Doa Penerimaan Pelajar Baru

download Doa Penerimaan Pelajar Baru

of 2

description

DOA PENERIMAAN PELAJAR BARU

Transcript of Doa Penerimaan Pelajar Baru

(DOA MAJLIS PERHIMPUNAN MALAM BAKAT BARU) ,

Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.

Kami berhimpun pada hari ini, sebagai tanda penerimaan kami sebagai warga IPG ini dan juga penglibatan dalam bidang perguruan ini di samping memohon inayah dan taufikMu. Ya Allah, Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para pensyarah kami yang kami kasihi.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Jadikanlah kami, sebagai seorang bakal pendidik yang bertaqwa,taat dan patuh pada segala perintahMU, serta mempunyai semangat dan azam yang dalam memperjuangkan syiar islam. Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, serta anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan keadaan.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Jadikanlah kami supaya terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama, mudahan-mudahan segala titik peluh yang dicurahkan mendapat keredaan dari Allah SWT.

.