Document 1

3
Mengumumkan perarakan masuk peserta Khatam Al-Quran seramai ____ orang yang akan juga diiringi dan diketuai oleh Ustaz Arifin bin Abu Bakar, ustaz yang dijemput untuk memimpin Khatam Al-Quran pada hari ini. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan. Majlis dengan ini menjemput Ustaz Arifin bin Abu Bakar untuk menyampaikan tazkirah ringkas. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada ustaz Arifin bin Abu Bakar atas tazkirah yang telah disampaikan. Semoga kita semua mendapat sedikit sebanyak input serta ilmu yang berguna daripada apa yang telah disampaikan oleh ustaz Arifin sebentar tadi. In Shaa Allah. Bismillah......................................Alhamdulilahhirabbila lamin.. Wasssala tuwassalamu alaasyarafil ambia iwal mursalin. Waala alihi wasahbihiajmain... Yang Berusaha, En. Jasmawari bin Majid, Guru Besar SK Kuala Lanar, Yang dihormati, Ustaz Arifin bin Abu Bakar, ustaz jemputan yang kita jemput untuk memimpin Khatam Al-Quran dan seterusnya menyampaikan tazkirah, Yang Berusaha, En. Aminul Azam bin Abd. Mukti, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sk Kuala Lanar yang juga merupakan Pengerusi Program bagi Majlis Khatam Al-Quran yang kita adakan pada hari ini, Puan Khuzaimah bt Ahmad, Guru Penolong Kanan 1 SK Kuala Lanar, Puan Rabiah bt Mamat, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk Kuala Lanar, Barisan guru-guru Sk Kuala Lanar dan seterusnya murid-murid SK Kuala Lanar yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum wbt….. Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua, dapat kita sama-sama berhimpun pada pagi ini bagi menjayakan ”Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2015” yang merupakan penutup aktiviti Ihya’ Ramadhan bagi tahun ini. Untuk pengetahuan semua, Majlis Khatam Al- Quran pada hari ini merupakan langsungan daripada program tadarus Al-Quran yang telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga program seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke

description

dokumen, bm

Transcript of Document 1

Mengumumkan perarakan masuk peserta Khatam Al-Quran seramai ____ orang yang akan juga diiringi dan diketuai oleh Ustaz Arifin bin Abu Bakar, ustaz yang dijemput untuk memimpin Khatam Al-Quran pada hari ini. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Majlis dengan ini menjemput Ustaz Arifin bin Abu Bakar untuk menyampaikan tazkirah ringkas. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.Terima kasih diucapkan kepada ustaz Arifin bin Abu Bakar atas tazkirah yang telah disampaikan. Semoga kita semua mendapat sedikit sebanyak input serta ilmu yang berguna daripada apa yang telah disampaikan oleh ustaz Arifin sebentar tadi. In Shaa Allah.

Bismillah......................................Alhamdulilahhirabbilalamin.. Wasssala tuwassalamu alaasyarafil ambia iwal mursalin. Waala alihi wasahbihiajmain...Yang Berusaha, En. Jasmawari bin Majid, Guru Besar SK Kuala Lanar, Yang dihormati, Ustaz Arifin bin Abu Bakar, ustaz jemputan yang kita jemput untuk memimpin Khatam Al-Quran dan seterusnya menyampaikan tazkirah,Yang Berusaha, En. Aminul Azam bin Abd. Mukti, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sk Kuala Lanar yang juga merupakan Pengerusi Program bagi Majlis Khatam Al-Quran yang kita adakan pada hari ini, Puan Khuzaimah bt Ahmad, Guru Penolong Kanan 1 SK Kuala Lanar, Puan Rabiah bt Mamat, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk Kuala Lanar,Barisan guru-guru Sk Kuala Lanar dan seterusnya murid-murid SK Kuala Lanar yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum wbt..

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua, dapat kita sama-sama berhimpun pada pagi ini bagi menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2015 yang merupakan penutup aktiviti Ihya Ramadhan bagi tahun ini. Untuk pengetahuan semua, Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini merupakan langsungan daripada program tadarus Al-Quran yang telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga program seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sesuai dengan firman Allah yang berbunyi:Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar - Surah al-Isra':ayat 9-

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput __________ untuk membacakan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. AmiinTerima kasih diucapkan kepada___________ atas Bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Tuan Guru Besar SK Kuala Lanar, Encik Jasmawari bin Majid untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Jasmawari bin Majid atas ucapan beliau sebentar tadi.Kini, tibalah masanya kita ke acara penyampaian sijil, hadiah dan cenderahati. Dijemput En. Aminul Azam bin Abd. Mukti, Pengerusi Program bagi Majlis Khatam Al-Quran untuk mengiringi Tuan Guru Besar Sk Kuala Lanar, Encik Jasmawari bin Majid untuk menyempurnakan majlis.Kita mulakan dengan penyampaian sijil kepada Naqib dan Naqibah. (Lampiran nama guru)-----

Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati berkenaan maka Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini menutup tirai. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Tidak lupa, tahniah juga kepada semua murid yang terlibat untuk Khatam Al-Quran dan hafazan dalam menjayakan majlis ini.Kita akan akhiri majlis kita dengan sesi bersalaman. Murid lelaki bersalaman dengan guru lelaki dan murid perempuan bersalaman dengan guru perempuan. Selepas itu, kita juga akan sama-sama bergotong royong untuk membersihkan bilik sains.Akhir kata daripada saya, segala kebaikan adalah datangnya dari Allah jua dan segala kekurangan adalah dari kelemahan drpd saya sendiri. In Shaa Allah semoga kita bertemu lagi untuk masa-masa akan datang dan saya sudahi dengan Wabillah....