1.0 Pengenalan Program - iFolio - Authentication - · Web viewHHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP,...

13
HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 5 SESI 2014/2015 PROJEK: LAWATAN KE MUZIUM NEGARA, ORANG ASLI CRAFT MUSUEM DAN TUGU NEGARA PENSYARAH: Dr. HARLINA BT. MOHAMED ON 1

Transcript of 1.0 Pengenalan Program - iFolio - Authentication - · Web viewHHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP,...

Page 1: 1.0 Pengenalan Program - iFolio - Authentication - · Web viewHHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 5 SESI 2014/2015 PROJEK: LAWATAN KE MUZIUM NEGARA, ORANG

HHHC9401

KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

SET 5

SESI 2014/2015

PROJEK:

LAWATAN KE MUZIUM NEGARA, ORANG ASLI CRAFT MUSUEM DAN TUGU NEGARA

PENSYARAH:

Dr. HARLINA BT. MOHAMED ON

NAMA: CHONG SHING TONG

NO. MATRIK: A143397

1

Page 2: 1.0 Pengenalan Program - iFolio - Authentication - · Web viewHHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 5 SESI 2014/2015 PROJEK: LAWATAN KE MUZIUM NEGARA, ORANG

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan Program..................................................................................3

2.0 Refleksi.....................................................................................................4

3.0 Lampiran...................................................................................................8

2

Page 3: 1.0 Pengenalan Program - iFolio - Authentication - · Web viewHHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 5 SESI 2014/2015 PROJEK: LAWATAN KE MUZIUM NEGARA, ORANG

1.0 Pengenalan Program

Program: Lawatan ke Muzium Negara, Orang Asli Craft Museum dan Tugu Negara

Tarikh: 17 Mei 2015

Tujuan: Mempelajari nilai-nilai, sikap, etika dan profesionalisme yang boleh diterapkan

dalam kehidupan dan kerjaya masa depan.

3

Page 4: 1.0 Pengenalan Program - iFolio - Authentication - · Web viewHHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 5 SESI 2014/2015 PROJEK: LAWATAN KE MUZIUM NEGARA, ORANG

2.0 Refleksi

Melalui lawatan ini, saya dapat mempelajari beberapa nilai, sikap, etika dan

profesionalisme.

Nilai-nilai yang berkaitan dengan patriotisme dapat dibangunkan iaitu cinta akan negara

dan sanggup berkorban untuk negara. Dalam Galeri C Era Kolonial Muzium Negara, ia

menyingkap sejarah tentang penguasaan dan pentadbiran kuasa-kuasa asing seperti

Portugis, Belanda, British dan Jepun serta kesannnya terhadap keadaan politik, sosial dan

ekonomi negara. Ini dapat membangunkan sikap cinta akan negara dangan perasaan

sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi

kepentingan diri. Sikap ini bukan sahaja terhadap negara bahkan juga terhadap pekerjaan.

Kita perlu cinta akan pekerjaan sendiri dengan perasaan bangga kepada pekerjaan yang

kita ceburi serta meletakkan kepentingan pekerjaan melebihi kepentingan diri. Ini dapat

mengelakkan individu daripada kelakuan tort, rasuah dan sebagainya. Kita tidak boleh

membiarkan kepentingan diri bercanggah dengan kepentingan pekerjaan, tidak kira

dalam apa pun kerjanya.

Dalam lawatan ke Tugu Negara, saya dapat mempelajari nilai sanggup berkorban

untuk negara dengan kerelaan melakukan sesuatu sebagai tanda kebaktian. Tugu

tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara. Setiap patung

gangsa tersebut melambangkan kepimpinan, bersatu, siap sedia, kekuatan, keberanian,

dan pengorbanan. Nilai ini juga boleh diterapkan dalam pekerjaan kita. Kita haruslah

sentiasa bersiap sedia dan sanggup berkorban masa, wang dan sebagainya untuk

menyempurnakan tugas dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Sikap kepimpinan dan

keberanian juga diperlukan dalam menjalankan sesuatu kerja.

Selain itu, nilai-nilai yang berkaitan dengan keamanan dan keharmonian dapat dipupuk

dalam diri saya. Dalam Galeri D Muzium Negara, ini membawa pengunjung menelusuri

liku-liku pahit manis yang dilalui oleh rakyat dalam perjuangan ke arah kemerdekaan dan

pembentukan bangsa. Ini memberi iktibar kepada kita bahawa kita patutlah hidup

4

Page 5: 1.0 Pengenalan Program - iFolio - Authentication - · Web viewHHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 5 SESI 2014/2015 PROJEK: LAWATAN KE MUZIUM NEGARA, ORANG

bersama-sama secara aman. Dalam alam pekerjaan, kita harus hidup bersama secara

aman dan harmoni dengan rakan kerja. Kita hidup berbaik-baik antara rakan kerja dengan

mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan

budaya.

Di samping itu, sikap saling membantu dan bekerjasama juga dapat ditunjukkan dalam

proses perjuangan ke arah kemerdekaan. Sikap ini perlu diterapkan dalam pekerjaan iaitu

usaha yang baik dan membina bersama rakan kerja untuk mencapai sesuatu matlamat.

Kita seharusnya memberi bantuan dan sokongan antara rakan kerja. Maka, suasana yang

aman damai dapat diwujudkan.

Dalam Galeri D juga menunjukkan perhubungan antarabangsa Malaysia dengan negara-

negara lain seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Sikap saling menghormati antara

negara dapat dibangunkan. Dari perspektif yang lain, sikap ini boleh menggambarkan

sikap saling menghormati antara pelbagai kaum di Malaysia. Rakan kerja daripada

pelbagai kaum. Kita mestilah saling menghormati antara kaum dengan menghargai dan

memuliakan hubungan antara rakan kerja untuk menjamin kesejahteraan sejagat. Kita

menghormati budaya, bangsa dan agama mereka.

Perhubungan antarabangsa Malaysia dengan negara-negara lain juga mempamerkan sikap

keterbukaan. Negara bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan

kritikan dari negara lain. Sikap keterbukaan ini penting semasa bekerja. Kita harus

bersikap keterbukaan semasa menerima pandangan rakan kerja walaupun pandangan itu

mengkritikkan kesalahan kita dan bukannya berasa marah dan benci kepadanya.

Dalam Muzium Negara terdapatnya Rukun Negara. Keluhuran Perlembagaan ini

dijadikan prinsip ketiga dalam Rukun Negara. Prinsip ini menekankan betapa perlunya

seluruh rakyat di negara Malaysia ini, bukan setakat menerima perlembagaan ini, tetapi

hendaklah mematuhi dan mempertahankan keluhuran, atau kemuliaan Perlembagaan

Malaysia itu sendiri. Etika mematuhi peraturan dan undang-undang ini juga penting

dalam alam pekerjaan. Semasa bekerja, kita perlu patuh kepada peraturan syarikat dan

undang-undang negara. Sebarang tindakan yang melanggar peraturan syarikat dan

5

Page 6: 1.0 Pengenalan Program - iFolio - Authentication - · Web viewHHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 5 SESI 2014/2015 PROJEK: LAWATAN KE MUZIUM NEGARA, ORANG

undang-undang negara seperti penipuan, rasuah dan jenayah dilarang untuk menjamin

reputasi syarikat.

Prinsip Kesopanan dan kesusilaan merupakan prinsip kelima Rukun Negara. Prinsip ini

menekankan pentingnya personaliti dan tingkah laku seseorang. Nilai hemah tinggi

dapat dipupuk melalui prinsip ini. Sifat sopan santun dan tatasusila adalah penting dalam

konteks perhubungan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Di tempat kerja, kita

harus beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan. Ini dapat menjamin

hubungan yang harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Tambahan pula, sikap amanah dapat dipupuk apabila sejarah menunjukkan tokoh-tokoh

negara bersikap bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan

kepercayaan dan keyakinan rakyat atau masyarakat. Sikap amanah penting dalam

pekerjaan kerana ia dapat memelihara imej syarikat dan tidak berlaku kebocoran

maklumat-maklumat sulit. Individu yang bersikap amanah dapat menjalankan tugas

dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, cekap, berkesan dan menepati janji.

Dalam Galeri D Muzium Negara telah mempamerkan berbezanya adat, budaya dan

warisan kaum masing-masing, rakyat tetap dapat hidup dalam suasana aman dan damai.

Ini menunjukkan sikap toleransi antara mereka. Rakyat sanggup bertolak ansur, sabar dan

mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi

kesejahteraan hidup. Di tempat kerja, kita harus bersikap toleransi kerana ia dapat

mewujudkan suasana yang harmoni dan menjalin hubungan yang baik antara rakan kerja.

Kita bertolak ansur, pertimbang rasa dan mengawal emosi atau tindakan diri supaya tidak

mendatangkan pertelingkahan atau menyinggung perasaan rakan kerja.

Tentera-tentera bertanggungjawab dalam mempertahankan negara daripada dijajah oleh

kuasa-kuasa asing. Mereka bersedia berkhidmat pada bila-bila masa sahaja diperlukan.

Ini dapat memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri saya iaitu kesanggupan memikul

dan melaksanakan tugas serta kewajiban dengan sempurna. Sikap bertanggungjawab

memainkan peranan penting dalam pekerjaan. Semasa bekerja, kita perlu bersikap

bertanggungjawab iaitu menyempurnakan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Kita

6

Page 7: 1.0 Pengenalan Program - iFolio - Authentication - · Web viewHHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 5 SESI 2014/2015 PROJEK: LAWATAN KE MUZIUM NEGARA, ORANG

mengelakkan diri daripada melepaskan tanggungjawab kepada orang lain dan bertindak

berasaskan profesionalisme.

Dalam Orang Asli Craft Museum, terdapat banyak ukiran topeng dan ukiran patung.

Melalui pelbagai ukiran ini, saya dapat memahami betapa tekun dan kerajinan orang

asli dalam menghasilkan ukiran-ukiran tersebut. Mereka berusaha secara berterusan

penuh dengan semangat kecekalan, kegigihan dan dedikasi dalam ukirannya. Sikap ini

juga diperlukan semasa bekerja. Kita harus rajin mempelajari pengetahuan dan

kemahiran yang berkaitan untuk membaiki dan berusaha gigih menghasilkan kerja yang

memuaskan sehingga mencapai tahap cemerlang.

Tentera-tentera menunjukkan ketabahan mereka dalam menentang musuh. Mereka tidak

menyerah walaupun nyawanya terancam. Sikap ketabahan diperlukan dalam semua

bidang pekerjaan. Semasa bekerja, kita akan menghadapi pelbagai halangan atau

masalah. Kita perlu tabah menghadapi halangan dan tidak mudah putus asa. Halangan

akan menjadi pendorong kepada kita dalam usaha mencapai matlamat.

Kesimpulannya, lawatan ini membolehkan saya mempelajari banyak nilai, sikap, etika

dan profesionalisme secara tersirat dan tersurat. Nilai-nilai dan sikap ini penting dalam

membentuk pribadi seseorang. Selain itu, muzium ini mempamerkan bahan-bahan

tinggalan sejarah yang membolehkan kita lebih memahami sejarah dan bukannya

bergantung pada buku sahaja.

7

Page 8: 1.0 Pengenalan Program - iFolio - Authentication - · Web viewHHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 5 SESI 2014/2015 PROJEK: LAWATAN KE MUZIUM NEGARA, ORANG

3.0 LampiranMuzium Negara

8

Page 9: 1.0 Pengenalan Program - iFolio - Authentication - · Web viewHHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 5 SESI 2014/2015 PROJEK: LAWATAN KE MUZIUM NEGARA, ORANG

Orang Asli Craft Musuem

9

Page 10: 1.0 Pengenalan Program - iFolio - Authentication - · Web viewHHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 5 SESI 2014/2015 PROJEK: LAWATAN KE MUZIUM NEGARA, ORANG

Tugu Negara

10