Document 1

15
1.0 PENGENALAN KEPADA KURIKULUM PENDIDIKAN DI MALAYSIA 1.1 DEFINISI KURIKULUM: Kurikulum pada dasarnya berasal daripada perkataan curere yang merupakan perkataan latin yang membawa maksud jejak atau laluan. Selain itu, kurikulum dalam bahasa inggeris memberi maksud jelmaan. Kurikulum dapat didefinisikan sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan institusi pendidkan (Kamus Dewan Edisi Keempat 2007). Manakala definisi kurikulum mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, kolej dan lain- lain institusi pendidikan. Merujuk kepada definisi tersebut, jika sesuatu program pendidikan hendak dirancang dan bertujuan untuk mendapatkan kemajuan yang berterusan diperlukan, maka konsep tentang sesuatu kurikulum adalah amat penting untuk dijadikan landasan kepada perlaksanaan sesuatu kurikulum tersebut (Ralph W. Tyler 1990). 1.2 DEFINASI KURIKULUM BERDASARKAN PAKAR-PAKAR DAN PENGKAJI Terdapat pelbagai definisi terhadap kurikulum yang diberikan oleh pakar-pakar dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan satu pengalaman. Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan

description

w

Transcript of Document 1

Page 1: Document 1

1.0 PENGENALAN KEPADA KURIKULUM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1.1 DEFINISI KURIKULUM:

Kurikulum pada dasarnya berasal daripada perkataan curere yang merupakan

perkataan latin yang membawa maksud jejak atau laluan. Selain itu, kurikulum dalam bahasa

inggeris memberi maksud jelmaan. Kurikulum dapat didefinisikan sebagai skop dan isi

kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus

pengajian) di sekolah dan institusi pendidkan (Kamus Dewan Edisi Keempat 2007).

Manakala definisi kurikulum mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah semua mata

pelajaran yang diajar di sekolah, kolej dan lain-lain institusi pendidikan. Merujuk kepada

definisi tersebut, jika sesuatu program pendidikan hendak dirancang dan bertujuan untuk

mendapatkan kemajuan yang berterusan diperlukan, maka konsep tentang sesuatu kurikulum

adalah amat penting untuk dijadikan landasan kepada perlaksanaan sesuatu kurikulum

tersebut (Ralph W. Tyler 1990).

1.2 DEFINASI KURIKULUM BERDASARKAN PAKAR-PAKAR DAN PENGKAJI

Terdapat pelbagai definisi terhadap kurikulum yang diberikan oleh pakar-pakar dan

pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan satu pengalaman. Menurut

Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah

semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan

untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut

keupayaan masing-masing. Saylor dan Alexander mendefinisikan kurikulum sebagai

rancangan dalam menyediakan kesempurnaan pembelajaran bagi mencapai tujuan secara

menyeluruh dan objektif yang spesifik.

Page 2: Document 1

REKA BENTUK KURIKULUM

Kurikulum dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk kurikulum iaitu reka bentuk

kurikulum yang berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. Kurikulum yang

berbentuk standard adalah berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran

yang perlu dicapai oleh murid. Manakala kurikulum yang berbentuk modular

mengandungi kandungan yang telah diorganisasi dan disampaikan dalam bentuk

bahagian atau unit dan bahagian unit inilah yang dinamakan modul. (Kementerian

Pelajaran Malaysia 2009).

TRANSFORMASI KURIKULUM

Kurikulum adalah penunjuk arah bagi murid-murid dan setiap guru di sekolah. Dasar

ini telah dikaji mengambil kira segala keperluan pendidikan dan status sekolah untuk

menjadikan sekolah sebuah sekolah yang klaster dan cemerlang. Dasar ini perlu lah selari

dengan arus perdana dan selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Tranfomasi

kurikulum perlulah selaras dan sejajar dengan arus pendidikan kini. Transfomasi

kurikulum ini berfungsi menjadikan didikan yang sempurna dan lengkap yang dapat

menjamin dan membolehkan mereka memperkembangkan potensi dalam pelbagai

sudut.Daripada masyarakat perindusterian perubahan pemikiran manusia berubah kapada

masyarakat berinfomasi penggunaan teknologi manusia kepada teknologi tinggi.

Tranfomasi pendidikan merupakan perubahan daripada masyarakat perindusterin kepada

masyarakat yang berinfomasi.dan berteknologi tinggi.

Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum

persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan,

pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum

di sekolah.

Page 3: Document 1

FAKTOR-FAKTOR LAIN MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN

KURIKULUM

Terdapat berbagai-bagai faktor yang membawa kepada perubahan sesuatu kurikulum.

Kadang-kadang faktor-faktor itu bergerak sendirian dan kadang-kadang bergabung.

Antara faktor-faktor itu ialah kewujudan atau perkembangan ilmu-ilmu yang baru. Seperti

yang kita maklum, kedudukan ilmu adalah sentiasa berkembang. Kita sering terbaca

dalam akhbar, majalah atau mendengar melalui radio atau melihat melalui kaca televisyen

tentang berbagai-bagai ilmu baru telah berjaya ditemui oleh para saintis terutamanya

mengenai berbagai-bagai aspek yang bersangkutan dengan kehidupan seharian.

Kurikulum yang telah dibentuk perlulah sentiasa dikemaskini supaya dengan demikian

pelajar-pelajar atau penerima kurikulum itu akan mempelajari ilmu-ilmu yang mutakhir

dan tidak mempelajari ilmu yang sudah ketinggalan zaman atau lapuk yang tidak boleh

digunakan lagi.

Seterusnya ialah kehendak masyarakat yang berubah. Kehendak masyarakat

bukan sahaja bermacam ragam tetapi sentiasa berubah. Begitu juga dengan keadaan

sesuatu benda, tidak ada yang kekal dan pasti mengalami perubahan. Itulah sebabnya

kehendak yang timbul pada suatu zaman itu berbeza dengan zaman yang sebelumnya atau

yang akan datang. Banyak perkara yang boleh mempengaruhi perubahan dalam kehendak

KSSR

ORGANISASI

KANDUNGAN

BENTUK

PERUNTUKAN MASA

PEDAGOGI

PENTAKSIRAN

BAHAN

PENGURUSAN KURIKULUM

Page 4: Document 1

masyarakat. Misalnya elemen pendewasaan ahli-ahli masyarakat itu sendiri. Kehendak

pelajar remaja adalah berbeza dengan kehendak pelajar di peringkat kanak-kanak.

Dengan itu kurikulum yang dibentuk untuk kanak-kanak perlulah diperbaiki sekiranya

kurikulum tersebut ingin pula diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah dewasa.

Perubahan kurikulum juga boleh berlaku disebabkan oleh perkembangan dasar

kerajaan. Sebagai contoh, di Malaysia beberapa tahun yang lalu, Bahasa Inggeris menjadi

bahasa perantara di pejabat kerajaan dan swasta, dan juga bahasa pengantar dikebanyakan

sekolah khususnya sekolah Inggeris. Tetapi menjelang tahun-tahun 1970-an, pihak

kerajaan telah mengesyorkan penggunaan Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi, bahasa

urusan, bahasa perhubungan dan juga bahasa pengantar dari peringkat sekolah rendah

sehinggalah ke peringkat universiti (Hendyat Soetopo dan Wasty Soemanto 1991).

Selain itu, idea-idea baru yang diperkenalkan ke dalam bidang

pendidikan juga boleh mendorong ahli-ahli pembentuk kurikulum melakukan perubahan

terhadap kurikulum yang telah sedia ada. Seterusnya, kurikulum itu juga boleh dilakukan

perubahan dengan memperkenalkan pendekatan dalam bidang-bidang lain ke dalam

bidang pendidikan. Contohnya, ilmu-ilmu dalam bidang penilaian diperkenalkan ke

dalam bidang kurikulum bagi meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembangan

kurikulum. Keadaan ini sudah tentulah boleh mencetuskan usaha bagi memperbaharui

kurikulum yang sedia ada.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Transformasi kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan dan

dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini pada tahun

hadapan bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah. Melalui trasformasi

kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik

dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak

semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

relevan dengan keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan

modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk

KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya

dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih

menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta

Page 5: Document 1

meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan

Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

KURIKULUM TERBAIK SEKOLAH RENDAH.

Kurikulum standard Sekolah Rendah(KSSR) menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk

menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik, menyeronokkan dan

bermakna. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard

pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang

ditetapkan. Standard kandungan meru pakan pernyataan lebih terperinci mengenai perkara

yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi

aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala standard pembelajaran pula ialah satu

penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi

setiap standard kandungan.

KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan pembelajaran

disediakan dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang dinamakan sebagai

modul. Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

telah dikenal pasti untuk dikuasai murid.

Bagi tahap satu, kandung kurikulum diorganisasikan dal modul teras asas, modul teras to

dan modul elektif.

Jadual 1: Organisasi KSSR Tahap 1

Modul Teras Asas

Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina

Bahasa Tamil

Matematik

Pendidikan Jasmani

Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

Page 6: Document 1

Modul. Teras Tema

Dunia Kesenian (Dunia Seni Visual, Dunia Muzik) Dunia Sains dan Teknologi

Modul Elektif

Bahasa Arab

Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK)

Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK)

Bahasa Iban

Bahasa Kadazandusun

Manakala bagi tahap dua, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk mata pelajaran teras

dan mata pelajaran elektif. Mata pelajaran ini dilaksanakan secara modular bermula pada

2014 untuk murid-murid tahun empat.

Jadual 2: Organisasi KSSR Tahap 2

Mata Pelajaran Teras Modul Komunikasi

Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina

Bahasa Tamil

Modul Sains dan Teknologi Matematik

Sains

Reka Bentuk dan Teknologi / ICT

Modul Fizikal dan Estetika - Pendidikan Jasmani

Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Muzik - Pendidikan Seni Visual

Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai

Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

Modul Kemanusiaan

Sejarah Mata Pelajaran Elektif

Page 7: Document 1

Modul Komunikasi Elektif

Bahasa Arab

Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan

Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan Bahasa Iban Bahasa Semai

Bahasa Kadazandusun

Page 8: Document 1

TIGA KEMAHIRAN BARU MERENTAS SUBJEK.

Bertepatan dengan dasa kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu

membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta penghayatan

nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikannya sentiasa holistik

dan sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa dapat menangani cabaran semasa dan

masa hadapan. Secara umumnya, pada tahun 1983 satu kurikulum sekolah rendah telah

diperkenalkan dan dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). 10 tahun

kemudian, kurikulum sekolah rendah telah ditukar k e p a d a K u r i k u l um

Bersepadu Sekolah Rendah s e bel um K em ent e ri an Pelajaran menjalankan semakan

KBSR pada tahun 2003.

Mulai 2011, kurikulum sekolah rendah akan mengg u n a k a n K u r i k u l u m

Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi,

kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan

kurikulum di sekolah. Justeru, tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR

iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICI)

yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik,

berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta

berkeperibadian mulia.

Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah

langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk

merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21,dan Model

Ekonomi Baru pada masa hadapan. Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah

menjadikan kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana menyedari is adalah

kunci untuk berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan

pembangunan (R&D) dalam bidang sains.

Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elemen tersebut

dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih terdapat banyak ruang untuk

diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat

global. Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transfor - masi

KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk

Page 9: Document 1

menghadapi cabaran yang mendatang. Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya

pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011

adalah tepat kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah

mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil.

Keupayaan negara menghasilkan modal ins an berkualiti sememangnya tidak boleh

disangkal lagi dengan kelahiran siswazah yang sentiasa meningkat dari masa ke masa.

Namur, peluang pekerjaan yang terhad mengikut kemahiran yang dimiliki menyebabkan

berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada aspek pembangunan negara.

Menyedari hal tersebut, elemen keusahawanan telah diperkenalkan dalam KSSR bagi

memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawan yang sememangnya mempunyai

potensi yang besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan. bilangan

siswazah menganggur sebaik sahaja bergraduat di masa hadapan.

Menjadi keperluan sejak di bangku sekolah rendah lagi dipupuk semangat berni-aga

di kalangan murid bagi menggalakkan mereka menceburi bidang ini. Jika sebelum ini,

terdapat sesetengah murid yang menunjukkan minat untuk menceburi bidang keusahawanan

kerana datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang perniagaan. S udah sam pai

m asa untuk negara mengubah perspektif tersebut, dan melahir-kan generasi yang bukan

sahaja berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi tetapi juga berpotensi untuk menjadi

usahawan dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara di masa

hadapan.

Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran yang perlu

dihadapi generasi pada masa, kini. Sehubungan itu, setiap modal insan barns dipersiapkan

dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam, persaingan global. Seperti elemen nilai

tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diberi pengukuhan

dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlak-sanaan KSSR pada tahun hadapan. Murid

akan didedahkan dengan kemal4an tersebut dalam proses P&P supaya dapat meningkatkan

tahap kemahiran murid untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan Memantapkan

kemahiran murid berasakan elemen ini juga dilihat mampu membuka ruang kepada mereka

Page 10: Document 1

untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam mendapatkan pelbagai maklumat bagi tujuan

pembelajaran dengan hanya berada di dalam bilik darjah sahaja.

KBSR KSSR

Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga Reka bentuk kurikulum berasaskan enambidang: tunjang:

Komunikasi Komunikasi Manusia dan alam sekeliling Kerohanian, sikap dan nilai Perkembangan diri individu Kemanusiaan Perkembangan fizikal dan

estetika Sains dan teknologi Keterampilan diri

Bahan kurikulum: Bahan kurikulum: Sukatan Pelajaran Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum: Reka bentuk kurikulum: Linear Modular

Organisasi kurikulum:Organisasi kuriikulum:

Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) Modul Teras Asas, Modul Teras Tema

Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) dan Modul Elektif Mata pelajaran Teras, Wajib dan

Tambahan Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras dan Elektif

Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras, Wajib dan

Tambahan

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Elemen Kreativiti dan Inovasi, KeusahawananKreatif serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(lCT) secara eksplisit

Fokus: Fokus:3M (Membaca, menulis, mengira) 4M (Membaca, menulis, mengira dan

menaakul)

Page 11: Document 1