Dol Said Pahlawan Naning

11
BAB 7 : Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa 7.2 - Dol Said Pahlawan Naning Dihasilkan oleh : - Intan Azureen Binti Hamran - Nur Ramizah Binti Roszman - Nurul Ain Aqilah Binti Azmansah - Zulaikha Binti Zulkifli Kelas : 2 Bestari

Transcript of Dol Said Pahlawan Naning

Page 1: Dol Said Pahlawan Naning

BAB 7 : Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa

7.2 - Dol Said Pahlawan Naning

Dihasilkan oleh :- Intan Azureen Binti Hamran- Nur Ramizah Binti Roszman

- Nurul Ain Aqilah Binti Azmansah- Zulaikha Binti Zulkifli

Kelas : 2 Bestari

Page 2: Dol Said Pahlawan Naning

L A T A R B E L A K A N G

-Daerah Naning terletak antara Rembau dengan Melaka - Penghulu naning ialah Dato’ Naning Abdul Said yang dikenali sebagai Dol Said- Pusat pentadbiran terletak di Taboh- Naning mempunyai hasil keluaran seperti padi, buah-buahan, sirih dan bijih timah- 1831 Dol Said telah bangkit menentang British

Page 3: Dol Said Pahlawan Naning

FAKTOR PENENTANGAN DOL SAID DI NANING

Mempertahankan

kemerdekaan Naning

Menentang

bayaran cukai

Menentang

pelaksanaan

undang-undang British

Page 4: Dol Said Pahlawan Naning

Mempertahankan kemerdekaan Naning

- 1824 British dan Belanda menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda

- Dalam perjanjian itu Melaka diserahkan kepada British

- British mendakwa Naning sebahagian daripada Melaka

- British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan Melaka

- Dakwaan British tidak dapat diterima oleh Penghulu Dol Said dan rakyat Naning

Page 5: Dol Said Pahlawan Naning

Menentang bayaran cukai- Melalui Undang-Undang 1830

British memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil keluaran pertanian

- Arahan dibuat selepas British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan

Page 6: Dol Said Pahlawan Naning

Menentang pelaksanaan undang – undang British- British memperkenalkan Peraturan

Penghulu yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said

- Peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes-kes jenayah

- 1828, Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning

- Dol Said diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan British

Page 7: Dol Said Pahlawan Naning

15 Julai 1831

Mac 1832

Peristiwa

penentangan

Page 8: Dol Said Pahlawan Naning

15 Julai 1831- British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka

- British menghantar seramai 150 orang Sepoi yang diketuai Kapten Wyllie untuk menyerangnya

- British berjaya ditewaskan- Dol Said berjaya kerana menggunakan taktik perang

gerila dan mendapat bantuan daripada Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar

- Turut membantu ialah Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau yang menghantar pasukan bantuan diketuai menantunya Syed Sha’aban

- British sedar Naning sukar dikalahkan- British meminta bantuan Yamtuan Muda Raja Ali dari

Rembau dan beliau bersetuju menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning

Page 9: Dol Said Pahlawan Naning

Mac 1832- Kolonel Herbert mengetuai pasukan

tentera menyerang Naning- British berkubu di Alor Gajah untuk

melancarkan serangan kedua ke atas Naning

- Pakatan British dan Rembau berjaya mengalahkan Naning

- Pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh ditawan dan rumah penduduk Naning dibakar

- Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British

Page 10: Dol Said Pahlawan Naning

Kesan penentangan

British berjaya menyatukan Naning dengan Melaka

Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka

British kerugian sebanyak 100 000 paun sterling

Walaupun orang Naning gagal dalam perang tetapi berjaya menghidupkan semangat juang di kalangan bangsa

Melayu

Page 11: Dol Said Pahlawan Naning

Dol Said dalam kenangan…..