Doc1

2
Lakonkan dialog di bawah bersama Salam sejahtera Cikgu Adnan. Saya daripada Kelab Bahasa Melayu. Bolehkah saya menemu Salam sejahtera. Kamu boleh menemu ramah saya, Amirul. Terima kasih, cikgu. Siapakah yang mencetuskan idea untuk menjayakan projek Jalur Projek ini diilhamkan oleh beberapa orang murid Tahun 6. Mereka telah datang berjumpa Apakah tujuan projek Jalur Gemilang Gergasi, cikgu? Tujuan utama projek Jalur Gemilang Gergasi adalah usaha untuk menunjukkan semangat kecintaan kepada negara.

description

bbm

Transcript of Doc1

Page 1: Doc1

Lakonkan dialog di bawah bersama rakan

Salam sejahtera Cikgu Adnan. Saya daripada Kelab Bahasa Melayu. Bolehkah saya

menemu ramah cikgu?

Salam sejahtera. Kamu boleh menemu ramah saya, Amirul.

Terima kasih, cikgu. Siapakah yang mencetuskan idea untuk menjayakan projek

Jalur Gemilang Gergasi ini, cikgu?

Projek ini diilhamkan oleh beberapa orang murid Tahun 6. Mereka telah datang

berjumpa dengan saya pada bulan lepas.

Apakah tujuan projek Jalur Gemilang Gergasi, cikgu?

Tujuan utama projek Jalur Gemilang Gergasi adalah usaha untuk menunjukkan semangat

kecintaan kepada negara.

Page 2: Doc1

Lakonkan dialog di bawah bersama rakan

Kok Leong, esok Persatuan Kajian Tempatan akan mengadakan aktiviti membuat dan mewarnai Jalur Gemilang

sempena Bulan Kemerdekaan. Kamu ingat bukan?

Eh, saya hampir terlupa Zulfin! Nasib baik kamu ingatkan saya. Di mana aktiviti itu akan diadakan? Di dewan?

Ya, di sana. Kita diminta membawa peralatan sendiri seperti cat poster, surat khabar dan kain pengelap. Cikgu Maimon meminta murid-murid yang dipilih supaya berada di dewan

tepat pada masanya. Beliau juga meminta murid-murid mencari maklumat tentang Jalur Gemilang.

Oh, begitu! Setiap murid harus mengenali Jalur Gemilang. Jalur Gemilang merupakan kebanggaan rakyat Malaysia.

Setahu saya Jalur Gemilang ada 14 jalur dan ada 4 warna, iaitu warna merah, putih, biru dan kuning. Kesemua warna ini

mempunyai maksud tertentu.

Ya, kamu betul. Kita boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Jalur Gemilang. Jika

begitu jumpa kamu esok.

Jumpa esok.