Download (1078Kb)
Transcript of Download (1078Kb)
PENGGUNAAN AKTIVITI KEMAHIRAN BELAJAR5 DOMAIN DALAM KALANGAN BAKAL KAUNSELOR UPSI
MD NOOR BIN SAPERAB AZIZ BIN MOHD YATIM
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELINGFAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
I S(�_ [/- (-
_,t'- � -_""
PERPUSTAKAAN UPSI
Nombor Perolehan J.\F;-;l-:: .?-:�.'2 .
T arlkh Perole·han ,�·:I,i�,.J,� ,�."."" ..
Punca .. .r:: X'. Y ".,', , .
Harga j-()/l O!.c,\) "',,
B 'j
'
k
.:..
; i .�.
I angan Nas ah '.7: .
Nombor Panggllan .
UNlVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2007
PENGHARGAAN
Pasukan penyelidikan ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepadaJawatankuasa Penyelidikan Universiti yang telah memberi kebenaran dan peruntukanuntuk menjalankan penyelidikan ini. Selain dari itu, pasukan penyelidikan juga inginmerakamkan terima kasih kepada Pengarah dan StafPusat Penyelidikan dan Perundinganyang telah memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan projek ini. Tidak
dilupakan juga kepada Dekan dan Staf Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusiayang telah banyak memberi kerjasama dan sokongan diucapkan terima kasih.
ABSTRAK
Kemahiran belajar 5 domain merupakan satu pendekatan kemahiran belajar berdasarkanpengalaman penulis sebagai kaunselor di sekolah. Kajian ini bertujuan melihat persepsipelajar terhadap modul kemahiran belajar 5 domain, mengenalpasti pendekatanpelaksanaan modul ini dalam kalangan bakal kaunselor UPS! yang berpraktikum di
samping meninjau kekuatan dan kelemahan modul berkenaan setelah diaplikasikankepada pelajar. Fasa satu melibatkan pendekatan kuantitatif menggunakan soalselidikuntuk melihat persepsi pelajar yang telah melalui bengkel Kemahiran Belajar 5 Domain.Seramai 90 orang pelajar daripada 3 buah sekolah telah dipilih sebagai responden. Fasakedua menggunakan pendekatan kualitatif di mana seramai 6 orang bakal kaunselor UPS!
yang berpraktikum telah dipilih sebagai responden. Data telah dikumpul melaluitemubual dan dianalisis menggunakan perisian N-Vivo 2.0. Dapatan kajian kuantitatif
mendapati peratusan persepsi pelajar terhadap modul kemahiran belajar 5 domain adalah
positif. Ini boleh dilihat dengan kadar peratusan mencapai tahap tinggi yakni melebihi 80peratus. Modul ini menyeronokan, membantu memudahkan ingatan di sampingmenggalakan belajar lebih kreatif. Dapatan kajian kualitatif menunjukan peserta kajianmemahami dengan mendalam konsep kemahiran belajar 5 domain dan mengetahuistrategi untuk memberikan kefahaman penggunaan modul ini kepada para pelajar.Dapatan juga menunjukan kandungan modul ini tersusun dan sistematik, sesuai
digunakan oleh pelajar pada semua tahap sarna ada tahap sekolah rendah, menengah dan
pengajian tinggi di samping membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar.
Jadual
Jadual3.1
Jadual4.1
SENARAI JADUAL
Cronbach Alpha Inventori Kemahiran Belajar 5 Domain
Analisis Peratusan Persepsi Pelajar Terhadap ModulKemahiran 5 Domain
Mukasurat
29
33
vi
KANDUNGAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
SENARAI JADUAL
KANDUNGAN
Halaman
i
11
III
IV
BABI PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian 1
1.2 Permasalahan Kajian 4
1.3 Objektif Kajian 7
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Kesignifikan Kajian 8
1.6 Batasan Kajian 9
1.7 Definisi Pembolehubah
1.7.1 Penggunaan Kemahiran Belajar 9
1.7.2 Modul Kemahiran Belajar 5 Domain 9
1.7.3 Bakal Kaunselor 12
1.8 Kerangka Teori
1.8.1 Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner 13
1.8.2 Model Stail Belajar Kolb 16
1.8.3 Teori Pengajaran dan Pembelajaran 16
BAB2 TINJAUAN LITERATUR
2.1
2.2
Kajian Dalam Negara
Kajian Luar Negara
18
22
vii
BAB3 METODOLOGIKAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.3 Reka bentuk Kajian 28
3.4 Populasi dan Responden 28
3.5 Kajian Rintis 29
3.6 Alat Kajian 29
3.7 Pengumpulan Data 31
3.8 Penganalisisan Data 31
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 32
4.2 Persepsi Pelajar Terhadap Modul Kemahiran Belajar 5 Domain 33
4.3 Penggunaan Kemahiran Belajar 5 Domain Dalam Kalangan Bakal
Kaunselor UPSI 34
4.4 Kekuatan Dan Kelemahan Kemahiran Belajar 5 Domain Bakal
Kaunselor UPSI 37
4.5 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Kemahiran BelajarOleh Bakal Kaunselor UPSI 39
BAB 5 PERBINCANGAN DAN PENUTUP
5.1 Pengenalan 44
5.2 Perbincangan
5.2.1 Persepsi Pelajar Terhadap Modul Kemahiran Belajar5 Domain 45
5.2.2 Penggunaan Kemahiran Belajar 5 Domain Dalam Kalangan 45
Pelajar UPSI
viii
5.2.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Kemahiran
Belajar Oleh Bakal Kaunselor UPSI 46
5.2.4 Kekuatan Dan Kelemahan Kemahiran Belajar 5 Domain 47
5.2 Implikasi Kajian 49
5.3 Penutup 50
RUJUKAN
LAMPIRAN
BAD 1
PENGENALAN
1.1 Latar belakang
Kajian Hewitt (1997) menunjukan bahawa faktor-faktor yang menjadi punca
kegagalan pelajar dan ketidakupayaan untuk mencapai skor yang baik adalah kerana
mereka mempunyai masalah dalam kaedah pembelajaran mereka. Dunn dan Dunn
(1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih
cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka
mempunyai teknik belajar yang berkesan. lni menunjukan kemahiran belajar
mempunyai korelasi terhadap pencapaian akademik seseorang.
Menurut Abdul Razak Habib (2002) kemahiran belajar merujuk kepada gaya
pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh
pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu. Gaya pembelajaran merupakan
satu bentuk gaya belajar yang diaplikasikan oleh para pelajar sebagai salah satu
2
altematifuntuk memudahkan mereka memahami sesuatu pelajaran. Justeru itu, adalah
penting bagi pelajar mengetahui kemahiran-kemahiran belajar yang betul bagi
menjamin kejayaan mereka dalam setiap mata pelajaran.
Teknik dan gaya pembelajaran merupakan antara aspek penting kepada pelajar
untuk memudahkan mereka memahami sesuatu pelajaran. Pencapaian pelajar
kebanyakannya dikaitkan dengan usaha dan kaedah pembelajaran yang berkesan. lni
bermakna, pelajar yang mempunyai kebolehan yang sederhana boleh meningkatkan
pencapaiannya melalui teknik belajar yang berkesan dan praktikal.
Berhubung dengan perkara di atas, untuk menyediakan pelajar yang
mempunyai pengetahuan tentang kemahiran belajar ini kaunselor merupakan antara
warga pendidik yang memainkan peranan untuk memberikan pendedahan dan
kemahiran kepada para pelajar. lni sejajar dengan objektif Bimbingan dan Kaunseling
di sekolah di mana peranan kaunselor bukan sahaja untuk memberi perkhidmatan
kaunseling malah merangka dan melaksanakan pelbagai program sokongan,
termasuklah berkaitan dengan kemahiran belajar ini.
Objektif am program B&K adalah seperti berikut:
1. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek
perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang, kemudahan
dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi
pelajar.
2. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada
terlibat dalam perbuatan salah laku, tidak berdisiplin, penggunaan
dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan
haram dan tingkah laku anti sosial yang lain.
3
3. Memberi khidmat bersifat pemulihan (remedial) dengan tujuan
mengorientasikan semula pelajar bermasalah peribadi, pelajaran,
kerjaya dan sosial supaya mereka mampu menghadapi dan mengatasi
masalah mereka .
4. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar yang
memerlukannya.
(Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan B&K di Sekolah Menengah, 1993)
Pelaksanaan terhadap tanggungjawab kaunselor ini memberi penekanan
kepada lima bidang utama dalam Sukatan Pelajaran B&K Sekolah Rendah /
Menengah dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kauseling, iaitu bidang:
a. Akademik
b. Kerjaya
c. Psikososial dan Kesejahteraan Mental
d. Keibubapaan
e. Masalah Pelajar
(Sumber: Petikan Buku Rekod Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003)
Hal ini jelas menunjukan antara pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab
kaunselor termasuklah bidang akademik di mana antara input yang akan diberikan
kepada para pelajar meliputi aspek kemahiran belajar.
Dengan ini bakal kaunselor perlu diberikan persiapan bukan sahaja aspek
pengetahuan tetapi juga aspek kemahiran pelaksanaan terhadap semua bidang di atas
termasuklah bidang akademik. Mereka perlu juga diberi pendedahan terhadap pelbagai
kaedah dan pendekatan kemahiran belajar yang praktikal untuk disesuaikan dengan
4
sasaran pelajar di sekolah. Kajian Kemahiran Belajar 5 Domain ini merupakan antara
salah satu pendekatan kemahiran belajar yang boleh dipraktikkan di sekolah. Justeru
itu kajian berkaitan penggunaan dan pemahaman para pelajar yang mengikuti kursus
kemahiran belajar 5 domain ini adalah wajar dilakukan untuk melihat sejauhmana
keupayaan bakal kaunselor menguasainya di samping untuk melihat kekuatan dan
kelemahan kandungan modul Kemahiran Belaj ar 5 Domain ini.
1.2 Permasalahan Kajian
Rata-rata pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan menyatakan antara rahsia
kejayaan mereka termasuk mempunyai perancangan dan kemahiran belajar yang
sistematik. Bermula di dalam kelas yang formal di kelas sehinggalah ketika mereka
mengulangkaji pelajaran di rumah, mereka mempunyai pendekatan dan kemahiran
belajar yang berkesan.
Kajian yang telah dijalankan oleh Gall M.D. dan rakan-rakan (1990),
menyatakan kemahiran belajar boleh meningkatkan pencapaian akademik pelajar di
sekolah. Perkara ini disokong dengan kajian dan pendapat pengkaji yang lain seperti:
a. Entwistle (1960) menyatakan bahawa pencapaian pelajar bertambah baik
dengan adanya kursus-kursus kemahiran belajar.
b. Shay (1972) dalam Md Yusuf (1992), menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang
mempunyai kemahiran belajar dan sikap yang baik akan mencapai gred yang
baik.
c. Kirschembaum dan Peril (1983) dalam Md Yusuf (1992) menyatakan bahawa
kemahiran belajar seperti pengurusan diri dan teknik belajar akan memberi
kesan terhadap pembelajaran seseorang pelajar.
5
d. Zimmerman dan Pang (1986) dalam Md Yusuf (1992) menyatakan bahawa
penggunaan kemahiran belajar yang sistematik adalah faktor yang boleh
menyebabkan seseorang itu mencapai kejayaan dalam pelajaran mereka.
Menurut Chibnal (1987), belajar merupakan satu proses untuk
mengembangkan pembelajaran, mempelajari soalan-soalan tertentu, membuat
persediaan di samping melukis gambar rajah, peta, graf seterusnya untuk lulus dengan
cemerlang di dalam peperiksaan. Dengan ini adalah mustahak untuk mengetahui
kaedah belajar yang tepat bagi mendapat markah yang baik di dalam peperiksaan.
Kajian yang dilakukan oleh Abd Razak Habib (2000) berkaitan gaya
pembelajaran pelajar cemerlang di universiti menunjukan bahawa pelajar yang
cemerlang mempunyai motivasi dalaman yang tinggi di samping strategi pembelajaran
yang baik. Daripada pemyataan berkenaan menunjukan kemahiran belajar yang
disertai dengan motivasi yang tinggi terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar
dalam pelajaran. Para pelajar perlu ditanamkan kesedaran agar mereka dapat
menguasai teknik belajar yang berkesan supaya dapat memperolehi gred yang
cemerlang, khasnya kepada mereka yang mempunyai pencapaian yang rendah.
lni menunjukan aspek kemahiran belajar mempunyai pengaruh yang besar
terhadap pencapaian pelajar. Namun demikian sejauhmanakah bakal kaunselor yang
akan berkhidmat di sekolah mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk
memberikan pendedahan kepada para pelajar ? Menurut Suradi Salim (1992), terdapat
isu perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dikatakan kurang berperanan
meningkatkan prestasi akademik pelajar. lni dikaitkan dengan dengan masalah
kewangan, kaunselor yang kurang latihan, kurangnya kerjasama di samping kurangnya
kemudahan yang diberikan. Sidek Mohd Noah (1996) dalam kajiannya tentang status
dan keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah
6
menunjukkan peratus yang pemah menerima perkhidmatan kaunseling adalah rendah
iaitu sebanyak 32.4 peratus yang lebih cenderung kepada melayan orang bermasalah
dan kurang kepada perkhidmatan perkembangan dan pencegahan, termasuklah
mengadakan program kemahiran belajar. Justeru kajian terhadap keupayaan kaunselor
sekolah dalam memberikan perkhidmatan perkembangan dan pencegahan adalah
perlu.
Jeffrey Barsch (1990), gaya pembelajaran tertumpu kepada tiga bentuk iaitu
gaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik. Dunn dan Dunn (1978) menyatakan
gaya pembelajaran melibatkan kombinasi ciri biologi dan pengalaman seseorang. Di
dalam hal berkenaan pengkaji telah mengenengahkan satu pendekatan kemahiran
belajar yang melibatkan ciri biologikal dan psikologikal seseorang iaitu Kemahiran
Belajar 5 Domain. Pada pandangan pengkaji, proses pembelajaran yang aktif dan
berkesan perlu melibatkan semua pancaindera yang melibatkan beberapa domain
utama iaitu domain audio, domain visual, domain kognitif, domain afektif dan domain
psikomotor.
Perkara yang penting dalam proses pembelajaran ialah untuk mendapat
maklumat, memproses dan seterusnya disimpan sebagai ingatan. Ingatan adalah satu
perkara penting untuk para pelajar bagi mengeluarkan maklumat itu semula dalam
peperiksaan. Ahli psikologi telah banyak membuat banyak kajian dan cerapan
bagaimana manusia itu mengingati sesuatu. Kajian ahli psikologi menunjukkan
manusia mempunyai daya ingatan yang berbeza bagi maklumat dalam bidang yang
berlainan. Dalam perkataan lain, manusia mempunyai kekuatan ingatan yang berlainan
terhadap wajah dan fakta sains.
Satu lagi cerapan ahli psikologi ialah kita mengingat dengan memilih apa yang
kita mahu ingat. Ianya melibatkan emosi keinginan ingin tahu yang tinggi berdasarkan
7
perasaannya. Perkara ini mungkin disebabkan oleh naluri inginkan pengetahuan
ataupun sebagai satu keperluan lain berasaskan matlamat yang ingin dicapai seperti
untuk lulus peperiksaan atau seumpamanya. Berasaskan fakta di atas rnenunjukan
proses pembelajaran melibatkan pancaindera sarna ada otak sebagai agen kognitif,
aspek perasaan dan sebagainya.
Justeru, diharapkan kajian ini dapat melihat satu pendekatan yang konkrit dan
praktikal berkaitan kemahiran belajar yang boleh membantu para pelajar rneningkatkan
prestasi akadernik di samping rnelihat sejauhmanakah kaunselor dapat rnenguasai
penggunaan kernahiran belaj ar ini di dalam perkhidmatan rnereka.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk:
1. Melihat persepsi pelajar terhadap modul kemahiran belajar 5 domain
2. Mengenalpasti pendekatan penggunaan kemahiran belajar 5 domain
dalam kalangan bakal kaunselor UPSI
3. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan
kemahiran belajar yang dilakukan oleh bakal kaunselor UPSI
4. Meninjau kekuatan dan kelemahan kernahiran belajar 5 domain setelah
diaplikasikan kepada pelajar
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini cuba meninjau sejauhmanakah penggunaan kemahiran belajar 5 Domain
dalam kalangan bakal kaunselor UPSI. Antara yang menjadi persoalan kajian ini ialah:
8
1. Apakah persepsi pelajar terhadap modul kemahiran belajar 5 domain?
2. Bagaimanakah pendekatan pelaksanaan modul kemahiran belajar 5
domain dalarn kalangan bakal kaunselor UPSI?
3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan kemahiran
belajar yang dilakukan oleh bakal kaunselor UPSI?
4. Apakah kekuatan dan ke1emahan kemahiran belajar 5 domain setelah
diaplikasikan kepada pelaj ar ?
1.5 Signifikan Kajian
Meskipun banyak kajian yang telah dibuat berkaitan kemahiran belajar, satu
pendekatan yang benar-benar praktikal perlu untuk diketengahkan. Ini disebabkan
perbezaan individu berkait dengan variasi gaya pembelajaran mereka. Perbezaan
individu ini juga menggarnbarkan perbezaan corak dan strategi pembelajaran yang
diarnalkan seterusnya akan menentukan kecenderungan dan minat belajar seseorang.
Meskipun setiap individu itu berbeza, diharapkan perbezaan ini tidak dijadikan alasan
untuk mereka memperolehi kejayaan yang cemerlang. Diharapkan kemahiran belajar 5
domain ini akan membantu setiap pelaj ar sarna ada berpencapaian tinggi atau rendah
untuk menguasai pengetahuan.
Di sarnping itu juga, memang tidak dapat dinafikan banyak kajian-kajian lepas
yang memperlihatkan pelbagai bentuk gaya pembelajaran termasuklah gaya
pembelajaran auditori, gaya pembelajaran visual di sarnping gaya pembelajaran
kinestetik. Diharapkan melalui modul ini, ia dapat menjadi satu penarnbahbaikan gaya
dan pendekatan kemahiran belajar yang sedia ada dalarn konteks tempatan bersesuaian
dengan perkembangan dan persekitaran diri seseorang pelajar.
9
Kajian ini juga sedikit sebanyak dapat membantu para kaunselor khususnya di
sekolah. lni disebabkan antara bidang utama profesion kaunselor adalah untuk
membantu meningkatkan pencapaian akademik para pelajar.
1.6 Batasan Kajian
Kajian ini hanya dijalankan kepada beberapa orang bakal kaunselor (kaunselor
pelatih) UPSl yang sedang berpraktikum di beberapa sekolah di sekitar negeri
Selangor sahaja dan tidak meliputi semua bakal kaunselor UPSl yang lain. Manakala
pelajar sekolah menengah yang telah mengikuti program Kemahiran Belajar 5 Domain
di sekolah tempat kaunselor pelatih berpraktikum akan menjadi subjek bagi peringkat
kedua kajian. Mereka akan menjawab soal selidik berkaitan dengan keberkesanan
program Kemahiran Belajar 5 Domain yang telah mereka ikuti.
1.7 Definisi Pembolehubah
1.7.1 Penggunaan Kemahiran Belajar
Penggunaan Kemahiran Belajar dalam kajian ini merujuk kepada pendekatan
kaunselor dalam membimbing dan memberi kefahaman terhadap cara belajar
menggunakan modul lima domain. Terdapat pelbagai teori dan pendekatan yang
diketengahkan oleh pakar pendidikan dalam menjelaskan teknik belajar bertujuan
pemperosesan maklumat yang diperolehi dari guru. la juga berkait dengan peranan
minda memproses maklumat di samping persediaan psikologikal pelajar dalam proses
pembelajaran. Moore (1993), merujuk stail minda sebagai aktiviti menyusun,
menerima serta memahami, merakam, mengingat dan menaakul. Kesemua aktiviti ini
akan menjadikan pembelajaran lebih berkesan.
10
Kajian ini juga merujuk perkara yang mempengaruhi pendekatan mereka
menggunakan model kemahiran belajar yang meliputi maklurnat berkaitan teknik
belajar, bahan bacaan di samping pendedahan yang telah mereka lalui secara langsung
melalui kursus-kursus ataupun pengalarnan secara tidak langsung.
1.7.2 Modul Kemahiran Belajar 5 Domain
Dalarn kajian ini Modul Kemahiran Belajar 5 Domaian merupakan modul yang dibina
oleh pengkaji berasaskan proses pembelajaran yang melibatkan pancaindera sarna ada
otak sebagai agen kognitif, aspek perasaan dan sebagainya. Pengkaji merasakan,
proses pembelajaran yang aktif dan berkesan perlu melibatkan semua pancaindera
yang melibatkan beberapa domain utarna iaitu domain audio, domain visual, domain
kognitif, domain afektif dan domain psikomotor di mana penulis narnakan sebagai
kemahiran belajar 5 domain. Kesemua domain perlu dilibatkan dalarn proses
pembelajaran khasnya untuk tujuan meningkatkan ingatan para pelajar. Domain
berkenaan meliputi :
a. Domain Audio
Domain audio adalah yang menggunakan pancaindera pendengaran untuk mendengar
maklurnat yang diperolehi. Dalarn proses pembelajaran secara asasnya semua pelajar
akan menggunakan domain ini. Sarna ada berkesan atau tidak pendengaran ini adalah
bergantung kepada domain-domain yang lain. Sepanjang pembelajaran para pelajar
sarna ada domain ini digunakan sepenuhnya adalah sukar untuk ditentukan. lni
disebabkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kebanyakan para pelajar tidak
dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kerana gangguan persekitaran yang ada. Ini
11
menunjukan proses pembelajaran tidak boleh hanya bergantung kepada domain audio
sahaja.
b. Domain Visual
Domain visual menggunakan pancaindera penglihatan. Apa sahaja aktiviti visual akan
membawa kepada kefahaman yang nyata. Kefahaman yang nyata bermaksud
bukannya yang berbentuk khayalan atau imaginasi. Apa yang dilihat adalah sangat
penting. Perkara yang menjadi persoalan ialah kenapa dengan hanya menggunakan
domain visual, pelajar masih tidak dapat menguasai dan memberi tumpuan terhadap
apa yang diajar? lni menunjukan kepentingan keterlibatan domain yang lain yang
boleh mengukuhkan terhadap proses mendapat maklumat.
c. Domain Kognitif
Ahli psikologi kognitif berpendapat, pembelajaran adalah proses mental yang aktif
untuk mendapat ilmu, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu (Ramlah dan
Mahani, 2002). lanya akan melibatkan proses aktif minda untuk memperolehi
pengetahuan dan mendorong seseorang untuk belajar. Di dalam proses pembelajaran,
domain kognitif sepatutnya dilibatkan secara aktif. Namun demikian, para pelajar
biasanya agak sukar untuk dilibatkan secara maksima. Ia akan menjadi sukar
sekiranya pengajaran dan pengajaran yang dijalankan hanya bersifat sehala.
d. Domain Afektif
Domain afektif w1'llah melibatkan perasaan, nilai yang dipegang, sensitiviti dan
persepsi individu. Bagi kebanyakan pelajar ada yang mempersepsikan sesetengah
matapelajaran adalah susah dan sukar. lni akan menjadikan motivasi dan keinginan
mereka untuk belajar akan semakin menurun. Justeru itu, domain afektif bagi
12
mewujudkan sesi pembelajaran sebagai senang dan menyeronokan akan banyak
membantu pelajar untuk minat belajar. Dengan demikian, pendekatan kemahiran
belajar 5 domain cuba diketengahkan oleh penulis bagi menarik minat pelajar untuk
belajar.
e. Domain Psikomotor
Domain psikomotor melibatkan pergerakan tubuh atau apa sahaja pergerakan aktiviti
dalam bentuk tingkahlaku. Menurut Selmes (1987), latihan dalam mengaplikasikan
strategi belajar adalah perlu. Pembelajaran yang melibatkan pergerakan dan aktiviti
akan menimbulkan keseronokan seterusnya meningkatkan keupayaan untuk
mengingat sesuatu maklumat. Pendekatan belajar yang melibatkan perbincangan
dengan rakan, melibatkan aktiviti, menyelesai masalah dan seumpamanya sebenarnya
melibatkan domain psikomotor.
1.7.3 Bakal Kaunselor
Bakal kaunselor yang dimaksudkan dalam kajian ini merupakan pelajar Bimbingan
dan Kaunseling yang menjalani praktikum pada semester akhir di tahun akhir
pengajian selama 14 minggu. Mereka akan menjalani latihan sebagai kaunselor
sekolah yang berperanan secara profesional menjalankan aktiviti rawatan melalui
kaunseling individu dan kelompok di samping terlibat dengan aktiviti pencegahan dan
perkembangan para pelajar di sekolah. Mereka akan merancang dan menjalankan
program-program yang berkaitan perkembangan pelajar mengikut kehendak sekolah
termasuklah program kemahiran belajar.
1.8 Kerangka Teori
1.8.1 Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner
13
Rentetan dari usaha untuk memahami dan mengimplementasi modul, kajian ini
bersandarkan kepada teori yang dikemukakan oleh Howard Gadner iaitu "Gardner's
Multiple Intelligences Theory". Teori yang berkait dengan kepelbagaian kecerdasan
ini boleh dijadikan sandaran selari dengan tuntutan teori ini yang mementingkan
penyesuaian guru terhadap strategi instruksional dalam usaha untuk memenuhi
keperluan pelajar. Oleh demikian, dari konteks kajian ini ianya dilihat kebolehan
penyesuaian pelajar untuk menyesuaikan diri dengan apa yang perlu dipenuhi oleh
mereka sendiri untuk memperolehi maklumat dan pembelajaran.
Terdapat lapan jenis kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner. Kecerdasan
pertama adalah kecerdasan bahasa atau linguistik yang melibatkan keupayaan
menguasai bahasa. Individu yang memiliki kecerdasan ini cenderung untuk berfikir
dalarn bentuk perkataan (yakni melisankan apa yang difikirkan) serta berupaya
membentuk kemahiran audio. Individu ini juga boleh memberikan perhatian yang
sepenuhnya dari aspek tatabahasa serta perbendaharaan kata dan tidak ketinggalan
berkeupayaan untuk menggunakan sesuatu perkataan secara jelas.
Kecerdasan muzik boleh dilihat dari satu medium yang sarna dengan
kecerdasan bahasa. Melalui muzik, individu berupaya menyalurkan perasaan dan
emosi dari segi menjiwai, mengetahui dan memahami perasaan. Kecerdasan ini
mempunyai nilai tara yang tinggi kerana ianya boleh disebatikan dengan pelbagai
kecedasan yang lain. Aspek kecerdasan ketiga adalah berkait dengan kecerdasan
logik-matematik yang mengandungi keupayaan untuk mengenalpasti corak, penakulan
secara deduktif serta berfikir secara logik. Umpamanya, kanak-kanak bermula dengan
meneroka kecerdasan ini dengan mula menyusun objek yang dipelajari secara realiti
dan kemudian beralih dengan melakukan perkiraan dalam otak mereka secara
14
manipulatif. Keadaan ini secara beransur-ansur mula membawa ke arah pembentukkan
kemahiran rantaian penakulan yang berpanjangan.
Dalam merealisasikan keupayaan untuk memanipulasi dan menbentuk imej
imej mental bagi menyelesaikan sesuatu masalah, individu didorong dengan
kecerdasan ruang.
Individu sedemikian dapat menanggap keadaan visual sekeliling secara tepat, boleh
membuat transformasi dan modifikasi terhadap persepsi awal serta boleh mencipta
semula persepsi-persepsi awal walaupun tiada rangsangan secara nyata yang
diberikan. Dengan erti kata lain, kecerdaan ruang ini adalah keupayaan persepsi secara
visual.
Bagi kecerdasan badan-kinestetik, individu mempunyai keupayaan untuk
memahami dunia sekeliling secara ekpresif dengan tubuh badan. Penggunaan
kemahiran motor kasar dan motor halus dapat dikawal sepenuhnya oleh individu dan
gabungan kriteria ini dapat menjurus ke arah pengawalan objek secara tepat. Ini sudah
tentu membawa impak yang besar pada tindakan dan juga keupayaan yang dinarnik.
Selain itu, Gardner turut menjelaskan tentang kecerdasan interpersonal di mana
individu turut memiliki keupayaan untuk memahami, menanggap dan mendiskriminasi
antara mood, perasaan, motivasi serta kecerdasan-kecerdasan lain yang dimiliki oleh
manusia. Berbeza dengan kecerdasan intrapersonal, ia lebih berkait dengan aspek
dalam kendiri idividu yang lebih dicirikan dengan keupayaan untuk memahami diri
dan kemampuan diri. Kedua-dua aspek kecerdasan dapat dipupuk dan diperteguh
dengan rangsangan dari sumber-sumber yang bersesuaian, umpamanya sumber
dalaman yang lebih bersifat pemberian makna seperti aspek kesabaran dan pujian, dan
melalui kerja berkumpulan bagi pemupukan kecerdasan interpersonal.
15
Kecerdasan lain yang boleh diperolehi dari pemerhatian dan pengalaman
adalah kecerdasan 'environmental or naturalist'. Ia melibatkan keupayaan untuk
memahami simbol semulajadi untuk meneliti keseimbangan bagi meneruskan
kehidupan. Pendedahan secara semuladi terhadap persekitaran secara semulajadi
membolehkan pelajar memperolehi manfaat dengan mengalami pembelajaran secara
'hands-on' .
Ringkasnya, penjelasan kelapan-lapan aspek kecerdasan oleh Gardner
membolehkan individu mendasari semula komponen utama yang dicerminkan oleh
pelajar dengan kepelbagaian cara dan corak belajar yang berbeza oleh mereka.
Menurut Silver, Strong dan Perini (1997), gaya belajar adalah merupakan keperbezaan
cara individu berfikir dan belajar, fokus kepada bagaimana individu 'rnenyerap'
maklumat, pemikiran dan seterusnya membuat penilaian terhadap hasil yang
diperolehi.
Intipatinya, gaya belajar yang berbeza ini, jika dilihat dari pangkalnya adalah
berteraskan tunjang kecerdasan yang sama. Apa yang membezakan adalah
penggunaan kecerdasan tersebut dengan kepelbagaian dominasi tertentu mengikut
keselesaan seseorang individu. Atas dasar ini, pengkaji merasakan satu bentuk
penyepaduan modul perlu diketengahkan dalam usaha untuk membantu pelajar
melengkapkan diri dengan kemahiran belajar yang bersesuaian dan efektif. Sudah
pastinya penyepaduan lapan aspek kecerdasan sebagaimana yang dikemukakan oleh
Gardner diterjemahkan kepada lima aspek domain yang dirasakan perlu
digemblengkan ke arah pembentukkan modul kemahiran belajar yang bersifat pelbagai
dimensi (multidimensional).
16
1.8.2 Teori Pengajaran dan Pembelajaran
Menurut Klahr dan Wallace yang mengemukakan Teori Pemprosesan Maklumat,
kanak-kanak dilahirkan mempunyai potensi dan kebolehan untuk mengkonstruk
pelbagai maklumat sarna ada melalui pengalarnan atau interpretasi dengan
persekitaran. Teori ini juga menekankan proses aktiviti mental serta kemarnpuan otak
yang boleh mendorong perkembangan pemikiran manusia. Kebolehan memproses
maklumat adalah aktiviti mental yang penting (Abd Rahim, 1999).
Teori Pemprosesan Maklumat menyatakan ingatan sebagai faktor penting
kepada pemikiran. Selain daripada memproses maklumat, seseorang perlu mempunyai
daya ingatan yang kuat bagi menyimpan maklumat, mengingat maklumat dan
menggunakan maklumat seterusnya mengaplikasikan dalarn pelbagai situasi.
Penyimpanan pelbagai maklumat boleh berlaku sekiranya terdapat strategi dan
keberkesanan sesuatu maklumat yang diperoleh sarna ada melalui pengalarnan,
pembacaan, perbincangan dan kefaharnan. Pendekatan pembelajaran seperti latihtubi,
membaca, latihan, menyelesai masalah dan seumparnanya akan membolehkan ingatan
dan pemikiran diperkukuhkan.
Teori berkenaan menunjukan ingatan berkait rapat dengan proses menyimpan
maklumat. Pendekat latihtubi, menyelesai masalah dan seumpamanya yang
melibatkan domain psikomotor. Modul pendekatan Kemahiran Belajar 5 Domain yang
dibina oleh pengkaji merupakan antara strategi yang mengarnbilkira penggunaan
semua pancaindera bagi proses meyimpan maklumat untuk ingatanjangka panjang.
1.8.3 Model Stail Belajar Kolb
Menurut Kolb (1984) terdapat empat mod bagaimana seseorang individu
mengadaptasi sesuatu maklumat, iaitu; pengalarnan konkrit di mana individu
17
melibatkan diri sepenuhnya dengan aktiviti baru untuk memahami secara langsung;
pemerhatian reflektif iaitu memerhati dari pelbagai perspektif yang berbeza;
kopseptual abstrak iaitu mengumpul maklumat melalui konseptual dan simbolik dan
exprimentatif aktif iaitu menggunakan teori untuk membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah atau membuat pengujian untuk membuat generalisasi.
Dari mod pengalaman yang dilalui, Kolb mengenalpasti empat stail
pembelajaran iaitu:
1. Pemusat (Converger) iaitu individu yang bergantung kepada pengkonsepan
abstrak dan memprosesnya secara reflektif. Mereka memerlukan kaedah
pembelajaran yang terperinci dan susunan yang teratur dalam sesuatu aktiviti
pembelajaran.
2. Pencapah (Diverger) iaitu individu yang bergantung kepada sesuatu yang
konkrit dan memprosesnya secara reflektif, memerlukan hubungan yang rapat
dengan guru dalam sesuatu aktiviti pembelajaran
3. Pencerap (Asimilator) iaitu individu mengamati sesuatu maklumat abstrak dan
memprosesnya secara aktif memerlukan penglibatan secara terus terhadap
sesuatu penyelesaian masalah dalam sesuatu aktiviti pembelajaran
4. Penyesuai (Akomodator) iaitu individu mengamati sesuatu maklumat secara
konkrit dan memprosesnya secara aktif memerlukan penglibatan yang
memungkinkan pengambilan risiko, membuat ekperimentatif dan fleksibiliti
dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.