Document 3

11
Apakah itu Buddha? Agama Buddha terdiri daripada tiga aliran utama iaitu Theravada,Mahayana dan Vairayana.Agama Buddha merupakan agama dan falsafah yang berpaksikan ajaran Buddha Sakyamuni (Siddharta Gautama).Agama Buddha masok ke benua India selepas kurun ke-5 Baginda meninggal dunia.Selepas dua ribu tahun, agama Buddha telah tersebar ke tenggara,tengah dan timur Asia.Sekarang terdapat hampir 350 juta penganut Buddha dan agama ini merupakan salah satu agama yang terbesar di dunia.[1] seorang yan g mendapati alam semula jadi yang benar melalui pelajarannya yang bertahun-tahun, penyiasatan dengan pengamalan agama pada masanya dan pertapaan Penemuannya dikenali sebagai Bodhi (Pemahaman). Sesiapa yang bangun dari "Ketiduran Kejahilan" secara langsung yang mengenali alam semula jadi nyata yang sebenar dikenali sebagai Buddha . [1,2] PENGARUH AGAMA BUDDHA KE SELURUH PELOSOK DUNIA

description

jhkkhk

Transcript of Document 3

Apakah itu Buddha? Agama Buddha terdiri daripada tiga aliran utama iaitu Theravada,Mahayana dan Vairayana.Agama Buddha merupakan agama dan falsafah yang berpaksikan ajaran Buddha Sakyamuni (Siddharta Gautama).Agama Buddha masok ke benua India selepas kurun ke-5 Baginda meninggal dunia.Selepas dua ribu tahun, agama Buddha telah tersebar ke tenggara,tengah dan timur Asia.Sekarang terdapat hampir 350 juta penganut Buddha dan agama ini merupakan salah satu agama yang terbesar di dunia.[1]PENGARUH AGAMA BUDDHA KE SELURUH PELOSOK DUNIA

Seorang Buddha ialah seorang yang mendapati alam semula jadi yang benar melalui pelajarannya yang bertahun-tahun, penyiasatan dengan pengamalan agama pada masanya dan pertapaan Penemuannya dikenali sebagai Bodhi (Pemahaman). Sesiapa yang bangun dari "Ketiduran Kejahilan" secara langsung yang mengenali alam semula jadi nyata yang sebenar dikenali sebagai Buddha.[1,2]KEPERCAYAAN BUDDHISME

Sakyamuni dikatakan sebagai Buddha yang terkini daripada banyak-banyak Buddha.Terdapat banyak Buddha yang akan dilahirkan selepas Sakyamuni.Menurut agama ini, jika seseorang itu memahami alam semula jadi nyata yang sebenar mereka akan digelar sebagai Dharma. Buddha harus membersihkan dan melatih minda sendiri dengan mengikut "Lapan Jalan Tepat", atau "Jalan Tengah" supaya memahami kenyataan yang sebenar lalu mencapai kebebasan dari segala kesusahan, iaitu nirodha atau nirvna (Pli nibbna).[4]Buddhisme di malaysia Agama buddha merupakah salah satu agama utama yang paling banyak dianuti oleh rakyat Malaysia.Buddhisme Cina yang bertradisi Mahayana dipercayai telah dibawa masuk oleh saudagar-saudagar Cina yang bermaustautin di negara ini kira-kira pada kurun ke-17 lagi.Orang Cina hari ini sebenarnya tidak tahu untuk membezakan Buddhisme daripada aliran kepercayaan Cina yang lain seperti Taoisme dan Konfucianisme kerana Buddhisme Cina telah di campur adukkan dengan kepercayaan tradisional Cina.Bagi mereka dewa-dewi termasok Buddha sama sahaja dan ia disembah hanyalah untuk memenuhi keperluan rohani mereka.Keperluan rohani yang dimaksudkan di sini berhubung rapat dengan kebendaan seperti kekayaan, kesihatan yang baik serta keluarga yang bahagia.[2] Seterusnya,terdapat juga orang Thai,Singhala dan Burma beragama Buddha di Malaysia selain kaum Cina.Kelompok-kelompok ini membina rumah ibadah yang dipenuhi berhala bagi memenuhi keperluan rohani masing-masing.Daripada ketiga kelompok ini, orang Singhala paling berjaya dalam mengembangkan ajaran Buddha kepada Buddhis.Mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan berasaskan tradisi Theravada.Pada masa kini, mazhab Vajrayana (Adamantine Way) juga disukai dan diikuti oleh Buddhis di Malaysia

Dari sudut pertubuhan dan organisasi, orang Buddhis di Malaysia boleh dikatakan masih kekurangan satu majlis tertinggi bagi mewakili dan menjaga hak-hak mereka.Terdapat dua persatuan nasionalis Buddha di negara kita iaitu Persatuan Belia Buddhis Malaysia dan Persatuan Buddhis Malaysia.Persatuan Buddhis Malaysia merupakan gabungan rumah berhala Buddhis Cina yang menjalankan kegiatan mereka dalam bahasa Cina manakala Persatuan Belia Buddhis pula Malaysia pula merupakan gabungan 180 buah persatuan belia Buddhis yang terdiri daripada semua aliran.Persatuan ini banyak memeberi pengaruh kepada golongan tua dan muda.Mereka acap kali mengadakan seminar,ceramah,kampen-kampen,kem latihan belia serat pengkhutbah Dharma pelbagai peringkat pertandingan dan amalam agama lain.Buku-buku penerbitan diberikan secara percuma diedarkan kepada pengant muda bagi membetulkan salah paham.Nmun, terdapat kekangan yang timbul iaitu kekurangan dari segi kewangan dan terdapat sedikit tenaga pelatih yang menjalankan kegiatannya.[3] KITAB SUCI AGAMA BUDDHA

Seterusnya, Hari Vesak adalah suatu perayaan yang paling penting bagi penganut agama Buddha . Ia dianggap sebagai hari yang paling mulia sekali . Ia disambut pada hari kelima belas waktu bulan naik , bulan keenam mengikut kiraan bulan Thai bersamaan dengan bulan Mei . Hari Vesak menandakan tiga hari terpenting dalam riwayat hidup 'Lord Buddha' . Pertama , pada hari itu , Buddha dilahirkan di Kebun Lumbini dalam negara purba Kapilavastu (dekat sempadan Nepal sekarang ). Kedua, pada hari yang sama , tiga puluh lima tahun kemudian , Buddha mencapai kemantapan fikiran , 'satsaru'. Ini adalah hasil usaha beliau bertapa untuk mencari jalan mengatasi kesusahan di dunia . Ketiga , pada Hari Vesak juga beliau menempuh 'Nirwana' atau kemangkatannya dan 'diangkatkan' ia ke syurga . Ketika itu beliau berumur 80 tahun.[5] .

PESTA TANGLUNG YANG DISAMBUT ORANG BUDDHA PADA PERAYAAN WESAK

Agama Buddha dan Islam di Afghanistan Menurut catatan-catatan Hinayana mengenai hikayat Buddha, seperti naskah Sarvastivada The Sutra of Extensive Play ( Sutra Lelakon Panjang, Skt. Lalitavistara Sutra ), Tapassu dan Bhallika, dua pedagang bersaudara dari Baktria, menjadi murid pertama yang menerima sumpah orang awam. Ini terjadi lapan minggu setelah pencerahan Shakyamuni, yang secara turun-temurun dianggap terjadi pada tahun 537 SM. Bhallika kemudian menjadi seorang biksu dan membangun sebuah wihara di kota tinggalnya, Balkh, yang bertempat di dekat Mazar-i-Sharif sekarang. Ia membawa serta delapan helai rambut sang Buddha sebagai pusaka, yang untuknya sebuah tugu stupa ia dirikan. Kira-kira di masa ini, Baktria menjadi bagian dari Kekaisaran Iran Akhaemeniyyah. [3,4]TUGU STUPA DI BOROBUDUR, INDONESIA

Pada tahun 349 SM, beberapa tahun setelah Sidang Dewan Buddha Kedua, aliran Mahasanghika memisahkan diri dari Theravada. Banyak dari kaum Mahasanghika pindah ke Gandhara. Di Hadda, kota utama di sisi Afghanistan, yang bertempat di dekat Jalalabad sekarang, mereka akhirnya mendirikan Wihara Nagara dan mereka membawa serta tengkorak dari jasad sang Buddha sebagai pusaka. Tidak lama kemudian, pengikut aliran Theravada yang tertua di situ, Sambhuta Sanavasi, berhijrah serta membangun alirannya di Kapisha. Ia tidak berhasil, dan Mahasanghika menancapkan akar sebagai aliran Buddha utama di Afghanistan. Pada akhirnya, kaum Mahasanghika terbahagi menjadi lima cabang-aliran. Salah satu yang besar di Afghanistan adalah Lokottaravada, yang kemudian memapankan diri di Lembah Bamiyan di Pegunungan Kush Hindu. Di sana, pada suatu masa antara abad ke-3 dan ke-5 M, para pengikutnya membangun patung Buddha berdiri terbesar, dalam rangka menjaga keyakinan mereka bahwa Buddha adalah sosok lintas-fana dan adimanusia. Taliban menghancurkan karya raksasa ini pada tahun 2001 M. Pada 330 SM, Alexander Agung dari Macedonia menaklukkan sebagian besar Kekaisaran Akhaemeniyyah, termasuk Baktria dan Gandhara. Ia bertepa-selira dengan agama-agama di daerah-daerah ini dan tampak minatnya hanya terpusat pada penaklukan militer. Para penerusnya membangun Wangsa Seleukia. Akan tetapi, di tahun 317 SM, Wangsa Maurya India merebut Gandhara dari Seleukia dan oleh karena itu wilayah tersebut hanya ter-Helenisasi secara permukaan saja selama kurun yang singkat ini. [2] Kaisar Maurya Ashoka (memerintah 273 232 SM) menyukai ajaran Buddha Theravada. Pada masa pemerintahannya kelak, ia mengirimkan utusan Theravada ke Gandhara, yang dipimpin oleh Maharakkhita. Ke selatan sampai sejauh Kandahar, utusan ini mendirikan sakaguru Ashoka dengan maklumat yang didasarkan pada asas-asas Buddha. Lewat utusan-utusan ini, Theravada menapakkan jejak kecil kehadirannya di Afghanistan.[2,3]Pelaksanaan Agama Buddha Dalam Kehidupan Sehari Hari Buddha Dhamma sebagai suatu agama atau sebagai suatu cara hidup yang benar dihargai oleh orang-orang berintelek tinggi di banyak pelosok dunia ini. Alasan yang sederhana ialah bahawa Sang Buddha, pendiri agama ini, adalah guru yang telah mencapai penerangan sempurna dan berpandangan luas. Cara hidup menurut agama Buddha sangatlah sederhana, bebas daripada kepercayaan membuta dan dogma-dogma. Sayang sekali banyak orang yang belum memahami bagaimana menempuh cara hidup yang benar menurut agama Buddha. [1] Dewasa ini, banyak masyarakat beragama Buddha sendiri mempunyai berbagai kepercayaan. Banyak diantara mereka mengamalkan agama buddha ini terpesong daripada ajaran asli Sang Buddha. Sebenarnya banyak orang telah mengabaikan dan melupakan cara hidup yang benar menurut agama Buddha. Banyak pula yang mempunyai pengertian yang keliru mengenai segi-segi panting tertentu dari agama ini. Dengan harapan untuk menghilangkan pandangan salah dan memberikan penerangan kepada masyarakat, maka buku kecil ini diterbitkan oleh pengikut kuat ajaran Buddha. Dengan memahami ajaran Buddha,seharusnya penganutnya perlu mengamalkan ajaran tersebut dengan sebaik-baiknya.Mereka seharusnya menghargai kehidupan ini agar hidup mereka aman dan damai.

Orang-orang tertentu yang disebut kaum intelektual menggunakan Buddhisme hanya sebagai suatu dasar bagi membahas segi-segi metafisika dan filsafat agama ini. Mereka mencemohkan kebudayaan umat Buddha yang telah lama diamalkan. Ini bukanlah sikap yang benar dan sihat dalam beragama. Suatu agama tanpa pengertian dan agama yang tidak meresap ke dalam kebudayaannya tak akan dapat bertahan, agama itu hanya akan menjadi filsafat kering dan menghilangkan beberapa waktu kemudian. Toleransi adalah hal utama dalam ajaran-ajaran Sang Buddha. Jika seseorang tidak dapat menerima pelaksanaan-pelaksanaan budaya tertentu, ia setidak-tidaknya harus membiarkan pelaksanaan-pelaksanaan tersebut.

Dalam pada itu, seseorang harus meneliti makna dan erti yang berdasarkan pelaksanaan tersebut daripada ia mengeluarkan kata-kata yang gegabah dan tidak pada tempatnya.

Kebudayaan Buddhis telah meresap ke dalam setiap segi kehidupan kita. Kita mengetahui bahwa Buddhisme adalah suatu agama yang membimbing kita menuju kehidupan yang lebih baik di alam ini dan selanjutnya. Adalah tugas kita untuk menyelidiki, mempelajari, memahami dan melaksanakan hal-hal yang disediakan oleh agama kita untuk kita. Kita memerlukan bimbingan agama kita untuk kehidupan sehari-hari. Upacara-upacara dan adat istiadat, meskipun diterima sebagai suatu bahagian pelengkap bagi agama, tidaklah dengan sendirinya mengandung unsur agama. Pengembangan batin adalah segi terpenting dari agama. Untuk mencapai perkembangan batin tersebut, mereka seharusnya memulai dengan menanam dasar moral yang kuat sehingga mereka mempunyai pegangan yang teguh, dan dengan mengerti ajaran-ajaran Sang Buddha, mereka dapat memperoleh keperluan rohani yang mantap. Pencapaian pengembangan batin dan penghormatan pada Sang Tiratana adalah jalan yang dapat membawa merka kepada kehidupan yang benar menuju kedamaian, kebahagiaan dan keselamatan akhir. Inilah tujuan setiap umat Buddha. [1,4]

RUJUKAN1. Macmillan Encyclopedia of Buddhism (2004), hlm. 1602. Davids, T.W. Rhys (ed.) (1878), "Buddhism", Encyclopdia Britannica3. Houlden, J. L. (2006), Jesus: The Complete Guide, hlm.1401444. Numrich, Paul D. (2008), The Boundaries of Knowledge in Buddhism, Christianity, and Science, hlm.105. "Discovering the Buddha's date", in Perera, Lakshman S, Buddhism for the New Millennium, London: World Buddhist Foundation, pp. 9256. Damien Keown. Dictionary of Buddhism, Oxford University Press, 2003