Download PDF - myKKPmykkp.dosh.gov.my/manual/Panduan_SHO.pdf · mykkp – panduan pengguna...

13
PORTAL MyKKP PANDUAN PENGGUNA Permohonan Pendaftaran OYK Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (SHO)

Transcript of Download PDF - myKKPmykkp.dosh.gov.my/manual/Panduan_SHO.pdf · mykkp – panduan pengguna...

Page 1: Download PDF - myKKPmykkp.dosh.gov.my/manual/Panduan_SHO.pdf · mykkp – panduan pengguna pendaftaran pegawai keselamatan dan kesihatan jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

PORTAL MyKKP

PANDUAN PENGGUNA

Permohonan Pendaftaran OYK

Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (SHO)

Page 2: Download PDF - myKKPmykkp.dosh.gov.my/manual/Panduan_SHO.pdf · mykkp – panduan pengguna pendaftaran pegawai keselamatan dan kesihatan jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN

KESIHATAN

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 2 OF 13

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN......................................................................... 3

2. PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN

KESIHATAN .................................................................................. 4

2.1 KELAYAKAN PENDAFTARAN ...........................................................4

2.2 DOKUMEN PERMOHONAN ..............................................................5 2.3 SLIP PERAKUAN PENDAFTARAN ....................................................6

2.4 TEMPOH PENDAFTARAN .................................................................6 2.5 PEMBATALAN PENDAFTARAN ........................................................6

2.6 CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN ......................................7

Page 3: Download PDF - myKKPmykkp.dosh.gov.my/manual/Panduan_SHO.pdf · mykkp – panduan pengguna pendaftaran pegawai keselamatan dan kesihatan jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN

KESIHATAN

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 3 OF 13

1. PENGENALAN

Berdasarkan kepada peruntukan undang-undang 29(3) Akta Keselamatan

dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang mana menyatakan bahawa pegawai

keselamatan dan kesihatan hendaklah di ambil kerja semata-mata bagi

maksud menjamin pematuhan wajar di tempat kerja dan penggalakkan

penjalanan selamat kerja di tempat kerja. Manakala di bawah

peruntukan undang-undang 29(4) Akta Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan 1994 yang mana menyatakan Pegawai Keselamatan dan

Kesihatan memiliki apa-apa kelayakkan atau telah menerima apa-apa

latihan yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui

pemberitahuan Warta.

Sehubungan dengan itu, Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan

(Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 telah mula dikuatkuasakan

pada 22 Ogos 1997. Peraturan ini adalah bertujuan untuk memastikan

majikan daripada kelas atau jenis industri yang dinyatakan di dalam

Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan

Dan Kesihatan) 1997 mengambil kerja seorang pegawai keselamatan dan

kesihatan bagi tujuan pengurusan hal-hal berkenaan keselamatan dan

kesihatan tempat kerja. Tugas Pegawai Keselamatan dan Kesihatan merujuk

kepada Peraturan 18 di bawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan

Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.

Di bawah Peraturan 4 Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan

(Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 menyatakan bahawa tiada

seorang pun boleh bertindak sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan

melainkan jika dia telah berdaftar dengan Ketua Pengarah. Ketua Pengarah

ialah Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Page 4: Download PDF - myKKPmykkp.dosh.gov.my/manual/Panduan_SHO.pdf · mykkp – panduan pengguna pendaftaran pegawai keselamatan dan kesihatan jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN

KESIHATAN

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 4 OF 13

2. PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN

KESIHATAN

2.1 KELAYAKAN PENDAFTARAN

Kelayakan seseorang yang ingin mendaftar sebagai pegawai keselamatan

dan kesihatan adalah berdasarkan kepada subperaturan 6(1)(a), 6(1)(b),

6(1)(c) dan 6(1)(d) Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan

(Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.

Bagi permohonan pendaftaran pegawai keselamatan dan kesihatan di bawah

subperaturan 6(1)(c), (penerangan & kaedah pendaftaran) pemohon

hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis (syor) daripada Jabatan terlebih

dahulu untuk menduduki peperiksaan pegawai keselamatan dan kesihatan di

NIOSH. Hanya pemohon yang lulus peperiksaan tersebut sahaja layak untuk

didaftarkan.

Seseorang tidak layak didaftarkan sebagai pegawai keselamatan dan

kesihatan jika pada masa permohonan pendaftaran beliau telah:

i. Disabitkan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta atau

mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta; atau

ii. Disabitkan dengan mana-mana kesalahan dan dihukum lebih

daripada satu tahun penjara atau denda lebih daripada dua ribu

ringgit; atau

iii. Telah diisytiharkan bankrap.

Page 5: Download PDF - myKKPmykkp.dosh.gov.my/manual/Panduan_SHO.pdf · mykkp – panduan pengguna pendaftaran pegawai keselamatan dan kesihatan jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN

KESIHATAN

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 5 OF 13

2.2 DOKUMEN PERMOHONAN

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan maklumat seperti berikut -

1) Gambar terkini berwarna berukuran lesen memandu;

2) Yuran pemprosesan sebanyak RM100 secara atas talian (Credit Card /

FPX) atau di kaunter JKKP Putrajaya;

3) Salinan kad pengenalan ;

4) Salinan Ijazah atau Diploma dalam bidang Keselamatan & Kesihatan

yang diiktiraf oleh jabatan atau;

5) Salinan sijil hadir kursus dan sijil lulus peperiksaan Pegawai

Keselamatan dan Kesihatan;

6) Surat pengesahan majikan terkini dan terdahulu dengan menyatakan

tempoh pengalaman atau tarikh mula terlibat dalam bidang

keselamatan dan kesihatan

7) Surat lantikan/kontrak kerja sebagai personal Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan (sepanjang tempoh penglibatan); dan

8) Senarai tugas lengkap dan diakui oleh majikan terkini dan terdahulu;

9) Profil syarikat majikan yang mengandungi maklukmat-maklumat seperti

Jenis industri, Bilangan pekerja, Kelas industri mengikut Perintah

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan

Kesihatan) 1997,dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dalam

bentuk rumusan;

10) Nombor pendaftaran kilang/tempat kerja/tapak bina dengan JKKP dan

laporan pemeriksaan kilang/tapak bina/oleh JKKP. (seperti buku log

penguatkuasaan);

11) Bukti-bukti menjalankan tugas sebagai personal keselamatan dan

kesihatan pekerjaan seperti minit mesyuarat JKK, laporan bulanan,

HIRARC, laporan audit tempat kerja dan lain-lain (Bagi sepanjang

Page 6: Download PDF - myKKPmykkp.dosh.gov.my/manual/Panduan_SHO.pdf · mykkp – panduan pengguna pendaftaran pegawai keselamatan dan kesihatan jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN

KESIHATAN

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 6 OF 13

tempoh penglibatan tuan sebagai personal keselamatan dan kesihatan

pekerjaan);

12) Salinan sijil-sijil lain yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan

/ lain-lain dokumen yang diperlukan bagi permohonan;

2.3 SLIP PERAKUAN PENDAFTARAN

Slip perakuan pendaftaran sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan

akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JKKP Malaysia kepada setiap

pemohon yang telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

2.4 TEMPOH PENDAFTARAN

Pendaftaran sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan adalah sah bagi

tempoh selama tiga (3) tahun, melainkan jika ia dibatalkan terlebih dahulu

oleh Ketua Pengarah merujuk subperaturan 13 Peraturan-peraturan

Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.

2.5 PEMBATALAN PENDAFTARAN

Ketua Pengarah JKKP boleh membatalkan pendaftaran jika didapati

seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan itu pada bila-bila masa:

a) Telah berhenti menjadi pegawai keselamatan dan kesihatan;

b) telah disabitkan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta

atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta;

c) Tidak memenuhi apa-apa kehendak yang dinyatakan di

bawah Peraturan-peraturan ini atau mana-mana perintah yang

dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen 29(4) Akta;atau

d) Telah memperoleh pendaftaran melalui salah nyataan atau

fraud.

Page 7: Download PDF - myKKPmykkp.dosh.gov.my/manual/Panduan_SHO.pdf · mykkp – panduan pengguna pendaftaran pegawai keselamatan dan kesihatan jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN

KESIHATAN

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 7 OF 13

2.6 CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN

BIL. PENERANGAN / SKRIN

Langkah 1: URL Sistem 1. Masukkan URL berikut pada alamat browser:

http://mykkp.dosh.gov.my

Langkah 2: Log Masuk MyKKP

1. Skrin Laman Utama MyKKP akan dipaparkan.

2. Klik menu Log Masuk seperti rajah dibawah.

Langkah 3: Maklumat Diri

1. Skrin Log Masuk akan dipaparkan.

2. Masukkan maklumat berikut untuk log masuk ke sistem:

Login ID

Kata Laluan

3. Klik butang Log Masuk.

Langkah 4: Laman Utama Sistem MyKKP

1. Skrin Laman Utama Sistem MyKKP akan dipaparkan

seperti dibawah.

2. Klik menu Orang Yang Kompeten untuk melihat senarai

modul.

Contoh: [email protected]

Contoh: abc@1234

Page 8: Download PDF - myKKPmykkp.dosh.gov.my/manual/Panduan_SHO.pdf · mykkp – panduan pengguna pendaftaran pegawai keselamatan dan kesihatan jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN

KESIHATAN

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 8 OF 13

BIL. PENERANGAN / SKRIN

Langkah 5: Paparan senarai modul (Bagi tajuk Keselamatan)

1. Skrin senarai modul bagi tajuk Keselamatan akan

dipaparkan seperti dibawah 2. Klik Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

Langkah 6: Laman Maklumat Am 1. Skrin bagi Maklumat Am akan dipaparkan seperti

dibawah. 2. Data Maklumat Am dipaparkan berdasarkan Profail

Pemohon.

3. Klik butang Seterusnya bagi mengisi Maklumat Majikan

Page 9: Download PDF - myKKPmykkp.dosh.gov.my/manual/Panduan_SHO.pdf · mykkp – panduan pengguna pendaftaran pegawai keselamatan dan kesihatan jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN

KESIHATAN

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 9 OF 13

BIL. PENERANGAN / SKRIN

Langkah 7: Laman Maklumat Majikan

1. Skrin bagi Maklumat Majikan akan dipaparkan seperti dibawah.

2. Data Maklumat Majikan akan terpapar sekiranya pemohon mempunyai majikan

3. Klik pada butang kemaskini majikan sekiranya ingin

mengemakini maklumat majikan.

Langkah 8: Laman Kemaskini Majikan - Carian

1. Skrin bagi Kemaskini Majikan akan dipaparkan seperti dibawah.

2. Klik pada butang carian dan kemudian memasukkan Nama

Majikan atau No.ROC 3. Sekiranya maklumat majikan tiada dalam carian, pemohon

boleh menambah baru maklumat majikan.

Page 10: Download PDF - myKKPmykkp.dosh.gov.my/manual/Panduan_SHO.pdf · mykkp – panduan pengguna pendaftaran pegawai keselamatan dan kesihatan jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN

KESIHATAN

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 10 OF 13

BIL. PENERANGAN / SKRIN

Langkah 9: Laman Kemaskini Majikan – Menambah Baru 1. Skrin bagi pemohon menambah baru maklumat majikan

akan dipaparkan seperti dibawah. 2. Klik pada butang Menambah Baru dan kemudian

memasukkan Nama Majikan atau No.ROC

3. Klik butang Seterusnya bagi mengisi Maklumat

Kelayakan Akademik

Langkah 10: Laman Kelayakan Akademik

1. Skrin bagi Maklumat Kelayakan Akademik akan dipaparkan seperti dibawah.

2. Data Maklumat Kelayakan Akademik akan diisi oleh

pemohon. 3. Klik pautan Tambah Baru / Kemaskini untuk mengisi

dan mengemaskini maklumat kelayakan akademik.

Langkah 11: Laman Kelayakan Akademik – Mengisi Maklumat

1. Skrin bagi Maklumat Kelayakan Akademik akan dipaparkan seperti dibawah.

2. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki pada skrin 3. Klik butang Tambah dan maklumat akan dipaparkan pada

Senarai Kelayakan Akademik Baru

Langkah 12: Laman Pengalaman Kerja – Mengisi Maklumat

1. Skrin bagi Maklumat Pengalaman Kerja akan dipaparkan seperti dibawah.

2. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki pada skrin 3. Klik butang Tambah dan maklumat akan dipaparkan pada

Senarai Maklumat Pengalaman Kerja

Page 11: Download PDF - myKKPmykkp.dosh.gov.my/manual/Panduan_SHO.pdf · mykkp – panduan pengguna pendaftaran pegawai keselamatan dan kesihatan jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN

KESIHATAN

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 11 OF 13

BIL. PENERANGAN / SKRIN

Langkah 13: Laman Kursus Kelayakan – Mengisi Maklumat

1. Skrin bagi Maklumat Kursus Kelayakan akan dipaparkan

seperti dibawah. 2. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki pada skrin 3. Klik butang Tambah dan maklumat akan dipaparkan pada

Senarai Kursus Kelayakan

Langkah 14: Laman Maklumat Perubatan – Mengisi Maklumat

1. Skrin bagi Maklumat Perubatan akan dipaparkan seperti dibawah.

2. Isikan No.Pendaftaran OHD dan Nama OHD akan terpapar.

3. Klik untuk muat naik dokumen sokongan bagi maklumat perubatan

4. Klik butang Seterusnya setelah memuat naik dokumen

Page 12: Download PDF - myKKPmykkp.dosh.gov.my/manual/Panduan_SHO.pdf · mykkp – panduan pengguna pendaftaran pegawai keselamatan dan kesihatan jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN

KESIHATAN

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 12 OF 13

BIL. PENERANGAN / SKRIN

Langkah 15: Laman Dokumen Sokongan – Memuat Naik Dokumen

1. Skrin bagi Maklumat Dokumen Sokongan akan dipaparkan seperti dibawah.

2. Klik pada Jenis dokumen untuk memuat naik dokumen sokongan.

3. Lampiran dokumen No 2, 3, 9 & 11 adalah tidak wajib dan

No 10 adalah melalui Pos atau muatnaik

Langkah 16: Laman Maklumat Perakuan – Mengisi Maklumat Perakuan

1. Skrin bagi Maklumat Perakuan akan dipaparkan seperti dibawah

2. Klik pada kotak perakuan dan isikan jawatan pemohon.

3. Klik butang Hantar & Membuat Pembayaran

Langkah 17: Skrin Permohonan Berjaya

1. Skrin bagi Permohonan Berjaya akan dipaparkan setelah butang Hantar ditekan.

Page 13: Download PDF - myKKPmykkp.dosh.gov.my/manual/Panduan_SHO.pdf · mykkp – panduan pengguna pendaftaran pegawai keselamatan dan kesihatan jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN

KESIHATAN

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 13 OF 13