Doa rasmi spi kedah

43
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH. Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral BIL TAJUK MUKA SURAT 1 Sekapur Sireh ( Pengarah Pelajaran JPN Kedah ) 2 Seulas Kata ( Ketua Sektor SPPIM /JPN.Kedah ) 3 Muqaddimah 4 Pengertian Doa 5 Doa-Doa Mustajab 6 Adab-Adab Berdoa 7 Sifat-Sifat Orang Yang Doanya Mustajab 8 Waktu-Waktu Mustajab Doa 9 Tempat-Tempat Mustajab Doa 10 Hukum Berdoa Dengan Doa Yang Lafaznya Bukan Dari Al-Quran atau Hadis 11 10 Sebab Doa Tidak Makbul 12 Doa-Doa Harian Dipetik Dari Kitab al-Azkar 13 Doa Perhimpunan 14 Doa Memulakan Pelajaran 15 Doa Waktu Pulang 16 Doa Majlis Mesyuarat 17 Doa Mesyuarat Agong PIBG 18 Doa Motivasi Pelajar 19 Doa Perjumpaan Waris 20 Doa Majlis Bersama Pemimpin 21 Doa Majlis Perasmian Kursus 22 Doa Hari Guru 23 Doa Hari Pahlawan 24 Doa Hari Kemerdekaan 25 Doa Hari-hari Kebesaran Islam 26 Doa Festival Nasyid 27 Doa Majlis Tadarrus Al Quran (MTQ) 28 Doa Hari Anugerah Kecemerlangan 29 Doa Puisi Sains 30 Doa Program / Kegiatan Ko Kurikulum 31 Doa Lawatan Sambil Belajar / Musafir 32 Doa Persaraan / Perpisahan 33 Doa Jamuan Guru 34 Doa Majlis Sambutan Hari Lahir 35 Doa Akhir Tahun 36 Doa Awal Tahun 37 Sumber Rujukan 36 Sekalung Penghargaan 37 Panel Penulis ISI KANDUNGAN

description

koleksi doa majlis-majlis rasmi di sekolah

Transcript of Doa rasmi spi kedah

Page 1: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

BIL TAJUK MUKA

SURAT

1 Sekapur Sireh ( Pengarah Pelajaran JPN Kedah )

2 Seulas Kata ( Ketua Sektor SPPIM /JPN.Kedah )

3 Muqaddimah

4 Pengertian Doa

5 Doa-Doa Mustajab

6 Adab-Adab Berdoa

7 Sifat-Sifat Orang Yang Doanya Mustajab

8 Waktu-Waktu Mustajab Doa

9 Tempat-Tempat Mustajab Doa

10 Hukum Berdoa Dengan Doa Yang Lafaznya Bukan Dari Al-Quran atau Hadis

11 10 Sebab Doa Tidak Makbul

12 Doa-Doa Harian Dipetik Dari Kitab al-Azkar

13 Doa Perhimpunan

14 Doa Memulakan Pelajaran

15 Doa Waktu Pulang

16 Doa Majlis Mesyuarat

17 Doa Mesyuarat Agong PIBG

18 Doa Motivasi Pelajar

19 Doa Perjumpaan Waris

20 Doa Majlis Bersama Pemimpin

21 Doa Majlis Perasmian Kursus

22 Doa Hari Guru

23 Doa Hari Pahlawan

24 Doa Hari Kemerdekaan

25 Doa Hari-hari Kebesaran Islam

26 Doa Festival Nasyid

27 Doa Majlis Tadarrus Al Quran (MTQ)

28 Doa Hari Anugerah Kecemerlangan

29 Doa Puisi Sains

30 Doa Program / Kegiatan Ko Kurikulum

31 Doa Lawatan Sambil Belajar / Musafir

32 Doa Persaraan / Perpisahan

33 Doa Jamuan Guru

34 Doa Majlis Sambutan Hari Lahir

35 Doa Akhir Tahun

36 Doa Awal Tahun

37 Sumber Rujukan

36 Sekalung Penghargaan

37 Panel Penulis

ISI KANDUNGAN

Page 2: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

PENGARAH JABATAN PELAJARAN KEDAH

Saya mengucapkan tahniah atas kejayaan Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral ( SPPIM ) JPN Kedah. kerana menyusun Buku Panduan Doa Majlis-Majlis Rasmi Sekolah. Ternyata usaha ini amat bertepatan dan sesuai dengan masanya di saat Kementerian Pelajaran Malaysia sedang merangka satu strategi perlaksanaan pengurusan berteraskan prinsip-prinsip Islam Hadhari. Usaha menyusun buku ini juga akan dapat menjadi panduan kepada pihak sekolah dalam pembacaan doa ketika majlis-majlis rasmi. Secara tidak langsung ianya juga dapat menyeragamkan doa-doa berkenaan agar lebih sesuai berasaskan panduan cara berdoa yang mengambilkira sensitiviti pelbagai kaum, keturunan dan agama semasa majlis-majlis rasmi berkenaan berlangsung. Penulisan doa dalam bahasa yang mudah difahami oleh semua pihak juga dilihat menepati matlamat sebenar doa, iaitu seseorang itu faham dengan apa yang dipohonkan dan secara tidak langsung ia akan membantu ke arah penghayatan dalam mengaminkan doa berkenaan. Diharap dengan adanya buku panduan ini, majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah akan berjalan lebih lancar, sistematik dan diberkati serta mencapai matlamat yang dicita-citakan. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada panel penulis dan Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, JPN Kedah atas usaha murni ini. Semoga usaha kita ini dinilai sebagai satu kebajikan oleh Allah Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih. ( DATO‟ ABDUL RAHMAN BIN YOP, DSDK.,KMN., BCK )

SEKAPUR SIREH

Page 3: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

KETUA SEKTOR PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL JABATAN PELAJARAN KEDAH

Segala puji-pujian bagi Allah yang telah memberi kemudahan dan keizinan kepada kita untuk menyusun buku kecil ini.Dengan kelahiran buku “Panduan Doa Dalam Majlis Di Sekolah” ini akan memudahkan warga sekolah di negeri Kedah menggunakannya dalam majlis-majlis yang dijalankan di sekolah dan seumpamanya.

Sesungguhnya doa merupakan senjata mukmin dan unsur penting dalam ibadah. Dengan berdoa, seseorang mukmin itu telah meletakkan pengharapannya kepada Allah yang merupakan Tuhan Yang Maha Memperkenankan Doa. Keberkatan dari Allah itulah akan menjadikan segala urusan kita akan lebih berkualiti dan mampu mencapai matlamat yang diharapkan.

Saya berasa gembira kerana pihak Jurulatih Utama Dakwah, Jurulatih Dakwah JPN Kedah telah mengambil inisiatif ini sehingga berjaya menerbitkan buku ini. Seringkali apabila sesuatu majlis diadakan , akan dimulakan dengan bacaan doa. Dengan adanya buku doa ini, kita dapat menyelaras dan menyeragamkan pembacaan doa dalam majlis-majlis rasmi di sekolah.

Pihak SPPIM juga mengharapkan dengan penerbitan buku ini, akan menjadi panduan kepada pihak sekolah dalam pembacaan doa semasa majlis-majlis rasmi yang dijalankan di sekolah. Walau bagaimanapun, kandungan doa ini bolehlah diubahsuai atau ditokok tambah mengikut kesesuaian dan keadaan majlis yang dilangsungkan.

Mudah-mudahan, dengan sedikit sumbangan dari pihak Sektor Pengurusan Pendidikan Islam Dan Moral (SPPIM) Jabatan Pelajaran Negeri Kedah ini akan membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti yang dirancang dengan lebih berkesan dan diberkati.

Wassalam, sekian terima kasih,

( HAJI ABDUL AZIZ BIN A. LATEH )

SEULAS KATA

Page 4: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

MUQADDIMAH Doa merupakan senjata bagi orang-orang yang beriman. Ia juga merupakan satu wasilah yang menghubungkan seseorang hamba secara terus dengan Allah Taala. Dengan berdoa seseorang itu bukan sahaja mengharapkan permohonannya diterima Allah bahkan lebih dari itu ia juga menggambarkan tanda perhambaan dan pengakuannya kepada keWujudan, keEsaan dan kekuasaan Penciptanya. Apabila seseorang itu berdoa maka dia sentiasa mengharapkan permohonannya diterima Allah. Oleh yang demikian seseorang yang ingin memohon doa tertakluk kepada adab dan tatacara supaya doanya diterima Allah. Dalam hal ini seseorang yang ingin berdoa, sewajarnya merujuk kepada panduan yang digariskan oleh syarak sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh yang demikian, maka melalui risalah doa kecil ini, telah diperturunkan beberapa panduan dan kaedah dalam memohon doa dan beberapa penjelasan tentang perkara yang sering ditimbulkan berhubung dengan adab dan tatacara berdoa.

PENGERTIAN DOA Kalimah doa di dalam al-Quran membawa maksud yang berbagai. Antaranya doa dari segi bahasa bermaksud ibadat, memohon bantuan atau pertolongan, permintaan atau permohonan, percakapan, memanggil dan memuji. Maka dapatlah disimpulkan bahawa kalimah doa dari segi istilah membawa maksud melahirkan kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan permohonan hajat dan ketundukan kepada Allah.

Doa yang lebih mudah diterima oleh Allah ialah doa yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis atau lebih dikenali sebagai doa-doa yang ma‟thur. Contoh-contoh doa dalam al-Quran

DOA-DOA MUSTAJAB

Page 5: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Contoh-Contoh Doa dalam Hadis 1. Doa Nabi ketika bangun dari tidur

2. Doa Nabi ketika melihat sesuatu yang mengembirakan

Para ulama juga berpendapat dibolehkan berdoa dari doa yang bukan dari al-Quran dan Hadis. Sebagai contoh doa Saidina Umar bin Abdul Aziz ( Kitab al-Ibadah oleh Syeikh Al-Azhar Prof. Dr. Abdul Halim Mahmud ) :

Di antara syarat-syarat doa ialah:-

1. Memahami maknanya walaupun secara ringkas 2. Menyebutkan sebutan (makhraj) dengan betul dan sebaik mungkin 3. Bertaubat dengan memenuhi syarat-syarat taubat seperti di bawah (1)

i- Meninggalkan perbuatan maksiat ii- Menyesal di atas perbuatan maksiat yang pernah dilakukan iii- Berazam untuk tidak mengulanginya kembali buat selama-

lamanya iv- Sekiranya kesalahan tersebut berkaitan dengan manusia, maka

hendaklah ia membebaskan dirinya dari hak manusia itu.

Page 6: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Contoh pertama ; Jika dia mengambil harta orang lain ,hendaklah memulangkan kembali atau membayar ganti rugi (jika harta itu sudah habis digunakan) atau meminta halal kepada pemilik atau warisnya (jika pemilik sudah meninggal dunia). Contoh kedua :Jika kesalahan tersebut membawa kepada ”Hukum Had” seperti Had Qazaf (tuduhan zina ke atas orang yang tidak melakukannya) maka hendaklah dia menyerah diri untuk dikenakan hukuman had atau memohon kemaafan daripada tertuduh. Contoh ketiga : Jika kesalahan berupa mengumpat maka hendaklah dia meminta maaf kepada orang yang diumpat olehnya.

Dia wajib bertaubat dari segala dosa. Jika dia bertaubat dari sebahagian dosa sahaja nescaya ,dosa tersebut sahaja yang terhapus. Manakala dosa yang tidak dilakukan taubat masih kekal. 4. Merendah diri sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: ”Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut (Al A’ Raf : 55) (1) Kitab Riyadus Solihin ,Muka surat 13

5. Berdoa dengan menumpukan sepenuh hati terhadap isi kandungan doa (tidak lalai semasa berdoa)

6. Meyakini bahawa doanya akan diperkenankan. Sabda nabi S.A.W. :

Ertinya: Hendaklah kalian berdoa kepada Allah dalam keadaan yakin bahawa doa tersebut akan diperkenankan (dimakbulkan) (At Tirmizi dan lainnya)

7. Sumber rezeki seperti makanan , minuman , pakaian dan seumpamanya mestilah halal (antara syarat terpenting)

Dalilnya :

Page 7: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ertinya : Baginda S.A.W. telah menceritakan tentang seorang lelaki yang lama bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan pakaiannya berdebu sambil menadah tangannya ke langit serta berdoa : ” Wahai Tuhanku ......., Wahai Tuhanku.......”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan dia dia dibesarkan dari sumber rezeki yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya akan diperkenankan.(Doanya pasti ditolak) (Muslim dan At Tirmizi)

8. Tidak memandang ke langit ketika berdoa (Muslim) (1)

(1) Kitab karangan Imam Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim Al Husaini

Muka surat 13

Di antara adab berdoa ialah:-

1. Berwudu‟ (Al Hakim, At Tabrani dan Al Baihaqi) 2. Mengangkat kedua belah tangan (Al Hakim, At Tabrani dan Al Baihaqi) 3. Merapatkan kedua belah tangan (Al Hakim, At Tabrani dan Al Baihaqi) 4. Berbetulan dengan kedua bahu (Abu Daud , Al Hakim dan lainnya) 5. Dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah (Abu Daud dan lainnya) 6. Diiringi dengan bersalawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad

S.A.W. (Abu Daud dan lainnya) 7. Setelah itu diucapkan

(Ahmad dan Al Hakim)

ADAB-ADAB BERDOA

Page 8: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

8. Kemudian menyebut atau boleh juga dia membaca seperti berikut:-

Kemudian terus berdoa ............ 9. Mengulangi sebanyak tiga kali (khususnya apabila ia merasa lebih khusyuk dan air matanya mengalir (Abu Daud , Ahmad , At Tabrani dan Abu Nuaim). Dia juga boleh mengulangi lebih dari tiga kali apabila hatinya terasa ingin melakukannya ( diqiaskan kepada hadis yang menyatakan baginda Rasulullah S.A.W. mengulangi ayat 118 Al Maidah dalam Qiyamullail baginda sehingga subuh. (An Nasa’i dan lainnya)

10. Mengadap qiblat (1) ( Al Bukhari , Muslim, Abu Daud dan An Nasa’i) 11. Memohon doa dengan penuh harapan (sepenuh hati) (Imam Malik) 12. Sentiasa berdoa dalam semua keadaan (ketika senang mahupun susah)

(Surah Al Anbiya’ :90)

(1) Jika solat berjemaah, imam disunatkan berzikir dan berdoa dalam keadaan dia menjadikan kanannya ke arah ma‟mum dan kirinya ke arah mihrab sebagaimana riwayat Muslim dan dijelaskan

oleh Imam Nawawi di dalam kitab Al Majmu‟

Sila rujuk:

13. Menadah tapak tangan ke langit apabila memohon sesuatu kebaikan,dan

membalikkan tapak tangan apabila memohon perlindungan dari sebarang keburukan.

Ertinya : Daripada Khallad Ibni As Saaib R.A. , bahawasanya nabi S.A.W. apabila memohon doa, baginda menjadikan tapak tangan baginda berbetulan ke arah langit. Sebaliknya apabila baginda memohon perlindungan ,baginda menjadikan belakang tangan ke arah langit. (Ahmad) , Imam Muslim R.M. meriwayatkan di dalam Bab Solat Minta Hujan ,bahawa baginda mengisyaratkan belakang kedua belah tangannya ke arah langit (Ahmad dan Muslim) ( )

14. Menyapu mukanya dengan kedua belah tangan setelah selesai berdoa (Abu Daud , Ahmad dan lainnya)

15. Apabila doanya telah diperkenankan ,sunat dia membaca

sebaliknya jika ia terasa lambat diperkenankan ,sunat dia membaca

Page 9: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

(Al Baihaqi, Al Hakim dan Ibnu Hibban) 16. Mendahulukan amalan yang soleh seperti sedekah, solat atau seumpamanya sebelum berdoa kerana ia lebih diharapkan doanya diterima oleh Allah 17. Memohon kepada Allah permohonan dari sekecil-kecil sehinggalah sebesar-besar perkara.

18. Berdoa untuk kedua ibubapa dan saudara seagamanya (Muslim)

19. Berdoa untuk orang mu‟min yang telah meninggal dunia. 20. Tidak mengkhususkan doa hanya untuk dirinya sahaja apabila dia

merupakan imam atau pemimpin kepada orang lain (Abu Daud, At Tirmizi, Ibnu Majah , Al Qazwaini dan Ad Dailami)

21. Diaminkan oleh orang yang berdoa dan para pendengar (Al Bukhari, Muslim, An Nasa’i dan Abu Daud) 22. Duduk dalam keadaan Tasyahhud awal (Iftirasy) ketika berzikir dan berdoa (Abu Daud, At Tirmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah) 23. Membilang zikir dan doanya dengan ruas-ruas jari kerana ianya akan disoal dan diizinkan berbicara di akhirat kelak (At Tirmizi dan Abu Daud) (2)

( ) Sebagai tambahan sila rujuk

(2) Kitab karangan Imam Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim Al Husaini

Muka surat 14

1. Orang yang dizalimi (sekalipun ia jahat atau kafir mua‟had

(Al Bukhari , Abu Daud ,At Tirmizi dan Ahmad)

2. Orang yang sedang bermusafir sehingga dia pulang (Muslim, At Tirmizi dan Al Bazzar)

3. Kedua ibubapa yang mendoakan keburukan ke atas anaknya (Abu Daud, At Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa’i

4. Orang yang sedang berpuasa sehingga dia berbuka (At Tirmizi, Al Bazzar dan An Nasa’i)

5. Imam (pemimpin) yang adil (yang meletakkan sesuatu sesuai dengan kehendak islam) (At Tirmizi dan Al Baihaqi)

6. Orang yang banyak berzikir kepada Allah (Al Baihaqi) 7. Seorang mu‟min yang berdoa untuk kebaikan saudara seagamanya tanpa

pengetahuannya (Al Bukhari, Abu Daud dan At Tirmizi)

8. Orang yang sedang mengerjakan ibadat haji dan umrah sehingga dia pulang ke tanahairnya (Al Baihaqi dan Ibnu Majah).

9. Orang yang berperang (berjuang) pada jalan Allah sehingga dia pulang (Ibnu Majah dan Al Baihaqi)

10. Orang yang sedang sakit atau ditimpa bala sehingga dia sembuh atau bebas dari bala itu (Al Baihaqi ,At Tabrani dan Said Ibnu Mansur)

SIFAT –SIFAT ORANG YANG DOANYA MUSTAJAB BERDOA

Page 10: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

11. Orang yang mendoakan untuk kebaikan mu‟minin dan mu‟minat secara umum (keseluruhan) (Ad Dailami) 12. Orang yang banyak berdoa ketika dalam keadaan senang (At Tirmizi dan Al Hakim) 13. Orang yang melapangkan kesusahan orang lain (Ahmad) 14. Orang tua yang rajin beramal dengan sunnah (At Tabrani) 15. Ahli Al Quran yang beramal dengan isi kandungannya (Al Baihaqi) 16. Doa orang yang diberikan bantuan untuk kebaikan pemberinya (Ad Dailami)

17. Golongan yang berhimpun untuk berdoa dan mengucapkan ”Amin” kepada Allah S.W.T (Al Hakim dan Abu Nuaim)

18. Orang yang sedang berada dalam kesusahan

(Abu Nuaim , dan Al Baihaqi) (1)

1)Rujukan :

Kitab karangan Imam Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim Al Husaini

Muka surat 20

Antara Masa Berdoa Yang Mustajab ialah seperti berikut :

1. Ketika azan (Al Bukhari, Al Hakim dan Abu Nuaim) 2. Ketika peperangan di jalan Allah sedang berlaku (Al Bukhari, Al Hakim dan

At Tabrani). 3. Di antara azan dan iqamah (Abu Daud dan At Tirmizi) 4. Sepertiga malam yang akhir / waktu sahur( Muslim,Ai Hakim danAt Tirmizi). 5. Ketika hujan turun (riwayat At Tabrani, dan Abu Nuaim) 6. Ketika melihat Kaabah ( At Tabrani) 7. Ketika angin kencang / ribut (Abu Nuaim) 8. Ketika gelincir matahari / masuk waktu zohor (Abu Nuaim) 9. Ketika berbetulan dengan waktu diperkenankan doa pada hari jumaat

Bukhari dan Muslim)

10. Pada hari Arafah (9 Zulhijjah) khususnya ketika terbenam matahari (AtTirmizi, Said Ibnu Mansur)

11. Pada malam pertama bulan Rejab (Ad Dailami,Abd Razak dan Al Baihaqi) 12. Pada malam Lailatul Qadar (An Nasa’i, Ibnu Majah dan Al Hakim) 13. Pada Malam Nisfu Sya‟ban (Ad Dailami, Abd Razak, dan Al Baihaqi) 14. Pada malam Jumaat (Ad Dailami,At Tirmizi ,dan Al Hakim) 15. Pada kedua-dua malam raya (I‟dil Adha dan I‟dil Fitri) Ad Dailami,At Tirmizi

,dan Al Hakim) 16. Pada sepanjang bulan Ramadhan (At Tabrani) 17. Ketika selesai Khatam Al Quran (Al Baihaqi) 18. Setelah selesai menunaikan solat lima waktu (Ibnu A’sakir) 19. Ketika sujud dalam sembahyang ( Muslim)

WAKTU-WAKTU MUSTAJAB DOA

Page 11: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

20. Ketika seseorang itu merasa terpanggil (terbuka) untuk berdoa (At Tirmizi) 21. Ketika hati seseorang merasa lembut untuk berdoa serta mengalirkan air

mata (Ahmad

22. Setelah mengucapkan ketika bersin (At Tabrani)

23. Ketika manusia lain lalai dari mengingati Allah sama ada dengan kata-kata atau perbuatan mereka (Ahmad)

24. Ketika terdengar ayam jantan berkokok kerana ia merupakan tanda bahawa turunnya malaikat (rahmat) (Al Bukhari) (1)

1)Rujukan :

Kitab karangan Imam Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim Al Husaini

Muka surat 21

Antara tempat-tempat yang mustajab berdoa ialah:-

1. Di masjid Al Fath pada hari Isnin, Selasa dan Rabu

antara dua sembahyang (Bukhari dan Muslim). 2. Di sisi Al Multazam (tempat di antara Hajarul Aswad dengan pintu Kaabah) (At Tabrani, Said Ibnu Mansur dan Al Baihaqi)

3. Di kawasan yang tidak ada penghuni (Abu Nuaim)

4. Ketika meminum air zamzam (Al Hakim) (1)

5. Di tempat tawaf ( dalam Masjidil Haram) 6. Di bawah pancur emas (dalam Hijr Ismail) (Al Azraqie) 7. Di dalam Kaabah (Al Hasan Al Basri) 8. Di atas Bukit Safa dan Marwah (Al Baghawi dan An Nasa’ie)

9. Di tempat Sa‟ie (antara Safa dan Marwah) 10. Di belakang Maqam Ibrahim 11. Di Padang Arafah (At Tirmizi) 12. Di Muzdalifah (Ibnu Majah)

13. Di Mina 14. Di ketiga-tiga jamrah (Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah) (2)

1)Rujukan :

TEMPAT-TEMPAT MUSTAJAB DOA

Page 12: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Kitab karangan Imam Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim Al Husaini

Muka surat 24

2)Rujukan : Kitab karangan Al Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu

Abdullah Al Banjari Al Makki Juz 2 :Muka Surat 29

Hukumnya harus (selama maksudnya tidak bercanggah dengan kehendak Islam) akan tetapi doa dari Al Quran dan Hadis adalah lebih baik. Dalilnya : Hadis Pertama:

Ertinya : Baginda Rasulullah S.A.W. telah mendengar seorang lelaki berdoa

(dengan lafaz yang tidak pernah diajar oleh baginda) : seperti doa di atas. Lalu baginda bersabda ; Sesungguhnya engkau telah berdoa kepada Allah Taala dengan menyebut nama-Nya yang paling mulia , dimana Allah akan memberikan dan memperkenankan permintaan dan doa orang yang berdoa dengannya. (Abu Daud, Ahmad ,Al Hakim dan lainnya) Dalilnya : Hadis Kedua:

HUKUM BERDOA DENGAN DOA YANG LAFAZNYA BUKAN DARI AL QURAN ATAU HADIS

Page 13: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ertinya : Saidina Anas R.A. duduk bersama baginda S.A.W. dan mendengar seorang lelaki menunaikan solat kemudian berdoa (seperti di atas). Baginda S.A.W bersabda :Sesungguhnya dia telah berdoa kepada Allah dengan menyebut nama Allah yang mulia ,dimana Allah akan memberikan dan memperkenankan permintaan dan doa orang yang berdoa dengannya.

(Abu Daud, An Nasa’I ,Ahmad dan Ibnu Hibban) Di antara pengajaran hadis di atas ialah:

1. Rasulullah S.A.W. mendengar seorang yang berdoa dengan doa yang bukan ma‟thur tetapi baginda tidak mengingkarinya sebagaimana hadis berikut:

Rasulullah S.A.W. bertanya kepada seorang lelaki ; “Bagaimana anda membaca dalam solatmu? Dia menjawab ,saya membaca Tasyahhud” kemudian saya berdoa :”Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya aku memohon kepada-Mu syurga dan aku berlindung dengan-Mu daripada neraka ”. Kemudian dia berkata kepada baginda S.A.W. : ,sesungguhnya Saya tidak pandai berdoa seperti nas doamu dan doa Muaz”. Baginda S.A.W. menjawab :Sekitar itulah aku dan Muaz berdoa. (Abu Daud, Al Baihaqi , Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

Imam As Son‟aani berkata : pada hadis ini menunjukkan bahawa seseorang boleh berdoa dengan sebarang lafaz yang dia kehendaki sama ada ma‟thur atau tidak.

2. Rasulullah S.A.W. mengakui (Taqrir) ijtihad sahabat dalam mencipta doa ,malah memujinya dan menerangkan bahawa doanya menepati nama Allah yang paling mulia.

Page 14: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

3. Berdasarkan hadis di atas ,harus bagi orang yang tidak mampu berdoa dengan doa yang ma‟thur beribadah dengan doa doa yang tidak ma‟thur. bahkan tidak mengapa bagi orang yang mengetahui doa yang ma‟thur menyertakan doa yang tidak ma‟thur di dalam permohonan mereka. (1)

Contoh Doa Yang Tidak Ma‟thur: Doa Saidina Umar Ibnu Abd Aziz R.M. seperti berikut :

Maksudnya : Ya Allah Ya Tuhanku , jangan Engkau berikan kepadaku di dunia ini akan suatu pemberian yang menyebabkan aku dijauhi dari rahmat-Mu di akhirat kelak.(2)

(1) Rujuk : Kitab karangan Imam Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim Al Husaini Muka surat 32 (2) Rujuk : Al Ibadah Ahkam Wa-Asrar ,Dr. Abd Halim Mahmud ,Sheikhul Azhar ,MS 201

Sebagai tambahan ,rujuk kitab yang sama pada muka surat 197 – 204

Ketika Imam Ibrahim bin Adham (seorang wali Allah) ditanya, kenapakah doa seseorang ditolak oleh Allah Taala.Lalu beliau menjawab:-

1- Kamu kata kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan tanggungjawab kepada Nya

2- Kamu kata kamu cintakan Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya

3- Kamu baca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya

4- Kamu makan rezeki Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya

5- Kamu tahu syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu berkawan dengannya

6- Kamu kata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya

7- Kamu kata neraka itu benar, tetapi kamu melakukan perbuatan yang

mendekatkan kamu kepadanya

8- Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia menghadapinya

9- Kamu nampak keaiban orang lain, tetapi kamu tidak nampak keaiban diri kamu sendiri

SEPULUH SEBAB DOA TIDAK MAKBUL

Page 15: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

10- Kamu kuburkan keluarga kamu yang mati,tetapi kamu tidak mengambil i‟tibar /daripadanya.

1. Doa masuk tidur

Maksudnya : Dengan namaMu Ya Allah aku hidup dan aku mati 2. Doa bangun tidur

Maksudnya : Segala puji bagi-Mu Ya Allah, Engkau telah menghidupkan dan membangunkan kami kembali setelah beberapa lama Engkau tidurkan kami dalam ayunan dan buaian mimpi. KepadaMu Tuhan semua makhluk akan kembali ( pada hari kemudian ) 3. Doa masuk rumah

Maksudnya : Ya Allah Ya Tuhanku, Aku memohon kepadaMu kebaikan ketika masuk dan kebaikan ketika keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan Allah kami keluar dan kepada Allah kami berserah diri. Kemudian hendaklah memberi salam kepada keluarganya. 4. Doa keluar rumah

DOA-DOA HARIAN ( DIPETIK DARI KITAB AL-AZKAR IMAM NAWAWI )

Page 16: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Maksudnya : Dengan nama Allah aku berserah kepada Allah, dan tiada daya upaya melainkan dengan Allah 5. Doa masuk tandas

Maksudnya : Dengan nama Allah, Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada syaitan-syaitan jantan dan betina. 6. Doa setelah keluar tandas

Maksudnya : Ya Allah aku memohon keampunanMu ! Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kotoran daripadaku serta menyelamatkan ( menyihatkan ) aku. 7. Doa ketika hendak makan

Maksudnya : Ya Allah Ya Tuhanku berkatilah untuk kami dalam rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami dan peliharakanlah kami dari azab neraka. 8. Doa setelah selesai makan

Maksudnya : Segala pujian bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami dari kalangan orang Islam 9. Doa ketika terlupa membaca Bismillah

Maksudnya : Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya 10. Doa ketika menuju ke masjid

Maksudnya : Ya Allah Ya Tuhanku,Jadikanlah dalam hatiku cahaya ,pada lidahku cahaya, pada penglihatanku cahaya, pada pendengaranku cahaya, disebelah kananku cahaya, disebelah kiriku cahaya, diatasku cahaya, dibawahku cahaya, dihadapanku cahaya, dibelakangku cahaya dan jadikan untukku cahaya, dan jadikan daku cahaya dan tambahkan untukku cahaya. (Maksud cahaya ialah : Seluruh tubuh badan mendapat taufiq dan hidayah untuk menghayati ajaran Islam yang diredhoi oleh Allah S.W.T).

Page 17: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Rujuk : Mafatihul Al Qurbi ,Sheikh Muhammad Zaki R.M. muka surat 16 : Al Futuhaat Ar Rabbaniyyah , Al Allamah Muhammad Ibnu Allan As Siddiqie Juz ke 2 M.S. 36

11. Doa Ketika Masuk Ke Masjid

Maksudnya : Aku berlindung diri kepada Allah yang Maha Besar dan dengan wajahNya yang mulia, serta kekuasaanNya yang sedia ada daripada bahaya syaitan yang terkutuk. Segala puji bagi Allah.Ya Allah Ya Tuhanku turunkanlah salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah semua dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku semua pintu rahmatMu. 12. Doa ketika berada dalam saf solat

Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah kepadaku segala pemberian yang terbaik sebagaimana yang telah engkau berikan kepada hamba-hambamu yang soleh 13. Doa ketika hendak keluar masjid

Maksud : Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu dari kelebihanMu. 14. Doa ketika menziarahi orang sakit

Maksudnya : Ya Allah Tuhan sekelian manusia, lenyapkanlah kepayahan daripadanya, sembuhkanlah dia kerana Engkaulah yang menyembuhkan tiada sembuhan lain melainkan sembuhannMu. Satu sembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

5. Doa selepas belajar secara (beramai-ramai)

Maksudnya : Ya Allah manfaatkanlah segala ilmu yang telah engkau ajarkan kepada kami dan ajarilah kami ilmu yang memberi manfaat (berfaedah) kepada kami dan kurniakanlah kepada kami segala ilmu yang memberi manfaat kepada kami. (Annasai dan Al Hakim ) Subulussalam jilid 4/411

Page 18: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah ya tuhan kami, keluarkanlah kami dari kegelapan kejahilan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman dan bukakanlah hati kami dengan makrifah ilmu dan sinarilah hati-hati kami dengan cahaya petunjukmu seperti mana engkau sinari bumimu dengan cahaya matahari sepanjang zaman.

Ya Allah kami berlindung padamu dari rundungan sedih dan duka. Kami berlindung padamu dari sifat lemah dan malas Kami berlindung padamu dari sifat bacul dan kikir ,Kami berlindung padamu dari beban hutang dan penindasan orang

DOA PERHIMPUNAN

Page 19: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah Ya Tuhan kami bukakanlah hati dan minda kami supaya kami dapat belajar dengan mudah dan kami mohon agar engkau berikanlah kepada kami ilmu yang bermanfaat serta sinarilah hati-hati kami dengan nur hidayahMu

Ya Allah Perbanyakkan kami dengan ilmu pengetahuan, Hiasilah kami dengan sopan santun, Muliakanlah kami dengan ketakwaan dan perelokkan kami dengan sihat wal‟fiat.

DOA MEMULAKAN PELAJARAN

Page 20: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah Engkau simpankanlah segala ilmu yang telah kami pelajari pada hari ini dalam minda kami dan kembalikan kepada kami apabila kami memerlukannya. Ya Allah, selamatkanlah perjalanan pulang kami ini dari segala mara bahaya supaya kami dapat sampai ke rumah dengan selamat dan bertemu dengan ayahbonda yang kami sayangi. Ya Allah panjangkanlah usia kami supaya kami dapat kembali semula ke sekolah ini pada esok hari dengan semangat untuk terus belajar dan mencipta kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Ya Allah jadikanlah hari ini kebaikan bagi kami dan hari esok lebih baik dari hari ini.. Amin Ya Rabbal „Alamin

DOA WAKTU PULANG

Page 21: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah Ya Fattah Ya „Alim Pada hari ini kami berkumpul, untuk bermesyuarat, atas urusan kehidupan dan tanggungjawab kami, kepada agama, bangsa dan Negara. Satukan hati-hati kami Ya Allah di bawah panji kasih-sayangmu, kurniakan kesihatan rohani dan jasmani yang sempurna, bekalkan semangat dan kesabaran agar kami beroleh kemudahan dan kekuatan untuk menjayakan tugas dan amanahmu ya Allah. Kami sedar ya Allah Engkaulah sebaik-baik perencana, maka perencanaan kami di bawah perencanaanMu, lalu engkau lapangkanlah dada kami, bukakanlah minda kami agar kami mampu menghasilkan idea yang bernas, keputusan yang tuntas, supaya terhasil strategi dan perlaksanaan yang kemas serta memberi bekas. Ya Allah, kami jua memohon agar segala keputusan yang kami buat menjadi kebaikan kepada kami, andai tersalah ampunkanlah kami ya Allah.

DOA MAJLIS MESYUARAT

DOA MESYUARAT AGUNG PIBG

Page 22: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah ya Tuhan kami ,Kami panjatkan rasa syukur kami yang tidak terhingga kepadaMu ya Allah ,kerana dengan limpah kurnia dan inayahMu jua ,maka kami ibubapa dan guru pada hari ini dapat berhimpun bersama untuk bermesyuarat dalam suasana persaudaraan dan mahabbah. Ya Allah , Ya Rahman ,Ya Rahim, Kami semua insaf bahawa tanggungjawab mendidik anak-anak dengan didikan yang bersifat duniawi dan ukhrawi adalah tanggungjawab yang perlu dipikul bersama dan tidak akan berjaya, tanpa adanya kesepaduan antara rumah dan sekolah. Ya Allah , kukuhkan tekad kami , serta bantu kami ya Allah supaya kami dapat menjadi contoh buat anak-anak yang kami sayangi , yang bakal menjadi peneraju kesinambungan buat generasi yang cemerlang , gemilang dan terbilang . Oleh itu jadikanlah ya Allah , ibubapa dan guru serta waris yang hadir pada hari ini , sentiasa sedar dan meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak sebagai satu amanah dariMu , yang nanti akan dipertanggungjawabkan. sebagaimana sabda rasulMu “ Kamu semua adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang orang yang di bawah pimpinannya. Akhirnya ya Allah , jadikanlah anak-anak kami sebagai anak-anak yang taat kepadaMu , baik akhlaknya dan menjadi penyejuk mata ayah dan bonda , anak yang cintakan ilmu pengetahuan , berwawasan jauh serta menjadi contoh buat generasi akan datang. Amin Ya Rabbal Alamin.

DOA MOTIVASI PELAJAR

Page 23: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah, Ya Fattah, Ya „Alim, Pada pagi ini kami berhimpun dengan satu tekad dan matlamat bagi menunaikan amanah yang terpikul di bahu kami. Sesungguhnya kami sedar ya Allah, kami memikul amanahMu meninggikan syiar Islam di muka bumi maka bantulah kami, kurniakan kami kelapangan dada, ketenangan fikiran agar kami mudah menerima ilmu pengetahuan, menerokai alamMu yang penuh rahsia dan keajaiban. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim Kami sedar betapa besarnya pengorbanan kedua ibubapa kami mendidik dan mengasuh kami lantas kami merayu Ya Allah ampunilah dosa mereka, berilah keberkatan umur kepada mereka agar dapat kami balas jasa keduanya dengan meraih kejayaan berkat keizinanMu Ya Allah . Ya Allah, Ya Aziz Ya Jabbar, Sebagaimana engkau utuskan rasulMu penuh kesabaran, semangat dan keutuhan, jadikanlah kami jua insan yang sentiasa bersemangat waja, berdaya saing dan berdaya juang. Hiasilah diri kami Ya Allah dengan akhlak yang terpuji kerana kami yakin bahawa kemuliaan itulah menjadikan kami sentiasa bermotivasi, berinovasi, kreatif dan berminda positif.

DOA PERJUMPAAN WARIS

Page 24: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah kami mulakan majlis kami pada hari ini dengan berdoa dan bermunajat memohon kepadaMu agar Program Bersama Waris ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunilah dosa kami, pimpinlah kami menjadi hamba-hambaMu yang sentiasa mentaatiMu dan juga sebagai ibubapa yang prihatin terhadap masa depan anak-anak. Hidupkanlah dalam hati-hati kami rasa tanggungjawab terhadap amanahMu dalam mendidik anak-anak, kerana mereka adalah aset yang sangat berharga buat kami semua untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Ya Allah, NabiMu telah bersabda yang mafhumnya apabila mati seseorang anak Adam terputuslah amalannya kecuali dia meninggalkan anak yang soleh atau solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya. Oleh itu Ya Allah, kurniakanlah kepada kami anak-anak yang soleh yang bakal mencerna dan mewarnai negara tercinta ini dengan generasi yang beriman dan bertaqwa, cintakan ilmu pengetahuan berhati mulia dan berbudi luhur. Ya Allah, Ya Hafiz, Peliharalah anak-anak kami daripada terjebak dalam kancah kemaksiatan di dunia yang serba mencabar yang nanti bakal mengundang seribu kesesalan. Ya Allah kami juga memohon kepadaMu agar pertemuan kami pada hari ini menjadi pertemuan ukhuwwah serta mengeratkan persahabatan sesama kami. Tautkanlah antara hati-hati kami supaya kami dapat bersatu mengembeling tenaga membantu pihak sekolah membina kecemerlangan anak-anak kami dan sekolah ini.

Page 25: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Di dalam majlis yang penuh keberkatan ini, kami merafa‟kan tangan kehambaan memohon belas kasihan Mu, agar Engkau sinarilah hati kami dengan cahaya hidayah Mu , bukakanlah minda kami dengan limpahan hikmah Mu, suburkanlah jiwa kami dengan rasa ketakwaan, semoga dengannya kami mudah menerima ,menghayati dan mengamalkan petunjuk-petunjuk agama Mu. Sesungguhnya Engkau jua Yang Maha Mengetahui, betapa dhaifnya diri kami ketika menghadapi ranjau dan mehnah dalam perjuangan memartabatkan agama Mu.Justeru kurniakanlah kepada kami ilham dan kebijaksanaan dalam memimpin organisasi kami, serta hikmah yang tinggi dalam menghadapi kerenah anak-anak didik kami. Dengan penuh kerendahan hati, kami bermunajat kepada Mu, tautkanlah hati-hati kami, satukanlah fikrah antara kami, padukanlah saf kami serta pimpinlah kami agar matlamat untuk melahirkan generasi “Khairul Ummah” yang berjiwa Rabbani dan Hadari menjadi kenyataan akhirnya. Inilah bai‟ah hambaMu kepada Mu Ya Allah. Janganlah pula Engkau kecewakan kami lantaran kelemahan dan keterbatasan diri kami sehingga tiada lagi pewaris tugas suci ini. Maka dari itu Ya Allah, perkenankanlah doa kami , harapan kami dan impian kami. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Hari ini majlis kami dihadiri oleh seorang hamba Mu yang berhati mulia,seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, yang sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang tugas dan tanggungjawab kami sebagai pendidik dan pendakwah.Dari itu ya Allah, kami memohon kepada Mu agar Engkau rahmatilah hidupnya, murahkanlah rezekinya serta tetapkanlah imannya agar segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepadanya dapat dimanfaatkan untuk agama , bangsa dan negara

DOA MAJLIS BERSAMA PEMIMPIN

Page 26: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Didalam majlis yang penuh barakah ini, kami merafakkan tangan kehambaan memohon belas kasihanmu, agar engkau sinarilah hati kami dengan cahaya hidayahmu , bukalah minda kami dengan limpahan hikmahmu, suburilah jiwa kami dengan baja ketakwaan , semoga dengannya kami mudah menerima , menghayati dan mengamalkan petunjuk-petunjuk agamamu. Selama 4 hari 3 malam kami bersama di sini, membina diri dengan ilmu dan kemahiran, mengeratkan hati kami dengan mahabbah dan kasih sayang, dari itu Ya Allah kami mohon padamu agar engkau mantapkan ilmu dan kemahiran kami serta suburkanlah kasih sayang antara kami. Kami sedar Ya Allah bahawa tugas kami sebagai pendidik dan murabbi terlalu berat dan mencabar. Namun yang ada pada kami hanyalah kesedaran , semangat dan rasa tanggungjawab, dari itu bantulah kami Ya Allah dalam melaksanakan tugas kami membimbing dan mengajar anak-anak didik kami. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ketika kami datang ke kursus ini, engkau bekalkan kami dengan kesabaran dan ketabahan untuk meninggalkan anak, isteri dan keluarga didalam kerinduan, mengharungi badai gelombang, maka biarlah kepulangan selepas ini engkau titipkan kami dengan kekuatan dan kecekalan agar dapat kami tempoh ranjau perjuangan, menjana generasi khaira ummah, agar agama bangsa negara semakin cemerlang, gemilang dan terbilang.

DOA MAJLIS PERASMIAN KURSUS

Page 27: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Dengan penuh rasa rendah diri dan rasa terharu, kami berkumpul pada hari yang indah ini memohon limpah restuMu agar perhimpunan kami sempena Sambutan Hari Guru tahun ini akan mendapat petunjuk dan hidayahMu. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kami amat yakin dan percaya bahawa tugas dan profesion kami sangat mulia lagi terpuji dan merupakan kesinambungan medan jihad para anbia‟ dan mursalin. Kami juga sedar Ya Allah , di saat dunia sedang berhadapan dengan berbagai kemajuan yang cukup pesat, dunia globalisasi tanpa sempadan , tugas kami menjadi semakin berat dan mencabar , memerlukan kekuatan, keteguhan, dan kesepaduan tenaga dan fikiran serta perpaduan yang cukup mantap dan erat. Oleh itu Ya Allah kurniakanlah kepada kami semangat juang yang tinggi agar Falsafah Pendidikan Negara yang kami dukung selama ini akan terlaksana dengan jayanya. Ya Allah Ya Fattah Ya Alim Sesungguhnya Kami tahu bahawa kami adalah hasil kejayaan usaha gigih guru-guru kami yang terdahulu lantas kami sedar betapa pengorbanan para guru terdahulu adalah terlalu mahal nilainya untuk kami balas, oleh itu Ya Allah kami memohon kepadaMu agar Engkau cucurilah rahmatMu kepada mereka , Engkau ampunilah dosa mereka dan Engkau tempatkanlah mereka yang telah pergi meninggalkan kami di kalangan hamba yang Engkau kasihi. Amin Ya Rabbal „Alimin.

DOA HARI GURU

DOA HARI PAHLAWAN

Page 28: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Pada hari yang penuh keberkatan ini kami hamba-hambaMu berkumpul dan berhimpun bagi menyambut Hari Pahlawan bagi tahun …………. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah bahawa di antara hamba-hambaMu terdapat mereka yang telah berjuang dengan harta dan nyawa demi memerdekakan bumi bertuah ini. Mereka rela membiarkan harta menjadi pusaka, anak menjadi piatu, isteri menjadi janda. Dari itu Ya Allah Engkau cucurilah rahmat ke atas roh mereka dan tempatkanlah mereka bersama para mursalin , syuhada dan solihin. Ya Allah Ya Fattah Ya Alim Pada hari yang mulia ini juga, kami memohon kepadaMu Ya Allah agar Engkau kurniakanlah kekuatan dan semangat juang kepada wira-wira negara yang sedang bertugas demi agama bangsa dan negara sentiasa terpelihara di bawah lembayung rahmat Yang Esa.

Ya Allah, kami berlindung denganMu dari rundungan sedih dan duka.Kami berlindung denganMu dari sifat lemah dan malas. Kami berlindung denganMu dari sifat bacul dan kikir. Kami berlindung denganMu dari beban hutang dan penindasan orang.

DOA HARI KEMERDEKAAN

Page 29: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah Ya Malikal Mulk, engkaulah pemerintah segala pemerintah, Engkau yang berhak memberi pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau juga berkuasa mengambilnya daripada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah jua yang menghina dan memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, Di dalam genggamanMulah segala kebaikan, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu. Betapa kami merafakkan syukur kepadaMu atas nikmat kemerdekaan yang Engkau limpahkan kepada tanah air kami. Kami sedar betapa pahit jerih generasi terdahulu meraih kemerdekaan yang harganya adalah darah, nanah dan airmata perjuangan. Oleh itu Ya Allah Engkau cucurilah rahmatMu kepada para pejuang kemerdekaan yang telah pergi meninggalkan kami. Ya Allah, sebagaimana Engkau merdekakan Negara kami maka kami memohon kepadaMu agar Engkau merdekakan kami dari belenggu syirik, khurafat, tahayyul dan kekufuran, merdekakan juga jiwa kami dari berhasad dengki, tamak haloba, bakhil kedekut dan perasaan mazmumah, agar dapat kami bergerak seiring, berdaya saing memajukan negara tercinta, Engkau merdekakan minda kami dari sentiasa berburuk sangka, berminda negatif sehingga menghalang kemajuan dan ijtihad ke arah menjadikan kami umat yang maju dan seimbang. Ya Allah Ya Aziz, Kami sedar Ya Allah betapa sukarnya untuk kami mengisi dan mengekal nikmat kemerdekaan, Oleh itu, satukanlah antara hati-hati kami tanpa mengira warna kulit dan suku bangsa, saling membantu berkasih sayang atas rasa tanggungjawab terhadap negara tercinta.

DOA HARI-HARI KEBESARAN ISLAM

Page 30: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut serta basah untuk mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta badan yang ringan untuk menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah kurniakan kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah kurniakanlah kami agama yang jitu dan unggul. Selamatkanlah kami dari mara bahaya. Kami memohon Ya Allah, kecukupan yang tidak sampai sehingga kami terpaksa meminta jasa baik orang lain, berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri atau menyembah selain dari Engkau, kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Janganlah Ya Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun sekadar sekelip mata. Wahai tuhan yang mudah dan cepat memperkenankan permintaan hambaNya …… perkenankanlah Ya Allah. Ya Allah jadikanlah perhimpunan kami sempena menyambut ………………………..…… pada hari ini sebagai penggerak dan titik tolak untuk kami membina kehidupan yang lebih baik dan menjadi hambaMu yang taat serta patuh kepada perintahMu, sentiasa mensyukuri nikmatMu. Hiasilah Ya Allah hidup kami dan anak-anak didik kami dengan akhlak yang mulia, berjiwa merdeka dan menggerakkan satu momentum memacu agama, bangsa dan negara ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat.

DOA FESTIVAL NASYID

Page 31: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim Hari ini kami hamba-hambamu berhimpun dan berkumpul didewan yang berseri ini, bagi menjayakan Karnival Nasyid Peringkat …………………... Padamu kami memohon agar majlis kami ini mendapat keberkatan dan KeredhaanMu. Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Indah dan Engkau sukakan segala keindahan, maka pada hari ini Ya Allah, melalui Festival nasyid ini, kami hamba-hambaMu memuji keindahan sifatMu, kami memuji keindahan peribadi RasulMu, kami memuji keindahan syariat AgamaMu. Dari itu Ya Allah terimalah segala puji-pujian hamba-hambaMu yang hina ini. Engkau juga Ya Allah memerintahkan kami agar sentiasa menyeru kearah kebaikan dan mencegah kejahatan dan kemungkaran, maka melalui Festival nasyid ini juga kami menyusun kata-kata indah, dengan gaya dan nada yang penuh hikmah mengajak hamba-hambaMu mengamalkan segala kebaikan dan menjauhi diri dari segala kejahatan dan kemungkaran. Hanya padaMu Ya Allah kami berharap agar Engkau terimalah segala usaha murni ini dan jadikanlah ia sebagai amal soleh yang akan mendapat ganjaran pahala dariMu Ya Allah, Seandainya di dalam majlis kami ini terdapat perkara yang mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Ya Allah jadikanlah kami diantara hamba-hambaMu yang sentiasa mendengar dan mengikut perkataan yang baik.

DOA MAJLIS TADARRUS AL QURAN (MTQ)

Page 32: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Dihari yang mulia ini, kami hamba-hambaMu berkumpul dan berhimpun bagi menjayakan program majlis tilawah Al Quran bagi tahun ………. Kami bermohon padaMu Ya Allah agar Engkau berkatilah majlis kami ini. Engkau jadikanlah ia sebagai amalan yang mendapat ganjaran pahala darimu. Ya Allah Ya Fattah Ya Alim Engkau rahmatilah kami dengan kemuliaan Al Quran. jadikanlah ia sebagai panduan hidup kami dan kurniakanlan kepada kami kelazatan membacanya siang dan malam. Ya Allah Ya Tuhan kami, Hiasilah diri kami dengan perhiasan al- Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan al Quran, pakaikanlah kami dengan pakaian al Quran, dan masukkanlah kami Ya Allah kedalam syurgamu dengan syafaat al Quran.

Page 33: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kami tautkan dua tangan kami dan memohon kehadratMu agar acara yang meriah ini , yang menjadi kemuncak pencapaian anak-anak kami sepanjang tahun …2005/06…… akan mendapat rahmat serta inayah daripadaMu. Ya Allah, Betapapun engkau telah memilih anak-anak kami menjadi anak yang cemerlang pada hari ini, namun kami akan sentiasa memohon agar engkau jadikan mereka anak yang sentiasa cemerlang di dunia dan gemilang di akhirat , anak yang taat pada perintah Allah dan perintah rasulNya, patuh pada suruhan ibubapa, menghormati guru-guru dan rakan-rakan mereka. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Pada hari yang barakah ini, kami ungkapkan rasa syukur kami dengan memuji-muji kebesaran dan keagunganMu . Engkaulah Tuhan semesta alam. Tuhan yang menentukan segala-galanya. PadaMu Ya Allah kami bergantung harapan dan memohon pertolongan buat diri dan keluarga kami. Kami juga tidak lupa Ya Allah memohon agar Engkau limpahkan rahmatMu kepada guru-guru yang telah bersusah payah mendidik anak-anak kami sehingga mereka berjaya. Ya Allah Ya Zaljalali Wal Ikram Kami akhiri doa kami dengan satu kesepakatan, bahawa kami akan sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah untuk sama-sama menyumbang buah fikiran dan tenaga bagi mendokong cita-cita murni memartabatkan agama ,bangsa dan Negara supaya menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.

DOA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Page 34: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah, Tuhan yang bersifat pemurah, kami dambakan rahmatMu pada pagi ini, untuk kami laksanakan perencanaan kami dalam Karnival Puisi Sains pada kali ini, moga lembayung rahmatMu memayungi perjalanan karnival ini hingga ke akhirnya. Ya Allah dengan hati yang penuh kerendahan kami memohon agar Engkau jernihkan hati-hati kami, agar ianya jauh dari kekeruhan sifat mazmumah sebagaimana Engkau jernihkan air hujan yang Engkau titiskan ke bumi lalu darinya engkau hidupsuburkan tumbuh-tumbuhan. Ya Allah, sesungguhnya kekuasaanMu terserlah, ketika Engkau pancarkan sinar mentari yang penuh berfaedah, ketika Engkau simbahkan cahaya rembulan yang menentukan pasang surut lautan, lalu kami insan yang kerdil ini menumpang berteduh di bawah payungan rahmatMu. Ya Allah jadikanlah kami insan yang setia, tunduk kepada perintahMu sepertimana tunduksetianya matahari dan bulan pada orbitnya atas iradahMu. Peliharalah kami daripada melanggar perintahMu sepertimana siang yang tidak pernah melanggar perintah mendahului malam. Ya Allah, bukakanlah minda kami yang telah Engkau bekalkan dengan 25 trillion neuron untuk kami sentiasa tadabburkan kejadian langit dan bumi, agar bertambahlah iman, bercahayalah makrifah, lantas terbukalah pintu keampunan. Kami jua memohon kepadaMu Ya agar engkau sentiasa mencurahkan kepada kami ilmuMu agar kami sentiasa mampu berusaha mengkaji dan mencari rahsia alamMu untuk manfaat kami Ya Allah.

DOA PUISI SAINS

DOA PROGRAM / KEGIATAN KO KURIKULUM

Page 35: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah pada hari ini kami berhimpun dengan matlamat untuk menjayakan kejohanan Sukan / Olahraga pada tahun ini. Oleh itu Ya Allah, dengan hati penuh kerendahan kami memohon keampunan, kami mengharap perlindungan, kami mendamba rahmat dan kasih sayang agar kejohanan yang kami anjurkan pada hari ini berjaya dilaksanakan tanpa sebarang masalah dan kecelakaan. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Agung, melalui kejohanan yang kami anjurkan hari ini, Engkau titipkan di hati kami keimanan, Engkau satukan hati antara kami tanpa mengira warna kulit dan suku bangsa, Engkau jadikannya keberkatan kepada kami supaya terbenih keikhlasan di hati, terbina kesihatan jasmani, terjana akal yang suci, terbuka minda abadi. lalu darinya Ya Allah, dapat kami satukan ramuan ini dalam diri untuk kami menjadi umat yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Lalu kami menjadi umat yang berdaya saing, berdaya juang, memacu Negara kami menuju negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ya Allah jadikan permulaan kami kebaikan dan kesudahan kami kebaikan. Amin Ya Rabbal „Alamin.

Ya Allah Engkau lapangkan hati kami untuk kami tadabburkan segala apa yang kami lihat, dan kami dengar, agar bertambah keyakinan kami terhadap kekuasaanMu. Peliharalah penglihatan kami, pendengaran kami serta kawallah tingkahlaku kami dari sebarang perkara yang membawa kepada dosa dan kemurkaanMu. Sesungguhnya kami amat takut kepada kemurkaanMu sebagaimana takutnya kami kepada azab api neraka.

DOA LAWATAN SAMBIL BELAJAR / MUSAFIR

Page 36: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah kami sedar bahawa Engkaulah yang mengatur dan menguasai sekelian alam, maka kami memohon agar Engkau selamatkan perjalanan kami dari sebarang petaka, mara bahaya, Engkau jauhkan kami dari perbuatan khianat sama ada dari kalangan manusia, jin atau makhluk lain yang berniat jahat kepada kami ya Allah

Ya Allah, Jadikanlah pengalaman yang kami perolehi dari perjalanan kami ini sebagai ilmu yang bermanfaat untuk kami gunakan bagi memajukan agama dan Negara kami. Ya Allah sebagaimana Engkau selamatkan perjalanan kami maka Engkau selamatkanlah jua kepulangan kami nanti.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Dihari yang mulia dan barakah ini, kami hamba-hambamu berhimpun dan berkumpul bagi meraikan persaraan saudara kami…………….. KepadaMu Ya Allah kami bermohon agar Engkau terimalah segala pengorbanan dan usaha gigih yang telah dicurahkannya selama ini. Engkau berkatilah hidupnya, Engkau murahkanlah rezekinya serta kurniakanlah kepadanya Ya Allah kesihatan yang baik agar hambaMu ini dapat meneruskan sumbang baktinya kepada agama bangsa dan Negara.

DOA PERSARAAN / PERPISAHAN

Page 37: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Kami sedar Ya Allah bahawa kami adalah hamba-hambaMmu yang lemah. Kami tidak berupaya untuk mengelak diri dari melakukan kesalahan,kesilapan dan dosa kepadaMu sama ada secara sedar ataupun tidak sedar, dari itu Ya Allah seandainya sepanjang perkhidmatan kami khususnya saudara kami ini terdapat perlakuan dan tingkah laku yang mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah YaRahman Ya Rahim. Disini juga kami berharap kepadamu agar Engkau kurniakan kecekalan,ketabahan , kesabaran dan rasa tanggungjawab kepada kami hamba-hambaMu yang masih berkhidmat ini supaya kami dapat menerus dan menjalankan tugas-tugas kami dengan baik dan sempurna.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon dariMu kesejahteraan untuk kami semua. Selamatkanlah agama kami sihatkanlah Ya Allah tubuh badan kami, tambahkan kepada kami ilmu pengetahuan dan berikan keberkatan kepada rezeki yang kami perolehi, dan jadikanlah kami orang yang bertaubat sebelum kami mati. Ya Allah Ya Tuhan kami ringankanlah kesakitan ketika kami menghadapi sakratulmaut dan hindarkanlah kami semua dari api nerakaMu dan ampunilah kami di ketika kami di hisab pada hari akhirat nanti, Ya Allah ya Tuhan kami, Jadikanlah perhimpunan kami pada hari ini sebagai perhimpunan yang mendapat RahmatMu dan perpisahan kami selepas ini adalah perpisahan kami selepas ini adalah perpisahan yang mendapat keampunan dariMu . Amiin Ya Rabbal Alamiin.

DOA JAMUAN GURU

Page 38: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Dengan penuh rasa kesyukuran, kami berhimpun pada pagi ini, untuk meraikan sambutan hari lahir …………………………. , sebagai tanda kasih dan sayang kami kepadanya maka kami memohon kepadaMu agar Engkau panjangkanlah umurnya dalam rahmat, iman yang mantap, tenaga yang kuat, pemikiran yang hebat, rezeki yang tak kunjung sejat dan penuh berkat. Ya Allah Ya Sami‟u Ya „Alim, Kami menitipkan doa ini, dengan bersungguh harap agar engkau kurniakan kepada saudara kami ini hati yang suci, sentiasa berbudi murni, tekad dan semangat yang tinggi, amalan yang terpuji agar dengannya dapatlah dia menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi serta mampu menghadapi cabarannya tanpa goyah jatidiri. Ya Allah Ya Karim, Sejahterakanlah kehidupan saudara kami ini, bahagiakanlah dirinya agar kesejahteraan dan kebahagiaannya menjadi tempias berharga kepada kesejahteraan keluarga, agama, bangsa dan negara. Amin Ya Rabbal Alamiin.

DOA MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR

Page 39: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam. Salawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad (s.a.w) dan keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah sesungguhnya pada tahun ini hambamu telah melakukan larangan-larangan Mu tapi belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku mohon keampunan dari Engkau, ampunilah aku dan apa yang aku lakukan pada tahun ini, yang Engkau redhai dan yang Engkau janjikan pahala. Maka aku memohonnya kepada Engkau Ya Allah, Ya Karim, Ya Zal- Jalali-wal-Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadapMu. Salawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga baginda dan para sahabatnya, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.

DOA AKHIR TAHUN

Page 40: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad (S.A.W) dan keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu Yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah. Sesungguhnya pada tahun ini aku pohon Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, kuncu-kuncunya , tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya dan aku mohon perlindungan daripada nafsu ammarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Salawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad (s.a.w) dan ke atas keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.

DOA AWAL TAHUN

Page 41: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Rujukan Bahasa Melayu 1. Al-Quran dan Terjemahannya, Penerbit J-ART

SUMBER RUJUKAN

Page 42: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

2. Kumpulan Doa dan Zikir ( Terjemahan al-Azkar ), Syed Ahmad Semait, Pustaka Nasional Singapura. 3. Terjemahan Riyadhus Shalihin, M. Abdai Rathomy, Pustaka Nasional Singapura 4. Wirid dan Doa, Hj. Jamaluddin Hashim, Jabatan Agama Johor.

Dato‟ Abdul Rahman bin Yob, DSDK., KMN., BCK. Pengarah Pelajaran Negeri Kedah. Tn. Hj. Abdul Aziz bin A. Lateh, Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam & Moral Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Tn. Hj. Mahir bin Mohamad, Penolong Pengarah Dakwah, SPPIM, JPN, Kedah Tn. Hj. Abdul Hamid bin Zakaria Penyelia Pendidikan Islam Menengah, SPPIM, JPN, Kedah Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah, Negeri Kedah Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Kedah Semua Panel Penulis Jurulatih Utama Dakwah Jurulatih Dakwah Semua pihak yang terlibat dalam menyusun dan mengeluarkan Buku Himpunan Doa Majlis-Majlis Rasmi Sekolah Semoga Sumbangan Dato‟ / Tuan / Puan mendapat ganjaran dari Allah Taala.

SEKALUNG PENGHARGAAN

Page 43: Doa rasmi spi kedah

HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Penasihat : Dato‟ Abdul Rahman bin Yob, DSDK.,KMN.,BCK., Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Tn. Hj. Abdul Aziz bin A. Lateh Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Tn. Hj. Mahir bin Muhamad Penolong Pengarah Dakwah, SPPIM, JPN, Kedah Tn. Hj. Abd. Hamid bin Zakaria, Penyelia Pendidikan Islam Sekolah Menengah, SPPIM, JPN, Kedah. Panel Penulis:

Ustaz Haji Muhamad Puad bin Ilias @ Yahya ( SMK. Baling ) Jurulatih Utama Dakwah, SPPIM Tuan Syeikh Aminuddin bin Abd. Rahim ( SK. Haji Hassan b. Itam, Simpang Empat ) Ustaz Haji Mohd Najib bin Haji Ahmad ( SMK. Mahang,Kulim ) Jurulatih Utama Dakwah, SPPIM Ustaz Mohd Rifae bin Haji Ismail ( SMK.Tunku Putera,Baling ) Jurulatih Dakwah, SPPIM Ustaz Ahmad Zakir bin Abdul Hamid ( SK. Lunas Jaya,Kulim ) Jurulatih Dakwah, SPPIM Usth. Maudah bt. Ali ( SMK. Baling ) Jurulatih Dakwah, SPPIM

PANEL PENULIS