Dr. Abdullaah Jalil
Transcript of Dr. Abdullaah Jalil
1
Dr. Abdullaah Jalil
2
Daripada ʿAbdullāh Ibnu Masʿūd , beliau berkata: Rasulullah
telah bersabda:
“Aku telah berjumpa dengan (Nabi) Ibrahim pada malam daku
di-Isrā’-kan, maka beliau berkata kepadaku:
Wahai Muhammad! Sampaikanlah kepada umatmu salam dariku,
dan khabarkanlah kepada mereka bahawa sesungguhnya syurga
itu baik tanahnya, jernih bersih airnya, dan ia adalah Qīʿān (tanah
yang sangat lapang dan luas), dan sesungguhnya tanamannya
adalah:
Maha suci Allah [daripada segala kekurangan], dan Segala pujian
adalah untuk Allah [yang memiliki segala kesempurnaan], dan
Tiada Tuhan [yang berhak disembah] melainkan Allah, dan Allah
Maha Besar [kemuliaan dan keagungan-Nya].”
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No.
3462 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: ( ه هذا من غريب حسن حديث هذا من ال وج عود اب ن حديث مس ); (al-Bazzār (292H), 1997 - al-Baḥr al-Zakhkhār bi Musnad
al-Bazzār), No. 1991; (al-Tabarani (360H), - al-Mu'jam al-Saghir), No.
3
196; (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Awṣaṭ), No. 4170; (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Kabīr), No. 10363; (al-Khatib al-Baghdadi (463H), 2001 - Tarikh Baghdad), No. 527; (Ibn ʿAsākir (571H), 1998 - Tārīkh Dimashq), No. 4362 & 4363 dan lain-lain. [Status: Hasan atau Hasan li ghayrih].
4
Daripada Anas (bin Malik al-Khazraji al-Ansari) (w.93H) , beliau
meriwayatkan bahawa:
“Sesungguhnya Rasulullah telah mengambil sebatang dahan
pokok, lalu Baginda menggoyangkannya (agar gugur daun-
daunnya), akan tetapi daun-daunnya masih belum gugur.
Kemudian Baginda menggoyangkannya lagi, akan tetapi daun-
daunnya masih juga belum gugur. Lalu Baginda
menggoyangkannya sekali lagi, dan gugurlah kesemua daun-
daunnya.
Maka Rasulullah pun bersabda: Sesungguhnya:
Subhanallah - Maha suci Allah [daripada segala kekurangan], dan
Alhamdulillah - Segala pujian adalah untuk Allah [yang memiliki
segala kesempurnaan], dan La Ilaha Illa Allah - Tiada Tuhan
[yang berhak disembah] melainkan Allah, dan Allahu Akbar -
Allah Maha Besar [kemuliaan dan keagungan-Nya]
5
menggugurkan dosa-dosa sepertimana pokok itu menggugurkan
daunnya.”
T: (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 12125 [Lafaz di atas]; (al-Bukhari (256H), 1989 - al-Adab al-Mufrad), No. 634. Sanadnya baik; (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 3533; (Abū Nuʿaym al-Asbahānī (430H), 1409H - Ḥilyat al-Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ), No. 6454; (al-Tabarānī (360H), - al-Duʿāʾ), No. 1688 & 1689 dan lain-lain. [Status: Hasan]
6
Daripada Anas bin Malik , beliau meriwayatkan bahawa:
“Sesungguhnya Rasulullah pernah lalu di sebelah sebuah pohon
yang kering daunnya, lalu Baginda memukulnya dengan
tongkatnya sehingga daun-daun tersebut gugur.
Rasulullah pun lantas bersabda: Sesungguhnya (zikir):
Alhamdulillah - Segala pujian adalah untuk Allah [yang memiliki
segala kesempurnaan], dan Subhanallah - Maha suci Allah
[daripada segala kekurangan], dan La Ilaha Illa Allah - Tiada
Tuhan [yang berhak disembah] melainkan Allah, dan Allahu
Akbar - Allah Maha Besar [kemuliaan dan keagungan-Nya]
pasti akan menggugurkan dosa-dosa seorang hamba sepertimana
gugurnya daun-daun pokok ini.”
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No.
3533 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: ( ، حديث هذا ع مش ن ع رف ول غريب سماعا لل إلي ه ونظر رآه قد أنه إل أنس من ); (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 12125:
Sanadnya baik; (al-Bukhari (256H), 1989 - al-Adab al-Mufrad), No. 634. Sanadnya baik; (Abū Nuʿaym al-Asbahānī (430H), 1409H - Ḥilyat al-
7
Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ), No. 6454; (al-Tabarānī (360H), - al-Duʿāʾ), No. 1688 & 1689 dan lain-lain. [Status: Hasan li ghayrih atau Sahih li ghayrih]
8
Daripada Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurayrah , mereka berdua
meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah memilih empat (kalimah) daripada
(seluruh) kalam (kata-kata, iaitu):
Maha suci Allah (daripada segala kekurangan); dan Segala pujian
hanyalah bagi Allah (yang memiliki segala kemuliaan, keagungan
dan keindahan); dan Tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Allah; dan Allah Maha Besar (kemuliaan dan
keagungan-Nya)
Barangsiapa yang mengucapkan: Subḥānallāh, Allah menulis
baginya dua puluh (20) kebaikan atau menggugurkan darinya dua
puluh (20) kejahatan (dosa).
9
Dan barangsiapa yang mengucapkan: Allāhu Akbar, maka (dia
akan mendapat) seperti itu.
Dan barangsiapa yang mengucapkan: Lā ilāha illā Allāh, maka (dia
akan mendapat) seperti itu.
Dan barangsiapa yang mengucapkan: Al-Ḥamdu lillāhi rabbil
ʿālamīn, [ikhlas] daripada dirinya, dituliskan baginya tiga puluh
(30) kebaikan dan digugurkan daripadanya tiga puluh (30)
kejahatan (dosa).”
T: (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 7950 [Lafaz di atas], 8032, 10911 & 10934; (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn),
No. 1818 dan beliau berkata: ( ، شر ط على صحيح حديث هذا لم يخرجاه ولم مس ); (al-
Haythamī (807H), 1979 - Kashf al-Astār ʿan Zawāʾid al-Bazzār), No.
3070 dan beliau berkata: ( ناد، بهذا إل ي ر وى ن ع لمه ل: ال ب زار قال ، صالح ووأب الإس ال حنفيمه ، أبو إل عن ه روى ن ع لم ول ماهان،: اس ثقة عابد وهو سنان ); (Ibn Abi Shaybah (235H),
2004 - Musannaf Ibn Abi Shaybah), No. 292243; (al-Tabarānī (360H), - al-Duʿāʾ), No. 1681; (al-Mizzi (742H), 2002 - Tahdhib al-Kamal), No. 1955; (Ibn 'Abd al-Barr (463H), - al-Tamhid), No. 929; (al-Bayhaqī (458H), 1986 - al-Da'awat/ al-Da'wat al-Kabir), No. 115 dan lain-lain. [Status: Sahih]
Nota:
Hadith ini menjadi dalil bagi tuntutan memperbanyakkan zikrullah
dengan lafaz-lafaz yang dipilih oleh Allah ini dan lafaz-lafaz ini
merupakan jalan terbaik untuk seseorang hamba mendekatkan
dirinya kepada Allah. Dengan pahala yang besar iaitu 40 fadilat bagi
setiap kalimah tersebut = 20 hasanah + 20 keguguran dosa, maka ia
patut menjadi medan perlumbaan bagi mereka yang berlumba-lumba
mencari keredaan dan syurga Allah.
10
Daripada Abu Hurayrah , beliau berkata: Rasulullah bersabda:
“Untuk aku menyebut:
Maha Suci Allah (daripada segala kekurangan),
Segala Puji bagi Allah (yang bersifat dengan segala
kesempurnaan),
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah,
dan Allah Maha Besar (Keagungan dan KemuliaanNya),
maka ia adalah
.”
T: (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 2697 [ ]; (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Lafaz di atas
Tirmidhī)), No. 3597 dan beliau berkata: [ هذا حديث حسن صحيح]; (Ibn
Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 834; (al-Nasa'i, 1991 - Sunan al-Nasa'i al-Kubra), No. 10603; (Ibn Abi Shaybah (235H), 2004 - Musannaf Ibn Abi Shaybah), No. 29898 & 36034 dan lain-lain. [Status: Sahih]
11
Daripada Abu Hurayrah , beliau berkata: Rasulullah bersabda:
“Ambillah pelindung/ perisai bagi kalian semua.
Kami berkata: Wahai Rasulullah, (pelindung/ perisai) terhadap
musuh yang akan datang?.
Baginda pun bersabda: Tidak, (aku maksudkan) pelindung/
perisai kamu semua daripada api neraka. Ucapkanlah:
Subhanallah - Maha suci Allah [daripada segala kekurangan], dan
Alhamdulillah - Segala pujian adalah untuk Allah [yang memiliki
segala kesempurnaan], dan La Ilaha Illa Allah - Tiada Tuhan
[yang berhak disembah] melainkan Allah, dan Allahu Akbar -
Allah Maha Besar [kemuliaan dan keagungan-Nya]
Sesungguhnya kesemua zikir ini akan datang pada Hari Kiamat
sebagai penyelamat-penyelamat dan amalan-amalan yang
dikehadapankan/ didahulukan, serta mereka adalah al-Bāqiyāt al-
Ṣāliḥāt (amal-amal soleh yang kekal faedahnya).”
12
T: (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1921 –
Lafaz di atas - dan beliau berkata: ( ، ولم يخرجاه هذا حديث صحيح على شر ط لم مس );
(al-Nasa'i, 1991 - Sunan al-Nasa'i al-Kubra), No.10617; (al-Tabarani (360H), - al-Mu'jam al-Saghir), No.145 ; (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Awṣaṭ), No. 4027; (al-Tabarānī (360H), - al-Duʿāʾ), No.1682 & 1684 ; (al-Bayhaqī (458H), - Shuʿab al-Imān), No.605; (al-Khatib al-Baghdadi (463H), 2001 - Tarikh Baghdad), No. 3132; (al-Mizzi (742H), 2002 - Tahdhib al-Kamal), No.621 dan lain-lain.[Status: Sahih atau Hasan]
13
Daripada ʿAbdullah Ibnu ʿAbbās , beliau berkata: Rasulullah
bersabda:
“Barangsiapa yang menyebut:
Subhanallah - Maha suci Allah [daripada segala kekurangan], dan
Alhamdulillah - Segala pujian adalah untuk Allah [yang memiliki
segala kesempurnaan], dan La Ilaha Illa Allah - Tiada Tuhan
[yang berhak disembah] melainkan Allah, dan Allahu Akbar -
Allah Maha Besar [kemuliaan dan keagungan-Nya],
maka Allah akan menanam/ menumbuhkan baginya
(/ditumbuhkan baginya) dengan setiap satu daripada zikir-zikir
tersebut satu pohon di syurga.”
T: (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Awṣaṭ), No. 8475 [Lafaz di atas]; (al-Tabarānī (360H), - al-Duʿāʾ), No. 1676 dan lain-lain. [Status: Hasan li ghayrih]
*(al-Haythamī (807H), 1994 - Majmaʿ al-Zawāʾid wa Manbaʿ al-
Fawāʾid), No. 16864, Jilid 10/10, p.91 dan beliau berkata: ( في الطب راني رواه و سط، موث قون ورجاله ال ). *(al-Mundhiri (656H), 1417H - al-Targhib wa al-
14
Tarhib min al-Hadith al-Sharif), No. 2389, Jilid 2/4, p. 276 dan beliau
berkata: ( ناده الطب راني رواه المتابعات في به بأ س ل حسن وإس )
15
Daripada Abu Hurayrah , beliau meriwayatkan bahawa:
“Sesungguhnya Rasulullah pernah lalu di sebelah beliau ketika
beliau sedang menanam satu tanaman, lalu Baginda bersabda:
Wahai Abu Hurayrah, apakah yang engkau sedang tanam?. Aku
berkata: Satu pohon tanaman bagiku.
Baginda pun bersabda: Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan
kepadamu satu tanaman yang lebih baik bagimu daripada
tanaman ini?. Aku menjawab: Bahkan, [beritahulah daku], wahai
Rasulullah.
Baginda bersabda: Ucapkanlah:
Subhanallah - Maha suci Allah [daripada segala kekurangan], dan
Alhamdulillah - Segala pujian adalah untuk Allah [yang memiliki
segala kesempurnaan], dan La Ilaha Illa Allah - Tiada Tuhan
[yang berhak disembah] melainkan Allah, dan Allahu Akbar -
Allah Maha Besar [kemuliaan dan keagungan-Nya],
16
pasti akan ditanam bagimu dengan setiap satu [daripada zikir
tersebut] sepohon pokok di syurga.”
T: (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No. 3807 [Lafaz di atas]; (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1819 dan
beliau berkata: ( ناد، صحيح حديث هذا جابر عن شاهد وله يخرجاه ولم الإس ), dan lain-
lain. [Status: Sahih li ghayrih].
*(al-Mundhiri (656H), 1417H - al-Targhib wa al-Tarhib min al-Hadith
al-Sharif), No. 2387, Jilid 2/4, p.275-276 dan beliau berkata: ( ماجه اب ن رواه ناد ناد صحيح وقال وال حاكم له واللف ظ حسن بإس س الإ )
17
Daripada Abū Ṣāliḥ (thiqah), beliau meriwayatkan daripada sebahagian
Sahabat Nabi bahawa Baginda bersabda:
“Sebaik-baik perkataan/ ucapan ialah:
Maha suci Allah (daripada segala kekurangan); dan Segala pujian
hanyalah bagi Allah (yang memiliki segala kemuliaan, keagungan
dan keindahan); dan Tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Allah; dan Allah Maha Besar (kemuliaan dan
keagungan-Nya).”
T: (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 15977 [Lafaz di atas]; (al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-Sunan al-Kubrā), No. 10610; (Abū Nuʿaym al-Asbahānī (430H), - Maʿrifat al-Ṣaḥābah), No. 7249; (al-Tabarānī (360H), - al-Duʿāʾ), No. 90 dan lain-lain. [Status: Sahih]
18
Daripada Abū Saʿīd al-Khudrī , beliau meriwayatkan bahawa
sesungguhnya Rasulullah bersabda:
“Perbanyakkan daripada [amalan] al-bāqiyāt al-ṣāliḥāt (kebaikan-
kebaikan yang berkekalan).
Lalu Baginda ditanya: Apakah [al-bāqiyāt al-ṣāliḥāt] itu, wahai
Rasulullah?
Baginda bersabda: (الله أكبر), (لا إله إلا الله), ( سبحان
dan “Tiada ((الحمد لله) zikir) ”Segala puji bagi Allah“ ,(الله
daya dan kekuatan melainkan dengan Allah (zikir ( لا
”.((حول ولا قوة إلا بالله
T: (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 840 [Lafaz di atas]; (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 11316; (al-Ḥakim (405H),
1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1821 dan beliau berkata: ( هذاناد أصح يخرجاه ف لم ال مص ريين، إس ); (Abū Yaʿlā al-Mawṣilī (307H), 1992 - Musnad
Abī Yaʿlā al-Mawṣilī), No. 1384; (al-Bayhaqī (458H), - Shuʿab al-Imān), No. 605; (al-Tabarānī (360H), - al-Duʿāʾ), No. 1696 & 1697 dan lain-lain. [Status: Hasan]
19
Daripada al-Nuʿmān bin Bashīr , beliau berkata: Rasulullah
bersabda:
“Sesungguhnya sebutan-sebutan yang kamu zikirkan berkenaan
keagungan Allah iaitu , dan (tambahan dalam
riwayat al-Hakim: ) itu sentiasa mengelilingi Arash, dan bagi
zikir-zikir itu bunyi seumpama bunyi lebah, ia sentiasa menyebut
nama orang yang membacanya [di tempat yang mulia ini].
Tidakkah salah seorang daripada kamu suka untuk ada baginya
atau sentiasa ada baginya sesuatu yang sentiasa menyebut
namanya [di sekeliling Arash]?.”
T: (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No. 3809 [Lafaz di atas]: Sanadnya sahih; (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 17898 & 17921; (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1774 [Dengan lafaz yang sedikit berbeza menyebut: ( لالمنالل ي ذكرون الذين ج
التسبيح،التمجيد، التكبير،و التهليلو اط فن و ول ي ت ع رشح ...الع ) ] dan beliau berkata: ( ا ديث ه ذ حيحح ل مالإسن اد،ص اهو ج ر يخ ) & 1788 dan beliau berkata: ( ا ديث ه ذ ل ىح ع
رط هو الق ارئبموس ىاحت جف ق دمسلم،ش اعيس ىابنو ه ذ ) dan lain-lain.
Hadith ini menunjukkan fadilat yang sangat luar biasa tentang
zikrullah.
20
Daripada (Fākhitah binti Abū Ṭālib) Ummu Hāniʾ (sepupu
Rasulullah ) (w.50H), beliau berkata:
“Aku telah pergi bertemu Rasulullah dan berkata: Wahai
Rasulullah, tunjukkanlah kepada daku satu amalan (yang paling
baik dan sesuai), sesungguhnya aku telah semakin tua, semakin
lemah dan tubuh semakin berat.
Baginda bersabda: Bertakbirlah kepada Allah sebanyak seratus
(100) kali, dan bertahmidlah kepada Allah seratus (100) kali, dan
bertasbihlah kepada Allah seratus (100) kali: ia adalah lebih baik
daripada membelanjakan seratus (100) ekor kuda dengan tali
pengikat serta harta tunggangannya di jalan Allah, dan lebih baik
daripada (berkorban) seratus (100) ekor unta/lembu betina, dan
lebih baik daripada (memerdekakan) seratus (100) orang hamba.”
T: (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No.3810 [Lafaz di atas]; (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 26371 & 26846; (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1825; (al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-Sunan al-Kubrā), No. 10613 dan lain-lain.
21
Daripada ʿAbdullāh Ibnu ʿAmr , beliau berkata: Rasulullah
bersabda:
“Barangsiapa yang kepada Allah sebanyak 100 kali pada
waktu pagi dan 100 kali pada waktu petang, maka dia adalah
seumpama seorang yang mengerjakan Haji sebanyak 100 kali.
Dan barangsiapa yang kepada Allah sebanyak 100 kali
pada waktu pagi dan 100 kali pada waktu petang, maka dia adalah
seumpama seorang yang menunggang 100 kuda di Jalan Allah,
atau Baginda bersabda: berperang sebanyak 100 peperangan.
Dan barangsiapa yang kepada Allah sebanyak 100 kali
pada waktu pagi dan 100 kali pada waktu petang, maka dia adalah
seumpama seseorang yang memerdekakan 100 orang hamba dari
anak (Nabi) Isma’il .
Dan barangsiapa yang kepada Allah sebanyak 100 kali
pada waktu pagi dan 100 kali pada waktu petang, maka tiada
22
seorang pun yang melakukan (zikrullah/ ibadah) yang lebih
banyak berbandingnya melainkan seorang yang menyebut
seumpama yang telah diucapkannya atau lebih daripada apa yang
diucapkannya.”
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No.
3471 dan beliau berkata: ( هذا حديث حسن غريب); (al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-
Sunan al-Kubrā), No. 10588; (al-Mizzi (742H), 2002 - Tahdhib al-Kamal), No. 1149 dan lain-lain.
23