Doa Solah Hajat Exam

2
Segala pujian hanya padaMu Ya Allah Selawat dan salam pada Rasulullah َ ّ مُ هَ ّ ل لَ ا اَ يُ له لَ اPada malam yang penuh kedamaian Bersempena majlis solat hajat diambang peperiksaan Kami menadah tangan mohon dikabulkan Agar setiap impian menjadi satu kenyataan Berikanlah kesihatan Lapangkan pemikiran Fokuskan penumpuan Jauhkan khayalan اَ يُ له لَ اJika hadir namanya tangisan Biarlah ianya dipermulaan Sebagai pencetus keazaman Bagi mengukir kejayaan Jika hadir namanya tangisan Biarlah juga dipenghabisan Bukan sebagai penyesalan Tapi.. tanda kegembiraan َ ّ مُ هَ ّ ل لَ ا اَ يُ له لَ اKini diambang peperiksaan Mohon jauh dari kemaksiatan Kerana ianya akan menghilangkan Setiap ilmu dalam hafalan اَ يُ له لَ اPeperiksaan kian menjelang Mohon ditunjukkan jalan Semoga dapat segala jawapan Setiap soalan yang mendatang اَ يُ له لَ اPeperiksaan hampir di hadapan Mohon jauhkan dari debaran Khuatir ianya memberi kesan Dalam dewan tempat ujian َ ّ مُ هَ ّ ل لَ ا اَ يُ له لَ اPerjalanan masih kabur di depan tunjukan hidayah kecemerlangan Mudah-mudahan ianya memberi rangsangan Pada kami yang menaruh harapan َ ّ مُ هَ ّ ل لَ ا اَ يُ له لَ اUkirkanlah kejayaan Atas usaha yang berterusan Moga dapat memberi kegembiraan Pada ibubapa yang mengharapkan Andai pencapaian tidak menggalakkan Kami menerima dengan kerelaan Mungkin di sana hikmah pemberian Untuk melangkah hebat menjadi insan terbilang َ ّ مُ هَ ّ ل لَ ا اَ يُ له لَ اYa Zal Jalali Wal Ikram Kami banyak berdosa Terutama pada ibu dan bapa Kerana kami mereka tercela Dek perbuatan yang sia-sia Kami banyak berdosa Terutama pada guru tercinta Kerana kami mereka sengsara Dek perbuatan main-main belaka Kami banyak berdosa Terutama pada rakan sebaya

description

contoh doa

Transcript of Doa Solah Hajat Exam

Page 1: Doa Solah Hajat Exam

Segala pujian hanya padaMu Ya Allah

Selawat dan salam pada Rasulullah

�ُه�َّم� �لَّل �ا َا �لَّلُه� َي َا

Pada malam yang penuh kedamaian

Bersempena majlis solat hajat diambang peperiksaan

Kami menadah tangan mohon dikabulkan

Agar setiap impian menjadi satu kenyataan

Berikanlah kesihatan

Lapangkan pemikiran

Fokuskan penumpuan

Jauhkan khayalan

�ا �لَّلُه� َي َا

Jika hadir namanya tangisan

Biarlah ianya dipermulaan

Sebagai pencetus keazaman

Bagi mengukir kejayaan

Jika hadir namanya tangisan

Biarlah juga dipenghabisan

Bukan sebagai penyesalan

Tapi.. tanda kegembiraan

�ُه�َّم� �لَّل �ا َا �لَّلُه� َي َا

Kini diambang peperiksaan

Mohon jauh dari kemaksiatan

Kerana ianya akan menghilangkan

Setiap ilmu dalam hafalan

�ا �لَّلُه� َي َا

Peperiksaan kian menjelang

Mohon ditunjukkan jalan

Semoga dapat segala jawapan

Setiap soalan yang mendatang

�ا �لَّلُه� َي َا

Peperiksaan hampir di hadapan

Mohon jauhkan dari debaran

Khuatir ianya memberi kesan

Dalam dewan tempat ujian

�ُه�َّم� �لَّل �ا َا �لَّلُه� َي َا

Perjalanan masih kabur di depan

tunjukan hidayah kecemerlangan

Mudah-mudahan ianya memberi rangsangan

Pada kami yang menaruh harapan

�ُه�َّم� �لَّل �ا َا �لَّلُه� َي َا

Ukirkanlah kejayaan

Atas usaha yang berterusan

Moga dapat memberi kegembiraan

Pada ibubapa yang mengharapkan

Andai pencapaian tidak menggalakkan

Kami menerima dengan kerelaan

Mungkin di sana hikmah pemberian

Untuk melangkah hebat menjadi insan terbilang

�ُه�َّم� �لَّل �ا َا �لَّلُه� َي َا Ya Zal Jalali Wal Ikram

Kami banyak berdosa

Terutama pada ibu dan bapa

Kerana kami mereka tercela

Dek perbuatan yang sia-sia

Kami banyak berdosa

Terutama pada guru tercinta

Kerana kami mereka sengsara

Dek perbuatan main-main belaka

Kami banyak berdosa

Terutama pada rakan sebaya

Kerana kami mereka menderita

Dek perbuatan suka-suka sahaja

Oleh itu Ya Allah

Ampunkan dosa kami semuanya

Ampunkan dosa guru dan ibubapa

Dalam doa ingatan sentiasa

Untuk kejayaan kita bersama