dpn siap.docx

20
Pengenalan Masyarakat Majmuk Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu. Masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua- dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu’. Manakala menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah. Melalui penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya masyarakat majmuk dalam satu unit politik. Orang Melayu merupakan penduduk asal tanah Melayu. Kedatangan imigran dari Negara China dan India memenuhi keperluan ekonomi menyebabkan pembentukan tiga kaum utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India. Kelompok-kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung

Transcript of dpn siap.docx

Page 1: dpn siap.docx

Pengenalan Masyarakat Majmuk

Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang

bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia.

Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu

Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa

maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan

mengikut aturan dan cara tertentu. Masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum

atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua- dua istilah masyarakat majmuk membawa

maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah

membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di

sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu’.

Manakala menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat

majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah. Melalui penghijrahan penduduk

mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya masyarakat

majmuk dalam satu unit politik. Orang Melayu merupakan penduduk asal tanah Melayu.

Kedatangan imigran dari Negara China dan India memenuhi keperluan ekonomi

menyebabkan pembentukan tiga kaum utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan

India. Kelompok-kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara

kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan

cara hidup yang tersendiri.

Menurut Kamus Dewan (2005),Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup

bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga

dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat.Perhubungan erat

wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan

bersemuka.Masyarakat juga ialah kumpulan manusia yang menetap bersama-sama

disesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula

terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Dalam konteks Malaysia, hubungan

harmonis antarapelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia

yang erat.

Page 2: dpn siap.docx

Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung

Malaysia sahaja, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang

mewujudkan masyarakat majmuk. Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah

bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang

dijalankan. Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri

istilah masyarakat majmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya

bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British. Di sini kita

akan mengupas kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia melalui penjajahan kuasa

asing.

Faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Tanah

Melayu.

I. Faktor Tarikan (Luaran)

. Kekayaan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah

di Tanah Melayu telah menyediakan peluang pekerjaan .Ini menyebabkan penghijrahan

kaum india dan kaum cina ke tanah melayu. Seterusnya, kenggangan orang-orang

melayu bekerja sebagai buruh. Kerajaan British membuat persetujuan dengan kerajaan

India membenarkan kemasukan buruh secara terancang bagi mengatasi kekurangan

tenaga buruh.Perkembangan sistem ekonomi ekspot yang berteraskan perladangan

dan industri. Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah yang pesat di Tanah

Melayu memerlukan penggunaan tenaga buruh yang ramai.Keadaan ini menyebabkan

berlaku aktiviti agen buruh (kongsi gelap) dan majikan untuk menggajikan buruh asing.

Terdapat majikan/pengusaha yang menguruskan pengambilan imigran misalnya melalui

Sistem Kangani dan Sistem Kredit Tiket dan juga Sin Kheh.

Page 3: dpn siap.docx

ii. Faktor Tolakan (Dalaman)

Kejadian bencana di negara asal (Cina, India, dan Jawa). Keadaan politik yang tidak

stabil di negara asal imigran seperti India dan China juga mendorong aliran pendatang

asing ke tanah melayu. Kekurangan rangsangan ekonomi,lebihan penduduk dan

kekurangan bekalan makanan di negara luar menjadi faktor pembentukan masyarakat

majmuk .

Sejarah kewujudan masyarakat majmuk

I.Kaum Melayu

Kaum melayu tinggal di kampong.Kebanyakan mereka bekerja sebagai petani,

peternak , menangkap ikan dan mengutip hasil hutan.Pada zaman dahulu, kaum

melayu menganut agama buddha. Namun sejak kedatangan islam datang ke tanah

melayu, kaum melayu menganut agama Islam.

2.Kaum Cina

Kaum cina tinggal di Bandar.Pekerjaan mereka adalah sebagai peniaga.Mereka berasal

dari wilayah Kwangtung dan Tukuin.Bekerja sebagai pelombong (semasa era

penjajahan british).Kaum cina menganut agama Buddha.

3.Kaum India

Kaum india tinggal di kawasan lading.Mereka bekerja sebagai peladang dan penoreh

getah.

Page 4: dpn siap.docx

Istilah masyarakat majmuk ini terhasil kesan daripada penjajahan British. Bagi

memastikan keadaan negara yang aman dan damai, perkara yang paling penting

adalah aspek social, politik dan ekonomi. Namun dalam hal ini, sikap masyarakat

sendiri yang paling utama ialah perlu memahami kedudukan masing-masing dan

mengamalkan sikap aman dan damai.Bagi memastikan keadaan aman wujud secara

berterusan dasar pendidikan memainkan peranan yang penting dalam memupuk

perpaduan masyarakat.

Pengenalan Dasar Pendidikan Negara

Pembangunan dalam aspek politik,sosial dan ekonomi amat penting dan dijadikan

tonggak utama bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan.Hal ini kerana

pembangunan dalam aspek-aspek tersebutlah memberi penekanan terhadap terhadap

perlaksanaan sistem pendidikan negara. Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai

peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara

yang mana dasar ini dikenali sebagai ‘Dasar Pendidikan Negara’. Dasar Pendidikan

Negara mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957 walaupun terdapat beberapa

sistem pendidikan yang diguna pakai sejak zaman dahulu.

Terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan negara ini.Tujuan

pertama dasar pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran

yang dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan

kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.Tujuan kedua ialah , untuk menghasilkan

pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati ibu bapa mereka .Ia juga

untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien

dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Tujuan

ketiga adalah ianya untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan

berkesan dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang berkesan dan

bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama iaitu bahasa

melayu.

Page 5: dpn siap.docx

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan,timbulnya kesedaran dalam kalangan

masyarakat dan pemimpin Negara kita tentang betapa pentingnya pelaksanaan satu

sistem pendidikan kebangsaan dengan pendidikan sistem pendidikan penjajah.Sistem

pendidikan penjajah membawa maksud sistem pendidikan yang dilaksanakan semasa

pemerintahan penjajah iaitu pihak british sebelum kemerdekaan.Kesedaran inilah

membawa kepada pelaksaan satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui

Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957.

Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan

Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam

AktaPelajaran, 1961. Untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan

berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih sebuah Jawatankuasa

Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974.Fungsi jawatankuasa ini ialah untuk

mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya

dasar pendidikn tersebut.Akhirnya, Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam

tahun 1979.

Rasional

Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang untuk mengekalkan

tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal

mereka dan menekankan semangat pembangunan rakyat tempatan iaitu orang cina

dan india .Mereka hanya mementingkan kepentingan kaum dan negara mereka.

Mereka juga tidak mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan

identiti kebangsaan dan perpaduan negara.Sistem ini mungkin dipakai semasa zaman

penjajahan tetapi tidak lagi sesuai apabila Tanah melayu sudah merdeka.

Page 6: dpn siap.docx

Dasar Pendidikan Negara

Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam

menentukan hala tuju sistem pendidikan negara. Dasar ini dikenali sebagai ‘Dasar

Pendidikan Negara’. Dasar ini berfungsi sebagai asas pembentukan masyarakat

Malaysia. DKK tujuan asal dalam membentuk masyarakat Malaysia adalah untuk

mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saling menghormati. Dalam

membentuk masyarakat yang harmoni, segala asas, strategi dan juga objektif DPK

adalah amat perlu untuk difahami dan diaplikasikan oleh masyarakat. Penyatuan

falsafah dan objektif yang seimbang dalam DPK diwujudkan berasaskan kepentingan

hubungan etnik yang pelbagai di Malaysia. Kerajaan juga telah memperkenalkan Pelan

Pembangunan Pendidikan 2001-2010 yang bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat

yang saksama melalui peningkatan paras pendapatan dan kualiti hidup untuk golongan

berpendapatan rendah dan mengurangkan jurang ekonomi antara etnik dan kawasan.

Secara keseluruhan, dalam konteks hubungan antara kaum dalam masyarakat

Malaysia, DPK dengan acuan tempatan berada di atas landasan yang tepat untuk

membawa generasi masa hadapan sebagai generasi yang bersatu padu. Pendekatan

yang dibawa oleh DPK berbentuk holistik. Dasar ini selaras dengan dasar semasa ke

arah pembinaan bangsa Malaysia yang hormoni.

Falsafah Pendidikan Negara

Menurut beberapa sumber, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke

arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan,

Page 7: dpn siap.docx

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara.

Falsafah Pendidkan Negara(FPN) merupakan sistem pendidikan yang menganjakkan

diri ke kedudukan yang tinggi dengan menerangkan secara jelas prinsip dan nilai asas

yang membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat paling rendah kepada

paling tinggi iaitu institusi pendidikan tinggi seperti universiti. Perkembangan sistem

pendidikan terus berkembang secara perlahan dan berterusan, tetapi masih lagi wujud

isu-isu seperti pengekalan identiti kaum sendiri. Falsafah pendidikan ketika itu tidak

secara tersirat, malah hanya bertujuan untuk memenuhi keperluan kepada satu-satu

kaum sahaja pada masa itu sahaja. Kesan daripada dasar pecah dan perintah oleh

penjajah berjaya mewujudkan keadaan yang tidak stabil dan bersatu padu ini, tujuan

penjajah untuk menangguh kemerdekaan Tanah Melayu ketika itu jelas dengan

menjadikan alasan perpaduan kaum tidak dicapai ketika itu. Falsafah Pendidikan

Negara juga turut menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan

negara.

Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk individu adalah untuk melahirkan

insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga menjadi seorang

warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk

pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu, untuk menjayakan hasrat dan

cita-cita negara. Secara keseluruhannya bagi falsafah pendidikan, tujuan pendidikan

tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma tetapi adalah

untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi

seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,

bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti.

Page 8: dpn siap.docx

Matlamat Dasar Pendidikan Negara

Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh,

patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah

masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan

berbudaya saintifik serta hidup bersatu padu.

Objektif Dasar Pendidikan Negara

Objektifnya adalah untuk membentuk satu sistem pendidikan yang dapat memenuhi

keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan

politik negara. Selain itu DPN ingin menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang

kaum dan menyediakan tenaga kerja bgi keperluan ekonomi. DPN juga diharapkan

dapat memenuhi keperluan keperluan tenaga rakyat, melahirkan masyarakat

berdisiplin, bersatupadu dan terlatih.

Strategi pelaksanan dasar ini antaranya ialah menjadikan bahasa Kebangsaan sebagi

bahasa pengantar utama. Selain itu, mengadakan kurikulum yang sama dan

berorientasikan Malaysia di samping mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi

setiap jenis sekolah serta mengadakan pendidikan asas selama sembilan tahun.

Semenjak dilaksanakan, DPN masih tidak boleh dikatakan berjaya mencapai objektif

sepenuhnya. Walaupun selepas pelaksanaan DPN ramai melahirkan lepasan

universiti, namun keadaan ini bukan kejayaan dalam erti kata sebenar. Walupun banyak

sumber manusia digunakan dalam pembangunan negara, namun terdapat

sebilangannya masih gagal menunjukkan nilai akhlak dan budi pekerti mulia. Terdapat

Page 9: dpn siap.docx

sebilangnnya cendekiawan terlibat dalam pelbagai masalah seperti jenayah buruk.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan DPN berjaya mengurangkan kadar buta huruf dan

memenuhi keperluan tenaga kerja.

Objektif KBSR Dan KSSR

KBSR merupakan singkatan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang

diperkenalkan ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji

Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. KBSR diperkenalkan pada tahun 1982

menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan

di semua sekolah rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan

pada tahun 1983, pelaksanaan penuh pun bermula di semua sekolah rendah seluruh

negara.

KBSR pada asasnya berpegang pada konsep bahawa murid-murid perlu memperolehi

ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus

melalui pengalaman.

KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang

kemanusiaan dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu. Bidang

komunikasi menjadi bidang utama dengan menekankan kemahiran asas iaitu

kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) yang diterapkan melalui 2 matapelajaran :

Bahasa (Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris) dan Matematik.

KSSR singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang merupakan

pengukuhan dan penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran.

KSSR dilaksanakan sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di semua sekolah

bermula pada 2011.

Page 10: dpn siap.docx

KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara

menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan

pendidikan seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai.

Dasar Pendidikan Sebagai Penentu Perpaduan Kaum

Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum

di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu

sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini.

Laporan- laporan Dasar Pendidikan Negara

Laporan Barnes

Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes

pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya

Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Pada

tahun 1949, Jawatankuasa Barnes ditubuhkan untuk menyatukan semua sekolah

vernacular, iaitu sekolah melayu, sekolah cina, dan sekolah tamil. Laporan yang

disediakan oleh jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Laporan Barnes dan bertujuan

untuk membubarkan sistem sekolah vernakular yang berasingan dan menggantikannya

dengan sekolah kebangsaan bagi semua kaum. Sekolah tersebut akan menggunakan

bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantarnya. Salah satu

bahasa tersebut akan digunakan sebagai bahasa kedua. Bahasa Cina dan Bahasa

Tamil akan terus diajar sebagai matapelajaran sahaja di sekolah. Rasional yang

digunakan untuk menukarkan bahasa penghantar kepada bahsa Inggeris dan bahasa

Melayu ialah untuk mencapai perpaduan di kalangan kanak-kanak berbilang kaum.

Cadangan-cadangan lain dalam Laporan Barnes termasuklah pembinaan sekolah

vokasional yang moden.Pembinaan maktab perguruan berasrama untuk pemegang sijil

persekolahan. Selepas sekolah rendah kebangsaan, murid-murid boleh melanjutkan

pelajaran ke sekolah menengah dan bahasa penghantarnya ialah bahasa Inggeris.

Page 11: dpn siap.docx

Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir

kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekali gus menyebabkan

huru-hara. Cadangan ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum

serta merapatkan hubungan mereka.

Laporan Fenn Wu

Pada tahun 1951, dua orang penasihat dari negeri China telah dijemput untuk mengkaji

pendidikan Cina di negara ini. Kedua-dua penasihat itu ialah Dr.W.P. Fenn dan Dr. Wu

The Yau. Tujuan utama jawatankuasa tersebut ialah untuk merapatkan jurang di antara

sekolah Cina dengan sistem pendidikan yang bercorak perpaduan.Jawatankuasa

tersebut juga memberi bimbingan tentang penyediaan buku-buku teks sekolah Cina

yang seharusnya mengandungi unsur-unsur khidupan di Tanah Melayu. Terdapat

beberapa hasil kajian Laporan Fenn Wu iaitu guru terlatih bagi sekolah Cina adalah

kekurangan. Bantuan kewangan untuk sekolah Cina, terutamanya dari negeri China

atau Hong Kong hendaklah dibaiki dengan dimasukkan unsur – unsur masyarakat

tempatan. Pengajaran bahasa, iaitu bahasa Cina, bahasa Inggeris dan Melayu

hendaklah diperbaiki lagi.Jika kaum Cina memilih untuk menguasai ketiga-tiga bahasa,

iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris, amalan ini hendaklah

digalakkan oleh kerajaan Inggeris. Di Persekutuan Tanah Melayu, sistem pendidikan

hendaklah kea rah matlamat membentuk identiti kebangsaan.

Ordinan Pelajaran 1952

Apabila didapati pandangan-pandangan dalam Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu

itu berlainan, kerajaan Inggeris kemudian menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas

untuk mengkaji kedua-dua laporan tersebut. Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya

diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua laporan di atas. Walau

bagaimanapun, ordinan ini tak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina &

India, kekurangan kewangan & ancaman komunis.

Page 12: dpn siap.docx

Cadangan – cadangan yang dikemukakan ialah dua jenis persekolahan hendaklah

ditubuhkan;satu jenis sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

penghantar. Pelajaran Cina dan Bahasa Tamil akan disediakan jika didapati 15 orang

murid yang ingin belajar bahasa ibunda mereka. Bahasa Melayu adalah wajib di

sekolah Inggeris manakala Bahasa Melayu adalah wajib di sekolah Melayu.

Laporan Razak

Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan

Pelajaran 1957.

Tujuan Penyata Razak adalah :

1) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan

dan bahasa pengantar di sekolah.

2) Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu

rumpun bangsa di Tanah Melayu.

3) Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat

dikurangkan.

4) Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan

masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

5) Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.

6) Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan

progresif.

7) Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem

pendidikan.

Page 13: dpn siap.docx

Kemudian, Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan & ia menjadi Akta Pelajaran 1961.

Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta

mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Jika kita lihat pada sistem

pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini penting dalam

memupuk perpaduan kaum & integrasi nasional.

Sebagai kesimpulan, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan dasar

dalam membentuk perpaduan.

Dasar Pendidikan Negara Dalam Memupuk Perpaduan

1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua

Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum.Pengunaan bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan

bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris.Perpaduan dapat dihasilkan dengan

kepentingan bahasa Melayu. Laporan ini merupakan bahan rujukan sebagai dasar

pendidikan kerajaan sehingga kini. Di semua peringkat sekolah, bahasa Melayu telah

menjadi bahasa pengantar .

2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Usaha seterusnya untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah

melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan

persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa

menimbulkan perasaan kurang baik dan dapat mempercepatkan lagi perpaduan antara

kaum di negara ini.

Page 14: dpn siap.docx

3) Kurikulum yang sama

Kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang

lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. kurikulum juga berperanan untuk

melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan

yang berpandukan Rukun Negara .Ini juga dapat menghasilkan modal insan yang

terlatih untuk keperluan negara.

4) Sukatan pelajaran yang seragam

Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya merupakan salah satu asas sistem

pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara.

Sebagai contohnya, mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting dalam

merealisasikan matlamat pembangunan pendidikan. Melalui pembelajaran sejarah

dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati dalam

masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang

seragam membolehkan pandangan setiap kaum sama dan tidak mewujudkan

perselisihan dalam persefahaman.

5) Peperiksaan yang seragam

Sistem peperiksaan yang seragam telah memperkukuhkan Rancangan kerajaan untuk

menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah. Melalui sukatan pelajaran dan

peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidak rasa kurang selesa untuk

belajar apabila berpindah sekolah. Langkah ini dapat menolong proses

menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan hormoni.