Documents.tips Kertas Kerja Kejohanan Sukan Olahraga

9
KERTAS CADANGAN PENGELOLAAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE-41 SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZAABA, TAPAH ROAD

description

kertas kerja maklis penutupan

Transcript of Documents.tips Kertas Kerja Kejohanan Sukan Olahraga

Page 1: Documents.tips Kertas Kerja Kejohanan Sukan Olahraga

KERTAS CADANGAN

PENGELOLAAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE-41

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZAABA,

TAPAH ROAD

Page 2: Documents.tips Kertas Kerja Kejohanan Sukan Olahraga

KERTAS CADANGAN

PENGELOLAAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE-41

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZAABA, TAPAH ROAD

TAHUN 2011

1. TUJUANKertas ini bertujuan memaklumkan mengenai Pengelolaan Kejohanan Olahraga Tahunan ke-41

Sekolah Kebangsaan Pendita Zaaba, Tapah Road.

2. PENGENALANKejohanan Olahraga Tahunan ke-41 yang dijalankan ini diharapkan akan dapat disertai oleh

100% warga SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZAABA, TAPAH ROAD. Aktiviti ini dijalankan

dalam bentuk pertandingan antara 4 rumah sukan. Johan keseluruhan akan diberikan hamper.

3. OBJEKTIF3.1 Memperkembangkan potensi setiap warga SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZAABA,

TAPAH ROAD dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti Sukan

secara positif seterusnya merealisasikan Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S).

3.3 Mengeratkan lagi semangat persaudaraan dan semangat kesukanan di kalangan guru-

guru, murid-murid dan kakitangan sekolah.

3.4 Melatih diri murid supaya berdaya saing serta tahan lasak dalam menempuhi sebarang

cabaran.

3.5 Memupuk nilai-nilai murni di kalangan ahli rumah sukan seperti bekerjasama, tolong-

menolong dalam mencapai objektif kumpulan.

4. MATLAMAT4.1 Menambah lagi bilangan penyertaan pelajar dan guru serta kakitangan ke arah integrasi

Nasional.

4.2 Membina budaya dan gaya hidup sihat serta mengamalkan Konsep Keghairahan

Bersukan (Passion of Sport).

5. KONSEP5.1 Tarikh : 30 Jun 2011

5.2 Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Pendita Zaaba, Tapah Road

5.3 Format : Berbentuk pertandingan antara 4 rumah sukan

5.4 Pakaian : Pakaian sukan

Page 3: Documents.tips Kertas Kerja Kejohanan Sukan Olahraga

6. PENYERTAAN6.1 Penyertaan semua murid dan guru sebagai pegawai pengelola KECUALI atas arahan

kesihatan.

6.2 Pendaftaran peserta dikira melalui sesi latihan dan pemilihan oleh guru rumah sukan.

7. KESELAMATAN7.1 Pengawal keselamatan akan ditugaskan untuk mengawal keselamatan di kawasan

sekolah.

7.2 Ahli PBSM dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Panglima Perang Kiri, Tapah

Road akan bertugas sebagai pembantu semasa berlakunya kecederaan.

8. HADIAH8.1 Hanya 3 hadiah disediakan untuk pemenang tempat pertama hingga ketiga yang berupa

medal.

8.2 Pemenang Olahragawan dan Olahragawati akan menerima Piala Iringan.

8.3 Rumah sukan yang mengumpul mata tertinggi akan dikira sebagai JOHAN

KESELURUHAN dan akan menerima hamper.

9. KEWANGAN9.1 Anggaran Pendapatan:

BIL NAMA PERKARA JUMLAH1. PIBG SK Pendita Zaaba Sumbangan RM 1,365.002. Sekolah (Yuran SUA / Peruntukan Sukan) Peruntukan RM 1,734.00

JUMLAH BESAR RM 3,099.00

9.2 Anggaran Perbelanjaan:

BIL SUMBER PERKARA BUTIRAN JUMLAH1

Sekolah

HADIAH ACARA INDIVIDU 42 X 3 SET X RM 3.50 RM 441.002 HADIAH ACARA KUMPULAN 14 X 12 SET X RM 3.50 RM 588.003 OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI 2 X RM 25.00 RM 50.004 JOHAN PERBARISAN (Hamper) 2 X RM 35.00 RM 70.005 MAKANAN & MINUMAN MURID 390 X RM 1.50 RM 585.00      JUMLAH RM 1,734.00         1

PIBG

CENDERAHATI PASUKAN PERUBATAN PBSM 4 X RM 5.00 RM 20.002 CENDERAHATI GURU & KAKITANGAN 47 X RM 5.00 RM 235.003 CENDERAHATI KAKITANGAN SWASTA 6 X RM 5.00 RM 30.004 CENDERAHATI PENYAMPAI HADIAH 10 X RM 5.00 RM 50.005 CENDERAHATI PEMBUKAAN DAN PENUTUP 2 X RM 35.00 RM 70.006 JAMUAN RINGAN 50 X RM 5.00 RM 250.007 MINUMAN MURID DAN KECERIAAN (B, H, M, K) 4 X RM 80.00 RM 320.008 MINUMAN PEGAWAI BERTUGAS (MINERAL) 6 X RM 15.00 RM 90.00

Page 4: Documents.tips Kertas Kerja Kejohanan Sukan Olahraga

9 RUNCIT   RM 300.00      JUMLAH RM 1,365.00

JUMLAH BESAR   RM 3,099.00

10. ACARA-ACARA1. 80 M L/P (Tahun 1 dan 2)

2. 100 M L/P (Tahun 3 hingga 6)

3. 200 M L/P (Tahun 4 hingga 6)

4. 4 X 50 M L/P (Tahun 1 hinga 3)

5. 4 X 100 M L/P (Tahun 4 hingga 6)

6. LOMPAT JAUH (Tahun 1 hingga 6)

7. LOMPAT TINGGI (Tahun 4 hingga 6)

8. LONTAR PELURU (Tahun 4 hingga 6)

9. SUKANEKA (Pra-Sekolah)

11. JAWATANKUASA PROGRAM

AHLI JAWATANKUASAKEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE–41

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZAABA, TAPAH ROAD

Penaung : Pegawai Pelajaran Daerah Batang PadangPenasihat : Pn. Nor Azian binti Jaafar, PJK

(Guru Besar, SK. Pendita Zaaba)Pengerusi Pengelola : Pn. Hjh. Rohani binti Abu Bakar (PK Kokurikulum)Setiausaha Sukan : En. Mohd Hasril bin Abu Hassan AshaariPen. S/U Sukan : Pn. Elyana binti AzmeeBendahari : Pn. Anisah binti HamzahPenyambut Tetamu : Pn. Nor Azian binti Jaafar, PJK (Guru Besar SKPZ)

: En. Safri bin Mohamad Salih (YDP PIBG): Pn. Aminah binti Jahari (PK Pentadbiran): Pn. Hjh. Rubiah bt. Isa (PK HEM): Pn. Hjh. Rohani binti Abu Bakar (PK Kokurikulum)

12. JAWATANKUASA KERJA DAN BIDANG TUGAS

Page 5: Documents.tips Kertas Kerja Kejohanan Sukan Olahraga

AJK NAMA TUGASAN

1. Jemputan

En. Mohd Hasril bin Abu Hassan Ashaari (K)Pn. Elyana bt. Azmee

1.1 Menyediakan surat jemputan untuk: - Perasmi pembukaan dan penutup - Pegawai-pegawai PPD - Guru Besar (Sek. Berhampiran) - Pegawai-pegawai sukan - AJK PIBG dan Ibubapa

2. Promosi & Sumbangan

Pn. Elyana bt. Azmee (K) Pn. Suzalina bt. Muhamad

2.1 Menyediakan kain rentang.2.2 Mencari nama orang perseorangan dan syarikat untuk sumbangan.2.3 Mengedar surat-surat sumbangan dan membuat tindakan susulan.

3. Persiapan Padang

En. Che Mohd Shukri bin Che Mood (K)En. Mohd Hasril bin Abu Hassan Ashaari En. Ahmad Sofwan bin NawawiEn. Mohd Johari bin AliEn. Mohamad Fauzi bin JusohEn. Mohd Hadafi bin Othman En. Khairul Afhan bin Mohamad Nor

3.1 Memastikan padang sesuai dan selamat untuk digunakan.3.2 Menyediakan khemah / tempat tetamu,peserta dan petugas PBSM.3.3 Menyediakan meja untuk hadiah, juruacara, pencatat luar dan dalam.

4. Peralatan

En. Mohd Johari bin Ali (K)Pn. Suzalina bt. MuhamadEn. Mohd Hasril bin Abu Hassan AshaariPn. Elyana bt. Azmee

4.1 Memastikan kelengkapan sukan mencukupi untuk kejohanan olahraga.4.2 Memastikan kelengkapan sukan disimpan selepas acara berakhir.

5. Hadiah dan Cenderahati

Pn. Hjh. Maznah bt. Md Ghazali (K)Pn. Hawa bt. AdenanPn. Wan Nur Saadah bt. Meor AhmadPn. Salidahayati bt. MohamedPn. Norhamidah bt. ZakariaPn. Siti Fatimah bt. Hussin

5.1 Menyediakan hadiah-hadiah untuk setiap acara sukan.5.3 Menyediakan cenderahati untuk perasmi dan penutup.5.4 Mengelolakan majlis penyampaian hadiah.

6. Siaraya En. Ahmad Sofwan bin Nawawi (K)En. Mohd Johari bin Ali

6.1 Menyediakan dan menyelia PA System semasa acara berlangsung termasuk raptai.

7. Juruacara Pn. Junaidah bt. Sahat (K)Pn. Hjh Juriatul Aini bt. Johari

7.1 Mendapatkan maklumat dan mengacara keseluruhan kejohanan sukan.7.2 Memastikan program berjalan baik.

8. Pencatat Luar

Pn. Elyana bt. Azmee (K)Pn. Alauyah bt. AbdullahPn. Rubiah bt. IsmailPn. Hafsah bt. HussinPn. Suzalina bt. Muhamad (Score Board)

8.1 Mencatat keputusan setiap acara dan nama pemenang untuk diserahkan kepada pencatat dalam.8.2 Catatan keputusan sukan perlu dikemaskinikan untuk difailkan.8.3 Mengemaskini papan mata setiap masa.

9. Pencatat Dalam

Pn. Norhanizah bt. Tahir (K)Pn. Noor Azira binti Azmi

9.1 Menjalinkan kerjasama dengan pencatat luar.9.2 Menyerahkan keputusan kepada juruacara.9.3 Membuat semakan dan mengemaskini markah terkini pertandingan.

10. Penyelia Peserta

En. Mohamad Fauzi bin Jusoh (K) En. Khairul Afhan bin Mohamad NorEn. Mohd Hasril bin Abu Hassan

10.1 Menerima nama peserta yang bertanding dari guru rumah sukan.10.2 Menyediakan peserta untuk

Page 6: Documents.tips Kertas Kerja Kejohanan Sukan Olahraga

Ashaaripertandingan kejohanan Olahraga.10.3 Menyediakan peserta yang menerima hadiah.

11. Pengurusdi khemah peserta

En. Mohd Hadafi bin Othman (K)En. Che Mohd Shukri bin Che MoodRumah Biru :Cik Suryani bt. RasidiPn. Samsiah bt. HamidRumah Hijau :Pn. Azizah bt. IsmailPn. Nurul Farahin bt. ZolkepliRumah Kuning :Pn. Anisah bt. HamzahPn. Siti Eshah bt. Abdul RashidRumah Merah :Pn. Aminah bt. Mohd YunusPn. Shahidah bt. Salleh

11.1 Menyediakan peserta untuk pertandingan sukan olahraga.11.2 Menyediakan air minuman peserta.11.3 Mengawasi keselamatan peserta di bawah khemah.

12. JamuanPn. Hjh. Fauziyah bt Jamaluddin (K)Pn. Hjh. Umi Kalsom bt. SahahuddinPn. Khalijah bt. Mohamad

12.1 Membuat penyelarasan dengan pengusaha kantin untuk jamuan guru-guru, staf dan tetamu jemputan.

13. Minuman Pegawai

Pn. Zakiah bt. Ismail (K)Pn. Siti Asiah bt. Md ZibyPn. Norzariati bt. Md Nor

13.1 Menyediakan minuman untuk pegawai dan petugas sukan olahraga.13.2 Menyelaraskan pengedaran air minuman dengan bantuan pengawas.

14. Buku Program

Pn. Anisah bt. Hamzah (K)Pn. Nurul Farahin bt. ZolkepliPn. Norzihan bt. SarjuniPn. Rohanizah bt. RomliEn. Mohd Noor Razali Abdul Rahman

14.1 Menyediakan Buku Program untuk Kejohanan Olahraga Tahunan.14.2 Memastikan Buku Program siap mengikut masa yang ditetapkan.

15. Perbarisan En. Ibrahim bin Nawawi (K)En. Ahmad Sofwan bin Nawawi

15.1 Menerima nama peserta dari rumah sukan.15.2 Membuat latihan perbarisan.15.3 Menyediakan borang pemarkahan.

16. Jurukamera dan dokumentasi

Pn. Rodziah bt. Mohd Yaacob (K)En. Tachanamoorthy a/l Retnam

16.1 Merakamkan Kejohanan Olahraga Tahunan untuk tujuan dokumentasi.16.2 Membuat penyelarasan dengan setiausaha Sukan untuk tujuan dokumentasi.

17. Pra Sekolah

Pn. Norhamidah bt. Zakaria (K)Pn. Norzariati bt. Md NorPn. Siti Asiah bt. Md ZibyPn. Siti Fatimah bt. Hussin

17.1 Menyediakan kumpulan sukaneka Pra sekolah.17.2 Memastikan keselamatan murid-murid sebelum,semasa dan selepas program berjalan.

13. TENTATIF PROGRAM

08.00 Pagi : Tetamu & Peserta Mengambil Tempat 08.30 Pagi : Acara Sukaneka Pra Sekolah 09.00 Pagi : Acara Sukan Tahap 1 (Acara Individu)

10.00 Pagi : Rehat

Page 7: Documents.tips Kertas Kerja Kejohanan Sukan Olahraga

10.30 Pagi : Acara Sukan Tahap 1 (Berpasukan) 11.30 Pagi : Penyampaian Hadiah

12.00 Tgh : Acara Pagi Tamat

02.00 Petang : Tetamu & Peserta Mengambil Tempat

02.30 Petang : Perbarisan Lintas Hormat & Ikrar

03.00 Petang : Ucapan Guru Besar 

: Ucapan Perasmian Oleh: Y.B. Dato’ Samsudin bin Abu Hassan, D.P.M.P., A.M.P., P.P.T.

ADUN Air Kuning

03.30 Petang : Acara Sukan Tahap 2 Bermula 05.30 Petang : Penyampaian Hadiah

06.00 Petang : Bersurai

14. PENUTUPPihak Jawatankuasa Pengelola berharap agar kejohanan ini akan dapat dianjurkan dengan jayanya hasil kerjasama dan komitmen yang padu daripada semua pihak yang terlibat.

Disediakan oleh,

(MOHD HASRIL BIN ABU HASSAN ASHAARI) Setiausaha Sukan,

SK Pendita Zaaba,35400 Tapah Road,

Perak

Disahkan oleh,

(PN. NOR AZIAN BINTI JAAFAR, PJK)Guru Besar,SK Pendita Zaaba,35400 Tapah Road,

Perak