Doa Malaikat Arasy

2
 http://qulamirulhakim.blogspot.sg/2013/09/doa yangmenggetarkanarasy.html  Doa yang Menggetarkan Arasy   Assalamu'ala ikum, Doa ini hamba 'panggil' Doa Malaikat Arasy sahaja...Kena faham bahawa kita tidak bergantung harap kepada para Malaikat, tetapi kepada Allah SWT semata-mata. Hamba ambil dari arwah Mursyid, lama dahulu. Ada kisahnya di zaman RSAW (catatan seterusnya). Maklumat dari guru hamba lebih kurang sama ceritanya. Kaifiat beramal yang hamba ambil dari arwah Mursyid adalah: 1)Mendirikan solat hajat khusus. 2)Selepas salam, sujud semula. 3)Dalam sujud semula itu , baca doa2 yang afdal dan hajat dihati. 4)Akhiri dengan doa ini tiga kali sekurang2nya . 5)Bangun semula dan beri salam seperti biasa. Hamba kongsi amala n doa ini dengan pembac a kerana ia banyak manfaatnya. Dalam satu kisah, staf di pejabat hamba mengadu ibunya tidak cukup darah dan masalah- masalah lain. Hamba berikan doa ini kepada ibu kepada staf di Jabatan hamba itu dan minta beliau amalkam. Maksudnya baca dalam doa selepas solat, baca dalam solat hajat khusus dan lain-lain. Alhamdulillah, pada suatu pagi Jumaat, staf ini menyampaikan kepada hamba bahawa ibunya bermimpi Malam Jumaat itu seorang budak kecil datang merenget untuk minum susu pada kali terakhir pada ibunya (yang tua itu). Budak kecil ini berjanji tidak akan datang lagi selepas itu. Rupa-rupanya 'budak kecil' itu Toyol belaan orang di kampung ibunya itu (sekitar Cheras). Toyol itu menjadikan ibunya yang tua itu 'sebagai tempat hisap darah'. Sebab itulah darahnya (ibu staf ini) sentiasa tidak cukup, muka pucat, kena makan macam2 ubat dan vitamin.  Alamdulilla h, selepas mimpi tersebut, ibu kepada staf ini mukanya dah merah dan tidak mengahadapi masalah kurang darah lagi. Cerita kedua adalah seorang tenaga akademik dekat bilik hamba telah 'dirasuk' oleh jin yang dihantar oleh seorang bomoh. Apabila jin ni nak rasuk, staf ini akan dengar bunyi tertentu, dan perlahan, sedikit demi sedikit tidak dapat mengawal dirinya sehingga kerasukan. Beliau akan cuba bertahan dengan banyakkan berzikir, baca ayat Kursy dan sebagaiya. Hamba tanya beliau adakah ada 'buat apa2' yang mungkin pelajarnya marah (Pelajar pasca siswazah). Beliau perasan memang ada pelajar sarjana dalam kelasnya semester sebelum ini yang tidak puas hati dengannya. Apatah lagi beliau seorang yang agak tegas dalam kuliah. Jadinya pelajar ini telah mengupah tok bomoh untuk 'kerjakan beliau'. Hamba beri doa ini dan minta beliau amalkan. Alhamdulillah, beliau sembuh dari serangan tok bomoh ini. Banyak lagi manfaatnya. Hamba sendiri banyak gunakan doa ini untuk berhadapan dengan makhluk-ma khluk ghaib, jin, syaitan dan dewa-de wi. Kalau nak berperang, letih kita melayan alam malakut, maka kita mohon pertolongan Allah jelah... Selain itu, hamba  juga amalkan doa ini untuk menghadapi ujian berkaitan pelbagai jenis sihir dan sakti, sama ada kecil ataupun bes ar. Doa yang hamba terima ini sed ikit berbeza dengan doa dalam laman sesawang di Indonesia. Kalau pembaca nak amalkan, hamba cadangkan amalkan doa yang hamba berikan di sini. Hamba berikan petikan dari laman sesawang Indonesia ini sebab nak maklumkan bahawa doa ini memang ada dalam Kitab Lama. Memandangka n ramai pembaca tak ken al hamba, dan doa ini a da dalam sirah RSAW, maka eloklah untuk pembaca amalkan dan lihat sendiri manfaatnya.

description

Doa untuk perlindungan dan perubatan dari gangguan jin dan syaitan.

Transcript of Doa Malaikat Arasy

  • http://qulamirulhakim.blogspot.sg/2013/09/doayangmenggetarkanarasy.html

    Doa yang Menggetarkan Arasy Assalamu'alaikum,

    Doa ini hamba 'panggil' Doa Malaikat Arasy sahaja...Kena faham bahawa kita tidak bergantung harap kepada para Malaikat, tetapi kepada Allah SWT semata-mata. Hamba ambil dari arwah Mursyid, lama dahulu. Ada kisahnya di zaman RSAW (catatan seterusnya). Maklumat dari guru hamba lebih kurang sama ceritanya. Kaifiat beramal yang hamba ambil dari arwah Mursyid adalah: 1)Mendirikan solat hajat khusus. 2)Selepas salam, sujud semula. 3)Dalam sujud semula itu , baca doa2 yang afdal dan hajat dihati. 4)Akhiri dengan doa ini tiga kali sekurang2nya. 5)Bangun semula dan beri salam seperti biasa. Hamba kongsi amalan doa ini dengan pembaca kerana ia banyak manfaatnya. Dalam satu kisah, staf di pejabat hamba mengadu ibunya tidak cukup darah dan masalah-masalah lain. Hamba berikan doa ini kepada ibu kepada staf di Jabatan hamba itu dan minta beliau amalkam. Maksudnya baca dalam doa selepas solat, baca dalam solat hajat khusus dan lain-lain. Alhamdulillah, pada suatu pagi Jumaat, staf ini menyampaikan kepada hamba bahawa ibunya bermimpi Malam Jumaat itu seorang budak kecil datang merenget untuk minum susu pada kali terakhir pada ibunya (yang tua itu). Budak kecil ini berjanji tidak akan datang lagi selepas itu. Rupa-rupanya 'budak kecil' itu Toyol belaan orang di kampung ibunya itu (sekitar Cheras). Toyol itu menjadikan ibunya yang tua itu 'sebagai tempat hisap darah'. Sebab itulah darahnya (ibu staf ini) sentiasa tidak cukup, muka pucat, kena makan macam2 ubat dan vitamin. Alamdulillah, selepas mimpi tersebut, ibu kepada staf ini mukanya dah merah dan tidak mengahadapi masalah kurang darah lagi. Cerita kedua adalah seorang tenaga akademik dekat bilik hamba telah 'dirasuk' oleh jin yang dihantar oleh seorang bomoh. Apabila jin ni nak rasuk, staf ini akan dengar bunyi tertentu, dan perlahan, sedikit demi sedikit tidak dapat mengawal dirinya sehingga kerasukan. Beliau akan cuba bertahan dengan banyakkan berzikir, baca ayat Kursy dan sebagaiya. Hamba tanya beliau adakah ada 'buat apa2' yang mungkin pelajarnya marah (Pelajar pasca siswazah). Beliau perasan memang ada pelajar sarjana dalam kelasnya semester sebelum ini yang tidak puas hati dengannya. Apatah lagi beliau seorang yang agak tegas dalam kuliah. Jadinya pelajar ini telah mengupah tok bomoh untuk 'kerjakan beliau'. Hamba beri doa ini dan minta beliau amalkan. Alhamdulillah, beliau sembuh dari serangan tok bomoh ini. Banyak lagi manfaatnya. Hamba sendiri banyak gunakan doa ini untuk berhadapan dengan makhluk-makhluk ghaib, jin, syaitan dan dewa-dewi. Kalau nak berperang, letih kita melayan alam malakut, maka kita mohon pertolongan Allah jelah... Selain itu, hamba juga amalkan doa ini untuk menghadapi ujian berkaitan pelbagai jenis sihir dan sakti, sama ada kecil ataupun besar. Doa yang hamba terima ini sedikit berbeza dengan doa dalam laman sesawang di Indonesia. Kalau pembaca nak amalkan, hamba cadangkan amalkan doa yang hamba berikan di sini. Hamba berikan petikan dari laman sesawang Indonesia ini sebab nak maklumkan bahawa doa ini memang ada dalam Kitab Lama. Memandangkan ramai pembaca tak kenal hamba, dan doa ini ada dalam sirah RSAW, maka eloklah untuk pembaca amalkan dan lihat sendiri manfaatnya.

  • Wassalam. *Hamba dimaklumkan oleh Tuan Abdul Hakim Abdul Rashid dalam Group Keluarga Besar Naqshabandiah Kholidiah bahawa doa ini adalah doa Zaid bin Harithah dan ada di dalam wird amalan Tarikat Darqawiah Syazaliah

    )3(

    )3(

    TERJEMAHAN

    Wahai Allah Yang Maha Pencinta (3x) Wahai Yang Memiliki Arasy Yang Maha Mulia

    Wahai Yang Maha Memulai Wahai Yang Maha Mengembalikan, Wahai Yang Maha Pelaksana Terhadap apa yang Dia Kehendaki

    Aku mohon KepadaMu Dengan Cahaya KeagunganMu yang telah memenuhi penjuru ArasyMu

    Dan aku mohon KepadaMu Dengan KetentuanMu yang telah Engkau tentukan ke atas semua CiptaanMu

    Dan aku mohon Dengan Kasih SayangMu yang telah Engkau luaskan segala sesuatu Wahai Yang Maha Hidup Wahai Yang Maha Berdiri Sendiri

    Tidak ada Tuhan selain Engkau Yang Maha Penolong kepada Yang Mencari Pertolongan tolonglah aku

    Wahai Yang Maha Penolong (3x)