Dr Gan Edited

10
Syed Aieman Afdal Shyarmeezan ANALISIS ISU P&P MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 1.0 Nama Pengkaji : Seniah Binti Luwi 2.0 Tajuk Kajian : Meningkatkan penguasaan kemahiran murid Tahun Lima dalam pembahagian nombor hingga enam digit dengan nombor dua digir menggunakan kaedah “ SPAD “. 3.0 Isu dan masalah yang dihadapi oleh pengkaji Terdapat beberapa isu yang telah dihadapi oleh pengkaji sewaktu membuat kajian ilmiah ini. Isu dan masalah yang dihadapi pengkaji ialah : a ) Murid tidak menguasai pembahagian nombor lima sehingga enam digit dengan nombor dua digit. b ) Murid kerapa melakukan kesilapan lazim dalam operasi iaitu pembahagian secara panjang. c ) Murid kurang menguasai nilai tempat. d ) Murid cuai dalam membuat langkah pengiraan. 4.0 Tindakan yang diambil oleh pengkaji Untuk mengatasi isu dan masalah yang dihadapi oleh pengkaji, pengkaji telah menjalankan beberapa tindakan susulan. Tindakan pengkaji tersebut ialah : MTE 3093E | 1

description

mte

Transcript of Dr Gan Edited

Page 1: Dr Gan Edited

Syed AiemanAfdal Shyarmeezan

ANALISIS ISU P&P MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

1.0 Nama Pengkaji : Seniah Binti Luwi

2.0 Tajuk Kajian :

Meningkatkan penguasaan kemahiran murid Tahun Lima dalam pembahagian nombor

hingga enam digit dengan nombor dua digir menggunakan kaedah “ SPAD “.

3.0 Isu dan masalah yang dihadapi oleh pengkaji

Terdapat beberapa isu yang telah dihadapi oleh pengkaji sewaktu membuat kajian

ilmiah ini. Isu dan masalah yang dihadapi pengkaji ialah :

a ) Murid tidak menguasai pembahagian nombor lima sehingga enam digit dengan

nombor dua digit.

b ) Murid kerapa melakukan kesilapan lazim dalam operasi iaitu pembahagian secara

panjang.

c ) Murid kurang menguasai nilai tempat.

d ) Murid cuai dalam membuat langkah pengiraan.

4.0 Tindakan yang diambil oleh pengkaji

Untuk mengatasi isu dan masalah yang dihadapi oleh pengkaji, pengkaji telah

menjalankan beberapa tindakan susulan. Tindakan pengkaji tersebut ialah :

a ) Pengkaji membuat carian di laman sesawang daripada pelbagai bahan bacaan. Akhirnya,

pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah SPAD untuk mengatasi masalah murid

dalam membahagi.

b ) Pengkaji merancang dan memilih kaedah SPAD kerana kaedah ini sesuai dengan masalah

murid.

c ) Pengkaji telah membuat pengumpulan data dan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu

sebelum kajian, semasa kajian dan akhir kajian.

MTE 3093E | 1

Page 2: Dr Gan Edited

Syed AiemanAfdal Shyarmeezan

d ) Sebelum kajian, pengkaji telah mengenalpasti focus kajian dan memberikan ujian pra

kepada kumpulan sasaran untuk melihat sejauh manakah murid menguasai kemahiran

membahagi.

e ) Semasa kajian, pengkaji telah mengaplikasikan kaedah SPAD secara bertulis iaitu di papan

putih dan papan hitam.

f ) Akhir ujian, pengkaji memberikan ujian pasca untuk menilai dan mengukur tahap

penguasaan murid dalam kemahiran membahagi.

g ) Pengkaji mengumpul data untuk dianalisis.

4.0.1 Kaedah SPAD :

Pengkaji telah menggunakan kaedah SPAD untuk mengatasi masalah murid dalam

membahagi nombor hingga enam digit dengan menggunakan nombor dua digit. Pelaksanaan

kaedah SPAD adalah seperti berikut :

a ) Menggunakan penggabungan asas seperti operasi tambah dan fakta asas sifir darab.

b ) Pendekatan berpusatkan guru digunakan secara berulang-berulang sehingga murid faham

tentang kaedah SPAD.

c ) Pendekatan berpusatkan murid pula memerlukan murid untuk mempraktikkan kaedah SPAD

secara berulangkali iaitu membentuk jadual. Tujuannya adalah untuk memupuk minat murid.

d ) Kaedah SPAD melibatkan pencerakinan nombor 2 digit. Nombor dua digit dicerakinkan

kepada nilai tempat ‘ sa ‘ dan nilai tempat ‘ puluh ‘.

4.0.2 Langkah Penghasilan SPAD :

a) Cerakinkan nombor digit mengikut nilai tempat iaitu nilai tempat puluh dan nilai tempat sa.

b) Senaraikan sifir digit-digit mengikut lajur masing-masing.

c) Jumlahkan nilai tempat puluh dan nilai tempat sa.

MTE 3093E | 2

Page 3: Dr Gan Edited

Syed AiemanAfdal Shyarmeezan

5.0 Kesan tindakan yang dilapor oleh pengkaji :

Berikut merupakan antara kesan-kesan yang telah dikenal pasti oleh hasil tindakan yang

dilakukan oleh pengkaji iaitu:

a) Berdasarkan hasil rekod ujian pasca, didapati kumpulan sasaran menunjukkan peningkatan

(tidak semua meningkat 100%)

b) Seterusnya, markah yang diperolehi berada dalam lingkungan 60% sehingga 100%.

c) Kemudiannya, didapati kumpulan sasaran mencapai peningkatan prestasi melebihi 40%.

d) Sikap cuai dalam konsep membahagi berjaya diatasi kesan daripada penggunaan kaedah

SPAD yang menggunakan jadual khas yang direka.

6.0 Pandangan anda terhadap strategi yang disarankan oleh pengkaji:

Bertitik tolak dari perbincangan yang telah dilakukan, kami telah menyuarakan

pandangan masing-masing mengenai kaedah ini. Untuk itu, kami telah mengenalpasti

pandangan yang lebih sesuai dan bernas berkaitan dengan kaedah ini. Kami sebulat suara

menyatakan bahawa strategi yang digunakan iaitu kaedah SPAD yang telah dilaksanakan oleh

pengkaji yang bernama Seniah Binti Luwi dilihat memberi pelbagai impak dari sudut positif dan

negatif. Hasil analisis dilakukan oleh kami dengan mengambil kira pelbagai aspek.

Sedia maklum, murid-murid merupakan individu yang hadir daripada latar belakang

yang berbeza dari segi ekonomi, tempat tinggal, hubungan sesama keluarga dan sebagainya.

Oleh disebabkan masalah ini, secara tidak langsung ianya akan mewujudnya permasalahan

dalam pembelajaran di sekolah terutamanya mata pelajaran matematik. Pembelajaran murid

dipengaruhi disebabkan faktor-faktor berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya murid tersebut

merupakan dalam kalangan keluarga yang baik ekonominya membolehkan pendidikan yang

lebih baik dapat diberikan oleh keluarga terbabit terhadap anaknya. Selain itu, perbezaan

individu dalam kalangan murid menyebabkan kesukaran bagi guru dalam memastikan

pengajaran dan pembelajaran berjaya diterima oleh murid-murid. Sehubungan dengan itu,

kaedah SPAD sememangnya dilihat mudah untuk diaplikasi di sekolah yang di mana jadualnya

mudah dibentuk dan dilaksanakan. Akan tetapi, perbezaan individu yang terdapat di dalam

kelas menyebabkan kaedah SPAD menghadapi kesukaran untuk dilaksanakan.

MTE 3093E | 3

Page 4: Dr Gan Edited

Syed AiemanAfdal Shyarmeezan

Sepertimana kaedah SPAD memerlukan seseorang murid tersebut mahir dalam penggunaan

sifir. Oleh demikian menampakkan kesan negatif bagi kaedah SPAD yang di mana

menyukarkan bagi seseorang murid yang lemah dalam penguasaan penggunaan sifir. Maka,

menyebabkan kaedah SPAD tidak dapat digunakan bagi memperolehi jawapan bagi konsep

operasi bahagi.

Selain itu, didapati kaedah SPAD yang diperkenalkan ini boleh menyebabkan murid

lemah dalam membuat pengiraan terutamanya dalam operasi bahagi. Hal ini kerana,

kebergantungan murid terhadap jadual yang dibuat menyebabkan murid terpaksa berharap

sepenuhnya terhadap jadual yang dibina. Ini akan menyebabkan proses pengiraan menjadi

lambat. Murid terpaksa membina jadual terlebih dahulu bagi memperolehi jawapan. Lantaran

itu, menyebabkan murid tidak berkeyakinan dalam menjawab operasi bahagi sekiranya tidak

membina jadual yang telah diajarkan. Apabila diajukan soalan secara mental, murid akan

mengalami masalah. Ini akan memberikan kesan kepada pengiraan matematik dalam

kehidupan seharian seperti jual beli dan sebagainya.

Dari sudut positif pula, kaedah SPAD ini boleh digunakan bukan sahaja untuk operasi

membahagi tetapi juga boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi

darab. Kaedah ini bertindak sebagai pemudah cara untuk murid menguasai operasi darab.

Kaedah ini boleh diibaratkan sebagai menyelam sambil minum air kerana dua operasi

matematik boleh diselesaikan. Disamping mengukuhkan lagi kemahiran membahagi, secara

tidak langsung kemahiran mendarab dapat dipertingkatkan dan diperkukuhkan.

Sehubungan dengan itu, kaedah SPAD ini secara tidak langsung membantu

menyediakan murid dengan kaedah alternatif yang lain. Hal ini menunjukkan, bahawa operasi

bahagi bukan terikat dengan satu kaedah sahaja namun boleh diselesaikan dengan kaedah

yang lain. Sejurus selepas itu, memboleh perkembangan pemikiran murid meningkat dalam

kaedah penyelesaian masalah matematik. Lantaran itu, menunjukkan bahawa operasi bahagi

tidak sukar untuk diselesaikan disebabkan pelbagai cara boleh digunakan bagi menyelesaikan

operasi bahagi. Kesannya, murid akan lebih berminat untuk menyelesaikan masalah yang

melibatkan operasi bahagi disebabkan kaedah SPAD yang mudah digunakan.

Kemudiannya, kaedah ini juga menjurus kepada hasrat yang ingin dicapai oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan murid yang memiliki kemahiran berfikir aras

MTE 3093E | 4

Page 5: Dr Gan Edited

Syed AiemanAfdal Shyarmeezan

tinggi (KBAT). Sepertimana kaedah SPAD ini yang mengaplikasikan pendekatan berpusatkan

murid, membolehkan murid bertindak sedemikian.

Hal ini kerana, kaedah SPAD mengkehendaki murid mengenalpasti elemen-elemen yang

diperlukan bagi memastikan jadual yang dibina berupaya membantunya menyelesaikan

sesuatu masalah yang melibatkan operasi bahagi. Sekiranya jadual yang dibina tidak

berhubungkait dengan soalan yang dikemukakan akan menyebabkan jadual yang dibina tidak

memberi manfaat kepada dirinya bagi membantu murid tersebut menyelesaikan soalan operasi

bahagi. Justeru, secara tidak langsung murid akan lebih tekun dan memberi perhatian dalam

memastikan jadual dibina boleh membantu murid tersebut bagi menyelesaikan soalan

matematik operasi bahagi. Lantaran itu, kaedah SPAD berupaya melakukan perubahan

terhadap tingkah laku murid yang dahulunya kurang daya fokus kepada lebih fokus. Bahkan

membolehkan pencapaian murid akan lebih meningkat dari semasa ke semasa kesan daripada

perubahan yang berlaku dalam diri murid tersebut.

Berdasarkan kaedah SPAD ini juga, memberikan harapan baru ataupun motivasi

kepada murid yang bermasalah dalam operasi bahagi. Hal ini kerana, motivasi berperanan

penting dalam memberi dorongan dalam diri seseorang dalam berdepan dalam sesuatu

masalah yang sukar diatasi. Hal ini kerana, kebanyakan daripada murid yang bermasalah

adalah golongan yang mudah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar untuk

diselesaikan. Bahkan, lebih teruk lagi boleh mengakibatkan minat seseorang murid tersebut

terhadap pembelajaran akan berkurang. Justeru, hasil analisis yang dilakukan oleh kami

mendapati, bahawa kaedah SPAD ini sememangnya membantu guru dalam meningkat motivasi

dalam kalangan murid yang bermasalah dalam operasi bahagi. Hal ini kerana, keberkesanan

jadual tersebut membolehkan kurangnya tekanan terhadap murid untuk mencari jawapan bagi

soalan tersebut. Kurangnya tekanan dalam diri menyebabkan murid lebih bermotivasi untuk

menyelesaikan soalan operasi bahagi yang lain.

Antara penambahbaikkan yang boleh dilakukan terhadap kaedah SPAD yang harus

dititikberatkan oleh pengkaji ialah dari sudut aspek kepelbagaian penggunaan kaedah ini.

Sepertimana sedia maklum bahawa, kaedah SPAD ini menekankan kepada operasi bahagi

tetapi tidak bagi operasi lain. Hal ini bagi memudahkan murid dalam mengingati kaedah dalam

mengira sesuatu operasi berbanding penggunaan satu kaedah demi satu kaedah mengikut

jenis jenis operasi soalan yang dikemukakan. Hal ini kerana, kebanyakan murid yang

MTE 3093E | 5

Page 6: Dr Gan Edited

Syed AiemanAfdal Shyarmeezan

bermasalah dalam matematik mempunyai daya hafalan yang lemah berbanding dengan murid

lain. Justeru penambahbaikkan ini harus dipertimbangkan oleh pengkaji ini.

Susulan itu, kaedah ini perlu untuk diperkenalkan secara meluas supaya murid-murid

lain juga tahu menggunakan kaedah SPAD ini. Kaedah ini boleh diperkenalkan dalam sukatan

pelajaran sebagai kaedah alternatif. Kelebihan kaedah ini ialah ianya akan memudahkan murid

untuk menyelesaikan masalah dalam membahagi. Kaedah alternatif ini mudah untuk difahami

oleh murid kerana menggunakan konsep tolak dan tambah dalam membuat operasi bahagi.

Murid tidak perlu terikat dengan kaedah yang lazim yang telah sedia ada digunakan Kaedah

SPAD.sekiranya diperkenalkan ecara tidak langsung akan dapat mengurangkan kesilapan

dalam mataematik yang selalu dilakukan oleh murid.

Pengajaran sesuatu subjek memerlukan sesuatu agar ilmu mudah disampaikan kepada

murid-murid. Manakala pembelajaran pula memerlukan rangsangan untuk memudahkan pelajar

menerima setiap isi pelajaran. Ransangan yang suka untuk difahami oleh murid tidak akan

berupaya untuk diproses menjadi pengetahuan oleh murid. Pengalaman inilah yang diperlukan

oleh murid untuk meningkatkan tahap kognitif murid. Ransangan itu amat penting kerana

berkait rapat dengan perkembangan murid. Oleh yang demikian, sekiranya murid pandai kurang

mendapat rangsangan, murid tersebut tidak akan dapat meningkatkan perkembangan

kecerdasan diri. Menurut Brown J.W. (1983), bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan

yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di

dalam bilik darjah ( Abdul Aziz Abdul Talib, 2000 ).

Murid dalam kelas terdiri daripada tiga kelompok iaitu lemah, sederhana dan baik.

Kanak-kanak lemah adalah kanak-kanak yang kebiasaannya bermasalah pembelajaran

walaupun memiliki pemikiran yang normal. Namun begitu, mereka ini memiliki kebolehan dan

minat yang tidak sama antara satu sama lain. Kanak-kanak ini lambat untuk memahami sesuatu

pembelajaran dan mudah untuk lupa ingatan. Kanak-kanak ini hanya mengingat symbol-simbol

yang kebiasaannya didengari. Walaupun sering diingatkan, murid-murid ini masih belum

berupaya untuk memahami dan mengingat setiap perkara yang dipelajarinya. Hal ini adalah

berbeza jika dibandingkan dengan murid sederhana dan murid pandai. Untuk itu, penyediaan

kaedah SPAD ini adalah perlu bagi membantu murid yang lemah dalam pembelajaran kerana

mereka tidak boleh disisihkan. Definisi kecerdasan pelbagai yang diiberkan oleh Howard

Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran

MTE 3093E | 6

Page 7: Dr Gan Edited

Syed AiemanAfdal Shyarmeezan

untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan

menghasilkan output yang efektif ( Chin Yoong Leng ). Alat mengajar merupakan apa-apa saja

yang dialami oleh murid ( Asmah Haji Omar, 1989).

Menurut Omardin Ashaari (1997), perkembangan teknologi dalam mencipta peralatan

pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang sangat nyata dalam menyampaikan ilmu

pengetahuan dan kemahiran yang dilakukan oleh guru dan juga dalam mempercepatkan proses

pembelajaran di kalangan para pelajar (Abdul Aziz Abdul Talib, 2000). Namun, keberkesanan

setiap kaedah ini bukan terletak pada kecanggihan bahan atau alat tersebut, namun yang

paling penting ialah bagaimana seorang guru menggunakannya untuk membantu kelancaran

proses PdP dengan mengambil kira faktor kecerdasan murid.

Penerokaan adalah satu penjelajahan untuk mengetahui sesuatu yang tidak diketahui

untuk menyelidiknya dengan menggunakan pelbagai kaedah dan bahan. Pengalaman

meneroka ini dapat menambahkan lagi pengalaman belajar kanak-kanak. John Holt ( 1995 )

menyatakan bahawa kanak-kanak belajar paling baik tentang dunianya melalui pengalaman

langsung ( Seperti yang dipetik oleh Noriati A. Rashid, 2012 ). Oleh itu, dalam penerokaan

permainan kaedah SPAD ini, guru perlu membiarkan murid meneroka sendiri setelah dibimbing

dan guru pula hanya bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing sahaja selepas itu.

Penerokaan ini memerlukan seorang guru berfikir secara kritis untuk menjadikan murid lebih

imaginatif iaitu dengan membuat eksperimen, memanipulasi, mencari pengetahuan dan

mencipta sesuatu yang baru ( Mastuti Isa , 1997 ). Oleh itu, kaedah yang dipilih ini adalah

bertujuan untuk memberikan ruang penerokaan kepada murid.

MTE 3093E | 7