Doa Menghindar Dari Jin

download Doa Menghindar Dari Jin

of 43

Transcript of Doa Menghindar Dari Jin

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    1/43

    - 1 -

    Pintu Kebenaran Yang Nyata

    Dalam Perihal

    Rasukan, Sihir dan Al-'Ain [sejenis pukau (hypnotism)]

    Pengarang:

    Dr. Abdullah bin Muhammad bin Ahmad El-Tayyar(Setiausaha Kementerian Bahagian Hal Ehwal Islam dan

    Waqaf, Dakwah dan Penerangan Bahagian Hal Ehwal Masjid Arab Saudi)

    Pengarang bersama;

    Sheikh Sami bin Salman El-Mubarak

    (Imam dan Khatib Masjid El-Ansar, Dimam Arab Saudi)

    Pembentang:

    Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz

    (Mufti Besar Kerajaan dan Menteri di Jabatan Kajian Ilmu dan Fatwa Arab Saudi)

    Penterjemah:Zulkifly Sheikh Husin El-Qahery

    ([email protected])(B. H.Sc. Bahasa Arab & Kesusasteraan, UIAM)

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    2/43

    - 2 -

    Prakata

    Syukur kepada Allah yang Maha menyembuhkan segala penyakit, Yang jua

    menjadikan setiap sesuatu dengan qudratNya, Yang mentadbir segala urusan dengan

    kehendakNya, Yang Mengubah segala kejadian, dan selawat ke atas Nabi Muhammad serta

    para sahabat dan para tabi'in.

    Sesungguhnya, alam yang wujud di sekitar kita sudahpun diketahui dengan jelasnya,

    akan tetapi ada alam lain di luar penglihatan kita yang seharusnya kita terokai (paranormal).

    Oleh itu, kewujudan alam jin yang akan kita bincangkan nanti hendaklah dikaji serta diteliti

    berdasarkan nas-nas dan kitab-kitab kajian para ulama. Akan tetapi ramai juga di antara kita

    yang tidak mempedulikan pandangan-pandangan ulama bahkan mereka hanya mengikut kata-

    kata orang. Perkara ini sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan kita. Firman

    Allah yang bermaksud:

    "Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta

    perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, Maka jin-jin itu menambah bagi

    mereka dosa dan kesalahan" (Surah Al-Jinn ayat:6)

    Dapat dikatakan manusia ini sememangnya terdedah kepada bahaya penyakit serta jarang

    didapati yang betul-betul terhindar darinya. Sebagaimana kata penyair Arab yang bermaksud:

    "Barang siapa yang hidup di dunia, maka lihatlah sejahteranya dan musibahnya"

    Sebagaimana kata-kata penyair lain yang bermaksud:

    "Lapan perkara yang sedang berjalan pada manusia, ia bertemu lapan perkara lain,

    Bahagia dengan hiba, pertemuan dengan perpisahan, mudah dengan susah,sihat dengan

    sarat"

    Akan tetapi, segala kemungkinan tidak akan terjadi melainkan dengan qudrat Allah S.W.T.

    Begitu jua dengan musibah yang melanda kita ada hikmahnya dan ganjaran dariNya.

    Sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Nabi Muhammad dalam Hadithnya yang

    bermaksud:

    "Bangganya bagi seseorang mu'min itu kerana setiap perkara yang dilakukannya

    mendapat kebaikan iaitu sekiranya diberi kegembiraan lalu dia bersyukur,maka baginya

    kebaikan, sekiranya ditimpa bencana lalu dia bersabar, maka baginya juga kebaikan"

    (Hadith riwayat Muslim)

    Bala boleh ditolak dengan izin Allah melalui:

    1- Taat kepada Allah, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Nabi yang bermaksud:"Taatlah kamu kepada Allah nescaya Allah akan memeliharamu" (Hadith riwayat

    Attirmizi)

    2- Mengenal Allah dengan penuh kerelaan dan kehambaan serta melakukan suruhan dan

    meninggalkan laranganNya, seperti yang terdapat dalam Hadith riwayat Attirmizi yang

    bermaksud:"Kenalilah Allah dalam kerelaanmu, nescaya Allah akan mengenalimu dalam

    kesusahanmu"

    3- Mendekatkan diri kepada Allah dengan bersedekah kerana ia boleh menolak bala ataumeringankannya sebagaimana yang terdapat dalam kitab Majma' Azzawa'id yang bermaksud:

    "Perbuatan baik menghapuskan yang buruk"

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    3/43

    - 3 -

    4- Menyerahkan pergantungan terhadap Allah sahaja dengan yakin bahawa segala yang baik

    dan buruk berada di tanganNya. Sehebat manapun manusia tidak mampu menepis musibah

    penyakit melainkan dengan izin Allah semata-mata. Oleh yang demikian, diwajibkan kepada

    kita mencari apa jua jalan untuk menyembuhkannya dengan syarat hendaklah ia jauh dari

    benda-benda haram. Hal ini dapat dibuktikan dengan Hadith Nabi yang bermaksud:

    "berubatlah, tapi jangan sekali-kali berubat dengan benda yang haram" (Hadith

    riwayat Imam Ahmad)

    Begitu juga dengan Hadith ini:

    "Tidak Allah turunkan penyakit itu melainkan beserta dengan ubatnya" (Hadith riwayat

    Al-Bukhari)

    Tujuan perbahasan

    1- Pada mula sebelum penulisan ini dilaksanakan, kami bersama-sama dengan SamahahMufti Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz. Pada ketika itu kami sedang rancak

    membincangkan perihal penyembuhan penyakit serta apa-apa yang berkaitan dengannya dan

    juga cara mengeluarkan saka, sihir dan juga rasukan akibat buatan orang. Oleh yang

    demikian, Samahah Mufti meminta saya menulis tetang perkara tersebut. Tentunya ia adalahsatu penghormatan yang diberikan olehnya bagi saya.

    Kemudian datang pula Sheikh Sami bin Sulaiman al-Mubarak lalu berlakulah

    perbincangan tentang bab ini. Dalam pada itu, saya menceritakan kepadanya mengenai niat

    Samahah Mufti untuk membukukan masalah ini lantas Sheikh Sami bersetuju untuk sama-

    sama menerbitkannya.

    2- Penulisan tentang bab ini amat penting memandangkan jin adalah makhluk yang

    mempunyai aqal serta hidup dan bercampur dengan kita tidak kira masa makan atau minum.Mereka juga boleh menyakiti kita dan merosakkan kehidupan kita. Oleh itu banyak terdapat

    nas-nas yang membicarakan mengenai mereka sehinggakan di dalam Al-Quran sendiri ada

    satu surah khas yang menceritakan perihal mereka. Maka buku ini didatangkan khas dengan

    dalil-dalil dan pandangan-pandangan yang disepakati serta menolak khabar yang salah dari

    orang-orang terdahulu.

    3- Sesungguhnya mengetahui tipu helah syaitan dan sekutu-sekutunya dapat membantu kita

    untuk sentiasa berjaga-jaga dengan bahaya dan kemudharatan daripada mereka. Oleh itu,

    berpeganglah kepada perisai kekuatan iaitu taqwa kepada Allah, berlindung denganNya,mentaati suruhanNya dan meninggalkan laranganNya serta sentiasa bersama-sama dengan

    zikir-zikir dan wirid-wirid yang berasaskan kepada syara'.

    4- Banyak sekali kitab yang berkaitan dengan bab ini, akan tetapi ia tidak menumpukan

    kepada sudut pengaplikasian untuk mengubat bahkan lebih kepada mengenalpasti penyakit

    serta mencadangkan kaedah mengubatinya. Ini berberbeza dengan apa yang kami bawakan,

    memandangkan kami menyatakan cara perubatan yang benar-benar menampakkankeberkesanannya.

    5- Banyak aduan mengenai penyakit psikologi, gila, sihir dan santau serta apa yang datang

    darinya yang mengancam pesakit serta ahli keluarganya.

    6- Keperluan manusia kepada memperkasakan keimanan terhadap Allah dan mendekatkan

    diri kepadaNya. Segala-galanya hendaklah berpaksikan kepada Allah dari segi pergantungan,meminta pertolongan untuk menyembuhkan penyakit dan sebagainya. Firman Allah yang

    bermaksud:

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    4/43

    - 4 -

    "Dan apabila aku sakit, dialah yang menyembuhkan aku" (Surah Assyu'araa' ayat 80)

    Hatta walaupun seseorang itu tidak menjumpai ubat untuk menyembuhkan penyakitnya

    hendaklah dia bersabar kerana itu Allah menambahkan pahala baginya.

    7- Lahirnya ahli-ahli sihir dan penilik-penilik nasib pada hari ini menyebabkan masyarakatsentiasa bergantung kepada mereka yang kononnya mereka dapat memberi peringatan tentang

    bahaya yang akan berlaku pada masa hadapan dan membuka segala rahsia mereka.Akan

    tetapi segala kepakaran mereka yang dianggap hebat itu hanyalah kejahatan serta penipuan

    yang meragukan.

    8- Untuk menerangkan kaedah perubatan berdasarkan syara' dan memberikan nasihat-nasihat

    berkenaan masalah ini kepada masyarakat.

    Tidak dilupakan kepada Samahah Mufti Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz

    atas sumbangan beliau dalam menerbitkan buku ini, begitu juga kepada insan-insan yang

    banyak menghulurkan bantuan. Kami juga ingin memohon maaf di atas segala kekurangan

    dalam penerbitan ini memandangkan yang sempurna itu hanyalah pada Allah dan yangma'sum itu hanyalah pada Rasul. Firman Allah yang bermaksud:

    "Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? kalau kiranya Al Quran itu bukan

    dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya" (SurahAnnisa' ayat 82)

    Kami juga sekali lagi memohon maaf di atas segala ketidaksempurnaan di dalam

    buku ini memandangkan kami sudah pun berusaha sedaya yang mungkin serta kepada Allah

    kami memohon taufiq dari awal hingga ke akhirnya. Kami mengharapkan agar buku kecil ini

    dapat memberikan input yang bermanfaat kepda para pembaca. Akhir sekali selawat dan

    salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. serta para Sahabat. Sekian.

    Pengarang

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    5/43

    - 5 -

    Pendahuluan.

    Tiga asas yang utama: Beriman dengan perkara-perkara ghaib, berserah kepada Qadha Allah,

    dan sabar di atas ketentuanNya.

    Akan tetapi ada yang bertanya: Apakah hubungan Iman dengan perkara ghaib, berserah

    kepada Qadha Allah dan sabar dengan bab yang dibincangkan ini?Jawapannya adalah: Tiga asas utama itu adalah tunjang kepada keselamatan manusia dalam

    apa saja perkara.

    Beriman dengan perkara ghaib termasuk dalam rukun Iman, ia yang menjadikan seseorang

    muslim itu selamat daripada semua perkara. Maka sekiranya dia mengingkari perkara ghaib,

    maka dia juga telah mengingkari rukun Iman yang enam. Seseorang muslim itu akan selamat

    sekiranya dia berpegang kepada rukun ini. Ketahuilah bahawa segala yang terjadi samada

    yang baik atau buruk adalah daripada Allah dan hendaklah kita tidak bersedih di atasnya.

    Demikian juga sifat sabar di atas ketentuanNya menjadi satu jalan penyelesaian kepada

    masalah hati. Memandangkan manusia sering terdedah kepada sihir, santau, penyakit

    psikologi, maka banyak cara digunakan untuk menyembuhkannya walaupun ada yang tidak

    berjaya. Oleh itu, sabar menjadi tunjang dalam perkara ini.

    Asas pertama: Beriman dengan perkara-perkara ghaib.

    Asas aqidah Islamiah yang suci adalah beriman dengan perkara ghaib memandangkan ia

    adalah tiang utama dalam jiwa mu'min bahkan ia adalah sifat orang yang bertaqwa.Sebagaimana frman Allah yang bermaksud:

    "Alif laam miim. Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi

    mereka yang bertaqwa. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan

    shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepada mereka". (Surah

    Al-Baqarah 1-3)

    Maka wajib ke atas muslim menerima dan beriman kepada perkara-perkara ghaib yangdisebut di dalam Al-Quran dan Hadith-Hadith secara total samada memahaminya atau tidak

    mahupun pernah melihatnya atau tidak. Firman Allah yang bermaksud:

    "Barangsiapa yang memberikan syafa'at yang baik, niscaya ia akan memperoleh

    bahagian (pahala) dari padanya. dan barangsiapa memberi syafa'at yang buruk, niscaya ia

    akan memikul bahagian (dosa) dari padanya. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (SurahAnnisa' ayat 65)

    Begitulah manhaj para Sahabat yang sentiasa menerima perkara-perkara ghaib secarakeseluruhan daripada apa yang diceritakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Antara perkara

    ghaib yang diceritakan oleh Nabi ialah mengenai Malaikat yang juga termasuk dalam rukun

    Iman yang enam. Maka alam Malaikat adalah salah satu contoh alam ghaib secara amnya.Haruskah seseorang itu mengingkari alam ini walaupun tidak pernah melihatnya atau terlintas

    di fikirannya?

    Akan tetapi wujudnya manhaj empirikal (manhaj logik akal) yang mengingkari kewujudanmakhluk seperti Malaikat dan jin. Malangnya manhaj ini tidak mempunyai hujjah yang kuat

    bagi menyokong saintis-saintisnya bahkan mereka tidak pernah berjaya melihatnya melalui

    mikroskop-mikroskop mereka mahupun tabung-tabung uji mereka. Sedangkan mereka

    mampu memperkatakan tentang kewujudan graviti, magnetisme dan lain-lain yang juga

    merupakan sesuatu yang tidak dapat dirasai melalui deria kita.

    Asas kedua: Beriman dengan qadha' dan qadar serta baik buruknya.

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    6/43

    - 6 -

    Asas ini adalah salah satu daripada rukun Iman yang enam yang tidak mungkin diabaikan

    oleh mana-mana muslim.

    Maka wajib ke atas muslim menerimanya samada yang baik atau yang buruk. Seseorang

    muslim itu mestilah meyakini bahawa apa yang menimpanya bukan untuk menyalahkannya,

    mahupun menyusahkannya, akan tetapi ada rahsia yang tersimpan dalam qadha' dan qadar

    Allah. Firman Allah yang bermaksud:

    "Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (Tidak pula) pada dirimu sendiri

    melainkan Telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya.

    Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah" (Surah Al-Hadid ayat 22)

    Dan sabda Nabi yang bermaksud:

    "Ketahuilah bahawa sekiranya keseluruhan umat bersatu untuk membantumu dengan

    sesuatu, tidak akan berjaya melainkan dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah, begitu

    jua sekiranya mereka bersatu untuk mengkhianatimu dengan sesuatu, tidak juga berjaya

    melainkan dengan apa yang telah ditentukanNya. Telahpun terangkat qalam dan keringnya

    suhuf (sudah tetap dan tidak berlaku perubahan pada luh mahfuz)" (Hadith riwayat Attirmizi)

    Asas ketiga: Sabar di atas ketentuan Allah.

    Firman Allah:

    "Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,

    kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada

    orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka

    mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (Surah Al-Baqarah ayat 155-156)

    Berkata Ummu Salmah R.A, aku mendengar Rasulullah berkata: Barangsiapa yang menimpa

    musibah maka dia berkata apa yang disuruh Allah iaitu "daripada Allah kita datang dankepada Allah kita kembali, ya Allah berikanlah ganjaran kepada kami di atas musibah yang

    melanda kami dan tinggalkanlah kami kebaikan darinya" lalu Allah memberi ganjaran itu

    dan kebaikan darinya. (Hadith riwayat Muslim)

    Sudah adat kehidupan mesti dipenuhi dengan keresahan, kesusahan, penderitaan dan musibah

    seolah-olah ketawa hanya satu hari dan menangis pada hari-hari yang lain.

    Oleh yang demikian, hendaklah bagi muslim itu menyerahkan segala keresahan, penderitaan

    dan musibah kepada kesabaran sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud:

    "Dan jika kamu memberikan balasan, Maka balaslah dengan balasan yang sama

    dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu akan tetapi jika kamu bersabar, SesungguhnyaItulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar" (Surah Al-Nahl ayat 126)

    Kesabaran adalah separuh daripada Iman sebagaimana kepala dengan jasad.

    Daripada Abu Yahya Suhaib R.A. telah berkata Rasulullah S.A.W. "Hebatnya setiap perkara

    yang dilakukan oleh seseorang mu'min, bahawa setiap perkara mendapat kebaikan. Sekiranya

    mendapat kegembiraan lalu bersyukur, maka baginya satu kebaikan, dan sekiranya ditimpa

    musibah lalu bersabar, maka baginya satu kebaikan"

    Jin dan hakikatnya serta penerangan.

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    7/43

    - 7 -

    Alam jin adalah suatu alam yang lain daripada alam manusia dan malaikat. Antara jin dan

    manusia terdapat kuasa yang sama dari segi sifat kehendak (kehendak untuk memilih

    kebaikan atau keburukan), aqal dan taklif ibadat kepada Allah sebagaimana firmanNya yang

    bermaksud:

    "Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepada ku"

    Pada asalnya, jin adalah dari golongan "ruh" (jisim yang tidak dapat dilihat) yang

    beraqal serta berhajat kepada taklif sebagai mana taklif manusia. Ia makhluk yang tidak dapat

    dirasa dengan deria, tidak juga dapat dilihat bentuk mereka yang sebenar. Bentuk mereka

    boleh berubah-rubah, begitu juga mereka makan, minum dan berkahwin. Mereka juga akan

    dihisab di akhirat kelak.

    Menurut Imam Syaukani: "Mereka (jin) adalah jisim-jisim yang beraqal serta tidak

    dapat dilihat, diciptakan dari api udara"

    Maka tidak mungkin dilihat bentuk mereka secara kasar. Allah berfirman yang

    bermaksud:

    "Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana iaTelah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya

    pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan

    pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka.

    Sesungguhnya kami Telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-

    orang yang tidak beriman" (Surah Al-A'raf ayat 27)

    Jin adalah makhluk yang kurang qudratnya serta lebih rendah martabatnya daripada manusia.

    Sheikh Abu Bakr Al-Jazairiy telah berkata: Sesungguhnya jin walau setinggi mana pun

    keimanan tetap martabat mereka rendah daripada manusia sebagaimana yang telah ditetapkan

    oleh Allah. Firman Allah yang bermaksud:

    "Sesungguhnya kami telah memuliakan bani Adam serta kami bawa mereka di daratan

    dan lautan dan kami kurniakan rezeki dari segala yang baik dan kami lebihkan mereka

    daripada apa yang kami ciptakan dengan semulia-mulia kelebihan". Tidak terdapat mana-

    mana nas dari Al-Quran atau Sunnah yang melebih-lebihkan Jin. Oleh itu, manusia adalah

    semulia-mulia makhluk dari segi kekuatan berbanding Jin. Adalah tidak patut bagi manusia

    meminta pertolongan daripada kaum Jin memandangkan Jin adalah makhluk yang lemah padahakikatnya. Sekiranya manusia meminta pertolongan daripada mereka, nescaya mereka

    merasakan yang mereka lebih hebat dan kuat daripada manusia. Allah berfirman yang

    bermaksud:"Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta

    perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, Maka jin-jin itu menambah bagi

    mereka dosa dan kesalahan" (Surah Al-Jinn ayat:6)

    Boleh dibuktikan juga apabila manusia bertawassul atau menyeru dengan nama-nama

    penghulu-penghulu Jin, mereka dengan rasa hina mengikut arahan manusia sekiranya

    manusia itu benar-benar beriman dengan Allah. Adapun manusia tanpa Iman, Jin yang solehadalah lebih baik darinya. Begitu juga dengan orang-orang kafir, bahkan lebih hina dari segi

    kekuatan daripada binatang ternakan. Allah berfirman yang bermaksud:

    "Sesungguhnya tidaklah mereka melainkan seperti binatang-binatang ternakan bahkan

    lebih sesat hala tujunya" (Surah Al-Furqan ayat 44)

    Sebab dinamakan dengan "jin".

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    8/43

    - 8 -

    Di namakan "jin" kerana kalimah jin bermaksud 'sembunyi' atau 'terlindung', iaitu

    terlindung dari penglihatan. Jin boleh melihat manusia akan tetapi manusia tidak mampu

    melihat mereka. Allah berfirman yang bermaksud:

    "Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang

    kamu tidak boleh melihat mereka" (Surah Al-A'raf ayat 27)

    Maksudnya manusia tidak mampu melihat Jin dalam bentuk yang sebenar, tetapi mungkin

    boleh dilihat dalam bentuk jelmaan yang lain seperti muncul dalam bentuk haiwan.

    Bila Diciptakan Jin.

    Jin diciptakan sebelum adanya manusia sebagaimana firman Allah:

    "Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering

    (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan kami Telah menciptakan jin

    sebelum (Adam) dari api yang sangat panas" (Surah Al-Hijr ayat 26-27)

    Asal Penciptaan Jin.

    Diciptakan Jin itu daripada api sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

    "Dan kami Telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas" (Surah

    Al-Hijr ayat 27)

    "Dan dia menciptakan jin dari nyala api" (Surah Arrahman ayat 15)

    Sabda Rasulullah S.A.W "Diciptakan Malaikat daripada cahaya, dan dicipatakan Jin daripada

    hujung api, dan diciptakan Adam itu sebagaimana yang disifatkan kepadamu"

    Golongan-golongan Jin.

    Telah tetap di dalam Hadith, berkata Rasulullah yang bermaksud:

    "Jin itu terbahagi kepada tiga golongan; golongan yang terbang di udara, golongan

    berupa ular dan anjing, dan golongan yang diam dan bergerak"

    Sekiranya disebut Jin secara umum dipanggil Jinniy )( , sekiranya yang bersama manusiadipanggil A'mir )( , sekiranya yang biasa menyerang kanak-kanak dipanggil Arwah

    )( , sekiranya yang membahayakan dipanggil Syaitan )( , sekiranya yang lebihberbahaya dipanggil Marid )( , sekiranya yang berkuasa mengangkat batu-batu serta kejamdipanggil Ifrit )( .

    Ibnu Taymiyyah berkata: "Jin boleh berupa manusia dan binatang, seperti ular, kala jengking,

    unta, lembu, kambing, kuda, keldai, dan burung"

    Dan beliau berkata lagi: "Jin boleh berupa dalam banyak bentuk; anjing hitam dan kucing

    hitam kerana hitam adalah lambang kekuatan kesyaitanan dan kepanasan"

    Adakah Jin Ditaklif Untuk Mengikut Syariat Islam?.

    Islam adalah agama untuk semua dan berkekalan sampai bila-bila. Begitu juga ia adalah

    risalah untuk manusia dan jin. Oleh itu, jin juga ditaklif sebagaimana manusia. Mereka ada

    yang mu'min dan ada yang fasiq. Allah berfirman yang bermaksud:

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    9/43

    - 9 -

    "Dan Sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang saleh dan di antara kami

    ada (pula) yang tidak demikian halnya. adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza"

    (Surah Al-Jin ayat 11)

    "Inilah neraka Jahannam yang didustakan oleh orang-orang berdosa. Mereka

    berkeliling di antaranya dan di antara air mendidih yang memuncak panasnya" (SurahArrahman ayat 43 44)

    Rasulullah telah berpesan kepada kaum jin dan memberi amaran kepada mereka. Hal ini

    terdapat dalam firman Allah yang bermaksud:

    "Dan (Ingatlah) ketika kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan

    Al Quran, Maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata: "Diamlah

    kamu (untuk mendengarkannya)". ketika pembacaan Telah selesai mereka kembali kepada

    kaumnya (untuk) memberi peringatan" (Surah Al-Ahqaf ayat 29)

    Bahkan tujuan utama penciptaan jin dan manusia adalah untuk beribadat kepadaNya.

    "Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku" (Surah Azzariyat

    ayat 56)

    Oleh yang demikian, dapat diketahui bahawa jin yang mu'min akan dimasukkan ke dalamsyurga dan yang kafir akan dimasukkan ke dalam neraka sebagaimana Allah berfirman yang

    bermaksud:

    "Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga (syurga bagi

    manusia dan syurga bagi jin)" (Surah Arrahman ayat 46)

    Telah terbukti dari ayat di atas yang menunjukkan jin ada yang mu'min dan ada yang kafir.

    Adakah kebarangkalian Perkahwinan antara Jin dan Manusia?.

    Ini adalah suatu permasalahan yang agak rumit. Terdapat banyak pendapat ulama tentang

    wujudnya perkahwinan antara jin dan manusia. Ada juga ulama yang mengatakan tidak

    mungkin. Perkara ini jarang berlaku dan sekiranya berlaku pun secara tidak disengajakan.

    Sekiranya Islam mengharuskan perkahwinan antara jin dan manusia, nescaya akan berlakunyaketidakstabilan dan kemusnahan yang lebih bahaya lagi. Begitu juga dengan terputusnya bab

    sadd zara'i ) ( dan bab keburukan dan fitnah.

    Ibnu Taymiyyah berkata lagi: "Boleh terjadi perkahwinan antara jin dan manusia, antara

    keduanya boleh melahirkan anak, hal ini sudah diketahui ramai. Ramai ulama yang bercakap

    mengenainya dan mereka tidak bersetuju dengan perkahwinan antara jin dan manusia"

    Ketetapan Kewujudan Jin.

    Sebagaimana yang telah diberitahu dalam bab-bab yang lalu, beriman dengan perkara ghaibadalah suatu yang wajib kerana ia telah jelas dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadith. Di sini

    beberapa dalil yang menunjukkan kepada perkara tersebut:

    Dalil dari Al-Quran:

    1- "Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul darigolongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayatKu dan memberi

    peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? mereka berkata:

    "Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri", kehidupan dunia Telah menipu mereka,

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    10/43

    - 10 -

    dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahwa mereka adalah orang-

    orang yang kafir" (Surah Al-An'am ayat 130)

    2- "Dan kami Telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas"(Surah Al-Hijr ayat 27)

    3- "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikepada-Ku" (Surah Azzariayat ayat 56)

    4- "Hai jama'ah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjurulangit dan bumi, Maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali dengan

    kekuatan" (Surah Arrahman ayat 33)

    5- "Katakanlah (hai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadamu bahwasanya: Telahmendengarkan sekumpulan jin (akan Al Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya

    kami Telah mendengarkan Al Quran yang menakjubkan" (Surah Al-Jin ayat 1)

    Demikianlah ayat-ayat yang menceritakan perihal jin. Adapun Al-Quran tidak pernah

    menceritakan sesuatu yang mustahil kewujudannya.

    Dalil dari Hadith:

    Sabda Rasulullah S.A.W "Diciptakan Malaikat daripada cahaya, dan dicipatakan Jin daripadahujung api, dan diciptakan Adam itu sebagaimana yang disifatkan kepadamu"

    Dalil dari aqal:

    Sesungguhnya aqal tidak menolak wujudnya alam ghaib kerana terdapat banyak benda yang

    wujud di dalam dunia tidak mampu untuk dilihat dengan mata kasar akan tetapi boleh dirasa

    kehadirannya. Tidak semestinya benda yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar adalah

    sesuatu yang tidak wujud.

    Muhammad Rashid Redha berkata: Sekiranya kita berpegang kepada konsep "sesuatu yang

    tidak dapat dilihat tidak mungkin kewujudannya", tidak mungkin seseorang penyelidik itu

    menjumpai benda dan tenaga yang tidak dapat dilihat dan juga tidak mungkin dijumpai

    kuman-kuman yang halus pada penyakit oleh doktor-doktor.

    Sesungguhnya kemuncak aqal manusia adalah kelemahan untuk mengetahui perkara-perkara

    ghaib, dan sesungguhnya kemuncak kejahilan adalah yang mengingkari perkara-perkara yang

    telah ditetapkan melalui ayat-ayat Allah dan keajaibannya dengan mendakwa bahawa perkaratersebut tidak boleh dicapai dengan aqal manusia. Sesungguhnya setiap yang berkaitan

    dengan alam ghaib seperti jin dan malaikat mesti diimani berdasarkan apa yang diwahyukan

    kerana dengan berpandukan aqal sahaja kita mungkin menyeleweng dalam memahamiperkara-perkara tersebut.

    Begitulah yang kita lihat tamadun barat mengagungkan tamadun kebendaan. Berapa ramai

    orang Islam sendiri menyeleweng dari aqidah mereka disebabkan mereka lari dari Al-Quran?!

    Tempat-tempat jin dan kawasan-kawasan yang sering dihuninya.

    Sesetengah mendakwa jin tinggal di perut bumi yang dalam dan mereka juga adalah penghuni

    bumi. Sebenarnya mereka tinggal di atas permukaan bumi di kawasan-kawasan berikut:

    1- Gurun-gurun, tempat-tempat pembuangan najis dan wadi-wadi dan tempatperkumpulan kaum-kaum Arab. Ini dapat dibuktikan dengan Hadith Rasulullahbagaiman beliau berjumpa dengan jin-jin di tempat-tempat tersebut dan Rasulullah

    berdakwah dan menyeru kepada mereka kepada Allah.

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    11/43

    - 11 -

    2- Tempat-tempat buangan najis, perkuburan dan tempat-tempat terdapatnya makanan.3- Bilik air. Rasulullah pernah berpesan:Apabila salah seorang daripada kamu pergi ke

    bilik air (tandas) maka hendaklah dia mengucapkan:

    4- Celahan-celahan dan lubang-lubang serta gua-gua. Seperti yang diriwayatkan olehAnnasai'. Nabi berkata jangan antara kamu kencing di lubang-lubang. Mereka

    bertanya, kenapa tidak boleh kencing di lubang-lubang? Nabi menjawab:

    sesungguhnya lubang-lubang itu adalah tempat jin.

    5- Jin juga tinggal di rumah-rumah kediaman manusia. Jenis ini dipanggil 'Amir.Diriwayatkan oleh Muslim tentang kisah seorang pemuda Ansar yang mendapati ada

    jin di rumahnya dalam bentuk ular. Nabi berkata: Di Madinah terdapat sekumpulan

    jin yang memeluk Islam dan barang siapa melihat sesuatu kelibat daripada jin ini

    (bentuk-bentuk jelmaan daripada jin) maka hendaklah memberitahunya

    (menghalaunya) sebanyak 3 kali. Sekiranya ia menjelma, maka bunuhlah kerana ia

    sebenarnya adalah syaitan.

    6- Tempat-tempat unta berehat untuk minum. Terdapat Hadith yang mana Rasulullahbersabda: Sembahyanglah kalian di tempat-tempat minum kambing/ biri-biri tetapi

    janganlah bersembahnyang di tempat-tempat minum unta.

    7- Tempat-tempat yang lama ditinggalkan.8- Kuburan-kuburan. Berkata Ibn Taimiyyah: Terdapat banyak runtuhan dan padang

    pasir dan terdapat tempat pembuangan najis seperti tandas-tandas begitu juga

    kuburan-kuburan. Ada sheikh-sheikh yang berdamping dengan syaitan keadaan

    mereka seperti syaitan dan tidak mendapat rahmat Allah. Mereka selalu berkunjung

    ke tempat-tempat tersebut. Ternyata tempat-tempat itu adalah tempat tinggal syaitan.

    9- Pasar-pasar. Sebagaimana yang kita ketahui, tempat ini berlakunya percampuranantara lelaki dan wanita serta bermacam-macam perkara yang diharamkan. Oleh yang

    demikian, Rasulullah pernah menasihati seorang sahabat supaya tidak menjadi orang

    yang pertama berkunjung ke pasar dan orang yang terakhir keluar darinya kerana iaadalah medan peperangan syaitan dan di situ jugalah mereka menaikkan bendera

    mereka.

    Waktu-waktu Jin berkeliaran.

    Menurut sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah menasihati para

    Sahabat dengan mafhumnya: Apabila tiba waktu malam atau matahari terbenam, hendaklah

    kamu jaga anak-anak kecil kamu kerana syaitan pada waktu itu berkeliaran, sekiranya telah

    menjelang malam hendaklah kamu tutup pintu-pintu dan menyebut nama Allah.

    Sesungguhnya syaitan tidak boleh membuka pintu yang tertutup, tutuplah bejana minuman

    kamu dan sebutlah nama Allah, tutuplah segala bekas serta menyebut nama Allah dan

    sekiranya perlu matikan semua lampu kamu.

    Dan ini adalah tempat-tempat dan waktu-waktu yang biasa jin berkeliaran, oleh itu kepada

    muslim supaya berlindung dengan ayat-ayat atau zikir-zikir ketika berhadapan dengan situasi

    begini.

    Pelindung

    Setiap manusia harus mencari jalan untuk perindungan dan keselamatan daripada segala

    musibah dunia dan ketidakstabilan dalam kehidupan. Tiada halangan dari segi syara'

    mahupun 'aqal dalam mencari pencegahan kerana pencegahan itu sebenarnya lebih baikdaripada mengubati. Bahkan Islam sendiri menyarankan agar umatnya menjaga 5 perkara:

    Diri, harta, maruah, agama dan 'aqal.

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    12/43

    - 12 -

    Maka wajib muslim itu mencari pencegahan yang berasaskan syara' bertunjangkan Iman dan

    amal salih. Apabila seseorang itu mengambil pencegahan tersebut, bermakna dia juga telah

    mengambil pencegahan untuk azab pada hari kiamat. Oleh yang demikian, muslim tersebut

    juga telah berjaya menyelamatkan dirinya daripada segala kejahatan dan bala dunia

    sebagaimana yang telah disebut oleh Ibnul Qayyim yang bermaksud: Tiadalah kejahatan dan

    penyakit di dalam dunia melainkan disebabkan oleh dosa-dosa dan maksiat-maksiat.

    Cara pencegahan daripada kejahatan-kejahatan dunia terbahagi kepada dua:

    1) Cara pencegahan melalui benda (material)2) Cara pencegahan melalui kaedah ketuhanan (syara')

    Apapun cara, sesuatu pengubatan itu berjaya dengan izin Allah sahaja. Akan tetapi

    masyarakat sekarang sering menyalahgunakan cara yang diajar oleh Rasulullah daripada

    zikir-zikirnya dan doa-doa.

    Cara menolak kejahatan sebelum terjadi dan selepas terjadi

    Daripada cara-cara tersebut:

    1) Merealisasikan tauhid yang suci terhadap Allah. Ia terbahagi kepada tiga bahagian:

    (a)- Tauhid Rububiyyah: Mengaku Allah sebagai tuhan serta pentadbir bagi segalaperkara. Setiap makhluk beserta langit, bumi, bintang-bintang, binatang-binatang melata,

    pokok-pokok, lautan-lautan dan segalanya tunduk dengan kekuasaan Allah.

    Sekiranya seseorang hamba telah berjaya merialisasikan tauhid ini, maka secara tidak

    langsung dia akan meminta pertolongan dan bantuan daripada Allah sahaja dalam apa saja

    musibah yang melandanya. Sebagaimana yang difirmankan:

    "Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, Maka tidak ada yang

    dapat menghilangkannya kecuali Dia. dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu,Maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. dia memberikan kebaikan itu kepada siapa

    yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah yang Maha Pengampun lagi

    Maha Penyayang" (Surah Yunus, Ayat 107)

    (b)- Tauhid Uluhiyyah: Mengaku Allah sahaja sebagai tuhan yang patut disembah

    dan tiada selainNya.

    Sekiranya seseorang hamba telah berjaya merialisasikan tauhid ini, maka secara tidaklangsung dia akan mengharap, bertawakkal, meminta pertolongan dan menyerahkan

    ketakutannya kepada Allah sahaja. Oleh yang demikian dia berjaya menjauhkan dirinya

    daripada ibadat yang selain Allah contohnya; melakukan penyembelihan untuk jin dan

    sebagainya.

    (c)- Tauhid Asma' wa Sifat: Mengaku Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan

    dan kekuatan dengan yakin serta tanpa penyelewengan atau merosakan tauhid ini. Sekiranya

    seseorang itu berjaya menguasai tauhid ini, dia akan mengharapkan kepada Allah semata-

    mata serta tunduk dan bertawassul kepadaNya dalam apa jua doa dan permintaan.

    Sebagaimana yang terjadi dalam kisah Nabi Ayub A.S. ketika beliau memohon penyembuhan

    dari Allah:

    "Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku),

    Sesungguhnya Aku Telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang

    di antara semua penyayang" (Surah Al-Anbiya, ayat 83)

    Oleh yang demikian, dengan berpegang kepada ketiga-tiga jenis tauhid tersebut dapat

    mencegah daripada segala jenis kejahatan sekeliling kita.

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    13/43

    - 13 -

    2) Pelindungan melalui Al-Quran dan Sunnah. Allah berfirman yang bermaksud:

    "Dan bahwa (yang kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah

    Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai

    beraikan kamu dari jalannya. yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa"

    (Surah Al-An'am, ayat 153)

    Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan agar mengikuti jalanNya (Al-Quran dan Sunnah)

    kerana ia adalah satu-satunya jalan yang sampai kepadaNya dalam menentukan apa jua

    kejayaan, kegembiraan, kebahagian, keamanan dunia dan akhirat. Oleh itu tidak boleh

    seseorang hamba itu mengingkari jalan ini yang demikian itu menyebabkannya terjerumus ke

    dalam kesesatan dan kecelakaan.

    3) Taqwa kepada Allah serta kembali kepadaNya. Allah berfirman yang bermaksud:

    "Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan

    keluar". (Surah Attallaq, ayat 2)

    Dengan taqwa kepada Allah, seseorang Muslim itu bebas daripada bala bencana dari segala

    kejahatan dunia. Setiap kali Muslim seseorang itu mendekatkan diri kepada Allah secara

    senyap dan terang maka Dia akan mengangkat segala bala dan kejahatan dengan izinNya.

    4) Tawakkal kepada Allah dan bergantung kepadaNya serta menyerahkan urusan kepadaNya.

    Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

    "Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan barangsiapa

    yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.

    Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah

    Telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu". (Surah Attallaq, ayat 3)

    Begitu juga apabila melihat kisah Nabi Ibrahim A.S. ketika beliau dibakar hidup-hidup.

    Beliau mengucapkan: Hanya cukup bagiku Allah dan dia adalah sebaik-baik tempat berserah.

    5) Mendekatkan diri kepada Allah beserta taubat dan menghindari maksiat dan dosa. Allah

    berfirman:

    "Dan apa saja musibah yang menimpa kamu Maka adalah disebabkan oleh

    perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-

    kesalahanmu)". (Surah Assyura, ayat 30)

    Dengan mendekatkan diri kepada Allah beserta taubat, menghindari maksiat dan dosa, dapatmenghidari daripada bala, dan kejahatan dengan izin Allah.

    6) Mentaati Allah. Seseorang yang menjaga Allah iaitu mentaati segala suruhan dan

    meninggalkan segala laranganNya nescaya Allah akan menjaganya.Terdapat satu Hadith yang bermaksud:

    "Jagalah Allah nescaya Allah akan menjaganya. Sekiranya kamu bermohon maka

    mohonlah kepada Allah. Sekiranya kamu meminta pertolongan mintalah dari Allah.

    Ketahuilah bahawa sekiranya keseluruhan umat bersatu untuk membantumu dengan sesuatu,

    tidak akan berjaya melainkan dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah, begitu jua

    sekiranya mereka bersatu untuk mengkhianatimu dengan sesuatu, tidak juga berjaya

    melainkan dengan apa yang telah ditentukanNya. Telahpun terangkat qalam dan keringnya

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    14/43

    - 14 -

    suhuf (sudah tetap dan tidak berlaku perubahan pada luh mahfuz)" (Hadith riwayat

    Attirmizi)

    7) Amal soleh sebagai ketaatan kepada Allah. Allah berfirman yang bermaksud:

    "Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuandalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang

    baik dan Sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih

    baik dari apa yang Telah mereka kerjakan". (Surah Annahl, ayat 97)

    8) Istiqamah atas agama Allah. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah yang bermaksud:

    "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" Kemudian

    mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan

    mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah

    mereka dengan jannah yang Telah dijanjikan Allah kepadamu". Kamilah pelindung-

    pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang

    kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan(bagimu) dari Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Fussilat, ayat 30-

    32)

    9) Menjaga solat terutamanya solat Subuh. Allah berfirman yang bermaksud:

    "Peliharalah semua salat(mu), dan (peliharalah) salat wusta. Berdirilah untuk Allah

    (dalam salatmu) dengan khusyu'. (Surah Al-Baqarah, ayat 238)

    Daripada Jundub bin Sufian R.A., Rasulullah telah berkata bahawasanya sesiapa solat subuh

    maka dia berada dalam penjagaan Allah.

    10) Mengeluarkan sedekah dan membuat yang ma'aruf serta menunaikan hajat manusia.Sebagaimana yang diceritakan oleh Rasulullah dengan mafhumnya: Sesungguhnya sedekah

    itu menghapuskan kemarahan Allah dan menolak kejahatan.

    Oleh yang demikian, sedarilah bahawa dengan bersedekah dapat mengurangkankejahatan serta menghapuskannya. Namun begitu, seseorang Muslim itu mesti ikhlas dalam

    bersedekah kerana ia meninggalkan kesan yang besar bagi mengubat penyakit dan meleraikan

    segala kesulitan sebagaimana yang terdapat dalam sebuah Hadith yang bermaksud:

    "Ubatilah orang-orang yang sakit antara kamu dengan bersedekah"

    Oleh itu, bersedakah dan membuat amal kebaikan dikira penyembuh dalaman yang

    memberikan kita kesenangan dan kemenangan daripada segala musibah sebagaimana firmanAllah yang bermaksud:

    "Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu

    dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan". (Surah Al-Hajj, ayat 77)

    11) Membersihkan rumah daripada gambar-gambar dan patung-patung. Hal ini pentingkerana Malaikat tidak akan memasuki rumah yang menyimpan gambar atau patung. Maka

    rumah yang tidak dimasuki Malaikat mudahlah syaitan-syaitan untuk menghuni rumah

    tersebut. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

    "Tidak akan masuk Malaikat dalam sesebuah rumah yang di dalamnya tersimpan

    patung-patung dan gambar-gambar"

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    15/43

    - 15 -

    12) Membiasakan amalan membaca Al-Quran, ayat-ayat tertentu serta zikir-zikir dan wirid-

    wirid. Amalan-amalan ini memberikan kesan yang besar dalam menolak segala kejahatan

    dengan izin Allah. Sebagai contoh dalam kisah Nabi Yunus ketika ditelan oleh ikan paus,

    Allah berfirman yang bermaksud:

    "Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat

    Allah. Nescaya dia akan tetap tinggal dalam perut ikan itu sampai hari kebangkitan".(Surah

    Assaffaat, ayat 143-144)

    Ibnul Qayyim berkata, di dalam zikir tertentu yang mempunyai 100 faedah, antara faedahnya

    ialah dapat menghalau syaitan serta menahannya dan menghapuskannya.

    Allah S.W.T. telah menurunkan Al-Quran dengan pelbagai surah dan ayat yang terkandung

    segala pelindung daripada syaitan dan kejahatan-kejahatan dunia.

    Beberapa surah dan ayat Al-Quran serta zikir-zikir untuk menghalau syaitan.

    1) Surah Al-Baqarah. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. daripada

    Rasulullah berkata:

    "Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti kubur-kuburan sesungguhnya syaitan

    membenci rumah yang dibaca di dalamnya Surah Al-Baqarah" (Hadith riwayat Muslim)

    2) Kelebihan membaca ayat Kursi sebelum tidur. Dalam satu Hadith yang diriwayatkan oleh

    Abu Hurairah:

    "Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah ayat kursi nescaya Allah akan bersamamu

    sebagai penjaga dan syaitan tidak akan mendakatimu sehingga terbit subuh"

    3) Membaca dua ayat akhir dari Surah Al-Baqarah menyelamatkan dari kejahatan yang

    membahayakan. Dalam suatu Hadith yang bermaksud:

    "Dua ayat akhir dari Surah Al-Baqarah; barangsiapa membacanya pada waktu malam

    akan menyelamatkannya dari kejahatan yang membahayakannya"

    4) Membaca dua M'uzatain dan Qul huwallahu ahad (Surah Al-Ikhlas) menyelamatkan dari

    kejahatan yang membahayakan. Rasulullah berkata dalam sebuah Hadith yang bermaksud:

    "Bacalah Qul huwallahu ahad, dan ma'uzatain ketika kamu berada pada waktu petang,

    malam dan paginya sebanyak tiga kali akan menyelamatkan kamu daripada segala bahaya"

    Samahah Mufti Sheikh Abdul Aziz bin Baaz berkata: dan bacalah tiga surah tersebutsebanyak tiga kali pada awal pagi selepas solat subuh dan malamnya selepas solat maghrib.

    5) Bacaan ketika awal pagi dan lewat petang.

    (( ((sebanyak 3 kali.

    6) Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan. Berkata Abu Dawud bahawasanya

    Rasulullah ada menyebut:

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    16/43

    - 16 -

    "Jangan diucapkan kepada syaitan itu 'celakalah kamu wahai syaitan' kerana apabila

    kamu berkata demikian, syaitan itu akan membesar sehinggakan sebesar rumah akan tetapi

    ucaplah kalimah 'bismillah' yang demikian itu syaitan tersebut akan menjadi kecil

    sehinggakan sebesar lalat"

    Banyak kes rasukan yang kami dapati, antaranya ialah mereka yang membuat pekerjaan tanpamengucap kalimah 'Bismillah' (menyebut nama Allah) contoh dalam perbuatan yang paling

    remeh iaitu membaling batu. Apabil seorang pesakit ditanya setelah sembuh dari rasukan, dia

    menjawab 'ketika saya membaling batu, saya tidak menyebut nama Allah'. Oleh yang

    demikian, kita hendaklah menyebut nama Allah dalam apa saja perbuatan contohnya ketika

    membaling sampah, ucaplah 'Bismillah..'.

    Langkah-langkah khas untuk berlindung dari Jin dan syaitan.

    1) Berlindung dengan Allah dari syaitan )). Allah ))berfirman yang bermaksud:

    "Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, Maka mohonlah

    perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha mendengar lagi Maha

    Mengetahui".(Surah Fussilat, ayat 36)

    2) Berlindung dengan kalimah-kalimah Allah dari kejahatan makhluk setiap kali masuk

    tempat kediaman. Rasulullah berkata yang bermaksud:

    "Barangsiapa yang memasuki tempat kediamannya kemudian mengucapkan

    " "nescaya tidak akan diancam oleh apa jua kejahatan atau bahaya sehinggalah dia keluar"

    Samahah Mufti Sheikh Abdul Aziz bin Baaz berkata:pada waktu malam dan siang serta

    pada ketika memasuki tempat kediaman samada bangunan-bangunan atau padang pasir

    atau di udara atau lautan.

    Sebagaimana yang diketahui, jin sering tinggal di padang-padang pasir kering, jalan-jalan

    laluan ke bukit. Oleh yang demikian, seseorang Muslim itu haruslah mengambil langkah

    pelindungan dengan bacaaan-bacaan ini.

    3) Berlindung dengan kalimah-kalimah Allah apabila berada dalam ketakutan. Abu Dawud

    dan Attirmizi dan Ibnussani meriwayatkan daripada Amru bin Syu'aib daripada

    bapanya dari datuknya bahawasa Rasulullah S.A.W. mengajar bacaan ketika

    takut:

    " "

    Allah berfirman yang bermaksud:

    "Dan Katakanlah: "Ya Tuhanku Aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan

    syaitan ".(Surah Al-Mu'minun, ayat 97)

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    17/43

    - 17 -

    Apabila manusia berada dalam keadaan ketakutan, jiwa dan hatinya akan menjadi lemah

    demikian itu memudahkan syaitan menguasainya. Oleh itu disuruh supaya membaca doa

    ini bagi memohon pelindungan dengan Allah dari kehadiran syaitan pada saat ketakutan

    tersebut.

    4) Bacaan (( .)). Dibaca 100 kali sehari

    5) Bacaan untuk menghalau syaitan ketika masuk rumah (menyebut nama Allah). Rasulullah

    bersabda dalam Hadithnya:

    "Apabila masuk seseorang itu akan rumahnya maka dia menyebut nama Allah ketika

    masuk dan ketika makan, maka berkata syaitan: Tiada bagi kita rumah dan makanan.

    Apabila seseorang itu memasuki rumahnya tanpa menyebut nama Allah, maka berkata

    syaitan: Kita telah ada rumah. Begitu juga sekiranya dia tidak menyebut nama Allah

    ketika makan maka syaitan berkata: Kita telah ada rumah dan makanan!"

    6) Bacaan untuk menghalau syaitan ketika keluar rumah. Rasulullah bersabda dalam

    Hadithnya:

    "Barangsiapa ketika keluar dari rumahnya berkata

    (( ))maka dia telah terselamat dan diberi hidayah serta dijauhkan dari syaitan"

    7) Bacaan untuk menghalau syaitan ketika berjima'. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

    "Sekiranya seseorang antara kamu yang ingin mendatangi isterinya, hendaklah dia

    mengucapkan (( )) , makayang demikian sekiranya pasangan itu mampu menghasilkan zuriat, syaitan tidak akanmemudharatkan zuriat tersebut"

    8) Doa ketika masuk tandas. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim:

    "Rasulullah apabila masuk ke dalam tandas baginda berkata

    .(( ))

    9) Larangan kencing di lubang-lubang atau tempat-tempat rekahan. Rasulullah berkata:

    "Jangan antara kamu yang kencing di celah-celah rekahan (lubang)"

    Ini kerana tempat-tempat seperti itu adalah kawasan para jin.

    10) Bacaan untuk menghalau syaitan ketika marah. Rasulullah mengajar mengucapkan

    kalimah (( )) ketika marah.

    Al-Mass (Gangguan jin)

    Pengertian Al-Mass (Gangguan jin).Gangguan jin terhadap manusia dari luar atau dalam tubuh atau kedua-duanya sekali, ialebih ringan dari Assar'u (rasukan).

    Jenis-jenis Al-Mass

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    18/43

    - 18 -

    1) Al-mass secara keseluruhan: Rasukan dan gangguan jin (menguasai) seluruh tubuh,

    maka terjadinya kekejangan saraf.

    2) Al-mass yang sebahagian: Gangguan jin terhadap anggota-anggota tertentu seperti

    bahagian badan sahaja atau kaki sahaja atau juga lidah.

    3) Al-mass yang berterusan: Gangguan jin terhadap jasad seseorang dalam masa yang

    lama.

    4) Al-mass yang berkeliaran: Gangguan jin dalam tempoh yang pendek seperti gangguan

    semasa tidur (ditindih oleh jin).

    Tanda-tanda terkena al-mass.

    Bagi yang telah terkena al-mass ini, ada tanda-tandanya:

    1) Tanda apabila dibacakan azan ke telinga pesakit.

    Apabila dibacakan azan atau apa-apa bacaan ke telinga si pesakit, biasanya dia akan teruspengsan dan tidak sedarkan diri. Akan tetapi tidak semua kes si pesakit akan pengsan.

    Kadang-kadang si pesakit akan kekejangan dan kadang kala pula tidak. Kadang kala si

    pesakit akan meraung ketika jatuh pengsan dan ada kalanya tidak dengan hanya matanya

    memandang ke atas, atau ke kanan ataupun ke kiri.

    2) Tanda-tanda ketika pesakit dalam keadaan sedar.

    Hendaklah diketahui bahawa tidak semua pesakit yang mempunyai tanda al-mass ketika

    sedar. Ia kadang kala berkaitan dengan penyakit-penyakit lain seperti psikologi, urat saraf

    dan sebagainya. Akan tetapi tanda-tanda yang biasa adalah:

    - Insomnia (penyakit tidak boleh tidur) dan selalu merasa bimbang atau murung.- Sering kali berseorangan- Sakit kepala yang teruk- Malas yang melampau dan sering hilang tumpuan- Seolah-olah kelihatan dirasuk dan kekejangan- Tidak mementingkan kebersihan

    3) Tanda-tanda ketika pesakit dalam keadaan tidur.

    Begitu juga dengan tanda-tanda ini, tidak semestinya pesakit yang mempunyai tanda-

    tanda ini dikira terkena al-mass. Kebiasaannya pesakit yang telah terkena al-mass

    mempunyai tanda-tanda berikut.- Gangguan semasa tidur (ditindih oleh jin)- Mimpi yang menakutkan seperti melihat kucing hitam atau melihat hantu dan

    sebagainya.- Ketawa yang kuat atau menangis atau juga berteriak semasa tidur.

    Keadaan-keadaan apabila jin telah memasuki tubuh manusia.

    1) Apabila seseorang itu dalam keadaan marah yang amat dasyat, bermakna dia telahdimasuki jin.

    2) Ketakutan yang keterlaluan.3) Kegembiraan yang keterlaluan.4) Lupa segala-galanya.5) Tenggelam dalam syahwat.

    Assar'u (rasukan).

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    19/43

    - 19 -

    Pengertian Assar'u:Penyakit yang menghalang anggota psikologi (otak dan saraf) dari berfungsi serta tidak

    merasa apa-apa seolah-olah kaku (kerana telah dirasuk). Ibnu Hajar berkata, penyakit ini akan

    menyebabkan tersekatnya angin di dalam tubuh sehingga si pesakit tidak sedarkan diri.

    Si pesakit akan kelu dan kaku serta hilang tumpuan, seolah-olah otaknya dikawal olehsesuatu yang lain. Si pesakit juga tidak sedar apa yang dilakukannya contohnya, si pesakit

    akan berjalan terhuyung hayang kerana otaknya seolah-olah tidak boleh mengawal

    pergerakannya. Begitu juga dengan perasaannya yang sudah hilang dan deria-derianya tidak

    lagi berfungsi pada ketika itu.

    Jenis-jenis Assar'u.1) Assar'u disebabkan jin.2) Assar'u disebabkan penyakit.Buku ini akan menumpukan kepada jenis yang pertama, iaitu Assar'u disebabkan oleh jin.

    Masalah Assar'u ini terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah serta ijma' dan kata-kata ulama.

    Sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud:

    "Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti

    berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila" (Surah Al-

    Baqarah, ayat 275).

    Begitu juga dalam Hadith Nabi yang diceritakan oleh 'Ata bin Abu Rabb'ah: Telah

    berkata Ibnu 'Abbas: Tidakkah kamu melihat seorang wanita dari ahli syurga? Lalu aku

    menjawab, ya. Beliau berkata lagi: Inilah perempuan berkulit hitam yang telah datang kepada

    Nabi dan berkata: Sesungguhnya aku telah dirasuk dan aku menyedarinya, maka tolonglah

    berdoa untuk aku. Rasulullah berkata: Sekiranya engkau sabar, syurga bagimu dan sekiranya

    engkau mahu juga, aku akan berdoa kepada Allah agar menyembuhkanmu. Wanita itu

    menjawab: Baiklah aku akan bersabar

    Dalam Hadith Nabi yang lain baginda telah bersabda yang bermaksud:

    "Sesungguhnya syaitan itu berjalan di dalam tubuh anak adam melalui saluran darah"

    Para ulama juga ada membicarakan bab ini. Ibnul Qayyim berkata: Aku melihat Sheikhku,Ibnu Taimiyyah mengutuskan jurucakap jin kepada yang terkena rasukan (Assar'u). Lalu

    jurucakap jin itu berkata: Sheikh berkata kepadamu (jin) keluarlah! Sesungguhnya engkau

    tidak dibenarkan begini. Mungkin jin yang memasuki tubuh si pesakit itu adalah yangmerbahaya (Marid) sebab itulah dikeluarkan dengan memukulnya. Selepas itu, si pesakit

    tersebut terus sedar. Akan tetapi si pesakit tidak langsung merasai apa pun kesakitan.

    Sebab-sebab Assar'u.

    1) Sebagai ujian daripada Allah kepada hambaNya. Allah berfirman yang bermaksud:

    "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. kami akan menguji kamu dengan

    keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). dan Hanya kepada

    kamilah kamu dikembalikan". (Surah Al-Anbiya, ayat 35)

    2) Sebagai balasan daripada Allah disebabkan hamba itu melakukan dosa dan maksiat. Allah

    berfirman yang bermaksud:

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    20/43

    - 20 -

    "Dan apa saja musibah yang menimpa kamu Maka adalah disebabkan oleh

    perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-

    kesalahanmu". (Surah Assyura, ayat 30)

    3) Disebabkan oleh keasyikan, sifat yang suka memuja-muja atau mengagungkan secara

    berlebihan terhadap sesuatu atau berada dalam keadaan syahwat.

    4) Atas tujuan membalas dendam atau menghargai. Sekiranya seseorang itu telah

    mengganggu tempat kediaman jin contohnya kecing di lubang-lubang, rekahan-rekahan

    atau juga ada di antara kita yang mencurahkan air panas di tempat-tempat tinggal jin,

    maka jin dengan sifat kejahilannya akan membalas dendam dengan Assar'u. Kejahilan jin

    dan kekejamannya tidak mengira manusia itu mengetahui bahawa tempat yang dia telah

    kencing itu adalah tempat tinggal jin atau tidak.

    5) Pengkhianatan oleh puak-puak jin yang bodoh.

    6) Disebabkan oleh sihir. Kadangkala dengan sihir yang menggunakan Assar'u boleh

    dikatakan punca juga. Sebagai contoh seseorang yang ingin mengkhianati sahabatnya.Lalu dikenakan sihir ke atasnya dengan menggunakan Assar'u (menghantar jin untuk

    merasuknya).

    Perihal mengubati penyakit-penyakit ini.

    Apa jua penyakit tidak kira datang dari makhluk halus atau penyakit luaran, kita hendaklah

    bergantung kepada Allah sebagai ubat yang asas dalam merawat perkara-perkara yang

    dianggap luar biasa ini. Wajib diketahui bahawa rahmat Allah yang paling penting kerana

    dengan rahmatNya sahaja dapat mendekat diri kita kepadaNya. Allah berfirman yang

    bermaksud:

    "Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan di dunia Ini dan di akhirat; Sesungguhnya kami

    kembali (bertaubat) kepada Engkau. Allah berfirman: "Siksa-Ku akan Kutimpakan kepada

    siapa yang Aku kehendaki dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan

    rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang

    beriman kepada ayat-ayat kami". (Surah Al-'Araf, ayat 156)

    Allah tidak pernah menurunkan apa jua penyakit melainkan ada ubatnya. Rasulullah

    bersabda:

    "Tidak Allah turunkan penyakit itu melainkan baginya ubat" (Hadith riwayat Al-Bukhari)

    Kesan Al-Quran dalam mengubat penyakit-penyakit.

    Allah berfirman yang bermaksud:

    "Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi

    orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang

    zalim selain kerugian". (Surah Al-Isra', ayat 82)

    Al-Quran adalah sebaik-baik ubat. Al-Quran boleh meresap ke dalam hati-hati yang sakit

    (sifat munafiq, syirik dan sebagainya). Sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya:

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    21/43

    - 21 -

    "Hai manusia, Sesungguhnya Telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan

    penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi

    orang-orang yang beriman". (Surah Yunus, ayat 57)

    Banyak lagi Hadith-Hadith Nabi yang menceritakan tentang mujarabnya Al-Quran dalam

    perubatan.

    Jenis-jenis perubatan.

    Ibnul Qayyim berkata: Rasulullah berubat dengan menggunakan tiga perkara:

    (1) Perubatan semulajadi(2) Perubatan kerohanian (ketuhanan)(3) Gabungan kedua-dua perubatan di atas

    Perubatan kerohanian.Perubatan yang menggunakan kaedah-kaedah syara' melalui Al-Quran dan Sunnah.

    Jenis-jenis pengubatan melalui jampi (bacaan-bacaan):

    - Jampi mengikut syara': Syarat-syaratnya:

    (1) Hendaklah menggunakan kalimah-kalimah Al-Quran, nama-nama Allah serta sifat-

    sifatNya.(2) Hendaklah dalam bahasa Arab atau bahasa dan ayat-ayat yang difahami.

    (3) Hendaklah yakin dengan sepenuh hati bahawa jampi tersebut tidak akan berhasil

    dengan sendiri melainkan dengan izin Allah. Haram sekali-kali mengunakan jampi

    yang berbentuk sihir sebagaimana larangan daripada Rasulullah S.A.W:

    "Bukan dari umatku barangsiapa yang meramal nasib untuk dirinya mahupun untuk

    orang lain atau menenun masa depan untuk dirinya mahupun untuk orang lain atau

    mengamalkan sihir untuk dirinya mahupun untuk orang lain"

    (4) Tidak sekali-kali menjampi dalam keadaan yang diharamkan sebagaimana dalam

    keadaan berjunub, di kubur-kuburan atau di tandas.

    Langkah-langkah penting.

    Pertama: Perkara-perkara yang mesti ada pada si pengubat:

    1) Iktiqad yang baik (menjaga aqidahnya). Adalah satu kemestian bagi si pengubatmelengkapkan dirinya dengan aqidah yang benar serta menjauhi apa saja perkara-perkara

    bid'ah dan syirik. Sebaik-baik aqidah ialah yang berpaksikan kepada kepercayaan

    sepenuhnya kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya sebagaimana yang difirmankanoleh Allah yang bermaksud:

    "dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar

    orang yang beriman". (Surah Al-Maidah, ayat 23)

    Begitu juga dengan keyakinan seseorang pengubat itu, hendaklah dia menanamkan dalam

    dirinya bahawa sembuh itu berada di tangan Allah dan begitu jualah sebaliknya. Allah

    berfirman:

    "Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, Maka tidak ada yang

    dapat menghilangkannya kecuali Dia. dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu,

    Maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. dia memberikan kebaikan itu kepada siapa

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    22/43

    - 22 -

    yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah yang Maha Pengampun

    lagi Maha Penyayang".(Surah Yunus, ayat 107)

    2) Keikhlasan pada niat kerana Allah serta berniat baik.

    Suatu kemestian pada si pengubat ialah keikhlasan ketika membaca bacaan-bacaan jampi

    terhadap pesakit iaitu dia tidak sesekali mengharapkan wang ringgit, kemasyhuran akantetapi dia mengharapkan ganjaran daripada Allah. Rasulullah bersabda:

    "Barangsiapa menghilangkan satu kesusahan saudaranya di dunia, maka Allah akan

    menghilangkan satu kesusahannya di akhirat" (Hadith riwayat Muslim)

    Begitu juga dalam Hadith yang lain, Rasulullah menitikberatkan niat dalam segala hal

    sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

    "Sesungguhnya segala amalan bergantung kepada niat, dan setiap manusia itu dikira

    dari niatnya"

    3) Menunaikan keta'atan serta menjauhkan dari maksiat. Setiap kali seseorang pengubatmembacakan bacaan-bacaan atau zikir-zikir jampi dan pada ketika itu hatinya dekat

    dengan Allah, maka kesan terhadap bacaan untuk menyembuhkan penyakit itu amatlah

    besar. Allah berfirman yang bermaksud:

    "Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan yang Maha Pemurah (Al

    Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) Maka syaitan Itulah yang

    menjadi teman yang selalu menyertainya". (Surah Azzukhruf, ayat 36)

    Begitu juga dengan perkara-perkara lain yang mesti dibiasakan oleh seseorang pengubat

    itu seperti berkelakuan baik dan sopan, sentiasa menunaikan solat berjemaah, sentiasa

    bersedekah, bersifat amanah dan selalu bersabar dalam apa jua masalah.

    4) Menjauhi perkara-perkara yang haram. Sebagai contoh berada berdua-duaan dengan

    wanita bukan mahram dengan alasan pengubatan.

    5) Selalu mengajak kepada mendekati Allah. Kebanyakan pesakit yang ditimpa musibah

    disebabkan jauhnya mereka dari Allah. Telah berkata Ibnul Qayyim: Kebanyakan yang

    dirasuki makhluk halus adalah berpunca dari kurangnya pegangan agama dan rosaknyahati serta lidah dari menyebut kalimah-kalimah zikir atau pelindung yang diajar oleh

    Rasulullah.

    Oleh yang demikian, mendakwah si pesakit supaya kembali kepada Allah adalah sangat

    penting sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

    "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada

    Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya Aku termasuk orang-

    orang yang menyerah diri?" (Surah Fussilat, ayat 33)

    6) Menyimpan segala rahsia pesakit serta tidak menghebohkannya. Tidak dibenarkan sekali-

    kali bagi seorang pengubat itu menceritakan perihal pesakitnya kepada orang lain dengan

    menyebut namanya dan sebagainya kerana hal ini mungkin akan menjatuhkan

    maruahnya. Oleh itu, Nabi berpesan supaya setiap orang yang dirujuk oleh pesakit itu

    menyimpan rahsia identiti pesakit serta bersifat dipercayai. Rasulullah bersabda:

    "Barangsiapa menutup rahsia (aib, kehormatan dan sebagainya) seseorang muslim

    itu, maka Allah akan menutup rahsianya di akhirat kelak"

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    23/43

    - 23 -

    7) Mengetahui selok-belok penyakit yang dialami pesakit. Sebagaimana yang sering

    diucapkan bahawa mengenalpasti penyakit adalah sebahagian daripada mengubatinya.

    Antara cara-cara mengenalpasti penyakit adalah melalui:

    - Firasat: Yang dimaksudkan dengan firasat ini ialah keupayaan seseorang itu melihat

    perkara-perkara dalaman melalui luaran. Allah berfirman yang bermaksud:

    "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda

    (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda". (Surah Al-Hijr,

    ayat 75)

    -Melalui pertanyaan tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan penyakit yang

    dialami oleh pesakit: Dengan bertanya si pesakit atau ahli keluarganya dapat sedikit

    sebanyak membantu dalam penyembuhannya.

    -Melakukan uji kaji terhadap pesakit berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu dan

    orang-orang terdahulu

    8) Mengetahui hakikat jin dan keadaannya. Hal ini adalah untuk membantu si pengubat

    supaya tidak takut kepadanya mahupun ancaman darinya. Allah berfirman yang

    bermaksud:

    "Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta

    perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, Maka jin-jin itu menambah bagi

    mereka dosa dan kesalahan".(Surah Al-Jin, ayat 6)

    Dari itu juga, si pengubat hendaklah mengetahui bahawa syaitan itu sangat lemah

    sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

    "Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafirberperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah sekutu-sekutu syaitan itu, kerana

    sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah". (Surah Annisa', ayat 76)

    Diketahui juga bahawa jin itu hanya banyak berbohong dan tidak berkata benar dalam

    segala hal.

    9) Melegakan diri si pesakit dan keluarganya. Sesungguhnya penyakit yang dialami pesakit

    menyebabkan dia tidak yakin pada kekuatan dirinya. Oleh itu, sebagai pengubat

    hendaklah menasihati si pesakit dengan kata-kata semangat dan sokongan moral supayadengan kekuatan pada dirinya untuk melawan penyakit itu bertambah kuat.

    Kedua: Perkara-perkara yang mesti ada pada orang yang diubati. Sebagaimana yang perluada pada orang yang mengubati, begitulah juga perkara-perkara yang disebutkan di atas perlu

    juga ada pada orang yang diubati seperti iktiqad yang suci, ikhlas niat kerana Allah, berusaha

    menuju ketaatan kepadaNya serta menjauhkan dari maksiat dan juga perkara-perkara yang

    haram.

    Ibnul Qayyim berkata: Penyembuhan penyakit tertakluk kepada dua pihak iaitu dari pihak

    yang mengubati dan yang diubati.

    Disamping perkara-perkara di atas, beberapa perkara lain juga perlu diambil kira oleh orang

    yang diubati:

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    24/43

    - 24 -

    1) Berpegang kepada prinsip bahawa berjaya atau gagalnya sesuatu perubatan itu adalah

    bergantung kepada Allah serta tidak menyeleweng dariNya. Allah berfirman yang

    bermaksud:

    "Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, Maka tidak ada yang

    dapat menghilangkannya kecuali Dia dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu,

    Maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada

    siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah yang Maha

    Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah Yunus, ayat 107)

    Ini adalah kerana banyak pesakit yang terlalu bergantung kepada hatinya (keraguan, syak,

    tidak yakin dan sebagainya) daripada bergantung kepada Allah yang demikian itu akan

    menjuruskannya kepada syirik khafi (tidak dapat dilihat). Ada juga pesakit yang terlalu

    bergantung kepada orang yang mengubati sehingga mereka membuat perbandingan

    antara yang hebat dan tidak.

    2) Hendaklah bagi orang yang diubati itu bersabar. Yang demikian itu dapat menguatkan

    lagi jampi (doa, bacaan dan zikir) dan bukan dengan tidak bersabar dalam mengharapkanpenyembuhan yang segera.

    Menerima upah dari pengubatan.

    Ada beberapa Hadith yang menceritakan perihal memberi dan menerima upah dari

    pengubatan. Rasulullah mengharuskan penerimaan upah darinya. Ia adalah suatu perkara

    yang halal malah tiada syubhah langsung padanya. Akan tetapi masyarakat sering kita

    tersalah anggap bahawa "menerima" bukan bermaksud "meletakan harga" pada pengubatan

    yang diusahakan.

    Hal ini mesti diambil serius kerana kebanyakan pengubat zaman sekarang ini melihat wangringgit daripada keikhlasan yang sebenar kepada Allah. Perkara ini amatlah tidak patut

    memandangkan ia tidak mendatangkan keberkatan pada jampi, bacaan atau zikir yang

    digunakan dalam pengubatan itu. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang pengubat itu

    diberi upah, hendaklah ia berjaga-jaga kerana ditakuti upah yang diberi dapat mengaburinya

    daripada bersifat ikhlas dan taqwa. Sebaik-baiknya bagi pengubat itu sekiranya dia memilih

    untuk tidak menerima upah tersebut kerana ganjarannya lebih besar di sisi Allah.

    Beberapa bahaya dalam pengubatan (Jampi).

    1) Sesungguhnya masyarakat hari ini menyangka bahawa orang yang pernah

    menyembuhkan sesuatu penyakit dengan jayanya adalah yang terhebat. Jadi tersebarlah

    berita kehebatan si pengubat ke segenap tempat. Lalu mereka menganggap bahawa sipengubat itu tadi mempunyai kuasa luar biasa. Hal ini sangat merbahaya serta hendaklah

    dijauhi.

    2) Sesungguhnya syaitan itu apabila dia melihat populariti seseorang pengubat itu terhadap

    kehebatannya dalam penyembuhan, syaitan dengan sukacitanya akan memberi bantuan

    kepada si pengubat itu tanpa disedari. Sebagai contoh apabila seseorang pengubat itu

    cuba untuk mengeluarkan makhluk halus dari tubuh seseorang, syaitan akan segera keluar

    darinya untuk menguatkan lagi keyakinan masyarakat bahawa si pengubat ini adalah yang

    terbaik. Jadi secara tidak langsung, syaitan telah meracuni pemikiran masyarakat daripadabergantung kepada Allah, bahkan lebih bergantung kepada kehebatan si pengubat itu tadi.

    3) Gejala meninggi diri dan menunjuk-nunjuk oleh si pengubat menjadi suatu masalah besardalam masyarakat kita. Apabila melihat saja orang ramai berpusu-pusu menuju kepada

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    25/43

    - 25 -

    seseorang pengubat itu, maka dia secara tidak langsung dianggap hebat. Oleh itu,

    perasaan bongkak dan angkuh menyelubungi jiwa si pengubat menyebabkannya hilang

    sifat keikhlasan.

    4) Gejala mengambil upah berleluasa dikalangan si pengubat.

    Pengubatan yang syirik.

    Pengubatan yang tidak bertunjangkan Allah sebagai contoh, menjampi dengan nama-nama

    jin, Malaikat, para Nabi dan orang-orang soleh. Ini adalah kerana si pengubat menyeru dan

    berdoa kepada yang disebutkan selain dari Allah. Hal ini adalah terang-terangan perbuatan

    syirik yang besar kepada Allah. Begitu juga bacaan-bacaan (jampi) yang bukan bahasa Arab

    atau apa-apa bacaan yang tidak difahami maksudnya kerana ditakuti terjerumus ke dalam

    lembah syirik dan kufur.

    Tangkai azimat.

    Berdasarkan maksud tangkai azimat oleh Ibnu Hajar, beliau mentafsirkan kepada: tangkaimanik-manik kecil atau rantai yang dipakai pada bahagian kepala. Orang jahiliyyah

    mendakwa bahawa azimat boleh melindungi mereka daripada wabak penyakit dan musibah.

    Jenis-jenis azimat.

    Pertama: Azimat yang ditulis padanya ayat-ayat Al-Quran atau nama-nama atau sifat-sifat

    Allah. Ulama berselisih pendapat mengenai hukum menggantungkannya, iaitu:

    1) Harus. Ada beberapa orang sahabat berpegang kepada keharusan untuk memakai tangkai

    azimat ini. Antaranya ialah Abdullah bin Amru bin Al-'As. Pegangan ini berasaskan dari

    Hadith yang menyatakan larangan memakai sebarang jenis azimat yang mempunyai

    unsur-unsur syirik sahaja.

    2) Haram. Antara sahabat yang berpegang kepada pendapat ini ialah Ibnu Mas'ud dan Ibnu

    'Abbas. Pegangan ini berdasarkan kepada Hadith yang menyatakan larangan azimat

    secara total (umum):

    "Sesungguhnya berubat (menjampi), tangkai azimat dan tangkai sihir adalah syirik"

    Yang paling rajih dari kedua-dua pendapat di atas ialah pendapat yang kedua.

    Kedua: Azimat yang bukan dari Al-Quran seperti tangkai manik dan tali serta apa saja yang

    ditulis padanya kalimah-kalimah yang tidak difahami atau nama-nama jin. Ini adalah jelas

    haram dan syirik kerana menggunakan ayat atau nama yang selain dari Allah. Sesetengahmasyarakat menggantung tangkai azimat pada kereta, kawasan pintu, anak-anak mereka.

    Perbuatan ini adalah haram disisi syara'. Jadi, jenis yang kedua ini adalah haram dan tidak

    boleh digunakan oleh umat Islam.

    Tangkai sihir.

    Sejenis tangkai seperti azimat yang mungkin terdiri daripada manik-manik kecil digunakan

    untuk membuatkan hati suami sayang kepada isterinya. Hukumnya adalah haram

    sebagaimana yang terdapat dalam Hadith di atas.

    Perihal menilik nasib.

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    26/43

    - 26 -

    Penilik nasib atau tukang tilik atau penenun nasib ialah orang yang mendakwa mengetahui

    segala rahsia kehidupan pada masa akan depan. Begitu juga ada yang berpendapat bahawa si

    tukang tilik mendakwa dapat membaca fikiran dan hati orang lain.

    Al-Bughawi berkata: Tukang tilik mendakwa bahawa dia mengetahui sesuatu dengan

    petunjuk-petunjuk awal. Sebagai contoh barang yang dicuri atau tempat orang sesat dansebagainya. Dia juga yang akan menceritakan kejadian kecurian itu dengan petunjuk-petunjuk

    awal dan khayalan-khayalan syaitan yang disalah ertikan lalu mendakwa dia mengetahuinya.

    Mungkin pada ketika itu nafasnya sudah bercampur dengan nafas syaitan.

    Hukum berubat dengan tukang tilik, ahli sihir dan sebagainya.

    Haram berubat dengan tukang tilik, penenun nasib atau ahli sihir dan sebagainya. Nabi telah

    melarang umatnya dari berubat dengan perkara-perkara haram. Ini adalah kerana perkara-

    perkara tersebut adalah sekadar penipuan dan khayalan semata-mata. Oleh yang demikian,

    Islam mengharamkan pengubatan menggunakan cara itu. Sabda Nabi:

    "Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit beserta ubatnya dan Dia menjadikansetiap penyakit itu ada ubatnya, maka berubatlah akan tetapi jangan sesekali kamu berubat

    dengan yang haram"

    Bukan sahaja berubat dengan tukang tilik itu tadi, bahkan berjumpa atau bertanyakan soalankepadanya demi untuk menyembuhkan sesuatu penyakit, hukumnya juga haram. Begitu juga

    dengan mempercayai kata-katanya, termasuk dalam hukum haram bahkan ia satu cabang

    kekafiran sebenarnya. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

    "Barangsiapa mendatangi tukang tilik lalu bertanyakan soalan mengenai sesuatu

    (mempercayai kata-katanya) maka tidak diterima solatnya selama 40 hari"

    Imam Nawawi berkata: Ketahuilah bahawa bertenun nasib atau mendatangkan tukang tenunnasib atau mempelajari ilmu menenun nasib ataupun juga mempelajari ilmu ahli nujum dan

    sebagainya, hukumnya adalah haram kerana terdapat banyak nas-nas yang sahih tentang

    pengharaman perkara-perkara tersebut.

    Bagaimana mengenali si pengubat mengamalkan sihir atau tilik nasib.

    Pertama: Si pengubat bertanyakan nama ibu pesakit. Soalan ini biasa ditanya dan untuk

    meyakinkan si pesakit, si pengubat akan bertanya nama bapa pula.

    Kedua: Si pengubat akan meminta daripada si pesakit untuk meninggalkan sesuatu

    kepadanya seperti baju atau tudung dan sebagainya.

    Ketiga: Mengucapkan kalimah-kalimah yang tidak difahami. Kadang-kadang si pengubat itu

    akan mencampurkannya dengan ayat-ayat Al-Quran untuk mengelirukan si pesakit.

    Sebagaimana yang kita ketahui sebelum ini, bacaan atau zikir (jampi) yang diterima syara'

    hanyalah dalam bahasa Arab ataupun ucapan-ucapan yang difahami maknanya.

    Keempat: Memberikan tangkai azimat ataupun benda-benda yang digunakan untuk tujuan

    pelindungan daripada makhluk halus (yang terkandung padanya huruf-huruf ataupun yang

    berbentuk segi empat ataupun yang mengandungi lukisan-lukisan tertentu). Begitu juga

    dengan hal yang sebelumnya, si pengubat akan mencampuradukan dengan beberapa patah

    ayat Al-Quran untuk mengelirukan dan meyakinkan si pesakit. Selepas si pengubat

    memberikannya kepada si pesakit untuk disimpan, biasanya dia akan memberitahu si pesakittentang pantang larang termasuklah tidak boleh membuka tangkai azimat tersebut untuk

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    27/43

    - 27 -

    melihat isi kandungannya. Si pengubat mendakwa, kononnya dengan membuka azimat itu

    tadi, ia akan meletup atau tidak lagi mujarab dan sebagainya bagi membohongi si pesakit.

    Kelima: Si pengubat kebiasaanya akan meminta si pesakit untuk melakukan perkara-perkara

    yang menyalahi syara' seperti tidak boleh menyentuh air dalam tempoh masa tertentu atau

    tidak dibenarkan mandi dan sebagainya. Dengan yang demikian, si pesakit tidak juga bolehmengambil wudhu' dalam tempoh masa tersebut dan dengan serta merta tidak boleh

    melakukan solat. Ada juga yang tidak membenarkan bersalaman dengan sesiapa pun, ada juga

    yang mengarahkan si pesakit supaya menjauhi semua orang (bertapa dan ber'uzlah) dan

    sebagainya dengan tujuan mengelirukan serta meyakinkan si pesakit.

    Keenam: Memberikan kepada si pesakit benda-benda untuk ditanam di kawasan kediaman

    atau tempat-tempat tertentu. Begitu juga kadang kala si pengubat meminta si pesakit

    menyembelih haiwan-haiwan tertentu. Semua perkara di atas termasuk dalam perkara-perkara

    syubhah yang mesti dijauhi oleh umat Islam.

    Bagaimana mengubati pesakit yang terkena al-mass (gangguan jin).

    Secara umumnya, si pengubat hendaklah dia sentiasa mendekatkan diri kepada Allah serta

    menjauhkan laranganNya. Ini adalah kerana setiap kali hatinya dekat dengan Allah, makamusuh tidak berani mendekatinya.

    Dan adalah lebih elok bagi si pengubat bersedia dari segi kekuatan diri dalaman dan luaran.

    Sebelum menjalankan penyembuhan (melalui bacaan dan zikir / jampi), hendaklah dimulakan

    dengan azan ke telinga si pesakit. Sebagaimana sabda Rasulullah:

    "Apabila azan berkumandang, syaitan akan lari berkeliaran dengan terkentut-kentutmenyebabkannya tidak mendengar azan tadi"

    Selepas itu, hendaklah si pengubat meletakkan tangannya di atas kepala si pesakit sambil

    memulakan jampinya (bacaan-bacaan, zikir-zikir dan doa) dengan al-Fatihah dan 5 ayat

    pertama dari surah al-Baqarah. Sebaik sahaja selesai, hendaklah dibaca ayat Kursiy pula.

    (Surah Al-Baqarah, ayat 255)

    )(

    )(

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    28/43

    - 28 -

    ((

    (Surah Al-Baqarah, ayat 284-286)

    (( )( )(

    )( )(

    ((

    ((

    )( )(

    )((Surah Ali-Imran, ayat 1-10)

    )((Surah Ali-Imran, ayat 18)

    )(

    )((Surah Ali-Imran, ayat 26-27)

    )( )(

    )(

    )(

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    29/43

    - 29 -

    (Surah Al-'Araf, ayat 54-57)

    )(

    )(

    (( )( ((

    ((

    )( (Surah Al-Isra', ayat 45-51)

    (( )( )(

    (Surah Al-'Araf, ayat 117-119)

    )( ((

    )( )(

    (Surah Yunus, ayat 79-82)

    )( )(

    )( ((

    )( (Surah Taha, ayat 65-69)

    (( )(

    )( )(

    (Surah Al-Mu'minun, ayat 115-118)

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    30/43

    - 30 -

    (( )( )( )( )(

    )( ((

    (( )( )( )( )(

    (( (( )( )(

    )( )((Surah Assaffat, ayat 1-18)

    (( )( (( )(

    (( )(

    )((Surah Arrahman, ayat 28-34)

    (( )(

    ((

    )((Surah Al-Hasyr, ayat 21-24)

    )( )(

    )( )(

    (Surah Al-Mulk, ayat 1-4)

    )

    (

    )

    ( (Surah Al-Qalam, ayat 51-52)

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    31/43

    - 31 -

    )( (Surah Al-Jinn, ayat 3)

    (( )( )( )( )( )(

    (Surah Al-Kafirun)

    )( )( )( )((Surah Al-Ikhlas)

    )( )( )( )( )(

    (Surah Al-Falaq)

    (( (( (( )( )( )(

    (Surah Annas)

    ((

    ))

    ))

    ))

    ))

    ))

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    32/43

    - 32 -

    (())

    )) ((

    ((

    ))

    )) ((

    (())

    ((

    ))

    ((

    ))

    ((

    . ))

    ((

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    33/43

    - 33 -

    ))

    Mengeluarkan jin yang menduduki badan pesakit dan memukulnya (jin).

    Dari Abu Darda' R.A. katanya: Pada suatu waktu, ketika Rasulullah sedang solat, kami

    mendengar beliau membaca: . Kemudian beliau membaca pula sebanyak 3 kali sambil beliau menjangkaukan tangannya seperti orang hendak menerimasesuatu. Setelah selesai solat, kami bertanya, "Ya Rasulullah, tadi dalam solat kami

    mendengar engkau membaca sesuatu yang belum pernah kami dengar anda baca sebelumnya,

    dan kami lihat engkau menjangkaukan tangan engkau". Jawab Rasulullah, tadi musuh Allah(iblis) datang membawa obor yang menyala yang hendak dilemparkan ke mukaku. Lalu aku

    membaca: sebanyak 3 kali, kemudian aku membaca sebanyak 3 kali. Sesudah itu aku hendak mengikatnya. Demi Allah, kalaulahbukan kerana doa saudaraku Sulaiman, tentu ia akan terikat sampai Subuh sehingga anak-

    anak penduduk di sini dapat menjadikan ia sebagai bahan mainan.

    Terdapat juga Hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi pernah bercakap dengan jin. Kata

    Nabi: Keluarlah wahai musuh Allah, demi Allah aku ini adalah utusanNya.

    Ibnul Qayyim berkata: Aku melihat Sheikhku, Ibnu Taimiyyah mengutuskan jurucakap jin

    kepada yang terkena rasukan (Assar'u). Lalu dia berkata: Sheikh kata kepadamu (jin)

    keluarlah! Sesungguhnya engkau tidak dibenarkan begini. Selepas itu, si pesakit tersebut terus

    sedar. Mungkin jin yang memasuki tubuh si pesakit itu adalah yang merbahaya (Marid) sebabitulah dikeluarkan dengan memukulnya. Akan tetapi si pesakit tidak langsung merasai apa

    pun kesakitan.

    Ibnul Qayyim juga ada mengatakan: Sheikh kami ada menceritakan bahawa dia pernah

    membacakan ayat (jampi) di telinga si pesakit yang diganggu jin. Lalu jin tersebut berkata

    "ya" dan meninggikan suaranya. Maka sheikh kami mengambil sebatang tongkat dan

    memukulnya pada urat-urat tengkok sehingga penat tangannya dari pukulan itu. Sehinggakan

    orang-orang yang hadir menyangka si pesakit tadi akan mati dengan pukulan itu. Semasa

    memukul, jin itu berkata:Aku menyukainya... lalu si pesakit itu berbalik ke kanan dan ke kiri

    dan berkata, apakah yang telah membawa aku kepadamu wahai sheikh?... dan atas sebab

    apakah sheikh memukulku akan tetapi aku tidak merasa sakit sedikit pun.

    Perhatian!Hendaklah diingatkan dalam masalah memukul jin yang berada di dalam badan pesakit

    kerana ia memberi kesan yang bahaya terutama apabila si pengubat itu tidak mengetahui cara

    dah kaedah memukul yang betul. Ia juga kerana ditakuti si pengubat akan segera memukul si

    pesakit yang disyakki dimasuki jin tanpa meyakini adakah si pesakit benar-benar dimasukijin? Oleh itu pukulan tadi boleh mendatangkan kemudharatan yang lebih besar lagi.

    Kadang kala si pesakit dipukul di tempat-tempat yang berisiko dan ada juga pengubat yang

    menggunakan kaedah yang melampaui batas seperti mengenakan tenaga elektrik kepada si

    pesakit, dan hal ini adalah salah.

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    34/43

    - 34 -

    Hasil daripada keterangan-keterangan di atas, masalah memukul pesakit (sebenarnya

    memukul jin yang ada dalam tubuh pesakit) bergantung kepada faktor-faktor seperti masa

    memukul dan tempat atau bahagian yang dipukul serta jumlah pukulan. Ini adalah kerana

    seorang ulama pernah ditanya: Adakah harus bagi yang mengubat membaca jampi (zikir-

    zikir, ayat Al-Quran dan sebagainya) serta mencekik dan berkomunikasi dengan jin? Maka

    jawapannya ialah, banyak kes seperti ini yang berlaku pada masa dahulu sebagaimana IbnuTaymiyyah sendiri pernah berkomunikasi (berunding dan sebagainya) dengan jin dan

    mencekiknya serta memukulnya sehingga keluar. Akan tetapi, perbuatan yang lebih dari itu

    tidak pernah diceritakan.

    Ada juga kes si pengubat memukul si pesakit (sebenarnya memukul jin yang memasuki tubuh

    si pesakit) sehingga mati. Oleh yang demikian, haruslah diingat kepada si pengubat supaya

    mengambil langkah berjaga-jaga serta memperlengkapkan diri dengan ilmu untuk

    membolehkannya mengubat seseorang.

    Soalan-soalan yang biasa ditanya oleh si pengubat terhadap jin:

    1) Siapa nama kamu? Apakah agama kamu?

    2) Apakah sebab kamu memasuki tubuh manusia ini?3) Adakah selain kamu yang berada dalam tubuh manusia ini? Berapa ramai? Apa agama

    mereka?

    Bagaimanakah cara untuk berkomunikasi dengan jin?.

    Sebenarnya tiada cara yang tertentu untuk berkomunikasi dengan jin dan setiap pengubat itu

    pasti ada caranya yang tersendiri. Sebagaimana yang kita ketahui, komunikasi dengan jin

    yang Muslim berbeza dari komunikasi dengan jin yang kafir sebagaimana ia juga berbeza

    dengan Muslim yang soleh dan yang fasiq.

    Sekiranya didatangi dengan jin yang Muslim, maka ingatilah dia dengan pengharamanperbuatannya serta kezaliman yang demikian itu menjerumusnya kepada kegelapan hari

    qiamat.

    Sekiranya jin itu mengatakan sebab dia memasuki tubuh seseorang adalah untuk membalas

    perbuatan atau dendam atas kesakitan yang dilakukan oleh manusia, maka sekiranya dia

    (manusia) tidak mengetahui hendaklah diberitahu kepada jin tersebut bahawa manusia initidak tahu / tidak sengaja langsung. Dan sesiapa yang tidak tahu / sengaja maka tidak berhak

    untuk dihukum dan sekiranya dia (manusia) telah melakukannya di tempat tinggal dan

    kawasan hak miliknya, hendaklah diberitahu kepada jin itu bahawa tempat tinggal tersebutadalah miliknya (manusia) serta baginya hak untuk berbuat apa saja.

    Sekiranya jin itu memasuki tubuh manusia disebabkan cinta maka hendaklah diberitahubahawa perbuatannya itu adalah haram kerana ia adalah kejahatan.

    Sekiranya disebabkan kejahilan, hendaklah diarahkan untuk keluar segera serta memberitahu

    bahawa ia adalah haram.

    Sekiranya disebabkan oleh sihir, hendaklah diberitahu ia adalah haram dan ia tiada hak untuk

    memasuki tubuh manusia.

    Sekiranya jin itu adalah kafir, maka hendaklah diajak kepada Islam dengan cara yang sesuai

    serta tiada paksaan sebagaimana Allah berfirman:

    "Tiada paksaan dalam agama" (Surah Al-Baqarah, ayat 256)

  • 8/3/2019 Doa Menghindar Dari Jin

    35/43

    - 35 -

    Sekiranya jin itu menerima Islam, maka hendaklah menjelaskan kepadanya apa yang boleh

    dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam Islam serta mengajarnya dua kalimah syahadah,

    sekiranya jin tersebut mesih berkeras untuk menjadi kafir, maka halaulah ia keluar dari badan

    manusia tadi, sekiranya dia enggan juga untuk keluar, maka gunakanlah sedikit kekerasan

    beserta bacaan-bacaan dan zikir-zikir.

    Membuat perjanjian dengan jin.

    Terdapat beberapa pengubat yang yang membuat perjanjian dengan jin atas nama Allah

    supaya tidak memasuki tubuh manusia lagi. Akan tetapi selepas itu jin tersebut melanggar

    perjanjian tadi. Oleh itu, tidak boleh bagi si pengubat membuat perjanjian dengan jin.

    Terdapat Hadith yang melarang membuat perjanjian atas jaminan Allah dan Rasul kerana

    apabila sesuatu perjanjian dilanggar risikonya lebih tinggi dari perjanjian dengan jaminan

    manusia.

    Penawar semulajadi.

    Ada beberapa penawar semulajadi yang amat bermanfaat kepada kita dengan izin Allah. Al-Quran sendiri telah menceritakan termasuk Hadith Rasulullah. Apabila seseorang Muslim

    mengambil kaedah rawatan semulajadi ini, dengan yakin serta iktikad yang kukuh terhadap

    Allah mestilah ada pada jiwanya.

    Ada juga perubatan atau penawar yang direka oleh manusia dan memberi kesan kepada

    penyakit. Apa saja perubatan boleh diamalkan selagi mana tidak bercanggah dengan syara'.

    Telah berkata Sheikh Ibnu Uthaimin: Ketahuilah bahawa ubat itu adalah sebab kepada

    penyembuhan dan penyebabnya (yang memberikan penyembuhan) adalah Allah.

    Sebab terdiri daripada 2 bahagian:

    1) Sebab yang bersifat syara seperti Al-Quran, doa sebagaimana sabda Rasulullah yang

    bermaksud:

    "Tidak kah engkau tahu bahawa ia adalah penawar?"

    Sebagaimana Rasulullah pernah mengubati orang yang sakit dengan doa lalu Allahsembuhkan dengan izinNya dan kehendakNya.

    2) Sebab yang bersifat hissiy (fizikal yang boleh dirasa oleh pancaindera) sebagaimanapenawar yang berbentuk benda (material) yang sudah diketahui dengan kaedah syara' seperti

    madu dan sebagainya. Jenis ini pula, kesannya hendaklah dari kaedah yang serta merta

    (realiti) iaitu bukan dari kaedah ilusi, fantasi atau khayalan. Ini adalah kerana kaed