DOA MAJLIS ORIENTASI
-
Upload
mohamed-rasul -
Category
Documents
-
view
535 -
download
6
Transcript of DOA MAJLIS ORIENTASI
Bacaan doa untuk Program Motivasi
1. Bacaan al-Fatihah2. Selawat ke atas Nabi.3. Doa dalam bahasa Arab.4. Doa dalam bahasa Melayu.
Alhamdulillahi robbil aalamin………(sambung sendiri)
Allahummmayarobbana,
Dengan kalimah Alhamdulillah ( Segala Pujian itu hanyalah untukMu Ya Allah) kami bersyukur dengan nikmat yang engkau berikan.
Dengan kalimah Subhanallah (Maha Suci buatMu Ya Allah) kami mengakui kesucian dan kesempurnaan zat dan sifatMu yang tiada tandingan.
Dengan kalimah Nauzubillah, kami memohon perlindungan daripada hasutan syaitan yang menyesatkan manusia sepanjang zaman.
Allahummayarabbana, ya Rahman ya Rahim.
Berkatilah program kami dengan penuh keberkatan.
Buat pelajar-pelajar yang kami cintai.
Harapan dan doa kami ya Allah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.
Ya Allahu ya Rahman
Di pagi yang penuh keberkatan ini kami juga bermohon kehadratMu
Akan kesihatan tubuh badan yang baik dengan harapan
kami akan dapat melakukan segala suruhan dan perintahMu dengan baik jua.
Ya Allahu ya rabbana,
Jadikanlah anak-anak didik kami, khususnya semua murid yang menghadiri
Orientasi hari ini dan umumnya semua pelajar SKTTDI 1, pelajar yang berdisiplin,
Baik perangai dan tingkahlakunya, sentiasa patuh dan menghormati suruhan Agama,
ibu bapa dan guru, kurnaikanlah kami pelajar yang rajin dan cerdas akal
Fikirannya. Harapan kami ya Allah SKTTDI1 akan menjadi sebuah sekolah yang
disegani dan mampu melahirkan generasi yang berguna kepada bangsa, agama
dan Negara.
Ya Allah ya hayyun ya qayyun.
Dengan sifat pemurah dan pengasihmu, jauhkanlah kami daripada sebarang bala dan musibah
yang merosakkan.
Tingkatkanlah tingkahlaku kami demi mengekalkan kebaikan dan nilai kemuliaan.
Iman dan amal tetap kami lakukan.
Bersatu tenaga dalam amal kebaikan.
Bantu membantu dengan rasa ikhlas dan setia kawan.
Ketika menjalankan tugas yang diamanahkan.
Ya Allah,
Satukanlah hati-hati kami ke arah kebaikan
Menjadi ibu bapa pengasih dan penyayang
Guru dan pendidik rajin, cekal dan bertanggaung jawab
Perasaan irihati dan dukacita mohon dijauhkan.
Cucurilah nikmat kesihatan dan kekuatan ketika melaksanakan kewajiban.
Dengan limpah kasih sayangMu Syurga Firdaus mohon ditempatkan.
Demi mendapat keredhaanMu wahai tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang..
Allahumma ya rahim.
Jadikanlah kesabaran dan keprihatinan sebahagian asas kehidupan.
Menjana kecemerlangan insan mohon diperkenan dengan izin kudrat iradatMu
Tuhan yang Maha Penyayang.
Mengasuh dan mendidik insan ilmuan.
Warga cemerlang Malaysia Gemilang
Dipersada dunia mampu memberi sumbangan.
Fardhu ain dan fardhu kifayah sama-sama kami laksanakan.
Dengan inayah dan iradatMu yang Maha Penyayang.
Robbana atina fiddunya hasanah………..
Aminnn….
1. Bacaan al-Fatihah2. Selawat ke atas Nabi.3. Doa dalam bahasa Arab.4. Doa dalam bahasa Melayu.
Alhamdulillahi robbil aalamin………(sambung sendiri)
Allahummmayarobbana,
Dengan kalimah Alhamdulillah ( Segala Pujian itu hanyalah untukMu Ya Allah) kami bersyukur dengan nikmat yang engkau berikan.
Dengan kalimah Subhanallah (Maha Suci buatMu Ya Allah) kami mengakui kesucian dan kesempurnaan zat dan sifatMu yang tiada tandingan.
Dengan kalimah Nauzubillah, kami memohon perlindungan daripada hasutan syaitan yang menyesatkan manusia sepanjang zaman.
Allahummayarabbana, yahannan yamannan.
Berkatilah majlis kami dengan penuh keberkatan.
Majlis jamuan tahunan smk seksyen 3
Anjuran Kelab Guru SMKS3
Semoga semuanya akan mendapat keberkatanMu ya Allah.
Ya Allah ya hayyun ya qayyun.
Dengan sifat pemurah dan pengasihmu, jauhkanlah kami daripada sebarang bala dan musibah yang memusnahkan kehidupan.
Tingkatkanlah tingkahlaku kami mengekalkan kebaikan dan nilai kemuliaan.
Iman dan amal tetap kami lakukan.
Bersatu tenaga dalam amal kebaikan.
Bantu membantu dengan rasa ikhlas dan setia kawan.
Ketika menjalankan tugas yang diamanahkan.
Perasaan irihati dan dukacita mohon dijauhkan.
Cucurilah nikmat kesihatan dan kekuatan ketika melaksanakan kewajiban.
Dengan limpah kasih sayangMu Syurga Firdaus mohon ditempatkan. Kekal buat selama-lamanya dengan nikmat tanpa batasan.
Demi mendapat keredhaanMu wahai tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang.
.Allahumma Ya Allahu ya Rahman
Dengan limpah kasih sayangMu, satukanlah perjuangan kami di bawah lambang perpaduan dan persaudaraan.
Berkasih sayang dan muafakat dalam perkara kebaikan.
Sabar dan tabah serta prihatin ketika menghadapi ujian.
Tekun dan rajin menunaikan suruhan.
Tegahan dan larangann mohon dijauhkan.
Allahumma ya rahim.
Jadikanlah kesabaran dan keprihatinan sebahagian asas kehidupan.
Pertemuan yang diadakan bisa menyatukan hubungan baik kami
Semangat ukhuwwah setia kawan dijalinkan kembali
Memperteguhkan lagi semangat juang antara kami
Demi meningkatkan lagi mutu kecemerlangan anak didik warga smks 3 yang dikasihi.
Robbana atina fiddunya hasanah………..
(anggaran masa bacaan semuanya kalau dibaca secara relax antara 4-5 minit)selamat berdoa.
Aminnn….
Ucapan terima kasih kerana diberi kepercayaan menjadi pengerusi
Jemput Pengerusi / wakil pengerusi Kelab guru.
Jemput Naib YDP PIBG – En.Mohd Fauzi b Zakaria- sampaikan salam YDP tak dapat hadir- pantun untuk NYDP.
Mudik ke hulu dengan perahuMencari sup tulang dan ikan bakarKalau semua hadirin nak tahuJamuan hari ini En. Fauzi yang sponsor.
Terima kasih daun keladiLain kali sponsor lah lagiJangan lupa budi yang diberiKerjasama PIBG mestilah dihormati.
Jemput pengetua dengan pantun.
Orang lama banyak pengalamanKesana kesini kewajipan dilaksanakanUst. Samingan ucapan tu ingat-ingatkanKami semua tak sabar nak makan
Gurau aje.
Serah kepada pihak kelab guru handle program seterusnya.