Document 15

10
1 ZZG’16 VISI SEKOLAH MENJADI SEKOLAH YANG CEMERLANG DAN GEMILANG DALAM MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN BERSEPADU DALAM MENEMPUHI CABARAN WAWASAN NEGARA MISI SEKOLAH MEMPERTINGKAT DAN MEMANTAPKAN PENCAPAIAN MURID-MURID YANG SEIMBANG DAN BERILMU PENGETAHUAN DALAM SEMUA BIDANG MELALUI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG REALISTIK, DINAMIK, BERSEPADU DAN BERKUALITI

description

okok

Transcript of Document 15

Page 1: Document 15

1 ZZG’16

VISI SEKOLAHMENJADI SEKOLAH YANG CEMERLANG DAN GEMILANG DALAM MELAHIRKAN

INSAN YANG SEIMBANG DAN BERSEPADU DALAM MENEMPUHI CABARAN WAWASAN

NEGARA

MISI SEKOLAHMEMPERTINGKAT DAN MEMANTAPKAN

PENCAPAIAN MURID-MURID YANG SEIMBANG DAN BERILMU PENGETAHUAN DALAM SEMUA BIDANG MELALUI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG REALISTIK, DINAMIK, BERSEPADU DAN

BERKUALITI

Page 2: Document 15

ISI KANDUNGAN

Visi dan Misi Sekolah 1

Isi Kandungan 2

Pengenalan 3

Jawatankuasa Pelaksana 4

Objektif 5

Matlamat 6

Pelaksanaan 7

Anggaran Perbelanjaan 8

1.0 PENGENALAN

2 ZZG’16

Page 3: Document 15

Murid-murid menghabiskan kebanyakan masa di kelas atau bilik darjah semasa

mereka melalui sesi pembelajaran selain daripada penggunaan bilik-bilik khas serta kawasan

lain di persekitaran sekolah. Persekitaran kelas yang kondusif untuk pembelajaran adalah

amat penting dalam membantu murid memupuk minda untuk belajar semasa berada di

dalam kelas.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru terutamanya guru kelas untuk

memastikan keadaan positif ini dapat dicapai bagi meningkatkan tumpuan serta motivasi

murid sehingga ke tahap optimum.

Program Pertandingan Keceriaan Kelas telah menjadi tradisi di Sekolah Kebangsaan

Kampung Sawai pada tahun-tahun sebelum ini.Program ini diadakan untuk menceriakan dan

mencantikkan lagi kelas atau bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Kampung Sawai,

Tujuan terutama sekali adalah untuk membangkitkan semangat murid-murid

pemulihan untuk datang ke kelas seterusnya sebagai pemangkin kepada murid untuk belajar

dengan lebih baik.

Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas adalah sebagai satu medium untuk guru

sama-sama berusaha menambah baik dan mengolah keadaan kelas dari semasa ke semasa.

Diharapkan agar kewujudan program ini dapat menjadi inspirasi kepada guru untuk

menyediakan persekitaran kelas yang positif serta kondusif untuk pembelajaran para murid.

2.0 JawatankUASA PELAKSANA

3 ZZG’16

Page 4: Document 15

Penasihat I : En. Mokhtar Bin Ibrahim

Guru Besar SK Kpg Sawai

Penyelaras Program : En. Zharif Zhafran Bin Ghazali

Penolong Kanan HEM

Panel Juri : 1. Guru Bertugas Mingguan

2. En. Mohardin bin Mohatar(PK1)

3. En. Zharif Zhafran Bin Ghazali(PK2)

4. Pn. Magdeline Leman anak Jali(PK3)

Panel Pelaksana : 1. Guru kelas Tahun 1 hingga 6.

2. Murid-murid Sk Kpg Sawai.

3. Ibu bapa murid-murid Sk Kpg Sawai

3.0 Objektif

i. Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria.

ii. Membina kreativiti murid dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas

bersih dan ceria.

4 ZZG’16

Page 5: Document 15

iii. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti bekerjasama,

hormat - menghormati, menghargai dan tolong-menolong.

iv. Menyemai perasaan sayang kepada bilik darjah dan menyumbang kepada

pengurusan dan kebersihan bilik tersebut.

v. Membentuk perlakuan lazim yang sentiasa mengutamakan kebersihan.

4.0 Matlamat

i. Menerapkan pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.

ii. Meningkatkan tahap kebersihan kelas khasnya dan sekolah amnya.

5 ZZG’16

Page 6: Document 15

iii. Menyediakan suasana kondusif di dalam kelas untuk pembelajaran

berterusan.

iv. Mengeratkan silaturahim antara murid-murid, ibu bapa dan kakitangan Sk

Kampung Sawai.

5.0 PELaksanaan

Program Pertandingan Keceriaan Kelas dilaksanakan sepanjang tahun. Pemarkahan

dan pemantauan adalah bermula pada bulan Mac. Guru bertugas mingguan akan memberi

markah sekali setiap minggu berdasarkan kategori yang dipecahkan pada borang pemarkahan

6 ZZG’16

Page 7: Document 15

(Rujuk Lampiran 1). Penilaian juga akan dilakukan oleh setiap Guru Penolong Kanan

sebanyak sekali dalam satu bulan.

Pelaksana adalah terdiri daripada murid-murid kelas sendiri bersama-sama guru

kelas daripada Tahun 1 hingga Tahun 6. Setiap guru kelas dialu-alukan untuk melibatkan ibu

bapa murid-murid dalam menghias kelas.

Setiap bulan, kelas yang terbersih berdasarkan markah terkumpul mingguan (Rujuk

Lampiran 2) akan mendapat pengiktirafan melalui makluman pada waktu perhimpunan

dan dianugerahkan pelekat berbentuk senyum (smiley face) yang akan dilabel pada kelas

berkenaan. Penganugerahan akan diberikan pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah bagi

pemenang keseluruhan.

5.0ANGGARAN PERBELANJAANAnggaran perbelanjaan hadiah keceriaan kelas pada hujung tahun :

Kategori Perdana Tempat pertama

RM10 x 10 bulan = RM100

7 ZZG’16

Page 8: Document 15

Tempat ke-2

RM8 x 10 bulan = RM80

Tempat ke-3

RM7 x 10 bulan = RM70

Tempat ke-4

RM5 x 10 bulan = RM50

Kategori PPKITempat pertama

RM10 x 10 bulan = RM100

Kategori Pra-sekolah Tempat pertama

RM10 x 10 bulan = RM100

JumlahRM100 + RM80 + RM70 + RM50 + RM100 + RM100 = RM500

8 ZZG’16