DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi....

36
SULIT 1 DOKUMEN SEBUT HARGA SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MEREKABENTUK VIDEO KORPORAT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2017 NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)06/2017 1 SULIT

Transcript of DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi....

Page 1: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

SULIT

1

DOKUMEN SEBUT HARGA

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MEREKABENTUK VIDEO

KORPORAT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2017

NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)06/2017

1

SULIT

Page 2: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

SULIT

SENARAI LAMPIRAN

1. Lampiran 1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

2. Lampiran 2 : SKOP KERJA DAN JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

3. Lampiran 3 : JADUAL TAWARAN HARGA

5. Lampiran 4 : SURAT AKUAN SEBUT HARGA

6. Lampiran 5 : SURAT AKUAN PEMBIDA

7. Lampiran 6 : KESALAHAN RASUAH (AKTA PENCEGAHAN RASUAH (1997)

8. Lampiran 7 : LAMPIRAN Q

SULIT

Page 3: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

_________________________________

DOKUMEN PELAWAAN

SEBUT HARGA MEREKABENTUK VIDEO KORPORAT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2017

MUSTAHAK PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN

PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI

1. PERIHAL

1.1 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia mempelawa Penyebut harga bagi Sebut Harga Merekabentuk Video Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2017 arahan kepada Penyebut Harga seperti di Lampiran 1.

2.  SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENYEBUTHARGA

2.1  Penyebut harga yang dipelawa mestilah daripada mana-mana syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam kod bidang : 221302,221303,221304 atau 222001

Sila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga salinan sijil taraf Bumiputera dari Kementerian Kewangan.

2.2  Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas Sebut Harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Penyebut harga menarik balik tawaran sebelum Sebut Harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Sebut Harga diberikan kepadanya, maka tindakan akan diambil berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan (1PP)/PK 8 – Tindakan Tatatertib ke atas Syarikat dan Firma Perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan .

2.3  Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana Sebut Harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia.

SULIT1

Page 4: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

2.4  Bagi semua penggantungan/potongan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenaraihitamkan.

3. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

3.1  Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebut harga.

3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.

3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran Harga) yang tidak diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau barangan tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain bahagian atau barangan di dalam Lampiran 3. Sebarang tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.

3.1.4 Penyebut harga hendaklah mengganti rugi Kerajaan dengan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hakmilik dan rekabentuk, ‘trademark’, nama atau pun apa-apa hak yang dilindungi di dalam apa-apa kerja, material atau benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebut harga.

3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.

3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

3.1.7 Sebut Harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang

SULIT2

Page 5: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

mungkin timbul mengenai Sebut Harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

4. SKOP PERKHIDMATAN

Penyebutharga yang berjaya mestilah mematuhi skop kerja seperti berikut :-

4.1 Skop perkhidmatan Perkhidmatan Merekabentuk Video Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2017 adalah seperti di Lampiran 2 (Skop Kerja dan Jadual Spesifikasi Teknikal).

5.  SPESIFIKASI TEKNIKAL

5.1 Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan Sebut Harga.

5.2 Penyebut harga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan.  Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.

5.3 Sebelum menghantar tawaran Sebut Harga, Penyebut harga hendaklah memeriksa dokumen Sebut Harga dan jadual spesifikasi dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

5.4 Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of  ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.

6. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

6.1 Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tawaran Sebut Harga ini adalah seperti berikut:

Tarikh Tutup   : 18 Mei 2017 (Khamis)Masa   : 12.00 tengah hari Nombor Rujukan :  JPA(SII)06/2017

SULIT3

Page 6: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

7.  DOKUMEN SEBUT HARGA

7.1 Penyebutharga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir butir di dalam lampiran berikut:

7

7.1.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal 7.1.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga7.1.3 Lampiran 4 - Surat Akuan Sebut Harga7.1.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Pembida7.1.5 Lampiran 7 - Lampiran Q

8.  PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN

8.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, penyebut harga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.

8.2 Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah ditandatangani ringkas oleh Penyebut harga dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat.

8.3 Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) :

8.3.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal 8.3.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga8.3.3 Lampiran 4 - Surat Akuan Sebut Harga8.3.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Pembida8.3.5 Lampiran 7 - Lampiran Q

8.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dan ditandai dengan jelas seperti arahan di Lampiran 1.  Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,Jabatan Perkhidmatan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Aset,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

SULIT4

Page 7: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

62510 PUTRAJAYA

8.5 Dokumen tersebut  hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang telah ditetapkan beralamat seperti di para 9.4.

8.6 Tawaran Sebut Harga juga boleh dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.  Bagaimanapun JPA tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran Sebut Harga yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.

9.  TEMPOH SAH SEBUT HARGA

9

9.1 Semua tawaran harga (Lampiran 3) yang ditawarkan di dalam dokumen Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.

10.  PEMBATALAN PERKHIDMATAN DALAM SEBUT HARGA

10

10.1 JPA berhak untuk membatalkan salah satu perkhidmatan yang telah dinyatakan dalam dokumen Sebut Harga ini pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan.

10.2 Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebut harga kerana urusan Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Penyebutharga dan pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

11.  SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

11.1  JPA adalah berhak mempersetujui Sebut Harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.

11.2  JPA tidak terikat mempersetujui Sebut Harga yang rendah sekali atau mana-mana Sebut Harga jua pun.

11.3  JPA akan memberi notis bertulis kepada Penyebut harga  yang berjaya apabila tawarannya dipersetujui.

SULIT5

Page 8: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

11.4  Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Sebut Harga itu tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebut harga menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima.

11.5  Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebut harga dan suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.

12. KEPUTUSAN SEBUT HARGA ADALAH MUKTAMAD

12.1 JPA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari Penyebutharga. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan Sebut Harga ini tidak akan dilayan.

13.  BANTAHAN

13.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap berkaitan dengan penentuan Spesifikasi Teknikal yang menjurus kepada sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh Penyebutharga dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh iklan tawaran Sebut Harga. 

13.2 Bantahan hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamJabatan Perkhidmatan AwamBahagian Khidmat PengurusanSektor Perolehan & AsetAras 9, Blok C1, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.(u.p: Encik Safuan bin Saleh)

14.  URUS SETIA SEBUT HARGA

14.1  Penyebut harga yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai secara bertulis seperti alamat di para 14.2 (Untuk perhatian : Encik Safuan bin Saleh)

15.  TAWARAN HARGA PENYEBUTHARGA – Lampiran 5

15.1 Merujuk perkara Bil. 4(a) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2013 menyebut kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta

SULIT6

Page 9: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

atau lebih bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment); dan

Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment) atau mengikut permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan dalam tempoh kontrak.

15.2 Pembayaran akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang sebenar sahaja tertakluk kepada perubahan atau penambahan dalam skop perkhidmatan.

16.  PENUTUP

16.1 Penyebut harga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap arahan-arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa mengisi dokumen-dokumen tawaran. Ini untuk memastikan segala maklum balas yang diperlukan.

SULIT7

Page 10: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

LAMPIRAN 1

SULIT8

Page 11: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA(LAMPIRAN INI TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN)

1. PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Penyebutharga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan memiliki kod bidang : 221302,221303,221304 atau 222001 dipelawa untuk mengambil bahagian dalam SEBUT HARGA MEREKABENTUK VIDEO KORPORAT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

1.2 Sebarang urusan / pertanyaan yang melibatkan Sebut Harga mestilah berurusan terus di alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamJabatan Perkhidmatan AwamBahagian Khidmat PengurusanSektor Perolehan & AsetAras 9, Blok C1, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.(u.p: Encik Safuan bin Saleh)

1.3 Semua reka bentuk video korporat yang disediakan hendaklah merupakan video korporat yang baru atau tulen dan belum digunakan. Pihak Kerajaan berhak menolak mana-mana perkhidmatan yang didapati tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

1.4 Spesifikasi, kualiti dan reka bentuk yang dibekalkan hendaklah sama seperti yang dinyatakan di dalam Sebut Harga ini.

1.5 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, kos pengangkutan, kos makan dan minum, perlindungan insuran dan apa-apa kos yang terlibat dan berkaitan.

1.6 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Tawaran Harga (Lampiran 3) yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna

2. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyebut harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sahaja.

2.2 Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat.

9SULIT

Page 12: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

2.3 Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Jabatan Perkhidmatan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Aset,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.

3. PERTANYAAN

3.1 Pertanyaan mengenai Spesifikasi Sebut Harga boleh berhubung dengan pegawai berikut:

Spesifikasi :

i) Pn. Siti Syafiah Noryana binti Mohd Nor 03 - 8885 3706ii) Pn. Liza Juliana binti Mafaudzil 03 - 8885 3085

Urus Setia

ii) En. Safuan bin Saleh 03 - 8885 3035iv) Pn. Shahila Binti Shamsuddin 03 - 8885 3256

4. KESIMPULAN

Penyebut harga dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya semasa mengisi dokumen Jadual Spesifikasi Teknikal (Lampiran 2) dan Jadual Tawaran Harga (Lampiran 3) dengan memberikan maklumat tambahan yang diperlukan. Maklumat yang TIDAK lengkap akan menyebabkan dokumen tawaran Sebut Harga tersebut ditolak.

10SULIT

Page 13: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

LAMPIRAN 2

11SULIT

Page 14: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

SKOP KERJA

Penyebut harga yang berjaya mestilah mematuhi skop kerja seperti berikut :-

1. PERKHIDMATAN MEREKABENTUK VIDEO KORPORAT BAGI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

1.1 Perkhidmatan merekabentuk video korporat mengikut konsep storyboard dan spesifikasi yang telah dipersetujui di mana perkhidmatan yang ditawarkan adalah merangkumi video production, animation & editing, music production & editing, mixing & mastering, talents & studio dan materials.

1.2 Perkhidmatan ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Julai 2017.

1.3 Video korporat ini akan terdiri daripada dua versi iaitu versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Inggeris dalam bentuk video komersial dan video rasmi.

2. JAMINAN DARI PENYEBUTHARGA

2.1 Penyebutharga yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk merekabentuk video korporat berdasarkan konsep dan spesifikasi yang dipersetujui dalam storyboard dan menyiapkan video korporat tersebut sebelum atau pada bulan Julai 2017. Pembekal juga hendaklah bersedia membuat sebarang editing sekiranya video korporat yang dihasilkan tidak menepati kriteria yang telah ditetapkan.

3. KUANTITI

3.1 Kuantiti video korporat yang dihasilkan adalah sebanyak empat (4) unit video iaitu dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk video komersial dan video rasmi.

4. PENERIMAAN BEKALAN

4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat tersebut dipertonton dan dipersetujui oleh pegawai bagi Pihak Kerajaan yang diberi kuasa.

4.2 Pegawai kerajaan yang dilantik berhak membuat penolakan terhadap perkhidmatan yang rosak, terdapat kecacatan, rendah kualiti atau yang tidak menepati spesifikasi yang telah ditetapkan. Penyebutharga hendaklah membuat editing sepenuhnya kepada mana-mana bahagian dalam video korporat seperti mana dikehendaki sekiranya video korporat yang dihasilkan tidak dipersetujui oleh Pegawai Kerajaan yang diberi kuasa dan kos perbelanjaan yang berkaitan adalah ditanggung oleh Penyebutharga.

4.3 Perkhidmatan merekabentuk video korporat yang ditawarkan adalah merupakan idea asli mengikut konsep yang dikehendaki oleh JPA dan bukan suntingan atau salinan daripada mana-mana video korporat organisasi lain.

12SULIT

Page 15: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

4.4 Penyebutharga hendaklah melampirkan tiga (3) salinan surat penyerahan bagi tiap-tiap satu penyerahan perkakasan.

5. PERKHIDMATAN MEREKABENTUK VIDEO KORPORAT BAGI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) MALAYSIA

5.1 Penyebutharga yang berjaya dikehendaki merekabentuk video korporat mengikut konsep storyboard dan spesifikasi yang telah dipersetujui di mana perkhidmatan yang ditawarkan adalah merangkumi video production, animation & editing, music production & editing, mixing & mastering, talents & studio dan materials.

5.2 Urusan pembekalan dan penghantaran ini hendaklah diatur melalui Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

5.3 Penyebutharga yang berjaya hendaklah melaksanakan pembekalan dan penghantaran sebelum atau pada bulan Julai 2017.

5.4 Memastikan video korporat yang dihasilkan menepati kriteria dan spesifikasi yang telah dipersetujui.

5.5 Semua urusan penghantaran hendaklah diuruskan oleh Penyebutharga.

6. PEMERIKSAAN

6.1 Kerajaan adalah sentiasa berhak mengkehendaki perkhidmatan tersebut diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa pembuatan atau bila-bila masa lain sebelum dan selepas bekalan dihantar ke lokasi yang ditetapkan.

6.2 Penyebutharga hendaklah memberi kerjasama dan kemudahan pemeriksaan apabila dikehendaki.

13SULIT

Page 16: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKALITEMS: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK VIDEO KORPORAT

BAGI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) TAHUN 2017

BIL. REQUIREMENT MANDATORY(Y/N)

MANDATORY TO ANSWER

(YES/NO)

DESCRIPTION OF COMLIANCE (FULL/

PARTIAL/MODIFICATION/NO)PLEASE EXPLAIN FOR ALL

DESCRIPTION OF COMPLIANCE

1. Konsep Moden, berimej korporat dan menggunakan rakaman video Y

2. Tempoh Masa

Video Komersial: 40 hingga 60 saat ; danVideo Rasmi: 5 hingga 7 minit

Y

3. Jumlah Video

Keseluruhan Empat (4) Video(setiap satu video komersial dan video rasmi mempunyai 2 video iaitu dalam versi Bahasa Melayu versi Bahasa Inggeris)

Y

4. Bahasa Dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) Y

5. Rakaman Video

Rakaman video dan teknikal Rakaman video ahli Pengurusan Tertinggi

JPA Rakaman perkhidmatan utama JPA Rakaman program utama anjuran JPA

Y

6. Format Full HD 1080p (menggunakan kamera HD) Y

7. Kumpulan Produksi

Pengarah Video, Pengurus Produksi, Jurukamera, Juruaudio, Lighting Man dan lain-lain krew produksi.

Y

8. Lain-Lain

Contoh video / pengalaman menghasilkan video oleh penyebutharga (hard copy/pautan).

Mengemukakan konsep / story board dan skrip video.

Interview Offline & Online editing Photo & Video editing & touch-up Color, graphics, effect & music editing Voice Over (Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris) Draft preview 1,2,3 Final editing

Y

9. Jangkaan Siap Julai 2017 (Sila nyatakan) Y

14SULIT

Page 17: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

LAMPIRAN 3

15SULIT

Page 18: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

JADUAL TAWARAN HARGA

BIL. PERKARA Bilangan Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)

1. Merekabentuk Video Komersial berdurasi 40 hingga 60 saat versi Bahasa Melayu.

1

2. Merekabentuk Video Rasmi berdurasi 5 hingga 7 minit versi Bahasa Melayu.

1

3. Merekabentuk Video Komersial berdurasi 40 hingga 60 saat versi Bahasa Inggeris.

1

4. Merekabentuk Video Rasmi berdurasi 5 hingga 7 minit versi Bahasa Inggeris.

1

JUMLAH KESELURUHAN 4

Tempoh perkhidmatan boleh mula dilaksanakan : ........ hari (selepas surat setuju terima dari pihak Kerajaan ditandatangani)

TANDATANGAN :

NAMA :

JAWATAN :

COP SYARIKAT :

16SULIT

Page 19: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

LAMPIRAN 4

17SULIT

Page 20: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

SURAT AKUAN SEBUT HARGA

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Jabatan Perkhidmatan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Aset,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 W.P Putrajaya.

Tuan,

NO. SEBUT HARGA : JPA(SII)06/2017

SEBUT HARGA MEREKABENTUK VIDEO KORPORAT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2017

Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang telah ditentukan di dalam Lampiran 3. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.

2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :

a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan tawaran kami;

b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga;

c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran Penyebutharga mengikut pakej atau menerima tawaran yang sama lebih daripada satu Penyebutharga;

d) Bahawa keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad;

e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal akan ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan tawaran yang diberikan;

f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju Terima hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebutharga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;

g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan Sebut Harga yang diberikan kepada dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

18SULIT

Page 21: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat – syarat seperti mana yang dinyatakan di dalam dokumen ini.

Bagi pihak Penyebut Harga

Tandatangan Penyebut harga : ________________________________

Nama Penuh : ________________________________

No. Kad Pengenalan : ________________________________

Alamat / Cap Syarikat : ________________________________

Di hadapan :

Tandatangan Saksi : ________________________________

Nama Penuh Saksi : ________________________________

No. Kad Pengenalan Saksi : ________________________________

Alamat : ________________________________

________________________________

________________________________

19SULIT

Page 22: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

LAMPIRAN 5

20SULIT

Page 23: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi

(Tajuk dan Nombor Tender/Sebut Harga)……………………………………………………

Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………………...... yang mewakili…………………………………................................................................ nombor Pendaftaran …...........……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam .......………………………………................... atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam ……………………………….............. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga/Tender* di atas; atau2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga/Tender* di atas; dan2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……………………………...... (Nama dan No.KP)

Cop Syarikat :Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.

21SULIT

(Nama Wakil Syarikat) (Nama Syarikat)

(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Tandatangan)

(Nama Kementerian/Agensi)

Page 24: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

LAMPIRAN 6

22SULIT

Page 25: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

KESALAHAN RASUAH (AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009)

1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

2. Sekiranya mana-mana pihak menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

3. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota pentadbiran awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4. Mana-mana Kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi di mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

23SULIT

Page 26: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

LAMPIRAN 7

24SULIT

Page 27: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

(Kew. 284-Pin. 2/94)Lampiran Q

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

KERAJAAN MALAYSIA(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN

Kepada (Nama Syarikat). ......................................... Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oieh

.................................................................................. Jabatan (Alamat Lengkap)

No. Telefon............................................................... Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

No. Pendaftaran dengan Kementerian Jabatan Perkhidmatan Awam

Kewangan ...... ......... ............................................... Bahagian Khidmat Pengurusan

Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan Sektor Perolehan Dan Aset, Aras 9,

pembelian ini 221302,221303,221304 atau 222001 Blok C1 Kompleks C, Putrajaya

No. Telefon. 03-8885 3256

Tarikh: ________________

1. Sila beri sebutharga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah

tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan kepada Ketua Pengarah dengan sempurna

1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan akan ditentukan.

1.3 Arahan Pengirim hantar dengan tangan.

1.4 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan bertanda

25SULIT

No. Sebutharga Bil. JPA(SII)06/2017

Page 28: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

”No. Scbutharga JPA(SII)06/2017

1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas

tidak lewat pada jam 12.00 tengahari 18 Mei 2017

1.6 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah sembilan puluh (90) hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: _____________

Nama Pegawai : Safuan Bin Saleh

Jawatan : Ketua Penolong Pengarah

Bil Perihal barang-barang/perhidmatan dan Syarat-syarat Khas

UnitUkuran

Kuantiti/ Kekerapan

Kadar Seunit(RM)

HargaKeseluruhan(RM)

Untuk diisi oleh JabatanUntuk disi oleh

Penyebutharga

Sebut harga Merekabentuk Video Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2017

Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan

ditawarkan.......................................

*sila sertakan sesalinan Sijil

Pendaftaran dengan Kementerian

Kewangan

1 lot

Jumlah

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

(ii) Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ialah ...........................................26

SULIT

Page 29: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas dengan harga dan

syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tandatangan Penyebutharga : ..........................................

Nama dan K/P : .........................................

Alamat Syarikat : ..........................................

Tarikh : ..........................................

27SULIT

Page 30: DOKUMEN TENDER TA FASA 2 - Public Service … · Web viewuntuk video komersial dan video rasmi. PENERIMAAN BEKALAN 4.1 Perakuan penerimaan hanya akan dibuat setelah video korporat

28SULIT