Dokumentasi _SKTU Perjumpaan Waris Tahun 6 Kali Pertama 2012

4
Perjumpaan Waris Tahun 6 Kali Pertama 2012 Tarikh : 28 Februari 2012 Masa : 11.00 pagi Tempat : Dewan Terbuka (Blok E) Kehadiran Waris : 181 / 205 (88.29%) 1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis - Tuan Haji Abd. Rahim selaku pengerusi majlis mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran para waris dan guru-guru. - Perjumpaan diadakan adalah merupakan salah satu program bagi meningkatkan pencapaian murid-murid Tahun 6 dalam UPSR 2012 ini. 2. Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hishamuddin bin Azidin 3. Taklimat Program Peningkatan UPSR 2012 oleh Tuan Haji Anuar bin Husin - Guru Besar mengucapkan salam kepada para hadirin serta mengalu-alukan kehadiran mereka. - Beliau memanjatkan kesyukuran di atas kehadiran para waris kerana dapat memenuhi salah satu program sekolah demi pencapaian anak-anak dalam UPSR tahun ini. - Kehadiran para waris sebagai lonjakan peningkatan demi anak-anak dan dapat memberI suntikan semangat kepada pihak sekolah terutamanya para guru Tahun 6. - Guru Besar menghuraikan tentang keputusan pencapaian UPSR 2011 yang terdapat pada Lampiran muka surat 11 dalam Buku Program. - Beliau juga menjelaskan Analisis Pencapaian bagi setiap mata pelajaran UPSR. - Beliau memaklumkan iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Uda berada dalam ‘Top 5’ bagi pencapaian peringkat negeri. - Sasaran untuk tahun ini (2012) adalah seramai 70 orang mendapat 5 A. - Kebanyakan murid yang bermasalah adalah kerana tidak membuat kerja rumah. - Terdapat dua (2) elemen yang penting iaitu guru sebagai elemen pertama dan elemen kedua ialah murid. Namun para waris juga perlu memainkan peranan untuk kebaikan dan kecemerlangan anak-anak. - Murid perlu mengikut adunan guru demi kecemerlangan mereka. - Para waris diminta supaya tidak bergantung sangat kepada soalan- soalan bocor apabila menjelang peperiksaan UPSR kerana ini boleh mengelirukan anak-anak. - Guru besar meminta para waris merujuk Lampiran m/s 10 tentang kutipan sumbangan ibu bapa dan beliau merayu agar para waris dapat memutuskan

description

cxxxxcxxczxczczxx

Transcript of Dokumentasi _SKTU Perjumpaan Waris Tahun 6 Kali Pertama 2012

Page 1: Dokumentasi _SKTU Perjumpaan Waris Tahun 6 Kali Pertama 2012

Perjumpaan Waris Tahun 6 Kali Pertama 2012

Tarikh : 28 Februari 2012Masa : 11.00 pagiTempat : Dewan Terbuka (Blok E)Kehadiran Waris : 181 / 205 (88.29%)

1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis- Tuan Haji Abd. Rahim selaku pengerusi majlis mengucapkan salam dan mengalu-

alukan kehadiran para waris dan guru-guru.- Perjumpaan diadakan adalah merupakan salah satu program bagi meningkatkan

pencapaian murid-murid Tahun 6 dalam UPSR 2012 ini.

2. Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hishamuddin bin Azidin3. Taklimat Program Peningkatan UPSR 2012 oleh Tuan Haji Anuar bin Husin

- Guru Besar mengucapkan salam kepada para hadirin serta mengalu-alukan kehadiran mereka.

- Beliau memanjatkan kesyukuran di atas kehadiran para waris kerana dapat memenuhi salah satu program sekolah demi pencapaian anak-anak dalam UPSR tahun ini.

- Kehadiran para waris sebagai lonjakan peningkatan demi anak-anak dan dapat memberI suntikan semangat kepada pihak sekolah terutamanya para guru Tahun 6.

- Guru Besar menghuraikan tentang keputusan pencapaian UPSR 2011 yang terdapat pada Lampiran muka surat 11 dalam Buku Program.

- Beliau juga menjelaskan Analisis Pencapaian bagi setiap mata pelajaran UPSR.- Beliau memaklumkan iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Uda berada dalam ‘Top 5’

bagi pencapaian peringkat negeri.- Sasaran untuk tahun ini (2012) adalah seramai 70 orang mendapat 5 A.- Kebanyakan murid yang bermasalah adalah kerana tidak membuat kerja rumah.- Terdapat dua (2) elemen yang penting iaitu guru sebagai elemen pertama dan

elemen kedua ialah murid. Namun para waris juga perlu memainkan peranan untuk kebaikan dan kecemerlangan anak-anak.

- Murid perlu mengikut adunan guru demi kecemerlangan mereka.- Para waris diminta supaya tidak bergantung sangat kepada soalan-soalan bocor

apabila menjelang peperiksaan UPSR kerana ini boleh mengelirukan anak-anak.- Guru besar meminta para waris merujuk Lampiran m/s 10 tentang kutipan

sumbangan ibu bapa dan beliau merayu agar para waris dapat memutuskan sumbangan kutipan bagi tahun ini sebagai perbelanjaan Program Peningkatan UPSR.

- Sekiranya murid menunjukkan peningkatan dalam dua (2) peperiksaan, mereka akan duduk di dalam kelas yang sesuai dengan pencapaian mereka. Begitu juga dalam Kelas Tambahan nanti, mereka akan dikelaskan mengikut pencapaian mereka.

- Akhir sekali, harapan Guru Besar agar para waris dapat memberi kerjasama jika ada pihak sekolah melaksanakan program-program yang dirancang. Para waris dialu-alukan memberi sumbangan idea atau sokongan dalam melaksanakan program-program tersebut seperti yang terdapat dalam lampiran muka surat 8.

Page 2: Dokumentasi _SKTU Perjumpaan Waris Tahun 6 Kali Pertama 2012

- Pengerusi Majlis meminta para waris member cadangan untuk menetapkan jumlah sumbangan bagi setiap murid.Cadangan Pertama = RM 200Cadangan Kedua = RM 150Cadangan Ketiga = RM 250Keputusan yang dipersetujui ramai ialah sebanyak RM 200 seorang.

- Pengerusi memaklumkan bayaran boleh dibuat secara beransur-ansur kepada guru kelas anak masing-masing.

4. Taklimat Program Tambahan yang disampaikan oleh seorang waris Tahun 6 Amal, Encik Shukri bin Syukur.- Beliau mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran waris-waris- Beliau memberi penjelasan tentang program yang akan beliau kendalikan yang

berunsur dakwah iaitu menggunakan air yang dibaca oleh para hafiz Al-Quran dan bacaan sebanyak 30 Juzuk Al-Quran dalam tempoh satu jam.

- Program ini akan diadakan pada 08 Mac 2012 di masjid.- Beliau akan mengedarkan surat pekeliling ke sekolah-sekolah bagi tujuan

tersebut setelah mendapat persetujuan daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri.

5. Taklimat Pengurusan Peperiksaan UPSR 2012 ( Oleh Puan Zahara binti Mohd Sehat).- Beliau mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran para waris.- Beliau melaporkan senario perjalanan UPSR 2012.- Calon UPSR 2012 adalah seramai 205 orang, 86 orang murid perempuan dan 119

orang murid lelaki.- Sekiranya ada pertukaran sekolah selepas 15 Mei 2012, calon tersebut akan kekal

menggunakan angka giliran sekolah ini (SKTU). Ini adalah arahan terkini daripada LPM tahun 2012.

- Ujian PAFA dan PEKA Sains (1 Feb 2012 – 30 Julai 2012). Waris perlu prihatinkan anak-anak supaya sentiasa bersedia.

- Gambar calon akan diambil di sekolah menggunakan khidmat jurufoto dengan kadar bayaran RM 6.00 untuk empat (4) keping gambar.

- Waris diminta memberi perhatian tentang tarikh-tarikh peperiksaan yang akan dijalankan seperti dalam Lampiran m/s 7.

- Teguran tentang sikap segelintir pelajar yang tidak ambil peduli tentang kepentingan surat-surat / jadual peperiksaan yang perlu disampaikan kepada waris.

- Beliau memohon agar para waris bersama-sama berusaha seiring jalan dengan para guru untuk mencapai kejayaan seperti yang dirancang oleh pihak sekolah.

6. Sesi Soal-Jawab

Page 3: Dokumentasi _SKTU Perjumpaan Waris Tahun 6 Kali Pertama 2012

- Tuan Haji Abd Rahim menjelaskan serba sedikit tentang subjek Bahasa Melayu. Penekanan kepada subjek Penulisan, murid-murid perlu memahami kehendak soalan.

- Puan Zahara menerangkan sedikit teknik latihan mengira cepat yang boleh dilakukan oleh waris setiap hari. Beliau juga menekankan kemahiran sifir dan memohon kerjasama waris memastikan anak-anak mereka bijak sifir.

- Seorang waris memohon penjelasan tentang Program Waja Emas. Guru Besar memberi penjelasan iaitu murid-murid dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan dan ‘digerak-gerakkan’ mengikut kebolehan murid selepas setiap ujian dijalankan (dalam kumpulan murid yang kecil sahaja yang terlibat).

Perjumpaan ditangguhkan pada jam 1.15 petang.

Disediakan Oleh :

………………………………………………(PN. WAHIYUNAH BINTI MOHD YUSOFF)