Dominant 7 Chord

3
1. Pengenalan Terdapat 5 jenis kord ketujuh yang biasa digunakan di dalam muzik iaitu kord dominan ketujuh (dominant seventh), kord dominan ketujuh harmonik (harmonic seventh chord), kord major dan minor ketujuh (major and minor seventh chords), kord separuh diminished ketujuh (half–diminished seventh chord), dan kord diminished ketujuh (diminished seventh chord). Dominan Ketujuh adalah antara kord yang sering dipraktikkan di dalam permainan muzik. Kord Dominan Ketujuh terhasil apabila major triad dan minor ketujuh digabungkan. Secara khususnya, not not dalam kord dominan ketujuh adalah disusun dalam susunan 1 – 3 – (5) – b7 ( 5 dikurungkan kerana ia biasanya tidak dimainkan dan ia boleh di syap dan di fletkan tanpa merosakkan atau mengubah fungsi kord). Kord dominan ketujuh adalah datakrifkan sebagai kord yang tidak stabil dan menginginkan resolusi. Sebab utama ketidakstabilan kord dominan ketujuh ini adalah kerana diminished kelima diantara 3 dan b7, yang mencari resolusi major atau minor ketiga. Resolusi yang paling berkesan adalah untuk memajor atau meminorkan triad yang rootnya adalah 5 th bawah. 1

description

dominant 7th

Transcript of Dominant 7 Chord

1. Pengenalan

Terdapat 5 jenis kord ketujuh yang biasa digunakan di dalam muzik iaitu kord dominan ketujuh (dominant seventh), kord dominan ketujuh harmonik (harmonic seventh chord), kord major dan minor ketujuh (major and minor seventh chords), kord separuh diminished ketujuh (halfdiminished seventh chord), dan kord diminished ketujuh (diminished seventh chord). Dominan Ketujuh adalah antara kord yang sering dipraktikkan di dalam permainan muzik. Kord Dominan Ketujuh terhasil apabila major triad dan minor ketujuh digabungkan.

Secara khususnya, not not dalam kord dominan ketujuh adalah disusun dalam susunan 1 3 (5) b7 ( 5 dikurungkan kerana ia biasanya tidak dimainkan dan ia boleh di syap dan di fletkan tanpa merosakkan atau mengubah fungsi kord).

Kord dominan ketujuh adalah datakrifkan sebagai kord yang tidak stabil dan menginginkan resolusi. Sebab utama ketidakstabilan kord dominan ketujuh ini adalah kerana diminished kelima diantara 3 dan b7, yang mencari resolusi major atau minor ketiga. Resolusi yang paling berkesan adalah untuk memajor atau meminorkan triad yang rootnya adalah 5th bawah.

Kord dominan ketujuh biasanya digunakan sebagai secondary dominant dimana ia digunakan sebagai kord kromatik yang bergerak menjadi kord diatonic tanpa mengganggu harmoni.

Ketika zaman muzik klasikal, kord dominan ketujuh ditambah dalam penghasilan muzik untuk menambahkan unsur bunyi ketegangan. Ini adalah kerana kecenderungan kord tersebut untuk diresolusikan menjadi kord tonic. Oleh itu ia digunakan untuk memperkukuhkan lagi tanda nada sesuatu hasil karya muzik tersebut. Not ketujuh turut mempunyai kecenderungan untuk diresolusikan kepada not 3 daripada kord tonik (menurun kebawah satu semiton). Kecenderungan ini telah dijadikan salah satu peraturan harmoni yang telah wujud sejak daripada zaman muzik klasikal dahulu lagi. Tetapi pada masa kini, peraturan ini tetap masih dipraktikkan lagi namun hanya ketika ianya diperlukan sahaja.

Oleh kerana kord dominan ketujuh mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk diikuti oleh kord tonic, ia boleh digunakan dalam perubahan key ataupun dalam nama yang lain modulation. Untuk modulasi yang mudah kepada key yang baru, kord dominan ketujuh daripada key yang baharu ditambah kedalam pergerakan kord diikuti dengan kord tonic key yang baharu. Secara khususnya, dominan ketujuh di dalam key C adalah G7, oleh itu apa-apa dominan ketujuh akan menghasilkan key yang baharu, major atau minor.

Himpunan Kord Dominan KetujuhSusunan kord dominan ketujuh yang telah saya himpunkan terdiri daripada: Major skel (syap) Minor harmonik skel (syap) Major skel (flat) Minor harmonic (flat)

RumusanKord dominan ketujuh merupakan sebahagian daripada kord-kord ketujuh yang mempunyai keistimewaan bunyi dan ciri-ciri nya yang tersendiri. Kord-kord ini amat penting dalam pengolahan muzik dan permainan muzik. Oleh itu, penguasaan kefahaman di dalam topik ini adalah amat penting kepada mana-mana pelajar muzik. Kefahaman ini haruslah diperolehi satu persatu dengan kajian dan pendengaran yang peka. Ini adalah kerana, sesetiap perkara itu memerlukan masa dan usaha untuk difahami.

1