Dokumentasi Litar Siri Dan Selari

42
PENGENALAN Subjek Proses dan Kaedah Reka Bentuk (RBT 3162) merupakan salah satu mata pelajaran wajib yang perlu saya ikuti pada semester 8. Subjek ini memberikan penekanan kepada pengenalan prinsip dan pembangunan produk, reka bentuk industri, reka bentuk pembuatan dan pentaksiran berasaskan projek. Dalam subjek Proses dan Kaedah Reka Bentuk ini, saya perlu menghasilkan satu produk yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu bahan bantu mengajar (BBM), perabot dan alat permainan. Untuk itu, saya telah memilih kategori bahan bantu mengajar (BBM) iaitu produk yang berkaitan dengan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah supaya dapat membantu mewujudkan pengajaran yang lebih berkesan dan menarik minat murid. 1

description

Projek Inovasi

Transcript of Dokumentasi Litar Siri Dan Selari

PENGENALANSubjek Proses dan Kaedah Reka Bentuk (RBT 3162) merupakan salah satu mata pelajaran wajib yang perlu saya ikuti pada semester 8. Subjek ini memberikan penekanan kepada pengenalan prinsip dan pembangunan produk, reka bentuk industri, reka bentuk pembuatan dan pentaksiran berasaskan projek. Dalam subjek Proses dan Kaedah Reka Bentuk ini, saya perlu menghasilkan satu produk yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu bahan bantu mengajar (BBM), perabot dan alat permainan. Untuk itu, saya telah memilih kategori bahan bantu mengajar (BBM) iaitu produk yang berkaitan dengan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah supaya dapat membantu mewujudkan pengajaran yang lebih berkesan dan menarik minat murid.Dalam menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) ini saya telah mengambil kira faktor-faktor yang boleh mempengaruhi penghasilan bahan bantu mengajar (BBM) saya ini. Terdapat tujuh faktor yang mempengaruhi reka bentuk teknologi yang perlu diambil kira:

i-Fungsi-Produk yang dihasilkan hendaklah berfungsi dengan baik dan memenuhi kehendak penggunaii-Rupa Bentuk-Produk yang mempunyai konsep dan rupa menarik, stabil dan praktikal ketika menggunakannyaiii-Kesesuaian Bahan-Bahan-bahan yang terlibat dalam proses penghasilan sesuatu produk hendaklah menggunakan bahan yang mudah didapati dan mudah dipasang sesuai dengan kos yang perlu dibayariv-Ketahanan-Produk yang dihasilkan hendaklah mempunyai kualiti yang baik. - Sesuatu produk itu hendaklah: Kukuh Jika digunakan diluar mesti tahan cuaca dan serangan serangga Tidak mudah rosak

v-Kos Produk - Setiap prduk yang dihasilkan hendaklah berpatutan dengan kos pembuatan dan mampu dibeli dan dimiliki oleh pengguna.vi-Keselamatan-Produk yang dihasilkan hendaklah tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna dan kesan buruk terhadap alam sekitar.vii-Nilai Komersial-Memenuhi cita rasa masa kini dan mampu dipasarkan serta menepati kehendak pasaran.

MATLAMATMenghasilkan bahan bantu mangajar (BBM) yang dapat memberi manfaat kepada murid dan juga pihak sekolah. Bahan bantu mengajar (BBM) yang saya hasilkan adalah untuk membantu meningkatkan mutu pembelajaran murid. Bahan bantu mengajar (BBM) yang saya hasilkan berfokus pada tajuk elektrik iaitu litar siri dan litar selari.Selain itu juga dengan terhasilnya bahan bantu mengajar (BBM) ini dapat menarik minat murid dalam PdP dalam tajuk litar siri dan selari.Di samping itu juga dengan penghasilan bahan bantu mengajar (BBM) dapat menigkatkan daya inovasi saya serta rakan sejawat saya dalam menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) yang berkesan dalam meningkatkan mutu pembelajaran murid di sekolah.

OBJEKTIFDengan terhasilnya bahan bantu mengajar (BBM) litar siri dan selari ini saya berharap agar objektif tercapai. Antara objektif dalam menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) ini ialah: Dapat menyelesaikan masalah murid dalam kekeliruan membezakan antara litar siri dan selari. Menarik minat murid dalam mempelajari tajuk elektrik ni khususnya dalam tajuk litar siri dan selari. Dapat memupuk daya kreativiti guru dalam menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) yang berkesan dan baik. Mempelbagaikan kemahiran guru dalam menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) Guru dapat menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) LITAR SIRI DAN SELARI

1.0 PENGENALANTercetusnya idea untuk menghasilkan BBM Litar Siri Dan Selari ini adalah ekoran daripada kekeliruan murid dalam membezakan antara litar siri dan selari dengan betul. Mereka ini menghadapi kesukaran dalam membezakan litar siri dan selari dan kebanyakan mereka beranggapan litar selari adalah litar yang mempunyai satu haluan sahaja manakala litar siri pula litar itu mempunyai banyak siri atau banyak haluan. Lantas dari situ saya menghasilkan ABM Litar Siri Dan Selari bertujuan untuk mengatasi kekeliruan murid dalam membezakan litar siri dan selari. ABM Litar Siri Dan Selari ini berfungsi dengan menunjukkan kosep aliran arus elektrik dalam litar siri dan litar selari. Konsep aliran arus elektrik ditunjukkan dengan aliran air yang mengalir dalam tiub plastik yang disusun sepertimana seperti litar siri dan selari yang sebenar. Penggunaan air yang mengalir dalam tiub adalah idea utama dalam penghasilan ABM Litar Siri Dan Selari ini. Penggunaan air dalam litar siri dan selari adalah bertujuan untuk melihat konsep aliran arus elektrik mengalir. Ini kerana dalam litar elektrik yang sebenar murid tidak nampak aliran arus elektrik. Jadi penggunaan air dalam litar siri dan selari ini akan menjadikan murid lebih faham akan konsep aliran itu kerana mereka dapat melihat sendiri bagaimana aliran air itu mengalir dalam litar siri dan selari.

Selain itu juga, ABM Litar Siri Dan Selari ini sebenarnya mempunyai dua ciri istimewa iaitu saya menggabungkan sekali kaedah penggunaan air ini dengan litar siri dan selari yang sebenar. Litar siri dan selari yang sebenar ini adalah litar elektrik yang lengkap. Litar siri dan selari ini berfungsi sepenuhnya sepertimana litar siri dan selari yang sebenar.

Gabungan antara penggunaan air dalam menerangkan konsep aliran arus elektrik mengalir dalam litar siri dan selari ini dan litar elektrik siri dan litar selari yang sebenar akan menjadikan ABM Litar Siri Dan Selari ini produktif dan efisyen serta dapat memberikan kefahaman yang lebih konkrit dalam murid membezakan antara litar siri dan selari. ABM Litar Siri Dan Selari ini juga mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu penggunaan alat kawalan jauh untuk mengerakkan air. Alat kawalan jauh ini berfungsi untuk menggerakkan air dalam tiub plastik bagi menunujukkan aliran air.

Untuk menggerakkan air dalam tiub saya menggunakan pistol belon buih. Pistol belon buih ini saya hanya menggunakan motor dan pam sahaja.

Motor dan pam pistol air ini saya sambungkan dengan litar elektronik kereta kawalan jauh. Jadi dengan sambungan motor pam air dengan litar elektronik kereta kawalan jauh membolehkan air mengalir dengan alat kawalan jauh.

LANGKAH-LANGKAH DALAM PENGHASILAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)LITAR SIRI DAN LITAR SELARI

1.0 LANGKAH PENGHASILAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) LITAR SIRI DAN SELARI

1.1 MENGENAL PASTI MASALAHSebelum penghasilan bahan bantu mengajar (BBM) litar siri dan litar selari ini saya telah mengenal pasti beberapa masalah yang wujud. Masalah yang telah dikenal pasti menyebabkan terhasilnya bahan bantu mengajar (BBM) litar siri dan litar selari ini. Antara masalah yang saya telah kenal pasti ialah: Tiada bahan bantu mengajar yang sesuai. Bahan bantu mengajar yang kurang efektif dan tidak menarik. Murid tidak menunjuk minat dalam sesi PdP. Bahan bantu mengajar yang sedia ada tidak menarik minat murid. Bahan bantu mengajar sukar difahami oleh murid

1.2PENCETUSAN IDEADalam pencetusan idea, saya telah memikirkan beberapa idea untuk mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah: Menghasilkan satu bahan bantu mengajar yang sesuai dengan murid Menghasilkan satu bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat murid dalam tajuk litar siri dan selari. Menghasilkan satu bahan bantu mengajar (BBM) yang dapat meransang murid dalam tajuk litar siri dan selari. Menghasilkan satu bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik, efektif dan berkesan. Menghasilkan bantu bantu mengajar (BBM) yang mampu memberikan kefahaman murid dengan mudh dalam tajuk litar siri dan selari.

1.3LAKARAN PROJEK BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) LITAR SIRI DAN SELARIDalam merealisasikan lagi bahan bantu mengajar (BBM) litar siri dan selari ini, saya telah melakarkan beberapa lakaran bahan bantu mengajar (BBM) litar siri dan selari ini. Saya telah memilih satu lakaran yang terbaik untuk saya membuat langkah seterusnya.

1

1.4MERANCANG PEMBINAAN PROJEKBULANJANFEBMACAPRIL

CATATAN AKTIVITI/JANGKA MASAM3M4M1M2M3M4M1M2M3M4M1M2M3M4

Taklimat mengenai tugasan dan pemberian tugasan

Mengenal pasti masalah dan pencetusan idea

Membuat lakaran awal projek

Memilih lakaran yang sesuai

Mengukur bahan projek untuk dipotong dan memotong

Mencantum projek

Membuat pendawaian dan ujian produk

Membuat kemasan

Pembentangan projek yang disiapkan

Menyiapkan pendokumentasian/folio

1.5JADUAL KERJA PROJEK

LANGKAHAKTIVITI/TINDAKANTEMPOHPENGLIBATAN/ TANGGUNGJAWABTARIKH

1Menghadiri kelas dan mendengar taklimat tugasan.Minggu 1Pelajar , pensyarah pembimbing17.1.2015

2Membuat perancangan dan mengumpul maklumat.1 MingguPelajar18.1.2015

3Menyediakan draf gambaran projek.2 MingguPelajar23.1.20156.2.2015

4Menyediakan bahan dan alatan menghasilkan projek.1 MingguPelajar8.2.2015

5Membina projek dan membuat kemasan projek4 MingguPelajar22.2.201526.3.2015

6Mendapatkan bahan untuk menyediakan folio projek.1 MingguPelajar29.3.2015

7Membina folio projek2 MingguPelajar5.4.2015

8Menghantar projek dan folioMinggu AkhirPelajar, pensyarah17.4.2015

2.0 LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN PRODUK BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) LITAR SIRI DAN LITAR SELARI2.1 MENGUKUR DAN MENANDAUntuk proses awal dalammenghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) litar siri dan selari ialah dengan mengukur dan menanda. Dalam proses ini saya telahmengukur danmenanda dalam menentukan kedudukan litar siri dan selari serta tiub plastik yang akan digunakan.

2.2 MEMOTONG DAN MENEBUKDalam proses seterusnya saya telah memotong dan menebuk lubang untuk meletakkan litar siri dan selari serta tiub plastik pada permukaan.

2.3 MENCANTUMDalam proses ini saya telah mencantumkan komponen yang perlu diletakkan pada permukaan. Dalam proses mencantum ini saya menggunakan gam dan juga cable tight. Saya juga memateri sambungan wayar motor ke litar elektronik.

2.4 MEMBUAT KEMASAN

Setelah selesai membuat proses cantum saya membuat kemasan pada projek yang dihasilkan.

2.5 MEMASANG KOMPONEN ELETRONIK

2.6 PENGUJIAN PROJEK

Setelah selesai proses seterusnya proses pengujian projek. Saya telah menguji projek ini dan telah membuat beberapa penambahbaikan.

2.7 MEMBUAT PERBENTANGAN

3. 0 ALATAN TANGAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES PENGHASILAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) LITAR SIRI DAN LITAR SELARI

Dalam penghasilan bahan bantu mengajar (BBM) litar siri dan litar selari ini saya telah menggunakan pelbagai alatan dan bahan. Kebanyakan alatan dan bahan yang digunakan adalah kepunyaan saya sendiri.3. 1 Antara alatan yang saya gunakan ialah:

1. Sesikul L

2. Pembaris Keluli

3. Tukul

4. Pemutar skru

5. Pena Ujian

6. Alat Pemateri

3.2 Antara bahan yang digunakan1. Gam 502

2. Cable Tight

3. Wayar

4. Mentol

5. Bateri

6. Pemegang bateri

7. Pemegang mentol

8. Suis tekan

9. Tiub plastik

10. Penyambung t

11. Kepala penyambung paip akuarium

12. Gam silikon

BIL.BAHANHARGA SEUNITKUANTITIHARGA(RM)

1.Pistol buih airRM 12.002RM 24.00

2.

Kereta kawalan jauhRM 35.001RM 35.00

3.Wayar1 meter= RM2.502 MeterRM 5.00

4.Mentol1 biji= RM0.304 bijiRM 1..20

5.Pemegang mentol1 bekas=RM0.304 bekasRM 1.20

6.

Bateri 3A1biji= RM 1.509 bijiRM 13.50

7.Pemegang bateri

RM 0.303RM 0.90

8.Gam 502RM 3.201RM 3.20

9.Gam silikonRM 8.901RM 8.90

JUMLAHRM 92.90

4.0 KOS PROJEK

5.0 RUJUKANBAHAN INTERNET1. http://alam-tekno.blogspot.com/2010/11/litar-siri-litar-selari.html2. http://marinamuda65.blogspot.com/p/rph.html3. http://zaharinorlin.blogspot.com/2011/12/pengenalan-reka-bentuk-dan-teknologi.html