Doa

3
Bahasa Arab Ya Allah, ampunilah dosa kesalahan kedua ibubapa kami, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami semasa kecil, ampunilah dosa kesalahan orang yang telah mengajar ,mengasuh dan mendidik kami sehingga kami berjaya pada hari ini, ampunilah dosa orang yang berjuang dan menyeru kepada kebenaran dan mencegah daripada kemungkaran dan ampunilah dosa sekelian muslimin dan muslimat . Ya Allah, tiada daya dan upaya kami melainkan dengan izinmu jua Ya Allah. Kami bersyukur di atas nikmat yang melimpah ruah yang engkau berikan kepada kami, terutama Ya Allah, Nikmat kesihatan yang mana dengannya dapat kami berkumpul pada hari ini_____________________________sempena majlis________________________ Ya Allah, jadikanlah majlis ini majlis yang diberkati lagi dirahmati dan perpisahan selepas ini adalah perpisahan yang terpelihara. Ya Allah, satukanlah hati-hati kami agar sentiasa berkasih sayang, mengeratkan silahturrahim dan ukhwah islamiah hanya keranamu jua Ya Allah. Tanamkankan Ya Allah didalam diri kami dengan amanah yang engkau berikan kepada kami sebagai khalifah dimuka bumi ini agar dapat menjaga dan mendidik diri kami, keluarga kami, masyarakat dan negara kami agar sentiasa didalam perlindungan mu jua Ya Allah.

description

doa

Transcript of Doa

Bahasa ArabYa Allah, ampunilah dosa kesalahan kedua ibubapa kami, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami semasa kecil, ampunilah dosa kesalahan orang yang telah mengajar ,mengasuh dan mendidik kami sehingga kami berjaya pada hari ini, ampunilah dosa orang yang berjuang dan menyeru kepada kebenaran dan mencegah daripada kemungkaran dan ampunilah dosa sekelian muslimin dan muslimat .

Ya Allah, tiada daya dan upaya kami melainkan dengan izinmu jua Ya Allah. Kami bersyukur di atas nikmat yang melimpah ruah yang engkau berikan kepada kami, terutama Ya Allah, Nikmat kesihatan yang mana dengannya dapat kami berkumpul pada hari ini_____________________________sempena majlis________________________Ya Allah, jadikanlah majlis ini majlis yang diberkati lagi dirahmati dan perpisahan selepas ini adalah perpisahan yang terpelihara.

Ya Allah, satukanlah hati-hati kami agar sentiasa berkasih sayang, mengeratkan silahturrahim dan ukhwah islamiah hanya keranamu jua Ya Allah. Tanamkankan Ya Allah didalam diri kami dengan amanah yang engkau berikan kepada kami sebagai khalifah dimuka bumi ini agar dapat menjaga dan mendidik diri kami, keluarga kami, masyarakat dan negara kami agar sentiasa didalam perlindungan mu jua Ya Allah.

Justeru itu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pelihara diri kami, keluarga kami, masyarakat dan negara kami daripada perselisihan, kekacauan, huru hara yang boleh merosakkan silaturrahin diantara kami, segala musibah dan bala bencana yang melanda,engkau jua yang maha mengetahui Ya Allah,

Jauhilah kami dari sebarang anasir-anasir jahat yang boleh meruntuhkan keamanan dan kemakmuran negara, musuh-musuh yang nyata dan tidak nyata,penyakit yang marabahaya, godaan syaitan dan kuncu-kuncunya yang sentiasa mengganggu gugat kesejahteraan dan iltizam kami bagi melahirakan sebuah negara ` BALDATUN TOIBATUN WA RABBUN GHAFUR`Ya Allah, Ya Latif. Ya Zal Jala Li Wal Ikram Permudahkanlah segala urusan kami janganlah engkau sulitkan, Lapangkanlan jiwa kami jangan engkau sempitkan, dekatkanlah hati kami kepadamu Ya Allah jangan engkau jauhkan dan berikanlah kami kejayaan di dunia dan di akhirat Ya Allah jangan engkau gagalkan kami. Tanamkanlah rasa ikhlas dalam jiwa kami dalam berbakti demi agama, bangsa dan negara yang tercinta ini Ya Allah.

Bahasa Arab