Doa Surah Yassin

4

Click here to load reader

description

DOA SURAH YASSIN DALAM RUMI SEBAGAI PANDUAN

Transcript of Doa Surah Yassin

  • Doa Surah Yasin (rumi)BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM.

    Alhamdulillahi Rabbil Alamin. HAMDAY YUWAAFII NI-'A-MAHUUWAYUKAAFII-'U MAZIIDAH, YAA RABBANAA LAKAL HAMDU KAMAAYAMBAGHII LIJALAALI WAJHIKA WA 'A-ZHIIMI SULTAANIK.ALLAAHUMMA SALLI WASALLIM 'A-LAA SAY-YIDINAA MUHAMMADIN WA'A-LAA AA-LIHII WASAHBIHII AJMA-'IIN.

    ALLAHUMMA BIHAQQI YAASIIN. WALQUR AA-NIL HAKIIM. WABIMANIKHTARTAHUU BIR-RI-SAALATI WAN-NUBUWWATI WALWILAAYATI WALHIDAAYATI ILAA SIRAATAKAL MUSTAQIIM. WABIJAMII-'I MAAJAA A-BIHIIMINNKA JIBRIILU TANZIILAL AZIIZIR RAHIIM. WABI KHAWAAS-SILHURUUFI WAL ASMAA-IT TAAMMAATI WABIMAA AZH-HARTA FIL-WUJUUDI LIKULLI MAUJUUDIN MINAL AA-YAATIL BAY-YINAAT. WABIKHAFIY-YI LUTFIKAL MUFARRIJI 'ANN-KULLI MAHMUUM. AL-MUKHAL-LISI LIKULLI MADYUUN. YAA MUJRIYAL BIHAARI WAL-'UYUUN. YAA MANKHAZAA I-NUHUU BAINAL KAA-FI WAN-NUUN. WA 'A-LIMA BIMAA KAANAQABLA AY-YAKUUN. WANAS A-LUKAL-LAA-HUMMA ANTASLUKA BINAAJAA-DATAN RI-DHAAKA WA-AN TAJ-'ALANAA AH-LAW WAMAHAL-LALLISA-'AA-DATIKA WA-GHI-NAAK. WA AN TUYASSIRU LANAA JAMII-'ALMURAADAATI WAL MATAALIB. WA-AN TAJ-'ALA KULLAM MINNAA BAINA'IBAA-DIKA FII KULLI HAALI NIZH-ZHAAFIRIL GHAALIB. WA-ALLATUHWIJA AHADAM MINNA ILAA AHADIM MIN KHALQIKA FII AMRI RIZQIH,WA-AN TAR-BITA 'ALAA ALSINTIL MUTAFAW-WIHIINA BILMAKRUUHI FIHAQQIH. WA-AN TAQTARINA HARAKAATINAA BITAUFIIQ. WA-AN TAJ-'A-LA RI-DHAAKA 'AN-NAA KHAIRA MUSAAHIBIL LANAA WARAFIIQ. WA-ANTUTHIFANAA BAL-JALAALATI WALMAHAABAH. WA-AN TAMUNNA'ALAYNAA BISUR-'ATIL IJAABAH.

    ISTAJIBIL LAAHUMMA DU-'AA ANAA WAHAQQIQ FIIKA RAJAA ANAA, WA-AD KHILNAA FII HIRZI LUTFIKAL MASUUNI BISIRRI QAULIKA IN-NAMAAAMRUHUU IZAA ARAADA SYAI-AN AY-YAQUULA LAHUU KUN FAYAKUUN.FASUBHAANAL LA-ZII BIYADIHII MALAKUUTU KULLI SYA-IN WA-ILAY-HITURJA-'UUN.

    SUBHAANAL MUNAFFISI 'ANN-KULLI MAHMUUM.SUBHAANAL MUNAFFISI'ANN-KULLI MAGH-MUUM.SUBHAANAL MUNAFFISI 'ANN-KULLIMADYUUN.SUBHAANA MAN AMRUHUU IZAA ARAADA SYAI-AN AY-YAQUULA LAHU KUN FAYAKUUN.

    YA MUFARRIJAL HUMUUM.YAA MUFARRIJU FARRIJ.YAA MUFARRIJUFARRIJ.FARRIJ 'AN-NAA HUMUU-MANAA.YAA HAY-YU YAAQAY-YUUM.YAAZAL-JALAALI WAL-IKRAAM.WASALI WASALLIMU 'ALAA SAY-YIDINAA MUHAMMAD.WA 'A-LAA AA-LIHII WASAHBIHII WASALLAM.WALHAMDU LILLAAHI RABBIL 'AALAMIIN.

  • Dengan nama ALLAH s.w.t, Yang maha pemurah, Lagi maha mengasihani.

    Segala puji bagi ALLAH s.w.t, Tuhan pentadbir seluruh alam, Pujian yangmelengkapi segala nikmat-NYA dan membelas limpah kurnia-NYA. Wahai Tuhankami, Bagi-MU segala kepujian seperti yang selayaknya dengan kebesaran zat-MU dan keagungan-MU. Ya ALLAH s.w.t cucuri rahmat dan sejahtera ke atasjunjungan kami NABI MUHAMMAD s.a.w beserta ahli-ahli rumahnya dansekalian sahabatnya.

    Ya ALLAH s.w.t wahai tuhan kami, Dengan berkat kebenaran Yaasiin dankebenaran kitan AL-QURAN AL-HAKIM dan dengan kebenaran orang-orangyang ENGKAU pilih dengan pangkat kenabiannya, kerasulannya,pemerintahannya dan petunjuk kepada jalan yang betul dan dengan berkatkebenaran semua wahyu yang diturunkan melalui malaikat jibril dan denganberkat rahmat tiap-tiap huruf dan nama-nama yang sempurna dan dengan berkatsegala sesuatu yang ENGKAU lahirkan bagi tiap-tiap yang ada daripada segalaketerangan yang nyata dan kesucian sifat lemah-lembut-MU yang melepaskantiap-tiap kerunsingan dan tiap-tiap yang berhutang. Ya ALLAH s.w.t, tuhan yangmengalirkan air-air di laut dan air-air yang berada di celah-celah bumi. Ya ALLAHs.w.t, tuhan yang seluruh perbendaharaan-NYA hanya di antara kaf dan nuun(daripada perkataan "KUN" yang ertinya jadilah maka yang dikehendaki-NYApun jadi) tuhan yang sedia mengetahui segala yang telah berlaku dan yang akanberlaku.

    Ya ALLAH s.w.t wahai tuhan kami, kami mohon kepada-MU semoga ENGKAUarahkan kami kepada jalan keredhaan-MU menjadikan kami sebagai wargakebahagiaan dan kekayaan-MU, dan kami mohon semoga ENGKAU mudahkankami mencapai segala hajat dan maksud dan supaya ENGKAU jadikankeredhaan-MU itu kepada kami sebaik-baik teman yang menemani kamimencapai kebesaran dan kehebatan dan mengurniakan kami nikmat, segeralahdoa kami di perkenankan.

    Di perkenankan Ya ALLAH s.w.t permohonan kami ini, berikan kepastian akanberjayanya pengharapan kami, masukkan kami dalam pemeliharaan sifat lemah-lembut-MU demi berkat rahsia firman-MU (yang ertinya:) "Bahawasesungguhnya urusan ALLAH s.w.t apabila DIA berkehendakkan sesuatubahawa berfirman DIA baginya, 'JADILAH' maka sesuatu itupun jadilah ia," makamaha suci ALLAH s.w.t, tuhan yang berkuasa penuh memerintah segala sesuatudan kepada-NYA segala-gala itu dikembalikan.

    Maha suci ALLAH s.w.t, tuhan yang melepaskan segala kerunsingan, maha suciALLAH s.w.t, tuhan yang melepaskan kenestapaan, maha suci ALLAH s.w.t,tuhan yang melepaskan beban orang-orang yang berhutang, maha suci ALLAHs.w.t, yang apabila DIA berkehendak sesuatu bahawa berfirman "JADILAH"maka sesuatu yang di kehendaki itupun jadilah ia.

  • Ya ALLAH s.w.t, tuhan yang melepaskan segala kesusahan. Ya ALLAH s.w.t,tuhan yang melepaskan, apa kiranya kami semua ini daripada segalapenderitaan, Ya ALLAH s.w.t, tuhan yang hidup, tuhan yang berkuasa penuh,tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan.Barang dicucuri ALLAH s.w.takan rahmat dan sejahtera jua atas junjungan kami NABI MUHAMMAD s.a.wserta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian, dan segala puji bagi ALLAHs.w.t, tuhan pentadbir seluruh alam.

    Amin....Amin....Amin....Ya ALLAH s.w.t..

  • Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, pujian yang memenuhi nikmat-nikmat-Nya dansejajar dengan kurnia tambahan-Nya. Wahai Tuhan kami, kepadaMulah segala pujian sesuaidengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu. Ya Allah, cucurkanlah kesejahteraanke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatbaginda.

    Ya Allah, dengan keberkatan surah Yassin serta Al-Quran yang penuh hikmah dan denganberkat orang yang Engkau pilih untuk diutuskan risalah, kenabian, kewalian dan hidayah ke jalan-Mu yang lurus, juga keberkatan atas segala yang dibawa oleh Jibril daripada-Mu, iaitu Al-Qurandari Yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang.

    Kami pohon keberkatan dengan khasiat huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna sertadengan apa yang Engkau zahirkan penciptaan dari ayat-ayat keterangan yang nyata. Dandengan kehalusan serta kelembutan-Mu yang menenangkan setiap keresahan danmembebaskan setiap yang terpenjara.

    Wahai Tuhan yang mengalirkan setiap lautan dan semua mata air. Wahai Tuhan pemilikannyahanya antara huruf kaf dan nun(kun) dan yang mengetahui segala sesuatu yang belum berlaku.Kami pohon pada-Mu Ya Allah agar Engkau kurniakan kepada kami rezeki dengan keredhaanMu. Jadikanlah kami dan kurniakanlah tempat kami kebahagiaan dan kekayaan.

    Engkau mudahkanlah segala hajat dan permintaan kami. Jadikanlah setiap seorang daripadakami di kalangan hamba-hamba-Mu yang sentiasa memperoleh kejayaan dan kemenangan.Janganlah Engkau jadikan kami golongan yang menagih rezeki dari orang lain. Ikatkanlah lidahorang yang memburuk-burukkan kami. Engkau pandulah kami dengan taufik-Mu. Jadikanlahkeredhaan-Mu sebagai teman dan sahabat kami.

    Anugerahkanlah kami dengan sifat kemulian dan kehebatan serta perkenankanlah doa kamidengan kadar segera. Ya Allah perkenankanlah doa kami. Jadikanlah harapan kami sebagairealiti dan masukkanlah kami ke dalam benteng anugerah-Mu yang kukuh, dengan rahsia firman-Mu: " Sesungguhnya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu hanyalah dengan Dia berfirmankepada perkara itu, jadilah! Maka ia terus jadi. Maka Maha Sucilah Tuhan yang dengan tangan-Nya kekuasaan memiliki dan menguasai segala sesuatu, dan kepada-Nyalah kamu semuadikembalikan".

    Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang terperangkap dalam hutang. Maha Suci Tuhanyang melepaskan setiap yang ditimpa dukacita. Maha Suci Tuhan yang pemilikan-Nya hanyaantara huruk kaf dan nun. Maha Suci Tuhan apabila Dia menghendaki sesuatu memadai hanyadengan Dia mengatakan "jadi!" maka jadilah ia.

    Wahai Tuhan yang menghilangkan dukacita, hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan dukacita,hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan dukacita, lenyapkanlah dari kami kesusahan, dukacitadan segala masalah kami. Wahai Tuhan yang Maha Hidup dan berdiri dengan sendiri.

    Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluargadan sahabat-sahabat baginda. Dan segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.