak sulong kepada arwah bapa penulis. Semuga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Diantara khasiat surah Ad-Dhuha adalah:-

1. Doa untuk perlindungan rumah- Dibaca 7x selepas solat subuh dan 7x selepas solat maghrib.

2. Doa murahkan rezeki - hari Jumaat, sembahyang sunat dhuha lepas itu baca surah dhuha 7x dan sambung dengan Ya- Ghani.

3. Doa untuk terang hati baca 40x sehari selama 41 hari.

31

Page 33: doa-doa mustajab

Terjemahannya.

1. Demi waktu Dhuha.

2. Dan malam apabila ia sunyi-sepi.

3. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

4. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).

6. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?

7. Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?

8. Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?

9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

10. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Wasallam.

33

Page 34: doa-doa mustajab

Penulis telah mengamalkan doa menjaga diri dari gangguan ular dan binatang bisa sejak dari dahulu lagi semasa dalam perkhidmatan tentera. Setiap kali latihan atau operasi, sebelum melangkah keluar kem inilah diantara ayat-ayat yang dibaca terlebih dahulu. InsyaAllah dilindungNya sehingga kini.

Salaamun 'alaa Nuuhin fil' aalamiin innaka haamidum majid

Maksudnya : Selamat sejahtera kepada Nabi Nuh di alam semesta

CARANYA:

Hendaklah dibacakan sebanyak 3 kali sebelum melangkah keluar dari rumah atau ke dalam kawasan yang semak seperi kebun getah/ladang kelapa sawit yang banyak ular jenis  ular tedung. Negeri disebelah utara seperti Kedah terutama Sg Petani/Gurun dan kawasan disana memang banyak ular kapak yang selalu memasuki rumah orang. Untuk yang selalu masuk ke hutan seperti anggota tentera. Baca dahulu doa ini di pinggir hutan sebelum masuk hutan. InsyaAllah dipelihara dari segala binatang bisa seperti ular, kala jengking, lipan dll.

DOA RAWATAN JIKA TERKENA PATUKAN ULAR ATAU BINATANG BISA

34

Page 35: doa-doa mustajab

TERJEMAHAN:

1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.2. Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui setiap sesuatu.3. Dengan nama Allah yang maha pencipta lagi maha mengetahui, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha menguasai lagi maha mengetahui.4. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha bijaksana.5. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha berkuasa.6. Dengan nama Allah yang maha perkasa lagi maha mulia, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha perkasa lagi maha mulia.

35

Page 36: doa-doa mustajab

7. Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha mengasihani, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha pengampun lagi maha mengasihani.

CARA-CARA RAWATAN

Sekiranya mangsa yang terkena patukan ular berada jauh dari hospital yang mengambil masa yang lama untuk sampai bagi menerima rawatan terutama yang berada di kawasan pendalaman seperti Sabah atau Sarawak elok ikhtiarkan cara ini. InsyaAllah dapat menyelamatkan si mangsa tersebut.

1. Air sebotol.2. Kain atau tuala.3. Selawat Nabi 3x.3. Baca Al-Fatihah 1x.4. Baca Bismillah Tujuh 1x.

Setelah doa dibaca, ditiupkan kepada air dalam botol dan pada tempat luka kena patuk ular. Air diberi minum kepada mangsa sebanyak yang boleh dan menyapu air doa pada tempat luka terbut. Basahkan kain atau tuala dengan air yang didoakan dan diikat pada tempat luka kena patuk ular tersebut. InsyaAllah. Allah SWT adalah sebaik-baik Pemelihara, dan dia Maha Mengasihani dari segala-galanya. 

SURAH FAATHIR  

"Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya."

Selain mengamalkan dan membaca Ayat 1000 Dinar. Bagi yang menceburi bidang perniagaan tak kira online bisnes, offline, direct selling atau perniagaan restoran makanan. Eloklah mengamalkan ayat-ayat dari Surah

36

Page 37: doa-doa mustajab

Faathir, ayat 29 dan 30. Makna pada terjemahannya cukup baik dan indah sekali. 

Tidak payah lagi mencari pelaris yang belum pasti kebenarannya dan tidak bercampur aduk dengan sihir. Takut-takut disebabkan pelaris itu. Aqidah kita boleh terpesong. Yang melariskan adalah kehendakNya dengan daya usaha sendiri yang diberkati oleh Allah SWT. Minta dan mohon kepadaNya dengan membaca ayat-ayat tersebut.

Terjemahannya:

Ayat 29Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; 

Ayat 30

37

Page 38: doa-doa mustajab

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

Ramai orang Melayu cuma mengamalkan doa-doa pelaris beserta ayat-ayat suci Al-quran hanya ketika melakukan perniagan mereka sahaja, tetapi amalan-amalan wajib lain ditinggalkan. Bagaimana nak maju dalam perniagaan jikalau macam ni! Jadi jangan tinggalkan yang wajib untuk mendapatkan rahmatNya.

Wasallam

SURAH AL-A'RAF: AYAT 23 

"Barangsiapa membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya." 

Terjemahannya:

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

38

Page 39: doa-doa mustajab

Doa ini sebagai doa taubat. Apabila kita telah melakukan dosa besar atau dosa kecil. Maka harus memohon ampun dari Allah SWT, lalu bacalah doa ini. Bacalah doa ini setiap kali selepas solat dengan hati yang iklas dan tawaduk.

Doa ini dibaca oleh Nabi Adam AS setelah diturunkan ke bumi setelah tergelincir kedalam perbuatan dosa setelah termakan buah khuldi dari pohon yang terlarang.

Cara-cara:

Amalkan selepas solat. Baca 3 x sebelum menumbuk tepat pada muka atau badan musuh untuk menumbangnya ke tanah. InsyaAllah Allah akan memelihara hambaNya yang lemah dari perbuatan dan niat jahat orang yang mengancam nyawa hambaNya. Semuga mendapat pertolonganNya disaat anda memerlukan.

Terjemahannya:

"Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)."

39

Page 40: doa-doa mustajab

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 

Sekiranya seseorang itu ingin bersetubuh dengan isterinya hendaklah dia membaca doa Yang bermaksud:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku! Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami. Sekiranya perhubungan kelamin itu ditakdirkan mendapat seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk selamanya.

Doa Sebelum Berjimak

Ertinya:

Dengan nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau karuniakan kepada Kami.

Adab-Adab Bersetubuh Pada Malam Pertama.

40

Page 41: doa-doa mustajab

Islam mempunyai adab yang terkandung di dalamnya nilai-nilai akhlak yang luhur bahkan mengandungi kebaikan dari segi kesihatan. Terdapat banyak petunjuk dalam al-Quran dan hadis yang membicarakan adab setubuh malam pertama dan jimak suami isteri.

Berikut adalah adab-adab setubuh malam pertama dan jimak yang dianjurkan oleh Islam:- Sembahyang sunat dan berdoa malam pertama. Berwuduk selepas melakukan persetubuhan. Untuk memenuhi kewajipan terhadap Allah serta mengikuti sunnah

Rasulullah saw. Bergaul dengan isteri cara yang sopan. Bercumbu-cumbuan terlebih dahulu. Tidak mementingkan kepuasan diri sendiri. Mengambil kira hak suami dan isteri berhubung dengan soal hubungan

kelamin. Keselesaan dalam hubungan kelamin. Kesederhanaan. Mensyukuri nikmat. Tidak menyebarkan soal persetubuhan kepada pihak lain

Masalah yang dihadapi oleh mereka yang jiwanya kosong boleh membawa kepada kekufuran. Yang dikerjakan dan diusahakannya hanyalah mengumpul harta dan hidup mewah. Apabila lupa itu dibiar berlarutan tanpa cuba diatasi, ia akan membawa kepada kufur akan nikmat Allah, lalu ia akan lupa diri, hilang kebahagiaan atau mudah sakit jiwa (GILA).

Apabila jiwa kosong dari iman, lalu ia terjun ke dalam perjuangan hidup untuk memiliki kekuasaan dan ia gagal, maka mudah saja ia terkena gangguan jiwa dan menjadi gila. Seorang Muslim yang tidak memiliki iman yang kuat, mudah terkena penyakit itu. Dalam kesibukan kita lupa kepada Allah SWT lalu Allah SWT pun melupakan kita.

41

Page 42: doa-doa mustajab

Jika hasratnya tidak tercapai maka ada yang mengambil jalan pintas dengan menamatkan riwayat, bunuh diri. Mereka yang bunuh diri adalah diantara imannya kurang kerana jiwa mereka itu kosong.

Apakah jenis-jenis penyakit jiwa?

Terdapat beberapa jenis penyakit jiwa dengan kelangsungan masing-masing. Ada yang boleh sembuh seperti sediakala dan ada yang memerlukan rawatan sepanjang hayat.

1. Kegelisahan (Neurosis)

Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur, merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala badan yang lain.

2. Penyakit kepiluan (Depression)

Kadangkala kita merasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa, merasa lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami kegagalan yang teruk atau kehilangan (misalnya kematian orang yang disayangi).

Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan memberi kesan terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan.

3. Psikosis

Ini merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara-suara yang

42

Page 43: doa-doa mustajab

tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.

Jika terasa diri sudah malas dan segan nak bersolat dan mula meringankankan solat serta susah hati diatas sesuatu perkara yang menggangu fikiran bacalah doa-doa ini selalu. Semuga jiwa menjadi tenang semula dan diberi ketenangan dalam mengharungi kehidupan ini yang penuh cabaran. Kaya harta tetapi jiwa kosong tiada gunanya.

Dua doa inilah sebahagian dari doa yang selalu dibaca selepas solat. Yang belum membaca lagi doa ini jadikan amalan selepas solat.

1. Doa Rahmat Dan Petunjuk Allah.

"RABBANAA AATINAA MIN LADUNKA RAHMATAN WAHAYYI' LANAA MIN AMRINAA RASYADAA"

Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami." (Surah Al-Kahfi: Ayat 10)

2. Doa pagi dan petang.  

43

Page 44: doa-doa mustajab

Rasulullah SAW menyuruh umatnya agar mengamalkan doa pagi dan petang bagi mengatasi masalah jiwa, antaranya seperti diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a iaitu:

“Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal 

Maksudnya: 

"Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang”.

Wasallam.

Kepada yang selalu komen negatif tentang blog ini, elok juga amalkan doa-doa ini supaya jiwa kosong itu tidak dipenuhi hasad dengki serta hati dan jiwa yang sakit. Semuga diberi hidayah dan banyak beristighfar.

44

Page 45: doa-doa mustajab

Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang mengikut amalan. Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk meneguhkan iman:

1. Melawan hawa nafsu.2. Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela.3. Membiasakan diri dengan sifat-sifat terpuji.4. Melahirkan keikhlasan berbakti & berkorban semata-mata kerana

Allah.5. Memperbanyakkan amalan-amalan sunat.6. Bertafakur, iaitu memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasan

Allah.Doa ini hendaklah selalu dibaca setiap kali selepas solat.

Surah Ali Imran Ayat 8

Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya".

Peringkat-Peringkat Iman1. Iman Taqlid – Iman ikut-ikutan, hanya semata-mata mengikut pendapat

orang lain.2. Iman Ilmu – Beriman semata-mata kerana berilmu dan berdasarkan

pada fikiran tidak terletak di hati.

45

Page 46: doa-doa mustajab

3. Iman A’yan – Iman yang terletak di dalam hati. Iman ini dimiliki oleh orang-orang soleh.

4. Iman Hak – Iman sebenar yang terlepas dari nafsu syaitan. Iman ini dimiliki oleh golongan muqarabbin, iaitu orang yang hampir dengan Allah.

5. Iman Hakikat – Iman peringkat tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Iman ini hidup semata-mata untuk Allah dan Rasul serta hari Akhirat seperti para sahabat nabi.

15 PERKARA YANG DAPAT MENEGUHKAN IMAN SESEORANG MUSLIM

1. Akrab dengan Al Qur'an.

2. Iltizam dengan Syari'at Islam

3. Mempelajari Kisah Para Nabi/Rasul.

4. Berdoa

5. Berzikir kepada Allah

6. Menempuh Jalan Lurus 

7. Menjalani Tarbiyah

8. Meyakini Jalan yang Ditempuh

9. Berdakwah

10. Dekat dengan Ulama

11. Meyakini Pertolongan Allah

12. Mengetahui Hakikat Kebatilan

46

Page 47: doa-doa mustajab

13. Memiliki Akhlak Pendukung Tsabat(Keteguhan Iman).

14. Nasihat Orang Soleh

15. Merenung Nikmat Syurga.

Mudah-mudahan kita boleh merawat dan terus-menerus meneguhkan keimanan kita sehingga Allah menjadikan kita khusnul khatimah. Amin. 

Wasallam.

Firman Allah SWT:

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Surah al-Mulk: 2).

Setiap dari kita ingin dimatikan suatu hari dalam keadaan yang baik iaitu mati dalam Husnul Khatimah. Mati dalam keadaan yang beriman. Terhindar dari azab dan seksa kubur. Bukan dimatikan dalam Suul Khatimah. Diazab dalam kubur oleh Malaikat Mungkar Nakir. 

Hadis Abi Said mengatakan, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga.”

Ada pun arwah orang yang beriman akan sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah SWT tidak kira di mana mereka dikuburkan. Adakah kita pernah berdoa untuk dimatikan dalam keadaan berbuat baik sebelum ini??. Mari membaca doa ini setiap kali selepas solat semuga kematian kita nanti dimatikan dalam keadaan berbuat baik.

47

Page 48: doa-doa mustajab

Maksudnya:

193: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: 'Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami,dan matilah kami bersama orang-orang yang berbakti;

194: "Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan jangalah Engkau hinakan kami pada hari Kiamat kelak; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

48