Doa+sukan+sekolah

download Doa+sukan+sekolah

of 2

Transcript of Doa+sukan+sekolah

  • 8/8/2019 Doa+sukan+sekolah

    1/3

    Para hadirin yang beragama Islam diminta bersediamenadah tangan untuk mengaminkan doa manakala

    hadirin beragama lain, diminta berdoa mengikut ajaranagama masing-masing.

    DOA SEMPENA HARI SUKAN

    .

    Allahumma Antal Azizul Jalil,Ya Allah Ya Karim Ya Wadud

    Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana

    mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalamKejohanan Sukan Sekolah Kali ke __,Sekolah Kebangsaan Seri Bidor, Bidor.

    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk mengisi

    seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Musesuai dengan firman-Mu yang mulia:

    .

    Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matikusemata-mata hanya untuk-Mu Allah.

    Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah

    pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa

    bersyukur samada nikmat yang sedikit lebih-lebih laginikmat yang melimpah ruah kepada kami .

    Ya Allah Ya FaaalullimaayuridKami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis

    ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semogasegala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapatkeredhaan dan hidayah-Mu. Tidak lupa juga kepada para

    pendidik yang telah lama menyumbang khidmat danmenabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini.

    Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya KaashifalGhammi ,

    1

  • 8/8/2019 Doa+sukan+sekolah

    2/3

    Disaat ini juga kami rafakan tangan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlanganyang sudah kami capai samada dalam bidang akademik,kokurikulum, mahupun aspek pembinaan sahsiah insan

    dan seterusnya menganugerahkan kepada kami

    kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermaknadalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

    Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota,kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat.

    Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran,berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri,

    keluarga, masyarakat dan negara.

    Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak

    didik kami , Engkau hiasi kami dengan akhlak-akhlak yangbaik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji .

    Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan danbimbinglah kami ke jalan kebenaran .

    Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum ,Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu

    pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan

    sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.

    Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala

    kebaikan, Jadikanlah pelajar-pelajar kami, guru-guru kami,pemimpin-pemimpin kami agar terus beristiqamah

    berkhidmat menabur bakti membangunkan umat danmasyarakat, bangsa dan agama.

    Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan

    usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yangcemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan

    dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajaryang gemilang dalam aspek akademik mahupun

    kokurikulum serta berjaya di dunia mahupun di akhirat .

    2

  • 8/8/2019 Doa+sukan+sekolah

    3/3

    .

    3