Doa Sebelum Belajar

1
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, iaitu puji-pujian yang melengkapi segala nikmat dan rahmatNya serta menarik akan kelebihanNya. Wahai Tuhan kami! BagiMu segala puji itu sebagaimana sepatutnya kerana kebesaran wajahMu, kemuliaan dan keagungan kekuasaanMu. Maha suci Engkau, tiada dapat hendak kami menghinggakan puji-pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau sendiri memuji diriMu. BagiMu segala puji-pujian itu sebelum Engkau reda dan bagiMulah juga segala puji-pujian itu berkekalan untuk selama-lamanya. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah, berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah hatiku, kerana Engkau sebaik- baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengari, jiwa yang tidak pernah berasa puas dan ilmu yang tidak bermanfaat. Dan aku berlindung dengan-Mu daripada keempat-empat hal tersebut. Ya Allah, berikanlah kepadaku manfaatatas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat kepadaku dan tambahkanlah ilmuku, segala pujian bagi Allah atas segala perkara, aku berlindung dengan Allah dari ahli Neraka. Ya Allah, tambahkanlah buat kai dan janganlah Engkau kurangkan. Muliakanlah kami, jangan dihina. Berilah buat kami, jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau pilih selain kami dan jadikanlah kami redha dengan ketentuan- Mu dan redhailah pula ketaatan kami. Semoga Allah mencucuri dengan sepenuh-penuhnya rahmat dan kesejahteraan ke atas sebaik-baik mahklukNya, iaitu junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta semua ahli keluarganyadan para sahabat baginda sekalian. Maha suci Allah, Tuhan yang Mulia daripada sifat-sifat rendah (hina) dan cemar yang mereka (orang-orang) kafir anggapkan. Begitu juga semoga dicucuri dengan kesejahteraan ke atas para rasul yang telah diutuskan oleh Allah, dan segala puji itu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

description

doa

Transcript of Doa Sebelum Belajar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, iaitu puji-pujian yang melengkapi segala nikmat dan rahmatNya serta menarik akan kelebihanNya. Wahai Tuhan kami! BagiMu segala puji itu sebagaimana sepatutnya kerana kebesaran wajahMu, kemuliaan dan keagungan kekuasaanMu. Maha suci Engkau, tiada dapat hendak kami menghinggakan puji-pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau sendiri memuji diriMu. BagiMu segala puji-pujian itu sebelum Engkau reda dan bagiMulah juga segala puji-pujian itu berkekalan untuk selama-lamanya. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah, berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah hatiku, kerana Engkau sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengari, jiwa yang tidak pernah berasa puas dan ilmu yang tidak bermanfaat. Dan aku berlindung dengan-Mu daripada keempat-empat hal tersebut. Ya Allah, berikanlah kepadaku manfaatatas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat kepadaku dan tambahkanlah ilmuku, segala pujian bagi Allah atas segala perkara, aku berlindung dengan Allah dari ahli Neraka. Ya Allah, tambahkanlah buat kai dan janganlah Engkau kurangkan. Muliakanlah kami, jangan dihina. Berilah buat kami, jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau pilih selain kami dan jadikanlah kami redha dengan ketentuan-Mu dan redhailah pula ketaatan kami. Semoga Allah mencucuri dengan sepenuh-penuhnya rahmat dan kesejahteraan ke atas sebaik-baik mahklukNya, iaitu junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta semua ahli keluarganyadan para sahabat baginda sekalian. Maha suci Allah, Tuhan yang Mulia daripada sifat-sifat rendah (hina) dan cemar yang mereka (orang-orang) kafir anggapkan. Begitu juga semoga dicucuri dengan kesejahteraan ke atas para rasul yang telah diutuskan oleh Allah, dan segala puji itu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.