dokumentasi sukan

download dokumentasi sukan

of 4

description

sukan

Transcript of dokumentasi sukan

SMK PUTERIJAYA, JALAN PASAR PUDU, 55100, KUALA LUMPUR

DOKUMENTASIKLINIK 1 MURID 1 SUKAN 201214 JANUARI 2012

DISEDIAKAN OLEH:NOORILYANA ISMAILAMUTHA RAKWAN

SMK PUTERIJAYA, JALAN PASAR PUDU, 55100, KUALA LUMPURKLINIK 1 MURID 1 SUKAN 2012.

1.0 PENGENALAN

Perlaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan menyertai sekurang-kurangnya satu sukan (1M1S) mula dilaksanakan mulai tahun 2011. Dasar 1 Murid 1 Sukan ini merupakan usaha KPM dalam menggalakkan penglibatan menyeluruh (mass participation) murid dalam sekurang-kurangnya satu sukan di sekolah khususnya bagi murid-murid yang kurang atau tidak aktif dalam sukan agar melahirkan pelajar yang sihat dari segi fizikal dan mental.

2.0 TUJUAN

Tujuan program ini dilaksanakan untuk menerapkan konsep 1 Murid 1 Sukan di sekolah dalam melahirkan murid dan pemimpin murid yang mempunyai ilmu kesukanan dan keseronokan bermain bagi melahirkan modal insan yang holistic kea rah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

3.0 MATLAMAT

3.1 Membina satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan menjalankan aktiviti di sekolah.3.2 Melalui rangsangan/ tugasan murid dapat3.2.1 Membantu menubuh dan menguruskan aktiviti kelab

4.0 OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan.4.2 Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif di kalangan murid dan guru.4.3 Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan.4.4 Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan.4.5 Meningkatkan kesedaran guru dan murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.

5.0 PESERTA

5.1Murid tingkatan dua dan tingkatan empat dari setiap kelab dan permainan.5.2Semua guru SMK Puterijaya

6.0 KEWANGAN

BilPerkaraJumlah

1Makan dan minum pesertaRM8.00x100 orangRM800.00

2Alatan Sukan- Bola Getah(RM10.00 x 5 biji)RM50.00

3Catatan bahan dokumentasiRM50.00

4Sijil penyertaanRM100.00

JUMLAHRM1000.00

7.0 JADUALMasaAktivitiPelaksana

7.30-8.30 pagiPendaftaran

8.00-8.30 pagiNyanyian lagu 1 murid 1 sukan, taklimat, pembahagian kumpulanPn. Hafizah Hamzah

8.30-10.00 pagiPengenalan memanaskan badanCik Sharifah Ismail

10.00-12.30 pagiAktiviti Lima Sukan Hoki Bola jarring Badminton Takraw Bola sepak

Pn. Hanizah HamzahCik Norazrin ZakariaEn. Lee Wee ChuanEn Putra( Fasilitator Jemputan)Cik Noor Ilyana Ismail

12.00-12.30 pagiMicro TeachingQM

8.0 AKTIVITI DAN PERJALANAN PROGRAM7.30-8.00 pagi: Pendaftaran

Semua peserta berkumpul di Anjung Puteri untuk sesi pendaftaran.

8.00-8.30 pagi: Nyanyian 1 Murid 1 Sukan

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan berkumpul di Dataran Puteri mengikut kumpulan masing-masing. Klinik dimulakan dengan nyanyian 1 Murid 1 Sukan, diikuti dengan ucapan perasmian daripada Pn. Hjh Norizan Bt Muhd Akhir, Pengetua Cemerlang SMK Puterijaya. Sebelum sesi pemanasan badan, Pn. Hanizah Hamzah, selaku penyelaras Klinik telah memberi sedikit taklimat berkenaan Klinik 1 Murid 1 Sukan.

8.30-10.00 pagi: Pengenalan memanaskan badan

Sesi pemanasan dimulakan dengan fasilitator dan QM diselangkan dengan permainan kecil.

10.00-12.00tgh: Aktiviti lima sukan

Sukan-sukan dibahagikan kepada lima, iaitu hoki, bola jaring, badminton, takraw dan bola sepak. Peserta dipecahkan daripada kumpulan kepada aktiviti lima sukan di mana beberapa peserta kumpulan akan menyertai aktiviti setiap aktiviti dan peserta kemudian akan kembali ke kumpulan masing-masing untuk menerangkan kepada ahli kumpulan masing-masing. Peserta kemudiannya akan mengikut stesen yang disediakan untuk mengambil bahagian dalam kelima-lima sukan.

Semua aktiviti berjalan dengan lancar.

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

9.1Dicadangkan untuk mengambil fasilitator yang lebih berpengalaman untuk mrngetuai aktiviti setiap sukan.9.2Dicadangkan semua murid sekolah mengambil bahagian dalam semua aktiviti.