· Web viewWalau bagaimanapun, dia seorang yang nakal, contohnya kadang-kadang dia berbuat...

2
Watak dan Perwatakan Novel Kembara Amira Watak Utama Amira 1. Amira ialah seorang pelajar dan berkawan baik dengan Jacinta. 2. Ibunya ialah Profesor Zaidah, iaitu pensyarah universiti dalam bidang arkeologi. 3. Amira dan Jacinta pergi ke kawasan emaknya yang sedang menjalankan kerja lapangan iaitu mencari gali artifak di Desa Karpus. 4. Dia seorang anak tunggal yang berani dan tabah menghadapi rintangan dan dugaan. 5. Amira tabah menghadapi dugaan walaupun mengalami peristiwa pahit iaitu dia hampir mati lemas akbiat tergelincir dan dihanyutkan oleh air sungai yang deras. 6. Amira juga suka menolong orang. Amira menghormati orang yang lebih tua daripadanya terutamanya ibunya, Pak Lias dan Dr. Zawawi. Sebagai contohnya, dia mengucapkan salam kepada ibunya pada suatu pagi selepas Jacinta ditemui dalam keadaan pengsan. Selain itu, dia merupakan seorang pelajar yang pintar untuk membuat keputusan. Sebagai contohnya, Amira diminta oleh ibunya untuk membuat keputusan tentang Tau dengan Malique dan Ipah. Dia kuat semangat ketika cuba melawan arus dan tangannya cuba memeluk batu-batu yang terdapat di sepanjang sungai tetapi gagal kerana batu-batu itu licin. Amira seorang yang prihatin, contohnya dia prihatin akan Jacinta yang baru sedar daripada pengsan dengan menyuapkan kawannya sup. Walau bagaimanapun, dia seorang yang nakal, contohnya kadang- kadang dia berbuat sesuatu tindakan yang tidak dijangka oleh ibu dan ayahnya. Namun begitu, dia seorang anak yang baik, contohnya dia tidak cerewet dan tidak pernah merungut dalam sebarang hal. Selain itu, Amira juga seorang yang penyayang, buktinya dia memicit bahu ibunya yang cedera perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Amira taat akan agama iaitu dia dengan segera mengqada solat Subuh yang tidak dapat ditunaikan

Transcript of · Web viewWalau bagaimanapun, dia seorang yang nakal, contohnya kadang-kadang dia berbuat...

Page 1: · Web viewWalau bagaimanapun, dia seorang yang nakal, contohnya kadang-kadang dia berbuat sesuatu tindakan yang tidak dijangka oleh ibu dan ayahnya. Namun begitu, dia seorang anak

Watak dan Perwatakan Novel Kembara Amira

Watak Utama

Amira1. Amira ialah seorang pelajar dan berkawan baik dengan Jacinta. 2. Ibunya ialah Profesor Zaidah, iaitu pensyarah universiti dalam bidang

arkeologi. 3. Amira dan Jacinta pergi ke kawasan emaknya yang sedang menjalankan

kerja lapangan iaitu mencari gali artifak di Desa Karpus. 4. Dia seorang anak tunggal yang berani dan tabah menghadapi rintangan dan

dugaan. 5. Amira tabah menghadapi dugaan walaupun mengalami peristiwa pahit iaitu

dia hampir mati lemas akbiat tergelincir dan dihanyutkan oleh air sungai yang deras.

6. Amira juga suka menolong orang.

Amira menghormati orang yang lebih tua daripadanya terutamanya ibunya, Pak Lias dan Dr. Zawawi. Sebagai contohnya, dia mengucapkan salam kepada ibunya pada suatu pagi selepas Jacinta ditemui dalam keadaan pengsan. Selain itu, dia merupakan seorang pelajar yang pintar untuk membuat keputusan. Sebagai contohnya, Amira diminta oleh ibunya untuk membuat keputusan tentang Tau dengan Malique dan Ipah. Dia kuat semangat ketika cuba melawan arus dan tangannya cuba memeluk batu-batu yang terdapat di sepanjang sungai tetapi gagal kerana batu-batu itu licin. Amira seorang yang prihatin, contohnya dia prihatin akan Jacinta yang baru sedar daripada pengsan dengan menyuapkan kawannya sup.

Walau bagaimanapun, dia seorang yang nakal, contohnya kadang-kadang dia berbuat sesuatu tindakan yang tidak dijangka oleh ibu dan ayahnya. Namun begitu, dia seorang anak yang baik, contohnya dia tidak cerewet dan tidak pernah merungut dalam sebarang hal. Selain itu, Amira juga seorang yang penyayang, buktinya dia memicit bahu ibunya yang cedera perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Amira taat akan agama iaitu dia dengan segera mengqada solat Subuh yang tidak dapat ditunaikan semasa di dalam kereta api. Amira seorang yang bertanggungjawab, contohnya dia rasa bersalah dan tidak berhenti menangis kerana dia yang menyebabkan Jacinta hilang. Dia cuma berhenti menangis apabila Jacinta berjaya ditemui oleh Tau.