DOKUMEN SEBUT HARGA -...

21
SULIT 1 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA) DOKUMEN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN LESEN PERISIAN DAN PENYENGGARAAN SISTEM eSMSM,eSPDM dan PORTAL SPA DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA) NO. SEBUT HARGA: SEBUT HARGA SPA 3/2018 TARIKH TUTUP SEBUT HARGA 29 JUN 2018 (JUMAAT) 12.00 TENGAH HARI PENYEBUTHARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN TAWARAN SEBELUM MENYERTAI SEBUT HARGA INI. PENYEBUTHARGA YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK MEMATUHI MANA-MANA FASAL DI DALAM DOKUMEN INI BOLEH MENYEBABKAN SEBUT HARGA TIDAK DIPERTIMBANGKAN.

Transcript of DOKUMEN SEBUT HARGA -...

Page 1: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

1

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA)

DOKUMEN SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN LESEN PERISIAN DAN PENYENGGARAAN SISTEM eSMSM,eSPDM dan PORTAL SPA DI

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA)

NO. SEBUT HARGA:

SEBUT HARGA SPA 3/2018

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

29 JUN 2018 (JUMAAT) 12.00 TENGAH HARI

PENYEBUTHARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI

KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN TAWARAN SEBELUM MENYERTAI SEBUT HARGA INI. PENYEBUTHARGA

YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK MEMATUHI MANA-MANA FASAL DI DALAM DOKUMEN INI BOLEH MENYEBABKAN SEBUT HARGA TIDAK

DIPERTIMBANGKAN.

Page 2: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT BAHAGIAN A (NOTIS SEBUT HARGA)

1. NOTIS SEBUT HARGA 7 BAHAGIAN B (ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA)

1. TAWARAN SEBUT HARGA 9 2. PELAWAAN SEBUT HARGA 9 3. TEMPOH PELAKSANAAN 9 - 10 4. HAK KERAJAAN SEMASA TAWARAN 10 5. SYARAT-SYARAT AM 10 6. PERCANGGAHAN MAKLUMAT TAWARAN 10 7. KEPUTUSAN LEMBAGA PEROLEHAN MUKTAMAD 10 8. JAMINAN ATAS SEBUT HARGA 11 9. PENYERTAAN SERTA HARGA DOKUMEN SEBUT HARGA 11 - 12

10. CARA MENGEMUKAKAN SEBUT HARGA 12 - 13 11. ARAHAN SEBELUM MENGHANTAR SEBUT HARGA 13 - 14 12. PENGHANTARAN SEBUT HARGA 14 13. HARGA 15 14. TEMPOH JAMINAN PERALATAN 15

15. SKOP KERJA PENYEBUT HARGA 15

16. BUTIR-BUTIR PENYEBUT HARGA 15

17. IKLAN 17 18. SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA 17 19. KONTRAK 17 20. PENALTI 17 21. DENDA LEWAT BEKALAN DAN PERKHIDMATAN 18 22. SURAT SETUJU TERIMA 18 23. BON PELAKSANAAN BAGI KONTRAK BEKALAN/PERKHIDMATAN 18 - 19 24. LOKASI PENGHANTARAN 19 25. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH 19 26. FI PERKHIDMATAN 19 - 20 27. PERTANYAAN 21 28. TARIKH TUTUP 21 - 22

DOKUMEN CADANGAN SEBUT HARGA DOKUMEN CADANGAN KEWANGAN

Page 3: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

3

BIL PERKARA MUKA SURAT 1. JADUAL K1 : JADUAL HARGA 2. JADUAL K2 : SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA

3. JADUAL K3 : KETERANGAN MENGENAI SYARIKAT PENYEBUT HARGA

4. JADUAL K4 : SALINAN SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT KEMENTERIAN KEWANGAN

5. JADUAL K5 : SALINAN SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA (WAJIB) – TARAF BUMIPUTERA

6. JADUAL K6 : SALINAN SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT (SSM)

7. JADUAL K7 : SURAT PENGESAHAN PENDAFTARAN GST DARIPADA KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JIKA ADA)

8. JADUAL K8 : SURAT AKUAN PEMBIDA

9. SALINAN PENYATA BULANAN AKAUN BANK BAGI TIGA (3) BULAN TERAKHIR YANG TELAH DISAHKAN

10. SALINAN DUA (2) TAHUN PENYATA KEWANGAN SYARIKAT YANG TELAH DISAHKAN DAN DIAUDIT

DOKUMEN CADANGAN TEKNIKAL

1. JADUAL T1 : JADUAL PEMATUHAN SKOP KERJA

2. JADUAL T2 : SENARAI PASUKAN PROJEK

3. JADUAL T3 : MAKLUMAT PENGALAMAN SYARIKAT

4. JADUAL T4 : JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

5. JADUAL T5 : MAKLUMAT SOKONGAN TEKNIKAL

6. JADUAL T6 : LOKASI PENYENGGARAAN

7. BROSUR DAN KATALOG

Page 4: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

4

SENARAI SEMAK DOKUMEN MANUAL/HARDCOPY

Sila tandakan (√) bagi Dokumen KEWANGAN yang telah dihantar secara MANUAL

Bil. Perkara/Dokumen Untuk Ditanda

Oleh Penyebutharga

Untuk Ditanda Oleh

J/K Pembuka SEBUT HARGA

1. Jadual K1 : Jadual Harga

2. Jadual K2 : Surat Akuan Penyebutharga

3. Jadual K3 : Keterangan Mengenai Syarikat Penyebutharga

4. Jadual K4 : Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dari Kementerian Kewangan Malaysia

5. Jadual K5 : Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat

Bumiputera Dari Kementerian Kewangan Malaysia (Wajib) – Taraf Bumiputera

6. Jadual K6 : Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)

7. Jadual K7 : Surat Pengesahan Pendaftaran GST

Daripada Kastam Diraja Malaysia (Jika Ada)

8. Jadual K8 : Surat Akuan Pembida

9. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank Bagi Tiga (3) Bulan Terakhir yang Telah Disahkan

10. Salinan Dua (2) Tahun Penyata Kewangan Syarikat yang Telah Disahkan dan Diaudit

Sila tandakan (√) bagi Dokumen TEKNIKAL yang telah dihantar secara MANUAL

Bil. Perkara/Dokumen Untuk Ditanda

Oleh Penyebutharg

a

Untuk Ditanda Oleh

J/K Pembuka SEBUT HARGA

1. Jadual T1 : Jadual Pematuhan Skop Kerja

2. Jadual T2 : Senarai Pasukan Projek

3. Jadual T3 : Maklumat Pengalaman Syarikat

4. Jadual T4 : Jadual Pelaksanaan Projek

5. Jadual T5 : Maklumat Sokongan Teknikal

6. Jadual T6 : Lokasi Penyenggaraan

7. Brosur dan Katalog

Page 5: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

5

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT: Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga ini. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Cop Syarikat :

UNTUK KEGUNAAN JABATAN: Jawatankuasa Pembuka mengesahkan penerimaan dokumen sebut harga bertanda kecuali bagi perkara bil. ............................. (jika ada) PENGERUSI Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : AHLI Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh :

** Senarai Semakan ini perlu disertakan bersama Dokumen Sokongan Kewangan dan Teknikal, disusun mengikut aturan di atas serta dijilid dengan kemas.

Page 6: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

6

BAHAGIAN A

NOTIS SEBUT HARGA

Page 7: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

7

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

KENYATAAN TAWARAN

PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN LESEN PERISIAN DAN PENYENGGARAAN SISTEM eSMSM,eSPDM dan PORTAL SPA DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA)

1. Tawaran adalah dipelawa kepada penyebut harga-penyebut harga tempatan bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi Sebut Harga seperti berikut:-

NO. SEBUT HARGA

TAJUK KOD BIDANG PENDAFTARAN

TARIKH PELAWAAN

SEBUT HARGA TARIKH TUTUP

SEBUT HARGA

SPA 3/2018

PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN LESEN PERISIAN DAN PENYENGGARAAN SISTEM eSMSM,eSPDM dan PORTAL SPA DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA)

210103 dan 210104

21 JUN 2018

(KHAMIS)

29 JUN 2018

(JUMAAT)

Jam 12.00 tengah hari

2. Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal dan dokumen sokongan yang lain hendaklah dimasukkan ke dalam dua (2) sampul surat yang berlainan dan dilakri serta dicatatkan Nombor Sebut Harga SPA 3/2018 pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat bagi kedua-dua sampul surat. Kedua-dua sampul surat tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat berlakri dan dialamatkan kepada:-

Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,

Aras 9, Blok C7, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62520 PUTRAJAYA. Nombor Sebut Harga : SEBUT HARGA SPA 3/2018

dan dimasukkan ke dalam Peti SEBUT HARGA di ARAS 9, BLOK C7, KOMPLEKS C, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62520 PUTRAJAYA. 3 Tawaran sebut harga yang lewat dikemukakan serta kelewatan menghantar dokumen sokongan seperti mana arahan sebut harga tidak akan dipertimbangkan.

Page 8: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

8

BAHAGIAN B

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

Page 9: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

9

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

1. TAWARAN SEBUT HARGA Sebut Harga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan bertaraf Bumiputera

yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (salinan sijil perlu dikembarkan) di bawah bidang 210103 dan 210104 dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa untuk:

PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN LESEN PERISIAN DAN PENYENGGARAAN

SISTEM eSMSM,eSPDM dan PORTAL SPA DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA)

2. PELAWAAN SEBUT HARGA 2.1 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (disebut Kerajaan) mempelawa

pembekal-pembekal (disebut Penyebut harga) tempatan bertaraf Bumiputera yang berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 210103 DAN 210104 serta masih dibenarkan untuk membuat cadangan Sebut Harga bagi perkhidmatan seperti di para 1. Penyebut harga juga mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan memiliki pengalaman yang luas dalam bidang yang berkaitan.

2.2 Sebut harga yang dibuat tanpa menggunakan borang sebut harga rasmi (hardcopy dan softcopy) yang disediakan tidak akan dipertimbangkan.

2.3 Keengganan Penyebut harga mematuhi syarat-syarat sebut harga boleh

menyebabkan sebut harganya ditolak.

3. TEMPOH PELAKSANAAN 3.1 Penyebut harga yang terpilih dikehendaki menyiapkan kerja pembaharuan

lesen langganan dalam tempoh SATU (1) bulan bermula dari tarikh Surat Setuju Terima.

3.2 Penyebut harga juga dikehendaki menyediakan perkhidmatan penyenggaraan pencegahan, pembetulan dan sokongan teknikal sepanjang tempoh SATU (1) tahun.

Page 10: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

10

4. HAK KERAJAAN SEMASA TAWARAN

Kerajaan berhak sama ada mempersetujui kesemua tawaran sebut harga atau sebahagiannya. Keputusan Kerajaan adalah muktamad. Kerajaan juga berhak mengubah spesifikasi sebut harga jika perlu dengan memberi notis kepada penyebutharga.

5. SYARAT–SYARAT AM

5.1 Penyebut harga adalah dikehendaki memperakui bahawa barang-barang atau perkhidmatan yang dibekalkan adalah mengikut penentuan atau standard (jika ada) yang dinyatakan dalam pelawaan ini.

5.2 Keengganan Penyebut harga mematuhi semua syarat-syarat sebut harga boleh

menyebabkan sebut harga ditolak dan segala risiko kerugian adalah di bawah tanggungjawab penyebutharga.

6. KERAGUAN MAKLUMAT TAWARAN Sekiranya terdapat sebarang keraguan maklumat antara maklumat asal dan salinan

manual, maka maklumat tersebut tidak akan digunapakai. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA PEROLEHAN MUKTAMAD Keputusan mengenai sebut harga yang dikeluarkan adalah muktamad. Sebarang

surat menyurat mengenai keputusan tidak akan dilayan.

8. JAMINAN ATAS SEBUT HARGA

8.1 Pendaftaran Penyebut harga-Penyebut harga di Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas sebut harga-sebut harga yang dikemukakan. Sekiranya Penyebut harga-Penyebut harga menarik balik tawaran sebelum sebut harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah setujuterima dikeluarkan, tindakan tatatertib akan diambil seperti berikut:

8.1.1 Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi kesalahan pertama; 8.1.2 Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi kesalahan kedua; 8.1.3 Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.

Page 11: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

11

8.2 Syarikat-syarikat yang digantung/ dipotong pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana sebut harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/ Jabatan/ Badan Berkanun di seluruh Malaysia.

8.3 Bagi semua penggantungan/ pemotongan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenaraihitamkan.

9. PENYERTAAN SERTA HARGA DOKUMEN SEBUT HARGA

9.1 Dokumen sebut harga boleh didapati secara percuma melalui laman web SPA

(www.spa.gov.my).

9.2 Hanya syarikat yang mempunyai akses kepada sistem ePerolehan baharu sahaja dibenarkan untuk menyertai sebut harga ini.

10. CARA MENGEMUKAKAN SEBUT HARGA 10.1 Penyebutharga perlu mengisi maklumat sebut harga dan mengemukakan

borang secara manual (borang diperoleh melalui laman web SPA). Penyebut harga yang gagal mengemukakan maklumat melalui kaedah tersebut (secara manual) akan ditolak.

10.2 Semua borang manual hendaklah diisi dengan lengkap, kemas, terang dan seboleh-bolehnya hendaklah ditaip. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, penyebutharga boleh menggunakan kertas tambahan dan mesti ditandatangani setiap helaian kertas tambahan tersebut. Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam borang mestilah ditandatangani ringkas dengan tarikh oleh Penyebutharga.

10.3 Cadangan sebut harga dan dokumen-dokumen berkaitan MESTI dikemukakan dalam satu (1) set DOKUMEN ASAL dan DUA (2) set SALINAN PENDUA bagi setiap cadangan teknikal dan kewangan secara berasingan. Setiap sampul surat yang dihantar hendaklah ditandakan di sudut sebelah atas kiri dengan perkataan ‘CADANGAN KEWANGAN’ bagi dokumen kewangan dan ‘CADANGAN TEKNIKAL’ bagi dokumen teknikal. Pihak Kerajaan berhak untuk menolak sebarang cadangan sebut harga yang tidak lengkap dan tidak mematuhi perkara-perkara yang dinyatakan.

10.4 Penyebut harga juga MESTI mengemukakan satu (1) set SALINAN Cadangan

Teknikal dalam bentuk softcopy (CD).

Page 12: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

12

10.5 Sekiranya terdapat sebarang kekeliruan atau percanggahan maklumat, pihak Kerajaan akan merujuk kepada DOKUMEN ASAL untuk diterima pakai.

10.6 Kesemua maklumat Kewangan dan Teknikal adalah mandatori. Penyebutharga

mestilah melengkapkan maklumat yang terkandung di dalam semua Jadual yang tersenarai di bawah ini. Setiap set dokumen yang dihantar mestilah mengandungi serta mengikut susunan perkara-perkara seperti berikut dan sebut harga hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul surat berlakri (sealed) iaitu:

a. Sampul surat pertama hendaklah mengandungi dokumen seperti berikut:-

i) Senarai Dokumen Cadangan Kewangan :

BIL JADUAL KETERANGAN

1 Jadual K1 Jadual Harga

2 Jadual K2 Surat Akuan Penyebutharga

3 Jadual K3 Keterangan Mengenai Syarikat Penyebutharga

4 Jadual K4 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dari Kementerian Kewangan Malaysia

5 Jadual K5 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera (jika ada) Dari Kementerian Kewangan Malaysia

6 Jadual K6 Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)

7 Jadual K7 Surat Pengesahan Pendaftaran GST Daripada Kastam Diraja Malaysia (jika ada)

8 Jadual K8 Surat Akuan Pembida

9 Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank Bagi Tiga (3) Bulan Terakhir Yang Telah Disahkan

10 Salinan Dua (2) Tahun Penyata Kewangan Syarikat Yang Telah Disahkan Dan Diaudit

Page 13: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

13

Pada sampul surat ini ditandakan disudut sebelah atas kiri sampul surat dengan perkataan ‘CADANGAN KEWANGAN’.

“ CONTOH SAMPUL CADANGAN KEWANGAN ”

SULIT CADANGAN KEWANGAN SEBUT HARGA SPA 3/2018

b) Sampul surat kedua hendaklah mengandungi dokumen seperti berikut:

ii) Senarai Dokumen Cadangan Teknikal :

BIL

JADUAL

KETERANGAN

1 Jadual T1

Jadual Pematuhan Skop Kerja

2 Jadual T2

Senarai Pasukan Projek

3 Jadual T3

Maklumat Pengalaman Syarikat

4 Jadual T4

Jadual Pelaksanaan Projek

5 Jadual T5

Maklumat Sokongan Teknikal

6 Jadual T6

Lokasi Penyenggaraan

8 Brosur dan Katalog

Pada sampul surat ini ditandakan disudut sebelah atas kiri sampul surat dengan perkataan ‘CADANGAN TEKNIKAL’.

“ CONTOH SAMPUL TEKNIKAL ”

SULIT CADANGAN TEKNIKAL SEBUT HARGA SPA 3/2018

Page 14: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

14

11. ARAHAN SEBELUM MENGHANTAR SEBUT HARGA

11.1 Bagi salinan pendua dokumen ‘CADANGAN TEKNIKAL’ penyebutharga TIDAK DIBENARKAN memaparkan nama, alamat dan logo syarikat pada tawaran sebut harga. Penyebutharga hendaklah menutup nama dan alamat penyebutharga pada mana-mana dokumen yang ada memaparkan nama syarikat penyebutharga seperti kepala surat (letter head) pada laporan-laporan, sijil-sijil dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan kecuali set dokumen asal dan surat litup (covering letter).

11.2 Pihak Kerajaan berhak MENOLAK sebarang tawaran dari pihak penyebutharga tanpa sebarang penjelasan sekiranya masih terdapat nama penyebutharga di mana-mana risalah dan katalog di dokumen Cadangan Teknikal.

11.3 Penyebutharga hendaklah menyertakan surat sokongan daripada

pengilang/prinsipal bagi setiap jenis peralatan yang dibekalkan secara beli bersama DOKUMEN CADANGAN TEKNIKAL.

12. PENGHANTARAN SEBUT HARGA 12.1 Dokumen yang telah diisi dengan lengkap dan dokumen manual yang telah diisi

dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul tertutup dan berlakri. Pada bahagian atas kiri sampul surat itu hendaklah dicatatkan butir-butir berikut:

CADANGAN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN LESEN PERISIAN DAN PENYENGGARAAN SISTEM eSMSM,eSPDM dan PORTAL SPA DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA)

No. SEBUT HARGA : SEBUT HARGA SPA 3/2018

DI TUTUP PADA 29 JUN 2018 (JUMAAT), JAM 12.00 TENGAH HARI

Semua dokumen manual sebut harga hendaklah dialamatkan kepada: Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Aras 9, Blok C7 Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya

Page 15: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

15

12.2 Dokumen sebut harga manual hendaklah dihantar dengan tangan atau melalui

pos dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga yang telah disediakan di Aras 9, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya. Semua tawaran sebut harga yang dihantar iaitu dokumen manual mestilah diterima Kerajaan sebelum tarikh dan masa tutup seperti yang tersebut. Kerajaan tidak bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung terhadap kelewatan, kehilangan dan sebagainya terhadap tawaran-tawaran yang dihantar melalui pos.

12.3 Dokumen sebut harga yang dihantar melalui teleks, telegram atau lain-lain cara

selain dari di atas tidak akan dilayan. 12.4 SPA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan yang

ditanggung oleh mana-mana Penyebutharga dalam penyediaan dan penyerahan tawaran sebut harga ini tanpa mengambil kira sama ada hasil proses sebut harga ini berjaya atau sebaliknya.

12.5 Penyebutharga tidak boleh memasukkan apa-apa perbelanjaan berkaitan

dengan penyediaan sebut harga ini dalam sebut harga yang ditawarkan. 12.6 Pihak Kerajaan berhak MENOLAK sebarang tawaran daripada pihak

penyebutharga tanpa sebarang penjelasan sekiranya terdapat NAMA PENYEBUT HARGA di mana-mana Salinan Dokumen Tawaran Teknikal.

13. HARGA

13.1 Semua harga yang ditawarkan pada JADUAL K1 bagi PERKARA A DAN PERKARA B hendaklah tetap dalam RINGGIT MALAYSIA dan tempoh sah tawaran SEBUT HARGA adalah sembilan puluh (90) hari dari tarikh sebut harga ditutup manakala kos penyediaannya adalah tanggungjawab Penyebutharga sendiri.

13.2 Penyebutharga hendaklah mengemukakan tawaran harga tidak termasuk

kenaan SST. 14. SKOP KERJA PENYEBUTHARGA Penyebutharga perlu mematuhi semua skop kerja yang dinyatakan di dalam Jadual

T1 dokumen ini. Kegagalan penyebutharga mematuhi sebahagian atau keseluruhan skop kerja yang telah dinyatakan akan menyebabkan tawaran penyebutharga ditolak.

Page 16: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

16

15. BUTIR-BUTIR PENYEBUT HARGA

Penyebutharga adalah dikehendaki mengemukakan jadual Keterangan Mengenai Penyebut harga di dalam dokumen sebut harga.

16. IKLAN

Sebarang iklan mengenai sebut harga ini adalah tidak boleh disiarkan melalui akhbar, majalah atau sebarang bentuk media kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak Kerajaan.

17. SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA

Penyebutharga adalah dikehendaki menandatangani Surat Akuan Penyebut harga di dalam dokumen sebut harga.

18. KONTRAK

18.1 Notis bertulis akan diberi kepada penyebut harga yang berjaya apabila sebut harganya dipersetujui.

18.2 Kerajaan tidak terikat untuk mempersetujui sebut harga yang terendah tawaran harganya atau mana-mana sebut harga jua pun. Kerajaan tidak berkewajipan memberi apa-apa alasan bagi penolakan sebarang sebut harga dan keputusan Kerajaan mengenainya adalah muktamad.

18.3 Penyebut harga yang berjaya akan menandatangani kontrak dengan Kerajaan

dan perlu membayar segala ganti rugi jika tidak mematuhi syarat-syarat kontrak.

18.4 Penyebut harga yang terpilih dikehendaki menjalankan kerja-kerja

pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian, pentauliahan dan penyelenggaraan (dalam tempoh jaminan) bermula dari tarikh surat setuju terima ditandatangani.

19. PENALTI 19.1 Penyebut harga akan dikenakan denda sekiranya kelewatan yang berlaku

adalah berpunca daripada Penyebutharga sendiri.

Page 17: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

17

19.2 Kerajaan boleh mengenakan denda terhadap Penyebut harga sebanyak 1 peratus (1%) daripada harga projek ini pada setiap tujuh (7) hari kelewatan tetapi tidak melebihi lima peratus (5%) daripada harga projek ini.

20. DENDA LEWAT BEKALAN DAN PERKHIDMATAN 20.1 Penyebut harga yang berjaya hendaklah menyempurnakan kontrak perkhidmatan

dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam kontrak. 20.2 Penyebut harga yang berjaya akan dikenakan denda sekiranya kelewatan yang

berlaku adalah berpunca daripada penyebut harga-penyebut harga sendiri. Cara perkiraan denda tersebut adalah mengikut formula seperti berikut:-

Formula Bagi Mengenakan Denda

Denda : V(T + D) x 5%

T

V : Nilai Harga Perkhidmatan Yang Dibekalkan

T : Tempoh Bekalan Mengikut Kontrak (dalam hari)

D : Bilangan Hari Yang Lewat

21. SURAT SETUJU TERIMA

21.1 Kerajaan adalah berhak menyetujuterima sebut harga tersebut sama ada kesemuanya ataupun sebahagiannya daripadanya. Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling murah atau sebarang tawaran.

21.2 Keputusan Kerajaan adalah muktamad. Kerajaan tidak akan melayan sebarang

surat menyurat yang berupa rayuan daripada penyebut harga-penyebut harga mengenai sebab-sebab tawaran mereka tidak berjaya.

21.3 Penyebut harga-penyebut harga yang berjaya dikehendaki menandatangani satu

Perjanjian Kontrak dengan Kerajaan Malaysia dan adalah terikat dengan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian tersebut.

Page 18: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

18

21.4 Surat Setuju Terima (SST) hendaklah ditandatangani dan diserahkan kepada Kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh SST tersebut diterima. Kegagalan menyerahkan kembali SST tersebut akan menyebabkan tawaran sebut harga tersebut TERBATAL.

22. BON PELAKSANAAN BAGI KONTRAK BEKALAN / PERKHIDMATAN

22.1 Penyebut harga-Penyebut harga yang berjaya dikehendaki mengemukakan Bon Pelaksanaan seperti berikut:- i) 2.5% Daripada jumlah nilai kontrak bagi bekalan atau perkhidmatan yang

bernilai RM200,000.00 hingga RM 500,000.00 setahun.

ii) 5% - Daripada jumlah nilai kontrak bagi kontrak perkhidmatan yang bernilai RM 500,000.00 atau lebih setahun.

22.2 Bon Pelaksanaan hendaklah berkuatkuasa selama dua belas (12) bulan selepas penghantaran terakhir atau tarikh tamat kontrak yang mana terkemudian.

23. LOKASI PENYENGGARAAN

Semua penyenggaraan peralatan keselamatan ICT hendaklah dilaksanakan di alamat seperti yang dinyatakan di Jadual T6.

24. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

24.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan projek ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)

Any act or attempt to corruptly offer or give, solicit or receive any gratification to

and from any person in connection with the project is a criminal offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

24.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan

kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)

Page 19: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

19

If any person offers or gives any gratification to any members of the public service, the latter shall at the earliest opportunity thereafter lodge a report at the nearest office of the Malaysian Anti Corruption Commission or police station. Failure to do so is an offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

24.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan Penyebutharga atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Without prejudice to any other actions, disciplinary action against a member of the

public service and blacklisting of the contractor or supplier may be taken if the parties are involved with any act of corruption under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

24.4 Mana-mana Penyebutharga atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran

berkaitan projek ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)

Any contractor or supplier who makes a claim for payment in relation to this

project although no work was carried out or no goods were supplied in accordance with the prescribed specifications and any member of the public service who certifies the claim commits an offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

25. FI PERKHIDMATAN

(a) Kadar Fi Perkhidmatan 0.8%

Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi perolehan atau kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment); dan

(b) Kadar Fi Perkhidmatan 0.4%

Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai

Page 20: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

20

RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment) atau mengikut permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan dalam tempoh kontrak.

26. PERTANYAAN

26.1 Sebarang pertanyaan berkaitan dengan sebut harga ini hendaklah dirujuk kepada:-

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 9, Blok C7, Kompleks C, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62520 PUTRAJAYA.

Berkaitan Perolehan

i) Puan Wan Nooralina Sofia binti Wan Baharudin Tel : 03 – 8885 6061 Faks : 03 – 8888 5036 E-mel : [email protected] Berkaitan Spesifikasi Teknikal i) Puan Elia Suziana binti Mohamad Tel : 03 – 8885 6148 Faks : 03 – 8888 5041 E-mel : [email protected] ii) Encik Mohd Faizal bin Marzuki Tel : 03 – 8885 6102 Faks : 03 – 8888 5041 E-mel : [email protected] iii) Encik Mohd Amin bin Othman Tel : 03 – 8885 6100 Faks : 03 – 8888 5041 E-mel : [email protected]

Page 21: DOKUMEN SEBUT HARGA - imej.spa.gov.myimej.spa.gov.my/dev/pdf/sebutharga/SEBUTHARGABIL3TAHUN2018.pdf · sulit . 1 . suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (spa) dokumen sebut harga

SULIT

21

26.2 Maklumat yang diperolehi secara tidak rasmi tidak boleh dijadikan sebagai bahan sokongan bagi sesuatu cadangan yang dikemukakan, melainkan bahan/ maklumat berkenaan diperolehi secara rasmi (permohonan bertulis kepada pihak Kerajaan).

27. TARIKH TUTUP

Tarikh tutup bagi tawaran SEBUT HARGA adalah pada jam 12.00 tengah hari; 29 JUN 2018 (JUMAAT).