Dr Gan Edited

download Dr Gan Edited

of 5

description

Analisis jurnal

Transcript of Dr Gan Edited

ANALISIS ISU P&P MATEMATIK SEKOLAH RENDAHNama Pengkaji : Seniah Binti LuwiTajuk Kajian : Meningkatkan penguasaan kemahiran murid Tahun Lima dalam pembahagian nombor hingga enam digit dengan nombor dua digir menggunakan kaedah SPAD .Isu dan masalah yang dihadapi oleh pengkajiTerdapat beberapa isu yang telah dihadapi oleh pengkaji sewaktu membuat kajian ilmiah ini. Isu dan masalah yang dihadapi pengkaji ialah :a ) Murid tidak menguasai pembahagian nombor lima sehingga enam digit dengan nombor dua digit.b ) Murid kerapa melakukan kesilapan lazim dalam operasi iaitu pembahagian secara panjang.c ) Murid kurang menguasai nilai tempat.d ) Murid cuai dalam membuat langkah pengiraan.Tindakan yang diambil oleh pengkajiTindakan : Untuk mengatasi isu dan masalah yang dihadapi oleh pengkaji, pengkaji telah menjalankan beberapa tindakan susulan. Tindakan pengkaji tersebut ialah :a ) Pengkaji membuat carian di laman sesawang daripada pelbagai bahan bacaan. Akhirnya, pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah SPAD untuk mengatasi masalah murid dalam membahagi.b ) Pengkaji merancang dan memilih kaedah SPAD kerana kaedah ini sesuai dengan masalah murid.c ) Pengkaji telah membuat pengumpulan data dan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu sebelum kajian, semasa kajian dan akhir kajian.d ) Sebelum kajian, pengkaji telah mengenalpasti focus kajian dan memberikan ujian pra kepada kumpulan sasaran untuk melihat sejauh manakah murid menguasai kemahiran membahagi.e ) Semasa kajian, pengkaji telah mengaplikasikan kaedah SPAD secara bertulis iaitu di papan putih dan papan hitam.f ) Akhir ujian, pengkaji memberikan ujian pasca untuk menilai dan mengukur tahap penguasaan murid dalam kemahiran membahagi.g ) Pengkaji mengumpul data untuk dianalisis.Kaedah SPAD :Pengkaji telah menggunakan kaedah SPAD untuk mengatasi masalah murid dalam membahagi nombor hingga enam digit dengan menggunakan nombor dua digit. Pelaksanaan kaedah SPAD adalah seperti berikut :a ) Menggunakan penggabungan asas seperti operasi tambah dan fakta asas sifir darab.b ) Pendekatan berpusatkan guru digunakan secara berulang-berulang sehingga murid faham tentang kaedah SPAD.c ) Pendekatan berpusatkan murid pula memerlukan murid untuk mempraktikkan kaedah SPAD secara berulangkali iaitu membentuk jadual. Tujuannya adalah untuk memupuk minat murid.d ) Kaedah SPAD melibatkan pencerakinan nombor 2 digit. Nombor dua digit dicerakinkan kepada nilai tempat sa dan nilai tempat puluh .Langkah : a) Cerakinkan nombor digit mengikut nilai tempat iaitu nilai tempat puluh dan nilai tempat sa.b) Senaraikan sifir digit-digit mengikut lajur masing-masing.c) Jumlahkan nilai tempat puluh dan nilai tempat sa. Kesan tindakan yang dilapor oleh pengkaji :Berikut merupakan antara kesan-kesan yang telah dikenal pasti oleh hasil tindakan yang dilakukan oleh pengkaji iaitu:a) Berdasarkan hasil rekod ujian pasca, didapati kumpulan sasaran menunjukkan peningkatan (tidak semua meningkat 100%)b) Seterusnya, markah yang diperolehi berada dalam lingkungan 60% sehingga 100%.c) Kemudiannya, didapati kumpulan sasaran mencapai peningkatan prestasi melebihi 40%.d) Sikap cuai dalam konsep membahagi berjaya diatasi kesan daripada penggunaan kaedah SPAD yang menggunakan jadual khas yang direka.

Pandangan anda terhadap strategi yang disarankan oleh pengkaji:Bertitik tolak dari perbincangan yang telah dilakukan, kami telah menyuarakan pandangan masing-masing mengenai kaedah ini. Untuk itu, kami telah mengenalpasti pandangan yang lebih sesuai dan bernas berkaitan dengan kaedah ini. Kami sebulat suara menyatakan bahawa strategi yang digunakan iaitu kaedah SPAD yang telah dilaksanakan oleh pengkaji yang bernama Seniah Binti Luwi dilihat memberi pelbagai impak dari sudut positif dan negatif. Hasil analisis dilakukan oleh kami dengan mengambil kira pelbagai aspek. Dapat diperhatikan, murid-murid merupakan individu yang hadir daripada latar belakang yang berbeza dari segi ekonomi, tempat tinggal, hubungan sesama keluarga dan sebagainya. Oleh disebabkan masalah ini, secara tidak langsung ianya akan mewujudnya permasalahan dalam pembelajaran di sekolah terutamanya mata pelajaran matematik. Pembelajaran murid dipengaruhi disebabkan faktor-faktor berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya murid tersebut merupakan dalam kalangan keluarga yang baik ekonominya membolehkan pendidikan yang lebih baik dapat diberikan oleh keluarga terbabit terhadap anaknya. Selain itu, perbezaan individu dalam kalangan murid menyebabkan kesukaran bagi guru dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya diterima oleh murid-murid. Sehubungan dengan itu, kaedah SPAD sememangnya dilihat mudah untuk diaplikasi di sekolah yang di mana jadualnya mudah dibentuk dan dilaksanakan. Akan tetapi, perbezaan individu yang terdapat di dalam kelas menyebabkan kaedah SPAD menghadapi kesukaran untuk dilaksanakan. Sepertimana kaedah SPAD memerlukan seseorang murid tersebut mahir dalam penggunaan sifir. Oleh demikian menampakkan kesan negatif bagi kaedah SPAD yang di mana menyukarkan bagi seseorang murid yang lemah dalam penguasaan penggunaan sifir. Maka, menyebabkan kaedah SPAD tidak dapat digunakan bagi memperolehi jawapan bagi konsep operasi bahagi. Selain itu, didapati kaedah SPAD yang diperkenalkan ini boleh menyebabkan murid lemah dalam membuat pengiraan terutamanya dalam operasi bahagi. Hal ini kerana, kebergantungan murid terhadap jadual yang dibuat menyebabkan murid terpaksa berharap sepenuhnya terhadap jadual yang dibina. Ini akan menyebabkan proses pengiraan menjadi lambat. Murid terpaksa membina jadual terlebih dahulu bagi memperolehi jawapan. Lantaran itu, menyebabkan murid tidak berkeyakinan dalam menjawab operasi bahagi sekiranya tidak membina jadual yang telah diajarkan. Apabila diajukan soalan secara mental, murid akan mengalami masalah. Ini akan memberikan kesan kepada pengiraan matematik dalam kehidupan seharian seperti jual beli dan sebagainya. Dari sudut positif pula, kaedah SPAD ini boleh digunakan bukan sahaja untuk operasi membahagi tetapi juga boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi darab. Kaedah ini bertindak sebagai pemudah cara untuk murid menguasai operasi darab. Kaedah ini boleh diibaratkan sebagai menyelam sambil minum air kerana dua operasi matematik boleh diselesaikan. Disamping mengukuhkan lagi kemahiran membahagi, secara tidak langsung kemahiran mendarab dapat dipertingkatkan dan diperkukuhkan.Sehubungan dengan itu, kaedah SPAD ini secara tidak langsung membantu menyediakan murid dengan kaedah alternatif yang lain. Hal ini menunjukkan, bahawa operasi bahagi bukan terikat dengan satu kaedah sahaja namun boleh diselesaikan dengan kaedah yang lain. Sejurus selepas itu, memboleh perkembangan pemikiran murid meningkat dalam kaedah penyelesaian masalah matematik. Lantaran itu, menunjukkan bahawa operasi bahagi tidak sukar untuk diselesaikan disebabkan pelbagai cara boleh digunakan bagi menyelesaikan operasi bahagi. Kesannya, murid akan lebih berminat untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi disebabkan kaedah SPAD yang mudah digunakan. Kemudiannya, kaedah ini juga menjurus kepada hasrat yang ingin dicapai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan murid yang memiliki kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Sepertimana kaedah SPAD ini yang mengaplikasikan pendekatan berpusatkan murid, membolehkan murid bertindak sedemikian. Hal ini kerana, kaedah SPAD mengkehendaki murid mengenalpasti elemen-elemen yang diperlukan bagi memastikan jadual yang dibina berupaya membantunya menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan operasi bahagi. Sekiranya jadual yang dibina tidak berhubungkait dengan soalan yang dikemukakan akan menyebabkan jadual yang dibina tidak memberi manfaat kepada dirinya untuk menyelesaikan masalah operasi bahagi. Justeru, secara tidak langsung murid akan lebih tekun dan memberi perhatian dalam memastikan jadual dibina boleh membantu murid tersebut bagi menyelesaikan masalah matematik operasi bahagi. Lantaran itu, kaedah SPAD berupaya melakukan perubahan terhadap tingkah laku murid yang dahulunya kurang daya fokus kepada lebih fokus. Bahkan membolehkan pencapaian murid akan lebih meningkat dari semasa ke semasa kesan daripada perubahan yang berlaku dalam diri murid tersebut.Berdasarkan kaedah SPAD ini juga, memberikan harapan baru ataupun motivasi kepada murid yang bermasalah dalam operasi bahagi. Hal ini kerana, motivasi berperanan penting dalam memberi dorongan dalam diri seseorang dalam berdepan dalam sesuatu masalah yang sukar diatasi. Hal ini kerana, kebanyakan daripada murid yang bermasalah adalah golongan yang mudah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar untuk diselesaikan. Bahkan, lebih teruk lagi boleh mengakibatkan minat seseorang murid tersebut terhadap pembelajaran akan berkurang. Justeru, hasil analisis yang dilakukan oleh kami mendapati, bahawa kaedah SPAD ini sememangnya membantu guru dalam meningkat motivasi dalam kalangan murid yang bermasalah dalam operasi bahagi. Hal ini kerana, keberkesanan jadual tersebut membolehkan kurangnya tekanan terhadap murid untuk mencari jawapan bagi soalan tersebut. Kurangnya tekanan dalam diri menyebabkan murid lebih bermotivasi untuk menyelesaikan soalan operasi bahagi yang lain. Antara penambahbaikkan yang boleh dilakukan terhadap kaedah SPAD yang harus dititikberatkan oleh pengkaji ialah dari sudut aspek kepelbagaian penggunaan kaedah ini. Sepertimana sedia maklum bahawa, kaedah SPAD ini menekankan kepada operasi bahagi