Dokumen Tender

66
KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TENDER PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM (SECARA ePEROLEHAN) DOKUMEN TENDER KOD TENDER KPM/48/2013/03/0225 TEMPOH KONTRAK 1 JANUARI 2013 HINGGA 31 DISEMBER 2015 TARIKH TUTUP 3 SEPTEMBER 2012 MASA TUTUP 12.00 TENGAHARI HARGA DOKUMEN PERCUMA MELALUI ePEROLEHAN PERINGATAN: 1. Petender dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir di dalam Dokumen Tender sebelum mengemukakan tawaran melalui Borang Tender. 2. Petender diwajibkan untuk memastikan bahawa dokumen tender yang dimuat turun daripada sistem ePerolehan adalah lengkap kesemua muka surat dan sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab Petender untuk mendapatkan penjelasan daripada KPM dan Institut Pendidikan Guru Kampus PENDIDIKAN ISLAM. 3. Kerajaan tidak melantik mana-mana individu atau syarikat yang bertindak sebagai orang ketiga di dalam tender dan / atau perjanjian ini. Sekiranya petender mempunyai sebarang permasalahan berkaitan tender dan / atau perjanjian ini hendaklah dirujuk terus kepada pihak Kerajaan.

description

SEMESTER 6 CB601 CONTRACT, ESTIMATING AND COSTING FOR BUILDING SERVICES Dokumen Tender TENDER PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM (SECARA ePEROLEHAN)

Transcript of Dokumen Tender

Page 1: Dokumen Tender

KERAJAAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TENDER PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN KEINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

(SECARA ePEROLEHAN)

DOKUMEN TENDERKOD TENDER KPM/48/2013/03/0225

TEMPOH KONTRAK 1 JANUARI 2013 HINGGA 31 DISEMBER 2015

TARIKH TUTUP 3 SEPTEMBER 2012

MASA TUTUP 12.00 TENGAHARI

HARGA DOKUMEN PERCUMA MELALUI ePEROLEHAN

PERINGATAN:

1. Petender dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir di dalam Dokumen Tender sebelum mengemukakan tawaran melalui Borang Tender.

2. Petender diwajibkan untuk memastikan bahawa dokumen tender yang dimuat turun daripada sistem ePerolehan adalah lengkap kesemua muka surat dan sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab Petender untuk mendapatkan penjelasan daripada KPM dan Institut Pendidikan Guru Kampus PENDIDIKAN ISLAM.

3. Kerajaan tidak melantik mana-mana individu atau syarikat yang bertindak sebagai orang ketiga di dalam tender dan / atau perjanjian ini. Sekiranya petender mempunyai sebarang permasalahan berkaitan tender dan / atau perjanjian ini hendaklah dirujuk terus kepada pihak Kerajaan.

Page 2: Dokumen Tender

ISI KANDUNGAN

Dokumen Tender ini mengandungi perkara-perkara berikut:

A. DOKUMEN TENDER Muka Surat

i) Kenyataan Tawaran 3

ii) Arahan Dan Syarat-Syarat Am Tender 5

iii) Syarat-Syarat Tambahan Tender 13

iv) Penyerahan Borang Tender 15

v) Lampiran 1 – Contoh Surat Setuju Terima 17

vi) Lampiran 2 – Contoh Bon Pelaksanaan 19

vii) Lampiran 3 – Spesifikasi (Penentuan Skop Kerja) 21

viii) Lampiran 4 – Contoh Dokumen Kontrak 31

B. BORANG TENDER

Tawaran Kewangan

i) Lampiran A – Senarai Semak 2

ii) Lampiran B – Keterangan Mengenai Petender 4

iii) Lampiran C – Surat Akuan Petender 6

iv) Lampiran D – Surat Akuan Pembida 8

v) Lampiran E – Surat Perwakilan Kuasa 9

vi) Lampiran F – Jadual Harga Tawaran 10

Tawaran Teknikal

vii) Lampiran G – Senarai Peralatan Yang Akan Digunakan

12

Dalam Perkhidmatan Kawalan Keselamatan

viii) Lampiran H – Skim Perkhidmatan Pekerja 13

2

Page 3: Dokumen Tender

KERAJAAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

I. KENYATAAN TAWARAN

TENDER PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN KEINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, SELANGOR

1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang Perkhidmatan Kawalan Keselamatan di bawah Kepala dan Sub-Kepala 220801 (Kawalan Keselamatan) yang masih sah dan berkuatkuasa.

2. Tender ini adalah bagi Institusi seperti Jadual di bawah:

KOD TENDERNAMA

INSTITUTTEMPOH

KONTRAK

TARIKH, MASA DAN TEMPAT

TAKLIMAT / PENDAFTARAN

TARIKH TUTUP DAN TEMPAT

HANTAR DOKUMEN

KPM/48/2013/03/0225 Institut Pendidikan Guru

Kampus Pendidikan

Islam, 43657 Bangi , Negeri

Selangor

1 Januari 2013

hingga 31 Disember

2015

(36 Bulan)

9 Ogos 2012 (Khamis)

8.30 pagi – 10.00 pagi (Pendaftaran)

10.00 pagi – 12.00 tengahari (Taklimat)

Dewan Besar Nik Mohyiddin, Institut Pendidikan Guru

Kampus Pendidikan Islam,

Jln. Sungai Merab, 43000, Kajang,

Selangor

3 September 2012 (Isnin)

12.00 tengahari

Bilik Rekreasi Asrama

Perempuan, Institut

Pendidikan Guru Kampus

Pendidikan Islam, Jln. Sungai

Merab, 43000, Kajang, Selangor

3. Petender-Petender yang ingin menyertai tender hendaklah mendaftar di pada hari taklimat . pendaftaran yang dilaksanakan selepas dari tarikh taklimat hendaklah dibuat di Institut Pendidikan Guru Kampus PENDIDIKAN ISLAM BANGI SELANGOR berdasarkan waktu bekerja berikut : Isnin Hingga Jumaat (8.30 Pagi Hingga 4.30 Petang)

Pendaftaran ini adalah bertujuan untuk Kementerian ini mendaftarkan Petender ke dalam sistem ePerolehan bagi tender tersebut. Selepas Kementerian ini mendaftarkan Petender ke dalam sistem, capaian kepada dokumen tender secara digital boleh dibuat.

4. Semasa pendaftaran, petender-petender hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) dokumen-dokumen berikut:

a. Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dari Kementerian Kewangan yang masih sah dan berkuatkuasa; dan

3

Page 4: Dokumen Tender

b. Lesen Menjalankan Agensi Persendirian dari Kementerian Dalam Negeri yang masih sah dan berkuatkuasa.

c. Borang kehadiran taklimat tender. Borang akan disediakan sewaktu taklimat.

5. Sekiranya petender tidak mempunyai Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dan mempunyai Sijil Virtual, petender hendaklah mengemukakan Nombor Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan kepada Urus Setia bagi penyemakan dan pengesahan status pendaftaran syarikat.

6. Kehadiran Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN dan hanya petender yang menghadiri taklimat tender sahaja dibenarkan mengemukakan tawaran. Lawatan tapak adalah DIGALAKKAN. Petender dikehendaki membawa bersama Cop Rasmi syarikat.

7. Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem ePerolehan sebelum atau pada tarikh tutup tender seperti di atas, manakala dokumen sokongan yang lain hendaklah dimasukkan ke dalam dua (2) sampul surat yang berlainan dan dilakri serta dicatatkan Nombor Cadangan Petender dan Nombor Tender KPM/48/2013/03/0225 pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat bagi kedua-dua sampul surat. Kedua-dua sampul surat tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat dan dimasukkan ke dalam peti tender dan dialamatkan kepada:-

Tawaran tender hendaklah dihantar sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari sebelum atau pada 3 September 2012 (Isnin).

8. Tawaran tender tidak akan dipertimbangkan sekiranya:

a. Petender LEWAT mengemukakan tawaran tender sama ada secara manual atau atas talian atau kedua-duanya;

b. Petender GAGAL mengemukakan dokumen wajib seperti yang dinyatakan dalam Dokumen dan Borang Tender; dan

c. Petender GAGAL menghadiri taklimat tender.9. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak terikat untuk menerima mana-mana

tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.

4

Nombor Cadangan Petender (Yxxxxxxxxxxxxxxxx)Nombor Tender KPM/48/2013/03/0225 (Xxxxxxxxxxxxxxxx)

TENDER PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANGI, NEGERI

SELANGOR:

Ketua SetiausahaKementerian Pelajaran Malaysia

d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Jalan Sungai Merab, 43000 Kajang,

Selangor

Page 5: Dokumen Tender

10. Syarikat-syarikat yang ingin mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia boleh berbuat demikian secara atas talian di http://www.eperolehan.com.my/ atau boleh menghubungi Khidmat Bantuan Pelanggan ePerolehan di talian 03-79857777.

11. Iklan tender ini juga boleh dirujuk di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat berikut : http://www.moe.gov.my/

II. ARAHAN AM TENDER DAN SYARAT-SYARAT AM TENDER

ARAHAN AM TENDER

1. PERIHAL TENDER

1.1 Tender ini adalah Tender Perkhidmatan Kawalan Keselamatan ke Institut Pendidikan Guru Kampus PENDIDIKAN ISLAM bagi tempoh mulai 1 Januari 2013 – 31 Disember 2015 (36 Bulan).

1.2 Pelawaan ini adalah terikat kepada Arahan Am dan Syarat-Syarat Khas tender serta syarat-syarat yang akan dikeluarkan bersama-sama dengan dokumen tender berkaitan.

2. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

2.1 Merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan rujukan S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 26 SK. 7 (3) bertarikh 28 Februari 2009.

i) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694);

ii) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa–apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694);

iii) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau Petender boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694); dan

iv) Mana-mana kontraktor atau Petender yang membuat tuntutan pembayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694).

5

Page 6: Dokumen Tender

3. INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

3.1 Perkara ini adalah merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan rujukan S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 29 SK. 6 (11) bertarikh 16 Disember 2010

i) Kesemua petender yang menghantar dokumen tender/sebut harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida (Lampiran D) bahawa petender tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah melampirkan Surat Perwakilan Kuasa (Lampiran E) menandatangani bagi pihak syarikat sebagai tanda bahawa beliau adalah individu yang diberi kuasa untuk berurusan dengan pihak Kerajaan bagi urusan perolehan/perjanjian bagi perkara ini.

ii) Petender yang berjaya dan telah dilantik secara rasmi oleh pihak kerajaan juga dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat.

4. SISTEM ePEROLEHAN

4.1 Petender yang hendak menyertai tender perlu membuat pendaftaran dengan pihak IPG Kampus PENDIDIKAN ISLAM.

4.2 Petender diwajibkan mempunyai Medium Akses ePerolehan sebagai kemudahan mengakses sistem ePerolehan bagi tujuan membuat tawaran teknikal dan tawaran kewangan secara atas talian (online).

4.3 Petender dikehendaki mengunci masuk (key-in) Tawaran Teknikal dan Tawaran Kewangan ke dalam sistem ePerolehan dan menyerahkan cadangan tersebut secara atas talian (on-line) pada atau sebelum tarikh tutup tender.

4.4 Petender perlu memastikan tawaran teknikal dan tawaran kewangan yang telah di kunci masuk ke dalam sistem eP adalah lengkap dan sama (“tally”) seperti tawaran manual (Borang Tender) yang akan dimasukkan ke dalam Peti Tender.

4.5 Tawaran teknikal dan tawaran kewangan yang telah di kunci masuk MESTI diserah secara atas talian.

4.6 Petender tidak digalakkan membuat serahan atas talian pada saat-saat akhir kerana boleh menyebabkan cadangan tawaran tidak tersenarai di dalam sistem. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab jika tawaran tender oleh Petender tidak tersenarai di dalam sistem ePerolehan.

4.7 Semua dokumen manual (Borang Tender) sama ada tawaran teknikal dan tawaran kewangan termasuk dokumen sokongan yang diminta, MESTI dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum jam 12.00 tengahari pada atau sebelum tarikh tutup tender.

6

Page 7: Dokumen Tender

5. BORANG TENDER

5.1 Penawaran tender hendaklah dibuat di atas borang-borang yang telah disediakan dalam Borang Tender seperti berikut:

Lampiran A - Senarai Semak (dokumen wajib)Lampiran B - Keterangan Mengenai Petender (dokumen wajib)Lampiran C - Surat Akuan Petender (dokumen wajib)Lampiran D - Surat Akuan Pembida (dokumen wajib)Lampiran E - Surat Perwakilan Kuasa (dokumen wajib)Lampiran F - Jadual Harga Tawaran (dokumen wajib)Lampiran G - Senarai Peralatan Yang Akan Digunakan Dalam

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (dokumen wajib)Lampiran H - Skim Perkhidmatan Pekerja (dokumen wajib)

5.2 Petender hendaklah menggunakan Borang Tender yang dimuat turun dari sistem ePerolehan sahaja.

5.3 Petender tidak dibenarkan mengubah atau meminda sebarang kandungan, terma atau perkataan di dalam Borang Tender selain untuk tujuan mengisi maklumat dan tawaran. Kementerian/Institusi berhak menolak tender yang melanggar syarat ini.

6. CARA-CARA MENGISI BORANG TENDER

6.1 Petender hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam Dokumen Tender serta menyemak kandungan Dokumen Tender dengan TELITI sebelum mengisi Borang Tender. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan, mengakibatkan tawaran tender tersebut tidak dipertimbangkan.

6.2 Semua lampiran dalam Borang Tender hendaklah diisi dengan LENGKAP DAN JELAS serta MEMATUHI ARAHAN. Lampiran-lampiran tersebut adalah seperti berikut:

BIL. PERKARA TINDAKAN/ARAHAN

1.LAMPIRAN A:Senarai Semak

Menanda (√ ) dokumen yang dihantar Menandatangani di ruangan PEMILIK

SYARIKAT

2.LAMPIRAN B:Keterangan Mengenai Petender

Mengisi semua maklumat mengenai petender dan pengalaman. Sekiranya tiada maklumat sila isikan “TIADA”

Menandatangani di ruangan PEMILIK SYARIKAT dan SAKSI

3.LAMPIRAN C:Surat Akuan Petender

Mengisi semua maklumat di ruangan yang disediakan

Menandatangani di ruangan PEMILIK SYARIKAT dan ruangan SAKSI

4.LAMPIRAN D:Surat Akuan Pembida

Mengisi semua maklumat di ruangan yang disediakan

Menandatangani di ruangan PEMILIK SYARIKAT dan cop syarikat

5.LAMPIRAN E:Surat Perwakilan Kuasa

Mengisi semua maklumat di ruangan yang disediakan

Menandatangani di ruangan PEMILIK SYARIKAT dan cop syarikat

7

Page 8: Dokumen Tender

BIL. PERKARA TINDAKAN/ARAHAN

6.LAMPIRAN F:Jadual Harga Tawaran

Mengisi semua maklumat di ruangan yang disediakan

Menandatangani di ruangan PEMILIK SYARIKAT serta DI COP SYARIKAT

7.

LAMPIRAN G:Senarai Peralatan Yang Akan Digunakan Dalam Perkhidmatan Kawalan Keselamatan

Menyenaraikan peralatan tambahan yang akan digunakan sekiranya ada

Petender DILARANG mencatat maklumat syarikat di Lampiran ini

8.LAMPIRAN H:Skim Perkhidmatan Pekerja

Mengisi maklumat dengan LENGKAP dan JELAS.

Petender DILARANG mencatat maklumat Syarikat di Lampiran ini.

6.3 Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan ditandatangani ringkas oleh individu yang menandatangani Borang Tender. PENGGUNAAN SEBARANG PEMADAM CECAIR ADALAH TIDAK DIBENARKAN. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan, membolehkan tender tersebut tidak dipertimbangkan/ditolak.

7. SARAAN MINIMUM BERKANUN (AKTA MAJLIS PENETAPAN GAJI 1947)

7.1 Perkara ini adalah merujuk kepada Perintah Majlis Penetapan Gaji (Perintah Peraturan Gaji) (Saraan Minimum Berkanun Pengawal Keselamatan Swasta Di Semenanjung Malaysia) 2011 bertarikh 11 Februari 2011 oleh Kementerian Sumber Manusia.

7.1.1 Petender yang ingin menyertai tender ini mestilah membayar Saraan Minimum Berkanun (gaji minimum) kepada pengawal yang dilantik oleh syarikat seperti mana yang telah ditetapkan di dalam perintah tersebut.

7.1.2 Gaji minimum pengawal mestilah dinyatakan dengan jelas di dalam Skim Perkhidmatan Pekerja (Lampiran H).

SYARAT-SYARAT AM TENDER

8

Page 9: Dokumen Tender

Petender-petender hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai tender;

1. KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI TENDER

1.1 Semua petender yang ingin menyertai tender Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang Bekalan/Perkhidmatan di bawah Kepala dan Sub-Kepala 220302 (Kawalan Keselamatan) yang masih sah dan berkuatkuasa. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dan salinan Lesen Menjalankan Urusan Agensi Persendirian yang masih sah dan berkuatkuasa hendaklah disertakan dan diakui sah oleh individu yang dibenarkan.

1.2 Petender hendaklah mengemukakan penyata bank / salinan penyata bank yang disahkan bagi tiga (3) bulan terkini berturut-turut iaitu bagi bulan May 2012, Jun 2012 Julai 2012 seperti berikut:

a) Penyata bank asal bagi setiap bulan MESTI disahkan oleh pihak bank; atau

b) Salinan penyata bank asal yang telah disahkan oleh pihak bank boleh disahkan semula oleh individu yang diberi kebenaran.

1.3 Sekiranya petender mempunyai kemudahan kewangan dari bank / institusi kewangan, petender hendaklah mengemukakan surat pengesahan daripada bank / institusi kewangan yang berkaitan.

1.4 Kehadiran ke Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN manakala Lawatan Tapak adalah DIGALAKKAN bertujuan mengenalpasti keperluan peralatan dan keluasan kawasan bagi tujuan penawaran harga tender.

1.5 Petender hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat serta menyemak kandungan dokumen tender dengan teliti sebelum membuat tawaran. Borang-borang lain tidak diterima kecuali dokumen-dokumen yang mesti diserahkan. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan, membolehkan tender tersebut tidak dipertimbangkan.

2. HARGA TAWARAN

2.1 Harga Tawaran petender hendaklah diisi dalam Jadual Harga Tawaran (Lampiran F). Harga-harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos bersangkutan dengan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan seperti pengangkutan, perkhidmatan dan peralatan. Petender tidak dibenarkan menawarkan lebih dari satu (1) kadar harga tawaran sejam.

2.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam tawaran ini adalah tetap, harga bersih dan dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan tidak boleh dipinda selepas penawaran tender ini ditutup dan akan berkuatkuasa selama dan dalam tempoh sah laku tender. Harga yang ditawarkan oleh petender yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang masa kontrak berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan KECUALI atas persetujuan bersama oleh kedua-dua pihak.

9

Page 10: Dokumen Tender

2.3 Harga-harga yang ditawarkan mestilah mengambilkira segala kos yang terlibat semasa atau selepas tawaran, kos pentadbiran dan lain-lain kos yang berkaitan termasuk cukai perkhidmatan yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

2.4 Tawaran harga hendaklah telah mengambil kiraan fi perkhidmatan bagi perolehan secara elektronik (eperolehan) sebanyak 0.8% bagi setiap nilaian pesanan kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM 9,600 bagi pesanan Kerajaan melebihi RM1.2 juta. Fi yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawah sistem ePerolehan.

2.5 Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran. Bagaimanapun, harga yang ditawarkan oleh petender bukanlah nilai kontrak muktamad yang akan ditetapkan oleh kerajaan sekiranya berjaya di dalam penawaran tender ini.

3. SPESIFIKASI

3.1 Spesifikasi (Penentuan Skop Kerja) adalah seperti di Lampiran 3.

3.2 Petender perlu membekal peralatan yang secukupnya seperti di Lampiran G.4. PERLANGGARAN SYARAT-SYARAT TENDER / KONTRAK

4.1 Petender yang tidak mematuhi syarat-syarat Tender/Kontrak boleh dikenakan tindakan seperti berikut;

4.1.1 Kesalahan Melanggar Syarat Tenderi) Menarik Diriii) Pakatan Hargaiii) Tidak Menyerahkan Bon Pelaksanaaniv) Memalsukan Maklumat Dengan Tujuan Menyertai Tender

4.1.2 Kesalahan Kerana Melanggar Syarat Kontraki) Lewat Bekalanii) Kurang Bekalaniii) Tidak Menepati Spesifikasiiv) Tiada bekalanv) “Sub Kontrak”

4.1.3 Jenis-Jenis Tindakan/ Hukumani) Amaranii) Dendaiii) Penamatan Kontrakiv) Batal Tajuk Pendaftaranv) Gantung Pendaftaranvi) Senarai Hitam Syarikatvii) Merampas Bon Pelaksanaan

5. HAK KERAJAAN APABILA PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN TIDAK MENGIKUT TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

10

Page 11: Dokumen Tender

5.1 Jika Perkhidmatan yang dilaksanakan tidak mengikut atau jika berlaku pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini, Kerajaan boleh mengambil tindakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan perkara berikut:-

i) menolak Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya dan meminta Kontraktor menggantikan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Kerajaan. Jika Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya tidak digantikan dalam masa yang ditentukan, Kerajaan boleh mendapatkan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya daripada lain-lain punca dan Kontraktor dikehendaki membayar amaun yang dikenakan kepada Kerajaan;

ii) menamatkan Perjanjian ini dan melantik pihak lain untuk melaksanakan Perkhidmatan;

iii) mengambil atau merampas keseluruhan atau sebahagian jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan; dan

iv) mengenakan denda dengan jumlah dua puluh peratus (20%) daripada jumlah bulanan Nilai Perjanjian bagi premis yang terlibat. Bagi maksud ini, asas pengiraan denda adalah seperti berikut:

5.2 Tanpa menjejaskan klausa 5.1, jika didapati mana-mana pekerja Kontraktor tidak hadir bertugas mengikut terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini, Kerajaan boleh mengenakan denda dengan jumlah yang sama banyak dengan gaji sejam setiap pekerja yang tidak hadir tersebut mengikut Lampiran F. Bagi maksud ini, asas pengiraan kadar pemotongan bagi pekerja yang tidak bertugas adalah seperti berikut:

KS : Kadar sejam seorang Pengawal mengikut Lampiran F

BJ : Bilangan jam tidak bertugas

BP : Bilangan Pengawal tidak bertugas

5.3 Kerajaan berhak memotong apa-apa wang yang kena dibayar kepada Kontraktor oleh Kerajaan, sama ada sebagai denda atau pampasan daripada mana-mana Perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan daripada apa-apa yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor di bawah Perjanjian ini. Jika wang yang kena dibayar kepada Kontraktor itu tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan boleh menuntut baki tuntutan itu daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah membuat pembayaran tersebut dalam tempoh yang ditentukan dalam notis tuntutan. Kerajaan juga berhak menuntut jumlah baki tersebut daripada Kontraktor melalui mana-mana Perjanjian yang ditandatangani dengan agensi Kerajaan, sekiranya Kontraktor gagal membuat bayaran setelah dituntut.

11

Pemotongan = KS x BJ x BP

Denda = 20% x Jumlah bulanan nilai perjanjian bagi premis terlibat mengikut Lampiran F

Page 12: Dokumen Tender

6. SURAT SETUJU TERIMA

6.1 Kerajaan adalah berhak menyetujuterima tender tersebut sama ada kesemuanya ataupun sebahagiannya daripadanya. Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling murah atau sebarang tawaran.

6.2 Keputusan Kerajaan adalah muktamad. Kerajaan tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada petender-petender mengenai sebab-sebab tawaran mereka tidak berjaya.

6.3 Petender-petender yang berjaya dikehendaki menandatangani satu perjanjian kontrak dengan Kerajaan Malaysia dan adalah terikat dengan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian tersebut.

7. BON PELAKSANAAN

7.1 Petender-petender yang berjaya dikehendaki mengemukakan Bon Pelaksanaan di dalam bentuk Jaminan Bank dari bank-bank yang diluluskan dan berdaftar di Malaysia. Nilai Bon Pelaksanaan adalah seperti berikut:-

i) 2.5% - Daripada jumlah nilai kontrak bagi kontrak perkhidmatan yang kurang dari RM500,000.00 setahun.

ii) 5.0% - Daripada jumlah nilai kontrak bagi kontrak perkhidmatan yang bernilai RM500,000.00 atau lebih setahun.

7.2 Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam Ringgit Malaysia (RM) dari bank-bank atau institusi kewangan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan sama ada dalam bentuk:

i) Jaminan Bank/Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh bank-bank/syarikat kewangan berlesen di bawah Akta bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia; atau

ii) Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983 yang beroperasi di Malaysia; atau

iii) Jaminan Insuran yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat insurans yang berlesen di bawah Akta Insurans 1996 yang beroperasi di Malaysia; atau

iv) Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yang berlesen di bawah Akta Takaful 1984 yang beroperasi di Malaysia; atau

v) Jaminan yang dikeluarkan oleh bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME bank).

7.3 Bon Pelaksanaan akan dikembalikan setelah kontrak dilaksanakan dengan sempurna dan memuaskan. Sekiranya kontrak itu tidak dilaksanakan dengan sempurna dan memuaskan, maka Bon Pelaksanaan itu akan dirampas.

7.4 Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Surat Setuju Terima (SST) tawaran dikeluarkan. Kelewatan penyerahan Bon Pelaksanaan akan menyebabkan SST dibatalkan dan

12

Page 13: Dokumen Tender

seterusnya perjanjian ditamatkan. Kerajaan adalah berhak untuk berbuat demikian bagi mengelakkan kelewatan demi memastikan perlaksanaan tender ini berjalan seperti yang dirancang.

7.5 Petender yang berjaya hendaklah menggunakan Format Bon Pelaksanaan seperti di Lampiran 2 tanpa sebarang pindaan. Tempoh sah laku Bon Pelaksanaan hendaklah tamat satu (1) tahun selepas tarikh tamat kontrak.

8. MENARIK BALIK TAWARAN / MENOLAK TAWARAN

8.1 Petender tidak boleh menarik balik tawaran sebelum tender dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah tawaran dibuat. Jika petender menarik diri atau menolak tawaran, nama petender akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk tindakan.

9. TEMPOH SAH LAKU TAWARAN

9.1 Tempoh sahlaku tender adalah selama 180 hari bermula daripada tarikh tender ditutup. Tempoh ini boleh dengan persetujuan bersama dilanjutkan jika dan apabila perlu.

10. PINDAAN

10.1 Kerajaan berhak untuk membuat pindaan ke atas senarai premis dan / atau bilangan premis yang dinyatakan di Lampiran F.

10.2 Kerajaan juga berhak untuk membuat pindaan ke atas tempoh kuatkuasa kontrak.

III. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN TENDER

Syarat-syarat tambahan ini adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat perjanjian. Kontraktor yang berjaya hendaklah memastikan syarat-syarat tambahan seperti berikut dipatuhi:

13

Page 14: Dokumen Tender

1. Perbincangan dengan pihak sekolah / Institusi Pendidikan hendaklah dilakukan bagi tujuan seperti berikut:i) Menentukan kawasan yang terlibat;ii) Mengatur program kerja;iii) Taklimat mengenai peraturan-peraturan sekolah;iv) Lain-lain perkara yang berkaitan; danv) Senarai pekerja yang akan dibekalkan.

2. Kontraktor hendaklah melantik pekerja bergaji tetap dengan kadar bilangan yang mencukupi bagi menjamin kesempurnaan kerja seperti mana diterangkan dalam Lampiran 3 - Spesifikasi (Penentuan Skop Kerja).

3. Kontraktor hendaklah mengambil pekerja-pekerja warganegara di kalangan penduduk setempat dan digalakkan sekurang-kurangnya dua (2) orang pekerja daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah.

4. Memandangkan perkhidmatan ini akan dilaksanakan di premis-premis Kerajaan, semua pekerja (anggota keselamatan) yang ditugaskan hendaklah berpakaian seragam lengkap, kemas disamping menjaga tingkahlaku yang sesuai. Semua arahan daripada ketua premis seperti Pengarah / Pengetua / Guru Besar dalam hal ini adalah mutakhir dan beliau boleh membuat teguran serta menasihati pekerja (anggota keselamatan) di premis kawalannya sama ada mengenai tugas, disiplin serta tindak-tanduk mereka sama seperti pada kakitangan awam lainnya.

5. Pihak Kontraktor diminta untuk memasang peralatan pengawasan seperti “Buglar Alarm System”, ”Close Circuit Television” (CCTV) bagi membantu pihak Kerajaan, melakukan pemantauan terhadap premis dan merekod segala bentuk pencerobohan jika terdapat keperluan. Pemasangan sistem pengawasan ini hendaklah disokong oleh “Central Monitoring System” (CMS) yang membolehkan pihak Kontraktor mengawasi dari jauh (remote monitoring) dan menghantar pasukan bertindak (response team) dengan serta merta.

6. Cadangan pemasangan peralatan serta kuantiti dan pelan susun atur lokasi pemasangan hendaklah dikemukakan dalam masa seminggu dari tarikh kontrak bermula. Kontraktor diberi masa dua (2) minggu daripada tarikh surat persetujuan pihak Kementerian ke atas cadangan syarikat tersebut sekiranya diterima, untuk memasang dan memastikan peralatan tersebut siap beroperasi.

7. Segala kos pemasangan dan penyelenggaraan peralatan pengawasan tersebut akan ditanggung oleh pihak Kontraktor.

8. Adalah menjadi tanggungjawab Kontraktor untuk menjaga keselamatan pekerjanya, orang awam dan segala harta benda Kerajaan di dalam kawasan dan bangunan sekitarnya. Sebarang kemudaratan, kehilangan atau kerosakan yang melibatkan nyawa atau harta benda sama ada milik persendirian atau milik Kerajaan akan dikenakan tuntutan yang munasabah ke atas kontraktor.

9. Kerajaan adalah sentiasa berhak untuk memeriksa perkhidmatan kawalan keselamatan pada bila-bila masa. Kontraktor hendaklah memberi kemudahan kepada Kerajaan untuk meneliti serta memeriksa kawasan di mana perkhidmatan kawalan keselamatan ini dilaksanakan.

14

Page 15: Dokumen Tender

10. Pihak pengurusan premis seterusnya akan membuat perakuan terhadap perkhidmatan kawalan keselamatan yang berkenaan setelah kerja-kerja siap pada satu-satu masa.

11. Pekerja hendaklah berdisiplin dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan premis dari masa ke semasa;

12. Semua pengawal keselamatan hendaklah memakai pakaian seragam yang disediakan dengan sempurna dan mempunyai kad pengenalan diri yang dibekalkan oleh Kontraktor;

13. Kontraktor hendaklah memastikan rekod kedatangan dan jadual bertugas dikemaskini pada setiap hari;

14. Kontraktor adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan setiap pekerja dan juga harta benda premis;

15. Kontraktor adalah dikehendaki membaiki atau mengganti apa-apa kerosakan yang berlaku kepada harta benda premis akibat daripada kelalaian pihak pekerja Kontraktor semasa mengendalikan perkhidmatan berkenaan;

16. Pekerja-pekerja adalah digalakkan mengikuti kursus yang berkaitan Keselamatan yang dikendalikan oleh pihak Kerajaan dan juga pihak Swasta;

17. Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pekerja-pekerja yang dibekalkan dari aspek :

i) Pembayaran Gaji dan Upah ii) Caruman PERKESO dan KWSPiii) Pakaian Seragamiv) Kemudahan Perubatanv) Disiplinvi) Kebajikanvii) Keselamatan

18. Kementerian/Jabatan/Institusi adalah bebas daripada sebarang tuntutan pihak Kontraktor.

19. Kontraktor hendaklah mematuhi pembayaran gaji mengikut format Skim Perkhidmatan Pekerja (Lampiran H).

IV. PENYERAHAN DOKUMEN TENDER

15

Page 16: Dokumen Tender

1. BORANG TENDER

1.1 Petender hendaklah mengemukakan dokumen yang telah lengkap telah diisi seperti berikut:

SAMPUL TAWARAN PERKARA

LAMPIRAN TAWARAN

KEWANGAN

(Dimasukkan ke dalam sampul

Tawaran Kewangan)

LAMPIRAN A – Senarai Semak (Dokumen wajib)

LAMPIRAN B – Keterangan Mengenai Petender (Dokumen wajib)

LAMPIRAN C – Surat Akuan Petender (Dokumen wajib)

LAMPIRAN D – Surat Akuan Pembida (Dokumen wajib)

LAMPIRAN E – Surat Perwakilan Kuasa (Dokumen wajib)

LAMPIRAN F – Jadual Harga Tawaran (Dokumen wajib)

Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor yang masih sah dan berkuatkuasa (Dokumen wajib)

Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (Jika ada)

Salinan Lesen Menjalankan Urusan Agensi Persendirian yang masih sah dan berkuatkuasa (Dokumen wajib);atauSalinan Lesen yang telah tamat tempoh sah beserta surat/perakuan Permohonan Pembaharuan Lesen oleh Syarikat daripada Kementerian Dalam Negeri (Dokumen wajib)Salinan Borang 9 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Dokumen wajib);danSalinan Borang 13 SSM sekiranya syarikat bertukar nama (Dokumen wajib)Penyata bank (asal) bagi tiga (3) bulan yang terkini iaitu Mei 2012, Jun 2012 dan Julai 2012 hendaklah Diakui Sah oleh Pihak Bank (Dokumen wajib); atau Salinan penyata bank (yang telah disahkan oleh pihak bank) bagi bulan-bulan di atas memadai DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan Dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Pesuruhjaya Sumpah / Penghulu atau setaraf (Dokumen wajib)

LAMPIRAN TAWARAN

KEWANGAN

(Dimasukkan ke dalam sampul

Tawaran Kewangan)

Salinan dokumen/surat pengesahan/perakuan yang menunjukkan syarikat mempunyai sumber kewangan lain seperti kemudahan pembiayaan daripada bank/institusi kewangan yang diakui sah oleh pihak institusi berkenaan (Jika ada)

Profail Syarikat (profail ringkas / buku korporat syarikat mengenai latar belakang, komposisi pekerja, pengalaman syarikat) (Jika ada)

Salinan Surat Setuju Terima (SST) / Surat Pelantikan bagi syarikat yang mempunyai kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan selain KPM bagi tiga (3) tahun terkini yang masih sah dan berkuatkuasa (Jika ada)

LAMPIRAN TAWARAN TEKNIKAL

(Dimasukkan ke dalam sampul

Tawaran Teknikal)

LAMPIRAN G – Senarai Peralatan Yang Akan Digunakan Dalam Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Dokumen wajib)

LAMPIRAN H – Skim Perkhidmatan Pekerja (Dokumen wajib)

1.2 Dokumen wajib dalam Borang Tender yang telah diisi perlu dikembalikan beserta dokumen sokongan yang wajib disertakan.

16

Page 17: Dokumen Tender

1.3 Kegagalan menyertakan dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan dalam para 1.1 dan 1.2 membolehkan tender tersebut tidak dipertimbangkan / ditolak.

2. PENGHANTARAN BORANG TENDER

2.1 Borang Tender ASAL hendaklah dimasukkan ke dalam satu (1) bungkusan / sampul yang ditanda pada bahagian tengah sampul surat seperti ysng dinyatakan di dalam iklan tender

2.2 Semua tawaran tender hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender yang telah ditentukan pada waktu pejabat di alamat seperti di atas tidak lewat daripada tarikh dan waktu yang ditetapkan.

2.3 Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan borang-borang penyertaan tender akibat daripada kesilapan memasukkan tawaran ke dalam peti tender yang salah atau tender-tender yang dihantar melalui pos. Sekiranya terdapat kemusykilan, petender boleh merujuk kepada Institut Pendidikan Guru Kampus PENDIDIKAN ISLAM.

LAMPIRAN 1CONTOH SURAT SETUJU TERIMA

17

Page 18: Dokumen Tender

Ruj. Kami : .................................................Tarikh : ……………………………………

………………………….………………………….………………………….………………………….(Kontraktor / Pembekal)

Tuan,

TENDER PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANGI, SELANGORKOD TENDER : ……………………………..

Merujuk kepada tender tuan untuk perkhidmatan yang tersebut di atas, Kerajaan Malaysia dengan sukacitanya memberitahu bahawa Kerajaan telah bersetuju menerima tender tuan, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1.1 Kadar harga tawaran tuan seperti di Lampiran A;

1.2 Nilai Kontrak yang disetujuterima (termasuk kos-kos yang berkaitan) ialah RM……… sejam / seorang pengawal dan bernilai RM…………….. sebulan x …. bulan = RM…………………………….;

1.3 Tempoh kontrak:………………………………………;

1.4 Syarat-syarat dalam dokumen tender; dan

1.5 Tuan tidak boleh memajakkan mana-mana bahagian daripada Kontrak ini atau membuat apa-apa Kontrak Kecil (Sub-contract) bagi melaksanakan Kontrak ini dan mana-mana bahagiannya dengan tidak terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis Kerajaan.

2. Dengan penerimaan tender tuan oleh Kerajaan, tuan adalah dimaklumkan bahawa suatu ikatan Kontrak terwujud antara Kerajaan dengan tuan. Suatu Kontrak Rasmi akan disempurnakan kemudiannya dengan memasukkan semua terma tender sebagaimana yang diubahsuaikan. Tuan akan diberitahu oleh Kerajaan apabila Dokumen Perjanjian siap sedia untuk ditandatangani oleh tuan.

3. Tuan adalah diingatkan bahawa mengikut syarat-syarat tender, tuan adalah dikehendaki menyempurnakan perkara berikut :

3.1 Mendepositkan dengan Kerajaan, suatu Bon Pelaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank / Jaminan Syarikat Kewangan / Jaminan Insurans yang tidak boleh batal daripada sebuah Bank / Syarikat Kewangan / Syarikat Insurans yang diluluskan dan didaftarkan di Malaysia dengan jumlah sebanyak RM………………….. yang merupakan ………….% daripada nilai satu tahun kontrak. Bon Pelaksanaan tersebut hendaklah mengikut format seperti yang dikembarkan bersama-sama ini;

3.2 Tempoh Bon Pelaksanaan:………………………………………………;

3.3 Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat ini dan dihantar terus kepada ……………………………………………………………….;

3.4 Apa-apa kegagalan dalam mematuhi kehendak-kehendak perenggan 3 ini dalam tempoh masa yang dinyatakan, kecuali jika diabaikan dengan nyata oleh Kerajaan, akan menyebabkan penerimaan ini terbatal dan selepas itu Kerajaan tidaklah dengan apa-apa cara juga bertanggungjawab kepada tuan.

18

Page 19: Dokumen Tender

4. Surat ini dihantar kepada pihak tuan dalam tiga (3) salinan. Sila kembalikan salinan kedua dan salinan ketiga setelah ditandatangani dan disaksikan dengan sempurna, di ruang yang berkenaan kepada pejabat ini dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat ini dan salinan asal untuk simpanan tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

............................................................(Tandatangan Pegawai)Nama penuh :.........................................Jawatan :.........................................

LAMPIRAN 2CONTOH BON PELAKSANAAN

JAMINAN BANK / JAMINAN SYARIKAT KEWANGAN/

19

Page 20: Dokumen Tender

JAMINAN INSURANS UNTUK BON PELAKSANAAN(KONTRAK BEKALAN/PERKHIDMATAN)

Sebagai balasan kepada Kontrak No. ..………./………….. yang dibuat antara Kerajaan Malaysia. (Kemudian daripada ini dirujuk sebagai ‘Kerajaan’) dan (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kontraktor”) bagi membekal / menyerah/ melaksana/menyiap.......................................................................................................(kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kontrak”) kami yang bertandatangan di bawah, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Penjamin”) atas permohonan kontraktor, mengaku janji yang tidak boleh batal untuk memberi Jaminan kepada Kerajaan ke atas pelaksanaan yang sepatutnya Kontrak tersebut mengikut cara sebagaimana yang terdapat kemudian daripada ini.MAKA Penjamin dengan ini bersetuju dengan Kerajaan seperti berikut:-1. Apabila Kerajaan membuat tuntutan bertulis, maka Penjamin hendaklah dengan serta merta

membayar kepada Kerajaan nilai yang ditentukan di dalam tuntutan tersebut tanpa mengira samada terdapat apa-apa bantahan atau tentangan daripada Kontraktor atau Penjamin atau mana-mana pihak ketiga yang lain dan tanpa bukti atau bersyarat. Dengan syarat sentiasanya bahawa jumlah tuntutan yang dibuat tidak melebihi sebanyak Ringgit Malaysia.........................................................(nyatakan nilai jaminan dalam perkataan (RM ......................................) dan bahawa tanggungan Penjamin untuk membayar kepada Kerajaan di bawah Jaminan ini tidak melebihi nilai tersebut di atas.

2. Kerajaan berhak untuk membuat apa-apa tuntutan sebahagian jika dikehendakinya dan jumlah kesemua tuntutan sebahagian itu hendaklah tidak melebihi nilai Ringgit Malaysia : ...............................................…..........(nyatakan nilai dalam perkataan) (RM....................................) dan liabiliti Penjamin untuk membayar kepada Kerajaan jumlah yang disebutkan terdahulu hendaklah dikurangkan dengan perkadaran yang bersamaan dengan apa-apa bayaran sebahagian yang telah dibuat oleh Penjamin.

3. Penjamin tidak boleh dibebaskan atau dilepaskan dari Jaminan ini oleh sebarang perkiraan yang dibuat antara Kontraktor dan Kerajaan samada dengan atau tanpa Persetujuan Penjamin atau oleh sebarang perubahan tentang kewajipan yang diakujanji oleh kontraktor atau oleh sebarang penangguhan samada dari segi pelaksanaan, masa, pembayaran atau sebaliknya.

4. Jaminan ini adalah jaminan yang berterusan dan tidak boleh batal dan berkuatkuasa sehingga .................................. (kemudian daripada ini disebut sebagai “Tarikh Mati Asal” (Initial Expiry Date) iaitu dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat kontrak atau selepas penghantaran/penyiapan terakhir mengikut mana yang terkemudian atau di dalam keadaan dimana Kontrak dibatalkan satu (1) tahun selepas tarikh Kontrak dibatalkan. Penjamin hendaklah melanjutkan Tarikh Mati Asal (Initial Expiry Date) jaminan ini untuk tempoh tambahan selama tidak melebihi satu (1) tahun daripada Tarikh Mati Asal (Initial Expiry Date) apabila diminta oleh Kerajaan dan Jaminan ini adalah dengan ini dilanjutkan. Jumlah agregate maksimum yang Kerajaan berhak di bawah Jaminan ini mestilah sentiasa dipastikan tidak melebihi jumlah Ringgit Malaysia................................................ (nyatakan nilai jaminan dalam perkataan) (RM ................................…....)

5. Apa-apa tanggungjawab dan tanggungan Penjamin di bawah Jaminan ini hendaklah luput apabila Jaminan ini tamat pada Tarikh Mati Asal (Initial Expiry Date) atau Tarikh Mati Lanjutan (Extended Expiry Date) melainkan jika sebelumnya Kerajaan telah meminta secara bertulis kepada Penjamin untuk membayar sejumlah wang tertentu yang masih belum dijelaskan mengikut peruntukan kontrak.

6. SEMUA TUNTUTAN BERKAITAN DENGAN JAMINAN INI, JIKA ADA, MESTILAH DITERIMA OLEH PIHAK BANK / SYARIKAT KEWANGAN / SYARIKAT INSURANS DALAM TEMPOH SAHLAKU JAMINAN INI ATAUPUN DALAM MASA EMPAT MINGGU DARIPADA TAMATNYA TARIKH JAMINAN INI, MENGIKUT MANA YANG LEBIH KEMUDIAN.

20

Page 21: Dokumen Tender

Ditandatangani untuk dan bagi pihak ] ............................................………….Penjamin di hadapan ] Nama : ..........................................…

] Jawatan : ..............................………..] Cop Bank/SyarikatKewangan /

Syarikat Insurans:............................................................. ( Saksi )

Nama : ...............................................Jawatan : ...........................................Cop Bank/SyarikatKewangan/Syarikat Insurans

SPESIFIKASI (PENENTUAN SKOP KERJA)

PERINGATAN:Petender dikehendaki menyediakan :-

i) BILANGAN PEKERJA

21

Page 22: Dokumen Tender

Bilangan pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Harga Tawaran (Lampiran F) dalam Borang Tender.

ii) WAKTU BERTUGAS

Tujuh (7) hari seminggu Termasuk cuti hujung minggu Termasuk Hari Kelepasan Am dan Cuti Persekolahan

iii) SYIF

Syif 1 : Dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang (12 jam)Syif 2 : Dari jam 7.00 petang hingga 7.00 pagi (12 jam)

Bil. Maklumat kampusBilangan Pengawal

Isnin – Ahad (7 hari)7.00 pg – 7.00 mlm 7.00 mlm – 7.00 pg

1. Keluasan: 100 ekar

8 orang 7 orang

2. Bilangan pintu masuk: 3

3. Bilangan blok: 8

4.Bilangan kolej kediaman dan kuarters: 9

22

Page 23: Dokumen Tender

1. PENGGUNAAN

Peraturan-peraturan kerja bagi semua pengawal keselamatan yang ditetapkan selepas ini berkuatkuasa dari tarikh kontrak ini bermula.

2. PERATURAN KERJA/ TANGGUNGJAWAB

2.1 Pengawal hendaklah hadir mengikut waktu yang ditetapkan dan pengawal pengganti perlu disediakan sekiranya pengawal yang bertugas bercuti. Pengawal juga tidak boleh meninggalkan tempat bertugas masing-masing selagi tiada pengganti semasa pertukaran syif.

2.2 Semua pengawal setiap lapisan pangkat yang bertugas hendaklah sentiasa mematuhi tata laku seperti berikut:

2.2.1 Berpakaian seragam rapi, kemas dan lengkap. Pakaian mestilah

dalam keadaan bersih termasuklah mempunyai tanda nama;

2.2.2 Rambut pengawal hendaklah digunting, pendek dan sederhana

tidak melewati anak telinga dan rambut hendaklah disikat rapi;

2.2.3 Pengawal hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan bersedia.

Mereka tidak dibenarkan tidur, membaca surat khabar/ majalah

dan berbual-bual semasa bertugas;

2.2.4 Semua pengawal wajib menghormati Pengarah dan Timbalan

Pengarah selaku pihak pengurusan tertinggi kolej dan semua

pengawai serta kakitangan kampus;

2.2.5 Semua pengawal wajib menghormati orang ramai yang berurusan

dengan pihak kampus kolej semasa bertugas demi menjaga nama

baik institusi kerajaan; dan

2.2.6 Pengawal tidak dibenarkan merokok ketika bertugas

2.3 Pengawal hendaklah mempunyai pengetahuan asas dalam bidang pertolongan cemas dan adalah bertanggungjawab melaksanakan pertolongan cemas apabila ketiadaan pihak yang lebih mahir.

2.4 Pengawal dikehendaki mahir dalam penggunaan semua alat pencegah kebakaran.

2.5 Pengawal dikehendaki juga melaksanakan pemeriksaan terhadap pekerja-pekerja, orang-orang awam dan kenderaan yang memasuki kawasan premis untuk mencegah kecurian / pencerobohan.

2.6 Pemunggahan barang-barang menggunakan kenderaan untuk keluar/masuk dari kawasan premis wajib dibuat pemeriksaan yang teliti bagi menghindarkan

23

Page 24: Dokumen Tender

harta kerajaan, pegawai, kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang dibenarkan secara sah meletakkan aset mereka di dalam kawasan premis oleh pegawai kerajaan yang menguruskan premis itu daripada kecurian.

2.7 Pengawal hendaklah sentiasa ada dalam simpanannya nombor telefon Balai Polis, Bomba dan hospital/pusat kesihatan yang berhampiran untuk tujuan kecemasan ketika bertugas.

2.8 Pengawal hendaklah menyediakan laporan keselamatan pada tiap-tiap hari dan menyerahkannya kepada Pengarah / Timbalan Pengarah / wakil yang dilantik untuk tindakan.

2.9 Pengawal hendaklah mematuhi peraturan kerja dan lain-lain perubahan peraturan kerja dari masa ke semasa yang hendak digunakan digubal hasil dari perundingan dan perbincangan yang terperinci di antara Kerajaan dan Syarikat Kawalan Keselamatan. Ini membolehkan setiap aspek keselamatan dapat diliputi disamping mengetahui jika terdapat sebarang kelemahan.

2.10 Pengawal wajib memberikan kerjasama yang sepenuhnya ketika pemantauan oleh pihak pihak pengurusan atau Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (KPKK) atau pihak yang dilantik bagi tujuan menilai keberkesanan khidmat yang diberikan.

2.11 Pengawal wajib memberikan kerjasama yang sepenuhnya ketika pemantauan oleh juru audit luar atau juru audit dalaman yang dilantik untuk tujuan menilai prestasi khidmat luar yang diberikan bersesuaian dengan keperluan standard institut.

2.12 Pengawal wajib menjaga tingkahlaku dan mengawal emosi semasa bertugas ketika menghadapi situasi diluar jangkaan demi menjaga nama institusi kerajaan.

3. SENARAI TUGAS

Pada keseluruhan senarai tugas pengawal keselamatan meliputi bidangperlaksanaan tugas seperti berikut : -

3.1 Kawalan Pintu keluar/Masuk& Lalulintas

3.1.1 Palang keselamatan hendaklah sentiasa tertutup dan hanya dibuka

apabila terdapat urusan keluar/masuk.

3.1.2 Pintu masuk utama hendaklah dibuka pada jam 7.00 pagi dan

ditutup pada jam 11.00 malam.

3.1.3 Memastikan hanya warga institut dan pelawat yang mempunyai

pas sahaja yang dibenarkan masuk;

24

Page 25: Dokumen Tender

3.1.4 Memastikan pelawat-pelawat luar melaporkan diri di Balai

Pengawal sebelum dibenarkan masuk ke dalam kawasan premis;

3.1.5 Membuat pemerhatian terhadap semua individu yang keluar

masuk ke kawasan premis.

3.1.6 Menghubungi pihak pengurusan premis dengan segera sekiranya

berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kecurian,

pencerobohan dan sebagainya; dan

3.1.7 Semua Pengawal Keselamatan hendaklah memahami dan mahir

mengenai Peraturan Umum (General Orders) dan Peraturan

Tertentu (Special Orders) mengenai peraturan keselamatan premis

kerajaan serta melaksanakannya.

3.2 Kawalan Bangunan

3.2.1 Membuka pintu dan menutup pintu blok-blok pentadbiran sekiranya diarahkan oleh pihak pengurusan premis;

3.2.2 Bertanggungjawab untuk memastikan kawasan bangunan tidak dicerobohi oleh individu-individu yang tidak berkaitan;

3.2.3 Membuat rondaan setiap masa untuk memastikan keselamatan kawasan / tempat bertugas;

3.2.4 Merekodkan setiap kejadian yang tidak diingini di dalam buku laporan tugas yang disediakan oleh pihak syarikat;

3.2.5 Sebarang kejadian melibatkan keselamatan di bangunan, kerosakan atau kehilangan peralatan, barangan dan harta benda perlu dilaporkan terus kepada pihak pengurusan premis;

3.2.6 Memastikan pintu bangunan ditutup rapat dan berkunci dengan selamat;

3.2.7 Menghubungi pihak pengurusan premis & pihak berkuasa dengan segera sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kecurian, pencerobohan dan sebagainya;

3.2.9 Bertanggungjawab membantu mencegah kebakaran dan cara-cara berhubung dengan Perkhidmatan Bomba Malaysia dan bersedia untuk ‘emergency action’ jika terdapat kemalangan kebakaran

3.3 Kawalan pada waktu pejabat

25

Page 26: Dokumen Tender

3.3.1 Membuka pintu utama di setiap blok/ premis di waktu bertugas dan menutupnya kembali setelah tamat waktu pejabat sekiranya diarahkan oleh pihak pengurusan premis;

3.3.2 Membuat kawalan keluar masuk warga institut dan pelawat yang berurusan di kawasan premis dengan memastikan individu yang tidak berkaitan seperti jurujual, peminta derma supaya tidak masuk ke kawasan/ bangunan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan premis;

3.3.3 Merekodkan butiran diri orang awam yang masuk ke kawasan premis/ bangunan;

3.4 Kawalan pada waktu luar pejabat

3.4.1 Memastikan orang awam yang tidak berkenaan atau pekerja-pekerja kontrak tidak lagi berada di dalam kawasan premis selepas waktu pejabat. Sekiranya terdapat kakitangan yang bertugas di luar waktu pejabat, butiran diri kakitangan tersebut perlu direkodkan; dan

3.4.2 Membuat rondaan di sekitar kawasan blok dan di luar bangunan sekerap yang mungkin untuk mengelakkan pencerobohan kawasan premis.

3.5 Kawalan Aset Kerajaan, Kakitangan dan Pelajar

3.5.1 Pengawal hendaklah memastikan tidak berlaku apa-apa kecurian, kerosakan atau kehilangan aset kerajaan yang terdapat dalam kawasan premis sepanjang masa bertugas; dan

3.5.2 Pengawal hendaklah juga memastikan tidak berlaku apa-apa kecurian, kerosakan atau kehilangan aset kakitangan, pegawai, pelajar atau mana-mana orang yang dibenarkan secara sah meletakkan aset mereka di dalam kawasan premis oleh pegawai kerajaan yang menguruskan premis itu.

3.6 Kawalan ke atas kakitangan, pelajar dan penghuni premis

3.6.1 Pengawal hendaklah memastikan supaya tidak berlaku apa-apa

gangguan dalam apa jua bentuk terdapat kakitangan, pelajar dan

penghuni premis di dalam atau persekitaran premis oleh individu –

individu luar sepanjang masa bertugas.

3.7 Rondaan

26

Page 27: Dokumen Tender

3.7.1 Membuat rondaan dua (2) jam sekali sekitar bangunan dan kawasan jagaannya dalam masa bertugas dan merakam watchmans clock ( Dibekalkan oleh syarikat ) pada setiap lawatan ke tempat yang ditentukan tersebut. Pengawal dikehendaki membuat catatan setiap kali selesai rondaan bagi setiap checkpoint.

3.7.2 Memastikan kawasan blok/ premis selamat dari sebarang bentuk pencerobohan ( intrusion ) dengan memastikan semua pintu masuk tertutup dan berkunci. Bagi kawasan bangunan pastikan pintu terkunci dan dalam keadaan baik;

3.7.3 Membuat pemeriksaan terhadap sebarang bau yang luar biasa yang dikesan dan melaporkannya segera kepada pihak pengurusan premis jika sumbernya tidak diketahui.

4. TUGAS-TUGAS TERTENTU

Tugas-tugas tertentu pengawal adalah tertakluk kepada jawatan pengawal tersebut seperti berikut;

4.1 Pegawai Rondaan

4.1.1 Menyelaras dan memantau keselamatan di premis Kerajaan di bawah tanggungjawab dalam perkara berikut:-

Kawalan Pintu Keluar/Masuk Rondaan Lalulintas Tempat Letak Kereta

4.1.2 Menyediakan tugas harian Anggota Pengawal Keselamatan mengikut jadual yang ditetapkan.

4.1.3 Merangka jadual tugas harian/bulanan Anggota Pengawal Keselamatan dengan menentukan pergerakan/penempatan anggota mencukupi dan menepati masa.

4.1.4 Mengambil tindakan mengeluarkan arahan kepada Anggota Pengawal Keselamatan bagi tujuan menguatkuasakan setiap peraturan dilaksanakan.

4.1.5 Bertanggungjawab ke atas disiplin anggota dan mengemukakan laporan kesalahan di atas mana-mana Anggota Pengawal Keselamatan di Kompleks Kerajaan tanggungjawab.

27

Page 28: Dokumen Tender

4.1.6 Mengemukakan laporan maklumbalas berkaitan operasi keselamatan dan tindakan perlu kepada Pengawal Keselamatan Kerajaan Penyelarasan di Kompleks Kerajaan bertanggungjawab.

4.1.7 Mengatur dan menyediakan jadual tugas, Roll Call sekurang-kurangnya seminggu sekali, latihan jasmani dan Kawad Anggota Keselamatan. Jadual Roll Call perlu dihantar kepada Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar.

4.1.8 Menyediakan tuntutan lebih masa anggota dan mengaturkan tugas lebih masa mengikut keperluan yang sepatutnya.

4.1.9 Membantu sesi latihan fire drill yang diadakan oleh pihak pengurusan premis dari semasa ke semasa dengan menyediakan anggota kawalan keselamatan secukupnya dan mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan.

4.1.10 Mengemukakan laporan bertulis kepada pengurusan Institut mengenai rondaan di sekeliling kawasan premis dan tempat letak kenderaan.

4.1.11 Menjalankan tugas-tugas lain seperti mana diarahkan oleh pihak pengurusan premis .

4.2 Ketua Pengawal

4.2.1 Menyelia Kawalan Keselamatan Pintu Keluar/Masuk, Kawalan Rondaan dan Lalulintas (Trafik).

4.2.2 Menyelia dan menyelaras tugas dan semua Anggota Pengawal Keselamatan di bawah tanggungjawab.

4.2.3 Menjalankan tugas-tugas pentadbiran ke atas semua Anggota Pengawal Pengawal Keselamatan dari aspek disiplin, kehadiran, cuti dan Laporan Nilai Prestasi.

4.2.4 Membantu pemantauan tugas operasi keselamatan( Kawalan Pintu Keluar/Masuk, Lalulintas dan Tempat Letak Kenderaan) oleh Anggota Pengawal Keselamatan.

4.2.5 Memastikan pelaksanakan peraturan pemakaian Pas Keselamatan oleh Pegawai dan Kakitangan serta pelawat dipatuhi.

4.2.6 Menjalankan tugas-tugas lain seperti mana diarahkan oleh pihak pengurusan premis .

4.3 Pengawal Keselamatan

28

Page 29: Dokumen Tender

4.3.1 Menerima arahan dan melaksanakan tugas sepertimana yang diarahkan oleh pihak atasan keselamatan dan pengurusan Institut.

4.3.2 Mematuhi arahan untuk bertugas mengikut giliran tugas sepertimana yang telah ditetapkan.

4.3.3 Menghadiri Roll Call, latihan jasmani dan kawad seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan.

4.3.4 Mengawasi pergerakan pelawat dan Pengawal / Kakitangan sepanjang berurusan di dalam Kompleks serta memastikan mereka memakai pas keselamatan.

4.3.5 Memastikan keselamatan para pegawai / kakitangan dan pelawat yang berurusan di dalam kawasan kompleks dan mengeluarkan pas keselamatan untuk para pelawat.

4.3.6 Menjalankan rondaan di setiap tingkat dan blok seperti yang diarahkan dan memastikan semua pintu utama sentiasa berkunci selepas waktu pejabat pada hari kelepasan am dan umum.

4.3.7 Membuat kawalan lalulintas di kawasan-kawasan yang diarahkan dan menentukan keselamatan kenderaan di kawasan tempat letak kereta.

4.3.8 Membuat pemeriksaan setiap barangan yang keluar dan masuk melalui tempat pemunggahan barang ‘loading bay’ dan membuat catatan di dalam buku laporan yang disediakan.

4.3.9 Menjalankan tugas-tugas sepertimana diarahkan dari masa ke masa.

4.4 Tugas-tugas Tambahan

4.4.1 Pengawal keselamatan dikehendaki membantu memastikan semua dewan kuliah dikunci selepas waktu pejabat;

4.4.2 Pengawal keselamatan dikehendaki membantu memastikan semua suis lampu, kipas serta alat penghawa dingin dimatikan selepas waktu pejabat; dan

4.4.3 Pengawal keselamatan dikehendaki mengiringi Tetamu Kehormat kolej dari Balai Pengawal ke lokasi-lokasi yang ditetapkan sekiranya diarahkan.

4.5 Pemasangan Alat Kawalan Keselamatan

29

Page 30: Dokumen Tender

4.5.1 Petender hendaklah membekal, memasang dan memastikan Sistem Kamera Litar Tertutup ( CCTV ), Sistem Penggera ( Alarm System ) dan Digital Watchman Clock berfungsi dengan baik seperti yang dinyatakan di bawah :-

CCTVBIL

.TEMPAT

BILANGAN

1. Seluruh Kampus IPGKPIi. Pintu Pagar Belakang Kolej Kediaman (Masuk &

Keluar ) ii. Kolej Kediaman Blok E (Menghadap ke hutan)iii. Kolej Kediaman Blok E (Tangga Laluan ke Blok D)iv. Persimpangan Blok C (Kolej Puteri)v. Persimpangan Blok A & B

CCTV ini hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya spesifikasi minima seperti berikut:-

a) kamera.  

b) 1 unit DVR

c) Hard disk - Dengan kapasiti sekurang-kurangnya 500 GB. 

c) BNC kabel untuk setiap kamera 

d) Power adapter untuk setiap kamera

e) Remote control

1 Point

1 Point1 Point1 Point1 Point

JUMLAH 5 point

Alarm SystemBIL

.TEMPAT

BILANGAN

1. i. Blok Pentadbiran ii. Stor Utama iii Makmal Komputer iv. Pusat Sumber

1 set1 set1 set1 set

JUMLAH 4 set

30

Page 31: Dokumen Tender

Watchman ClockBIL

.TEMPAT BILANGAN

1. i. Blok Pentadbiranii. Blok B (kolej Putera)iii. Pos Pengawal Pintu Kedua iv. Gimnasium

vi. Kafeteria Wanitavii. Garaj Basviii. Bangunan Unit Teknologi Pendidikanix. Rumah Timbalan Pengarahx. Kuarters Pekerja Blok Axi. Kuarters Pensyarah

1 Point1 Point1 Point1 Point1 Point1 Point1 Point1 Point1 Point1 Point

JUMLAH 10 point

* * * * *

LAMPIRAN 4

31

Page 32: Dokumen Tender

KERAJAAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERJANJIAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATANNO. KONTRAK :

PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan 20__ (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Perjanjian ini")

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA yang bagi maksud perjanjian ini diwakili oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, yang beralamat seperti yang dinyatakan dalam Jadual A1 (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Kerajaan") bagi suatu pihak

DENGAN

Syarikat yang dinyatakan dalam Jadual A2 (kemudian daripada ini dirujuk sebagai ("Kontraktor") sebagai pihak yang satu lagi.

Dalam Perjanjian ini, di mana bersesuaian, Kerajaan dan Kontraktor kemudian daripada ini boleh disebut secara perseorangan sebagai "Pihak" dan secara bersama sebagai "Pihak-Pihak".

BAHAWASANYA

Kerajaan telah menawarkan perkhidmatan yang dinyatakan dalam Surat Setuju Terima dalam Lampiran A (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Perkhidmatan“) dan Kontraktor telah bersetuju untuk melaksanakan Perkhidmatan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini.

PIHAK-PIHAK TELAH BERSETUJU seperti yang berikut:

1. TAKRIF, TAFSIRAN DAN KESELURUHAN PERJANJIAN

1.1 Takrif

Dalam Perjanjian ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki sebaliknya dan jika digunakan dalam atau berkenaan dengan Perjanjian ini, perkataan-perkataan di bawah hendaklah mempunyai makna yang diberikan seperti berikut:

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan termasuk—

(a) Kementerian Pelajaran Malaysia dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia;

(b) mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Bahagian, Pejabat, Lembaga, Sektor, Unit, Institut Pendidikan Guru, Pusat Kokurikulum, Pusat Matrikulasi, agensi atau sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkenaan dalam Perjanjian ini dan diberi kuasa oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia; dan

(c) mana-mana Ketua Jabatan, pegawai atau kakitangan atau agen Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Negeri, Bahagian, Pejabat, Lembaga, Sektor, Unit, Institut Pendidikan Guru, Pusat

32

Page 33: Dokumen Tender

Kokurikulum, Pusat Matrikulasi, agensi atau sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkenaan dalam Perjanjian ini dan diberi kuasa oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia;

“Kontraktor” ertinya Syarikat yang dinyatakan dalam Jadual A2 dan termasuk wakilnya yang diberi kuasa, waris, pentadbir, agen, penerima serah hak, pegawai, kakitangan, kontraktor, subkontraktor, pekhidmat dan pengawal;

“maklumat sulit” ertinya segala maklumat, sama ada teknikal dan bukan teknikal yang tidak hanya terhad kepada penyiaran multimedia yang terdiri dari data, video dan suara yang dibekalkan oleh sesuatu Pihak kepada Pihak yang satu lagi bagi tujuan Perjanjian ini dan juga segala maklumat yang terbit dari situ selagi dan setakat Kontraktor yang mana pengetahuan atau maklumat tersebut yang pada ketika ianya didedahkan belum menjadi urusan awam;

“pengawal atau Pengawal” ertinya mana-mana orang yang diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan secara tetap, sementara atau kontrak oleh Kontraktor atau bagi pihak Kontraktor untuk melaksanakan Perkhidmatan di Premis dan termasuk Kontraktor;

“pelawat” ertinya mana-mana orang, pengawal, ibu atau bapa murid dan penjaga murid selain daripada guru, pegawai, kakitangan, murid dan pengawal yang dibenarkan oleh Kerajaan di Premis;

“peralatan atau alat kelengkapan Perkhidmatan” ertinya apa-apa peralatan atau alat kelengkapan yang digunakan bagi maksud Perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam Lampiran F;

“Premis” ertinya tempat atau kawasan Perkhidmatan dilaksanakan seperti yang dinyatakan dalam Lampiran D dan termasuk di sekitar, di sekeliling, pintu masuk utama, pintu-pintu masuk lain, pondok pengawal keselamatan, di luar dan di dalam bangunan, kantin, dewan makan, kafeteria, kelas, asrama, dapur, kawasan lapang, atau mana-mana tempat atau kawasan yang diarahkan oleh Kerajaan untuk pelaksanaan Perkhidmatan; dan

"Perkhidmatan” ertinya Perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjata api di Premis kepada Kerajaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Setuju Terima dalam Lampiran A yang dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Kontraktor dan mengikut Skop Perkhidmatan yang dinyatakan dalam Klausa 2.

1.2 Tafsiran

(a) Apa-apa jadual, lampiran, apendiks, dokumen, nota atau penerangan yang dirujuk dalam Perjanjian ini dan apa-apa pindaan, perubahan, penambahan atau modifikasi bertulis padanya hendaklah ditafsirkan dan dibaca sebagai sebahagian dari Perjanjian ini;

(b) Rujukan kepada Klausa atau Fasal hendaklah bermaksud rujukan kepada Klausa-Klausa atau Fasal-Fasal dalam Perjanjian ini;

(c) Semua rujukan terhadap peruntukan-peruntukan dalam apa-apa Akta, Peraturan-Peraturan, Kaedah-Kaedah, Enakmen, Ordinan, undang-undang, Undang-Undang Kecil, Perintah, Arahan Keselamatan Kerajaan, Arahan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan, Arahan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan

33

Page 34: Dokumen Tender

dan lain-lain Arahan Kerajaan hendaklah termasuk peruntukan yang dipinda, dipotong, digantikan, diubah, dicetak semula atau digubal semula;

(d) Penyataan "Perjanjian", “Kontrak“ atau penyataan lain yang sama hendaklah mengandungi klausa yang terkandung dalam Perjanjian ini dan termasuk apa-apa pindaan, perubahan, penambahan atau modifikasi dan perjanjian tambahan secara bertulis padanya;

(e) Perkataan “termasuk“ hendaklah memberikan makna atau tafsiran apa-apa perkara lain berkenaan dengan Perjanjian atau Perkhidmatan selain dari perkara-perkara yang dinyatakan selepas perkataan itu dan perkara-perkara yang dinyatakan selepas perkataan itu adalah antara atau sebahagian dari contoh-contoh mengikut mana yang berkenaan;

(f) Perkataan "undang-undang" ertinya mana-mana undang-undang bertulis semasa, akan datang dan apa-apa Perlembagaan, Dekri, Penghakiman atau Perundangan, Peraturan-Peraturan, Perintah, Kaedah-Kaedah, Ordinan, Undang-undang Kecil atau Arahan yang dipinda dari semasa ke semasa;

(g) Semua rujukan terhadap hari, bulan atau tahun hendaklah termasuk hari dan waktu bekerja biasa Kerajaan, hari Sabtu dan Ahad dan hari kelepasan am negeri-negeri yang berkenaan melainkan dinyatakan sebaliknya atau sebagaimana yang dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan;

(h) Perkataan "secara bertulis" ertinya suatu arahan suratan dalam bentuk bertulis yang diberikan, dikemukakan atau diserahkan secara rasmi antara Pihak-Pihak;

(i) Tajuk kepada mana-mana Klausa atau Fasal dalam Perjanjian ini adalah sebagai rujukan dan kemudahan sahaja dan tidak memberikan apa-apa kesan kepada tafsiran dan pengertian Klausa atau Fasal tersebut; dan

(j) Apa-apa istilah teknikal yang tidak ditakrifkan dalam Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut penggunaan atau takrif yang biasa digunakan dalam industri atau profesion yang berkenaan.

1.3 Keseluruhan Perjanjian

1.3.1 Perjanjian ini mengandungi keseluruhan persetujuan dan persefahaman di antara Pihak-Pihak berkenaan dengan Perkhidmatan dan mengatasi serta membatalkan keseluruhan mana-mana perjanjian, kontrak, representasi, persetujuan, surat rundingan, persefahaman, syarat-syarat dan terma-terma terdahulu sebelum Perjanjian ini berkuatkuasa sama ada secara langsung atau tidak langsung, atau sama ada secara lisan atau bertulis, di antara Pihak-Pihak terhadap atau berkaitan dengan Perkhidmatan atau perkara-perkara yang melibatkan Perkhidmatan dalam Perjanjian ini.

1.3.2 Jika terdapat apa-apa percanggahan antara terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini dengan Surat Setuju Terima dalam Lampiran A, terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini hendaklah mengatasi setakat mana percanggahan itu.

2. SKOP PERKHIDMATAN

34

Page 35: Dokumen Tender

2.1 Kontraktor hendaklah melaksanakan Perkhidmatan, mengikut arahan Kerajaan, dari semasa ke semasa, sama ada secara lisan atau bertulis mengenai Perkhidmatan mulai Tarikh Berkuatkuasa yang dinyatakan dalam Klausa 3.1 atau pada apa-apa tarikh lain yang dimaklumkan, secara lisan atau bertulis, oleh Kerajaan mengikut terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini dan termasuk—

(a) melaksanakan Perkhidmatan mengikut Skop Perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam Lampiran B;

(b) melaksanakan Perkhidmatan dengan keanggotaan pengawal, syif atau giliran dan mengikut tempoh kawalan seperti yang dinyatakan dalam Lampiran E;

(c) mematuhi undang-undang yang dilaksanakan oleh mana agensi Kerajaan yang berkenaan dengan Perkhidmatan;

(d) mematuhi Peraturan-Peraturan Ejensi Persendirian 1970 [P.U.(A) 410/1970] dan Peraturan-Peraturan Pengambilan Ejensi Persendirian 1981 [P.U.(A) 214/1981];

(e) diluluskan untuk menjalankan Perkhidmatan oleh Kementerian Dalam Negeri;

(f) mempunyai Polisi Insurans Perlindungan yang meliputi perlindungan untuk Kerajaan, harta benda yang dikawal dan pengawal;

(g) menganggotai Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia sebagai ahli yang sah berkuatkuasa sepanjang Tempoh Perjanjian;

(h) melaksanakan Perkhidmatan pada setiap hari sepanjang Tempoh Perjanjian termasuk hari Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti persekolahan;

(i) mempunyai lesen, permit atau kebenaran menjalankan Perkhidmatan yang sah dan berkuatkuasa yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri sebagaimana yang disertakan dalam Lampiran C; dan

(j) melaksanakan Perkhidmatan dengan mengupah, menggaji atau mengambil pengawal mengikut Skim Perkhidmatan pengawal seperti yang dinyatakan dalam Lampiran H;

2.2 Bagi maksud Klausa 2.1(i), jika Kontraktor dalam proses untuk mendapatkan lesen, permit atau kebenaran menjalankan Perkhidmatan yang sah dan berkuatkuasa yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri sama ada untuk permohonan baru, gentian atau pembaharuan, Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Kerajaan untuk kelulusan dan memasukkan selepas helaian Lampiran C apa-apa bukti atau dokumen yang menunjukkan bahawa lesen, permit atau kebenaran tersebut adalah dalam proses untuk permohonan baru, gantian atau pembaharuan, mengikut mana yang berkenaan. Kontraktor hendaklah tanpa apa-apa kelewatan mengemukakan lesen, permit atau kebenaran tersebut kepada Kerajaan sebaik sahaja ia diterima oleh Kontraktor.

3. TEMPOH DAN PELANJUTAN PERJANJIAN

3.1 Perjanjian ini adalah bagi tempoh yang dinyatakan dalam Butiran 1 Jadual B (kemudian dari ini dirujuk sebagai "Tempoh Perjanjian") dan walau apapun dalam Perjanjian ini hendaklah dianggap telah mula berkuatkuasa mulai tarikh yang

35

Page 36: Dokumen Tender

dinyatakan dalam Butiran 2 Jadual B (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Tarikh Berkuatkuasa") hingga tarikh yang dinyatakan dalam Butiran 3 Jadual B (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Tarikh Penamatan").

3.2 Kontraktor boleh memohon secara bertulis kepada Kerajaan untuk melanjutkan Tempoh Perjanjian, dalam tempoh tidak kurang dari tiga (3) bulan atau dalam apa-apa tempoh lain yang dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan, sebelum Tarikh Penamatan, jika Kontraktor ingin melanjutkan Tempoh Perjanjian kepada satu tarikh yang lain.

3.3 Jika permohonan pelanjutan Tempoh Perjanjian dipertimbangkan atau dipersetujui oleh Kerajaan, Kontraktor hendaklah dengan segera tanpa apa-apa kelewatan atau dalam tempoh yang dinyatakan secara bertulis oleh Kerajaan, selepas menerima pertimbangan atau keputusan daripada Kerajaan, berunding mengenai terma-terma dan syarat-syarat pelanjutan tempoh tersebut dan jika Pihak-Pihak gagal mencapai persetujuan, Perjanjian ini hendaklah tamat pada Tarikh Penamatan.

4. NILAI PERJANJIAN

4.1 Nilai keseluruhan Perjanjian ini adalah sebagaimana dalam Surat Setuju Terima yang dinyatakan dalam Lampiran A (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Nilai Perjanjian“) dan bagi maksud Perjanjian ini dan tertakluk kepada Kontraktor memenuhi semua terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini, Kerajaan hendaklah sebagai ganjaran kepada Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Kontraktor, pada setiap bulan dalam Tempoh Perjanjian berkuatkuasa membuat pembayaran kepada Kontraktor mengikut Klausa 5.

4.2 Pengiraan kepada Nilai Perjanjian adalah berdasarkan kepada Jadual Harga yang dinyatakan dalam Lampiran G.

4.3 Nilai Perjanjian yang dinyatakan dalam Klausa 4.1 adalah tetap dan tiada apa-apa kenaikan atau perubahan harga Perkhidmatan boleh dibuat oleh Kontraktor kecuali jika telah dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan.

5. PEMBAYARAN

5.1 Pembayaran Nilai Perjanjian dibuat dalam Ringgit Malaysia kepada Kontraktor dalam akaun bank Kontraktor yang dinyatakan dalam Jadual E dan pembayaran Nilai Perjanjian akan diproses oleh Kerajaan selepas Kerajaan menerima daripada Kontraktor inbois dan/atau dokumen lain, yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa, daripada Kontraktor yang lengkap diisi dengan butir-butir Perkhidmatan yang disahkan dan diperakukan oleh Kerajaan tidak lewat daripada 5haribulan berikutnya selepas Perkhidmatan dilaksanakan atau dalam apa-apa tempoh masa yang munasabah yang difikirkan sesuai oleh Kerajaan.

5.2 Tertakluk kepada Klausa 5.1 Kerajaan hendaklah membuat bayaran kepada Kontraktor dalam tempoh empat belas (14) hari atau dalam apa-apa tempoh masa yang munasabah yang difikirkan sesuai oleh Kerajaan selepas tarikh penerimaan inbois dan/atau dokumen lain tersebut.

5.3 Kenaan bayaran perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan lapan peratus (0.8%) dikenakan bagi setiap nilaian pesanan Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM 9,600 bagi pesanan Kerajaan melebihi RM1.2 juta jika bayaran diproses

36

Page 37: Dokumen Tender

menggunakan sistem ePerolehan dan hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Kontraktor melalui pemotongan atau tolakan (set-off) .

5.4 Pembayaran Harga Perkhidmatan oleh Kerajaan kepada Kontraktor tidak mengecualikan Kontraktor terhadap mana-mana terma-terma dan syarat-syarat di dalam Perjanjian ini.

5.5 Walau apa pun yang dinyatakan dalam Klausa ini, tanpa menjejaskan hak lain Kerajaan dalam Perjanjian ini, Kerajaan sentiasa berhak untuk membuat tolakan (set-off), meminda, mengurangkan, memotong atau mengubah pembayaran Nilai Perjanjian yang kena dibayar kepada Kontraktor sekiranya Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Kontraktor tidak mengikut mana-mana satu atau apa-apa gabungan perkara yang berikut:

(a) pelaksanaan Perkhidmatan atau mana-mana bahagiannya oleh Kontraktor didapati oleh Kerajaan tidak memuaskan atau tidak memenuhi Skop Perkhidmatan;

(b) pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini; atau

(c) pelanggaran apa-apa arahan Kerajaan yang diberikan dari semasa ke semasa sama ada secara lisan atau bertulis berkenaan dengan pelaksanaan Perkhidmatan.

5.6 Jika tolakan (set-off), pindaan, pengurangan, pemotongan atau perubahan kepada pembayaran Nilai Perjanjian yang kena dibayar kepada Kontraktor yang dinyatakan dalam Klausa 5.5 tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan berhak menuntut baki jumlah wang itu daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah menjelaskan pembayarannya selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari daripada tarikh tuntutan itu dikemukakan.

6. BON PELAKSANAAN

6.1 Jika Nilai Perjanjian melebihi Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu Ringgit (RM200,000.00) tetapi tidak melebihi Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu Ringgit (RM500,000.00) atau melebihi Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu Ringgit (RM500,000.00), mengikut mana yang berkenaan, Kontraktor hendaklah menyerahkan kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam bentuk-

(a) Jaminan Bank atau Kontrak Kewangan yang dikeluarkan oleh Bank atau Kontrak Kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 [Akta 372 ] yang beroperasi di Malaysia;.

(b) Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276] yang beroperasi di Malaysia;

(c) Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh Kontraktor-Kontraktor insurans yang berlesen di bawah Akta Insurans 1996 Akta 553] yang beroperasi di Malaysia;

(d) Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Kontraktor Takaful yang berlesen di bawah Akta Takaful 1984 [Akta 312]; atau

37

Page 38: Dokumen Tender

(e) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (PNMB) dan Bank Perusahaan Kecil dan Sedarhana Malaysia (SME Bank) yang beroperasi di Malaysia,

yang diluluskan oleh Kerajaan dan yang tidak boleh batal dengan nilai dan peratusan dari Nilai Perjanjian yang dinyatakan dalam Jadual D dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Surat Setuju Terima yang dinyatakan dalam Lampiran A atau dalam apa-apa tempoh yang dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan, sebagai jaminan bahawa Kontraktor tidak akan melanggar dan akan mematuhi mana-mana terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini dan, selain remedi yang diberikan kepada Kerajaan dalam Perjanjian ini, Kerajaan berhak mengambil atau merampas keseluruhan atau sebahagian jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan tersebut bagi apa-apa pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini dan/atau jika Perjanjian ini ditamatkan sebelum Tarikh Penamatan tanpa menyentuh apa-apa hak lain Kerajaan dalam Perjanjian ini.

6.2 Nilai Bon Pelaksanaan tersebut hendaklah sentiasa tetap seperti yang dinyatakan dalam Klausa 6.1 dan hendaklah berkuatkuasa selama dua belas (12) bulan selepas Tarikh Penamatan.

6.3 Jika jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan—

(a) diambil atau dirampas secara keseluruhan darinya, Kontraktor hendaklah menggantikan Bon Pelaksanaan itu dengan Bon Pelaksanaan baru sebagai gantian kepada keseluruhan jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan yang diambil atau dirampas mengikut Klausa 6.1 dan 6.2; atau

(b) diambil atau dirampas sebahagian darinya, Kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan baru sebagai gantian kepada bahagian jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan yang diambil atau dirampas mengikut Klausa 6.1 dan 6.2.

6.4 Bon Pelaksanaan hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan Perjanjian ini dan akan dikembalikan kepada Kontraktor selepas tempoh yang dinyatakan dalam Klausa 6.2 dan tertakluk kepada apa-apa pindaan, pengubahsuaian, pengurangan atau potongan yang boleh dibuat oleh Kerajaan mengikut syarat-syarat dan terma-terma dalam Perjanjian ini berhubung dengan apa-apa pelanggaran terma-terma atau syarat-syarat yang dilakukan oleh Kontraktor.

7. PENGAWAL, TANGGUNGAN PERBELANJAAN DAN KOS

7.1 Kontraktor hendaklah memastikan bahawa pengawal—

(a) bebas dari apa-apa wabak atau penyakit berbahaya atau berjangkit;

(b) sentiasa menjaga kebersihan Premis dan kebersihan diri;

(c) terlatih dalam pelaksanaan Perkhidmatan;

(d) mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa berkenaan dengan kawalan keselamatan;

(e) adalah warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 58 tahun sepanjang Tempoh Perjanjian,

38

Page 39: Dokumen Tender

(f) mengemukakan kepada Kerajaan laporan kesihatan daripada Hospital Kerajaan bagi pengawal berumur melebihi 55 tahun;

(g) memakai pakaian seragam atau uniform Kontraktor dan tanda nama serta menggunakan peralatan atau alat kelengkapan Perkhidmatan yang diperlukan semasa melaksanakan Perkhidmatan.

(h) tidak berambut panjang dan merokok semasa melaksanakan Perkhidmatan;

(i) tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah merbahaya;

(j) berkelayakan, berpengalaman dan terlatih dalam bidang kawalan keselamatan dan asas kebakaran;

(k) cergas, sihat akal fikiran dan tubuh badan;

(l) boleh menulis, membaca dan bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik;

(m) melaksanakan Perkhidmatan mengikut arahan Kerajaan pada setiap masa;

(n) mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu dan bersesuaian terhadap Perkhidmatan; dan

(o) melaksanakan Perkhidmatan dengan profesional, berdisiplin, sopan dan berbudi bahasa.

7.2 Kontraktor hendaklah atas perbelanjaan dan kos sendiri menanggung dan bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berikut:.

(a) membaiki sebarang kerosakan alat-alat milik Kerajaan atau mana- mana orang yang dibenarkan masuk oleh Kerajaan ke dalam kawasan premis yang disebabkan oleh pengawal. Sebarang kerosakan yang tidak boleh dibaiki hendaklah diganti dengan jenis dan kualiti yang sama atau lebih tinggi;

(b) apa-apa perkara berkenaan dengan kebajikan pengawal;

(c) perlindungan insurans pengawal ;

(d) perbelanjaan pengangkutan pengawal pergi dan balik dari dan ke Premis;

(e) penginapan dan tempat tinggal pengawal;

(f) perbelanjaan makanan dan minuman pengawal;

(g) caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan pengawal (KWSP);

(h) perbelanjaan perubatan dan rawatan pengawal;

(i) perbelanjaan membeli, penggantian dan penyelenggaraan peralatan atau alat kelengkapan Perkhidmatan;

(j) pembayaran gaji, upah atau apa-apa elaun atau bayaran lain pengawal;

39

Page 40: Dokumen Tender

(k) penyimpanan dan tempat penyimpanan peralatan atau alat kelengkapan Perkhidmatan;

(l) apa-apa kerosakan dan/atau kehilangan yang dilakukan terhadap aset Kerajaan dan aset awam yang dibenarkan oleh Kerajaan yang berada dalam kawasan Premis;

(m) pembayaran dan ganti rugi apa-apa kerosakan, kehilangan atau kerugian yang dialami oleh Kerajaan atau mana-mana orang yang dibenarkan masuk oleh Kerajaan ke dalam kawasan premis yang disebabkan oleh kecuaian, ketinggalan, kecurian atau kemusnahan terhadap harta Kerajaan mestilah diganti dengan jenis dan kualiti yang sama atau lebih tinggi;

(n) Apa-apa tuntutan yang dibuat oleh Kerajaan terhadap Kontraktor di bawah Klausa 7.2 ini hendaklah disempurnakan pembaikan/penggantiannya dalam tempoh empat belas hari (14) hari dari tarikh tuntutan atau suatu tempoh lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan dan Kerajaan berhak mendapatkan amaun tuntutan itu sama ada dengan membuat set off daripada apa-apa bayaran yang perlu dibayar kepada Kontraktor atau di bawah bon pelaksanaan.

(o) pembayaran caj, cukai, levi, bayaran, permit, kebenaran, atau lesen, mengikut mana yang berkenaan, yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan atau mana-mana agensi Kerajaan berkenaan dengan Perkhidmatan dan pengawal;dan

(p) pembayaran dan ganti rugi apa-apa kerugian termasuk reputasi dan nama baik yang dialami oleh Kerajaan yang disebabkan oleh mogok dan ketidakhadiran pengawal.

8. MAKLUMAT PENGAWAL, PEMERIKSAAN DAN PENGGANTIAN PENGAWAL

8.1 Kontraktor hendaklah apabila diminta, bagi maksud pemeriksaan, pengujian, kualiti atau pemantauan pada bila-bila masa tanpa mengenakan sebarang kos membekalkan kepada Kerajaan—

(a) nama, gambar dan nombor telefon pengawal;

(b) kelayakan dan latar belakang pengawal;

(c) jadual bertugas pengawal; dan

(d) laporan harian atau bulanan Perkhidmatan.

8.2 Kerajaan boleh melantik pihak ketiga yang lain bagi mewakili Kerajaan melaksanakan pemeriksaan mutu Perkhidmatan sama ada secara khusus atau secara keseluruhan. Kontraktor hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membolehkan wakil Kerajaan yang dilantik itu menyempurnakan tugasnya.

8.3 Kontraktor hendaklah membenarkan Kerajaan untuk bebas masuk bagi maksud pemeriksaan atau pemantauan pada bila-bila masa ke Premis.

8.4 Sekiranya Kerajaan atas apa-apa sebab, tidak berpuashati termasuk tetapi tidak terhad akibat daripada kecuaian, kelalaian, kesalahan, tingkah laku, perbuatan dan

40

Page 41: Dokumen Tender

budi bahasa, mana-mana pengawal, Kontraktor hendaklah tanpa apa-apa kelewatan dan atas perbelanjaan sendiri menggantikan pengawal tersebut dalam masa dua (2) jam dari tarikh notis bertulis atau makluman secara lisan diberikan oleh Kerajaan menggantung tugas pengawal tersebut daripada melaksanakan Perkhidmatan di Premis dengan SERTA MERTA.

9. PERALATAN ATAU ALAT KELENGKAPAN PERKHIDMATAN

Kontraktor hendaklah memastikan peralatan atau alat kelengkapan Perkhidmatan disenggara dengan bersih, kemas, teratur atau tersusun pada setiap masa, mengikut mana yang berkenaan.

10. PERUBAHAN DAN MODIFIKASI

10.1 Apa-apa perubahan atau modifikasi terhadap Perkhidmatan hendaklah dibuat dengan persetujuan bertulis Kerajaan dan Kontraktor hendaklah melaksanakan Perkhidmatan tanpa apa-apa kenaikan harga dan perubahan atau modifikasi itu hendaklah tidak memberikan kesan atau menjejaskan pelaksanaan Perkhidmatan dan termasuk dari aspek mutu, kualiti dan tempoh.

10.2 Dalam keadaan di mana Perkhidmatan tidak dapat dilaksanakan mengikut Klausa 2 tanpa alasan munasabah dan Kerajaan terpaksa menerima Perkhidmatan atas apa-apa sebab atau alasan, Kerajaan boleh mengenakan denda seperti yang dinyatakan dalam Klausa 12.

10.3 Kerajaan boleh mengkaji dan, jika perlu dengan persetujuan Kontraktor, mengubah dari masa ke semasa Perkhidmatan. Kontraktor hendaklah, mulai dari tarikh yang dipersetujui, melaksanakan Perkhidmatan yang diubah tersebut.

11. PENERIMAAN ADALAH BERSYARAT

Walaupun Perkhidmatan telah diterima, penerimaannya adalah bersyarat dan Kerajaan sentiasa berhak menolak Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya jika Perkhidmatan yang dilaksanakan tidak mengikut terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini.

12.HAK KERAJAAN APABILA PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN TIDAK MENGIKUT TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

12.1 Jika Perkhidmatan yang dilaksanakan tidak mengikut atau jika berlaku pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini, Kerajaan boleh mengambil tindakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan perkara-perkara yang berikut:

(a) menolak Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya;

(b) menolak Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya dan meminta Kontraktor menggantikan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Kerajaan. Jika Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya tidak digantikan dalam masa yang ditentukan, Kerajaan boleh mendapatkan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinyadaripada lain-lain punca dan Kontraktor dikehendaki membayar amaun yang kepada Kerajaan;

(c) menamatkan Perjanjian ini dan melantik pihak lain untuk melaksanakan Perkhidmatan;

41

Page 42: Dokumen Tender

(d) mengambil atau merampas keseluruhan atau sebahagian jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan;

(e) mengenakan denda dengan jumlah dua puluh peratus (20%) daripada jumlah bulanan Nilai Perjanjian bagi premis terlibat.Bagi maksud ini, asas pengiraan denda adalah seperti berikut:

Denda = 20 % x Jumlah bulanan nilai perjanjian bagi premis terlibat mengikut Lampiran G

12.2 Tanpa menjejaskan klausa 12.1, jika didapati mana-mana pekerja Kontraktor tidak hadir bertugas mengikut terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini, Kerajaan boleh mengenakan denda dengan jumlah yang sama banyak dengan gaji sejam setiap pekerja yang tidak hadir tersebut mengikut Lampiran G. Bagi maksud ini, asas pengiraan kadar pemotongan bagi pengawal yang tidak bertugas adalah seperti berikut:

KS : Kadar sejam seorang pengawalBJ : Bilangan jam tidak bertugasBP : Bilangan pengawal tidak bertugas

12.3 Sebarang pembayaran ganti rugi bagi aset Kerajaan boleh dibayar dalam bentuk Wang Kiriman Pos Berpalang atau Bank Draf atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

12.4 Sebarang pembayaran ganti rugi bagi aset mana-mana orang yang dibenarkan masuk oleh Kerajaan ke dalam kawasan premis boleh dibayar mengikut cara yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

12.5 Kerajaan berhak memotong apa-apa wang yang kena dibayar kepada Kontraktor oleh Kerajaan, sama ada sebagai denda atau pampas an daripada mana-mana Perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan daripada apa-apa yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor di bawah Perjanjian ini. Jika wang yang kena dibayar kepada Kontraktor itu tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan boleh menuntut baki tuntutan itu daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah membuat pembayaran tersebut dalam tempoh yang ditentukan dalam notis tuntutan. Kerajaan juga berhak menuntut jumlah baki tersebut daripada Kontraktor melalui mana-mana Perjanjian yang ditandatangani dengan agensi Kerajaan, sekiranya Kontraktor gagal membuat bayaran setelah dituntut.

13. HAK KERAJAAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN DARI PUNCA LAIN

13.1 Kerajaan berhak mendapatkan Perkhidmatan dari punca lain selain daripada Kontraktor jika Kontraktor tidak dapat melaksanakan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian dari Perkhidmatan.

13.2 Jika Kerajaan mendapatkan Perkhidmatan dari punca lain selain daripada Kontraktor di bawah Klausa 13.1, Kerajaan boleh mengenakan kos penggantian tersebut.

42

Pemotongan = KS x BJ x BP

Page 43: Dokumen Tender

14. PERUBAHAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

14.1 Kerajaan sentiasa berhak mengubah dari masa ke semasa terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini dan mulai dari tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan dan Perkhidmatan yang dilaksanakan hendaklah mengikut perubahan tersebut.

14.2 Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi Perkhidmatan, Nilai Perjanjian yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan Pihak-Pihak secara bertulis.

15. GANTIRUGI

15.1 Kontraktor hendaklah membayar gantirugi kepada Kerajaan terhadap segala bayaran tuntutan, belanja, gantirosak, tanggungan, kerugian dan pembicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke atas Kerajaan sebagai akibat langsung atau tidak langsung dari pelanggaran Perjanjian ini oleh Kontraktor. Jika bilangan Kontraktor itu dua atau lebih daripada dua orang, maka tanggungan bagi mereka itu di bawah ini hendaklah disifatkan sebagai bersama dan masing-masing.

15.2 Kontraktor hendaklah memberi gantirugi kepada Kerajaan terhadap apa-apa juga tindakan tentang perlanggaran Surat Jaminan Hak atau Reka Bentuk Berdaftar (yang disiarkan pada tarikh Perjanjian ini) semasa melaksanakan Perkhidmatan dan terhadap segala belanja dan gantirosak yang Kerajaan mungkin lakukan dalam sesuatu tindakan kerana perlanggaran itu atau yang Kerajaan mungkin bertanggungjawab dalam sesuatu tindakan itu. Dengan syarat sentiasa gantirugi itu tidaklah dikenakan kepada apa-apa juga perlanggaran yang disebabkan oleh Kontraktor kerana menurut arahan sah yang diberi oleh Kerajaan.

15.3 Kontraktor hendaklah bertanggungan dan hendaklah menanggung rugi Kerajaan terhadap apa-apa tanggungan, tuntutan atau prosiding mengenai kecederaan diri atau kematian mana-mana orang dan kerosakan terhadap apa-apa harta dalam apa-apa bentuk sekalipun yang dipunyai oleh Kerajaan atau sesiapapun, mengikut mana yang berkenaan jika ia disebabkan oleh kecuaian, perbuatan, atau keingkaransengaja oleh Syarikat, ejen atau pekerjanya yang mana kecederaan, kematian atau kerosakan tersebut disebabkan oleh atau berbangkit daripada atau semasa Syarikat menjalankan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini.

16. TANGGUNGJAWAB AM PIHAK-PIHAK

16.1 Syarikat hendaklah secara am bertanggungjawab seperti yang berikut:

(a) pada setiap masa, melaksanakan Perkhidmatan dengan teratur, sempurna dan profesional berdasarkan amalan pengurusan yang baik bagi menjaga kepentingan Kerajaan supaya tidak terjejas;

(b) pada setiap masa dalam melaksanakan Perkhidmatan dengan mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan dan melindungi kepentingan Kerajaan tidak terjejas;

(c) mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan Perkhidmatan memenuhi kehendak Perjanjian ini;

43

Page 44: Dokumen Tender

(d) memaklumkan kepada Kerajaan secara bertulis dengan serta merta apabila berlaku apa-apa faktor atau kejadian, yang boleh memberikan kesan terhadap Perkhidmatan dan makluman tersebut hendaklah tidak ditafsirkan sebagai pengecualian tanggungjawab Syarikat dalam Perjanjian ini;dan

(e) membuat perakuan untuk tidak menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Kerajaan dan menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya seperti di Lampiran I.

16.2 Kerajaan hendaklah secara am bertanggungjawab seperti yang berikut:

(a) merujuk dan memaklumkan kepada Syarikat sekiranya terdapat apa-apa perubahan terhadap perkara-perkara yang boleh menjejaskan Perjanjian ini;

(b) memastikan apa-apa bilangan pegawai Kerajaan menyelaraskan Perkhidmatan dengan Syarikat;

(c) tertakluk kepada arahan-arahan keselamatan dan pentadbiran yang dikeluarkan dari semasa ke semasa, membenarkan pengawal keselamatan berada dan masuk ke dalam Premis untuk melaksanakan Perkhidmatan; dan

(d) melaksanakan pembayaran yang patut dibayar dalam Perjanjian ini.

17. PENAMATAN

17.1 Tanpa menjejaskan hak-hak lain Kerajaan dalam Perjanjian ini, Kerajaan boleh dengan memberi notis bertulis kepada Kontraktor dan dengan tiada apa-apa tindakan selanjutnya terus menamatkan Perjanjian ini—

(a) jika Kontraktor melakukan pelanggaran terhadap mana-mana terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat dalam Perjanjian ini;

(b) jika Kontraktor itu sebagai orang perseorangan atau, apabila Kontraktor itu adalah suatu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah penerimaan atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau jika Kontraktor itu adalah Kontraktor, meluluskan suatu perintah bahawa Kontraktor itudigantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksudpenyusunan atau penyatuan) atau pengurus bagi pihak seseorangsipiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang memberihak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan; Atau

(c) jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya ataubertindak bagi Kontraktor, sama ada dengan atau di luar pengetahuan Kontraktor, melakukan perbuatan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 [Akta 694]. Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Perjanjian ini tidak menyentuh hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan gantirugi daripada Kontraktor.

17.2 Perkhidmatan dalam Perjanjian ini hendaklah tamat dengan serta merta jika Kontraktor meninggal dunia dan Kontraktor adalah pemilik tunggal dan syarikat Kontraktor ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197]. Pembayaran Perkhidmatan, jika ada, akan dibayar kepada waris Kontraktor yang sah.

44

Page 45: Dokumen Tender

18. PENAMATAN ATAS SEBAB KEPENTINGAN NASIONAL

18.1 Walau apapun dalam Perjanjian ini, Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberikan, tidak kurang dari tiga puluh (30) hari, suatu notis bertulis kepada Kontraktor, tanpa apa-apa tanggungjawab untuk memberikan apa-apa sebab, jika Kerajaan berpendapat bahawa penamatan tersebut adalah perlu untuk Kepentingan Nasional, Kepentingan Keselamatan Nasional atau bagi maksud Polisi Kerajaan atau Polisi Awam.

18.2 Bagi maksud Klausa ini, apa yang merupakan "Kepentingan Nasional", "Kepentingan Keselamatan Nasional", "Polisi Kerajaan" dan "Polisi Awam" hendaklah dibuat dan ditentukan oleh Kerajaan dan penentuan tersebut bagi semua maksud adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.

18.3 Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan di bawah Klausa ini, Kontraktor berhak mendapat pembayaran Perkhidmatan setakat Tarikh Akhir Perkhidmatan yang telah dilaksanakan atau apa-apa jumlah pembayaran yang munasabah yang ditentukan oleh Kerajaan.

19. HAK PIHAK-PIHAK APABILA PERJANJIAN DITAMATKAN

Apa-apa penamatan yang dinyatakan dalam Perjanjian ini hendaklah tidak memberikan kesan kepada apa-apa hak Pihak-Pihak yang terakru sebelum tarikh penamatan Perjanjian ini dan tanggungjawab Pihak-Pihak dalam Perjanjian ini hendaklah terus bersambung walaupun selepas penamatan Perjanjian bagi maksud apa-apa tindakan, pertikaian, rujukan, pembayaran, tuntutan atau perkara sebelum penamatan Perjanjian ini.

20. JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN

20.1 Apa-apa pertikaian atau tuntutan antara Pihak-Pihak yang berbangkit dari apa-apa perkara di bawah Perjanjian ini, melainkan berkaitan dengan Kerajaan menjalankan hak budi bicaranya, hendak diselesaikan secara aman atau baik antara Pihak-Pihak dan jika pertikaian atau tuntutan tersebut tidak dapat diselesaikan secara aman atau baik ia boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang ditubuhkan oleh Kerajaan (kemudian daripada ini disebut "Jawatankuasa") yang terdiri daripada—

(a) Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran atau wakilnya, sebagai pengerusi;

(b) seorang wakil yang dilantik oleh Kerajaan sebagai ahli; dan

(c) seorang wakil yang dilantik oleh Kontraktor sebagai ahli.

20.2 Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bebas untuk memberikan pandangan, kepakaran atau nasihat berkenaan dengan perkara yang dipertikaikan itu dan apa-apa kos yang berbangkit darinya hendaklah ditanggung oleh Kerajaan dan Kontraktor secara sama rata.

20.3 Jawatankuasa itu hendaklah menetapkan prosedurnya sendiri dan mengadakan perbincangan dengan tujuan mencapai suatu keputusan sepakat berhubung dengan pertikaian itu.

20.4 Jika perkara, pertikaian atau tuntutan tersebut tidak dapat diselesaikan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh ia dibincangkan oleh Jawatankuasa, maka mana-

45

Page 46: Dokumen Tender

mana Pihak dengan persetujuan Pihak yang satu lagi boleh merujuk perkara tersebut ke timbang tara menurut Klausa 21.

20.5 Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa adalah muktamad dan mengikat ke atas Pihak-Pihak.

20.6 Rujukan sebarang perkara, pertikaian atau tuntutan tersebut kepada Jawatankuasa di bawah Klausa ini tidak menyebabkan apa-apa obligasi Pihak-Pihak selain daripada perkara yang dipertikaikan itu tertangguh dan hendaklah diteruskan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perjanjian ini.

20.7 Apa-apa kos berkenaan dengan rujukan kepada Jawatankuasa di bawah Klausa ini hendaklah ditanggung secara bersama oleh Pihak- Pihak.

20.8 Bagi maksud Klausa ini, Pengerusi boleh—

(a) menubuhkan apa-apa urusetia atau jawatankuasa kecil bagi membantu Jawatankuasa melaksanakan tanggungjawabnya; dan

(b) memberikan apa-apa arahan kepada Jawatankuasa dalam melaksanakan tanggungjawabnya dan Jawatankuasa hendaklah mematuhi arahan Pengerusi tersebut.

21. TIMBANG TARA

21.1 Jika apa-apa hal, pertikaian atau tuntutan yang dinyatakan dalam Klausa 20 di atas tidak dapat diselesaikan secara aman atau baik oleh Pihak-Pihak, maka hal pertikaian atau tuntutan tersebut boleh dirujuk kepada Penimbangtara yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak atau sekiranya tidak ada persetujuan, hendaklah dicalonkan, atas permohonan oleh salah satu Pihak, oleh Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur dan apa-apa rujukan hendaklah dianggap sebagai suatu rujukan kepada timbang tara mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Timbang Tara 2005. Keputusan yang diberikan oleh Penimbangtara adalah muktamad dan mengikat Pihak-Pihak.

21.2 Setiap timbang tara hendaklah dijalankan di Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur dengan menggunakan kesemua kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di pusat tersebut atau mana-mana tempat yang akan ditentukan oleh Penimbangtara dan dipersetujui oleh Pihak-Pihak.

21.3 Rujukan kepada apa-apa hal, pertikaian atau tuntutan kepada timbang tara selaras dengan Klausa ini dan/atau pelanjutan prosiding timbang tara akibat daripadanya hendaklah tanpa menyentuh apa-apa tuntutan oleh Pihak-Pihak terhadap Pihak yang satu lagi mengenai apa-apa perlanggaran terdahulu terhadap mana-mana Klausa atau syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini.

21.4 Apa-apa kos berkenaan dengan rujukan kepada Penimbangtara di bawah Klausa ini hendaklah ditanggung oleh Pihak yang merujuk kepada Penimbangtara.

22. IKLAN

Tiada iklan mengenai Perjanjian ini boleh disiarkan dalam sebarang akhbar, majalah atau media pengiklanan yang lain atau didedahkan kepada mana-mana pihak, melainkan jika pengiklanan atau pendedahan itu dipersetujui dan diluluskan oleh Kerajaan secara bertulis.

46

Page 47: Dokumen Tender

23. KONTRAK KECIL

Kontraktor tidak boleh memajakkan atau membuat Kontrak kecil bagi Perjanjian ini atau apa-apa bahagiannya bagi melaksanakan Perkhidmatan dan apa-apa bahagiannya tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis Kerajaan.

24. PEMBERIAN MILIK

Kontraktor tidak boleh memberi milik Perjanjian atau mana-mana bahagiannya atau memberi milik, menggadai janji, menggadai atau mempertanggungkan atau mencuba memberi milik, menggadai-janji, menggadai atau mempertanggungkan apa-apa juga daripada wang yang kena bayar atau yang telah genap masanya untuk dibayar di bawah Perjanjian ini atau apa-apa faedah yang terbit dari atau yang mungkin terbit dari Perjanjian ini dengan tidak terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Kerajaan.

25. REPRESENTASI DAN WARANTI

Kontraktor memberikan representasi dan waranti kepada Kerajaan bahawa:

(a) ia adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia;

(b) ia mempunyai kuasa korporat untuk memasuki dan melaksanakan Perkhidmatan dalam Perjanjian ini;

(c) ia telah mengambil segala tindakan-tindakan korporat yang perlu untuk memasuki dan melaksanakan Perkhidmatan dalam Perjanjian ini;

(d) pada Tarikh Berkuatkuasa—

(i) jika Kontraktor adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], pelaksanaan atau perjalanan Perjanjian ini tidak menyalahi atau melanggar dalam apa jua cara sekalipun peruntukan atau apa-apa perkara berkenaan dengan Memorandum dan Artikel Pertubuhannya atau apa-apa dokumen atau Perjanjian yang mengikatnya atau asetnya; atau

(ii) jika Kontraktor adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197]), pelaksanaan atau perjalanan Perjanjian ini tidak menyalahi atau melanggar dalam apa jua cara sekalipun apa-apa dokumen atau Perjanjian yang mengikatnya atau asetnya;

(e) ia tidak tertakluk kepada apa-apa litigasi perundangan pada waktu semasa atau waktu yang tertangguh, atau pada pengetahuannya boleh menjejaskan keupayaannya untuk melaksanakan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini;

(f) ia tiada litigasi, timbang tara, tuntutan cukai, pertikaian atau prosiding pentadbiran pada masa ini, atau yang belum selesai, atau dalam pengetahuan Kontraktor, yang menjejaskan, mempunyai kesan yang merosakkan terhadap Kontraktor atau terhadap keupayaannya melaksanakan tanggungjawab kewangan atau tanggungjawab lain dalam Perjanjian ini;

(g) Perjanjian ini merupakan tanggungjawab yang sah dari segi perundangan dan mengikat Kontraktor dan berkuatkuasa mengikut terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini; dan

47

Page 48: Dokumen Tender

(h) ia mempunyai keupayaan dari segi kewangan dan teknikal untuk melaksanakan Perkhidmatan dalam Perjanjian ini,

26. FORCE MAJEURE

26.1 Pihak-Pihak tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kemungkiran obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini sekiranya Pihak-Pihak tidak dapat melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian ini atau mana-mana bahagian daripadanya akibat daripada berlakunya kejadian Force Majeure. Kejadian Force Majeure hendaklah bermaksud—

(a) peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak), pertempuran, penaklukan atau tindakan oleh musuh-musuh asing;

(b) pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara atau tindakan pengganas;

(c) bencana alam termasuk, tetapi tidak terhad kepada gempa bumi, banjir dan kebakaran bawah tanah yang spontan, tsunami, atau apa-apa bencana alam;

(d) letupan nuklear, pencemaran radioaktif atau bahan kimia atau radiasi;

(e) tekanan ombak yang disebabkan oleh kapal terbang atau apaapapun peranti aerial yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik;

(f) rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam; atau

(g) sebab-sebab atau bahaya yang lain yang di luar kawalan mana- mana Pihak.

26.2 Jika berlaku sesuatu kejadian Force Majeure yang menyebabkan mana-mana Pihak tidak dapat melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian ini (atau mana-mana bahagian daripadanya) yang terjejas akibat kejadian Force Majeure, Pihak tersebut hendaklah serta-merta memaklumkan kepada Pihak yang satu lagi dan diikuti dengan mengemukakan laporan terperinci mengenai kejadian Force Majeure tersebut dan kesannya kepada pelaksanaan Perjanjian ini.

26.3 Pihak-Pihak tidak berhak untuk bersandarkan kepada Peruntukan- Peruntukan dalam Klausa ini melainkan sekiranya Pihak-Pihak telah berpuas hati bahawa kejadian Force Majeure benar-benar berlaku.

26.4 Jika Pihak-Pihak merasakan bahawa kejadian Force Majeure yang berlaku itu pada tahap yang sebegitu teruk atau telah berterusan untuk suatu tempoh yang sebenarnya menggagalkan niat asal Perjanjian ini bolehlah ditamatkan atas persetujuan bersama.

26.5 Jika Perjanjian ini ditamatkan akibat kejadian Force Majeure di bawah Klausa ini di atas, semua hak dan obligasi Pihak-Pihak hendaklah terhenti dan Pihak-Pihak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Pihak yang satu lagi dan masing-masing tidak bertanggungjawab terhadap satu sama lain berkaitan apa-apa hak dan liabiliti yang tercelaru sebelum berlakunya kejadian Force Majeure tersebut.

26.6 Bagi mengelakkan keraguan, Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini hendaklah terus melaksanakan obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini yang tidak terjejas, tertangguh atau terganggu oleh kejadian Force Majeure dan obligasi-obligasi

48

Page 49: Dokumen Tender

berkenaan hendaklah, sementara menunggu pelaksanaan Klausa ini, terus berkuatkuasa.

27. DUTI SETEM

Apa-apa duti setem dan kos penyediaan Perjanjian ini yang harus dibayar hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Kontraktor.

28. INDEMNITI

Kerajaan tidak akan menanggung sebarang liabiliti untuk apa-apa gantirugi atau pampasan kepada sesiapa yang berada dalam penggajian Kontraktor atau sesiapa yang lain mengakibatkan kerosakan kepada harta benda seseorang atau kecederaan, maut atau tidak, atau kerugian yang dihadapi oleh orang sedemikian melainkan kerosakan, kecederaan atau kerugian itu berakibat dari mana-mana tindakan atau keingkaran Kerajaan, ejen, pekhidmat atau pengawalnya yang mana Kerajaan akan ditafsirkan bertanggungan dari segi undang-undang. Kontraktor hendaklah mengindemnitikan Kerajaan berkaitan dengan tuntutan-tuntutan terhadap Kerajaan bagi kecederaan atau kerugian yang dihadapi oleh orang tersebut dan kerosakan kepada harta benda termasuk harta benda Kerajaan, yang mungkin timbul akibat dari kecuaian, peninggalan atau keingkaran Kontraktor, ejen, pekhidmat atau pengawalnya atau pihak lain yang diberi kuasa atau sebarang keadaan yang di bawah kawalannya.

29. PENAFIAN

29.1 Kegagalan Kerajaan dan/atau Kontraktor menjalankan atau menguatkuasakan mana-mana hak, remedi atau peruntukan di bawah Perjanjian ini pada bila-bila masa, tidak akan terjumlah kepada suatu penafian hak, melainkan ianya telah dibuat secara bertulis terlebih dahulu.

29.2 Sebarang penafian hak hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dirujuk dan dipersetujui oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran atau wakilnya yang diberikuasa dengan sewajarnya.

30. PENAMATAN ATAS ALASAN RASUAH ATAU AKTIVITI-AKTIVITI HARAM

30.1 Tanpa prejudis kepada mana-mana hak Kerajaan,sekiranya Kontraktor, wakilnya yang diberi kuasa, waris, pentadbir, agen, penerima serah hak, pegawai, kakitangan, kontraktor, subkontraktor, pekhidmat dan pekerja, didapati bersalah dari segi undang-undang membuat tawaran, memberi atau bersetuju untuk memberi kepada mana-mana pegawai Kerajaan, apa-apa bentuk, balasan atau hadiah sebagai dorongan untuk atau kerana melakukan atau bersetuju untuk melakukan apa-apa perbuatan atau aktiviti-aktiviti haram yang menyalahi undang-undang yang berkait rapat dengan perolehan atau perlaksanaan Perjanjian ini dan/atau mana-mana Perjanjian lain dengan Kerajaan Malaysia, Kerajaan sentiasa mempunyai hak untuk menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis kepada Kontraktor dengan serta-merta.

30.2 Kerajaan sentiasa mempunyai hak untuk mendapatkan apa-apa gantirugi, kos dan perbelanjaan dari Kontraktor yang timbul akibat penamatan Perjanjian ini.

30.3 Kontraktor tidak berhak kepada apa-apa bentuk pampasan, kos, gantirugi termasuklah tuntutan untuk kehilangan perolehan pendapatan akibat penamatan Perjanjian ini.

31. NOTIS

49

Page 50: Dokumen Tender

31.1 Semua surat-menyurat atau notis mengenai Perjanjian ini hendaklah dikemukakan secara serahan, tangan, pos biasa, pos Akuan Terima Berdaftar (Acknowledge Receipt Registered Post (A.R Registered Post)) atau faksimili di alamat seperti di bawah ini dan hendaklah berkuatkuasa dari tarikh ia diterima oleh Pihak-Pihak:

(a) Kerajaan:seperti yang dinyatakan dalam Jadual A1

(b) Kontraktor:seperti yang dinyatakan dalam Jadual A2

31.2 Sekiranya berlaku pertukaran alamat seperti yang dinyatakan di Klausa 31.1, maka Pihak berkenaan hendaklah memberitahu dengan bertulis kepada Pihak yang lagi satu alamat barunya.

32. UNDANG-UNDANG

32.1 Perjanjian ini hendaklah mengikut dan dikawal oleh Undang-Undang Malaysia.

32.2 Kontraktor hendaklah menghormati dan mematuhi semua undang- undang yang terpakai di Malaysia dan menggunakan segala usaha yang munasabah untuk memastikan termasuk pengawal juga berbuat demikian dalam pelaksanaan Perkhidmatan.

32.3 Kontraktor hendaklah mematuhi arahan, polisi, perintah, prosedur dan peraturan Kerajaan yang berkaitan pada setiap masa dalam melaksanakan kewajipannya.

33. PINDAAN PERJANJIANApa-apa perkara dalam Perjanjian ini boleh dipinda dan sebarang perubahan, modifikasi, penambahan, pembatalan atau pindaan hendaklah dipersetujui secara bertulis Pihak-Pihak dan boleh dilakukan dari semasa ke semasa selepas Perjanjian ini ditandatangani melalui Perjanjian Tambahan yang secara khusus merujuk kepada Perjanjian ini dan ditandatangani oleh Pihak-Pihak dan Perjanjian Tambahan itu hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian dari Perjanjian ini

34. KETIDAKSELARASAN PERUNTUKAN PERJANJIANSekiranya terdapat apa-apa terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian iniyang terbatal, tidak sah, tidak berkenaan, tidak berkaitan atau tidak selaras —

(a) dengan mana-mana undang-undang; dan/atau(b) dengan mana-mana terma-terma dan syarat-syarat lain dalam Perjanjian ini,

terma-terma dan syarat-syarat atau peruntukan lain dalam Perjanjian ini hendaklah terus berkuatkuasa dan tidak terjejas dengan peruntukan yang terbatal, tidak boleh dikuatkuasakan, atau tidak sah, tidak berkenaan, tidak berkaitan atau tidak selaras tersebut, mengikut mana yang berkenaan.

35. KERAHSIAANKecuali dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Pihak yang mempunyai maklumat ataupun disebabkan oleh keperluan undang-undang, tiada Pihak pada bila-bila masa sekalipun dibenarkan memberitahu, mendedahkan atau berkomunikasi dengan apa cara juga, kepada orang lain apa-apa perkara atau maklumat sulit yang diperolehi atau didedahkan di bawah Perjanjian ini.

36. MENGIKAT PENGGANTI

50

Page 51: Dokumen Tender

Perjanjian ini adalah mengikat ke atas pengganti, wasi, pentadbir, wakil dan pemegang serah hak Pihak-Pihak.

37. MAKLUMAT SULIT DAN HARTA INTELEKTUAL37.1 Pihak-Pihak hendaklah sepanjang Tempoh Perjanjian ini dan selepas Tarikh

Penamatan Perjanjian ini untuk melakukan perkara-perkara berikut:

(a) tidak akan menggunakan sebarang maklumat, data dan operasi yang sulit selain daripada untuk tujuan Perjanjian ini; dan

(b) tidak akan mendedahkan atau menghebahkan atau memberitahu kepada pihak ketiga atau mana-mana kakitangan yang tidak terlibat dengan sebarang perlaksanaan berkaitan maklumat sulit, kecuali dengan pihak terlibat terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis, dan dalam keadaan demikian, Pihak-Pihak terlibat perlu memastikan pihak ketiga atau kakitangan mereka bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Klausa ini.

37.2 Pihak-Pihak hendaklah memelihara dan memastikan wakilnya yang diberi kuasa, waris, pentadbir, agen, penerima serah hak, pegawai, kakitangan, kontraktor, subkontraktor, pekhidmat dan pengawal, mengikut mana yang berkenaan, juga merahsiakan segala maklumat sulit.

37.3 Tanggungjawab yang disebutkan dalam Klausa ini hendaklah terus kekal dan berkuat kuasa tanpa mengira penamatan Perjanjian ini.

37.4 Kontraktor bersetuju bahawa semua hak harta intelektual yang timbul daripada Perkhidmatan hendaklah terletak hak kepada Kerajaan dan Kontraktor hanya diberi hak untuk melaksanakan Perkhidmatan sahaja.

38. MASAMasa hendaklah menjadi intipati kepada Perjanjian ini.

PADA MENYAKSIKAN, perkara-perkara yang tersebut di atas Pihak-Pihak sebagai wakil-wakil yang sah dan diberikuasa kepada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan dan meteri masing-masing pada tarikh mula-mula yang tertulis di atas

UNTUK DAN BAGI PIHAK KERAJAAN MALAYSIA:

Nama :

Jawatan : .....................................( Tandatangan & Cop)

No. Kad Pengenalan :

SAKSI:

Nama :

Jawatan : .....................................(Tandatangan & Cop )

No. Kad Pengenalan :

UNTUK DAN BAGI PIHAK KONTRAKTOR:

51

Page 52: Dokumen Tender

Nama :

Jawatan : .....................................( Tandatangan & Cop)

No. Kad Pengenalan :

SAKSI:

Nama :

Jawatan : .....................................(Tandatangan & Cop)

No. Kad Pengenalan :

52