DOA HARI KEMERDEKAAN

1
DOA HARI KEMERDEKAAN Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami bersyukur kepadaMu dia atas segala nikmat yang engkau berikan kepada kami. Kami sedar Ya Allah tanpa bantuan dan hidayahMu segala nikmat yang kami kecapi selama ini tiak akan wujud. Maha suci Allah dengan kehendakMu jua Negara yang kami cintai ini kekal merdeka hinga saat ini. Ya Rahman Ya Rahim, Sempena perhimpunan hari kemerdekaan ini, kami menadah tangan dengan rasa penuh keinsafan, pengabdian dan tawaduk memohon denganMu dengan kekuasaanMu yang Maha luas dan perlindunganMu yang tiada tandingannya. Kekalkan kemerdekaan ini Ya Allah. Jauhilah Negara kami daripada plbagai bentuk pnjajahan samada penjajahan berbentuk fizikal mahupun rohani. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Hiasilah tanah air kami dengan kedamaian, keamanan, kesejahteraan dan kekayaan terutama sekolah yang kami cintai ini untuk selamanya. Jadikanlah sekolah kami ini sebagai sekolah contoh dan cemerlang dalam segala bidang serta terhindar daripada perkara-perkara yang dimurkai olehMu. Kami memohon kepadaMu dengan nur ZatMu yang seluruh penjuru ArasyMu dan dngan kudratMu yang telah Engkau takdirkan kepada semua makhlukMu dan dengan rahmatMu yang Maha luas. Berikanlah petunjuk kepada pemimpin-pmimpin kami agar mereka terhindar daripada perkara perkara yang dimurkai olehMu. Ya Allah, Di hadapan kami ini, anak didik dan generasi yang akan mewarisi kemerdekaan ini, kurniakanlah kepada mereka dengan keimanan yang mantap, akhlak yang mulia, akal yang cerdik, samada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Jauhilah mereka daripada gejala negatif. Sematkanlah dalam hati mereka perasaan benci perkara-perkara maksiat dan kemungkaran. Kami memanjatkan rasa kesyukuran kami ke hadratMu atas segala nikmat yang Engkau limpahkan kepada kami, Ya Allah tanpa bantuanMu, kurniaan dan hidayahMu tiada apa yang ada pada kam. Maha suci Engkau Ya Allah, Jadikanlah kami hambaMu yang bertaqwa. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Sempena sambutan perayaan Hari Kemerdekaan pada tahun ini, kami dengan rasa rendah diri menadah tanganMu, kami pohonkan agar dengan kekuasaanMu dan perlindunganMu yang tiada tandingannya. Kekalkanlah kemerdekaan ini kepada kami Ya Allah. Jauhilah Negara kami yang kami cintai ini daripada segala bentuk penjajahan samada penjajahan yang kami sedar mahupun tidak sedar Ya Allah, Jadikanlah anak didik dan warga xxxxxxxxx ini generasi yang akan mewarisi dan mempertahankan kemerdekaan ini. Kurniakan kami iman yang teguh, akhlak yang mulia dan akal yang sejahtera. Jadikanlah kami berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran Amin Ya Rabbal 'alamin…..

Transcript of DOA HARI KEMERDEKAAN

Page 1: DOA HARI KEMERDEKAAN

DOA HARI KEMERDEKAAN

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami bersyukur kepadaMu dia atas segala nikmat yang engkau berikan kepada kami.

Kami sedar Ya Allah tanpa bantuan dan hidayahMu segala nikmat yang kami kecapi

selama ini tiak akan wujud. Maha suci Allah dengan kehendakMu jua Negara yang

kami cintai ini kekal merdeka hinga saat ini.

Ya Rahman Ya Rahim,

Sempena perhimpunan hari kemerdekaan ini, kami menadah tangan dengan rasa

penuh keinsafan, pengabdian dan tawaduk memohon denganMu dengan

kekuasaanMu yang Maha luas dan perlindunganMu yang tiada tandingannya.

Kekalkan kemerdekaan ini Ya Allah. Jauhilah Negara kami daripada plbagai bentuk

pnjajahan samada penjajahan berbentuk fizikal mahupun rohani.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Hiasilah tanah air kami dengan kedamaian, keamanan, kesejahteraan dan kekayaan

terutama sekolah yang kami cintai ini untuk selamanya. Jadikanlah sekolah kami ini

sebagai sekolah contoh dan cemerlang dalam segala bidang serta terhindar daripada

perkara-perkara yang dimurkai olehMu.

Kami memohon kepadaMu dengan nur ZatMu yang seluruh penjuru ArasyMu dan

dngan kudratMu yang telah Engkau takdirkan kepada semua makhlukMu dan dengan

rahmatMu yang Maha luas. Berikanlah petunjuk kepada pemimpin-pmimpin kami

agar mereka terhindar daripada perkara –perkara yang dimurkai olehMu.

Ya Allah,

Di hadapan kami ini, anak didik dan generasi yang akan mewarisi kemerdekaan ini,

kurniakanlah kepada mereka dengan keimanan yang mantap, akhlak yang mulia, akal

yang cerdik, samada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum.

Jauhilah mereka daripada gejala negatif. Sematkanlah dalam hati mereka perasaan

benci perkara-perkara maksiat dan kemungkaran.

Kami memanjatkan rasa kesyukuran kami ke hadratMu atas segala nikmat yang

Engkau limpahkan kepada kami, Ya Allah tanpa bantuanMu, kurniaan dan

hidayahMu tiada apa yang ada pada kam. Maha suci Engkau Ya Allah, Jadikanlah

kami hambaMu yang bertaqwa.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Sempena sambutan perayaan Hari Kemerdekaan pada tahun ini, kami dengan rasa

rendah diri menadah tanganMu, kami pohonkan agar dengan kekuasaanMu dan

perlindunganMu yang tiada tandingannya. Kekalkanlah kemerdekaan ini kepada kami

Ya Allah. Jauhilah Negara kami yang kami cintai ini daripada segala bentuk

penjajahan samada penjajahan yang kami sedar mahupun tidak sedar

Ya Allah,

Jadikanlah anak didik dan warga xxxxxxxxx ini generasi yang akan mewarisi dan

mempertahankan kemerdekaan ini. Kurniakan kami iman yang teguh, akhlak yang

mulia dan akal yang sejahtera. Jadikanlah kami berlumba-lumba untuk mengerjakan

kebaikan dan mencegah kemungkaran

Amin Ya Rabbal 'alamin…..