Dokumentasi Kbs 2 2014

20
TARIKH : 3 MEI 2014 (KBS 2) DIRASMIKAN OLEH : EN. NADZRI BIN ISMAIL GURU BESAR SK BESTARI JAYA

description

dokumentasi kbs

Transcript of Dokumentasi Kbs 2 2014

TARIKH :

3 MEI 2014 (KBS 2)

DIRASMIKAN OLEH :

EN. NADZRI BIN ISMAILGURU BESAR SK BESTARI JAYA

SEKAPUR SIREH

PENDAHULUAN & OBJEKTIF

RASIONAL

ANJURAN

TARIKH & TEMPAT

SASARAN

AKTIVITI

PERBELANJAAN SUMBER KEWANGAN

ATURCARA PROGRAMJAWATANKUASA SAMBUTANSTRATEGI

PENILAIAN & REFLEKSI

PENUTUP

LAMPIRAN

FOTOGRAFI

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

SEJAMBAK KATA DARIPADA

PENYELARAS j-QAF SEKOLAHKalimah bismillah ucapan pertama,

Kem besatari solat 2014 sudah terlaksana,

Berkat muafakat antara kita semua,

Hasilnya kini sudah tersedia.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita melaksanakan Kem Bestari Solat Peringkat Sekolah tahun 2014 seperti yang dirancangkan. Tahniah dan sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak pentadbir kerana memberi kepercayaan dan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan program ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru SK Bestari Jaya yang bertungkus lumus menjayakan program ini serta bersama-sama menyumbangkan tenaga dan buah fikiran yang bernas.

Adalah diharapkan agar program ini dapat mencapai objektif yang disarankan iaitu untuk menghayati solat dan dapat mengamalkannya dengan penuh berdisplin.Akhir kata, saya memohon maaf seandainya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya, saya bersama ahli-ahli Panitia Pendidikan Islam cuba untuk melakukan yang terbaik demi masa depan anak-anak kita.

In Sha Allah.

Sekian, Wassalam.

PENDIDIK TERUS MAJU

-----------------------------------------------

(PN. NOOR RISLAH BINTI SAMSUDDIN)

Penyelas j-QAF Peringkat Sekolah,

SK Bestari Jaya.1. PENDAHULUAN

Sebagai salah satu komponen utama dalam program j-QAF, Kem Bestari Solat terletak di bawah modul Fardhu Ain. Objektif utama program ini adalah untuk menyampaikan ilmu kepada golongan sasaran agar dapat melaksanakan perkara-perkara asas dalam solat.

Program ini dijalankan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif diperkarangan sekolah.

2.OBJEKTIFTAHUN 1

1. Murid dapat berwuduk dengan sempurna2. Murid dapat mengetahui cara cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan 3. Murid dapat membaca dengan betul dan lancar bacaan alam solat (bacaan wajib dan sunat)4. Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah

TAHUN 2

1. Murid dapat membezakan anggota rukun dan sunat wuduk.2. Murid dapat menghafaz doa selepas wuduk dengan sempurna. 3. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.4. Murid dapat menghafaz doa iftitah dengan sempurna.5. Murid dapat menghafaz dengan betul dan lancar bacaan dalam solat.6. Murid dapat membaca dan menghafaz bacaan surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas.7. Murid dapat menunaikan solat secara individu dan jemaah.

TAHUN 3

1. Murid dapat melafazkan niat solat berjemaah dengan betul dan lancar.2. Murid dapat melafaz bacaan Tahiyyat Awal dan Akhir dengan betul danlancar. 3. Murid dapat membaca dan menghafaz surah Al-Masad, Al-Nasr, Al-Kafirun dan Al-Kauthar dengan betul dan lancar.4. Murid dapat melafazkan bacaan Qunut dengan betul dan lancar.5. Murid dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.6. Murid dapat menyatakan perkara yang membatalkan wudhuk dan solat.7. Murid dapat berwudhuk dengan sempurna. 8. Murid dapat melaksanakan solat berjemaah dengan sempurna.

TAHUN 4

1. Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah.2. Murid dapat menyatakan perbezaan antara muafik dan masbuk.3. Murid dapat melafaz bacaan Tahiyyat Awal dan Akhir dengan betul dan lancar.4. Murid dapat membaca dan menghafz surah al-Qariah, al-Adiat dan al-Zalzalah dengan betul dan lancar.5. Murid dapat melafazkan bacaan Doa Qunut dengan betul dan lancar.6. Murid dapat melafzkan bacaan-bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.7. Murid dapat menyatakan pengertian bacaan-bacaan pendek dalam solat.8. Murid dapat menyatakan syarat-syarat wajib dan syarat-syarat sah solat.9. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.10. Murid dapat melaksanakan solat berjemaah dengan sempurna.11. Murid dapat melafazkan Azan dan Iqamah dengan betul. TAHUN 5

1. Murid dapat berwuduk dan tayamum dengan sempurna.2. Murid dapat melaung dan melafazkan azan dengan betul.3. Murid dapat menjawab azan dan iqamah dengan betul.4. Murid dapat membaca doa selepas azan dan iqamah dengan betul.5. Murid dapat membaca dan memahami surah al-Fatihah, doa iftitah, tahiyyat awal, tahiyyat akhir dan doa qunut.6. Murid dapat menghafaz surah al-Bayyinah, al-Qadr dan al-Alaq dengan betul serta lancar.7. Murid dapat melaksanakan solat berjemaah dengan sempurna.8. Murid dapat memahami dan menyatakan perbezaan masbuq dan muafiq.

TAHUN 6

1. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.2. Murid dapat membaca dan menghafaz bacaan tahiyyat awal, tahiyyat akhi

dan doa qunut.3. Murid dapat membaca dan menghafaz lafaz niat solat jenazah dengan betul dan lancar .4. Murid dapat menyebut rukun dan syarat sah solat jenazah dengan betul dan

lancar.5. Murid dapat mengetahui kedudukan imam bagi jenazah lelaki dan perempuan.6. Murid dapat membaca dan menghafaz bacaan-bacaan dalam solat jenazah.7. Murid dapat membaca dan menghafaz surah al-Tin, al-Syarh dan al-Dhuha .8. Murid dapat mengetahui kedudukan imam dan makmum dalam solat jemaah.9. Murid dapat mengimamkan solat jemaah.10. Murid dapat melaksanakan solat jemaah dengan sempurna.11. Murid dapat melafaz wirid dan doa selepas solat.

3.RASIONAL Allah s.w.t telah mewajibkan solat ke atas manusia dan memerintahkan mereka untuk menegakkan dan mengerjakannya secara baik dengan mempertautkan keberhasilan serta kemenangan dengan kekhusyukan. Allah s.w.t menjadikan solat sebagai batas keimanan dan kekufuran serta penghalang kepada keburukan dan kemungkaran. Malahan Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud :

Solat yang diwajibkan Allah ada lima. Barangsiapa yang berwudhuk dengan baik, mengerjakan solat tepat pada waktunya dan menyempurnakan rukuk, sujud dan kekhusyukannya, maka Allah membeikan jaminan untuk mengampuni orang itu. Barangsiapa yang tidak melaksanakannya, maka Allah tidak akan menjaminnya. Jika menghendakinya, Ia mengampuninya dan jika menghendakinya, Ia menyeksanya.

Ini jelas menunjukkan bahawa amalan pertama yang Allah akan perhitungkan adalah solat. Menunaikan solat dengan cara yang betul mengikut Rasulullah s.a.w. adalah sangat afdhal.

4.ANJURAN Panitia Pendidikan Islam

Dengan kerjasama

Semua guru dan kakitangan

Sek. Keb. Bestari Jaya, Kuala Selangor.

5. TARIKH / TEMPAT

KEM BESTARI 1

Tarikh

: 3 Mei 2014

Masa

: Satu hari

Tempat : Sek. Keb. Bestari Jaya

bilik j-QAF 1

bilik j-QAF 2

surau

kelas

KEM BESTARI 2

Tarikh

: 3 Mei 2014

Masa

: Satu hari

Tempat : Sek. Keb. Bestari Jaya

bilik j-QAF 1

bilik j-QAF 2

surau

kelas

6.SASARAN

Murid murid tahun 1 hingga tahun 6 yang beragama Islam di Sekolah Kebangsaan Bestari Jaya.7.AKTIVITI Semua aktiviti dijalankan dalam kumpulan. Pengisian berikut akan dijalankan dalam Kem Bestari Solat ini:

1. Taklimat wudhuk dan cara bersolat (tayangan video)

2. Bimbingan Amali Wuduk dan Solat (fardhiyah dan jemaah)

3. Ujian Pra dan Pasca Kem

4. Pertandingan Bacaan

8.PERBELANJAAN

Makanan dan Minuman:

Sarapan pagi : RM 1.25 x 200 murid x 2 kem= RM 500.00

Jamuan Fasilitator : RM 2.00 x 8 orang x 2 kem = RM 32.00

JUMLAH = RM 532.00

9.SUMBER KEWANGAN Panitia Pendidikan Agama Islam

SK Bestari Jaya10.ATURCARA PROGRAM Kem Bestari Solat 1

JADUAL KEM BESTARI SOLAT

Tahun 1

730-800800-900900-10001000-10301030 - 11301130 - 12301230 - 100100-130100-200

Taklimat dan pembahagian kumpulanTayangan videoLDK 1

Niat dan bacaan pendek dalam solat LAFAZ TAKBIRATUL IHRAM/RUKUK/SUJUD/IKTIDAL/ANTARA DUA SUJUD & SALAM.

(rekodkan bacaan murid)REHAT- Minum PagiLDK 2

Wudhuk dan doa selepas wudhuk.

(rekodkan perlakuan & bacaan murid)LDK 3

Bacaan panjang dalam solat

DOA IFTITAH, TAHIYYAT AWAL, TAHIYYAT AKHIR SAMBUNG SEMULA LDK 1

LDK 4

Amali Perlakuan Solat

(rekodkan perlakuan murid)REHAT- Makan TengahariPerasmian Penutup oleh Guru Besar

Solat Zohor berjamaah

Bersurai

Tahun 2730-800800-900900-10001000-10301030 - 11301130 - 12301230 - 100100-130100-200

Taklimat dan pembahagian kumpulanTayangan videoLDK 1

Niat dan bacaan pendek dalam solat LAFAZ TAKBIRATUL IHRAM/RUKUK/SUJUD/IKTIDAL/ANTARA DUA SUJUD & SALAM.

(rekodkan bacaan murid)REHAT- Minum PagiLDK 2

Wudhuk dan doa selepas wudhuk.

(rekodkan perlakuan dan bacaan murid)LDK 3

Bacaan panjang dalam solat

DOA IFTITAH, TAHIYYAT AWAL, TAHIYYAT AKHIR , DOA QUNUT SAMBUNG SEMULA LDK 1

LDK 4

Amali Perlakuan Solat

(rekodkan perlakuan murid)REHAT- Makan TengahariPerasmian Penutup oleh Guru Besar

Solat Zohor berjamaah

Bersurai

TAHUN 3730-800800-900900-10001000-10301030 - 11301130 - 12301230 - 100100-130100-200

Taklimat dan pembahagian kumpulanTayangan videoLDK 1

Niat solat jemaah dan bacaan pendek dalam solat LAFAZ TAKBIRATUL IHRAM/RUKUK/SUJUD/IKTIDAL/ANTARA DUA SUJUD & SALAM.

(rekodkan bacaan murid)REHAT- Minum PagiLDK 2

Perkara yang membatalkan wudhuk & amali wudhuk

(rekodkan bacaan murid)LDK 3

Surah-surah pendek membaca dan menghafaz surah Al-Masad, An-Nasr, Al-Kafirun & Al-Kauthar.

(rekodkan bacaan murid)LDK 4

Perkara yang membatalkan solat Bacaan panjang dalam solat DOA IFTITAH,TAHIYYAT AWAL & AKHIR, DOA QUNUT REHAT- Makan TengahariPerasmian Penutup oleh Guru Besar

Solat Zohor berjamaah

Bersurai

TAHUN 3730-800800-900900-10001000-10301030 - 11301130 - 12301230 - 100100-130100-200

Taklimat dan pembahagian kumpulanTayangan videoLDK 1

Niat solat jemaah dan bacaan pendek dalam solat LAFAZ TAKBIRATUL IHRAM/RUKUK/SUJUD/IKTIDAL/ANTARA DUA SUJUD & SALAM.

(rekodkan bacaan murid)REHAT- Minum PagiLDK 2

Perkara yang membatalkan wudhuk & amali wudhuk

(rekodkan bacaan murid)LDK 3

Surah-surah pendek membaca dan menghafaz surah Al-Masad, An-Nasr, Al-Kafirun & Al-Kauthar.

(rekodkan bacaan murid)LDK 4

Perkara yang membatalkan solat Bacaan panjang dalam solat DOA IFTITAH,TAHIYYAT AWAL & AKHIR, DOA QUNUT REHAT- Makan TengahariPerasmian Penutup oleh Guru Besar

Solat Zohor berjamaah

Bersurai

Kem Bestari Solat 2

TAHUN 4730-800800-900900-10001000-10301030 - 11301230 - 100100-130100-200

Taklimat dan pembahagian kumpulanTayangan videoLDK 1

REHAT- Minum PagiLDK 2

LDK 4

REHAT- Makan TengahariPerasmian Penutup oleh Guru Besar

Solat Zohor berjamaah

Bersurai

TAHUN 5730-800800-900900-10001000-10301030 - 11301130 - 12301230 - 100100-130100-200

Taklimat dan pembahagian kumpulanLDK 1

Azan, Iqamah, Jawab serta doaLDK 2Solat berjemaah Teori dan Amali REHAT- Minum PagiLDK 3Bacaan dalam solat serta pengertiannya doa iftitah, doa qunut, tahiyyat serta surah al-fatihah

(rekodkan bacaan murid)LDK 4Hafazan surah

(al-Bayyinah, al-Qadr, al-Alaq)

(rekodkan bacaan murid)LDK 5Amali wudhuk dan tayamum

(rekodkan perlakuan murid)REHAT- Makan TengahariPerasmian Penutup oleh Guru Besar

Solat Zohor berjamaah

Bersurai

TAHUN 6730-800800-900900-10001000-10301030 - 11301130 - 12301230 - 100100-130100-200

Taklimat dan pembahagian kumpulanLDK 1

Tahiiyat awal & Akhir/Doa QunutLDK 2Solat Jenazah Video dan praktikalREHAT- Minum PagiLDK 3

Amali Imam dan makmum (rekodkan bacaan murid)LDK 4Hafazan surah

(Al-Tiin, al-Syarh, Ad-Dhuha)

(rekodkan bacaan murid)LDK 5Wirid dan doa selepas solat

(rekodkan perlakuan murid)REHAT- Makan TengahariPerasmian Penutup oleh Guru Besar

Solat Zohor berjamaah

Bersurai

11.JAWATANKUASA INDUK KEM BESTARI SOLAT PERINGKAT SEKOLAHPENASIHAT

En. Nadzri bin IsmailPENGERUSI

Pn. Rosita binti Md JaliPenolong Kanan Kurikulum

En. Helmi bin JohariPenolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Samsudin bin SaidPenolong Kanan KokurikulumEn. Mohd Dasuki bin PominPenolong Kanan Pendidikan KhasKETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

En. Noor Iman bin IsmailPENYELARAS j-QAF

Pn. Noor Rislah binti Samsuddin SETIAUSAHA

Pn. Zazanilah bt IsmailBENDAHARI

Pn. Zamirah bt Jubri AJK

Pn. Kenanga binti KadirPn. Hjh. Zainab binti Hj. Hasan

Pn. Siti Syuhada binti Kamali

Pn. Siti Norhidayah bt Muji

Pn. Farhatul Najihah bt Zainal Abidin

12.JAWATANKUASA PELAKSANA KEM BESTARI SOLAT PERINGKAT SEKOLAHPenasihat: En. Nadzri bin IsmailPengerusi: En. Samsudin bin Said

Setiausaha : Pn. Noor Rislah binti Samsuddin

Bendahari : Pn. Zamirah bt Jubri Jawatankuasa kecil :

1. Fasilitator : semua GPI / j-QAF

2. Dokumentasi Pn. Noor Rislah binti SamsuddinPn. Zazanilah bt Ismail3. Buku Program

Pn. Kenanga binti Kadir

Pn Jawiah bt JuyahirPn Suzlina bt OthmanPn. Hamidah bt Hamid4. Makanan dan Minuman Murid Jamuan Guru :

Pn. Zazanilah bt Ismail

Pn Rohaya bt Effandi

Pn Hjh Norhasimah bt IsmailPn Uma Devi a/p PonnusamyPn Suraya bt Hussain

Pn Suria bt Hussin

Pn Norzalilah bt Abdullah

Pn Noor Asikin bt Mungis5. Urusetia :

Pn. Hjh. Zainab bt Hasan

Pn. Sharmila Hanim bt ZainalPn Rozita bt Dahalan

6. Jurugambar : Pn. Norhidayah binti MujiEn. Shahnaz bin Saidu

Pn. Siti Fauziah binti Ismail

Pn. Maisarah bt Ayub7. Sijil

En. Noor Iman bin Ismail

Cik Siti Hidayu bt Ludin

8. DisiplinPn. Zamirah bt Jubri

Pn Badariah bt Abu Bakar

Pn Farahneza bt Zainal AbidinEn. Ezaruddin 9. Fasilitator

Pn. Noor Rislah bt Samsuddin

Pn. Zazanilah bt Ismail

Pn. Zamirah binti Jubri

Pn. Norhidayah binti Muji

Pn. Kenanga binti Kadir

Pn. Siti Shuhada binti Kamali

Pn. Zainab binti Hasan

En. Noor Iman bin Ismail

En. Samsudin bin Said

En. Helmi bin Johari

Bantuan Fasilitator Murid Turus Tahun 4 Bestari

Bantuan Fasilitator Murid Turus Tahun 5 Bestari

Bantuan Fasilitator Murid Turus Tahun 6 Bestari

10. Teknikal dan Peralatan

En. Samsudin bin Said

En. Helmi bin Johari

En Sokhipol Akmam Sentat11. Persiapan TempatEn. Kamal Arifin bin SalehPn Nurul Aida bt IbrahimEn Ahmad KamalEn Subarmaniam a/l Nallaysami 13.STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASULBILTARIKHLANGKAH KERJATINDAKAN / PERINCIAN

1Mesyuarat bersamaPanitia Pendidikan Islam

2Perbincangan bersama Guru Besar

3Perbincangan dengan Kantin Sekolah

4Taklimat bersama guru-guru SKBJ

5Program Sambutan Maulidur Rasul

14.PENILAIAN DAN REFLEKSI 1. Menentukan tahap kebolehan murid dalam berwuduk

2. Merekodkan tahap pencapaian murid dalam bacaan

3. Mencatat tahap pencapaian murid bacaan dan amali

4. Pelajar yang gagal menguasai kemahiran wuduk dan bacaan akan diambil tindakan susulan

5. Merekod tahap pencapaian murid dalam solat berjemaah

6. Mencatat tahap pemahaman murid dalam mengenalpasti kedudukan iman dan makmum dalam solat berjemaah, makmum musfik dan makmum masbuk.

7. Menghantar laporan pelaksanaan Kem Bestari Solat ke Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor

15.PENUTUP

Kewujudan Program Kem Bestari Solat adalah dialu-alukan dan perlu diadakan oleh pihak sekolah bagi memastikan hasrat murni kejayaan program j-QAF tercapai. Bagi mencapai hasrat murni ini, kerjasama dan hubungan erat pihak sekolah dan ibu bapa amat penting. Justeru itu, perlaksanaan Kem Bestari Solat memerlukan komitmen yang tinggi dari semua pihak. Adalah diharapkan murid-murid yang melalui kem ini akan mendapat faedah yang besar. Mudah-mudahan ia menambah rasa tanggungjawab dalam melaksanakan perintah Allah SWT.

Di sediakan oleh :

--------------------------------------------

(PN. NOOR RISLAH BINTI SAMSUDDIN)

Penyelaras Sambutan Maulidur Raul 1435H,

Peringkat Sekolah 2014,

SK Bestari Jaya,

Bestari Jaya,

Selangor Darul Ehsan.

Suasana Program Kem Bestari Solat 2

LAMPIRAN

Lampiran

Kertas Kerja Program

Fotografi